MALAYSIAKINI
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kekurangan komunikasi dengan
1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung saman sivil yang difailkan
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah antara beberapa perkara yang
menimbulkan tanda anya kepada beliau.
Dalam artikel yang diterbitkan oleh portal berita Malaysia Outlook,
beliau yang merupakan bekas Penasihat Khas Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa Bersatu mempersoalkan kaedah yang digunakan dalam memperoleh
maklumat sebagai apa yang beliau sifatkan 'keajaiban dunia moden'.
"Bagaimana seseorang boleh melakukan siastan menyeluruh dan profesional
tanpa mendapat dan memperoleh maklumat daripada sumber utama seperti
para pegawai 1MDB dan pihak berkuasa berkaitan lain termasuk pegawai
perundangan Malaysia," katanya.
Saman sivil bagi mendapatkan kembali aset melebihi AS$1 bilion yang
didakwa diseleweng diumumkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat,
Loretta E Lynch pada Rabu.
Tunku Abdul Aziz berkata adalah dikesalkan Amerika memilih untuk
memerangi rasuah merentasi sempadan dengan berselindung di sebalik
bayangan prinsip moral yang tinggi yang tidak boleh dipersoalkan.
"Malah dalam niat yang sama, walaupun tidak menamakan sesiapa, mereka
meletak motif tidak baik kepada perdana menteri kita (Datuk Seri Najib
Razak) dan menyerang reputasi dan wataknya, tanpa boleh memberikan
sebarang bukti.
"Perlu kita mengingatkan diri kita bahawa tiada langsung sebarang
petunjuk dalam mana-mana sisastan yang dijalankan pihak berkuasa setakat
ini di Switzerland dan Malaysia bahawa Najib telah mencuri apa-apa pun
daripada 1MDB," tegas Tunku Abdul Aziz.
Beliau berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang mengandungi
penggubal undang-undang daripada kerajaan dan pembangkang, selepas
berbulan-bulan melakukan siasatan dan sentiasa berunding dengan Ketua
Audit Negara, baru-baru ini telah mengeluarkan laporan yang melepaskan
perdana menteri daripada sebarang dakwaan salah laku.
"Secara ringkas, dakwaan terhadap beliau adalah tidak bertimbang rasa,
berdendam dan tidak serius. Dalam semua keadaan, Najib adalah tidak
bersalah sehingga dibuktikan bersalah di bawah undang-undang.
"Apa yang mengejutkan ialah terdapat ramai antara kita yang tidak dapat
menerima kebenaran yang perdana menteri adalah tidak bersalah sehingga
dibuktikan bersalah," tambah beliau.- Bernama
No comments:
Post a Comment