MALAYSIAKINI
Peguam di negara ini mempercayai kemungkinan kerajaan Malaysia mendapat perintah ekstradisi dari UK untuk membawa balik editor, Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang mendedahkan dokumen 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia adalah amat tipis.
"Kemungkinan besar kerajaan Malaysia tidak berjaya dalam sebarang
percubaannya untuk mengekstradisi Rewcastle-Brown dari UK ke Malaysia
untuk menghadapi tuduhan melanggar akta rahsia rasmi," kata peguam
Andrew Khoo kepada Malaysiakini.
Pada Khamis, laman web Sarawak Report mendedahkan dokumen
yang didakwanya sebahagian daripada laporan Ketua Audit Negara mengenai
1MDB, yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Khoo, yang juga ahli Majlis Peguam Malaysia berkata, UK mempunyai pendekatan yang lebih "matang" terhadap media.
"Hakikatnya di UK dan negara demokrasi maju lain, mereka mempunyai
rasa hormat yang lebih matang dan memahami peranan akhbar dan
kewartawanan penyiasatan untuk mendedahkan dakwaan rasuah dan salah guna
kuasa di pihak kerajaan.
"Ini dilihat sebagai tunggak asas sebuah masyarakat yang terbuka dan demokratik," katanya.
Beliau berkata, tiada mahkamah di Britain akan melayan apa-apa
permintaan ekstradisi daripada Malaysia, sambil menambah bahawa beliau
tidak fikir jika ada Peguam Negara Malaysia yang "waras" akan membuat
permohonan seumpama itu kepada mahkamah Inggeris.
Sementara itu, peguam Eric Paulsen berkata, satu-satunya pilihan
realistik untuk kerajaan Malaysia adalah untuk mengambil tindakan sivil
terhadap Sarawak Report di mahkamah British.
Khoo berkata, kerajaan juga boleh mendakwa Sarawak Report
atau Rewcastle-Brown di Malaysia tanpa kehadirannya, walaupun prosiding
itu berkemungkinan mempunyai "semua ciri sebuah mahkamah kangaroo".
Dengan keputusan bersalah, beliau berkata, mereka kemudian boleh cuba
mendapatkan bantuan Interpol untuk menahan Rewcastle-Brown dengan
memohon beliau diletakkan dalam senarai notis merah pada peringkat
antarabangsa.
No comments:
Post a Comment