TUARAN: Seorang maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan
membabitkan lima kereta di Jalan Tuaran-Tenghilan, di sini, tengah hari
tadi.
Semua mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identiti dipercayai dalam
perjalanan pulang selepas beraya ketika nahas jam 1.30 tengah hari.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Ferdinand Lawrence,
berkata 10 lagi cedera ringan dalam kemalangan itu selepas lima kereta
bertembung.
Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 1.56 tengah hari dan menghantar lima anggota ke lokasi berkenaan.
"Mangsa yang maut di lokasi kejadian sudah dikeluarkan orang awam ketika pasukan bomba tiba.
"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan
seorang pemandu yang tersepit sebelum operasi tamat pada jam 3 petang,"
katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Ferdinand berkata, mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Tuaran.
No comments:
Post a Comment