PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggesa seluruh
umat Islam di negara ini supaya bersyukur dengan pembentangan Rang
Undang-undang PAS meningkatkan kuasa mahkamah Syariah.
Menurut laporan Malay Mail Online, Jais dalam khutbah sempena Hari Raya
hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada mahkamah sivil ekoran
penolakkan permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) mencabar
fatwa Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai ‘sesat dan
menyeleweng’.
“Kami amat bersyukur atas kemenangan pembentangan usul Enakmen Rang
Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di
Parlimen, demi meningkatkan martabat mahkamah Syariah di negara ini.
“Kami juga amat berterima kasih dengan keputusan yang dicapai oleh
Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas Mahkamah Tinggi menolak permintaan
Sisters in Islam dalam mencabar kesepakatan yang dicapai oleh
Jawatankuasa Fatwa Selangor mengenai liberalisme di negeri Selangor …”
petik kata khutbah yang dibacakan di masjid-masjid negeri pada hari
pertama hari Raya.
Jais kemudian menggesa umat Islam untuk mengetepikan perbezaan dan bersatu menegakkan akidah dan Syariah atau ‘jalan’ Islam.
Pada bulan Mei lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan
undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat yang juga dilabelkan
sebagai RUU hudud.
Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa
kerajaan telah membenarkan Presiden PAS itu membentangkan RUU hudud
sebaliknya hanya membentangkan RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah
(bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 bagi meningkatkan hukuman sedia ada.
No comments:
Post a Comment