MALAYSIAKINI
Adakah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih dirahsiakan
kerana ia akan membawa kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
soal pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.
"Persoalan Najib dan semua menteri kabinet perlu menjawab sama ada
pengumuman terbuka laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan
menyaksikan Najib tidak lagi mampu kekal sebagai perdana menteri dan
presiden Umno?
"Adakah ini sebabnya, mengapa Najib sedang bertungkus lumus merahsia
dan menyekat bermati-matian laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB?"
soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim juga menyoal sama ada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah dikemukakan kepada jemaah menteri atau anggota kabinet.
"Jika demikian, apakah pendirian kabinet mengenainya?"
Siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kandungan laporan itu bagaimanapun, didakwa dibocorkan oleh laman pendedah maklumat Sarawak Report.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah sahih, dan juga tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang.
No comments:
Post a Comment