MALAYSIAKINI
Hujah Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai keperluan Lim Guan Eng
mengosongkan jawatan ketua menteri Pulau Pinang mempunyai merit, kata
bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.
Bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh menteri di jabatan
perdana menteri itu, beliau tertanya-tanya jika Abdul Rahman ada
menawarkan nasihat yang sama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak.
"Kami ingin tahu jika menteri juga ada menasihatkan PM untuk
melakukan perkara yang betul apabila beliau di bawah siasatan?" soalnya.
Walau bagaimanapun, katanya, dalam kes ini, seperti terbukti bagaimana ketua menteri itu dilayan, mesti mempunyai kaveat.
Pertelagahan Abdul Rahman, katanya, akan hanya terpakai dalam sistem
demokrasi yang sebenar, di mana kerajaan sendiri menghormati
prinsip-prinsipnya.
"Dalam demokrasi ideal, Najib berkelakuan berbeza dan akan menetapkan
standard. Bahawa beliau tidak menunjukkannya, adalah petanda bahawa
sistem yang ada rosak.
"Malah, apa yang menteri seolah-olah takut adalah bahawa Lim akan melakukan seperti Najib," katanya kepada Malaysiakini.
Abdul Rahman mendakwa sekiranya Lim kekal sebagai ketua menteri,
tindakan berkenaan mungkin memberi tekanan yang tidak wajar kepada saksi
daripada kerajaan negeri memberi keterangan dalam perbicaraannya.
No comments:
Post a Comment