Sabtu, 23 April 2016

P'raya S'wak: AMANAH tanding 13 kerusi

Bede Hong  




Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengumumkan ia akan bertanding 13 kerusi, termasuk dua calon wanita dalam penampilan pertama parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Dua calonwanita itu akan bertanding di Semariang dan Balingian, manakala dua calon beragama Kristian akan bertanding di Gedong dan Sebuyau. yang merupakan kerusi campuran dengan sebahagian besarnya pengundi Melayu dan Dayak, kata Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub kepada pemberita di Kuching malam tadi.

Beliau berkata parti pembangkang itu akan bertanding menentang penyandang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sambil menambah mereka juga mengalu-alukan persaingan dari PAS.

Pengarah pilihan raya AMANAH, Hatta Ramli berkata parti itu sedar tentang persaingan yang bakal dihadapinya, tetapi menegaskan bahawa 'mengalahkan calon PBB adalah sesuatu yang bukan mustahil'.

Salahuddin dan Hatta adalah antara enam ahli Parlimen yang meninggalkan PAS tahun lepas untuk menyertai AMANAH.

Calon-calon yang diumumkan hari ini adalah:

N05. Demak Laut - Mohammad Fidzuan Zaidi
N07. Semariang - Nani Sahari
N16. Muara Tuang - Abang Abdul Halil Naili
N24. Sadong Jaya - Othman Mustapha
N26. Gedong - Rapelson Richard Hamit

N27. Sebuyau - Andrew Anak Jain
N29. Beting Maro - Andri Zulkarnaen Hamden
N40. Kabong - Jini Sahini
N41. Kuala Rejang - Sufian Julaihi
N42. Semop - Fadillah Sabali

N43. Daro - Ibrahim Bayau
N44. Jamoreng - Kiprawi Suhaili
N58. Balingian - Nurzaiti Hamdan

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Salahuddin berkata AMANAH akan bertembung dengan PAS di lima kerusi.

Beliau berkata kawasan berkenaan ialah Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Parti itu juga akan bertanding di lapan lagi kerusi dan akan menyenaraikan dua calon wanita di kerusi Samariang dan Balingian, katanya pada sidang media di malam tadi.

Beliau turut mengumumkan kawasan yang akan ditandingi oleh parti itu termasuk senarai calon parti berkenaan.

Mengulas keputusan AMANAH untuk bertanding di 13 kerusi itu yang merupakan kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Salahuddin percaya calon parti berkenaan mampu memberi saingan kepada calon-calon lain

Tiada ulasan: