shahbudindotcom
Berikut
ialah kenyataan media Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man
berhubung kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menampakkan memang
wujud "kong kali kong" dalam syarikat pelaburan tersebut.
Pastinya Pas akan lebih dihormati dan disanjung tinggi jika "orang ini" yang menjadi Presiden parti Islam itu.
1MDB
diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk
bon berbilion-bilion dolar ang dijamin oleh International Petroleum
Investment Corporation (IPIC) – tiada sebarang komen daripada Menteri
Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib
Razak.
Sebuah akhbar Singapura menyatakan
bahawa Presiden and Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda telah memaklumkan
kepada PM bahawa kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion"
kepada Abu Dhabi – Menteri Kewangan Malaysia tetap membisu.
Apakah
impak keingkaran ini kepada negara, hutang-hutang negara yang lain dan
juga nilai Ringgit dalam jangka panjang dan pendek? – Sunyi sepi
daripada Menteri Kewangan.
Arul sebelum ini
berkata perjanjian penyelesaian hutang 1MDB dengan International
Petroleum Investment Co (IPIC) akan melihat pengurangan hutang syarikat
sehingga RM16 bilion. Apakah persengketaan antara 1MDB dan IPIC telah
menggagalkan pelan rasionalisi yang dipelopori Arul?
Jadi
berapakah hutang 1MDB setelah IPIC tidak mahu meneruskan perjanjian
itu? Siapakah dan apakah harta 1MDB (apakah Bandar Malaysia dan Tun
Razak Exchange) tanah emas milik negara akan dicairkan untuk membayar
hutang 1MDB? Siapa yang akan bertanggungjawab? – Menteri Kewangan tidak
mengendah.
Yang diwar-warkan hanyalah
“kejayaan” Program Transformasi Negara (NTP) yang kesannya tidak dapat
dirasai rakyat selain kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ini
bukti Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang “terhebat.” Sudah sampai
masanya rakyat bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada
Menteri Kewangan “terhebat” ini?
Apakah PAC
perlu memanggil semula Arul bagi mengetahui pelbagai hutang 1MDB yang
masih gagal didedahkan. Berapakah jumlah sebenar hutang 1MDB?
Kepada saudara Arul, dedahkanlah semua sebelum terlambat. Ini adalah jasa terbesar saudara kepada rakyat Malaysia.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
27 April 2016
Di
bawah ini pula kenyataan media oleh Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pas
Pokok Sena yang diberikan surat tunjuk sebab kerana terlibat dalam
Gerakan Selamatkan Malaysia.
Apakah menyelamatkan negara dan menentang kemungkaran sudah menjadi suatu "dosa" dalam Pas?
GOOD MORNING DATUK SERI NAJIB:AWAT TAK BAYAQ HUTANG AS50.3 JUTA DATUK SERI?. ADOI!.MALU HABIH 1MALAYSIA.
1.Good
Morning Datuk Seri.Ish awat yang Datuk Seri tak bayaq hutang tu?.Malu
kami jadi rakyat Malaysia ni bila diistihar 1MDB yang Datuk Seri
berkuasa penuh tiba tiba tak bayaq hutang malu besaq kami.
2.Awat
Datuk Seri buat lagu tu.Tak bayaq pasai apa?.tak dak duit ka?.SENGKEK
sangat ka?.Awat Datuk seri ni Orang dah tak percaya ka nak berghutang
(berhutang) bayaq hutang?.Ni kan dah susah orang istihar Datuk Seri
ketegaq (degil) dan engkaq (ingkar).
MACAM MANA LAPAIH NI KEPERCAYAAN OGHANG PADA MALAYSIA?.
3.Bila
Datuk Seri lari dan liat nak bayaq hutang macam mana pulak lepaih ni
tahap kepercayaan (credit rating) oghang yang duk bagi hutang kepada
Malaysia,depa percaya lagi ka.Saya ni oghang kampung Pokok Sena saja
tapi gheti juga sikit sikit bab ni.Bila Datuk Seri buat peghangai dalam
kes bayaq hutang,dia akan bagi kesan menyebabkan Credit Rating Malaysia
jatuh.Bila credit rating jatuh dia akan bagi kesan besaq kepada sistem
kewangan dan ekonomi Malaysia.Cheti dan Along kat Malaysia pun tak
percaya dah.Kalau depa bagi hutang pun kadar faedah yang tinggi.Takkan
lepaih ni Datuk Seri pakai bergantung pada meniaga bulu ketiak dengan
sigheh saja kut.
4.Ghimaih betoi kami kut
kampung.Sughuh (suruh) Datuk seri beghundoq (berundur) dari PM tak
mau.Bila Datuk Seri duk betunggoi jadi PM dengan kami kami tanggung
hutang kelilin pinggang bila mai bab nak bayaq Datuk Seri laghi (lari)
ikut pintu belakang,dah jadi macam lagu M.Daud Kilau "HUTANG MINTA
HUTANG".
5.Macam ni lah Datuk Seri,baik Datuk
Seri beghenti lah dari jadi PM.Duk tang tu lagi bukan ada faedah apa pun
pada negara dan rakyat.Jangan duk buat peghangai macam DAUN PISANG
KEGHIN ghentap pun tak putuih.Jangan ketegaq sangat.
#UndurNajib
#ReformNegara
#SelamatkanMalaysia.
DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
27 Apr 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan