Di tengah-tengah kerancakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bukan saja calon yang bertanding menarik perhatian orang ramai ketika berarak, tetapi juga seorang selebriti bekas penyanyi terkenal, Wan Aishah Wan Arifin atau lebih dikenali Aishah, yang turut merancakkan kempen PRN tersebut.
Aishah yang juga Ketua Awan Parlimen Batu dengan pakaian warna oren –
warna parti Amanah yang dari jauh sudah kelihatan jelas - adalah dari
Team Amanah Kawasan Batu, Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Cikgu
Ishak Surin, Ketua Amanah kawasan tersebut.
Aishah dengan teamnya yang tiba di Sarawak sejak minggu lalu turut mengedarkan risalah calon Amanah di dereten kedai sekitar Dun N24 Sadung Jaya dan kawasan sekitarnya.
Beliau turut singgah dari rumah ke rumah kerana ramai yang hendak bertemu dengannya. Beliau bertemu dengan penghuni rumah di kawasan tersebut.
Kehadiran beliau telah menarik perhatian demikian ramai orang di sepanjang jalan yang menghulur tangan dan mahu bergambar dengan Aishah.
“Aishah sudah berada di laman rumah kita,” kata seorang tuan rumah yang segera turut bersalaman dan bergambar, diikuti orang ramai yang mengikutinya.
Bahkan beberapa rumah yang dinaiki Aishah dan rombongannya turut dipenuhi oleh orang ramai yang ingin bersalaman dan bergambar dengannya.
Seorang wanita tua di sebuah rumah turut bangun dari tempat duduknya kerana uzur dan bersalaman serta bergambar dengan penyanyi terkenal itu.
Wan Aishah turut juga berkempen di kawasan berdekatan, yang kelihatan wajahnya sentiasa ceria dan tidak merasa penat walaupun sudah hampir seminggu berkempen.
Beliau menyatakan gembira bertemu dengan orang ramai di Negeri Bumi Kenyalang itu.
Di sesetengah rumah yang dikunjunginya, Aishah turut menyanyikan beberapa buah lagi yang diminta oleh orang ramai yang berkumpul.
Ini pengalaman Wan Aishah yang kedua berkempen. Kali pertama ketika berkempen di kawasan Parlimen Jempol, Negeri Sembilan ketika beliau sendiri bertanding sebagai calon PAS di kawasan parlimen tersebut.
Nyatakah kemeriahan kempen PRN Sarawak kali ini, bukan semata-mata kerana perarakan calon yang bertanding, lawatan dari rumah ke rumah, bahkan kehadiran Aishah yang sentiasa tersenyum, bergambar dan bersalaman dengan orang ramai, tambah meriahkan kempen PRN Sarawak itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan