Khamis, 28 April 2016

KM Melaka kesal KAYM tolak siasatan audit dalaman

MALAYSIAKINI




Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri telah menerima laporan mengenai dakwaan kepincangan tadbir urus korporat pengurusan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM).

Katanya, kerajaan mahu siasatan audit dalaman segera dilakukan ke atas kolej tersebut, lapor Bernama.
Beliau kesal dengan tindakan KAYM menolak siasatan audit dalaman kira-kira sebulan lepas atas alasan 'mengganggu ahli lembaga pengarah'.

"Kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus telus terutama kepada rakyat, tiada apa-apa yang disembunyikan jadi mengapa KAYM perlu menolak audit dalaman.

"Jika terus menolak kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Idris menegaskan demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam.

Kolej Yayasan Melaka Sdn Bhd yang berperanan mengurus KAYM, ditubuhkan pada 15 Disember 1983 dan Yayasan Melaka dipengerusikan Idris kini mempunyai pegangan 40 peratus di dalam syarikat itu.
- Bernama


Tiada ulasan: