MALAYSIA DATELINE
Menjelang
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, penduduk kampung di Beting Maro,
sekali lagi diberikan harapan agar jambatan yang mereka perlukan
benar-benar dibina kali ini.
Ini kerana, jambatan ini sudah dijanjikan sejak tahun 2000 iaitu
menjelang PRN 2001, namun sehingga kini ia kekal tinggal janji saja.
Menurut bekas calon Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus,
pada tahun 2001 iaitu menjelang PRN tahun itu, batu asas untuk membina
jambatan ini telah dibuat oleh kerajaan negeri, namun menjelang 2006
masih belum siap lagi.
Empat tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2005, kontraktor mula
meletakkan pasir-pasir ke kawasan pembinaan di samping memasang dinding
di kawasan pembinaan.
Namun empat tahun kemudian, ia masih belum siap bahkan pembinaan belum bermula.
Pada tahun 2010 iaitu menjelang PRN 2011, jentera-jentera berat mula
dibawa masuk dan pasir serta besi-besi cerucuk mula dipasang.
"Dah nak masuk PRN 2016 tuk oi! Ni rupo 'Jambatan BN' tuk? Nak engkah
apo lagik kali tuk?" tulis Abang Kerdee dalam posting beliau itu.
Menjelang pilihan raya ini, sekali lagi jentera BN datang ke Beting
Maro. Kali ini mereka membawa tong-tong biru untuk menangani keperluan
air bersih di kampung ini.
"Orang kampung mahu air bersih, namun dekat pilihan raya BN bagi tong
biru. Terima kasihlah orang memberi, kita ambil. Tetapi air tiada
macamana nak guna air. Tunggu air hujan tak turun-turun," tulis Penolong
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) itu dalam akaun
facebooknya.
Untuk itu, Abang Kerdee mengingatkan pengundi Sarawak, "Kali tuk benar kito ngajar sidak yo nyo!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan