Oleh Muhammad Asyraf Azlan
BANGI: PKR dan DAP terpaksa melupakan perjanjian yang pernah
ditandatangani pada 7 April lalu mengenai pembahagian enam kerusi pada
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Salawati Mat Basir,
perjanjian tersebut diabaikan ekoran kedua-dua parti itu terlalu yakin
dengan calon pilihan masing-masing.
"DAP dan PKR merasakan calon mereka bagus untuk diketengahkan tanpa
menyebut PAS dan lain-lain jadi pada saya ini menunjukkan bahawa
akhirmnya mereka lebih kepada matlamat parti tidak kepada apa yang
dijanjikan sebelum ini.
"Masing-masing merasakan bahawa mereka ada potensi untuk menang di kawasan-kawasan tertentu di negeri Sarawak.
"Oleh itu perjanjian itu terpaksa dilupakan untuk memastikan bahawa
calon masing-masing yang berpotensi perlu dikemukakan di kawasan
komersil.
"Jadi apabila perkara ini terjadi bermakna tidak berbalik kepada
perjanjian asal yang kononnya nanti ingin bertemu hanya satu lawan
satu," katanya ketika ditemui Antarapos hari ini.
Sebelum ini, menerusi perjanjian bertulis berhubung pengagihan kerusi
yang ditandatangani antara PKR dan DAP pada 7 April lepas, kerusi Batu
Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga telah diperuntukkan kepada PKR.
Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi DAP.
Bagaimanapun, PKR dilihat 'mencabuli' persetujuan pembahagian kerusi
itu dengan bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang
dan Murum.
DAP pula membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang.
Ujar Salawati lagi, kedua-dua parti ini mempunyai ego masing-masing,
lebih-lebih lagi DAP yang merasakan mereka mempunyai sokongan pengundi
yang kuat terutamanya kaum Cina.
"Kita boleh lihat DAP agak berani membuli parti-parti lain di dalam
Pakatan harapan kerana kuasa sokongan. Kita tahu bahawa majoriti orang
Cina akan tetap kepada DAP tidak kira walaupun langit berubah warna DAP
tetap menjadi pilihan.
"Pada saya benda ini membuatkan DAP merasakan pengaruh mereka sudah
melebar jadi apabila melihat pengaruh sudah melebar kemudian dilihat
sebagai parti yang sangat progresif ketika ini jadi DAP merasakan kuasa
mereka kuat," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan