KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit
dalam serangan bom di Istikal Street di Taksim Square, Istanbul,
semalam.
Kenyataan yang dikeluarkan di sini awal pagi ini turut merakamkan
ucapan takziah kepada kerajaan Turki dan keluarga mangsa yang terbabit
dalam kejadian itu.
Katanya, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu yang
meragut lima nyawa dan mencederakan 36 yang lain termasuk 12 warga
asing.
"Kedutaan akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuk pelajar.
"Kedutaan Besar Malaysia di Ankara berhubung rapat dengan pihak
berkuasa di Turki untuk mengesahkan jika ada rakyat Malaysia terbabit
dalam serangan itu," katanya.
Wisma Putra turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau
melawat Ankara supaya mengutamakan keselamatan serta mematuhi nasihat
dikeluarkan kerajaan Turki.
"Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan memantau situasi ini secara berterusan," katanya.
No comments:
Post a Comment