Saya tidak percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seorang penyamun, jadi beliau perlu tampil di Parlimen minggu ini bagi mendedahkan secara telus dan bertanggungjawab mengenai skandal mega berkembar RM55 bilion 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion melibatkan beliau.
Najib bukan sahaja harus menggunakan ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bagi memberi penerangan penuh berkenaan dua skandal itu, malah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu menghilangkan segala keraguan mengenai kredibiliti dan profesionalisme agensi berkenaan apabila seorang Pengerusi “cari makan” yang dipaksa menjalankan siasatan penuh dan menyeluruh ke atas skandal Najib.
PAC
sepatutnya memanggil Najib sebagai saksi utama dan memberi beliau
peluang untuk menjawab segala persoalan dan keraguan timbul mengenai
skandal mega berkembar tersebut. Malah, PAC harus mengambil satu
langkah tambahan – siasat semua maklumat tentang skandal mega berkembar
itu yang telah disiarkan di laman web Sarawak Report, tentukan mana
artikel serta dakwaan Sarawak Report yang tidak berasas dan tidak
benar, dan sahkan mana dakwaan yang benar dan tepat.
Malah, kerajaan
pimpinan Najib perlu menarik balik sekatan akses ke atas Sarawak
Report memandangkan sikap benar dan jujur merupakan cara terbaik
menangkis segala pembohongan dan kepalsuan. PAC perlu menjemput pemilik
Sarawak Report, Claire Recastle, untuk memberi keterangan kepada
agensi berkenaan, malah, membayar tambang dan perbelanjaan beliau dari
UK dan memberi jaminan bahawa tiada tindakan akan diambil ke atasnya
semasa lawatan beliau ke Malaysia sebagai tetamu dan saksi PAC.
Beberapa orang telah memberitahu saya bahawa ucapan Najib di Kuantan yang mengatakan beliau bukan seorang penyamun mengingatkan mereka kepada ucapan Presiden Amerika Syarikat pertama yang terpaksa meletak jawatan, Richard Nixon, yang membuat penampilan di televisyen pada November 1973 semasa kemuncak skandal Watergate untuk memberitahu rakyat bahawa beliau bukan seorang penyamun – sembilan bulan sebelum beliau meletak jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk mengelakkan prosiding pemecatan di Kongres.
Tiada siapa fikir Najib mahu menjadi Nixon, dan inilah sebab mengapa saya berharap beliau akan berhenti berdiam diri berhubung skandal mega berkembarnya serta menerangkan segala kebenaran kepada rakyat Malaysia dan dunia supaya Malaysia tidak lagi tersenarai di tempat teratas di peringkat antarabangsa, sama ada untuk skandal rasuah paling teruk atau contoh rasuah global.
* Asas ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di ceramah kopitiam anjuran DAP Temerloh di Mentakab, Pahang pada 21 Mac 2016

No comments:
Post a Comment