Tuesday, March 22, 2016

Ritual raja bomoh: Ini pesanan untuk bukan Islam

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
 
 
SHAH ALAM – Susulan video yang menunjukkan upacara ritual pecah tembikai bagi mengurangkan cuaca panas yang tersebar didakwa dilakukan pada Isnin, golongan bukan Islam diharapkan tidak mengaitkannya dengan agama Islam.

Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kepercayaan tahayul seperti itu tidak pernah diiktiraf oleh Islam.

“Kepada bukan Muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam. Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam.

“Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatah lagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk dibazirkan secara sia-sia,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, malam tadi.

Dalam rakaman video itu, raja bomoh, Ibrahim Mat Zin bersama empat lagi individu lain termasuk seorang wanita membaca surah Yassin dan berdoa agar cuaca panas dikurangkan sebelum memecahkan lima biji tembikai bersama-sama

No comments: