BERNAMA
Polis
masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan
mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan yang
dijadualkan di ibu negara, 2 April ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak penganjur harus mengikuti peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Mana-mana pihak yang ingin membuat perhimpunan harus memaklumkan pihak polis terlebih dahulu.
"Sekiranya
tidak ada notis lengkap, pihak polis akan mengambil tindakan tegas
sekiranya mana-mana pihak cuba melanggar akta ini," katanya kepada
pemberita selepas turut sama menyertai Program 'Trim & Fit' PDRM
sempena Hari Peringatan Polis ke 209 hari ini.
Pakatan
Harapan mengumumkan rancangan mengadakan perhimpunan bagi menuntut
peletakan jawatan perdana menteri pada 2 April ini di Dataran Merdeka.
Mengulas
mengenai perhimpunan tertutup yang akan diadakan di Pusat Konvensyen
Shah Alam, Ahad ini, Khalid berkata pemantauan akan dibuat dan sekiranya
didapati terdapat ucapan yang berbaur hasutan, tindakan akan diambil.
No comments:
Post a Comment