MELAKA: Perlawanan Liga Perdana antara Melaka United dan Negeri
Sembilan yang berkeputusan seri 0-0 di Stadium Hang Jebat, Krubong di
sini malam Selasa dicemari insiden pergaduhan antara penyokong kedua-dua
pasukan.
Ketegangan bermula pada separuh masa kedua akibat penyokong mengejek
antara satu sama lain sebelum berlaku balingan objek antara penyokong
tersebut.
Ketegangan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Melaka United enggan
bersurai selepas tamat perlawanan dan tidak membenarkan penyokong
Negeri Sembilan keluar meninggalkan stadium.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh
Abdullah berkata penyokong Melaka United mula bersurai 12.15 tengah
malam tadi selepas rundingan kira-kira 45 minit dilakukan pihak polis
dengan mereka.
"Semua penyokong bersurai dengan aman dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya kepada pemberita.
Seramai kira-kira 15,000 penyokong Melaka United dan kira-kira 2,000
penyokong Negeri Sembilan menyaksikan perlawanan dilabel #NaningDerby
oleh pengguna media sosial.
No comments:
Post a Comment