DETIK DAILY
KUALA LUMPUR : Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid berpendapat, langkah memecat Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan yang masih dipegangnya di Yayasan Kepimpinan Perdana dan Proton diibaratkan seperti mahu `membunuh diri’.
Beliau berkata, tindakan itu akan membolehkan
bekas Perdana Menteri itu ‘bebas untuk menjelajah.Pada pendapat saya,
Mahathir tak peduli pun, tak rugi pun (dipecat). Kalau beliau tidak
mempunyai apa-apa posisi, dia bebas menjelajah
“Sekarang beliau terpaksa kerja. Mahathir ini, jenis orang yang suka bekerja, kalau awak bagi dia kerja, dia kerja. Memecat Mahathir dari posisi yang dipegang umpama bunuh diri kerana beliau mempunyai tujuh hari untuk `berjalan’,” katanya dalam satu wawancara bersama Free Malaysia today di pejabatnya kelmarin.
Beliau berkata demikian
mengulas mengenai langkah yang akan terjadi sekiranya kerajaan memecat
Dr Mahathir daripada jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan yang masih
disandangnya itu.
Awal bulan ini, kerajaan
bertindak memecat jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas kerana
penglibatannya dalam Deklarasi Rakyat.
Dalam
pada itu, bekas Menteri Besar Kedah itu turut percaya pemecatan Dr
Mahathir sebagai Pengerusi Petronas akan memberikan impak yang negatif
kepada badan berkaitan kerajaan tersebut.
Katanya,
mana-mana individu yang menggantikan Dr Mahathir sebagai Pengerusi
Petronas tidak mampu melakukan apa yang dilakukan oleh bekas Perdana
Menteri itu kerana beliau telah melakukan banyak sumbangan kepada
syarikat berkenaan.
“Pastikan sahaja, penggantinya tidak memberikan konsesi milik Malaysia kepaada negara lain,” ujarnya.
Sanusi
turut ditanya pihak yang dikhabarkan akan menjadi Pengerusi Petronas
iaitu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri
Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.
“Secara
tradisi, Pengerusi Petronas ialah bekas Perdana Menteri dan hanya ada
dua bekas Perdana Menteri lepas ni Pak Lah paling layak.
“Mungkin selain Pak Lah, Najiblah yang paling layak jika dia diturunkan,” sindirnya
No comments:
Post a Comment