MALAYSIA DATELINE
Pas dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 6 April ini.
Menurut Ketua Pengarah Pilihanrayanya Datuk Mustafa Ali pengumuman
calon-calon itu akan dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Memetik dari laporan Harakahdaily, pengumuman itu akan dibuat di Bintulu bermula jam 8.00 malam.
Pas meletakkan calon di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada
PRN kali ini iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya,
Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada 29 Januari lalu memilih
untuk mengadakan PRN pada 30 April, manakala tarikh penamaan calon 18
April.
Bagaimanapun, keputusan mengenai tarikh penting itu terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pada 20 Mac lalu, Adenan menyatakan bahawa beliau akan menghadap Yang
di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dalam tempoh terdekat ini bagi
menentukan tarikh pembubaran DUN yang sesuai.
Bagaimanapun, Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri
enggan mendedahkan tarikh pertemuan berkenaan akan diadakan.
“Selepas ini, saya akan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul
Taib Mahmud bagi menasihati beliau pembubaran Dewan Undangan Negeri
(Dun) Sarawak tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment