Muhyiddin Keluar UMNO. Patutkah? Impak kepada Pimpanan Najib Razak dan UMNO Menjelang Pilihanraya?
Ya… benar beberapa bulan lalu, ketika Muhyiddin mula lantang mempersoalkan mengenai isu skandal 1MDB yang terus membelengu negera termasuk memberikan ucapan dan penjelasan disebalik teriakannya di Janda Baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengatakan yang beliau adalah “Totok UMNO”.
Tetapi sejak malam tadi sehinggalah ke
awal pagi ini, sudah ada cakap-cakap orang politik yang mengatakan yang
ada kemungkinan besar Muhyiddin keluar UMNO sekaligus bersama-sama
dengan mentor dan bekas bosnya Tun Mahathir Mohamad.
Mungkin akan bersama-sama dalam “jentera
baru” yang sedang disusun Tun Mahathir selepas ini. Politik cukup unik.
Kawan boleh menjadi lawan atas nama satu misi dan matlamat.
Sebentar lagi akan berlangsung sidang
media khas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan akan teruangkap persoalan
samada Muhyiddin keluar UMNO atau terus menjadi “totok UMNO” sepertimana
yang diperingatkan semula oleh Zahid Hamidi semalam.
Walaubagaimanapun, jikalau Muhyiddin
keluar UMNO Berita Semasa jangkakan krisis dalaman UMNo akan menjadi
lebih parah. Ini kerana sosok seperti Muhyiddin apabila bertindak
menyatakan mahu berhenti menjadi ahli UMNO akan mengakibatkan
strukturdan elemen dalam parti menjadi kukuh semula akan, negatif.
Sepatutnya daripada awal lagi,
kepimpinan tertinggi UMNO berfikir dengan lebih tenang tidak terburu dan
waras bagaimana nilai sumbangan pemikiran seseorang itu dapat kita
letakkan di paras untuk menyumbang masa depan.
Muhyiddin Keluar UMNO VS Tindakan Kepimpinan Tertinggi UMNO?
KLIK SINI: Senarai Nama Rombakan Kabinet Menteri. Gugur Muhyiddin TPM Malaysia
Sekarang ini bola dikaki Tan Sri Muhyiddin samada Muhyiddin keluar UMNo atau tidak.
- Sekiranya ada yang bercakap kritis, anda buang
- Maka lama kelamaan sesebuah parti itu hanya akan mendapat dan tinggal kalangan balaci, pak turut, pemakan dedak dan sebagainya
- Sindrom acapkali mengiyakan dan mengangguk semuanyam ibarat robot yang telah dikawal pemikiran masing-masing dalam sesebuah organisasi adalah sangat bahaya dan akhirnya akan merugikan parti tersebut
- Parti politik memang tempatnya untuk menzahirkan pandangan secara ikhlas
- Jadi, ego tidak boleh ditegur sangat tidak elok bagi sesebuh parti dan apabila kena tegur sikit terus dibuang, terdapat sistem pencatasan dan sebagainya
Apa pendirian anda pula disebalik isu dan kemelut ini?
No comments:
Post a Comment