Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau ditawarkan jawatan penting selepas dipecat Timbalan Perdana Menteri dan digantung Timbalan Presiden Umno untuk dilantik ke jawatan Yang di-Pertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Muhyiddin bagaimanapun mengakui beliau terpaksa menolak semua tawaran itu kerana tidak sanggup mengorbankan prinsip perjuangan.
“Saya tidak boleh mengorbankan prinsip perjuangan,” tegasnya.
“Saya dapat membayangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan saya, melutut dan sembah.
"Saya diberikan tawaran dua perkara yang pertama Gabenor Pulau Pinang ( Yang DiPertua) kedua, Chairman of PNB.
“Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya bodoh dan tidak menerima tawaran ini. Ada orang berpendapat, saya patut ambil RM1 billion dan duduk diam,” katanya di hadapan lebih 1,000 hadirin di Dewan Orang Ramai Dewan Kg Sungai Ampat, Kota Tinggi malam tadi.
Muhyiddin dipecat daripada Kabinet pada Julai tahun lalu dan digantung Timbalan Presiden Umno pada bulan lalu gara-gara kritikannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan isu 1MDB dan dana RM2.6 billion.
Beliau antara pemimpin Umno yang menandatangani Deklarasi Rakyat diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Najib meletak jawatan.
No comments:
Post a Comment