shahbudindotcom
Esok 21
Mac, Muhyiddin Yassin bersama Mukhriz Mahathir akan berada di Kota
Tinggi, Johor untuk program Bicara Rakyat. Maklumat penuh program adalah
seperti di bawah ini.
Selain
memberi penerangan dan bercakap mengenai isu-isu semasa, perkara yang
harus dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz, di mana ketika ini mereka
masih mewakili UMNO ialah menggerakkan seramai mungkin ahli parti untuk
menandatangani Deklarasi Rakyat.
Walaupun
pemimpin-pemimpin UMNO cuba melencongkan pemikiran rakyat dengan
menggambarkan ia sebagai "Deklarasi Mahathir", "Deklarasi Lim Kit
Siang", "Deklarasi Mahathir - Kit Siang" atau lain-lainnya, hakikatnya
deklarasi itu ialah mesej penolakan yang mewakili hati sanubari rakyat
terhadap kepimpinan Najib yang menjadi punca segala kerosakan dalam
negara ketika ini.
Hanya
dengan Najib dapat disingkirkan dan kemudian institusi awam segera
dipulihkan, barulah imej negara dapat dikembalikan seperti sebelumnya.
Jika tidak, di pelusuk dunia mana pun, wajah Malaysia akan terus merudum
dan merudum.
Sebagaimana
di Pagoh beberapa hari lalu di mana lebih 1,000 ahli UMNO bahagian itu
menandatangani Deklarasi Rakyat, di Kota Tinggi malam esok dan di
mana-mana selepas ini, mengutip seramai mungkin tandatangan mestilah
menjadi keutamaan Muhyiddin dan juga Mukhriz.
Seiring
dengan pelbagai pihak turut menggerakkan usaha mengumpulkan tandatangan
itu, matlamat sejuta tandatangan dalam waktu terdekat ini tidak harus
dilengahkan lagi.
Selepas
sejuta tandatangan dapat dipamerkan kepada dunia, mungkin matlamat dua
juta atau tiga juta pula sebagai sasaran seterusnya.
Jika
Muhyiddin dan Mukhriz dapat memainkan peranan dalam menggerakkan,
katalah puluhan atau ratusan ribu ahli UMNO sendiri berbuat demikian,
itu barulah dikatakan melawan namanya!!
No comments:
Post a Comment