Monday, March 21, 2016

Guan Eng main 'drama', kata Umno P. Pinang

SINAR HARIAN


Shabudin tidak hadir, Guan Eng minum kopi berseorangan
Guan Eng minum kopi berseorangan kerana Shabudin tidak hadir sesi bersemuka yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Komtar tadi.


KEPALA BATAS - Tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng menjemput petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn, Georgetown hari ini bukanlah untuk membersihkan namanya, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata, cabaran Guan Eng untuk bersemuka dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya juga dilihat sebagai 'drama' ketua menteri itu untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pembelian rumah itu.

Katanya Guan Eng sepatutnya menjawab dakwaan Shabudin di Dewan Rakyat tentang adanya amalan rasuah dalam isu pembelian rumah bernilai RM2.8 juta itu dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

"Isu yang dibangkitkan itu sama seperti yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo sebelum ini dan Guan Eng sebagai pemimpin harus membersihkan namanya pada penggulungan Dewan Rakyat yang bermula esok jika apa yang dibangkitkan itu tidak benar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng minum kopi berseorangan]

"Secara lazimnya, speaker Dewan Rakyat akan memberi laluan kepada anggota dewan untuk memberi penjelasan terhadap sebarang pertuduhan yang dibuat ke atas mereka... itu adalah peluang Lim untuk memberi penjelasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Umno Bahagian Kepala Batas di sini, hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah itu adalah lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya

diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Guan Eng pada sidang akhbar keesokannya mencabar Shabudin bersemuka satu sama satu di hadapan media di pejabatnya pada 11 pagi hari ini untuk berbincang berhubung isu berkenaan, namun Shabudin tidak menghadirinya. - Bernama


No comments: