KUALA LUMPUR: Cuaca panas terik telah memberikan tekanan kepada
beberapa anggota polis yang mengambil bahagian dalam Perbarisan
Peringatan Hari Polis ke-209 apabila mereka pengsan dan memerlukan
bantuan perubatan.
Sekurang-kurangnya 10 anggota yang rebah dalam perbarisan itu telah
mencetuskan kebimbangan di kalangan orang kenamaan termasuklah Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka telah diusung ke kawasan tertutup dan kesemua mereka telah dipulihkan.
Perbarisan pada tahun ini tidak seperti kebiasaan yang pernah dilakukan
kerana ia diadakan pada waktu tengah hari disebabkan jadual ketat
Najib.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata anggota
polis pengsan semasa perarakan bukanlah 'sesuatu yang baru'.
"Sebenarnya, kita mempunyai pelan kontigensi untuk memindahkan majlis
ini di tempat tertutup tetapi siatusi tidak sampai ke peringkat itu,"
katanya ketika ditemui selepas majlis itu di Pusat Latihan Polis
(Pulapol) di sini, Jumaat.
Najib, selepas kejadian itu telah memendekkan ucapannya kepada hanya lima minit.
“Sebelum saya tampil kehadapan untuk beri ucapan, isteri saya telah
bisik kepada saya. Dia kata ‘kiss’. Rupanya, ‘kiss’ maknanya ‘keep it
short and sweet’.
“Dan ini saya kira amat bertepatan kerana cuaca terlalu panas dan kita
tidak berlaku adil kepada perbarisan kalau berucap terlalu panjang,”
katanya.
Rosmah dipercayai berkata demikian kerana terkesan melihat beberapa anggota perbarisan polis rebah disebabkan cuaca panas.
No comments:
Post a Comment