shahbudindotcom
Di
sebalik ramai pemimpin UMNO, setelah berjaya menggantung Muhyiddin
Yassin daripada jawatan timbalan presidennya, turut mahukan bekas
Timbalan Perdana Menteri itu meninggalkan UMNO, Zahid Hamidi seperti
menunjukkan keinginan yang berbeza mengenainya.
Beliau
bukan saja mahu Muhyiddin terus kekal bersama parti itu, malah
mengingatkannya tentang pengakuan "totok UMNO" yang pernah dibuatnya
sebelum ini.
Sesuai dengan itu, menurut Zahid, sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Muhyiddin, seharusnya berdasarkan kepentingan parti.
Muhyiddin
akan mengadakan sidang akhbarnya, esok Khamis jam 11 pagi dan ia
dipercayai turut berkaitan hala tuju politiknya berikutan penggantungan
jawatannya baru-baru ini dan juga setelah Tun Mahathir mengambil
keputusan meninggalkan UMNO untuk meneruskan tekanan terhadap Najib.
Mengapa
Zahid lebih mahukan Muhyiddin terus kekal bersama UMNO berbanding turut
sama meninggalkannya seperti yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir?
Adakah
beliau bimbang jika Muhyiddin turut sama meninggalkan UMNO, maka tiada
lagi "goncangan" daripada dalam parti sendiri terhadap Najib?
Atau
dalam erti kata lain, oleh kerana beliau tahu Muhyiddin sudah "berlaga
angin" dengan Najib, biarlah Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu terus
membuat "bising" di dalam parti, manakala "riuh rendah" di luar UMNO
sekarang sudah pun diambil alih oleh Tun Mahathir?
Dalam
hal ini, jika kita masih ingat reaksi awal Zahid berhubung tindakan Tun
Mahathir meninggalkan UMNO, 29 Februari lalu tidak lain ialah
keyakinannya bekas Perdana Menteri itu akan kembali apabila tiba
waktunya nanti.
Zahid
tentunya sedia maklum bahawa Tun Mahathir keluar UMNO kerana tidak
setuju dengan Najib dan tidak mungkin menyertainya semula selagi Perdana
Menteri dan Presiden UMNO yang ada sekarang tidak disingkirkan.
Mengapa
beliau yakin Tun Mahathir akan kembali? Adakah ia juga menggambarkan
keyakinan Zahid bahawa era Najib akan berakhir tidak lama lagi?
Dengan melahirkan keyakinan Tun Mahathir akan kembali menyertai UMNO, kepada siapa pula harapan itu sebenarnya ditujukan?
No comments:
Post a Comment