Oleh Syazana Hasanudin
KUALA LUMPUR : Kuasa autonomi akademik yang disekat melalui
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dikembalikan kepada
universiti tempatan bagi mengelak kes seperti pemberhentian 156
profesor.
“Kuasa autonomi universiti, khususnya dalam hal ehwal akademik yang disekat melalui AUKU serta Akujanji perlu dipulihkan segera,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pada kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa seramai 156 atau 33 peratus dari 507 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka akibat pengecilan bajet oleh Putrajaya.
Pada masa sama, katanya, Piagam Universiti harus diwujudkan sebagai garis panduan untuk mentadbir keperluan akademik termasuk pertambahan atau pengurangan kakitangan akademik serta urusan disiplin.
Beliau menyifatkan pemberhentian 156 profesor itu membuktikan campur tangan eksekutif kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) dalam bidang akademik negara ini, sedangkan keputusan sedemikian patut dibuat Lembaga Universiti berdasarkan pertimbangan kepentingan ilmu.
“Pemberhentian itu hanyalah sebahagian masalah yang timbul apabila segala keputusan akademik dibuat agensi pusat, Kementerian Pendidikan Tinggi dan bukannya Lembaga Universiti.
“Cadangan pengembalian kuasa kepada universiti banyak dibincangkan serta dinyatakan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, 2007-2020 (PSPTN).
“Malangnya, ia bukan saja tidak berlaku pada kadar ditetapkan, malah pemberhentian 156 profesor itu membuktikan peningkatan campur tangan eksekutif dalam pentadbiran akademik universiti,” katanya.
Jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi itu menyifatkan kerajaan Persekutuan salah memberi keutamaan berikutan peranan program dan agensi yang tidak ada manfaat masih diteruskan.
“Apakah kerajaan percaya bahawa negara ini lebih memerlukan ‘pemikir’ seperti Lokman Adam di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berbanding 156 profesor yang pakar dalam pelbagai bidang bagi melatih dan mendidik modal insan negara ini?” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan