TEMERLOH: Parti Amanah Negara (PAN) mengakui berdepan sumber kewangan
untuk menguruskan sebuah parti politik dan terpaksa menggunakan pelbagai
kaedah bagi mendapatkan dana.
Presiden PAN, Mohammad Sabu berkata, PAN memerlukan sekurang-kurangnya
RM50,000 sebulan untuk urusan operasi keseluruhan termasuk elaun
kakitangan.
Menurutnya, PAN kini hanya ada lima kakitangan di peringkat Pusat yang
menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha
agung,dua timbalan dan dua kakitangan yang menguruskan segalanya.
"Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan,
kutipan derma dan lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam
PAN untuk menampung kos operasi ketika ini.
"Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak
betul, kita akui berdepan sumber kewangan," katanya selepas hadir
menyampaikan taklimat di Wisma PAN Pahang di Taman Chengal di sini,
semalam.
Mohammad Sabu mengakui sambutan yang diterima dari seluruh negara untuk
menyertai parti itu amat menggalakkan dan sehingga kini sebanyak
130,000 borang keahlian sudah diedarkan.
Menurutnya, satu per tiga daripada jumlah itu sudah diterima permohonan mereka dan selebihnya dalam proses.
"Kita berdepan masalah kelemahan pendaftaran ahli dan sebab itu saya
turun ke bawah berjumpa dengan negeri untuk menerangkan kaedah yang akan
kita guna selepas ini untuk mengambil ahli baharu, kita juga dalam
proses untuk membuat pendaftaran online," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan