)
PUTRAJAYA: Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan yakin mencapai sasaran 30.5 juta pelancong
tahun ini meskipun nasihat perjalanan dikeluarkan terhadap negara ini.Walaupun Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan kementerian tidak memandang ringan amaran tersebut, beliau berkata ia adalah perkara biasa bagi mana-mana kerajaan untuk mengeluarkan nasihat perjalanan.
"Ia akan menjadi tahun yang amat baik bagi kita walaupun nasihat perjalanan dikeluarkan. Saya fikir jika Malaysia mengangkat dirinya sebagai destinasi wajib dilawati, pelancong masih akan datang. Mereka perlu pergi ke sesuatu tempat.
"Jika ada ancaman IS di KL, maka setiap bandar berada dalam ancaman... Paris, London. Jika kita fikir bahawa semua nasihat adalah halangan, maka pelancong tidak boleh pergi ke mana-mana sahaja sama sekali. Mereka terpaksa tinggal di negara sendiri," katanya kepada The Star Online di pejabatnya di sini, Rabu.
Malah ia turut menasihat warga Australia supaya 'mempertimbangkan perjalanan ke beberapa kepulauan di pantai timur Sabah yang bersempadanan dengan Filipina.
Pada minggu lalu, United Kingdom turut mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya mengelak berkunjung ke pantai timur Sabah yang bersempadanan dengan Filipina dengan memetik risiko ancaman culik dan jenayah lain terhadap pelancong asing.
Ditanya sama ada tindakan memenggal kepala warga Malaysia, Bernard Then Ted Fun akan menjejaskan industri pelancongan di Sabah, Nazri berkata ketibaan pelancong di sana sejak empat bulan lalu menunjukkan peningkatan.
"Sabah mencatatkan jumlah pelancong yang ramai. Hotel penuh," katanya.
Pelancong China juga dijangka meningkatkan jumlah ketibaan pelancong di Malaysia dengan kementerian mensasarkan empat juta penduduk negara itu pada tahun ini berbanding 1.5 juta pada 2015.
Pada Mac hingga hujung tahun lalu, pelancong China tidak memerlukan visa untuk memasuki negara ini.
"Kami melihat apa yang dilakukan Thailand pada tahun lalu apabila memudahkan keperluan visa... mereka sama sekali menerima jutaan ketibaan pelancong China," kata Nazri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan