Isnin, 31 Disember 2012

Tanah runtuh: Jalan alternatif ke Puncak S'wangsa dibuka



 
Jalan masuk utama ke Puncak Setiawangsa, di Kuala Lumpur ditutup sepenuhnya lewat malam tadi berikutan tanah runtuh di kawasan tersebut pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata jalan alternatif dibuka di Persiaran Setiawangsa bagi laluan kepada penduduk setempat.

"Jalan tersebut dikawal oleh anggota polis dan Rela bagi kelancaran lalu lintas," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) menyatakan sehingga kini masih berlaku pergerakan tanah yang aktif di kawasan cerun.

"Tujuh buah banglo di Puncak Setiawangsa berada di zon bahaya dan telah dikosongkan manakala  22 rumah yang lain berada dalam keadaan selamat dan boleh diduduki," katanya.

Sehingga pukul 3 petang ini, 86 penduduk yang telah berdaftar dengan pusat gerakan yang dibuka, katanya.

Beliau berkata 13 unit kedai dua tingkat dan 52 unit teres yang terletak 100 meter dari cerun runtuhan telah dikosongkan.

Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Johor, Ahmad Zuriyad, 20, berkata beliau kini tidak dapat menuntut pakaiannya yang dihantar di sebuah kedai dobi di Bukit Setiawangsa ekoran insiden tanah runtuh itu.

"Saya menghantar baju-baju itu sehari sebelum kejadian untuk dibawa balik ke kampus pada Isnin tapi sekarang ni saya pun tak tahu bagaimana.

"Pekerja dobi ada menelefon saya namun mengatakan mereka menunggu arahan daripada pihak polis sebelum dibenarkan masuk ke kedai semula," katanya kepada Bernama.

Selain kedai dobi terdapat beberapa premis perniagaan lain antaranya kedai tempahan jahitan, agensi pelancongan, kedai gunting rambut, klinik, kedai runcit dan restoran.

Pemilik Cantumas Travel & Tours Sdn. Bhd, Norlida Hassan, 49, mengakui banyak kesan yang dihadapi memandangkan premisnya turut diarah tutup atas faktor keselamatan.

"Agensi saya banyak berurusan dengan pelanggan yang menempah tiket pelancongan dan lebih menyukarkan kerana semua sistem kami berada di dalam pejabat.

"Kami ada meminta bantuan Telekom untuk menyambungkan semua panggilan pelanggan ke telefon bimbit kami yang sepatutnya disambung ke agensi untuk memudahkan operasi," katanya.

Norlida berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama kakitangannya untuk memikirkan alternatif lain sama ada berpindah ke tempat baharu atau menunggu keadaan pulih seperti sedia kala.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon turut meninjau lokasi kejadian tanah runtuh.

Noriah berkata kementerian akan menyediakan kaunselor dengan menggunakan sebuah van bergerak Mayang  bagi memberi sokongan kepada mangsa yang terlibat.

"Kita turut menyediakan segala  kemudahan kepada mereka walaupun mereka mampu dan juga dalam proses mendapatkan profil penduduk," katanya.- Bernama

Jambatan runtuh: 200 penduduk Hulu Besut terputus hubungan



 
Lebih 200 penduduk di Kampung Durian Telur, Hulu Besut, terputus hubungan sejak seminggu lepas apabila satu-satunya jambatan di alur Sungai Besut yang menghubungkan kampung itu ke pekan Pasir Akar runtuh akibat hakisan tebing selepas banjir.

Berikutan jambatan sepanjang 25 meter itu runtuh, penduduk terpaksa meredah alur sungai itu jika perlu pergi ke Pasir Akar atau Jerteh.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad ketika dihubungi hari ini berkata jambatan itu akan dibaiki secepat mungkin.

Katanya beliau akan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan supaya jambatan konkrit dibina bagi menggantikan jambatan itu yang diperbuat daripada "pembetung simen".

Beliau berkata jambatan berkenaan amat penting kepada penduduk untuk membawa hasil pertanian ke pekan Pasir Akar.

Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan beransur pulih dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun kepada 913 orang setakat 5 petang ini berbanding 3,171 pagi tadi.

Menurut portal banjir negeri, dua daerah yang masih menghadapi banjir ialah Dungun dengan jumlah mangsa seramai 543 orang dan Kuala Terengganu 119 orang.

Menurut portal itu, satu daripada tujuh daerah yang mengalami banjir telah pulih dengan daerah terbaru Kemaman apabila mangsa banjir di daerah itu dibenarkan pulang tengah hari tadi.

Sementara itu, enam pusat penempatan masih beroperasi iaitu Dungun (lima) dan Kuala Terengganu (satu).

Jumlah korban banjir masih lagi enam orang di Terengganu sehingga petang ini.

Di Kelantan, mangsa banjir yang dipindahkan di Tumpat kini menurun kepada 251 orang berbanding 1,983 orang pagi tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu jauh menyusut berbanding lebih 500 orang pada sebelah pagi.

Mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan 2 yang terdiri daripada 74 buah keluarga.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat mangsa banjir tengah hari tadi dan menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada mereka.

Sungai Golok di Rantau Panjang kini telah surut kepada paras amaran.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat bencana alam itu di Kelantan. Pada keseluruhannya, keadaan cuaca adalah baik.- Bernama

Penduduk Pangsapuri Kayangan Lega Dapat Meter Individu


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PETALING JAYA : Penantian penduduk Pangsapuri Kayangan di sini untuk mendapatkan meter individu dan menikmati 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri menjadi kenyataan apabila proses pertukaran itu dijalankan Disember ini.

Sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri pada Mac 2008 dan mengumumkan pemberian istimewa itu, Pengurusan Badan Bersama (JMB) pangsapuri tersebut tidak ketinggalan membuat permohonan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi proses penukaran meter pukal kepada meter individu.

Setiausaha JMB pangsapuri berkenaan, Moi Hoy Meng berkata, apa yang diperoleh penduduk di kawasan itu adalah hadiah penuh bermakna sempena perayaan Krismas dan tahun baru 2013 yang akan menjelang.
“Saya begitu gembira kerana apa yang kita tunggu akhirnya menjadi nyata dan ia hadiah penuh makna kepada semua penduduk di pangsapuri ini.

“Semoga kita semua akan beroleh faedah dengan pemberian air percuma daripada Kerajaan Negeri,” katanya dalam majlis meraikan acara itu semalam yang turut berterima kasih kepada Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam usaha merealisasikan proses migrasi meter berkenaan.

Proses migrasi tersebut melibatkan 192 daripada 236 rumah di pangsapuri itu dijalankan Syabas dan berakhir baru-baru ini.

Seorang penghuni, Amirul Salleh, 33, menjelaskan dengan pertukaran meter akan memberi banyak kemudahan kepada penduduk terutama dari segi kewangan lebih menjimatkan.

“Dengan pertukaran meter kita akan mendapat air percuma dan bayaran bil akan berkurangan. Ia akan memberi banyak kebaikan kepada penduduk dengan cara berjimat,” kata kakitangan kerajaan ini.

Nik Nazmi berkata, dengan kejayaan proses migrasi dari meter pukal kepada individu, diharap penduduk pangsapuri kawasan itu akan menikmati kemudahan disediakan Kerajaan Negeri yang selama ini memberikan pelbagai ganjaran menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Beliau berkata, biarpun proses tersebut memakan masa namun dengan kerjasama semua pihak, ia akhirnya dapat dijayakan dan penduduk memperoleh manfaat seperti dijanjikan.

“Dengan kesungguhan pengurusan JMB dan semua pihak terlibat memperjuangkan perkara ini maka penduduk dapat menikmati kemudahan ini.

“Kerajaan Negeri menerusi pegangan aset tunai melebihi RM2 bilion ketika ini akan terus memberikan banyak kemudahan kepada rakyat di Selangor,” ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi JMB, Michael Lim dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam, Izham Hashim.

Tirai 2012 Dilabuh : Kerajaan Selangor Makin Kukuh, Dicemburui Umno-BN


MB Khalid Ibrahim Rakyat 01

KOMENTAR: Tatkala tirai 2012 hampir dilabuhkan, Pakatan Rakyat (PR) terus membuktikan kemampuan mentadbir negeri-negeri yang diterajuinya dengan pelbagai kejayaan membanggakan di sepanjang memerintah.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 Coverpage

Antara pencapaian yang dianggap sebagai mercu tanda kejayaan negeri PR pada 2012 termasuklah pengkiktirafan Ketua Audit Negara yang dikepalai Tan Sri Ambrin Buang terhadap pengurusan fiskal yang baik oleh Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang dibentangkan di Parlimen pada 15 Oktober lalu, jelas membuktikan pengurusan kewangan di negeri PR jauh lebih baik meninggalkan negeri ditadbir Umno-BN.

Antara yang mendapat pujian dalam laporan LKAN, kutipan yang diperoleh Kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Negeri Selangor turut mencatat sejarahnya tersendiri apabila buat kali pertama, rizab Kerajaan Negeri itu mencecah lebih RM2.5 bilion.

Selain itu, sambutan rakyat Selangor terhadap pelbagai Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor oleh Kerajaan Negeri juga semakin dicemburui Umno-BN.

Sehingga 30 September 2012, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM766,913,379 bagi menjayakan 16 program bantuan atau skim bantuan untuk rakyat Selangor sejak program tersebut dilancarkan.

Dalam tempoh sama, seramai 166,441 rakyat Selangor dan 1,303,601 isi rumah menerima pelbagai manfaat dari program-program tersebut.

Antara program yang diperkenalkan, Pemberian Air Percuma, Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Pusat Tuisyen Rakyat, Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan lain-lain.

Umno-BN Melawan Dengan Fitnah

pilihan-shooting-haram-isu-AIR-5 thumbnail

Maka, tidaklah menghairankan apabila Umno-BN semakin menggila menyerang dengan memfitnah Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan tampuk pentadbiran negeri terkaya itu kembali ke pangkuan mereka.

Antara tindakan luar kewarasan yang diambil Umno-BN termasuklah projek pembikinan iklan fiksyen ‘krisis air Selangor’ yang diadakan di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya pada 24 September lalu.

Bagaimanapun tembelang politik tidak bermoral ini terburai juga setelah beberapa media termasuk TV Selangor sendiri berjaya menghidu kegiatan tersebut.

Ketika di lokasi penggambaran, TV Selangor sempat diberitahu oleh beberapa pelakon bahawa mereka dibayar RM50 untuk menjayakan beberapa adengan yang menggambarkan ‘krisis air Selangor’.

shoting Air

Penggambaran tersebut juga tampak lucu apabila lori tangki yang kononnya membekalkan air kepada ‘mangsa krisis air’ itu bukan sahaja tidak membawa hatta setitik air, malah ‘mangsa-mangsa’ itu sendiri mengambil air paip sebelum diisi ke dalam baldi-baldi yang dibawa sebagai prop penggambaran.

Penduduk yang kurang senang dengan tindakan tersebut juga memberitahu kediaman mereka tidak pernah mengalami gangguan bekalan air seperti mana yang mahu digambarkan dalam filem fiksyen itu.

Manakala pada Oktober lalu, penduduk Taman Medan Cahaya turut menjadi mangsa politik kotor Umno-BN apabila mereka diperalat untuk menyertai demontrasi menuntut 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri.

shoting Air 2

Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam dan penduduk Blok H, pangsapuri terbababit, A Ramlee Yahaya, memberitahu pangsapuri terlibat sudah menerima bekalan air percuma sejak 2011 lagi.

Selain itu, Mohamad Fuad turut memberitahu sebelum demontrasi diadakan, persatuannya dimaklumkan penganjur demontrasi, tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes penerbitan filem menghina Nabi Muhammad SAW sekaligus menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk.

Politik Ganas Berleluasa

Oleh kerana tekanan memuncak untuk kembali berkuasa di negeri PR dan mengekalkan kuasa di Putrajaya, Umno-BN berterusan menggila dengan bertindak ganas bagi menghalang kemaraan PR.

samseng umno-beruk umno-penang

Beberapa insiden ganas melibatkan serangan penyokong Umno-BN terhadap penyokong PR di tapak ceramah samada di Selangor mahupun di negeri-negeri lain turut menjadi antara topik hangat diperkatakan di sepanjang 2012.

Terbaru, dalam kejadian di Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda cedera di bahagian kepala dan pengsan selepas dipukul dengan sebatang kayu tajam oleh penyokong Umno-BN dalam Konvoi Kembara Oren pada 23 Disember baru-baru ini.

Manakala, dua penyokong PR turut mengalami kecederaan akibat diserang dengan satu senjata tajam oleh penyokong Umno-BN dalam ceramah PR di Gombak pada 4 Disember lalu.

bas 1

Insiden keganasan Umno-BN lain yang paling diperkatakan di sepanjang 2012, siri serangan terhadap konvoi ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ termasuk bas ‘Merdeka Rakyat’ yang dinaiki Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih malang lagi, polis sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk mentangani isu keganasan politik ini sekaligus menjadikan ia berlarutan.

Gadai Tanah Rizab Melayu

Selangor-Umno

Selain bertindak ganas terhadap penyokong parti lawan, Umno-BN juga tidak segan silu memainkan isu perkauman bagi menakutan pengundi Melayu yang kononnya bakal kehilangan kuasa politik mereka

Bagaimanapun malang bagi Umno-BN, usaha-usaha mereka tidaklah mendatangkan kesan maksimum seperti yang mereka harapkan apabila tindakan ganas itu turut dicemuh masyarakat umum.

Selain itu, tindakan ‘patriotik’ Umno-BN itu juga disia-siakan dengan pembongkaran tindakan khianat parti tua itu menjual tanah milik Kerajaan Negeri dan tanah rizab Melayu sendiri.

Di Selangor sahaja, dari 1999 hingga 2008, dianggarkan tidak kurang 24 Lot tanah milik Kerajaan Negeri dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, yang diperolehi Umno-BN ketika era pentadbiran Umno-BN dijual pada harga rendah atau bertukar tangan kepada pihak ke-tiga.

Umno-BN juga bijak mengaut keuntungan mudah dengan menyelitkan kepentingan mereka dalam setiap urusniaga penjualan tanah tersebut kepada pihak ke-tiga.

UMNO HANCUR

Oleh demikian, rakyat Selangor harus bijak membuat pilihan dalam pilihan raya yang bakal diadakan pada 2013 nanti.

Jika dinilai dari segi prestasi, ia bukanlah suatu pilihan sukar buat rakyat Selangor kerana rekod lebih empat tahun prestasi pentadbiran PR Selangor dan rekod pentadbiran 55 tahun Umno-BN menceritakan segalanya.

Derih Natang Dah Dok Relevan

Blog anaksengat.blogspot.com

Idris Jusoh bekas MB Trengganu yg disingkirkan tetiba menasihati ahli PAS agar meninggalkan parti itu kerana sudah tidak relevan lagi. Alasannya mudah.. PAS sudah tersasar dari prinsip perjuangan Islam.

Nak tergelak pun ada bile baca kenyataan orang yang dah sasau ni. Ramai sangat orang umNO yang sasau, Ahmad Maslan pun menunjukkan dia sasau juga   selepas anak apdal yang menunjukkan sasau tahap gaban.

Pertamanya aku pelik sejak bila Idris mengakui PAS berjuang Islam ni... Jika Deris natang kata PAS dah lari dari Prinsip Islam, maknanya, dulu deris natang ni menentang PAS yang berjuang Islam le... tak ke dia rasa bersalah.. Patutnya sebelum suruh ahli PAS tinggalkan parti sebab dah tersasar, dia kena istihar taubat dulu sebab lawan PAS yang berjuang Islam.

Keduanya aku hera juga bile Deris Natang kata ahli PAS dak tak relevan sokong PAS sebab dah lari Prinsip, Patutnya Deris natang yang tinggalkan Trengganu bile dia dah tak relevan duduk di Trengganu sebab Sultan dah tolak dia jadi MB. Memang sultan tak halau dia dari Trengganu, tapi patut pahamle bile sultan dah tak bagi jadi MB, maknanya sultan tak suke tengok muke mu tu... Jadi tek releven le mu duk di Trengganu lagi.

Dok Gitu Deris natang????

Jual ikan di Facebook

Web Sinarharian.com.my

MERSING - Seorang nelayan dari Kampung Makam, di sini, menyambut baik cadangan dan saranan majikannya untuk menjual ikan di hadapan rumahnya bagi menambah pendapatan.

Samsuri Ismail, 35, berkata, dia tidak sangka pujukan majikannya itu akhirnya menjadi sumber penambahan pendapatan buat dirinya bagi menampung keluarga tersayang.

Menurutnya, perniagaan yang dijalankan atas bantuan isterinya itu kini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk sekitar kawasan kediamannya.

“Perniagaan menjual ikan ini adalah pendapatan sampingan bagi kami sekeluarga. Semua modal dikeluarkan majikan dan saya hanya menjalankannya.

“Dalam sehari, saya boleh meraih pendapatan sebanyak RM700 hingga RM800 termasuk modal dengan hasil jualan ikan ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Samsuri berkata, dia akan mendapatkan bekalan ikan daripada majikannya dan rakan nelayan lain setiap hari.

Menurutnya, walaupun baru dua bulan dibuka, mereka sudah mempunyai pelanggan tetap.

“Alhamdulillah, jualan semakin meningkat atas bantuan rakan yang memperkenalkan perniagaan ini ke laman sosial Facebook,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis ikan tanpa perlu ke pasar, namun semua ikan segar yang dijualnya itu bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Jelasnya, oleh kerana keadaan cuaca yang kurang memuaskan dan tidak menentu pada musim tengkujuh, bekalan ikan amat sukar didapati.

“Antara jenis ikan yang dijual di sini adalah ikan cencaru, selar, kembong dan pari. Istimewanya, kami menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan,” katanya.

Amanat haji abdul hadi: masih relevan?

Blog nikabduh.com

Jika umno tidak memanaskan isu ‘amanat Haji Abdul Hadi’ yang menjadi antara ucapan paling mewah dan berisi bagi iklim politik tanah air hampir 30 tahun lepas, sudah pasti tidak ramai lagi yang akan mengingatinya. Ia bukan isu yang mahu dibincangkan oleh anak muda hari ini.

Dunia politik akan sentiasa dihangatkan oleh generasi muda yang datang dan pergi. Justeru politik yang matang sentiasa menuntut pembaharuan yang menepati kehendak dan aspirasi anak muda. 


Oleh kerana isu amanat ini bukan isu penting di sisi anak muda, maka jika umno tidak memukul gendang itu kembali, tiada siapa lagi yang akan menoleh ke arah bunyi muzik era 80an itu. 


Malang, umno adalah parti tua. Isinya tua dan isunya pun tua. Generasi muda yang mendekati umno akan merasakan mereka dipaksa untuk memahami orang tua lebih daripada golongan tua dituntut untuk memahami orang muda. Kerana itu, golongan muda semakin lebih selesa menjauhi umno, bahkan lebih berharap umno tiada sentuhan pun di dalam membina wawasan masa depan mereka.

Tetapi, katakan, jikalah umno tidak pula gatal menghidupkannya, adakah isu itu akan pergi dan hilang begitu saja? Dengan erti ia tidak berisi lagi. Tidak sesuai dan tidak relevan hari ini? Adakah ia isu yang isinya sudah diselesaikan dengan baik dan dibereskan? Adakah PAS sudah melihatnya sebagai lapuk dan tidak menguntungkan?

Sudah tentu tidak. Tidak mungkin amanat itu yang begitu mengangkat martabat politik Islam pada masa itu, tiba-tiba jatuh sahamnya hari ini. Sebabnya ia bukan tuntutan anak muda hari ini?

Lihat, tuan guru mursyidul am PAS dalam kenyataan terbaru meminta tuan guru haji Abdul Hadi Awang agar jangan menarik balik amanat itu sebagaimana tuntutan umno hari ini. Bahkan beliau mencabar agar debat yang belum terlunas itu dihidupkan kembali. Debat umno vs PAS.

Kenyataan dan seruan mursyidul am itu jelas menunjukkan ‘amanat haji Abdul Hadi’ kekal berisi dan sedia difahami semula untuk kebaikan generasi hari ini.

Itu jika umno terus mahu bermain dengan isu amanat tersebut. Jika ia dihidupkan kembali, maka debat yang dibatalkan dulu adalah penyelesaian. Ia tergantung dulu kerana umnolah yang menggantungkannya, lalu mendakwa mereka menang di serata kampung. PAS tak luka dan tak tumbang pun.

Malah kerana amanat itulah, ia menjadi antara faktor kebangkitan PAS selepas era kesakitan akibat kealpaan di awal 80an. Tiada generasi muda PAS waktu itu yang tidak merasai betapa besar dan berkesannya amanat tuan guru itu di dalam memacak bendera perjuangan Islam di dalam dada masing-masing.

Pertanyaan hari ini ialah, jika isu amanat itu, isinya masih penting, mengapa PAS tidak cuba menghidupkannya? Bahkan bagai dipaksa pula untuk menjawab apabila umno kembali memainkan isu ini?

Ya, jawabannya ia hanyalah soal pewajahan baru. PAS sedang mengembangkannya dalam bentuk dan  wajah baru yang lebih sesuai untuk zaman dan cabaran generasi hari ini.

Isu besar amanat adalah isu akidah Islam. Akidah adalah satu garisan yang memisahkan di antara iman dan kufur. Ia isu yang menjadi isi perjuangan PAS di atas persada politik tanah air. Kerana akidahlah, PAS tampil  dengan perbezaan yang nyata daripada parti-parti politik yang lain. Ia adalah tunjang seri kepada pembinaan pemikiran umat Islam.

Ketika parti-parti politik lain bersaing di medan siasah dengan pemikiran yang tiang akidahnya hanyalah pemikiran manusiawi, PAS datang dengan tiang seri bersifat rabbani, langit dan wahyu yang melewati batasan akal dan pemikiran manusiawi. Di sinilah, amanat haji Abdul Hadi mengambil tempat.

Umno adalah parti Melayu yang akidahnya adalah Melayu adalah Islam. Selagi Melayu, selagi itulah Islam. Akidah ini, baiknya sekelumit, buruknya melangit. Baiknya pada rasa cinta pada ugama oleh orang Melayu.

Buruknya adalah pada hilangnya garis-garis pemisah yang akan mengesan kesalahan akidah yang boleh mengeluarkan bangsa Melayu daripada ugama Islam.

Dalam erti lebih tepat, Melayu umno memakai kaedah buatan sendiri untuk menentukan garis akidah umat Islam Melayu. Ia salah dan telah banyak memakan mangsanya.

Justeru umno menjadi sombong. Lagi mereka bertakhta gagah di anjung kuasa, lagi itulah sombong mereka menyondol-nyondol di atap langit. Siapa ingat, 30 tahun lepas, apa umno tidak kata pada syariat ugama? Syariat Islam? Ah, lapuk, ketinggalan zaman, padang pasir, anti kemajuan, tertutup, punca kelemahan Melayu dan macam-macam lagi.

Adakah anda mendengarnya hari ini? Tidak bukan. Mulut berus umno telah berjaya dicucikan. Anda tahu apa sabun cucinya?

Ia adalah ‘amanat Haji Abdul Hadi’ itulah. Itulah kuasa yang ada padanya. Umno disentap ke abawah agar tidak menyombong mencabar atap langit. Umno diingatkan selagi mereka iti tanah dan air mani, mereka harus menjunjung langit dan tuannya.

Hari ini umno dalam kepeningan akidah. Segan dan pelat menyebut sekular, kelat dan telor menyebut Islam. Lidah kemunafikan, lidah bercabang jenis haiwan yang dikenali.

Justeru anda tahu, pakaian apakah untuk pewajahan baru dakwah Islamiyah dalam politik Islam. Dunia Islam hari ini terus bertarung dengan musuh semasa. Penentang Islam diluar yang menjaja sekularisme, liberalisme, demokrasi tanpa tuhan dan pelbagai lagi. Juga, penentang Islam dari dalam yang mencampur adukkan kesucian Islam dengan agen-agen syirik yang nyata dan kabur.

UMNO terus berdendam. Mereka kalah dalam menang. Menang kuasa pemerintahan, tetapi mereka kalah untuk menolak Islam ke tepi. Amanat tuan guru terus menjadi igauan yang menghambat mereka. Mereka terus mengasak agar ianya ditarik balik. Dengan itu, menjadi sejuklah dada mereka. Mampukah?

Dalam wajah yang lebih baru, pemurnian akidah umat terus menjadi agenda PAS. Anak muda generasi terus mencintai Islam dan perjuangan  PAS.

Pelbagai Khidmat Kebajikan PAS Kepada Rakyat

Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/guntin%20rambut%20simpang%20tok%20ku.jpgKUALA TERENGGANU - Pemuda PAS cawangan Kampung Tok Ku dekat sini mengambil inisiatif menganjurkan program gunting rambut secara percuma kepada orang ramai, khususnya para pelajar yang mahu kembali ke sekolah.

Menurut Pengarahnya, Syed Ahmad Syed Mohd, program yang berlagsung di kaki lima Simpang Tok Ku merupakan satu usaha Pemuda PAS Tok Ku menyahut seruan negara berkebajikan yang menjadi manifesto PAS.

"ia melibatkan 10 orang ahli jawatankuasa pemuda,  dan seramai 30 orang penyertaan daripada orang kampung terdiri daripda pelajar sekolah dan org dewasa,

"walaupun prgram ini tidak sebesar mana, hanya sekadar gunting rambut, tapi http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/misi%20DPPM.jpgkami menganggap ia sebgai satu jihad untuk mendekati masyarakat,"kata Syed Ahmad dilapor skuad BO Kuala Terengganu, Syed Solah.

Khidmat yang sama turut diberikan oleh para pemuda PAS di Kuala Berang dan di Chukai baru-baru ini.

Di BESUT, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menziarahi mangsa-mangsa 'Tsunami Paya Peda', banjir kilat akibat limpahan air takungan empangan Paya Peda yang dalam pembinaan, di Kampung Padang Bual, DUN Hulu Besut.

Rombongan Misi Kemanusiaan DPPM itu diketuai oleh Setiausahanya Khairul Faizi serta para Exco DPPM, Mohd Adram, Ustaz Khali Abdul Hadi dan Dr. Suhazeli Abdullah.

DPPM turut menyumbang hamparan tidur 'Toto' kepada setiap rumah yang dilawati.

Menurut jurucakap Misi, Mohd Adram, ia hanyalah bantuan 'kecil' tanda keersamaan Pemuda PAS atas kesusahan yang dialami oleh penduduk Kampung Padang Bual.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/muslim%20biker.jpg"kita juga akan meneruskan misi ini esok ke kawasan Dewan Undangan Negeri Chukai, khususnya bandar Chukai yang dilaporkan 'lumpuh' kerana dilanda banjir pada 25 Disember lalu,"kata Mohd adram sebagaimana di laporkan skuad BO Besut, Mohd Hafizi.

Sementara itu, di DUNGUN, Kumpulan Bermotosikal Kuasa Tinggi, Muslim Biker degan kerjasama Kelab Pacuan Empat Roda PADAT menziarahi dan memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terjejas kerana banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Rantau Abang.

Skuad BO Dungun, Che Wan Hanis melaporkan, antara kampung yang dilawati adalah kampung Delong, Kampung Padang pulut dan kampung Burung Baru yang merupakan kampung-kampung yang paling teruk dilanda banjir baru-baru ini.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Pengarah MTD Ranta Abang, Cikgu Alias Harun.

Tengku Adnan: BN jamin calon bebas rasuah

ANTARA POS.COM

Post Pic

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menegaskan bahawa semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bebas rasuah dan jenayah.
   
Tengku Adnan berkata, bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.
   
"Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,"katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan persekolahan, uniform Rela, ramah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian di sini hari ini.
   
Selain itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya  berkata, latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.
   
"Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat," katanya.
   
Mengenai muka baru dan calon wanita yang bakal bertanding dalam PRU13, Tengku Adnan berkata “itu rahsia parti”.
   
Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua parti politik menghantar senarai calon yang akan bertanding dalam PRU Ke-13 untuk ditapis SPRM.
   
Cadangan itu adalah untuk memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu.
   
Pada majlis yang sama, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata beliau dan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan terus menggemblengkan tenaga untuk menyediakan keperluan bagi memberikan keselesaan kepada penduduk.
   
"Saya  juga memohon maaf kepada penduduk di sini kalau ada kesilapan-kesilapan yang terlepas pandang atau terlupa perkara-perkara yang patut saya lakukan bagi pihak mereka, tetapi tak dapat lakukan.
   
"Saya juga mengingatkan mereka agar menjadi masyarakat contoh untuk negara kerana Putrajaya merupakan sebuah bandar lestari," katanya.

Dakwaan PKR tiada halatuju tidak benar- Yusmadi

Oleh Aidil Syukri Hamzah

Post Pic

SHAH ALAM: Dakwaan yang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat serta tiada halatuju yang tepat, disanggah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.
 
Yusmadi menegaskan kewujudan PKR sejak lebih 10 tahun yang lalu sekurang-kurangnya menyumbang kepada banyak perubahan dalam landskap politik negara.
 
“Semenjak kewujudan parti PKR, saya melihat banyak perkembangan baru di dalam politik Malaysia terutama sekali dari segi politik pembangkang di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional.
 
“Ini bagi saya merupakan fakta membuktikan bahawa PKR telah berjaya membawa satu sinergi, tenaga baru, di dalam politik di tanahair. Dan mengenai pandangan bahawa PKR ini ideologi yang tidak sihat, saya berpandangan bahawa ia merupakan pandangan peribadi beliau yang bagi saya tidak mewakili kebanyakan penyokong PKR mahupun rakyat kebanyakan,” katanya.
 
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor mendakwa PKR tidak mempunyai halatuju yang sihat dan matlamat yang kabur.
 
Beliau berkata, PKR ditubuhkan pada awalnya untuk membebaskan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sudah bebas dan PKR terus terkapai-kapai untuk berjalan seiring dengan rakan komponennya, PAS dan DAP. 
 
Mengulas dakwaan itu, Yusmadi berkata ia adalah pandangan peribadi Zulkifli yang tidak menggambarkan realiti sebenar.
 
Menyifatkan PKR sebagai satu wadah perjuangan masa hadapan, Yusmadi mendakwa parti tersebut telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai contoh.
 
Masa hadapan negara tegas beliau akan lebih cerah di bawah pentadbiran PKR yang diterajui oleh Anwar yang mempunyai pengalaman luas di dalam mentadbir kerajaan.
 
“Saya berada di lapangan terutama di Balik Pulau sendiri mewakili hampir lebih daripada separuh pulau. PKR berjaya menyantuni keperluan masyarakat di kampung, sehinggalah ke bandar-bandar. Jadi bagi saya ini adalah satu wadah perjuangan masa depan.
 
“Apatah lagi di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai pengalaman yang unik, berbeza dengan pemimpin yang lain iaitu (Anwar) pernah berada di dalam kerajaan memimpin negara semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,” jelas beliau.
 
Yusmadi juga mengulas dakwaan veteran DAP Pulau Pinang itu yang mengatakan PKR yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mendapat sokongan padu sepertimana DAP dan PAS.  
 
Hakikatnya jelas Yusmadi, parti-parti komponen Pakatan sentiasa membantu di antara satu sama lain bersandarkan kelebihan masing-masing di dalam memperkuatkan persiapan mereka menghadapi BN.
 
“Bagi saya itu sekali lagi dakwaan peribadi beliau yang tidak menggambarkan gambaran sebenar di akar umbi kerana contohnya macam saya di Parlimen Balik Pulau sendiri, kita sentiasa bantu-membantu dari segi kekuatan Pakatan kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri..
 
“Bagi saya ini ialah satu politik baru yang mana saya katakan politik muafakat yang mana semua pihak perlu berkolaborasi dan berinteraksi untuk agenda yang lebih besar untuk rakyat,” jelasnya lagi.
 
Yusmadi kemudian sempat menasihati Zulkifli agar memberikan pandangan yang lebih bernas yang menyumbang kepada keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat dan bukannya sebaliknya. 
 
“Selaku orang politik berpengalaman, saya rasa beliau sepatutnya lebih arif keadaan sebenar di lapangan yang mana pada pandangan saya sekarang ialah politik baru..bukan politik lama,” katanya.

Amanat Hadi: PAS perlekeh peluang muncul di TV

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Post Pic

KUALA LUMPUR: Pimpinan kanan PAS memperlekehkan tindakan kerajaan menyahut cabaran presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di televisyen bagi memberikan penjelasan berhubung isu 'mengkafirkan Umno'.
 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Hadi akan diberikan ruang itu tetapi beliau (Hadi) perlu bersetuju untuk diajukan persoalan oleh pakar-pakar mengenai amanat kontroversi itu.
 
Rais berkata program itu juga akan dirakam dan dinilai kesesuaiannya untuk ditayang kepada umum.
 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad membayangkan PAS akan menolak tawaran itu kerana mahukan Hadi memberi penjelasan menerusi TV secara langsung dan tanpa disoal balas oleh mana-mana pihak.
 
"Rais Yatim luculah… (untuk mengatakan) penjelasan Hadi Awang mengenai isu amanat akan dirakam dan akan siar jika sesuai...orang macam Rais memang tak boleh percaya,” kata beliau.
 
Semalam Rais berkata Hadi boleh memohon kepada kementeriannya mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.
 
“Pihak RTM di (Radio dan Televisyen Malaysia) boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981,” katanya.
 
Sebelum itu, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.
 
Hadi berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.
 
Bagaimanapun Hadi tidak menjelaskan kenapa beliau hanya mahu memberikan penjelasan itu menerusi TV sedangkan ada banyak saluran lain termasuk media siber untuk beliau berbuat demikian.
 
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Hadi membuat penarikan balik secara rasmi amanat itu yang pernah diberikan kepada ahli PAS lebih tiga dekad lalu.
 
Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.
 
“Sungguhpun ahli PAS hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat,” katanya.

Ahad, 30 Disember 2012

MB Kedah: 'Saya kuat lagi, akan terus tanding'

Wartawan Sinar Harian

AZIZAN
AZIZAN 
 
KUALA NERANG - Pas Kedah telah siap menyenaraikan calon-calonnya bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat.

Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bergantung kepada keadaan.

"Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding, sayapun nak tanding juga," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, hari ini.

Azizan berkata dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan.

Panel khas pantau Bukit Setiawangsa


SINAR HARIAN
Puncak Setiawangsa bergegar
Keadaan benteng konkrit yang pecah sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tanah.
 
KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa khas di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memantau tanah runtuh di kawasan Puncak Setiawangsa di sini telah ditubuhkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, jawatankuasa itu dianggotai pelbagai agensi termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Kerja Raya Malaysia.

Beliau berkata, pasukan keselamatan dan kerajaan tempatan juga memantau 24 jam di kawasan tanah runtuh itu.

"Kita akan dapatkan laporan lengkap mengenai perkembangan semasa terhadap keselamatan dan struktur tanah di sini.

"Kita ambil iktibar apa yang berlaku di sini. Dahulu di sekitar kawasan ini, berlaku tanah runtuh di (apartmen) Highland Towers. Jadi kalau boleh kita tidak mahu ianya berulang lagi," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan di kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini.

Dalam kejadian Jumaat lepas, insiden tanah runtuh berlaku di lereng bukit di Puncak Setiawangsa mengakibatkan 106 penghuni rumah banglo, rumah teres dan rumah kedai diarahkan berpindah.

Muhyiddin menyarankan kepada agensi dan pihak  berkuasa tempatan agar turut memantau kawasan lereng bukit atau kawasan tinggi yang lain di seluruh negara berikutan musim tengkujuh ini.

Mengulas mengenai perkembangan terkini kawasan tanah runtuh tersebut, beliau berkata sebuah unit rumah banglo akan dirobohkan oleh DBKL bagi mengelakkan keadaan tanah menjadi berat dan menjejaskan keselamatan penduduk dan bangunan di bawah kaki bukit tersebut.

"Bila-bila masa akan dirobohkan. Ini bergantung kepada perbincangan antara pemaju perumahan dan DBKL," katanya.

Beliau berkata, satu laluan alternatif sedang dibina untuk membolehkan penduduk di kawasan ini keluar masuk ke perumahan mereka untuk mengambil barang keperluan dan harta benda.

Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa keselamatan harta benda penduduk akan sentiasa dijaga kerana polis telah menempatkan anggota serta membuat rondaan 24 jam.

"Apa yang penting ketika ini adalah faktor keselamatan lebih diutamakan dari harta benda. Saya syukur tiada kes kemalangan jiwa, fizikal dan sebagainya berlaku," katanya.

Muhyiddin dan isteri Datin Seri Norainee Abd Rahman yang tiba di bilik gerakan sementara polis di Persiaran Bukit Setiawangsa pada kira-kira 4.30 petang turut meninjau kawasan runtuhan di bahagian bawah yang terletak 70 meter dari bilik gerakan itu sebelum meninjau operasi bilik gerakan itu.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri turut diberikan taklimat oleh seorang pegawai polis Ibu Pejabat Daerah Sentul dan meninjau pasukan keselamatan lain yang turut bertugas menjaga keadaan di kawasan terbabit termasuk Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela, Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Muhyiddin kemudian menaiki kenderaan dibawa meninjau dengan lebih dekat kawasan terjejas di Puncak Setiawangsa selama kira-kira 20 minit. - Bernama

Aktivis mogok lapar botakkan kepala



 
Lebih 10 orang aktivis Himpunan Hijau yang menyertai mogok lapar hari ini membotakkan kepala mereka sebagai salah satu tanda protes ke atas projek yang didakwa memudaratkan kesihatan awam.

Jurucakap penganjur, Tan Woen Tian berkata, tindakan 10 orang lelaki dan seorang wanita yang membotakkan rambut itu juga menggambarkan bahawa manusia akan balik ke pangkal jalan untuk memulakan hidup baru.

"Kesemua 11 orang merupakan penganjur mogok lapar ini. Kita botakkan kepada ini sebagai tanda protes selain daripada mogok lapar 100 jam.

"Ia juga sebagai tanda manusia akan balik ke pangkal jalan untuk memulakan hidup baru sempena tahun baru," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Acara membotakkan kepala itu diadakan di taman berhadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - bersebelahan Dataran Merdeka pada jam 2 petang dan berakhir jam 3 petang.

Seorang sami Buddha turut dijemput bagi menggunting rambut semua peserta.

Rambut peserta berkenaan kemudiannya dibotakkan menggunakan mesin oleh tiga orang tukang gunting rambut.

Tindakan individu berkenaan menarik perhatian orang ramai dan pelancong di kawasan tersebut yang turut merakam gambar mereka.

Kumpulan itu merupakan sebahagian daripada seramai kira-kira 30 peserta mogok lapar yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Menentang Projek-projek Memudaratkan Alam Sekitar.

Sejak hari Khamis lalu, individu terbabit menahan diri daripada makan dan hanya minum air dalam mogok lapar yang masuk 68 jam sehingga jam 4 petang ini.

Protes itu dibuat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap projek-projek seperti loji nadir bumi Lynas, loji penapis minyak Pengerang, projek empangan mega Sarawak, pelombongan emas sianida di Bukit Koman, dan projek kabel ketegangan tinggi Rawang.

Secara khususnya, mereka menuntut agar lesen operasi sementara (TOL) loji Lynas di Gebeng, Pahang ditarik balik pihak berkuasa dan laporan penilaian impak alam sekitar (DEIA) Lynas didedahkan kepada umum sebelum sebarang pertimbangan untuk mengeluarkan TOL dibuat kerajaan.

SPR: Tiada arahan henti daftar pengundi di Shanghai

MALAYSIA KINI



 
Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bahawa konsulat Malaysia di Shanghai tidak diberi arahan untuk menghentikan pendaftaran pengundi dan masalah yang timbul itu mungkin disebabkan isu teknikal.

Menurut laporan Sin Chew Daily semalam, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu tidak maklum mengenai perkara itu dan akan membuat susulan dengan kementerian luar.

Minggu lalu, anggota penyokong BERSIH 2.0 Shanghai memberitahu Malaysiakini bahawa konsulat Malaysia menghentikan pendaftaran pengundi sejak Julai.

Kakitangan konsulat itu memberitahu individu berkenaan bahawa mereka "tiada arahan langsung daripada pihak atasan" untuk mengadakan pendaftaran pengundi, walaupun misi Malaysia yang lain berbuat demikian.

Malaysiakini berulang kali cuba mendapatkan penjelasan SPR sejak isu itu pertama kali dilaporkan portal berita ini, namun tiada pegawai SPR yang tampil memberi maklum balas.

Menurut Wan Ahmad beliau masih belum menerima fakta berhubung situasi berkenaan daripada konsulat Malaysia di Shanghai namun menjangkakan bahawa isu mungkin isu teknikal.

Katanya lagi, insiden sama juga pernah berlaku sebelum ini.

Tambahnya, kedutaan Malaysia di Beijing mungkin menghalang konsulat daripada mendaftar pengundi  sekiranya pegawai bertanggungjawab di konsulat bertukar.

Bekas ahli PAS: Hadi tak berhak letak syarat


MALAYSIA KINI


 
Penulis buku Zainon Ismail berkata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berhak meletakkan syarat bagi memberi penjelasan berhubung satu amanatnya pada 1981 yang didakwa mengkafitkan Umno.

Menurut laporan Mingguan Malaysia hari ini, bekas ahli PAS itu berkata syarat yang dikenakan Abdul Hadi itu menunjukkan PAS lebih mengutamakan politik daripada kepentingan akidah umat Islam.

"Kenapa sekarang baru beliau mahu meletakkan syarat? Ketika amanat itu dibuat di Banggol Peradong pada 1981 sehingga menyebabkan kamu mengikut PAS mengkafirkan seluruh ahli Umno serta keluarga sendiri, tiada sebarang syarat dikeluarkan Abdul Hadi.

"Malah ketika berceramah di mana-mana pun beliau tidak meletakkan sebarang syarat tetapi kenapa dalam isu akidah sebegini perlu kepada syarat pula?

"Siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan amanat ini? Siapa yang menyebabkan perpecahan ini?," soalnya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Beliau mengulas kesediaan presiden PAS itu untuk menjelaskan isu amanat tersebut – dengan syarat diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang didakwa mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
  
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam dilaporkan berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.
  
"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," kata Rais.

MP Shah Alam Khalid Samad pula pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

S'gor akan sekat urusniaga tanah LTAT jika langgar prosedur

MALAYSIA KINI


 
Kerajaan Selangor akan menyiasat dan seterusnya menyekat urusniaga melibatkan tanah seluas 200 ekar di Bukit Raja yang dikatakan akan diperolehi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan harga RM130 juta, sekiranya berlaku pelanggaran prosedur.

LTAT melalui sayap pelaburannya Boustead Holdings Berhad pada hari Khamis lalu mengumumkan bahawa ia akan membeli tanah tersebut daripada Awan Megah (M) Sdn Bhd – syarikat ketua Wanita Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Tanah berkenaan menjadi perhatian ekoran kes di mahkamah antara ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dan pemimpin Umno tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin berkata menteri besar tersebut telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah berkenaan.

"Sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urusniaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urusniaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang.

"Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980-an.

"Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urusniaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera," kata Faekah.

Tambahnya, siasatan awal menunjukkan tanah di Bukit Raja itu diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada 1980-an untuk dijadikan Tapak Kem 9 Briged.

Katanya, kerajaan negeri akan meneliti semua dokumen berhubung kes berkenaan termasuk dakwaan bahawa tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

"Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa.

"Kerajaan negeri juga akan meneliti samada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin," katanya.

Dalam perkembangan mengejutkan, Deepak pada hari Khamis lalu menarik balik samannya ke atas Raja Ropiaah atas pertikaian berkenaan dan LTAT seterusnya mengumumkan ia akan membeli syarikat Deepak Astacanggih Sdn Bhd untuk jumlah RM30 juta dan tanah seluas 200 ekar tersebut untuk jumlah RM130 juta daripada syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd.

Perkembangan itu berlaku selepas Deepak giat melancarkan siri serangan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui wawancara dengan portal berita tertentu, termasuk Malaysiakini.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli semalam menyifatkan tindakan LTAT membeli syarikat Deepak dan tanah berkenaansebagai satu tindakan rasuah yang jelas dan mendakwa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyalahgunakan dana awam untuk meredakan Deepak dan Raja Ropiaah dan meredakan serangan kepada perdana menteri.

Beliau juga menuntut kerajaan Selangor untuk menghalang urusniaga tersebut, yang digambarkan dalam kenyataan kerajaan negeri hari ini.

Isu Kalimah Allah di Malaysia : Lim Guan Eng DAP Desak Kerajaan Benar Nama Allah Dalam Bible BM!!

Staff Berita Semasa

Lim Guan Eng Allah Isu Kalimah Allah di Malaysia : Lim Guan Eng DAP Desak Kerajaan Benar Nama Allah Dalam Bible BM!!

Isu kalimah Allah di Malaysia : Terus terang kami katakan, pengalaman kenalan kami yang berasal daripada negeri Sabah, di mana sejak daripada kecil lagi terdedah dengan kisah agama Kristian menyedari yang mana kitab mereka dipesongkan atas ajaran daripada Al-Quran. Di Sabah….

Di negeri Sabah, kitab Bible mereka menggunakan kalimah Allah. Sehinggakan ada kalangan mereka yang membacanya merasakan Tuhan yang dimaksudkan adalah sama. Sampai begitu sekali.

Point kami di sini, jikalau benda “mudah” sebeginipun pun ibubapa tidak mampu mendidik dan menerapkan didikan yang secukupnya kepada anak masing-masing sehingga mudah terkeliru, kami yakin dan pasti banyak lagi benda yang bakal sesatkan anak-anak genarasi kita pada masa akan datang.

Itu sebab, walau apa cara sekalipun “tonik” terbaik adalah didikan awal anak-anak adalah paling penting sekali. Ini kerana datanglah “ombak tsunami sekalipun” yang diharapkan mampu menggetarkan hati dan iman seseorang Muslim itu, sebenarnya ia tidak semudah yang disangka jikalau didikannya yang diterapkan sejak dari kanak-kanak lagi adalah betul.
“Didikan awal”
Kalau tidak dilengkapkan daripada awal, fuhhhhhh…tarik nafas kami apabila melihat kemungkinan banyak benda lagi yang mampu membuatkan anak-anak muda kita hari terkapai-kapai dengan keseronokan dan terumbang-ambing  dengan araknya, berjudi, nombor ekornya, maksiatnya dan macam-macam lagi.
Tak cukup dengan itu, datang pula kalangan ahli politik yang tampil dengan cadangan lain dikala masyarakat kita belum bersedia dan “kuat”, semata-mata atas nama perjuangan politik mereka….

Lim Guang Eng : Benarkan Nama & Kalimah Allah Dalam Bible di Malaysia

Lim Guan Eng Kalimah Allah Isu Kalimah Allah di Malaysia : Lim Guan Eng DAP Desak Kerajaan Benar Nama Allah Dalam Bible BM!!

SHAH ALAM – DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.
“Selain membenarkan nama & kalimah ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.
Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan ‘ALLAH’ adalah salah di sisi undang-undang.
Penghakiman tersebut yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya dan kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan ‘ALLAH’ adalah eksklusif kepada umat Islam. [Sumber : Sinar Harian]
Kepada Lim Guan Eng, hentikan main isu kalimah Allah di Malaysia.

Dengan Syiah sendiri pun ramai Muslim yang “tumbang” dan mudah sangat terkeliru, apatah lagi menggunapakai kalimah Allah? Hakikatnya, kalangan yang memperjuangkan dan menjadi payung kepada Agama Islam di Malaysia pun terjebak dengan arak, rasuah dan lain-lain lagi seperti………Erm. Inikan pula rakyat Malaysia kerdil & lemah yang dilihat begitu mudah untuk terpedaya?
Sekarang ini :
  • isu paling bahaya, arak dijual dengan “akses mudah” kepada umat Islam,
  • berjudi
  • didikan agama yang kurang dititik beratkan..
  • dan macam-macam lagilah
  • ada nak tambah?
Kalimah Allah Isu Kalimah Allah di Malaysia : Lim Guan Eng DAP Desak Kerajaan Benar Nama Allah Dalam Bible BM!! 

Jalan penyelesaian yang kami nampak ketika ini tingkatkan akidah dan didikan awal terlebih dahulu berbanding tindakan ahli-ahli politik yang lebih suka mainkan isu kalimah Allah di Malaysia untuk kepentingan peribadi & politik mereka.

Bagi kami, dengan hanya sekadar halang penulisan Bible dalam bahasa Melayu dengan tidak menggunakan nama & kalimah Allah tidak cukup sebenarnya, bagaimana kalau pihak Gereja buat dalam bentuk PDF dan guna nama Allah? Tidak mustahil satu hari ini anak-anak kita semua akan baca dan……………………..Erm.

“Just blocking is not a best solution…”

Dan benarkan penggunaan nama & kalimah Allah di Malaysia bagi kami bukanlah masa dan waktu yang sesuai untuk diperbincangkan. Kami lebih suka :
“Sediakan keadaan bola yang baik & melatih serta melahirkan pemain yang berkualiti, barulah pemain bola dapat menunjukkan pemainan yang terbaik walau apa jenis pasukan yang dihadapi mereka sekalipun”
Akhir kata, didikan, didikan & DIDIKAN! Andaikata tidak sanggup mendidik, jangan harap generasi depan akan selamat dari kekeliruan. Sedangkan akses portal porno dan lucah kebanyakan telah kena “block”, adakah ia penyelesaikan terbaik? Hakikatnya, mereka dapat akses atau tidak? Dapat…..Inikan pula perkara dan isu seperti ini?

Kami lebih suka diberikan didikan kepada orang-orang kita :
  • BIAR BERILMU DAN BERAMAL …
  • BUKAN BERAMAL TANPA ILMU …
Kita kena sediakan generasi kita untuk “understand teaching”. Bukan follow dan block semata, itu teknik komunis. Jadi kuatkan ilmu agama anak-anak nanti, dunia ini sebenarnya penuh dengan tipu daya. Sekadar pandangan daripada kami. Apa respon balas anda pula & mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kami mengenai isu kalimah Allah di Malaysia yang cuba dibangkitkan semula ketika ini?

P/S : Setuju atau tidak penggunaan nama & kalimah Allah pada Kitab Bible di Malaysia? Mengapa?

PAS Kedah sudah sediakan senarai calon PRU-13, kata Azizan

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA NERANG — PAS Kedah telah siap menyenaraikan calon-calonnya bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat. Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bergantung kepada keadaan.

"Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusatpun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding, sayapun nak tanding juga," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, hari ini. Azizan berkata dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan. — Bernama

Tee Keat: Agak lucu Soi Lek label blogger Umno ‘tak bermoral’


KUALA LUMPUR — Tindakan Dr Chua Soi Lek mengecam blogger pro Umno sebagai "tidak bermoral" adalah melucukan, kerana tahap akhlak presiden MCA itu dipersoalkan umum, kata bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. 
 
Tee Keat yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kecaman yang dibuat Soi Lek terhadap blogger pro Umno itu juga amat mengejutkan beliau.

"Saya cukup terkejut membaca kenyataan CSL (Dr Chua Soi Lek) membidas kumpulan blogger UMNO (yg wawancarakan dia baru-baru ini) sebagai "tak bermoral" kerana menghebahkan isi kandungan percakapannya yg tertentu dlm wawancara itu.

"Kenyataan itu telah tersiar dlm akhbar Cina pagi tadi . Saya rasa sungguh melucukan krn label 'tak bermoral' itu dilontarkan oleh CSL yg sememangnya tahap akhlak dirinya dipersoalkan umum," kata Tee Keat (gambar) dalam SMS kepada The Malaysian Insider.

Dr Chua malam tadi mengecam tindakan blogger Umno yang dakwanya telah memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.

"Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.
"Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.

"Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini.

Soi Lek bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini.

"Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA ... Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.

"Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya.

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau.

Menurut Syed Akbar Ali (syedsoutsidethebox.blogspot.com), blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen.

"Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata pemilik blog syedsoutsidethebox.blogspot.com.

Jelas Tee Keat, beliau hanya "mencadangkan" kepada Dr Chua untuk berjumpa pakar sakit jiwa bagi mencari penawar untuk gejala membidas tidak tentu arah yang dihidapi pemimpin MCA itu.

"Saya hanya cadang perakukan pakar sakit jiwa kpd CSL agar dpt mencari penawar bagi gejala yg dia hidapi — jelas terbukti dlm tutur-kata dia yg membidas tak tentu pasal,( bukan ke rumah sakit jiwa," katanya, merujuk kepada kenyataannya sebelum yang meminta Dr Chua berjumpa pakar sakit jiwa.

Pengundi Pandan mahu pembongkar kes rasuah atau kaki rasuah?

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Pengundi Parlimen Pandan ada dua pilihan sama ada memilih parti yang pemimpinnya mengamal rasuah atau calon yang terkenal sebagai pembongkar kes rasuah, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa.

“Kes mahkamah boleh dijadikan penilaian sama ada pengundi mahu wakil rakyat yang bergelumang dengan rasuah atau yang kuat menentangnya demi kebaikan rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara 8 tahun dan denda RM977,560 terhadap Ketua Umno Bahagian Pandan, Abdul Ghani Ismail atas sabitan 10 kes rasuah berjumlah RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.

Sebaliknya, Fariz berkata, calon Pakatan Rakyat bagi kerusi itu, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategik KEADILAN pula terkenal kerana bijak mendedah pelbagai penyelewengan dan rasuah.

Rafizi dianggap ‘hero rakyat’ kerana konsisten mendedah pelbagai penyelewengan pemimpin Umno bermula dari kes Lembu NFC melibatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, selain memperkenal mekanisme pemansuhan PTPTN dan Turun Harga Kereta.

Dalam pada itu, Fariz turut mempersoal amalan dwi-standard yang diterima dua pemimpin itu.

“Kenapa Ghani selepas enam tahun baru dibicara dan dijatuhi hukuman? Rafizi yang dedahkan penyelewengan cepat saja ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan Umno BN melawan rasuah, malah cuba melindungi mereka,” katanya.

Diam Melainkan Berkata Yang Benar; Nasihat Tok Guru Nik Aziz Kepada Diana

 Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/diana1.jpgDiana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, dilaporkan tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi, Selasa 27 Disember.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.

Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.

“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.

Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.

Melalui laman sosial nya Diana menulis;

"Alhamdulillah banyak pesanan yang amat berguna tuan guru nik aziz berikan kpd sy pada perjumpaan tengahari tadi, alhamdulillah atas masa yang diluangkan, tuan guru nik aziz sememangnya meraikan tetamu dengan sebaiknya,

"alhamdulillah, saya sempat mendapatkan nasihat ringkas drp tuan guru untuk anda semua, DIAM MELAINKAN BERKATA YANG BENAR, in sya Allah :) elakkan menabur fitnah ya sahabat,"tulisnya.

Sokong Penuh Hasrat Presiden Beri Penjelasan ‘Amanat Hadi’ Di Media Perdana

Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/TG%201%20Jam%20live.jpgPAS menyokong penuh hasrat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.

Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu ‘Amanat Hadi’.

PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya.

Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.

Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama.

Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?

Sehubungan dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Disember 2012

Pulau Burung RM6 Juta Sia-sia..... Di tutup??

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/pulau%20burung%20ditutupa.jpgHULU TERENGGANU - Perbelanjaan RM6,000,000 (6 juta ringgit) wang rakyat Terengganu bagi membina Pulau Burung menjadi sia-sia apabila projek yang dibangunkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said telah ditutup.

Tinjauan yang dibuat ke pulau tersebut di Tasik Kenyir baru-baru ini mendapati papan tanda 'Close' (Tutup) diletakkan di tangga naik berhadapan jeti, menuju kompleks itu.

Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali menyifatkan projek tersebut adalah indah 'khabar dari rupa', apabila mendapati hanya tinggal empat belas ekor (14) ekor itik dan angsa yang tinggal dan sebahagian besar kompleks tersebut rosak dan terbiar.

"Hasil dari lawatan ke Taman Burung ini secara keseluruhannnya boleh disingatkatkan sebagai indah khabar dari rupa....... apa yang diberi publisiti oleh kerajaan negeri dalam media, dalam radio, dalam internet....tidak menggambarkan keadaan yang sebenarnya,

"sebab perbelanjaan yang begitu besar yang dilaburkan untuk projek seumpama ini, bukan sahaja menjadi bukan sahaja (satu projek) sia-sia tetapi tidak dapat menarik kehadira pelancong-pelancong,"ujarnya.

Beliau yang juga bekas Exco Infrastruktur dan Keudahan Asas negeri Terengganu berkata, menurut pemerhatiannya keadaan fizikal Pulau Burung tersebut juga dalam keadaan yang 'uzur'.

"banyak binaan yang runtuh.....pagar-pagar yang runtuh......dengan burung-burung (itik dan angsa) yang diimpot dari luar negeri tinggal beberapa ekor sahaja (dan) dalam keadaan yang tidak terjaga, keadaan infra taman ini (juga) membahayakan,"tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan, ditubuhkan satu pasukan khas bagi membuat kajian menyeluruh berhubung dengan pembangunan Pulau Taman Burung itu agar ia menjadi sebuah tarikan dan mencapai matlamat pelancongan negeri.

"Kalau tidak.....ia hanya menadi indah khabar dari rupa....,"tambahnya.

Turut sama dalam lawatan tinjauan tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Moha Abdul Wahid Endut dan ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri.

Pakatan janji sedia dana haji setiap Dun di Sabah

Muhammad Faizal,
 
KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat berjanji akan menyediakan dana haji bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila mengambil alih pemerintahan di Sabah.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin, berkata usaha ini merupakan satu lembaran baru dan bersejarah kepada umat Islam di Sabah yang tidak pernah diberikan oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut beliau, langkah pertama berhubung dana tersebut adalah dengan menghantar 300 orang umat Islam menunaikan haji ke Mekah setiap tahun dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Kita ingin meningkat martabat Islam di Sabah dengan memberikan pembelaan sepenuhnya dan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini.

"Kita akan menyediakan dana khusus kepada umat Islam untuk mereka mengerjakan haji setiap tahun, seramai 300 orang akan dihantar ke Mekah dan mereka akan dipilih dari setiap Dun, perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi.

Lajim yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) memberitahu kouta haji itu melibatkan lima orang bagi setiap Dun yang merangkumi 60 Dun di Sabah.

"Perkara ini terkandung dalam deklarasi PPPS dan telah dipersetujui oleh ketua-ketua parti komponen di dalam Pakatan Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP.

"Pelaksanaan ini akan menjadi aktiviti tahunan kerajaan Sabah, saya pasti ia akan jadi satu kenyataan jika rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti," tambah beliau.

Beliau yang percaya langkah menyediakan dana dan menghantar umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu dijangka mencetuskan persaingan sihat kepada pimpinan kecil beragama Islam di peringkat akar umbi.

Malah beliau juga berharap ia akan dapat memenuhi impian setiap rakyat beragama Islam yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan hasrat mereka tanpa dibebani sebarang masalah.

"Jika ini menjadi kenyataan, Pakatan bukan sahaja berjaya membentuk kerajaan negeri yang prihatin tetapi bakal menjadi mercu tanda terhadap pembangunan Islam sebagai agama rasmi di negara ini," ulas beliau lagi.

Sebelum itu, Lajim yang menjelaskan penyediaan dana haji akan menjadi agenda utama pada ucapan dasar beliau yang bertemakan "Merealisasikan Harapan Rakyat Sabah" pada masjis Pelancaran PPPS di Kota Kinabalu esok.

Majlis pelancaran itu akan turut dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.