Jumaat, 28 Februari 2014

Kajang: Zaid tak relevan, bakal hilang deposit – Karpal

ROKETKINI 


KUALA LUMPUR: “Zaid Ibrahim tidak relevan. Kita tidak perlu buang terlalu banyak masa, walaupun untuk berbincang mengenainya,” kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berhubung niat bekas menteri Umno itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Beliau berkata demikian pada sesi wawancara Roketkini di pejabat guamannya, di sini, semalam.

Malah, katanya lagi, Zaid berkemungkinan besar akan kehilangan wang deposit jika meneruskan niatnya bertanding.

Pada 16 Februari lalu, Zaid mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas pada PRK itu, dengan alasan untuk mematahkan apa yang dipanggil sebagai ‘langkah Kajang’.

Mengulas lanjut, Karpal berkata lagi, beliau tidak melihat ada sebarang sebab untuk bekas Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bertanding di sana.

“Tentunya, kecuali untuk kacau Anwar Ibrahim,” kata ahli politik veteran itu lagi.

“Namun ia tidak akan berjaya. Beliau tubuhkan parti KITA dan keluar. Dia bukan ancaman kepada sesiapa, termasuk kepada dirinya sendiri,” katanya sinis.

Ahli Dewan Undangan (Adun) PKR Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya pada 27 Januari lalu. Keesokannya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk bertanding bagi kerusi itu.

Dalam pada itu, beliau menyeru jentera DAP berusaha ‘habis-habisan’ untuk membantu PKR mencapai kemenangan besar pada PRK itu.

“Anwar pasti menang. Persoalannya adalah jumlah majoriti yang bakal dimenangi. Kita perlu berusaha habis-habisan untuk pastikan calon BN hilang deposit.

Jentera DAP perlu bekerja keras untuk itu,” katanya lagi.

Papagomo diarah bayar Anwar RM800,000

 
HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Wan Mohd Azri Wan Deris ialah Papagomo (gambar, kanan) dan didapati memfitnah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Malaysiakini.

Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi.

Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran berkata mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri membayar kos sebanyak RM50,000.

Rosilah membuat keputusan itu dalam kamar.

Wan Mohd Azri yang hadir di mahkamah hari ini, masih menafikan beliau ialah Papagomo.

Muhyiddin, Nama Saja TPM... Tetapi Jahil Apa Itu MOU...


KELAB GREENBOC
 
 
MoU tidak terikat di sisi undang-undang, kata pakar perundangan

Pakar perundangan menolak dakwaan timbalan perdana menteri mengatakan perjanjian air yang dimeterai dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Selangor tidak boleh terbatal.

Pakar perundangan menegaskan MoU bukan sebuah dokumen yang mengikat secara sah di sisi undang-undang dan menyatakan pihak yang menandatangani mungkin masih diperingkat perbincangan.

Peguam, Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider bahawa MoU hanya mencerminkan niat pihak tertentu untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama.

"Ia biasanya ditandatangani apabila mahu bekerjasama tetapi tidak sah mengikat di sisi undang-undang antara satu sama lain
," kata Syahredzan.

Merujuk kepada MoU antara Selangor dengan Putrajaya, Syahredzan berkata ia tidak mengikat secara sah disisi undang-undang, maka ia boleh terbatal.

"Bagaimanapun, saya bercakap daripada sudut tidak melihat kandungan MoU yang ditandatangani antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat.

"Apa yang penting ialah kandungan dokumen itu, bukan labelnya. Sebuah dokumen boleh jadi mengikat disisi undang-undang dan ia boleh lagi dipanggil MoU," kata Syahredzan lagi.

Bagaimanapun, Syahredzan berkata jika dokumen yang ditandatangani diungkapkan sebagai MoU, maka ia tidak mengikat secara sah di sisi undang-undang.

"Jika kedua-dua pihak memutuskan untuk membatalkan MoU atas apa jua alasan, maka satu pihak lagi tidak boleh mengambil tindakan kerana melanggar MoU itu."


"Saya rasa sebagai contoh MoU yang ditandatangani oleh Selangor dan Putrajaya, ia berkaitan dengan membeli syarikat konsesi air dan mendapatkan kelulusan bagi loji rawatan air Langat 2."

Syahredzan berkata MoU tidak semestinya membolehkan perjanjian tersebut dilaksanakan, memandangkan perjanjian yang lebih mengikut prosedur masih lagi diperlukan.

"Perjanjian mengikut prosedur diperlukan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air, seperti yang dilaporkan," kata Syahredzan.

Satu perjanjian lain juga diperlukan bagi pembinaan projek rawatan air Langat 2.

Seorang hakim bersara juga bersetuju dengan komen Syahredzan yang menegaskan MoU sekadar menunjukkan pihak yang terlibat mungkin masih di peringkat rundingan.

"Kontrak ini diwujudkan apabila terdapat pertemuan secara bersemuka atau ada persetujuan bersama," kata hakim itu kepada The Malaysian Insider, yang mahu namanya dirahsiakan.

"Dalam kes tertentu, pihak yang terlibat mungkin bersetuju mengenai isu-isu utama dan menekankan setiap maklumat," katanya.

Hakim tersebut berkata, dalam kes perjanjian tersebut yang ditandatangani antara Selangor dan Putrajaya, kandungan tersebut perlu dibaca terlebih dahulu sebelum mengetahui tujuan kedua belah pihak.

Awal hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MoU tidak boleh terbatal walaupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

Muhyiddin itu berkata MoU yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor itu adalah bersifat tetap, di mana Khalid sendiri bersetuju dengan syarat berkenaan dalam perbincangan bersama.

"Perjanjian antara kerajaan pusat dan negeri adalah demi kepentingan rakyat sebagai usaha menangani krisis air dengan pembinaan empangan Langat 2.

"Dan perjanjian itu sudah dipersetujui di mana segala kandungannya diperbincangkan dan tidak akan berubah," katanya.

Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menyelesaikan isu air di Selangor.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin tertinggi PKR tidak diberitahu tentang perjanjian tersebut, dan Anwar sendiri tidak mengetahuinya.

"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk mewajarkan harga mereka," kata Khalid lagi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin PR akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan itu, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. – 28 Februari, 2014. -TMI

PAS persoal kenapa MOU, bukan MOA?


Beliau meminta Kerajaan Negeri Selangor memberi penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU)

PETALING JAYA: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyelesaian terhadap isu air di Selangor yang berlarutan sejak 2009 memang ditunggu rakyat namun kerajaan negeri khususnya Menteri Besar perlu menjelaskan beberapa persoalan yang timbul.

“Pertama, kenapa hanya MoU dan tidak terus pengambilalihan (outright takeover)?

“Isu ini penting kerana MoU tidak bersifat mengikat atau ‘binding’. Ini bermakna mungkin sahaja (persefahaman yang dicapai) tidak menjadi lagi lepas pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana MoU bukan MOA (perjanjian) yang lebih bersifat mengikat,”
ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta Kerajaan Negeri Selangor memberi penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Menteri Besar dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya semalam.

Katanya, oleh kerana MoU berhubung penstrukturan semula industri air Selangor itu berlaku agak mengejut, adalah menjadi kewajipan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghuraikan beberapa persoalan yang timbul daripada langkah tersebut.

MoU yang ditandatangani Abdul Khalid dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili itu turut disaksi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bertujuan memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau turut mencadangkan agar terma-terma MoU itu dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Penjelasan juga, tambahnya perlu menyentuh hal-hal dan terma bersangkutan Projek Langat 2 yang secara tiba-tiba menjadi ‘viable’ dan termasuk dalam pakej MoU itu.

“Berapakah harga air yang dibayar oleh kerajaan negeri dari sumber air terawat dari Langat 2? Apakah semua ini akan meningkatkan kos tarif air di negeri Selangor,” tegas beliau.
-FMT


TPM: MOU air S'gor tak boleh diubah


Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata perkara itu terkandung di dalam MoU itu dan ia merupakan obligasi kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun.

Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap.

"Rakyat akan rasa lega kerana projek ini akan berjalan tanpa terganggu dan kita harap projek ini dapat siap mengikut jadual agar sumber air dari Pahang akan mengalir ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Kwan Tung, Sungai Chua di Kajang hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Anwar boleh menghentikan projek Langat 2 sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini dan menjadi Menteri Besar Selangor.\

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun.

Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU itu di Putarajaya dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Muhyiddin menegaskan komitmen dan jaminan perjanjian yang dimeterai perlu dihormati dan disempurnakan.

"Sebarang perubahan maka ia telah melanggar perjanjian," katanya.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata jentera BN akan memberi fokus di semua 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kajang.

"Kita tidak ambil mudah kerana kita berdepan dengan satu pertandingan sengit. Walaupun kita (BN) adalah underdog tetapi semangat juang tinggi".

Terdahulu, beliau meluangkan masa hampir sejam di pusat perniagaan Kwan Tung di sini, bertemu orang ramai dan wakil pertubuhan bukan kerajaan komuniti Cina dari sekitar DUN Kajang.
-BERNAMA

ULASAN GB

Ingatkan macai UMNO ajer yang bangang, rupanya dari atas sampai ke bawah jahil-jahil belaka. Daripada PM yang dah dikangkungkan, kini TPM. Tak tahu apa itu MOU.

MOU bukan "perjanjian" yang mengikat. Ia hanyalah "persefahaman" dan boeh diubah-ubah bila-bila masa dan oleh mana-mana pihak yang terlibat. TPM tak reti rupanya selama ini walaupun dah tandatangan berpuluh atau mungkin beratus MOU. Isk isk

Nak tuduh Anwar jahil, kini tuduhan itu kembali kepada dirinya sendiri.

SPRM kemuka 18 kes salah laku Laporan Ketua Audit kepada Peguam Negara

THE MALAYSIAN INSIDER


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan kesemua 18 kertas siasatan yang dibukanya berhubung salah laku dan kecuaian penjawat awam dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata antara 18 kes yang disiasat oleh SPRM setakat 21 Februari lepas ialah tuntutan palsu pengarah di Kementerian Kerja Raya membabitkan dua projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pengarah itu mengesahkan Sijil Perakuan Siap bagi kerja-kerja pembinaan asrama UMK di Jeli dan kampus di Bachok yang masing-masing bernilai RM23.6 juta dan RM100.4 juta sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi serta tidak disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor, katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Kes lain ialah tuntutan palsu oleh Telekom Malaysia (TM) kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung projek Malaysian Emergency Response Services (Mers) 999 yang bernilai RM4.37 juta bagi tempoh 2007 hingga 2012.

Bagi tempoh 2007 hingga 2010, TM juga menuntut bayaran perkhidmatan Promosi dan Publisiti sebanyak RM3.19 juta sedangkan projek tersebut telah dibatalkan, katanya.

Beliau berkata bagi kes salah laku dan kecuaian lain yang melibatkan urusan tatatertib pula, sebanyak 140 pegawai dikenal pasti membabitkan 24 kes.

"Daripada jumlah itu, 99 pegawai telah dimulakan prodising di bawah tatatertib, 12 di bawah prosiding tatatertib dan surcaj serta 29 pegawai di bawah prosiding surcaj," katanya.

Antara kes yang melibatkan prosiding tatatertib dan surcaj ialah kes kehilangan aset oleh 67 pegawai polis dan kes pemberian program bantuan yang melibatkan dua pegawai Kementerian Belia dan Sukan.

Katanya setakat 21 Februari lepas, lembaga tatatertib telah selesai menangani kes membabitkan 20 pegawai dengan 18 didapati bersalah dan dua lagi dibebaskan.

Daripada 18 yang didapati bersalah, 16 dikenakan hukuman amaran dengan implikasi penangguhan kenaikan pangkat selama setahun, seorang dikenakan hukuman denda melibatkan pemotongan emolumen maksimum tujuh hari yang membawa implikasi penangguhan kenaikan pangkat selama 18 bulan dan seorang lagi dihukum tangguh pergerakan gaji yang membawa implikasi penangguhan kenaikan pangkat selama 30 bulan.

Selain itu, 41 pegawai juga dikenakan surcaj, katanya. - Bernama,

Marahkan SPAD, pengusaha lori akan mogok?

MSO



Ariffin sedang menyampai ucapan.
Para pengusaha lori pengakutan melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan melampau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang melakukan tindakan kuatkuasa yang melampau ke atas lori-lori pengakutan khasnya yang berkapasiti besar sehingga menyebabkan mereka berdepan dengan masalah dan mengalami kerugian.

Tindakan SPAD didakwa mengatasi tindakan penguatkuasa pihak Polis dan juga Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) dimana sesetengah langkah penguatkuasaan yang sebelum ini dikawal oleh Polis dan JPJ kini bertukar tangan kepada suruhanjaya itu.

Mereka juga mengadu tindakn SPAD telah menganggu tugas-tugas JPJ dan Polis dan seakan-akan suruhanjaya berkenaan dalam kemabukan kuasa.

Ariffin menyerahkan memorandum kepada Adun Basrah.
Ekoran rasa tidak puas hati itu, kira-kira 40 orang pengusaha lori berat di kawasan Timur hari ini telah berbincang untuk menubuh persatuan pengusaha-pengusaha lori Timur Barat bertempat di Kuantan Pahang. Perjumpaan itu pertama kali dan ianya turut dihadiri oleh Adun Semambu, Lee Chean Chungdan Adun Basrah, Adnansura Rabu.

Menurut Ariffin Mahmood merupakan salah seorang pengusaha lori yang menjadi jurucakap, memberi tahu, perbincangan hari ini untuk menubuhkan sebuah persatuan bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah dihadapi oleh pengusaha lori yang makin tertekan.

"Kita sedang ke arah hendak menubuhkan sebuah persatuan bagi dijadikan makenisme untuk menyuarakan masalah kami le peringkat tertinggi dari masa ke semasa. Alhamdulilah kehadiran dan sambutan untuk penubuhan persatuan ini mendapat sambutan menggalakkan dari para pengusaha," jelasnya.

Dalam pada itu katanya, dalam masa terdekat ujarnya, para pengusaha lori juga akan menyerahkan satu memorandum kepada menteri atau Perdana Menteri di Parlimen. Memorandum ini juga diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan ahli-ahli Parlimen.

"Mungkin memorandum akan diserahkan kepada Perdana Menteri sendiri apabila pihak SPAD tidak mengubah sikap melampau mereka dengan tindakan yang menyusahkan kami pengusaha lori. Kami akan ramai-ramai turun dan pergi ke parlimen untuk menghantar memorandum," tambahnya lagi.

Sementara itu jelas seorang pengusaha lori dari Kuantan, dikenali dengan Kenny, masalah mereka sudah pun diajukan kepada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub baru-baru ini. Menurutnya MB itu sudah memberi jaminan untuk mengatasi masalah mereka. Bagaimana pun jaminan itu tidak mendapat perhatian daripada pihak SPAD.

"Kami mengucap terima kasih kepada Datuk Seri Adnan kerana pernah mendengar rintihan kami. Kami tahu beliau tidak ada kuasa, hanya setakat sedia membantu mengatasi masalah kami saja," kata pengusaha itu.

Tekan Ariffin lagi sekiranya masalah itu tidak selesai dengan baik, pihaknya tidak ada pilihan lain melainkan akan melakukan tindak mogok secara besar-besaran.

"Mungkin tindakan mogok akan diambil kerana kami tidak tahan untuk menanggung kerugian kerana tindakan melampau pihak SPAD. Bagaimana tindakan itu adalah jalan akhir," katanya.

Beliau juga menjelaskan awal Februari lepas persatuan pengusaha lori kawasan Utara juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak SPAD berhubung isu dan masalah yang sama.

Ariffin menyebut antara masalah pengusaha lori ialah sering disaman dan dikenakan denda mencecah ribuan ringgit. "Bayangkan kalau kena bayar denda mencecah RM7,000 atau RM10,000 ringgit, macam mana hendak hidup?" Soal beliau kesal.

Apa dibimbangkan katanya, jika maslaah ini berlarutan ialah kepada pengusaha Bumiputera yang baru memulakan perniagaan, dimana mereka tidak akan mampu untuk membayar denda yang bernilai ribuan ringgit itu. "Kalau mereka jual lori pun untuk membayar saman itu mungkin ia tidak mencukupi," katanya.

Bagaimana pun ujar Ariffin pihaknya menghormati usaha SPAD memantau lori demi keselamatan, pengguna lain, atau kebersihan jalan raya dan alam sekitar, tetapi janganlah melampau sangat sehingga menjadikan kami tidak boleh 'berkikuk'" sambungnya.

Tangguh PBS hanya kelegaan sementara - SGMM

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) hari ini melihat kenyataan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap penangguhan serta merta pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memberikan guru sempat menarik nafas lega.

Namun kata Ketua Gerak Kerja (Penaja) SGMM, Mohd Izzat Mohd Johari, beliau khuatir penangguhan ini sekadar meredakan bahang kepincangan PBS.

"Saya tidak nampak apa yang dilakukan oleh menteri mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari penangguhan tersebut.

"Apa yang kita lihat ada usaha dari pihak KPM ingin meneruskan PBS dalam masa terdekat.

"Umum penangguhan, tapi apa kajian yang dilakukan KPM terhadap PBS, kita sendiri tidak tahu," jelas beliau.

Mohd Izzat ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan PBS diterima seluruh masyarakat, berkata: "Idris kena tunjukkan bukti jelas kepada seluruh masyarakat tentang apa yang beliau katakan itu, apa bukti masyarakat terima.

"Hanya sekadar cakap dan tanpa bukti itu suatu yang tidak boleh diterima," katanya.

Beliau yang kecewa dengan sikap KPM yang tidak mempunyai pendirian tegas dalam soal PBS, sehinggakan seluruh guru di Malaysia berbelah bahagi sama ada hendak meneruskan PBS atau tidak.

"Jika tangguh, akan hadapi masalah lain iaitu pertindanan kerja yang terlalu banyak, malah murid pula akan dibebani banyak kerja.

"Saya mohon PBS ini dihentikan serta-merta bukannya ditangguh tanpa hala tuju.

"Walaupun PBS baharu akan wujud, ianya wajib dikaji dan dilaksanakan perintis terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya 3 hingga 4 tahun kajian rintis," kata beliau.

Beliau berharap, mana-mana individu yang mengaku sebagai guru berpuluh tahun yang cuba menyokong PBS agar tidak hipokrit, kerana seluruh guru Malaysia tahu kepincangan pelaksanaan PBS sejak 2011 hingga 2013.

Selangor bantu Syabas tambah lori agih air

SALMIYAH HARUN 


CYBERJAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan membantu Syabas melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi kerajaan dalam menambahkan lori-lori tangki atau lori kargo serta pemandu bagi tujuan penghantaran air.

Bukan itu sahaja, kerajaan Selangor juga akan membantu untuk menguruskan penggunaan khidmat Rela dalam membantu Syabas menghantar air melalui lori tangki.

Menurut wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Nor Azmie Diron pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Syabas semalam dan bersetuju dengan langkah catuan air peringkat kedua yang akan berjalan selama sebulan.

"Majlis Tindakan Ekonomi Selangor telah mengadakan perbincangan dengan Syabas semalam dan kerajaan negeri telah bersetuju dengan plan jadual catuan air ini,"katanya dalam sidang media di oejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sehubungan itu, Pengerusi SPAN Datuk Ismail Kasim berkata, pihaknya telah memutuskan supaya pengagihan air berjadual akibat pelepasan dari empangan Selangor dan empangan Klang Gates akan dimulakan pada 2 Mac sehingga 31 Mac 2014.

Bagaimanapun katanya keputusan sama ada pengagihan air berjadual perlu diteruskan akan bergantung kepada paras air di kedua-dua empangan di akhir tempoh tersebut.

Dari tujuh empangan di Selangor dua empangan terbabit telah menyusut kepada paras yang membimbangkan dengan masing-masing mempunyai peratus simoanan sebanyak 47.5% dan 53.54%.

Selaku pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memastikan air mentah mencukupi kerajaan negeri telah membuat keputusan supaya pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dikurangkan sehingga 500 juta liter sehari secara berperingkat manakala pelepasa air dari Empangan Klang Gates dikurangkan sebanyak 30 juta liter sehari.

Antara polisi utama yang dipersetujui oleh SPAN iaitu Syabas akan menghantar air melalui lori tangki hanya kepada kawasan-kawasan yang tidak mendapat bekalan air sepanjang tempoh pengagihan air berjadual atas sebab lokasi atau kedudukan yang tinggi.

Selain Syabas perlu menubuhkan dan mengoperasikan bilik-bilik operasi dan pusat khidmat setempat yang cukup bagi menguruskan pertanyaan pengguna serta pengagihan air berjadual.

"SPAN merayu kepada semua pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk memberikan kerjasama kepada Syabas sewaktu operasi pengagihan," kata Ismail.

Beberapa kawasan dan premis dikecualikan daripada catuan air iaitu pusat bandar Kuala Lumpur, pusat pentadbiran Putrajaya, pusat petadbiran Kerajaan Negeri selangor Shah Alam, Pelabuhan Klang, KLIA dsn subang, hospital swasta dan kerajaan dan kawasan industri Free Trade Zone.

Negara terjejas di bawah Menteri Kewangan ‘sambilan’

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Amalan waktu ini yang mana Perdana Menteri turut berperanan sebagai Menteri Kewangan mestilah dihentikan segera, kata Liew Chin Tong.

Jika tidak, kata Ahli Parlimen Kluang itu, Malaysia akan terjejas di bawah seorang Menteri Kewangan ‘sambilan’.

Menurutnya, ekonomi Malaysia bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa yang cekap untuk memandunya jauh daripada kemelut.

“Amalan Perdana Menteri beperanan sebagai Menteri Kewangan adalah trend yang tidak sihat untuk ekonomi negara,” ujarnya yang Pengarah Pendidikan Politik DAP dalam satu kenyataan, sepertti di bawah.

Amalan waktu ini yang mana Perdana Menteri turut berperanan sebagai Menteri Kewangan mestilah dihentikan segera. Jika tidak, Malaysia akan terjejas di bawah seorang Menteri Kewangan “sambilan”. Ekonomi Malaysia bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa yang cekap untuk memandunya jauh daripada kemelut.

Dalam masa terdekat, ekonomi Malaysia berkemungkinan berdepan dengan cabaran berikut, terutamanya:

1) Potensi kemelesetan ekonomi

Pelbagai pemotongan subsidi (petrol, elektrik dan lain-lain) serta pengenalan kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menekan permintaan domestik apabila semakin ramai rakyat biasa merungut tentang kenaikan harga.

Permintaan luar tidak mungkin meningkat begitu banyak disebabkan pasaran pekerjaan yang begitu lemah di Eropah dan Amerika Syarikat (dengan itu tidak mampu untuk menggunakan produk kita). Kesannya, berkemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan ekonomi.

2) Kesan penirusan Pelonggaran Kuantitatif

Tiada seorang pun di dari kerajaan membincangkan secara serius kesan penirusan Pelongaran Kuantitatif oleh Rizab Persekutuan AS ke atas Malaysia.

Adalah besar kemungkinan Dolar AS akan terus meningkat berbanding Ringgit dan pada masa yang sama kadar faedah akan naik. Apa yang menanti perniagaan dan ekonomi Malaysia secara lebih luas sekiranya kejadian itu berlaku?

3) Potensi gelembung hartanah

Terdapat tanda-tanda yang pasaran hartanah tidak semestinya mampan. Ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak telah memberi amaran tentang potensi gelembung hartanah ruang pejabat di Kuala Lumpur sementara yang lain bimbang dengan kondominium-kondominium yang pesat dibangunkan di wilayah Iskandar.

Jika terdapat gelembung dan gelembung itu pecah, orang ramai tentu sekali terkesan dan institusi kewangan akan dipenuhi hutang yang tidak dapat dilunaskan.

Keadaan sedemikian adalah kompleks dan memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa untuk memandu keluar dari kemelut.

Adalah melucukan untuk melihat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran kini mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet mengenai Kos Hidup; seolah-olah kos sara hidup bukanlah sebahagian daripada portfolio ekonomi / kewangan.

Terlalu banyak watak di dalam bahagian ekonomi/kewangan kabinet tetapi tidak wujud suara memimpin yang menetapkan agenda jelas bagi keadaan ekonomi negara.

Watak itu termasuklah:

• Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Kos Sara Hidup;

• Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II;

• Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan dan Tukang Sorak Kerajaan Nombor 1 untuk GST;

• Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif perunding ulung  kerajaan iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu);

• Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

• Datuk Seri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

• Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

Senarai ini hanya menyenaraikan sebahagian saja.

Selain daripada Perbendaharaan (Kementerian Kewangan) dan EPU (di Jabatan Perdana Menteri), Pemandu seolah-olah telah memperoleh status ketua jurucakap Kerajaan terhadap ekonomi sejak 2010.

Malah, Majlis Ekonomi Kebangsaan telah ditubuhkan pada 2008 sebagai kabinet mini-ekonomi yang terdiri daripada Menteri-menteri utama UMNO dan birokrat atasan.

Datuk Seri Chua Soi Lek telah dimasukkan ke dalam Majlis Ekonomi pada November 2010 selepas saya membangkitkan perkara itu.

Terdapat juga Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang baru ditubuhkan membuat keputusan mengenai pengurangan subsidi tanpa perbincangan penuh kabinet. FPC, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, "memainkan peranan utama dalam mengukuhkan kewangan Kerajaan serta memastikan kemampanan fiskal dan kestabilan makro ekonomi pada jangka panjang."

Begitulah pecah-belahnya tadbir urus ekonomi di Malaysia.

Sejak Tun Daim Zainuddin melepaskan jawatannya dalam portfolio kewangan pada Jun 2001, portfolio Kewangan telah menjadi sebahagian portfolio Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi, dan Datuk Seri Najib Razak. Kecuali buat seketika sewaktu Perdana Menteri Abdullah Badawi menyerahkan portfolio kewangan kepada timbalannya Najib pada 17 September 2008.

Amalan Perdana Menteri beperanan sebagai Menteri Kewangan adalah trend yang tidak sihat untuk ekonomi negara. Dan kumpulan tadbir urus ekonomi yang berpecah-belah dan kompleks petunjuk jelas kita mempunyai orang yang salah memegang tampuk Menteri Kewangan.

Masa telah tiba untuk melantik seorang Menteri Kewangan sepenuh masa untuk menerajui dasar ekonomi yang menyeluruh dan wajar. Kepimpinan adalah penting.

Sempena perasmian Jambatan ke-2 Pulau Pinang, Adun ‘Kangkung’ PKR tuntut mansuh tol, GST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Bersempena dengan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang esok oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk daripada PKR yang terkenal dengan "demonstrasi kangkung" menuntut beliau memansuhkan tol dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Lee Khai Loon (gambar) berkata, pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan penangguhan kenaikan kadar tol disebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac.

"Tetapi kerajaan juga terpaksa membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara kerajaan berusaha membangunkan ekonomi negara seperti mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi, Lee turut berkata, kerajaan juga perlu berimbang dengan tahap kebahagiaan rakyat

"Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang memang dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat khasnya di pulau bagi menerajui pembangunan ekonomi di Pulau Pinang.

"Kerajaan mempunyai tanggungjawab meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan dasar-dasar yang bakal dilaksanakan perlu mendapat sokongan daripada rakyat.

"Suara rakyat suara keramat. Kesejahteraan dan kesihatan mental rakyat juga tidak boleh diabaikan, terutamanya apabila kos sara hidup dan tekanan hidup yang kian hari kian meningkat telah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku," katanya.

Lee sebelum ini enggan membuat permohonan maaf kepada Najib meskipun Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa beliau berbuat demikian.

Lee semasa mengadakan demonstrasi Lee semasa mengadakan demonstrasi 

Lee berkata, demonstrasi yang dianjurkannya bukan bertujuan menghina perdana menteri tersebut, sebaliknya hanyalah manifestasi suara rakyat terhadap bebanan kos sara hidup yang meningkat.

Tahun lalu Putrajaya mengumumkan penarikan beberapa subsidi termasuk gula dan bahan api sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi yang menyaksikan harga beberapa barangan dan produk pengguna meningkat.

"Sempena perdana menteri akan merasmikan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada hari Sabtu ini, saya ingin mengucapkan selamat datang perdana menteri serta menyeru beliau agar menghapuskan tol dan GST yang akan membebankan rakyat," kata Lee.

"Rakyat akan bersatu dan menggembleng tenaga menentang pelaksanaan GST dan mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang meningkat secara mendadak akibat siri harga barang naik," katanya.

Disebabkan itu, Lee berkata, banyak demonstrasi diadakan di seluruh Malaysia untuk memprotes kenaikan harga yang membebankan rakyat.

"Saya mendesak perdana menteri dan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya mendengar suara bantahan rakyat serta mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Khalid sah cabar Azmin untuk timbalan presiden PKR

OLEH DIYANA IBRAHIM



























Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pada April.

Beliau mengumumkan pencalonan tersebut sebentar tadi dan berkata mahu penyokongnya menganggap hasratnya untuk bertanding tidak membelakangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Saya menawarkan diri untuk menerima tawaran saudara bertanding sebagai timbalan presiden PKR," katanya yang disambut dengan tepukan meriah dalam program "Malam Bertaut Kasih‎" di kediamannya rasminya di Shah Alam.

"Saya tidak biasa sekiranya kempen dilihat terlalu membelakangi PRK Kajang, ia mesti menjadi agenda utama dan saya tidak mahu timbul berita menteri besar salah guna kuasa dan sebagainya," katanya.

Petang tadi The Malaysian Insider melaporkan ‎Khalid akan mencabar Azmin untuk jawatan timbalan presiden PKR malam ini.

Khamis, 27 Februari 2014

ADUN: NUTP patut bela guru anti-PBS

MALAYSIAKINI

 





Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) didakwa mengabaikan nasib guru yang dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam perhimpunan membantah perlaksanaan Penaksiran Berasas Sekolah (PBS).

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, NUTP sepatutnya melindungi dan menjaga kebajikan guru-guru, bukan bertindak sebaliknya.

"Dalam isu ini, NUTP tidak mahu membela guru-guru yang berani bersuara tentang perkara ini, bahkan menyuruh mereka bersyukur kerana mereka hanya dipindahkan kerana bantahan terhadap perkara ini (PBS).

"Ia sangat menyedihkan tak sepatutnya berlaku kerana NUTP sepatutnya tidak membuat kenyataan sedemikian.

"Sepatutnya membela kebajikan guru-guru bawah naungan mereka,"katanya menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di ibu pejabat PKR.

Presiden NUTP Hashim Adnan semalam dilaporkan berkata, Mohd Nor Izzat bertindak atas kapasiti individu apabila menganjurkan bantahan Sabtu lalu di Bangi yang menyaksikan kehadiran kira-kira 100 orang guru.
Ketika ditanya apakah NUTP akan bersuara untuknya, Hashim berkata, beliau hanya dipindah tempat mengajar bukan ditangkap ataupun ditembak mati sepertimana yang berlaku di Laos, Pakistan dan Syria.

Dalam sidang media hari ini, Nik Nazmi menegaskan, tindakan berani Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) pada 22 Febuari lalu, mewakili semua guru di Malaysia.

Tekanan golongan itu juga, tambahnya, berjaya menarik perhatian meluas sehingga peringkat Kementerian Pendidikan.

Beliau justeru menggesa kementerian berkaitan menghentikan sebarang tindakan kepada guru-guru yang terlibat dalam membantah PBS.

Hadi fail permohonan ketepi perintah ingkar

MALAYSIAKINI

 
 
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
  
Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
  
Asmuni berkata mahkamah juga menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.
  
"Saya akan hantar salinan permohonan itu kepada peguam plaintif dalam masa terdekat, sementara itu jika ada apa-apa hujah mereka boleh failkan kalau ada peluang kita jawab terhadap dokumen yang mereka failkan.
  
"Sebenarnya kita baru ketahui kehadiran perintah ini Ahad lalu (23 Feb) walaupun perintah itu masuk pada Isnin (17 Feb) kerana plaintif tidak berkomunikasi dengan kami," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Ahad lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu.
  
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
  
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.-Bernama

[PANAS] Penyumbang Dana UMNO Sabah, Michael Chia Dihukum Penjara Dan Sebatan

KELAB GREENBOC

Ahli Perniagaan, Chia Thien Foh atau lebih dikenali sebagai Micheal Chia dikenakan hukuman penjara setahun dan satu sebatan selepas disabitkan bersalah dalam skandal penipuan bernilai RM 2.5 juta sepuluh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus semalam memutuskan pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan mensabitkan tertuduh bersalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Ketika memberi alasan penghakiman, Elsie menyatakan dalam kes ini saksi telah menyatakan bahawa tertuduh telah meminta wang daripadanya untuk pengeluaran surat membalak di mana salah satu sebab ialah sebagai wang dana politik kepada parti Umno.

Bagaimanapun menurutnya perkara ini sememangnya akan menjejaskan imej parti politik tersebut kerana saksi pendakwaan telah mengesahkan bahawa Parti Umno tidak memohon dana politik tersebut. Pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Joyce Blasius.

Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela tertuduh, Rowiena Rashid untuk membuat penangguhan perlaksanaan hukuman sementara membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Micheal Chia didakwa telah cuba menipu Datuk Agus Hassan daripada Syarikat Peluamas Sdn Bhd pada June 2004 dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa terdapat tiga syarat yang perlu dipatuhi bagi mendapat surat berkaitan operasi membalak Coupe BW12/02; Extraction and Purchasing of Commercial Timber di Hutan Simpan Kalabakan, Sabah iaitu:

i) Menyerahkan semula hak pembelian balak sebanyak 100,000 meter padu yang ditandatangani pada 25 May 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn Bhd/Innoprise Corporation Sdn Bhd, syarikat subsidiari kepada Yayasan Sabah;
ii) Membayar RM3 juta kononnya untuk tujuan dana politik kepada Parti Umno Sabah, dan
iii) Membayar komisen RM 25.00 per meter padu bagi setiap meter balak yang dikeluarkan Syarikat Peluamas Sdn Bhd di Gunung Rara Forest Reserve (Benta Wawasan Coupe).

Tertuduh didakwa telah secara curang cuba memperdayakan Agus Hassan melalui Chong Siak Nyen untuk menyerahkan Surat Wakil Kuasa bertarikh 22 June 2004 yang telah menyerahkan semula hak pembelian balak sebanyak 100,000 meter padu kononnya kepada suatu syarikat yang dimiliki oleh Parti Umno Sabah dengan membayar RM 2.5 juta komisen kepada Parti Umno Sabah kononnya sebagai dana politik.

Menurut laporan, Chia telah ditangkap di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dan didakwa di bawah AMLA dengan cuba menyeludup RM40 juta ke Malaysia pada tahun 2008.

Dilaporkan Chia telah memberitahu pihak berkuasa Hong Kong, wang itu kepunyaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Tetapi pada Oktober 2012, SPRM berkata Chia tidak pernah ditahan di Hong Kong. -FMT Borneo

Michael Chia dihukum: PKR gesa siasatan terhadap Musa Aman dibuka semula


PKR menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berikutan hukuman penjara dan sebatan terhadap peniaga balak, Michael Chia semalam.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kejayaan pendakwaan SPRM terhadap Chia membuktikan SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan berjaya.

"Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?

"Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, fakta kes tersebut sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat daripada ICAC di Hong Kong yang menunjukkan memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

"Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia terutama apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini.

"Apatah lagi apabila Datuk Seri Nazri Aziz sendiri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu," kara Rafizi.

Rafizi sebelum ini pernah membuat laporan kepada SPRM terhadap Nazri dan keluarganya dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya daripada tuduhan rasuah.

Rafizi juga memaparkan tujuh video pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video yang menunjukkan keluarga Nedim yang merupakan anak Nazri menggunakan kenderaan mewah Chia.


Video itu menunjukkan perjalanan Hummer dari kediaman kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.

Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu isterinya.

Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan sebagai kenderaan “menyimpan barang”.
-TMI

Dr Aziz Bari dilantik felo Penang Institute cawangan KL


Penang institute_aziz bari


KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan dan Perundangan, Dr Aziz Bari hari ini menyifatkan pelantikan beliau sebagai Ketua Penyelidik serta Felo Penang Institute (PI) Kuala Lumpur sebagai  satu amanah besar yang tidak mungkin dipersiakan.

Sehubungan itu, beliau bertekad memberikan khidmat sebaik mungkin terutama daripada sudut pengetahuan dan pengalamannya.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk membawa tradisi ilmu dan intelektual dalam Penang Institute agar secara keseluruhannya membantu gabungan Pakatan Rakyat (PR) menaikkan profil mereka.

“Ini juga bukan hanya soal parti politk tapi bagaimana kita menggunakan ruang itu supaya benar-benar mempunyai sebuah sistem dwi parti yang berfungsi serta dapat membawa manfaat kepada semua,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Penang Institute cawangan Kuala Lumpur.

Majlis permasmian Penang Institute di Rumah Pulau Pinang, Jalan Semantan itu dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP.

Menerusi pelantikan itu, beliau juga berazam untuk memberi sumbangan agar idealisme DAP dapat lebih diperkembangkan.

“Sehingga sekarang, DAP masih dilabel oleh sebilangan pihak sebagai parti Cina, walhal perjuangan mereka adalah untuk semua.

“Jadi saya berharap kehadiran saya di sini dapat membantu DAP dalam memperjuangan kepentingan dan hak asasi semua warga Malaysia selaras dengan prinsip mereka,” ujarnya. -Roketkini.com

Krisis air: ADUN DAP Balakong kecam tindakan menteri lepas tangan


eddie



SERDANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Balakong, Ng Tien Chee kesal dengan tindakan pemimpin kerajaan yang langsung tidak memberi sebarang respon berhubung krisis air di Balakong.

Beliau berkata, amalan lepas tangan itu bukan saja mengabaikan kepentingan awam malah dianggap tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.

“Penduduk mengakui dan berterima kasih dengan bantuan tiga lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Tapi yang menjadi persoalannya mengapa ia lambat disalurkan?

“Seperkara lagi yang turut mengecewakan adalah tidak ada respon langsung daripada menteri berkaitan iaitu Datuk Dr Maximus Ongkili sejak mula berlakunya krisis hingga sekarang.

“Ini amat mendukacitakan kerana sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air beliau seharus segera mengemukakan pelan tindakan, bantuan dan sebagainya, agar masalah penduduk dapat diselesaikan bukannya berdiam diri,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor.

Menurut Tien Chee, krisis air bermula pada 28 Januari lalu, namun ketika itu kebanyakkan penduduk tidak berada di Balakong kerana pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Krisis itu menjadi kecoh pada 4 Februari, berikutan itu Tien Chee bersama anggota DAP Balakong dengan segera menubuhkan Unit Tindakan Khas (UTK) Krisis Air untuk menyalurkan bantuan di segenap pelusuk kawasan terjejas.

Pada 12 Februari lalu, beliau bersama Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming juga mengambil langkah pantas dengan segera bersemuka Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong untuk mengenal pasti masalah gangguan air itu.

Berdasarkan jawapan yang diterima, ia berpunca daripada cuaca panas dan kering yang luar biasa di sekitar kawasan tadahan air Sungai Langat beberapa minggu lalu hingga menyebabkan paras air turun.

“Penurunan paras air sungai mengakibatkan kadar pencairan (dilution) berkurangan di dalam sungai dan meningkat kadar kepekatan ammonia.

“Disebabkan kenaikan paras ammonia, loji pemprosesan air LPA Batu 11 Cheras dan LPA Bukit Tampoi terpaksa menghentikan operasi sementara waktu demi merawat bekalan air,” ujarnya memetik jawapan yang diterima.

Beliau turut menyambut baik langkah proaktif Kerajaan Negeri Selangor yang mengurangkan pelepasan air mentah ke beberapa kawasan termasuk Balakong bagi menangani masalah gangguan itu.

Tambahnya, pasukan UTK Krisis Air DAP Balakong akan menghentikan pengagihan bantuan air berikutan program pencatuan bermula hari ini.

“Selangor telah memulakan program pencatuan di Balakong, ia dijalankan mengikut jadual dan semua pemegang meter akan menerima air selama dua hari dan menghadapi masalah gangguan bekalan dua hari mengikut zon.

“Saya berharap semua penduduk berjimat cermat semasa menggunakan air dan berganding bahu dengan mereka yang tinggal di kawasan gangguan bekalan.

“Ini merupakan langkah penyelesaian jangka pendek dan pihak kerajaan negeri masih berusaha mencari jalan membasminya bersama pihak berwajib,” katanya. -Roketkini.com

Pentadbiran Najib diserang Daim dan Mahathir

MSO

 
Daim Zainuddin yang dilihat sebagai regu kepada Dr Mahathir Mohamad dan juga menjadi 'jubir', jurubicara untuk menghuduhkan Najib Razak dan kerajaannya, tidak mudah diam. Daim terus bercakap tanpa melihat suasana dan memilih 'cerlak' (masa dan ketika) untuk bercakap. Seperti sudah tidak ada simpati dan sokongan lagi DARI Daim kepada Najib sebagai perdana menteri.


Najib sedang diasak?
Terbaru Daim terus mengkritik Najib dengan mengulangi pandangan dan kesimpulan-kesimpulan buruk ke atas kepimpinan Najib seperti dibuat beberapa kali sebelum ini. Dalam temuramah dengan sebuah saluran berita video, Daim mengusik dan mengkritik Najib mengenai beberapa perkara.

Beliau memberi pandangan yang Najib seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh. Seorang perdana menteri yang lambat dan lembab. Menurutnya penguatkuasaan untuk mengawal apa-apa keadaan yang timbul sekarang ini boleh diambil kerana undang-undang yang ada sudah mencukupi. Tetapi kerana kerapuhan dan ketidaktegasan Najib, maka apa yang tidak sepatut berlaku, berlaku. Contohnya mengenai pergolakan kaum dan meletusnya isu agama, seperti kalimah Allah dan Kristinasasi.

Daim juga persoal Najib jangan sahaja mempertahankan mandat yang bersambungan turun temurun itu, tetapi kena memperkasakan kepimpinannya. Tidak ada guna ada kuasa tetapi kepimpinan lemah. Daim juga menyatakan kepimpin kerajana kini lemah kerana ia dipimpin oleh seorang yang lemah, tidak berani dan tidak tegas.

Selain itu Daim mempersoalkan anggota Kabinet Najib yang tidak dilantik dari mereka berpandangan jauh dan arif memahami sejarah Malaysia. Apa maksudnya itu? Ertinya mereka yang dipilih menganggotai kabinet mereka yang cetek pengetahuan, tidak berilmu dan mempunyai semangat, patriotisme. Disebabkan keadaan itu maka pentadbiran menjadi huruhara.

Ini memberi gambaran Najib dalam menyusun kabinetnya pakai tangkap muat sahaja. Ia juga menunjukkan mereka yang cerdik tidak diambil atau pun diberi kesempatan kerana Najib bimbang ianya akan memakan dirinya. Contohnya seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Najib membiarkan saja seorang tokoh ekonomi berpengalaman dari menyertai kabinetnya. Atau pun Daim sediri yang dia merasakan dia adalah juara ekonomi negara ini.

Gara-gara anggota kabinet yang sebegitulah menyebabkan kerajaan pimpinan Najib hari ini lemah dan tidak dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul.

Daim juga mengkritik pilihan raya Kajang di mana baginya tidak perlu kerana membazirkan wang. Pilihan raya itu hanya memberi publisiti kepada Anwar saja, katanya. Bagi Daim, Anwar bukan mudah untuk ditundukkan walaupun rakyat tidak memilih PR di dalam pilihan raya lalu, namun populariti Anwar masih hidup. Daim tidak percaya dengan cara dan strategi Najib, dia dapat menewaskan Anwar.

Kalau dilihat keseluruhan aspek yang dikritikan Daim itu ia melihatkan pengurusan dan pentadbiran Najib menjadi mangsa. Ini berbeza dengan kritikan 'bapa mertuanya' Mahathir yang mengkritik atau menyerang kepimpinan bekas PM Abdullah Ahmad Badawi sebeulum ini, yang dibuat dari segi politik. Mahathir memberi tekanan politik kepada Abdullah dengan keluar Umno dan menimbulkan masalah dan mengaitkan peranan menantunya, Khairy Jamaluddin dan juga peranan budak-budak di Tingkat 4 yang mempengaruhi pentadbiran Abdullah.

Tampaknya untuk berdepan dengan Najib, Mahathir yang menggunakan Daim atau mereka bersekongkol tidak mengambil pendekatan politik, tetapi mereka menyerang pentadbiran Najib. Di bongkar dan disebutkan satu persatu aspek-aspek kelemahan dalam pentadbiran Najib.

Apapun cara dan kaedahnya, tindakan dan agenda Daim dan Mahathir sama sahaja iaitu untuk menjatuhkan Najib. Disebalik itu tentulah ada orang yang hendak diangkat menjadi PM baru menggantikan Najib. Siapakah tokoh itu yang sedang diandang untuk menjadi pengantin perdana menteri?

Kerusi Dun Balingian: SPR mesyuarat 6 Mac

SPR SPR


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac bagi membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian, Sarawak yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, esok.

Mesyuarat yang dijadual bermula 10 pagi itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, Putrajaya.
  
Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan, di sini hari ini.
  
Beliau juga memaklumkan bahawa SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam berkenaan pengosongan kerusi Dun Balingian oleh penyandangnya Taib, yang berkuatkuasa esok, 28 Februari.
  
Taib yang berkhidmat sebagai ketua menteri Sarawak sejak 1981 akan melepaskan jawatan secara rasmi esok.

Di KUCHING, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, beliau menerima sepucuk surat daripada Abdul Taib semalam yang memaklumkan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi berkenaan, esok.

Kata Mohamad Asfia, beliau memaklumkan perkara itu kepada SPR secara bertulis hari ini.

"Kami serahkan kepada SPR untuk mengambil tindakan seterusnya apabila kerusi itu dikosongkan (esok), yang secara automatik membolehkan satu pilihan raya
kecil diadakan," katanya pada satu sidang akhbar.

Mohamad Asfia berkata oleh kerana kerusi berkenaan dikosongkan lebih dua tahun sebelum berakhirnya tempoh penggal dewan undangan negeri pada 20 Jun 2016, maka satu pilihan raya kecil perlu diadakan mengikut Seksyen 21 (5) perlembagaan negeri.
  
Katanya terserah kepada ketua menteri akan datang, Tan Sri Adenan Satem, untuk menentukan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu.
  
Adenan, yang kini Menteri Tuags-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri, dijadual mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak kelima, esok.
  
Abdul Taib pula dijadual mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu pada Sabtu.

Status Facebook petanda ajal


Status Facebook petanda ajal Status Facebook milik Norfaezah yang dikemas kini 10 Februari lalu


SUNGAI PETANI - "Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah."

"Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”

Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ.

“Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya,” katanya.

Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja.

Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan.

Status Facebook tentang kematian

Sementara itu, rakan baik mangsa, Azie Azira Aziz, 18, berkata, sebaik berita kemalangan dimaklumkan kepadanya, dia teringat status kemas kini akaun Facebook milik Norfaezah yang menulis tentang kematian.

Katanya, status itu hanya dianggap biasa sehingga menerima berita mengejutkan awal pagi semalam tentang kematian Norfaezah.

Dalam kemalangan terbabit, Norfaezah dikatakan membonceng motosikal rakannya, Azwan Shah Ishak, 25, sebelum dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.

Azwan Shah yang mengalami kecederaan parah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tujuh jam kemudian.

Keluar makan bersama

Saksi kejadian, Fhadirul Azmin Mohd Yusof, 22, berkata, dia bersama rakan lain menunggang lima motosikal baru sahaja selesai makan dekat sebuah warung di Stesen Bas Sungai Petani.

“Tiba di lokasi kejadian, kami terdengar bunyi kuat dari arah belakang, namun belum sempat berbuat apa-apa, sebuah kenderaan merempuh motosikal menyebabkan Norfaezah terpelanting jauh,” katanya.

Menurutnya, dia mengenali kedua-dua mangsa sejak kecil dan cukup rapat selain sering bersama rakan-rakan lain ke mana sahaja.

“Kami merancang untuk ke Thailand Khamis ini beramai-ramai, tetapi apabila jadi begini, terpaksa batalkan hasrat tersebut,” katanya.

Taib letak jawatan: Kenapa tiada komentar?


Saifuddin Nasution


SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini secara sinis mempersoalkan tindakan yang diambil terhadap  Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan di Dun Balingian, pada 28 Februari ini.

Menurutnya, apabila perkara itu dilakukan oleh Abdul Taib tiada komen dikeluarkan.

"Taib Mahmud kosongkan Dun Balingian untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua...khianat demokrasi?

"Bazir wang rakyat buat pilihanraya kecil?

"Kenapa sunyi sepi suara komentar?," katanya dalam laman Twitternya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah menerima kritikan hebat daripada pemimpin dan NGO pro-kerajaan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak turut menyifatkan PRK Kajang pada 23 Mac ini adalah pembaziran wang awam oleh PR.

Najib berkata keputusan mengadakan pilihan raya itu hanya sekadar untuk menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR.

AJK Pemuda Umno Kuala Nerus maut nahas

KUANTAN - Exco Pemuda Umno bahagian Kuala Nerus, Syed Hafizuddin Datuk Syed Omar, 41, terbunuh dalam nahas apabila kereta yang dipandu rakannya terbabas di Km 240.5 Lebuhraya Pantai Timur, menghala ke arah Jabor, Terengganu tengah hari tadi.

Rakannya itu Kamal Rahaidi Abdul Halim, 41, dilaporkan parah.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mereka yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

"Kenderaan itu dipercayai terbabas ke kiri jalan, kemudiannya berpusing beberapa kali sebelum merempuh tebing bukit.

"Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan terbabit," katanya kepada Bernama.

Syed Hafizuddin yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Zainalabidin berkata mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat manakala Ahmad Rahaidi turut dirawat di situ.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa hujan lebat. - Bernama

PRK Kajang: Nallakarupan Masih Belum Buat Keputusan Tanding Atau Tarik Diri


S.Nallakarupan.


 
 
PETALING JAYA: Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP), Senator Datuk S. Nallakarupan masih lagi berbelah bahagi sama ada untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Walaupun beliau menaruh harapan untuk bersaing dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 23 Mac depan, beliau sedar rancangan tersebut akan menjejaskan Barisan Nasional (BN).

Nallakaruppan berkata, beliau ada berbincang dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengenai perkara itu.

"Berdasarkan persetujuan dan semangat BN, saya telah diminta untuk menarik diri daripada bertanding di Kajang supaya parti itu boleh memberi tumpuan kepada hanya seorang calon.

"Saya memahami dan menghormati semangat BN tetapi saya memerlukan masa untuk membuat keputusan sama ada meneruskan rancangan saya atau menarik diri," katanya kepada The Star.

Nallakarupan yang juga bekas rakan baik Anwar, menawarkan diri untuk bertanding di bawah tiket MUIP kerana beliau mengetahui segala rahsia Ketua Pembangkang itu.

"Saya merupakan rakan karib dan amat kenal dengan Anwar. Adalah lebih baik jika saya bertanding menentangnya supaya rakyat tahu siapa diri Anwar yang sebenar," katanya.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Anwar bertanding atas tiket PKR manakala BN memilih Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat sebagai calon.

Beberapa individu turut menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Antaranya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, penyanyi Herman Tino dan bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac depan.

Yuktes berkata beliau tiada sebarang perancangan untuk menarik diri daripada bertanding

Johor tawar diri jadi tuan rumah Konvensyen Pakatan Rakyat 2015

KEADILAN DAILY

 

parlimen johor



Isnin 24 Februari 2014 merupakan tarikh bersejarah bagi Pakatan Rakyat Johor dengan kehadiran ketiga tiga pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ke Kulai. Sesungguhnya kehadiran YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB Tuan Lim Kit Siang bertemu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Johor dan bertemu rakyat pada sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Johor memberikan sinar baru kepada perjuangan rakyat.

Dalam pertemuan tertutup yang diadakan hari ini para pimpinan tertinggi sebulat suara bersetuju bahawa perubahan politik di Johor mampu menjadi penentu kepada landskap politik tanah air.

Untuk itu, Pakatan Rakyat Johor akan menyusun strategi bersama sebagai suatu entiti dalam memastikan keyakinan yang telah diberikan oleh rakyat selama ini dapat dimaksimakan kepada perubahan di peringkat nasional.

Sebagai simbolik kesediaan kami, Johor dengan ini menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat Kebangsaan pada 2015. Kami percaya Konvesyen tersebut bakal menyemarakkan lagi semangat para aktivis dan rakyat untuk merealisasikan impian bersama.

Para pimpinan hari ini telah memberikan arahan dan penekanan mengenai keperluan aktivis negeri di pelbagai peringkat bersatu hati dalam menjalankan aktiviti dan perkhidmatan kepada rakyat. Pakatan Rakyat sangat terharu dengan kepercayaan dan dokongan yang telah diberikan oleh rakyat Johor dan berjanji untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Sambutan yang telah diberikan rakyat dalam segala aktiviti kami memberikan keyakinan baru kepada kami bahawa Johor kini tidak boleh lagi dianggap deposit tetap kepada Barisan Nasional dan Umno. Kami yakin Johor mampu menjadi pemangkin kepada Malaysia yang lebih baik.

Sidang Media Pakatan Rakyat Johor


Pesuruhjaya PAS Johor YB Aminulhuda Hassan
Pengerusi DAP Johor YB Liew Chin Tong
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN Steven Choong

Empat Beranak Tentera Maut Kemalangan

MSTAR ONLINE


BAHAU: Sekeluarga anggota tentera yang terdiri daripada empat beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di sini pada Khamis.

Dalam kemalangan di Ladang Gaddes itu, mereka yang maut merupakan anggota tentera, Mohd Fauzan Bakar, 33, isterinya Nur Hidayah Ngah, 29, dan dua anak mereka iaitu Nur Ain Shahira, 6, serta Nur Aina Shameera 10 bulan.

Difahamkan, ketika kemalangan keluarga tersebut dalam perjalanan dari Bandar Seri Jempol menaiki kereta jenis Proton Waja.

Ketika tiba di lokasi kemalangan, kereta yang dipandu Mohd Fauzan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit berhampiran.

Siti Nurhaliza Bakal Duet Dengan Cakra Khan




Siti kagum dengan kemerduan suara penyanyi Indonesia, Cakra Khan.
 
 
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengakui bakal berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia popular Cakra Khan.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 34, berkata, lagu duet tersebut akan dimuatkan dalam album solo terbaharu penyanyi itu namun proses rakaman belum dijalankan kerana masih lagi mencari lagu yang sesuai.

"Pihak pengurusan Cakra meminta saya berduet dengan penyanyi itu dan ia adalah satu penghargaan buat diri saya.

"Tambah pula sebelum ini saya pernah membuat persembahan duet dengan Cakra pada Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu. Saya cukup mengkagumi suaranya yang unik dan merdu.

Siti bersama salah satu lukisan potrait dirinya pada pameran ikon pop negara di Galeri Artelier KL.
 
"Buat masa ini kami mencari lagu yang bersesuaian daripada komposer Indonesia," katanya.
Siti ditemui pada majlis pameran lukisan yang menandakan dia sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL di sini pada Rabu.

Tambah Siti, selepas mendapat lagu bersesuaian, penyanyi itu akan ke Indonesia merakamkan lagu di sana sekali gus menyiapkan klip video bersama Cakra di negara itu.

Mengenai pameran tersebut, sebanyak 17 lukisan hasil karya pelukis tempatan dan luar negara dipaparkan di galeri tersebut.

Siti bersama para pelukis yang terlibat dalam projek berkenaan.
 
Antara nama-nama pelukis yang terbabit ermasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail.

Lukisan tersebut akan dijual bermula daripada harga serendah RM1500 sehingga RM75,000.

Sebanyak 30 peratus daripasa hasil jualan lukisan itu akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa.

Kerajaan dijangka tambah item baru dalam RUU GST – Azan Ismail

Basyar Abkadir
no_gst

KUALA LUMPUR : Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail menjangkakan, kerajaan akan memasukkan beberapa barangan dan perkhidmatan yang sebelum iin dikecualikan, menjadi item yang dikenakan cukai GST.

“Saya jangkakan kerajaan dalam pembentangan pada persidangan Parlimen akan pinda beberapa perkara tentang GST.

“Kerajaan juga akan pinda balik tentang barangan yang dikenakan GST, untuk masukkan balik beberapa barang dan perkhidmatan yang sebelum ini dikecualikan.

“Ini antara muslihat GST yang bakal dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Kerajaan tidak punya kewangan yang kukuh, masa itu nanti kerajaan akan minta dipercepatkan pelaksanaan GST ini supaya cepat cukai dikutip dari rakyat,” kata Azan kepada Keadilandaily.

Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 akan dibentangkan pada mesyuarat pertama, penggal kedua Dewan Rakyat yang bersidang 10 Mac ini.

Menurut Kementerian Kewangan, proses penyediaan draf rang undang-undang itu kini di peringkat akhir dan sedang disemak oleh Peguam Negara.

Azan_GanuDalam pada itu Azan mendedahkan, pelaksanaan GST telah diluluskan pada sesi Parlimen tahun lalu, namun kerajaan membawanya sekali lagi ke Dewan Rakyat bertujuan meminda beberapa perkara lain.

“Kerajaan penuh dengan muslihat bila berdepan dengan rakyat.

“Bila masa pembentangan kali pertama dahulu, GST akan dilaksanakan pada April 2015. Kerajaan bermuslihat, dengan harapan rakyat tidak marah.

“Kerajaan akan bagi seribu satu alasan seperti masanya (pelaksanaan GST) sudah sesuai, rakyat sudah faham mengenai GST ini, ” katanya.

Tiada status siasatan rasuah Taib Mahmud oleh SPRM sejak 2009

Lyn Nasir


taib-mahmudKUALA LUMPUR  : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum memberi sebarang penjelasan mengenai aduan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Taib Mahmud sejak 2009 .

“Saya sendiri membuat aduan kepada SPRM tahun 2009 berkenaan dokumen penglibatan Ketua Menteri Sarawak dan kroni dalam salah guna kuasa projek dan akaun-akaun melibatkan kroni.

“Saya juga buat susulan dengan SPRM Putrajaya.

“Mereka kata siasatan masih dijalankan dengan alasan bahawa (SPRM) terpaksa memanggil lebih 40 saksi dan (meneliti) dokumen berkaitan di dalam dan luar negara,” kata Nazib pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Hadir sama sidang media, Exco AMK Sarawak, Iswardy Murni.

Beliau yang mewakili KEADILAN Sarawak mendesak SPRM memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Kata Nazib, SPRM beralasan kononnya terpaksa memanggil 40 saksi berkaitan serta perlu meneliti memorandum dihantar 19 Februari lalu kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

SPRM dalam kenyataan pada Jun 2013 berkata, siasatan sudah bermula dan sekitar 400 fail berkaitan telah disemak bagi membantu siasatan.

Namun, sehingga kini, tidak ada status berhubung siasatan kes rasuah tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, minggu lalu, KEADILAN Sarawak mengemukakan memorandum kepada Majlis Raja-Raja memohon Yang di-Pertuan Agong menangguhkan perlantikan Taib sebagai Tuan Yang Terutama Sarawak.

Rekod Najib Razak: PM paling boros di dunia

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersenarai dalam carta ‘top 5′ pemimpin dunia yang berbelanja paling boros, menurut portal Indonesia.
najib rosmah
Portal tersebut, Merdeka.com pada 21 Februari lalu melaporkan, Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.

Najib Razak juga turut dilaporkan sebaris dengan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 pada tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Bagaimanapun, laporan bertajuk ‘PM Malaysia Najib Razak habiskan Rp 2,5 triliun buat ke luar negeri’ beserta dengan gambar Najib itu tidak lagi boleh diakses pada hari ini.

Seterusnya, turut tersenarai, mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi

hadiah kepada para artis wanita dan acara televisyen yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah.

Sementara itu, turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan hobinya berbelanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam setahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga keseluruhan berharga Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya.

Rabu, 26 Februari 2014

[BERGAMBAR & VIDEO] Selamat Jalan Syabas! Akhirnya Selangor Ambil-alih Syarikat Konsesi Air

KELAB GREENBOC


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut.


Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

“Alhamdullillah, penstrukturan air Selangor akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada Menteri KETTHA atas kerjasama yang diberikan,” kata Abdul Khalid.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. -selangkorku




LIHAT VIDEO DI SINI

ULASAN GB

Tahniah kerjaaan PR Selangor. Akhirnya berjaya juga untuk mengambil-alih syarikat konsesi air di Selangor demi kepentingan seluruh rakyat Selangor!

Syabas juga diucapkan kerana kejaaan kerajaan Selangor menawan SYABAS yang selama ini berdolak-dalik dan memperkotak-katikkan rakyat Selangor.

Terkedu lagi macai UMNO yang beberapa hari ini menjadi isu air Selangor sebagai bahan politik mereka untuk menghentam kerajaan PR Selangor.

KEBENARAN & KEADILAN akan tetap menang melawan KEBATILAN & KEZALIMAN. Yakinlah!!