KUALA LUMPUR: Portal berita, The Rakyat Post (TRP) dijangka akan menghentikan operasi Isnin ini ekoran masalah ‘aliran tunai’.
Menurut sumber dalaman portal tersebut yang dihubungi SuaraTV,
disebabkan kemerosotan pendapatan melalui iklan, penaung portal
tersebut ‘melarikan diri’ kerana gagal meraih keuntungan seperti yang
diharapkan.
“Saya dimaklumkan oleh pihak pengurusan ‘funder’ kami (pemilik portal)
sudah tidak mampu untuk meneruskan operasi, manakala iklan yang diterima
juga agak kecil ditambah dengan perbelanjaan bulanan yang agak tinggi,
“Kami juga dimaklumkan sebarang keputusan mengenainya hanya akan
diketahui Isnin ini dan sekiranya ia masih gagal untuk diselesaikan
operasi akan dihentikan.
“Ada di kalangan kakitangan yang telah meletakkan jawatan untuk mencuba
nasib di tempat baru dan hingga kini gaji kami telah tertunggak hampir
dua bulan,” katanya sebentar tadi yang meminta agar identitinya
dirahsiakan.
“Selain berdoa kami mengharapkan agar masalah ini mampu diselesaikan dengan cara baik,” katanya ringkas dengan nada sedih.
SuaraTV bagaimanapun gagal untuk menghubungi Ketua Editor TRP untuk mendapatkan pengesahan pengesahan mengenainya.
Portal dalam tiga bahasa itu, yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-13, menyediakan berita gaya tabloid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan