Ahad, 30 November 2014

Perihal UMNO mendaulatkan itu dan ini




 Oleh: Shirzad Lifeboat 


Minggu lalu saya berada di Bali, Indonesia. Hampir setiap manusia yang ditemui adalah penganut agama Hindu. Beza mereka dengan penganut Hindu di Malaysia dan di tempat lain ialah mereka adalah berketurunan Melayu – Melayu Indonesia dan bertutur dalam bahasa Melayu (bahasa Melayu Indonesia).

Maka rumusan ringkasnya, apapun keadaan politik republik berkenaan, siapa dan parti apa yang memerintah sekalipun, Bahasa Melayu tetap menjadi penyatu kepada lebih daripada 252 juta penduduk Indonesia.

Mengetahui saya dari Malaysia, penyambut tetamu dan pelayan restoran hotel antarabangsa tempat saya menginap terus bertutur dalam bahasa Melayu walaupun mereka fasih berbahasa Inggeris.

Hal ini berbeza dengan di Malaysia di mana orang Malaysia sendiri, tak kira dari keturunan apa sekalipun dan ketika bertutur dengan sama keturunan ketika berurusan di hotel, lebih-lebih lagi hotel bertaraf antarabangsa atau ketika membeli belah di kompleks membeli belah premium dan sebagainya lebih kerap bertutur dalam bahasa Inggeris seolah-olah bahasa Melayu tak laku, bukan bahasa kebangsaan, tidak difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia dan bukan bahasa yang boleh digunakan ketika berurus niaga.

Rumusan ringkasnya bahasa Melayu gagal menyatukan, walau hanya 30 juta penduduk, iaitu tidak sampai daripada 12 peratus dari penduduk Indonesia. Dan rumusan selanjutnya, UMNO yang begitu mendabik dada tentang mendaulatkan bahasa Melayu dan bercakap tentang itu dan ini mengenai perjuangan Melayu sejak Merdeka (malah sejak sebelum itu lagi) gagal merealisasikan matlamat bahasa Melayu sebagai alat penyatuan bangsa berbanding dengan Indonesia yang diperintah oleh parti silih berganti dan jarang-jarang bergimik tentang perjuangan bahasa Melayu.

Begitulah nasib malang yang menimpa bahasa Melayu di Malaysia berbanding di Indonesia. Dalam lain cakap pemimpin UMNO sejak Merdeka sehingga hari ini mengenai pendaulatan bahasa Melayu adalah ‘cakap-cakap yang tak serupa bikin’.

 Seperti kebanyakan pengunjung Bali, antara destinasi menarik tentulah Pantai Kuta yang menganjung ke Laut Timor. Sebenarnya keindahan pantai ini tidak ada bezanya dengan keindahan pantai di Malaysia. Benar seseorang boleh melihat dan merakamkan foto mentari terbenam di u***** Barat. Tapi scenario seperti itu turut dapat dilihat di seluruh pantai Barat Malaysia terutama di pantai di Langkawi yang menganjung ke Laut Andaman.

 Di pekan Kuta, di jalan-jalan utama dan di lorong-lorong pelancong asing kelihatan di mana-mana dan si setiap masa walaupun baik Indonesia mahupun Pulau Bali jarang mengadakan kempen ‘tahun melawat’ sebagaimana yang dilakukan oleh Malaysia.

 Dibandingkan dengan suasana di Malaysia, bezanya ibarat langit dengan bumi. Benar sesekali timbul kenyataan menteri bertanggungjawab tentang pelancongan merasa teruja dengan kononnya jumlah tahunan pelancong asing yang masuk ke negara ini. Malangnya daripada jumlah yang dikatakan itu, sebahagian besar daripada mereka bukanlah pelancong bona fide tetapi memasuki Malaysia untuk mencari pekerjaan dan pelbagai lagi tujuan yang menyalahi undang-undang negara.

Bukanlah tujuan saya mahu memperlekehkan negara saya sendiri. Kita sebenarnya boleh melakukan sebaik atau lebih baik dari orang lain. Malangnya pemimpin yang memerintah dan membentuk minda dan budaya kita tidak Merdeka tidak pernah mengambil berat dan menghargai apa yang kita miliki kecuali melakukan sesuatu bersifat ‘melepaskan batuk di tangga’ atau sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Lihat sahaja apa sudah jadi dengan Rukun Negara. Di zaman Tun Razak ia diperkatakan setiap hari dan di mana-mana. Di zaman Najib, Rukun Negara yang diperkenalkan oleh ayahndanya hanya tinggal kenang-kenangan. Hal ini bertentangan dengan ‘Pancasila’ Indonesia yang didukung sejak dari zaman Soekarna sehinggalah ke zaman Jokowi kini.

Begitu juga dengan penghormatan kepada tokoh-tokoh nasionalis bangsa. Di Malaysia nama bangunan, lapangan terbang dan sebagainya banyak sempena nama orang tertentu terutama ahli politik UMNO. Sebaliknya di Indonesia penghormatan diberikan kepada sesiapa sahaja yang pernah berjasa kepada republik berkenaan.

Di Bali, lapangan terbang antarabangsanya dinamakan sempena I Gusti Ngurah Rai. pahlawan yang mengetui penentangan Belanda di pulau itu dan terkorban di Perang Margarana pada usia 29 tahun.

Selain itu portret bekas askar Belanda kelahiran Bali ini diabadikan dalam wang kertas 50,000 rupiah Indonesia.

Melihat semua ini secara ringkas kita mungkin tertanya bilakah pemimpin kita akan bangkit dari lena mereka.

Najib Oh Najib, Dulu Haramjadah, Sekarang Bangang Pula!!

shahbudindotcom


Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO semalam, meskipun Presiden UMNO, Najib Razak menyentuh banyak perkara seperti usaha menguatkan parti, rasuah, undi Cina, solidariti, serangannya kepada pembangkang dan banyak lagi, tetapi satu-satunya perkara yang terus menjadi bualan ramai ialah "bahasa kasar" yang diluahkannya kepada blogger pro UMNO.

Dalam meluahkan rasa kurang senangnya dengan sesetengah blogger pro UMNO yang dibayar dan dibiayai tetapi akhirnya menembak pemimpin sendiri, Najib menyifatkan mereka itu sebagai "bangang".

"Blogger ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri, tak masuk akal. Bangang," katanya dalam ucapan penggulungan itu.

Dalam perbualan atau sebutan seharian, "bangang" lebih kurang membawa maksud bodoh, tolol, dungu atau lain-lain seumpamanya yang berupa suatu bentuk penghinaan kepada seseorang atau kumpulan.

Tindakan Najib terhadap blogger ini dipercayai bukan saja kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka, bahkan juga disebabkan sering bertelagah sesama sendiri. Kadangkala pula, blogger UMNO ini mempunyai pemimpin pujaan mereka sendiri sehingga keutamaan menonjolkan pemimpin lebih utama daripada parti.

Apabila masing-masing sudah mempunyai "godfather" yang berbeza, maka kecendungan menembak pemimpin lain yang dianggap sebagai saingan kepada pemimpin pujaan itu sudah pasti tidak dapat dielakkan.

Sehubungan itu, dalam maksud tersiratnya ialah Najib mahukan mereka ini mengutamakan UMNO yang membayar dan membiayai mereka serta lebih menumpukan serangan kepada pembangkang saja daripada menembak sesama pemimpin.

Memang sejak internet dan media sosial berkembang pesat, UMNO dipercayai telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membayar dan membiayai blogger ini, terutama ketika berlangsungnya pilihanraya kecil atau semasa kempen pilihanraya umum dengan tujuan untuk meraih undi golongan muda khususnya.

Meskipun demikian, bahasa yang diungkapkan oleh Najib ternyata tidak sesuai dan agar kasar, apatah lagi diucapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Blogger yang terasa pedas dengan ucapan Najib itu sudah tentu berasa hati, tersinggung dan mungkin mulai rasa marah.

Dalam masa yang sama, ini tentunya akan merendahkan lagi penilaian rakyat terhadap budi bahasa dan perwatakan sebenar Najib sebagai pemimpin utama negara.

Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini mengucapkan perkataan sekasar itu secara terbuka, walau dalam keadaan marah sekali pun.

Tambahan lagi, sebelum ini ketika meluahkan rasa kecewanya dengan peneroka Felda yang menyokong pembangkang tetapi dalam masa yang sama menerima semua pemberian agensi itu, Najib juga menggelar mereka sebagai "haramjadah".

Ini bermakna sekurang-kurangnya sudah lebih daripada sekali Najib bertindak secara tidak wajar dan keterlaluan terhadap mereka yang tidak disukainya.

Agaknya selepas ini apa pula bahasa kasarnya dan siapa lagi menjadi mangsanya?

Serangan terbuka kepada blogger ini nyata menimbulkan rasa kurang ramai banyak pihak di media sosial. Ada yang marah dan kecewa kerana selepas jurucakap UMNO luar negara, Nur Farhana Mohd Anuar mempertikai blogger pro UMNO yang didakwa lambat bertindak dalam mempertahankan Rosmah Mansor daripada serangan pembangkang, kini Najib pula berbuat demikian.

Adakah Najib juga sebenarnya kecewa dengan peranan blogger berbayar ini dalam mempertahankan isterinya?

Ramai juga yang berkata, blogger bertindak "bangang" kerana ada pemimpin UMNO sendiri yang terlebih dahulu bersikap "bangang" dalam menjalankan tugasnya. Sementara itu, ada pula yang rela dianggap "bangang" asalkan tanggungjawab mereka menegur dan membetulkan sikap sesetengah pemimpin UMNO sudah dilaksanakan.

Yang pastinya, ramai yang bengang dalam sehari dua ini.

Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF Suzuki

 
Harimau Malaya untuk ke separuh akhir Piala AFF Suzuki menjadi kenyataan.

11-world-cup-qualifiers-singapore-vs-malaysia-bukit-jalil-slider


SINGAPURA: Harimau Malaya berjaya layak ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas menundukkan tuan rumah, Singapura 1-3.

Pasukan kebangsaan yang bertandang ke Stadium Nasional, Kallang menyaksikan Singapura mula garang pada separuh masa pertama namun menemui jalan buntu apabila terikat 0-0 sehigga tamat perlawanan.

Bermula separuh masa kedua, Malaysia berjaya memecah kebuntuan apabila berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 60, menerusi Mohd Safee Mohd Sali.

Bagaimanapun, tuan rumah yang hanya memerlukan seri untuk mara ke separuh berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 83.

Tersentak dengan kedudukan itu, Malaysia terus mengasak kubu lawan sehingga ke akhir masa perlawanan dan berjaya mendapat tendangan panalti pada minit 91 yang disempurnakan Safiq Rahim selepas Amri Yahyah djatuhkan.

Singapura tambah merana apabila Indra Putra Mahayuddin melengkapkan kemenangan Malaysia 1-3 pada minit ke 94 sekali gus menyingkirkan Singapura.

Malaysia yang berada dalam Kumpulan bersama Singapura sebelum ini seri tanpa jaringan dengan Myanmar dan kalah 3-1 kepada Thailand.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh berpuashati dengan keputusan saat-saat akhir untuk merombak jentera serangan negara.

Beliau berkata penyerang kembar negara, Mohd Safee Mohd Sali dan Norshahrul Idlan Talaha cuba mencari gol kemenangan pada aksi terakhir namun gagal.

“Sebab itu saya mengambil keputusan untuk memasukkan Abdul Manaf (Mamat) dan Indra Putra (Mahayuddin) pada saat-saat akhir bagi menggantikan mereka berdua dan ia nyata berbaloi.

“Apa yang menarik mengenai Indra Putra adalah beliau mampu menjaringkan gol daripada sudut yang sukar dan beliau wajar dijadikan contoh oleh beberapa pemain muda kita,” kata Dollah kepada pemberita selepas perlawanan.

Kemenangan ini membawa skuad negara ke peringkat separuh akhir berdepan juara kumpulan A, Vietnam, awal Disember ini.

Kenyataan Mashitah menyalahi kehendak Islam

 
Isu pembakaran cebisan Al-Quran yang dibangkitkan Mashitah berdasarkan cerita yang tidak dapat dibuktikan 


Mohd Nasir Zakaria (PAS)ALOR SETAR: ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Zakaria (PAS) mendakwa kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung Umno; berhubung isu pembakaran cebisan Al-Quran, menyalahi kehendak Islam.

“Isu yang dibangkitkan Mashitah berdasarkan cerita yang tidak dapat dibuktikan. Ia boleh mengundang perpecahan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, tindakan bekas Timbalan Menteri itu lebih disebabkan kecenderungan meraih populariti dengan menimbulkan isu rasis bagi membakar sentimen kebencian terhadap pihak lain.

Akhbar Sinar Harian melaporkan, kenyataan Mohd Nasir itui merujuk kepada kenyatan Mashitah mengenai insiden pembakaran cebisan Al-Quran di berhampiran Pasar Besar Alor Setar minggu lalu.

Sebelum ini beberapa laporan media memetik, Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai berkata siasatan polis mendapati cebisan Al-Quran itu tidak dibakar, sebaliknya dikoyak oleh seorang lelaki tidak siuman dan dia kini ditahan di Wad Psikiatrik, Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

63 tahun, istiqamah perkuatkan parti - Presiden PAS

MUHAMMAD FAIZAL 






KUALA KANGSAR: ‎Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan semua pemimpin dan ahli parti wajib beristiqamah dalam memperkuatkan parti.

Berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 beliau berkata‎ dalam usia 63 tahun, setiap ahli perlu kesepakatan dalam membentuk parti.

"Walaupun ramai yang telah meninggalkan kita termasuk mereka yang berjawatan tetapi semakin ramai yang menyertai kita.

"Kita wajib beristiqamah dalam membawa parti kita yang telah berusia 63 tahun ini agar lebih teguh," ucap beliau.

Ahli Parlimen Marang itu turut berkata, PAS ditubuhkan dengan tujuan membawa politik mengikut ajaran Islam.

"Kita memilih jalan damai untuk perjuangan sebab itu demokrasi menjadi keutamaan kita.
"Namun dalam masa kita menebarkan perjuangan yang betul, muncul kumpulan yang rakus menentang Islam.

"Jadi untuk mendirikan negara Islam dan menentang kerakusan tersebut kita perlu mempunyai asas yang teguh dan kuat," ujar beliau.

Mengulas tema sambutan 'Istiqamah Menggalas Perjuangan' beliau menasihatkan setiap ahli agar perlu bersabar kerana kemenangan belum diperolehi sepenuhnya.

Katanya, walaupun belum mencapai kejayaan tetapi perjuangan Islam akan tetap menemui kemenangan.

Beliau turut melancarkan kad keahlian PAS yang baru dengan wajah baru yang mempunyai gambar ahli.‎

Sebelum itu, beliau tiba di tapak program kira-kira jam 9 pagi turut memeriksa‎ perbarisan Jabatan Amal Malaysia, Pemuda dan Briged Muslimat. - HARAKAHDAILY 




Kaki ditemui terapung di tali air

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
NIBONG TEBAL: Sebelah kaki dari lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tebing tali air di Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap, di sini, hari ini, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Wan Hasan Wan Ahmad.
 
Beliau berkata, kaki kanan itu ditemui pada kira-kira 4 petang tadi, tidak jauh dari lokasi mayat seorang lelaki tanpa kepala, tangan dan kaki ditemui penduduk kampung berkenaan pada Khamis lepas.
 
"Kaki yang masih dilengkapi seluar jean itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis. Ia dipercayai hanyut dan tersangkut di tebing itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, kaki itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
 
"Setakat ini, polis tidak dapat memastikan sama ada kaki itu mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa kepala, tangan dan kaki sebelum ini. Kami kena tunggu laporan bedah siasat," katanya.
 
Wan Hassan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
 
Isnin lepas, satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.
 
Pada Khamis pula, mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni ditemui penduduk kampung dalam tali air di Sungai Bakap.

'Video semasa ucapan Najib hina mahkamah'

MALAYSIAKINI


 


Aktivis politik, Hishamuddin Rais mengemukakan surat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghentikan tayangan video menunjukkan imej beliau semasa perhimpunan agung Umno.

Hishamuddin melalui surat guamannya menyebut, tayangan video berkenaan merupakan tindakan sub judice dan menghina mahkamah kerana kes melibatkan dirinya mengikut Akta Hasutan masih lagi berlarutan di mahkamah.

Tindakan saman akan dijalankan sekiranya Najib tidak memenuhi tuntuan itu, menurut surat berkenaan yang dihantar melalui tetuan Daim & Gamany.

Video berkenaan ditayangkan semasa Najib mengumumkan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948 semasa menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung Umno, Khamis lalu.

“Dalam klip video tersebut, anak guam kami digambarkan sebagai bersalah atas kesalaha menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.

“Klip video itu seterusnya memburuk-burukkannya dan menggambarkan bahawa anak guam kami sering melakukan kesalahan hasutan.

“Seperti yang ada sedari, anak guam kami menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang kini berlarutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur.

Pindaan Akta Hasutan 1948 akan dibentang

MALAYSIAKINI


 


 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pindaan ke atas Akta Hasutan 1948 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.

Perdana Menteri turut mengarahkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan akta itu dengan tegas selepas ia diluluskan kelak.

"Kita minta polis buat siasatan rapi, kita minta SKMM buat siasatan sewajarnya juga. Supaya kita beri isyarat jelas (bahawa) tiada sesiapa harus takut dan bimbang kalau tidak melanggar undang-undang dalam negara.

"Jangan jadi penghasut antara kaum dan agama. Ini jelas, tiada 'warning' lagi lepas ini. Kita nak pastikan setiap orang, kaum dan agama hormati satu sama lain," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden Umno itu terdahulu mengumumkan pengekalan akta itu semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Khamis, dengan memasukkan dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Najib menjelaskan beliau memilih pentas Umno untuk membuat pengumuman pengekalan akta itu atas rasa tanggungjawab terhadap semua anggota parti berkenaan.

"Kalau suara Umno nak Akta Hasutan dikekalkan, maka saya pilih untuk terima hasrat ahli-ahli Umno seluruhnya. Tambah lagi bila saya bincang dengan Timbalan Presiden, pemimpin Umno, semua kata itulah pendirian yang sebaiknya," katanya.

Kata Najib, keputusan itu bukanlah bermaksud kerajaan tidak berlaku adil kepada orang lain, sebaliknya menegaskan akta itu akan melindungi semua rakyat tidak kira kaum dan agama.

"Bagaimanapun, saya tak boleh arahkan Peguam Negara kerana dalam Perlembagaan, Peguam Negara ada kuasa mutlak, jadi saya minta ketegasan Peguam Negara untuk jalankan pendakwaan," kata perdana menteri.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dikemukakan buat kali pertama pada Julai 2012, dan akan digantikan dengan akta baharu dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Sementara itu, Najib dalam sidang media berkata pengekalan Akta Hasutan 1948 adalah bagi melindungi keselamatan seluruh rakyat Malaysia dan bukannya orang Melayu serta Bumiputera sahaja.

"Ini tentang perlindungan untuk semua. Kami tidak mahu sebarang konflik agama dan kaum berlaku di negara ini. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengelak perkara ini daripada berlaku, itu yang paling penting," katanya.

Beliau berkata tindakan memperlekeh hak istimewa orang Melayu, Raja dan agama Islam serta hak bukan Melayu, boleh menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.

"Kita mesti elak itu daripada berlaku kerana ia tidak menguntungkan sesiapa dan akta ini juga melindungi hak bukan Melayu dan bukan Islam," kata Najib.

Perdana Menteri berkata keputusan mengekalkan akta itu bukan langkah terkebelakang oleh kerajaan kerana langkah menjulang demokrasi telah dilaksanakan sebelum ini dengan memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 15 Sept 2011.- Bernama

'Kenapa komponen BN masih setia pada Umno?'

MALAYSIAKINI


 


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyelar parti komponen BN kerana masih setia dengan Umno, yang menurutnya hanya menunjukkan “penghinaan” ke atas kaum minoriti dalam perhimpunan agung parti itu.

Lim yang juga setiausaha agung DAP turut membangkitkan mengenai kenyataan ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said yang mendakwa kejayaan masyarakat Cina di negeri itu berpunca daripada kegiatan haram.

"Jelas bahawa Umno tidak mahu lagi mendapatkan undi masyarakat Cina dan kini mahu melayan mereka dengan cemuhan, penipuan dan penghinaan.

"MCA, Gerakan dan MIC menunjukkan bahawa mereka tiada kehormatan dan harga diri kerana masih mahu menyokong parti yang rasis dan melampau yang membuli dan mengancam rakyat kebanyakan.

"Semua orang di Pulau Pinang boleh berjaya, sama ada Cina, Melayu atau India, jika mereka jujur dan bekerja keras.

"(Perbuatan) tuduh orang Cina yang berjaya sebagai individu yang terlibat dengan kegiatan haram adalah penghinaan dan cemuhan kepada mereka yang bersih, jujur dan rajin,” kata Lim dalam kenyataannya.

Tambahnya, Zaidi perlu tahu bahawa masalah jenayah berada bawah bidang kuasa polis dan bukannya kerajaan negeri.

Beliau juga menyeru agar laporan polis dibnuat ke atas pemimpin Umno itu kerana membuat “fitnah jenayah dan penipuan bersifat menghasut dengan niat jahat untuk membangkitkan kebencian kaum”.

'Keputusan Najib bagi nyawa baharu parti'


KUALA LUMPUR - Kesungguhan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan Akta Hasutan 1948 dan hak orang Melayu dilihat kembali memberikan keyakinan masyarakat kepada Umno.

Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Said berkata, rakyat Malaysia  terutamanya Melayu boleh meletakan harapan yang tinggi pada perjuangan  parti itu.

"Keputusan presiden itu dilihat tepat pada masanya yang mana mahukan Akta Hasutan dikekalkan, di samping mempertahankan hak agama lain.

"Kita melihat presiden serius mendengar hati nurani rakyat dalam membuat keputusan ini iaitu mempertahankan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno yang juga Ketua Pemuda Pulai, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman berkata, ucapan penggulungan presiden parti telah memperjelaskan hampir kesemua isu yang berminda di minda sama ada perwakilan, ahli Umno dan juga rakyat.

Katanya, Najib telah menyentuh mengenai kegusaran mengenai nasib ekonomi orang Melayu, tanah rizab, hala tuju anak muda Melayu yang menganggur dan peremajaan parti.

"Presiden Umno telah memberi jaminan untuk memastikan kawasan luar bandar yang menjadi kubu kuat Umno mendapat limpahan pembangunan.

"Begitu juga dengan isu pembangunan pendidikan anak-anak Melayu apabila Najib berjanji untuk memperkasakan Mara sebagai pemacu kepada pembangunan ilmu bumiputera," katanya.

Beliau juga berkata, jaminan Najib yang mahu memastikan Umno terus relevan sebagai parti yang menyediakan landasan masa depan untuk pemimpin muda dan membuktikan bahawa beliau tidak pernah beromong kosong.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Tebrau, Syahrin Md Jamaluddin berkata, ucapan Najib adalah satu penggulungan yang sangat melegakan kepada masa depan Melayu dan Malaysia keseluruhannya.

Menurutnya, kunci solidariti yang perlu menjadi elemen wajib dalam Umno diperkukuhkan lagi dek jaminan presiden tentang perlunya Umno menjadi payung dan pelindung bangsa serta negara.

"Presiden parti telah memberikan ucapan penggulungan yang begitu tepat dan beliau telah meniupkan kekuatan roh Umno dalam setiap jiwa ahlinya.

"Konsep solidariti yang menjadi tunjang kepada kesinambungan sesebuah organisasi diterjemahkan dalam kata-kata semangat yang saya jamin mampu membangkitkan kesepaduan dalam diri ahli Umno," katanya.

Sudah tiba masa orang lama undur


Ahmad Sidi Ismail Ahmad Sidi Ismail
 
 
KUALA TERENGGANU – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu menasihatkan ahli politik yang sudah memegang jawatan bagi tempoh terlalu lama dalam parti berundur demi kelangsungan Umno di negara ini.

Yang dipertuanya, Datuk Ahmad Sidi Ismail berkata, orang lama terutama yang sudah tidak mendapat tempat tetapi tetap berkeras mahu kekal dalam parti atau bertanding dalam pilihan raya umum perlu sedar masa mereka sudah berlalu.

Sebaliknya beliau berkata, tempat tersebut perlu diisi dengan pemimpin baru yang lebih berkaliber dalam meneruskan perjuangan parti.

“Mereka yang sudah lama itu, insaflah diri. Kalau patut berundur, berundurlah. Kalau (selepas itu) orang parti tidak beri tempat kepada kita, kena terima hakikat masa kita sudah berlalu. Dulu orang sokong kita, sekarang kita pula sokong orang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peremajaan Umno sambil menjelaskan, sudah ramai pemimpin Umno yang baru dan muda terlibat dalam Umno selain mendapat tempat dan aktif dalam parti.

Jelasnya, orang muda yang bakal pemimpin pelapis perlu ditonjolkan sebagai persediaan terhadap peralihan kepimpinan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Ahmad Sidi mengharapkan orang muda yang terlibat dalam parti menunjukkan komitmen serius serta bertanggungjawab dengan tidak menjadikan Umno sebagai batu loncatan untuk kepentingan sendiri dan kroni.

“Orang muda kena tunjuk kebolehan dan kemampuan untuk berjuang demi bangsa, agama dan tanah air, bukannya masuk politik dengan tujuan mengumpul kekayaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Sidi turut berharap Perhimpunan Agung Umno 2014 yang berakhir semalam di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) diberi penekanan oleh peringkat kepimpinan.

Beliau menjelaskan, perhimpunan parti yang padat dengan saranan, idea, pandangan, fikiran, kritikan dan sindiran tidak seharusnya diketepikan atau hanya bersifat sementara.

Sebaliknya, semangat itu perlu dibawa keluar bersama-sama bagi memastikan agenda perjuangan Umno tidak hanya hangat-hangat tahi ayam.

“Saya sarankan kepada pucuk pimpinan Pusat atau negeri, segala keputusan atau penerimaan di peringkat bawah ambil perhatian yang serius dan tindakan wajar. Jangan hanya keadaan dalam dewan panas tetapi tindakan yang diambil tidak sewajarnya,” katanya.

Keris 2314 'Senjata' Umno Dapatkan Majoriti Dua Pertiga

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Modul latihan dikenali KERIS 2314 bakal menjadi senjata Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata modul latihan yang dirangka Biro Latihan dan Penyelidikan Umno itu dipersetujui presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibantu beberapa pakar.

Menteri Dalam Negeri itu berkata modul pengkaderan dan tarbiah itu bertujuan melahirkan Jil-Umno (generasi pewaris kepimpinan masa depan Umno) dalam usaha meremajakan parti keramat orang Melayu itu.

KERIS yang dimaksudkan adalah 'Karisma.Ehsan.Rasional.Iltizam.Setia'.

"Bagi nombor keramat 2314 itu pula, 2.3 adalah sasaran kita untuk menebus kembali jumlah kerusi sebanyak dua pertiga pada PRU14 setelah dua penggal kita gagal, manakala 14 adalah sempena PRU14," katanya dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan modul latihan itu perlu dihadiri anggota Majlis Tertinggi, ketua-ketua bahagian serta para perwakilan Umno.

Menyentuh mengenai isu pendatang asing tanpa izin (PATI), Ahmad Zahid berkata sehingga Isnin lepas, sebanyak 89,977 warga asing diperiksa dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan pelbagai agensi penguatkuasaan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 27,469 adalah pendatang tanpa izin.

Ahmad Zahid berkata punca lambakan PATI di negara ini disebabkan ejen yang tamak dan tidak bertanggungjawab.

"Saya telah tegaskan, hukuman sebat perlu dikenakan kepada ejen yang menjadi dalang pemerdagangan manusia ini di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang sejajar dengan protokol Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Dalam perkembangan lain, bagi memastikan tindakan lebih tegas dan segera diambil terhadap penghasut selaras dengan pindaan Akta Hasutan 1948, Ahmad Zahid berkata akta itu dikekalkan dengan memasukkan peruntukan khas melindungi agama Islam dan agama lain.

Keputusan mengekal dan menambah baik akta itu dinyatakan Najib semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada perhimpunan parti pada Khamis.

"Itu komitmen berterusan bagi menjamin kemakmuran negara yang dikecapi kini dikekalkan," katanya.

"Untuk rekod sehingga kini, sebanyak 40 orang ditahan di bawah Akta Hasutan dan tahun ini saja, 12 orang ditahan. Apabila akta ini diperkasakan, saya akan ambil tindakan segera kepada pesalah-pesalah ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Peguam Negara.

Petrol turun harga, tunggu pengumuman rasmi

SINAR HARIAN

Hasan Malek Hasan Malek
 
 
SHAH ALAM - "Tunggu pengumuman rasmi dalam sehari dua lagi," demikian menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek ketika diminta mengulas mengenai desas-desus mengenai penurunan harga petrol membabitkan RON97, RON95 dan diesel.

Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Saya tidak tahu daripada mana berita itu diperolehi, tetapi apa yang boleh saya katakan.. tunggu sahaja,” katanya ringkas.

Viral penurunan harga itu mula tersebar sejak hari ini apabila surat embargo yang bertarikh 28 November itu menyatakan RON95 akan turun 4 sen, RON97 sebanyak 9 sen dan diesel 3 sen.

Penurunan harga baru itu dikatakan bermula pada 1 Disember ini.

Peningkatan kos hidup, adakah artis akan lebih kreatif ? (Bahagian akhir)

ginther_mission_house_seattle_1930_WaHistSoc_432

Oleh MAHDZIR IBRAHIM 


Dasar dan Hagemoni

Itu yang telah berlaku di Amerika.  (rujuk Bahagian 1)

Di Malaysia pemikiran budaya di kalangan masyarakat dibentuk secara halus menerusi agenda Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Oleh kerana dasar ini diterima dan diiktiraf orang politik ketika itu, maka ia juga menjadi sebahagian daripada kontrak antara budaya dan politik.

Juga, oleh kerana ketika itu hanya orang Melayu yang berminat berbincang dan berbahas dalam soal budaya dan kebudayaan berbanding kaum lain, maka acuan itu dibentuk sedemikian rupa. Bagi saya ini bukan dosa orang Melayu – ketika itu.

Lanjutan daripadanya, secara dominan idea dan karya yang bercirikan pemikiran Melayu-Islam diiktiraf sebagai identiti Malaysia.

Jika pelukis itu bukan Muslim, maka mereka akan diusahakan ‘menjadi Melayu’ atau menulis, melukis imejan berkaitan apa-apa tentang Melayu. Ciri ini dijadikan asas untuk mereka menerima bantuan atau pembelaan daripada kerajaan.

Masalah pada dasar ini bukan hanya pada prinsip sahaja, tetapi juga hal lain, iaitu penetapan pada bentuk, gaya, kaedah dan tujuan seni. Dengan kata lain, politikus yang menentukan bentuk-bentuk budaya dan seni, bukan secara langsung tetapi menerusi dasar-dasar serta peraturan yang dibuat.
Justeru itu, seni dan kebudayaan menjadi kaku, jumud dan sempit.

Pada masa yang sama, dana, peraturan serta insititusi ditubuhkan untuk melicinkan lagi proses membina bentuk, gaya, kaedah dan tujuan seni ini agar selari dengan dasar tersebut.

Dari dana dan institusi ini lahir pemuzik, penulis, pelukis yang secara langsung atau tidak langsung mempertahankan dan mempromosi kontrak politik-budaya ini. Maka ada kumpulan pelukis yang berorientasikan ringgit untuk imej, untuk gaya termasuk prinsip dan idealisme.

Namun bagi pelukis-pelukis ini, hal-hal seperti kebebasan yang luas itu hanya berkisar untuk tujuan-tujuan dari kontrak tersebut, tidak lebih daripada itu.

Dasar budaya dan politik ini melahirkan hegemoni, ibarat cahaya menghasilkan bayang-bayang.
Sampai bila-bila pun artis tidak akan dapat memahami bayang-bayang hegemoni ini selagi cahaya itu tidak dilihat, dikaji dan dipersoalkan.

Maka, persoalan atau debat mengenai kebebasan, demokrasi, ekonomi dan kuasa tidak dapat difahami oleh pelukis. Maka apa yang dilukis?

Merakam waktu payah

Setiap karya adalah manifestasi zaman. Lelah dan nafas masyarakat dalam sesuatu era dirakam dalam pelbagai bentuk.

Karya-karya yang dihasilkan di zaman Great Depression merakam ranah sosial pada zaman itu. Sedih, kacau, kepayahan, harapan dan lain-lain ekspresi mengocak hati, merangsang akal.

Kesannya membekas kepada identiti negaranya dalam pelbagai bentuk. Paling nyata, negara yang pernah runtuh seperti Afrika Selatan, Jepun, Jerman bahkan Amerika sendiri, akan bangkit dengan lebih agresif, kuat dan berjaya.

Siapa tak kenal Amerika, selain daripada kuasa besar politik dan ekonomi, ia juga adalah pengeksport budaya yang cukup berpengaruh. Hinggakan kuasa politik terpaksa menggunakan sentimen agama dan kaum untuk mengekang pengaruhnya.

Kreativiti perlukan cabaran, dan cabaran paling besar ialah mencabar hegemoni kuasa yang mengekang kebebasan manusia mencipta identiti bangsanya.

Debat kebudayaan antara Lim Kit Siang dan Dr Naquib Alatas suatu waktu dahulu adalah berintikan pembinaan negara bangsa. Secara senyap, debat ini masih terus berjalan mencabar (cahaya) hegemoni budaya dan kuasa politik.

Kerja mencari makan para artis adalah suatu keperluan yang tidak boleh dinafikan, tetapi kerja membina rupa bangsa Malaysia adalah suatu kewajipan yang tidak boleh ditangguhkan.

Mungkin juga ada pelukis yang lurus bendul memahami soalan saya ini, maka mereka mencari jalan kreatif bagaimana karya mereka dapat terus terjual dalam keadaan ekonomi yang semakin menghimpit hidup.

Mungkin dikecilkan saiz dan jumlah warnaya, mungkin menggunakan bahan kitar semula dan sebagainya.

Justeru, jika masih kurang faham, maka saya bogelkan soalan ini dengan lebih jujur berbunyi; ‘Peningkatan kos hidup, adakah artis akan menjadi lebih kritis dan sedar diri?’.

Mahdzir Ibrahim, ahli DAP yang mendukung seni dan kebudayaan
Tajuk Karya:  ”Mission House, Skid Road, Seattle, Wash. 1930.
Watercolor by Ronald Ginther.  Property of Washington State Historical Society. All rights reserved.

Cabaran gerakan Islam di Malaysia

Oleh MUHAMMAD NAZREEN


Pengajian_Islam
 
 
“Cabaran kepada aktivis Islam di Malaysia adalah untuk menggunakan imaginasi mereka mencipta dan merumuskan aspirasi mereka dalam bahasa yang inklusif, bahasa yang boleh diterima, bahkan bahasa yang boleh menggembleng dan menggerakkan semua, tanpa kira agama dan bangsa, untuk memperjuangkan agenda yang disepakati” – Bahasa, Tumit Achilles (Khalid Jaafar)

Kesimpulan Khalid Jaafar terhadap gerakan Islam adalah kemahiran bahasa dan strategi komunikasi. Pada hemat beliau, kekangan bahasa yang inklusif dan terbuka menyebabkan wacana yang dianjurkan oleh golongan Islamis di Malaysia mandom dan tepu. Ada kalanya, intelektualnya mandul.

Telahan ini benar. Memang betul bahawa cabaran besar yang sedang dihadapi oleh aktivis Islam adalah mutu penyampaian bahasa yang tidak mesra golongan masyarakat yang ragam. Namun, suatu hal lain adalah – kesilapan gerakan Islam di Malaysia adalah tahap kearifan ilmu sosial yang terbatas. Mereka lebih senang berbicara di dalam bahasa ‘teks’ dan ‘feqah’ yang eksklusif– jadi, akses pada masyarakat umum itu terbatas, jika mereka bukan datang daripada kelompok Islamis.

Perbualan penulis dengan seorang ahli politik Indonesia, Kyai Maman Imanulhaq sedikit sebanyak membuahkan formula bagaimana Indonesia bangkit dengan kekuatan intelektual yang ditunjangi gerakan agama. Pesan Kyai Maman kepada penulis: “Islam tidak akan rebah jika umat Islam itu sedar bahawa kemanusiaan itu ditegakkan dahulu, sebelum jatuhnya hukum!”

Ditanya lebih lanjut tentang Islam di Indonesia, Kyai Maman – tokoh agama yang lahir daripada korpus pemikiran Nahdatul Ulama’ menegaskan bahawa aktivis Islam di Indonesia itu harus menguasai tiga kitab pemikiran.

Pertama, kitab kuning. Kitab Kuning mewakili tradisi keilmuan dan pemikiran Islam klasik. Seorang agamawan itu harus menguasai tradisi dan budaya untuk membangun aspirasi. Kedua, kitab putih mewakili penguasaan terhadap ilmu studi sosial seperti sains politik, sosiologi dan falsafah. Tanpa penguasaan ‘kitab putih’, Islam akan kekal sebagai teks yang beku dan kaku.

Jadi, pengamatan terhadap masalah masyarakat amat penting buat para agamawan untuk mencipta ‘feqah’ yang bersesuaian dengan kondisi budaya dan tradisi tempatan.

Ketiga, kitab kelabu. Kitab kelabu pula adalah kitab pemikiran. Untuk membangun daya intelektual yang jitu, seorang agamawan itu harus membangun pemikirannya sendiri, supaya tidak terikut-ikut untuk menjadi orang lain.

Kyai Maman merupakan anak murid mantan Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur). Kini, dia salah seorang ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) daripada Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) yang didirikan Gus Dur semasa hayatnya.

PKB merupakan dokongan kuat Jokowi, di saat 30 persen daripada kerusi DPR yang dimenangi oleh blok Islamis semasa Pemilu 2014 bersama di dalam Koalisi Merah-Putih yang diketuai Prabowo Subianto, seteru politik Jokowi yang tewas di dalam pilihanraya presiden (Pilpres) yang lepas.

Gagasan Islam Kosmopolitan yang dimulakan Gus Dur menjadi akar kepada intelektual aktivis Islam di Indonesia. Islam kosmopolitan dalam pandangan Gus Dur adalah agenda untuk menjadikan Islam itu bukan sebagai strategi politik semata-mata, tetapi strategi kebudayaan yang mekar dalam tempoh berdekad-dekad di Indonesia.

Majoriti Islamis di Indonesia masih berpegang dengan semangat negara bangsa Indonesia melalui demokrasi dan konsep negara hukum. Asas kekuatan mereka bergantung dengan usaha intelektual Islam di Indonesia untuk menjambatani perbezaan masyarakat Indonesia yang jamak budaya, berbeza akidah dan identiti yang rencam.

Cabaran besar gerakan Islam di Malaysia, penulis akui terletak kepada cabaran yang dilontar Khalid Jaafar ketika mengamati perkembangan dan kemajuan gerakan Islam di Malaysia.

Dr Farish Noor, sarjana sains politik yang tekun mengkaji perkembangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) semenjak awal penubuhan parti Islam tertua di Malaysia pula memberikan pendapat bahawa gerakan Islam di Malaysia bergerak sebagai kolektif yang ‘non-linear’. Sepertimana di dalam mana-mana gerakan ideologi, gerakan Islam itu juga ada ‘maju-undur’nya.

Di dalam Islamism of Mottled Nation (2013), Farish menyingkap perubahan sejarah sosio-politik PAS yang penuh dengan pergelutan dasar politik untuk kekal relevan masakini. Kekangan terhadap komunikasi dan bahasa telah menyebabkan majoriti aktivis Islam di Malaysia mengalami kesukaran di dalam memahami kompleksiti politik dunia pada hari ini.

Perkembangan dunia Islam global mendorong aktivis Islam untuk menerima idea demokrasi dan kepelbagaian. Secara lumrahnya, aktivis Islam kini berhadapan dengan ranah masyarakat yang berbeza budaya dan kepercayaan. Jadi, mereka tidak boleh berbahasa dengan nada eksklusif dalam kalangan mereka sahaja. Mereka memerlukan daya intelektual yang inklusif dan sejagat– sebagai seruan Islam itu ada agama ‘rahmatan lil alamin’ – agama yang menyampaikan mesej-mesej sejagat!

Cabaran Islamis hari ini terletak pada kesediaan mereka memimpin gerakan demokrat. Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucaptama Kongres Muslim Demokrat Sedunia di Kuala Lumpur bulan lepas – menyingkap peranan filasuf-penyair Pakistan, Muhammad Iqbal di dalam mendepani cabaran pemikiran Barat. Beliau turut memetik beberapa renungan yang dikongsikan Iqbal  di dalam koleksi syarahan di Lahore, New Delhi dan Aligarth, kemudian dibukukan dengan tajuk, “Reconstruction of Religious Thought In Islam” dan diterbitkan pada tahun 1930.

Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa keresahan Iqbal terhadap masyarakat Muslim adalah kerana kelemahan daya fikir mereka untuk memahami bahasa universal dan kosmopolitan yang boleh diraikan oleh setiap individu di atas muka bumi ini. Cabaran menjadi seorang muslim demokrat terletak pada sejauh mana kesungguhan aktivis Islam untuk menerima demokrasi dan kepelbagaian bukan hanya sebagai ‘wasilah’ (alat) tetapi ‘tawassul’(matlamat).

Kemunculan terorisme atas nama agama, antaranya kebiadapan golongan fundamentalis seperti Islamic State (IS) dan Boko Haram mengundang fanatisme agama yang berbahaya. Wadah ‘Islam popular’ yang dipelopori kelompok ini senang menangkap imaginasi anak-anak muda yang dahagakan idealisme. Gerakan Islam yang progresif pula perlu menyatakan sikap dan kesungguhan untuk mengekang pengaruh jahat ini masuk menguasai majoriti umat Islam.

Cabaran getir sedang dilalui gerakan Islam di Malaysia, pertama untuk mendekatkan diri dengan isu ekonomi dan sosial yang mencetuskan keriuhan kelompok massa, kedua untuk membawa imej politik moderat dan sederhana sebagai alternatif terhadap fundamentalisme dan ektremisme dan ketiga untuk menyampaikan hasrat demokrasi untuk melindungi kebebasan setiap warganegara. – Roketkini.com

Perhimpunan Umno pupuk politik ketakutan, kebencian dan pembohongan

perhimpunan_umno

Roketkini.com


GELANG PATAH: : Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 yang berlangsung sepanjang hujung minggu ini tidak lebih sekadar pertunjukan politik kotor yang memupuk ketakutan, kebencian dan pembohongan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, tema PAU kali ini adalah bagi melahirkan pemikiran bahawa orang Melayu dan Islam kini diancam, dan bakal memberi kesan buruk kepada pembinaan bangsa.

“Politik ketakutan, kebencian dan pembohongan dengan rutin menghentam orang bukan Melayu amat merbahaya kepada pembinaan negara.

“Malah mereka hanya memupuk mentaliti ‘terjajah’, tanpa membenarkan pemikiran rasional dan pertanyaan tentang mengapa selepas 57 UMNO memerintah, Melayu dan Islam masih diancam,” kata Kit Siang dalam program ‘Dialog Kedai Kopi’ di Gelang Patah, semalam.

“Jika selama lebih lima dekad pemerintahan UMNO hanya memburukkan kedudukan Melayu dan Islam, maka jawapannya adalah menyingkirkan UMNO dari Putrajaya, bukannya mengekalkan mereka,” katanya lagi.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAU sekali lagi menjadi medan UMNO menghentam kaum lain. Kali ini, perwakilan dari Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir mendesak slogan ’1Malaysia’ ditukar kepada ’1Melayu’.

Masyarakat Cina menerima hentaman paling teruk, apabila perwakilan Wanita UMNO Kedah Datuk Mashitah Ibrahim memfitnah komuniti Cina di Kuala Kedah membakar naskah Al-Quran, manakala wakil dari Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said menuduh kejayaan masyarakat Cina di negeri itu kerana kegiatan haram dan jenayah.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, fitnah Mashitah adalah contoh terburuk pembohongan yang berlaku sepanjang perhimpunan itu

“Lebih teruk, beliau tidak menunjukkan rasa kesal selepas diberitahu bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sendiri menyatakan apa yang berlaku sebenarnya adalah individu Melayu kurang siuman mengoyak naskah Al-Quran, bukan membakarnya,” katanya.

Jumaat lalu, DAP telah membuat laporan polis berhubung fitnah jahat itu.

Namun ketika mengulas tindakan DAP itu, Mashitah dengan angkuh mencabar agar DAP menyamannya.

“Seperti pemimpin UMNO lain, Mashitah yakin bahawa beliau kebal untuk membuat kenyataan menghasut yang mampu merosakkan hubungan antara kaum dan agama.

“Jika pemimpin DAP dan Pakatan yang melakukannya, sudah pasti polis akan mengambil tindakan dalam masa 24 jam,” ujar Kit Siang. – Roketkini.com

Lebih Mudah Dapat Telefon Bimbit Daripada Tandas Bersih


 
19 NOVEMBER adalah Hari Tandas Sedunia. Sama ada ramai di kalangan kita terlepas pandang atau tidak menyedari atau langsung tidak mengetahui mengenainya.

Soalnya ada sesiapa kisah? Hari tersebut diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menggalakkan orang-ramai berbincang mengenai tandas atau istilah kasarnya ‘jamban’.

Apa yang istimewa sangat dan sepatutnya dikagumkan dengan hari seumpama ini?

Apa yang kita tidak tahu mengenai tandas? Apa yang yang perlu dibincang lagi mengenainya?

Umumnya, ia merupakan sebuah bilik kecil atau kurungan di mana kita menyingkirkan bahan buangan badan; iaitu air kecil dan air besar. Masih ada di negara kita tandas curah tapi kebanyakan menggunakan sistem pam (flush) di mana air membawa kumbahan ke dalam saluran pembentungan.
Di kebanyakan kediaman, termasuk di hotel atau rumah penginapan, bilik air atau bilik mandi juga merangkumi kemudahan tandas.

Hari ini, ramai menggunakan istilah Inggerisnya, iaitu ‘toilet’. Juga, kerana tidak mahu memberi kepadanya suatu imej yang tidak enak dan setelah menambahkan ciri-ciri dan perhiasan menarik, beberapa tempat dan kediaman mewah menyebutnya sebagai bilik membasuh (washroom) bilik rehat (rest room) atau bilik solek (powder room).

TAK SUKA BINCANG

Sememangnya, kita sering mendengar keluhan pasal tandas kotor; sama ada di stesen minyak, di kedai makan, di stesen bas, malah, juga di tempat-tempat yang sepatutnya bersih setiap masa, seperti hospital, sekolah, pejabat kerajaan dan masjid.

Kenapa perbincangan mengenai tandas tidak digemari seperti perbualan umpamanya, kenaikan harga minyak dan kos barangan harian atau gosip selebriti dan politik semasa? Mungkin, apabila kita nak becakap pasal tandas kita mahu tidak mahu terpaksa mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar seperti ‘tahi’ atau ‘air kencing’ selain menceritakan mengenai baunya yang busuk dan keadannya yang semulajadi kotor.

Bagi PBB, itulah tujuan mengadakan hari ‘istimewa’ untuk tandas kerana ia menggalakkan orang-ramai turut berbincang secara terbuka isu-isu yang berkaitan, terutama masalah kebersihan dan kesihatan persekitarannya.

Tidak dapat dinafikan tandas kotor membawa kemudaratan kepada kesihatan awam dan keadaan ini amat bahaya kerana berpotensi membawa kepada pelbagai penyakit yang mudah merebak.PBB melaporkan pada tahun lepas sahaja, 1,000 orang kanak-kanak meninggal setiap hari kerana penyakit cirit-birit yang berpunca daripada kekotoran persekitaran disebabkan tiada tandas yang sempurna di kawasan mereka tinggal.

Sebagai usaha menangani situasi ini di Malaysia, kerajaan pusat dilaporkan akan mengambilalih pembersihan tandas awam pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai 2016.

Menurut Mentri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan pihaknya akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 juta setiap tahun untuk menaik taraf atau membina tandas baru di PBT seluruh negara.

Di samping itu, pada tahun ini, sebanyak RM26.5 juta diagihkan kepada PBT bagi memperbaiki dan membaik pulih tandas awam di seluruh negara menerusi program My Beautiful Malaysia  (Malaysiaku Yang Indah).

Bagaimana pun, menurut Abdul Rahman, pada keseluruhannya tandas kita masih kotor, menjijikkan dan banyak yang tidak selamat digunakan. Sinki yang bocor, mangkuk tandas yang pecah dan pintu tandas yang tidak boleh dikunci adalah antara mimpi ngeri gambaran tandas di negara ini.

"Vandalisme tandas awam begitu berleluasa, iaitu tandas dengan sengaja dikotorkan, peralatannya dicuri, dinding diconteng dan pintu dipecahkan,” kata menteri itu.

Sudah tentu, keadaan ini bukan sahaja menjejaskan imej dan nama baik negara di kalangan para pelancong tetapi juga ia tidak baik untuk kesihatan dan keselesaan kita sendiri.Penulis jarang mendengar mengenai pemberian dana atau peruntukan kerajaan untuk tandas.

Yang kita selalu dengar ialah pemberian wang bagi mendapatkan air bersih untuk diminum, untuk membasuh dan untuk rawatan. Sesungguhnya, kesungguhan kerajaan pusat untuk mengubah imej tandas awam di negara kita wajar dialu-alukan dan diberi sokongan yang kuat.

Maka, soalannya, apa pula peranan orang awam, selain tidak mengotor atau merosakkan harta benda awam khususnya di tandas-tandas ini?

INGIN YANG BERSIH

Kita, kononnya, amat prihatin mengenai kebersihan. Kita tidak mahu makan daripada pinggan yang kotor dan kita tidak akan minum dari gelas atau cawan yang tersentuh lalat atau lipas.

Kenapa? Kerana kita mengesyaki makhluk perosak tersebut mungkin telah terlebih dulu hinggap kepada sampah sarap atau sisa pembuangan manusia dan haiwan.

Anehnya manusia, bila menjamu selera di kedai makan atau restoran, dia tidak bertanya keadaan kebersihan tukang masak atau pelayan yang merupakan orang asing baginya. Dalam kekecohan baru-baru ini pasal isu sentuh anjing, sudah tentu mereka yang membiarkan haiwan itu menjilat muka mereka akan merasa jijik andainya ternampak anjing itu meminum dari mangkuk tandas.

Kita tidak akan fikir mengenai perkara-perkara ini kecuali diperingatkan…sepertimana penulis (minta maaf) kini sedang mengingatkan pembaca.

TUKAR ANJAKAN MINDA

Pada hemat penulis, kita hendaklah mempunyai suatu anjakan minda bahawa isu tandas ini bukanlah suatu isu yang kotor tapi, sebaliknya, ia melibatkan soal kesihatan dan harus diberi perhatian yang sewajarnya. Pendek kata, ia adalah tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan tandas awam.

Di Jepun misalnya, tandas-tandas awam mereka dijagai kebersihannya seperti tempat-tempat beribadah, hingga pengunjung boleh berbaring di atas lantainya; jika benar-benar ingin berbuat demikian.

Maka, penulis syorkan agar tandas bersih dijadikan seperti suatu “simbol status” yang ramai orang ingin memiliki; seperti mengidam sebuah kereta mewah atau telefon pintar.

Jadikan ia suatu tajuk yang seronok untuk dibahas atau dibincangkan di kalanga orang ramai; di antaranya, muda-mudi di sekolah dan universiti, warga kanan, ketua korporat dan pemimpin syarikat, golongan pekerja dan golongan ilmuwan.

Mungkin anjakan paradigma ini boleh bermula dari forum atau seminar, seperti dianjurkan oleh PBB,  atau pun di bilik darjah untuk menyemaikan rasa taggungjawab terhadap pengggunaan tandas di kalangan murid-murid sekolah.

Hari Tandas Sedunia, pada dasarnya, ialah untuk memberi kesedaran kepada keadaan kritikal yang dihadapi lebih 2.5 bilion insan dunia yang tidak mempunyai akses kepada tandas yang sempurna, sama ada di rumah mahupun di kawasan awam.

Di Asia Tenggara, di mana negara kita terletak, kira-kira 179 juta orang tidak berupaya mendapat tandas yang sempurna, mengikut laporan PBB.

Mungkin lebih mudah bagi penduduk dunia hari ini mendapatkan akses kepada telefon bimbit daripada tandas yang bersih.

PAU 2014: Pakailah Akal Sikit, Tegur PM

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
Hasrat Anney YC Lim, 77, untuk bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak tercapai pada PAU 2014, Sabtu.
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menegur perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 yang membangkitkan isu bahawa Umno tidak memerlukan undi kaum Cina dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri menegaskan, kerjasama antara parti-parti komponen BN yang mewakili kaum Cina adalah sangat penting dalam menentukan kelangsungan politik Umno.

"Jangan menang sorak kampung tergadai. Pakailah akal sikit. Kenapa kita pertahankan BN? Mesti ada sebab.

"Penting bagi kita menjadi (anggota) BN. tapi tindaklah sampai mengorbankan prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada PAU 2014 di sini, Sabtu.

Mengambil contoh kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor baru-baru ini, katanya, calon Umno, Mat Razi Mat Ail tidak akan menang tanpa sokongan pengundi masyarakat Siam.

"Ketika PRK Pengkalan Kubor, kita dapat lebih daripada 1,700 undi orang Siam.
"Bayangkan kalau undi mereka pergi kepada pembangkang, kalah terjongkang (tersungkur) kita," katanya.

Najib turut menjelaskan bahawa solidariti yang beliau tegaskan semasa menyampaikan ucapan dasar presiden dan menjadi antara topik perbahasan perhimpunan kali ini bermaksud: 'bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu'. 
 
Sambil menunjukkan salinan akhbar terbitan 1 September 1957, Najib berpendapat kata-kata Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman: "Look at the past with gratitude, look to the future with confidence" (Lihat masa lalu dengan rasa terhutang budi, lihat kepada masa depan dengan keyakinan), masih relevan diguna pakai pada hari ini.

Kata Najib, keyakinan itu sebenarnya dibentuk hasil daripada perjuangan parti keramat Umno sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri turut menarik perhatian perwakilan akan peri pentingnya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus meraih sokongan kaum lain.

Katanya, tidak mungkin pemimpin negara terdahulu menubuhkan Parti Perikatan yang mewakili tiga kaum terbesar di negara ini, yang seterusnya dijenamakan semula sebagai BN, jika ia tidak memberi faedah kepada orang Melayu.

"Sebab itulah penting bagi kita jaga BN, tapi tidaklah sampai mengorbankan prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu.

"Orang kata Melayu adil, tegas, kontrak sosial dan sebagainya itu kenapa? Sebab kita bukan hanya nak tengok soal pilihan raya, tapi nak bina sebuah negara Malaysia, negara bangsa yang berjaya," katanya.

Sultan Selangor Minta Kerajaan Pusat Beri Peruntukan Cukup Selenggara Peralatan Tentera

MSTAR ONLINE
 
 
Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
 
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang secukupnya bagi penyeliaan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan.

Baginda bertitah bagi menghadapi musuh-musuh yang mengancam negara, peralatan dan persenjataan sedia ada mestilah diselia dengan baik dan sempurna supaya dapat digunakan pada bila-bila masa.

"Adalah amat mengecewakan jika memiliki aset yang maju dan canggih tetapi tidak boleh digunakan dan disimpan di dalam stor atau gudang kerana tidak mempunyai alat ganti disebabkan kekurangan kewangan," titah baginda yang juga Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Baginda bertitah demikian pada majlis Santapan Diraja Kapten Yang Dipertua TLDM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Istana Alam Shah di Istana Alam Shah di sini, malam Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Seri Roslan Saad, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kira-kira 800 pegawai TLDM, TUDM dan PDRM.

Selain itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut meminta semua peringkat pasukan keselamatan negara supaya berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas serta mengutamakan kualiti kerja yang cemerlang.

"Gejala rasuah, salah guna kuasa dan mengutamakan kepentingan peribadi hendaklah dielakkan," titah baginda.

Baginda juga memuji langkah kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan meminta ia diperluaskan dari semasa ke semasa.

Baginda turut menyeru rakyat supaya memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan agar matlamat untuk mengekalkan keamanan di negara ini dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya.

[VIDEO] Najib Tunduk Kepada Golongan Ektremis Dalam UMNO

KELAB GREENBOC




Mujahid: Bagaimana pula pada 2014, Akta Hasutan jadi relevan?

Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Mujahid Yusof Rawa kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.

"Saya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan tersebut," kata Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar dan pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS.

Katanya, pada 11 Julai 2012, Najib yang juga presiden Umno telah berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional atas alasan Akta Hasutan tidak lagi releven.

"Bagaimana pada tahun 2014 ia menjadi releven pula?" soal Dr Mujahid dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, MKPN dibentuk sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan melalui Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar, telah diminta oleh JPM untuk memberi input kepada undang undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan.

Jawatankuasa tersebut, tegasnya, telah pun menyediakan input dan mengadakan siri rundingan awam supaya undang-undang baru yang dinamakan RUU Keharmonian Nasional dapat disediakan.

Bahkan, kata Mujahid, draf tersebut sudahpun diserahkan kepada majlis penuh MKPN dan Jabatan Perdana Menteri.

"Dengan memperkukuhkan Akta Hasutan, presiden Umno telah mengirimkan isyarat yang salah bahawa undang-undang penjajah ini perlu dikekalkan sedangkan suasana hari ini menuntut undang-undang negara lebih releven dan menepati zaman.

"Secara substantif, Akta Hasutan mempunyai tahap pembuktian yang rendah dan terdedah kepada salahguna kepada maksud menghasut dan mengancam, sedangkan akta baru yang dicadangkan mengetatkan tahap pembuktian dan bagi memelihara pada waktu yang sama kebebasan bersuara," tegas Mujahid.

Katanya, dalam muktamarnya yang lalu, PAS turut meluluskan usul sebulat suara supaya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan yang lebih baik untuk memelihara kepentingan keharmonian nasional.

"Ternyata dengan pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri ini membuktikan beliau adalah seorang tidak mempunyai pendirian tetap dan telah mungkir janji untuk memansuhkan Akta Hasutan yang telah diikrarkannya sebelum ini.

"Lebih malang, apakah perdana menteri telah tunduk kepada golongan ektrimis dalam Umno yang mahukan Akta Hasutan ini dikekalkan?" katanya.



Akta Hasutan: Janji adalah komitmen, kata Majlis Peguam kepada Najib

Majlis Peguam mengingatkan Datuk Seri Najib Razak hari ini, janji kepada rakyat ialah komitmen yang kukuh, susulan keputusan perdana menteri itu berhubung penarikan semula janjinya pada 2012 bagi menghapuskan Akta Hasutan.

Bertujuan memastikan Najib bertanggungjawab terhadap ikrarnya, Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata, satu janji menandakan wujud satu komitmen melaksanakan sesuatu perkara walau bagaimana susah sekalipun.

“Majlis Peguam sangat kecewa perdana menteri dilaporkan berkata Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuhkan, dan beliau tidak akan menepati janjinya berhubung perkara itu.

“Seperti yang kita biasa faham, janji ialah satu komitmen melaksanakan sesuatu walaupun dalam keadaan yang sukar, bukan hanya sekiranya ia mudah dilakukan,” kata Leong dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan sama ada pemimpin Barisan Nasional (BN) lain juga akan seumpama itu berpatah balik dengan kenyataan mereka dan menyokong Najib dalam melindungi undang-undang era penjajah itu.

“Adakah pemimpin negara kita yang lain turut memungkiri pendirian mereka yang dinyatakan secara umum menentang Akta Hasutan?

“Adakah mereka akan mengambil pilihan mudah atau sebaliknya melakukan perkara yang betul?

“Majlis Peguam menyeru kerajaan menunaikan janjinya memansuhkan Akta Hasutan, dan merangka satu undang-undang baru keharmonian nasional yang menganjurkan kepada keharmonian dan kedamaian yang tulen,” katanya.
-TMI

LIHAT VIDEO DI SINI

Sabtu, 29 November 2014

Percayakah kita dengan janji Najib basmi rasuah, rapat jurang pendapatan?

najib

Roketkini.com.

 
GEORGE TOWN: Jika dengan mudah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melanggar janji sebanyak tiga kali untuk menghapuskan Akta Hasutan, bolehkah dipercayai janji beliau untuk membasmi rasuah, mengurangkan hutang dan merapatkan jurang pendapatan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut membangkitkan persoalan sama ada kata-kata Najib untuk tidak menutup sekolah Cina dan Tamil boleh dipercayai.

“Di mana komitmen UMNO untuk membasmi rasuah, atau sesetengah individu yang kekayaannya melimpah ruah tanpa diketahui sumbernya apabila perkara sebegini tidak dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO?

“Mengapa tidak pernah dibahaskan bagaimana seorang anak muda Malaysia bernama Jho Low boleh mampu menderma sebanyak US$25 juta kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?

“Sewaktu mengumumkan Akta Hasutan tidak akan dihapuskan dan sebaliknya akan diperkukuhkan, Najib mendakwa bahawa keputusan itu dicapai setelah mendapatkan pandangan para pemimpin dan penyokong UMNO serta NGO.

“Kini komitmen (kepada) UMNO yang nampaknya lebih penting dan mustahak daripada apa saja janji yang mungkin dibuat oleh Perdana Menteri,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, Najib mengecewakan rakyat Malaysia yang masih percaya kemampuannya sebagai pemimpin yang mengotakan kata-katanya, namun lebih mengecewakan reaksi pemimpin UMNO terhadap tindakan Najib memungkiri janji.

Ia termasuk Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyalahkan rakyat Malaysia sebagai punca Najib mengekalkan Akta Hasutan.

Rahman dilaporkan berkata, rakyat yang mengkhianati kepercayaan Najib dengan tidak memberikan beliau keyakinan untuk memansuhkan Akta Hasutan.

“Jika pemimpin UMNO mampu mendesak Perdana Menteri untuk mencabul janjinya sendiri, 28 juta rakyat Malaysia tidak lagi bersikap naif untuk terus bergantung harap bahawa Najib akan menepati janjinya,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Tegasnya, parti itu sepatutnya mendengar amaran dilontarkan bekas presiden parti dan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa UMNO tidak sepatutnya menyalahgunakan Akta Hasutan untuk mengekalkan kuasa.

“Kata Pak Lah hanya sokongan rakyat, bukannya pengekalan Akta Hasutan yang dapat memastikan kuasa UMNO. Kerana ‘jika rakyat tidak lagi menyokong kita, tiada undang-undang atas bumi Tuhan ini yang boleh menyelamatkan UMNO.

“Memang itulah gaya UMNO, menyalahkan pihak lain atas kesalahan mereka sendiri.

“Terutama apabila mereka mengecam dan menuduh masyarakat Cina menyebabkan UMNO hilang kerusi dalam pilihanraya meski pun pada hakikatnya orang Melayu sendiri tidak lagi menyokong UMNO,” ujar Guan Eng. – Roketkini.com.

Pengikut Millah Abraham dikesan


Ghazali (dua kiri) menandangi buku tetamu di booth Jabatan Penerangan Daerah Kuantan sambil diperhatikan Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Md Zain. Ghazali (dua kiri) menandangi buku tetamu di booth Jabatan Penerangan Daerah Kuantan sambil diperhatikan Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Md Zain.
 
 
KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) percaya kira-kira 3,000 ahli ajaran sesat Millah Abraham sedang bergerak aktif di negeri ini dan berusaha menarik golongan muda dalam ajaran itu.

Millah Abraham juga dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar tahun 2009 dikesan di Felda Keratong tahun lalu.
Ahli kumpulan berkenaan bukan sahaja bergiat di Pahang tetapi tetapi turut dikesan di Selangor.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, mereka dikesan mempunyai wakil di setiap daerah bertujuan membawa ajaran itu terutama kepada golongan berpelajaran dan orang muda.

“Saya kira ajaran mereka ekstrem dan kumpulan ini bukan sahaja menolak Islam, malah menganggap umat Islam hari ini sesat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Festival Halal Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, di sini, semalam.

Ghazali berkata, Jaip kini dalam usaha membanteras kegiatan dengan menghebahkannya melalui Program Jelajah Akidah dengan kerjasama semua pihak.
Menurutnya, Jaip mahu membendung gejala yang dibawa kumpulan ajaran yang dikenali juga sebagai Millah Ibrahimilah dengan memberi penjelasan secepat mungkin kepada masyarakat.

“Kita akan memberi penjelasan terutama kepada golongan muda dan individu yang berpendidikan tinggi kerana sasaran mereka adalah dalam kalangan berkenaan.

“Individu yang terlibat akan terlalu taksub dan tidak boleh diberi nasihat biasa dan kita berharap masyarakat berhati-hati apabila berdepan dengan individu terbabit,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai yang mengesyaki ada yang terlibat supaya memaklumkan segera kepada Jaip dan pihak berkuasa.

Kumpulan itu dikesan Oktober tahun lalu di Jerantut selepas ibu bapa kepada seorang pemuda di daerah itu membuat aduan kerana hairan dengan pendapat dan pandangan anaknya itu mengenai Islam.

Difahamkan, enam fasa dalam ajaran sesat ini iaitu pertama, dakwah secara sembunyi dan ini sudah dilepasi, kedua adalah dakwah secara terang-terangan yang merupakan fasa terkini, ketiga fasa hijrah serta fasa keempat adalah jihad kital iaitu bunuh orang yang tidak mengikut ajaran mereka, fasa kelima mewujudkan sistem pemerintahan sendiri dan keenam menubuhkan negara.

Ahli kumpulan itu juga dikatakan berdakwah dengan cara bercerita secara santai seolah-olah dalam sesi perbincangan.

Mereka  akan pergi pergi kepada kumpulan pemuda yang sedang berkumpul serta menyampaikan dakwahnya itu.

Kalau semasa pemerintahan Jepun boleh makan ubi kayu, kenapa sekarang tidak boleh?


Apakah hasil Perhimpunan Agung UMNO 2014 perolehi? Jawapannya semua tahu. UMNO tetap sama…sama keadaannya seperti sebelum Perhimpunan Agung itu. Kalau ada pun hasilnya ia tidak begitu diminati oleh rakyat yang tidak suka dan gemar dengan Akta Hasutan 1948 di kekalkan. Ya, itu sahaja perbezaan di antara sebelum dan selepas Perhimpunan Agung itu.

Selain dari itu UMNO tetap UMNO sebelum Perhimpunan Agung dahulu. Ia masih memainkan isu yang boleh menyatukan ahli-ahli UMNO walaupun buat seketika walau seburuk mana pun isunya. Selepas Perhimpunan perwakilan yang tidak tahu isu sebenar yang dihadapi oleh UMNO akan balik kampung dan seperti yang saya sebut beberapa hari lepas, ‘business as usual’.

Tidak ramai di antara perwakilan itu balik ke kawasan masing-masing dengan memahami kenapa mereka mewakili UMNO kawasan mereka ke Perhimpunan Agung itu dan apakah yang mereka perolehi yang baik dari perhimpunan tahunan itu. Cuba kita tanya mereka apa yang mereka sumbangkan dalam perhimpunan itu selain dari membaham karipap yang disediakan oleh urusetia pusat UMNO itu?

Perhimpunan seperti itu pada asasnya ialah bermatlamatkan untuk melihat apakah perbezaan yang menambah kebaikan kepada parti itu, dengan perwakilan dan pemimpin yang berbaris duduk di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu lakukan.

UMNO yang sepatutnya menumpukan untuk menambah keyakinan terhadap kepimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat kritis itu. Isu ekonomi tidak langsung disentuh oleh Presiden parti dalam ucapan dasar Presiden dan itu amat pelik sedangkan itulah masalah dan isu terbesar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinan kita.

Isu rasuah tidak dapat dibangkitkan dengan baik dan tidak ada perwakilan yang mengupas itu dengan teliti sedangkan imej rasuah yang sedang melekat dan bergayut kepada kepimpinan negara yang kebanyakannya adalah dari UMNO tidak hilang-hilang lagi, malahan bertambah kuat lagi.

Yang membuat masalah kepada negara adalah kepimpinan UMNO yang duduk diatas ‘high table’ itu. Jika keadaannya sama, maka UMNO tidak boleh berharap yang kejayaan mereka akan pasti dalam pilihanraya yang akan datang, kerana rakyat dan dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perhimpunan itu.

Saya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Beliau menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja...dibawanya kita dibawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.

Tidak ada suara yang bercakap secara betul tentang isu-isu ekonomi. 1MDB tidak diberikan penjelasan secara teliti dan isu pendidikan langsung tidak ada pencapaiannya. Malahan perwakilan Kelantan sahaja yang berkata yang ada pihak yang cemburukan tentang kejayaan 1MDB. Entah apa yang dicemburui oleh sesiapa yang mempunyai pemikiran dan kefahaman sedikit sebanyak tentang 1MDB ini pun tidak siapa yang tahu. Apa sebabnya orang cemburu dengan syarikat pelaburan kerajaan yang hanya boleh disertai oleh mereka yang berkesanggupan untuk mengalami kerugian besar sahaja yang boleh bersama dengan 1MDB itu.

Tidak ada apa-apa isu yang boleh membawa ‘consequence’ besar terhadap parti itu dalam perhimpunan agung itu, hanya setakat melihat pemimpin utamanya berucap bergegar-gegar dengan genggaman tangan yang kuat untuk menambahkan senario pembohongan yang sedang mereka lakukan terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya.

Yang kita tahu kita masih dalam genggaman pemimpin yang gila dengan kuasa dan sifat lahap yang tidak terkawal sahaja. Bagi mereka semuanya bersalah kecuali mereka sahaja. Jika kita lihat kerajaan kita begitu lemah, ia adalah disebabkan oleh kita semua, bukannya oleh kerana kelemahan pimpinan mereka.

Jika ada perselisihan faham di antara rakyat berbilang kaum, ia disebabkan oleh kita, bukannya oleh kelembapan pimpinan mereka. Jika negara sarat dengan rasuah itu kerana kesalahan kita, pemimpin kita tidak rasuah dan akan membawa negara kearah negara maju dan berpendapatan tinggi, walaupun sudah ramai rakyat yang sedang bergelumang dalam kesusahan untuk mengharungi kehidupan yang kian menyempit mereka.

Melebarnya jurang pendapatan di antara segelintir rakyat dengan rakyat yang ramai itu adalah kesalahan kita semua. Ia bukannya kerana sifat pemimpin kita yang mengamalkan budaya kronisma dan nepotisma.

Tidak diberitahu bagaimana kah Najib hendak mentadbir negara dengan kejatuhan harga minyak ketahap USD70 semalam sedangkan Najib hanya tahu menghadap rakyat sahaja apabila berdepan dengan keadaan ini. Bila pula cukai-cukai lain hendak dikenakan kepada rakyat kerana isu penurunan harga minyak ini bukan satu isu kecil.

Yang kaya-kaya hanyalah mereka yang berada di ‘corridor of power’ dan itu pun salah kita semua, kenapa tidak mengampu dan berkhemah di pejabat menteri-menteri dan mereka yang berkuasa.

Menghapuskan subsidi bahan bakar itu pun salah rakyat. Subsidi bahan bakar yang diberikan kepada industri tidak dihapuskan tetapi subsidi terhadap rakyat ditarik balik. Itu pun salah kita. Semuanya salah kita dan pimpinan UMNO yang mengaku bijak itu tetap tidak bersalah.

Bagaimana hendak menyalahkan pimpinan  UMNO, kerana mereka berada diatas itu bukannya tahu apa-apa. Kita tidak boleh menyalahkan kepada mereka yang tidak tahu apa-apa kerana ‘ignorance is not a crime’. Begitu juga ‘stupidity is not a crime’.

Tetapi kita masih bernasib baik. Kita masih mempunyai tanah terbiar yang luas. Rakyat marhein boleh mulakan menanam ubi kayu sebagai ganti ‘staple food’ kita apabila negara kita jatuh merudum nanti.

Apa nak ditakutkan, bukankah datuk nenek kita biasa dengan makan ubi semasa pemerintahan Jepun dahulu? Jika Jepun membuatkan datuk nenek kita makan ubi, kenapa kita bermasalah jika UMNO akan membuatkan generasi kita makan ubi sebagai pengganti beras hancur yang sedang dimakan rakyat biasa dibawah-bawah ini?

Yang pentingnya mereka yang berada diatas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu kenyang dan senang lenang dengan memerah keringat rakyat biasa yang serba miskin sekarang ini. Walau bagaimana pun kita tunggu ucapan penangguhan pemimpin-pemimpin kita petang ini dahulu. Manalah kita tahu, mungkin ada yang baik kita akan dengar.

Kepada perwakilan UMNO diucapkan kembali ke kampung dengan selamat. Jangan memandu terlalu laju, elakan kemalangan dijalanraya. Terima kasih banyak-banyak kerana bertepuk dengan bergegar-gegar selama 5 hari berada di ibu kota. Bukannya tidak letih bertepuk dalam dewan itu.

MCA: Wakil Umno P Pinang perlu otak

MALAYSIAKINI


 


Naib presiden MCA Datuk Chew Mei Fun menyelar wakil Umno Pulau Pinang yang masyarakat Cina di negeri itu menempa kejayaan daripada hasil perniagaan haram.

Chew berkata, wakil Umno negeri itu, Zaidi Mohd Said perlu dikecam sekeras-kerasnya kerana “dakwaan penuh taksub” itu hanya untuk meraih “keuntungan politik murahan”.

"Kami menentang tindakan Mohd Zaidi yang mengaitkan aktiviti maksiat membuka perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan sebagai jalan untuk orang Cina Pulau Pinang meraih kemewahan.

“Dakwaan taksub sebegitu menunjukkan bahawa individu ini amat memerlukan otak," kata Chew yang juga pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA negeri.

Katanya, kenyataan yang bersifat menghasut itu tidak patut diucapkan kerana boleh memusnahkan hubungan kaum.

“Amat menyedihkan sekali kerana Mohd Zaid memilih untuk meraih keuntungan politik murahan dengan membuat dakwaan sewenang-wenang dengan membangkitkan mengenai kegiatan maksiat untuk memfitnah orang Cina Pulau Pinang,” katanya.

Mohd Zaidi dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalam mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.