Jumaat, 31 Disember 2010

Timbalan menteri sokong himpunan pelajar 1.1.11

BERNAMA

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia yang berlangsung esok dan berharap ia berjaya menjadi pemangkin bagi memperkasakan gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan termasuk politik.

Saifuddin berkata seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap remaja sebagai 'rakan kongsi' kerajaan dilihat sebagai amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa.

"Pertama, keperluan untuk memenuhi tiga permintaan asas mahasiswa iaitu: mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranannya diiktiraf dan mahasiswa mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasikan mahasiswa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata keperluan menghayati hakikat menjadi keperluan kedua iaitu selain sebagai pemimpin masa depan, mahasiswa yang juga pemimpin hari ini iaitu pemimpin bagi generasi yang lebih muda, juga adalah pemimpin bagi angkatannya dan rakan kepimpinan dengan universiti dan kerajaan.

"Justeru, sudah tiba masanya kita bersama dalam langkah untuk memenuhi kedua-dua keperluan tersebut. Satu daripada kaedahnya ialah dengan melakukan inovasi demokrasi iaitu dengan meningkatkan dan meluaskan penyertaan mahasiswa dalam struktur dan proses membuat keputusan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, isu membenarkan mahasiswa terlibat politik adalah relevan sebagaimana yang didukung pelbagai pihak termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi 2010 dan Makmal Pemuda Barisan Nasional.

"Di samping itu, kita perlu memulakan diskusi inisiatif-inisiatif inovasi demokrasi yang lain seperti pendaftaran automatik pemilih, menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun, melantik wakil belia sebagai Senator dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya," katanya.

Saifuddin berkata langkah-langkah itu untuk mengisi perjuangan membentuk masyarakat baik yang berteraskan budaya ilmu, tamadun tauhidik, keadilan sosial, kemakmuran ekonomi dan kelestarian alam sekitar yang bersesuian dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

NGO ancam protes jika 'Interlok' terus jadi teks

Hafiz Yatim & Fadzly Esa

Sebuah pertubuhan India mengancam untuk mematahkan rancangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung satu novel untuk pelajar SPM yang dipertikai. NONE

Buku karangan sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain itu didakwa memberikan gambaran yang salah ke atas masyarakat Indian, terutama ke atas sistem kasta dan penggunaan istilah "pariah".

Tidak puas hati dengan perkembangan itu, kumpulan berkenaan merancang untuk melancarkan satu protes di Putrajaya dan di Johor Bahru.

Ia juga bercadang untuk meletakkan calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada akhir bulan depan. Ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP Raja Retinam berkata buku tersebut menentang semangat 1Malaysia dan perlu ditarik balik dari pasaran.Letak calon bebas di Tenang

"Kerajaan dan Kementerian Pelajaran nampaknya tegas dalam mengekalkan buku itu sebagai sebahagian daripada buku teks sastera untuk Sijil Pelajaran Malaysia. "(PRIMA) kesa kerana buku itu memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'pariah' yang digunakan

"Kita telah mengemukakan perkara ini dengan MIC di mana menteri (sumber manusia Datuk S Subramaniam berjanji untuk membangkitkan perkara ini di kabinet. "Bagaimanapun, jika kabinet dan menteri pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas untuk tidak menilai semula isu buku Interlok ini, kita akan turun ke jalan bulan depan.

"Kita juga akan letak calon bebas di Tenang," katanya lagi. Retinam bersama presiden baru pertubuhan itu Dr V Suppiah tiba di pejabat Malaysiakini semalam untuk menyuarakan keresahan masyarakat India berhubung penggunaan buku itu sebagai teks pelajaran. Suppiah berkata, gambaran terhadap masyarakat India dalam buku itu tidak relevan dan BN tidak harus terlalu angkuh sehingga menenggelamkan suara komuniti itu

Media baru: PAS harap polis adil

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang akan memantau laporan media baru yang tidak tepat.

“Cuma PAS mengharapkan supaya pihak polis bertindak sama rata dan sama adil kepada semua yang terlibat, jika melaporkan berita fitnah,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Tambahnya, jangan media baru yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sahaja diambil tindakan.

Menurutnya, ada satu laporan fitnah oleh blogger Umno terhadap Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang mengatakan beliau ada skandal dengan perempuan.

Jelasnya, Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger Umno di parlimen.

“Pemfitnah ini terus mengaku memang beliau yang memfitnah dan memohon maaf.

“Inilah rupa manusia yang sanggup fitnah untuk mencari sesuap nasi walaupun dibayar dengan api neraka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya PAS mengharapkan polis mesti bertindak secara profesional untuk memurnikan demokrasi.

Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan daripada kepentingan Umno BN.

“Muliakan martabat polis yang sudah tercalar akibat terlalu ikut telunjuk pemimpin BN sebelum institusi ini dipandang hina,” katanya.

Pelantikan Khusrin cabul Perlembagaan Selangor

FREE MALAYSIA TODAY

lim_kit_siangPETALING JAYA: Pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru tanpa berunding dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalahi dan mencabuli semangat dan perlembagaan negeri.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, "Artikel 55 Perlembagaan Selangor menyebut "Sultan bertindak atas nasihat", menyediakan peruntukan bahawa Sultan harus bertindak selaras dengan nasihat dari majlis eksekutif negeri kecuali dalam keadaan tertentu.

"Bagaimanapun, pelantikan SUK bukan merupakan kes yang luar biasa di mana Sultan boleh bertindak mengikut budi bicaranya," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Ipoh Timor berkata adalah penting rundingan dengan menteri besar dan sultan berhubung pelantikan penjawat kerajaan berjawatan tinggi dibuat terlebih dahulu bagi memelihara intergriti perlembagaan negeri.

"Hubungan yang sihat di antara kerajaan pusat dan negeri serta demokrasi berparlimen terjejas apabila semangat dan perlembagaan negeri tidak dipatuhi," ujar beliau.

Hujah yang menyatakan perlembagaan negeri tidak menyebut menteri besar perlu diberitahu terlebih dahulu atau persetujuan beliau perlu diperolehi adalah satu alasan yang remeh.

Kalau mengikut tafsiran secara literal, Putrajaya tidak sepatutnya melibatkan Sultan Selangor dalam pelantikan SUK sebab tidak juga disebut dalam perlembagaan negeri bahawa Sultan perlu diberitahu mengenai pelantikan itu atau harus mendapat perkenan daripada Sultan terlebih dahulu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan Isnin lalu bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu dilantik sebagai SUK yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Islam tak larang senamrobik di kawasan masjid, kata Nik Aziz

THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA BARU — Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

“Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalamrumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor, kononnya dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu.

Menurut Nik Aziz, soal Ahli Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

“Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid . . . kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid,” katanya.

Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar



Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan telah mempersembahkan tiga nama untuk pertimbangan Sultan Selangor

KUALA LUMPUR — Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual untuk diadakan 6 Januari ini, diteruskan, kata pakar-pakar perundangan dan perlembagaan.

Pakar-pakar perlembagaan berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar bukannya Sultan Selangor.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga dikatakan telah mempersembahkan tiga nama untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengetuai perkhidmatan negeri yang paling kaya itu.

Sedangkan Khalid menganggap pelantikan itu belum muktamad tetapi Istana Selangor menegaskan, keputusan melantik Khusrin yang akan berkuat kuasa esok adalah muktamad.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Difahamkan Datuk Ramli Mahmud yang akan bersara sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Mac depan juga pernah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mac 2006 ketika negeri itu ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Ini kali pertama seorang Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Mac 2008.

Peguam veteran Karpal Singh berkata, perkembangan ini boleh membawa kepada krisis perlembagaan kerana ia tidak selari dengan perlembagaan negeri.

“Sultan perlu mendapatkan nasihat perundangan daripada penasihat undang-undang negeri sebelum majlis angkat sumpah diteruskan.

“Dalam perkara-perkara macam ini, Sultan bertindak atas nasihat Eksekutif, Tuanku tidak boleh bertindak sendirian.

“Perkara yang dikhuatiri ialah jika majlis itu diadakan, ia boleh diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu kata beliau, langkah tersebut bercanggah dengan perlembagaan negeri memandangkan ia tidak tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Selangor.

“Perlembagaan negeri tidak membenarkan perkara ini . . . tetapi saya berharap ini tidak berlaku, itu sebabnya Sultan perlu berhati-hati sebelum meneruskan perkara ini,” kata beliau lagi.

Karpal juga berkata, beliau juga secara peribadi telah diminta oleh Khalid agar melihat aspek itu dari sudut kesahihan perundangan.

“Saya sebenarnya sedang lihat pada aspek perundangan sekarang. Saya diminta membantu bagi pihak Menteri Besar,” kata wakil rakyat DAP itu.

“Tindakan Sultan (menyempurnakan majlis angkat sumpah) boleh dibawa ke mahkamah,” kata Karpal.

Artikel 52(4) perlembagaan negeri Selangor menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri perlu menyempurnakan majlis angkat sumpah kerahsiaan tugas di hadapan Menteri Besar.

Tiada sebutan mengenai majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Dalam pada itu, pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari juga menyifatkan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebagai “amalan baru” yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Pada pengetahuan dan pengalaman saya ini kali pertama majlis angkat seumpama diadakan, walaupun saya berpendapat ia hanya satu majlis rasmi semata-mata dan tidak diperlukan,” kata beliau.

Menurut beliau, tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor yang memerlukan pegawai-pegawai kanan negeri mengangkat sumpah di hadapan Sultan.

Sehubungan itu beliau juga melihat perkembangan tersebut akan membawa implikasi baru dalam politik negara ini dan kesan ke atas negeri-negeri lain.

“Ia seolah-olah sesuatu yang tidak dibolehkan mula diguna pakai dalam keadaan tertentu, macam Speaker DUN tiada kuasa mengambil tindakan ke atas ahli dewan sebagaimana disaksikan di Perak dulu, tetapi di Parlimen Speaker dikatakan boleh,” katanya yang melahirkan rasa hairan dengan perkembangan semasa.

Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin mengesahkan Pejabat Menteri Besar menerima jemputan majlis angkat sumpah tiga hari lalu.

“Surat undangan diterima dua tiga hari yang lalu,” kata beliau ketika dihubungi, yang turut mengesahkan majlis angkat sumpah kerahsian tugas perlu disempurnakan oleh seseorang Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar.

Khalid juga membayangkan beliau tidak akan menerima Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

“Itu peruntukan dalam perlembagaan negeri,” katanya lagi.

Ketika majlis solat hajat di kediamannya di Shah Alam malam tadi, Menteri Besar Selangor menekankan, beliau ada opsyen untuk tidak menerima Khusrin dengan tidak memberikan persetujuan bagi majlis angkat kerahsiaan.

“Jika Khusrin tidak mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar, maka beliau tidak boleh menyempurnakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sepenuhnya.

“Beliau tidak boleh hadir mesyuarat Exco Kerajaan Negeri atau ada kuasa untuk akses dokumen-dokumen rahsia kerajaan. Sudah pasti beliau akan bertindak sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri atas nama bukan dari segi tugas dan tanggungjawab.

“Menteri Besar membayangkan ini opsyen yang Selangor ada, tidak membenarkan Setiausaha Kerajaan Negeri angkat sumpah,” kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau antara mereka yang hadir pada majlis malam tadi di mana Menteri Besar Selangor membuat kenyataan terbuka buat kali pertama.

Kelmarin, kerajaan negeri Selangor menyangkal dakwaan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bahawa ia lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Faekah berkata tidak ada peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh masa tertentu.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut pada 27 November lepas dengan menubuhkan sebuah panel temu duga sejajar dengan nota amalan.

“Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon (bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan) dan Menteri Besar pada 17 Disember lepas mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor.

“Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Selangor mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.

“Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” kata Faekah.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pelantikan Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran pengumuman pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa esok oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

PKR DESAK RAIS YATIM LETAK JAWATAN

Oleh: SURIATI MAHMUD

PARTI Keadilan Rakyat Sabah mendesak Menteri Komunikasi, Multimedia dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim meletakkan jawatan SERTA MERTA dan mencabar Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail menjalankan siasatan dan mendakwa Rais di mahkamah atas kesalahan melakukan jenayah di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan; sebagaimana yang didedahkan Wikileaks.

Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi kesal kerana Kabinet Malaysia di era Pak Lah melindungi menteri berkenaan yang telah mencemarkan kesucian agama Islam, menjatuhkan imej Negara dan melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya pada 2007.

“Jika pemimpin yang rendah moral seperti ini dilindungi, maka ramai lagi akan bertindak mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Jika pemimpin Pakatan Rakyat dilemparkan pelbagai tuduhan, kini tibalah masanya pemimpin UMNO/BN membuktikan kejujuran dan ketegasan mereka membanteras jenayah,” ujar Johani yang kesal kerana Mantan Perdana Menteri tergamak bersubahat menutup kegiatan sumbang yang dilakukan oleh menteri kabinet.

Johani memuji sebuah NGO, Migrant Care yang dilaporkan telah menemuramah pembantu rumah yang menjadi mangsa keganasan seksual Rais sebagaimana laporan yang didedahkan Wikileaks.

Sehubungan itu, Johani turut mencadangkan agar gelaran ‘Datuk Seri’ Perogol berkenaan ditarik balik kerana mencemarkan duli Sultan yang menganugerahkan pingat kebesaran berkenaan.

Selain daripada Rais, seorang menteri Kabinet Sabah juga dikatakan mempunyai Skandal Seks dengan gadis bawah umur sejak dua tahun lalu namun didiamkan oleh ibu bapa dan keluarga gadis kerana bimbang dengan pengaruh menteri berkenaan dan setelah mendapat imbalan yang cukup besar.

Manakala seorang Pembantu Menteri yang masih berkhidmat di Sabah juga mempunyai rekod merogol pembantu rumah dan adik iparnya namun kes tersebut ditutup begitu sahaja. Pembantu menteri berkenaan kini mempunyai Skandal Seks dengan Ketua Puteri UMNO. Sabahkini.net akan membuat pendedahan lengkap setelah mendapat nasih peguam.

Berikut merupakan dokumen yang didedahkan Wikileak yang menyebut nama Rais tetapi hitamkan atas tujuan tapisan.





























































Tun Dr Mahathir Mohamad Tokoh Anti Sematik 2010 !!

Staff Berita Semasa

tun dr mahathir mohamad 3 Tun Dr Mahathir Mohamad Tokoh Anti Sematik 2010 !!

Ramai dah kena penangan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad aka Chedet ini. Daripada zaman beliau menjadi Perdana Menteri termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim, George Soros, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga puak-puak Yahudi di Israel sana. Sehinggakan kritikan yang diberikan mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad antara 10 tokoh-tokoh berprofil tinggi yang mengeluar kenyataan atau petikan berbaur anti-Semitik..

Senaraian ini dibuat oleh Simon Wiesenthal Centre. Kalau anda bukan seorang personaliti terkenal dalam pelbagai bidang termasuklah journalis, pegawai kerajaan, selebriti, pengarah filem terkenal, dan ahli akademik ditambah belum pernah lagi mengeluarkan kenyataan tajam kepada puak-puak Yahudi, anda belum layak dari tersenarai dalam senaraian ini.

Mari kita lihat, senarai 10 tokoh anti sematik bagi tahun 2010 adan apa agaknya kenyataan yang menyebabkan mereka tersenarai termausk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri:

tun dr mahathir mohamad 2 Tun Dr Mahathir Mohamad Tokoh Anti Sematik 2010 !!


tun dr mahathir mohamad2 Tun Dr Mahathir Mohamad Tokoh Anti Sematik 2010 !!

P/S : Tahukah anda daripada beberapa senaraian di atas contohnya Thomas bersara selepas membuat kecaman seperti itu, Sanchez kehilangan kerja dan Stone terpaksa memohon maaf kepada Anti-Defamation League sebanyak dua kali

Menteri Rogol Amah?

Staff Berita Semasa

seks menteri (Video) Menteri Rogol Amah?
Sebelum ini heboh dalam dunia Internet tidak kira di Youtube, Facebook, laman-laman blog mengulas dengan dakwaan isu kes seks seorang ahli PAS yang merupakan Ahli Dun Selinsing, dengan isteri orang. Belum habis reda cerita tersebut datang lagi satu dakwaan yang mengatakan ada dakwaan kes menteri rogol amah. Yang lebih mengejutkan, dikatakan menteri yang terlibat adalah menteri yang sekarang sedang menjawat jawatan menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak. Betulkah?

Sebelum itu, kita review semula dakwaan daripada Ustaz Saidi seperti terdapat dalam video ucapan di bawah yang mendakwa Ustaz Dr Saipul Bahrin ditangkap melakukan seks dengan isteri orang.

Ini respon daripada Adun PAS Selinsing selepas itu:

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar supaya UMNO mengemukakan bukti kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu. “Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru. “Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu… benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi. “Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya seperti dipetik The Malaysian Insider.

Kami nantikan juga dakwaan seperti di atas disusuli dengan bukti tetapi sehingga berita ini dikeluarkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut masih belum ditunjukkan.

Okey, kita pergi ke step kedua yang mana terdapatnya dakwaan yang mengatakan menteri yang masih menjawat jawatan di bawah barisan Kabinet Datuk Seri Najib Razak telah merogol amah. Ada yang kata bekas menteri, ada yang kata masih menjawat jawatan sebagai menteri. Tidak mengapa siapa menteri rogol amah tersebut, itu soal kedua yang penting sekarang sudah ada laporan yang dikemukan berdasarkan kes ini.

Siapa Robengah ini? Dia merupakan amah yang mendakwa telah dirogol oleh seorang menteri pada 3 tahun lalu. “Robengah” adalah merupakan seorang wanita dari Banjarnegara, Jawa Tengah yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Nah…ini surat kakak si Robengah ini dan laporan daripada Migrant Care di bawahnya nanti :

menteri rogol amah 4 (Video) Menteri Rogol Amah?

Kalau tak berapa nampak tulisan daripada surat yang dihantar oleh adik Robengah sendiri kepada Migrant Care, boleh baca kandungan surat ini secara ringkas di bawah ini :

“Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07,”

“Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia,” “Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya,”

Macam mana kes menteri rogol amah ini boleh timbul ?

  • Bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa. Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.
  • Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.
  • Kalau di Indonesia Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers’ Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.
  • Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.
  • Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.
  • “Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya,” cerita surat aduan itu lagi.

Dan apa yang berlaku selepas itu boleh semak melalui laporan di bawah ini :

menteri rogol amah 31 (Video) Menteri Rogol Amah?

menteri rogol amah 21 (Video) Menteri Rogol Amah?

menteri rogol amah1 (Video) Menteri Rogol Amah?

‘Migrant Care’ antara laman web NGO yang paling awal mengulas isu ini dalam satu kenyataan akhbar sekitar tahun 2007, KLIK DI SINI untuk semakan (bertarikh 1 Ogos 2007)

  • Pada 27 Disember lalu, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu. Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.
  • Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Antara yang terawal membongkarkan dan mengulas semula kes Menteri rogol amah ini antaranya ialah :

Jangan sampai rakyat kata kerajaan buruk siku

Dumexjiman

Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Barisan Nasional atas insentif untuk kakitangan kerajaan sebanyak RM500 pada bulan Disember. Terpancar sedikit senyuman di wajah mereka.

Setidaknya duit tersebut dapat meringankan beban ibu bapa bagi persediaan persekolahan anak-anak.

Di dalam kesibukan ibu bapa menyediakan perihal sekolah anak-anak, secara sedar atau tidak pada bulan itu juga pihak polis mengadakan diskaun untuk saman trafik.

Secara kasar ianya tidak nampak cacat celanya, akan tetapi bila di teliti ia tidak lebih dari mengambil kesempatan atas pemberian bonus tersebut.

Persoalannya, mengapa bulan Disember dipilih untuk mengadakan diskaun tersebut. Mengapa tidak diadakan pada bulan Mac, selepas keadaan kewangan rakyat kembali selesa.

Dalam berita sibuk mengatakan yang tawaran diskaun tersebut tidak mendapat sambutan, walhal waktu ini semua sedia maklum yang wang perlu ditumpukan pada persekolahan anak-anak.

Maka saya mohon agar pihak PDRM memikirkan hal tersebut, jangan sampai rakyat kata "KERAJAAN BURUK SIKU".

Baru diberikan bonus RM500 dan secara senyap minta PDRM ambil semula..

Satu lagi yang dikatakan "RAKYAT DIDAHULUKAN".

Najib di Selangor dan uniknya Tenang


Ahmad Lutfi Othman


Inikah bentuk transformasi politik Najib Razak? Apa ertinya jika sekadar menggantikan tiga pengerusi perhubungan Umno negeri dengan timbalan mereka? Ekoran itu, apa sebenarnya perubahan yang bakal dinikmati rakyat? Apa kena-mengena pergolakan dalaman Umno dengan impian warga Malaysia yang mahukan kehidupan lebih makmur, adil dan Islami?

Tuntutan agar sistem politik yang lebih berintegriti, bertanggungjawab, terbuka, telus, demokratik, menggalakkan partisipasi rakyat, tidak meminggirkan suara minoriti, perubahan menyeluruh proses pilihan raya, kebebasan bersuara, dan seterusnya senarai panjang yang perlukan reformasi segera, langsung tidak disentuh Najib. Pengumuman Tengku Adnan Tengku Mansor itu hanya merupakan sebahagian persiapan Umno mempertahankan sisa-sisa kuasa, dan tiada hubungan dengan transformasi politik negara.

Di kala semua negeri-negeri lain diketuai anak tempatan, bagaimana pula dengan tindakan mengekalkan Najib di Selangor dan pelantikan Isa Abd Samad sebagai Pengerusi Felda? Awal-awal lagi Isa menjelaskan misi utamanya sarat dan tebal dengan motif politik, bagi mengekang pengaruh pembangkang. Tunggulah karenah bekas menteri yang pernah disabitkan dengan amalan rasuah politik dalam pemilihan Umno itu, yang kini mendapat kepercayaan Najib bagi mempertahan kubu terakhir Umno di kawasan Felda.

Ketiga-tiga naib presiden Umno diminta melepaskan jawatan penting di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu, namun Najib sebagai pengerusi Umno di Selangor masih mempertahankan kedudukannya. Apakah ia bermaksud negeri termaju itu merupakan sasaran utama Umno-BN, yang tidak dapat tidak mesti ditawan semula dalam PRU13, walau dengan apa cara sekali pun? Ataupun timbalan pengerusi, Noh Omar belum cukup bersedia memikul tanggungjawab besar, selain dibimbangi tindak-balas pengikut Dr Khir Toyo jika Najib menyerahkan posisi strategik kepada Menteri Pertanian itu?

Apa pun, keputusan mempertahankan Najib di Selangor menunjukkan dengan jelas keseriusan Umno untuk menebus semula kekalahan BN yang memalukan pada Mac 2008. Selangor adalah lubuk emas yang tidak boleh dibiarkan lama berada di bawah seteru politik BN. Laluan ke Putrajaya tambah meyakinkan jika negeri-negeri maju dan kaya seperti Selangor kekal dikuasai Pakatan Rakyat. Justeru, usah terkejut dengan "permainan paling kotor" yang bakal dipersembahkan Najib di Lembah Klang.

Kontroversi perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru, Mohd Khusrin Munawi, membayangkan "komplot" terancang BN itu. Pandangan Menteri Besar, Abd Khalid Ibrahim langsung tidak dipedulikan, malah tidak dimaklumkan pun.

Rombakan kepemimpinan Umno di Perlis lebih melucukan, sekali gus menonjolkan pertelingkahan serius. Bekas menteri besar, Shahidan Kassim yang dilantik timbalan Dr Md Isa Sabu awal-awal lagi menegaskan: "Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai 'menyamun' jawatan saya sebelum ini."

Meskipun Ahmad Bashah Md Hanipah diberi kepercayaan mengetuai misi merebut Kedah daripada Pakatan Rakyat, yang jelas pengaruh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dalam pentadbiran Najib nampak menyerlah apabila Mukhriz Mahathir menjadi orang no. 2 di sana. Mukhriz tidak mempunyai apa-apa jawatan penting di peringkat Umno bahagian, tetapi dijangka akan ditonjolkan sebagai pesaing Menteri Besar, Ustaz Azizan Abd Razak. Serentak dengan itu, dipercayai beberapa pemimpin Umno negeri yang dikaitkan dengan Abdullah Ahmad Badawi bakal melalui laluan sukar.

Ahmad Said di Terengganu mungkin lega seketika namun pengikut Idris Jusoh dipercayai tidak semudah itu untuk menyerah kalah. Terengganu merupakan negeri yang sentiasa menyaksikan pertarungan sengit PAS-Umno sejak merdeka. Konflik dalaman mana-mana parti berkenaan boleh menjadi faktor besar dalam menentukan siapa menerajui kerajaan negeri.

Tak mampu tenangkan gelora Umno Kedah

Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR: PAS dan Pakatan Rakyat Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai gandingan 'terbaik' untuk meneraju Umno di negeri ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui berkata, perlantikan kedua-dua tokoh itu dilihatnya tidak mampu mendatangkan ancaman besar kepada Pakatan Rakyat Kedah.

"Perlantikan kedua-dua tokoh itu membuktikan bahawa Umno sudah ketandusan pemimpin yang berkarisma untuk diangkat sebagai calon Menteri Besar sekiranya mereka berjaya merampas kembali negeri ini dalam pilihan raya akan datang.

"Ahmad Bashah bukan sahaja dikenali di kalangan ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang kurang berkemampuan, malah mereka juga tak yakin dengan kredibilitinya untuk bersaing dengan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar yang telah berjaya memimpin pentadbiran negeri dengan baik walaupun baru tiga tahun diberi kepercayaan berbuat demikian," katanya.

Mahfuz yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah turut mempunyai alasan untuk meragui keupayaan Mukhriz bergandingan dengan Ahmad Bashah memimpin Umno Kedah.

"Saya melihat Mukhriz yang dilantik sebagai timbalan kepada Ahmad Bashah sebagai 'orang baru' yang diangkat naik bukan dengan keupayaan sendiri tetapi menumpang populariti orang lain, iaitu bapanya Tun Mahathir Mohamed.

"Beliau juga merupakan pemimpin Umno di Kubang Pasu yang jarang sekali menghadiri mesyuarat bahagian kerana tidak sebulu dengan beberapa pemimpin di situ yang dikatakan bertanggungjawab dalam komplot menyingkirkan bapanya sebagai perwakilan ke perhimpunan Umno suatu ketika dulu," ujarnya.

Mahfuz turut berpandangan, perlantikan kedua-dua tokoh itu sukar untuk menenangkan gelora politik dalaman Umno Kedah apabila tumbang dalam piihan raya lalu, sebaliknya Pakatan Rakyat akan merintis jalan mudah untuk mempertahankan kemenangan yang sedia ada.

"Saya dihubungi ramai orang-orang lama Umno Kedah, ada di antara mereka yang masih aktif berpolitik dan sebahagiannya telah bersara dan mereka turut berkongsi berpandangan sama dengan saya.

"Walau bagaimanapun, kita amat mengalu-alukan perubahan dalam pucuk kepimpinan Umno Kedah dan berharap kepimpinan baru ini akan memberi kerjasama sebaik mungkin kepada kerajaan negeri.

"Saya juga harap mereka tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan amalan demokrasi di samping bersikap lebih terbuka menerima sebarang kritikan," katanya.

Rombakan badan-badan perhubungan Umno, Isnin lalu telah melantik Ahmad Bashah untuk mempengerusikan Umno Kedah, manakala, Mukhriz dilantik sebagai timbalan berkuatkuasa 1 Januari nanti.

100 Hari: Pakatan bentuk negara lebih baik

Harakahdaily

PETALING JAYA: Janji 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya adalah suatu yang azam yang benar dan menjanjikan suatu perubahan yang pasti buat pembentukan sebuah Malaysia yang lebih baik.

Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) sempena menyambut 2011.

“Hatta, bersempena tahun baru 2011, dengan rendah hati dan penuh kesyukuran saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua warganegara yang dibela, yakni keseluruhan rakyat Malaysia umumnya, dan warga Parlimen Ampang khasnya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau berkata menyedari hakikat tahun baru yang tiba, setiap warga Malaysia haruslah terus menanamkan sikap keadilan dan senantiasa menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan Berdemokrasi sebagai cara pilihan kehidupan yang adil dan sejahtera.

Katanya, sorotan 2010 banyak memberi keinsafan kepada kita, namun nampaknya tidak kepada pemerintah.

Beliau menambah, kerakusan kerajaan Umno BN menaikkan harga barang, menyalahgunakan kuasa, memporak-perandakan institusi kehakiman, menginjak-injak maruah dan terus menodai hak rakyat adalah sesuatu yang amat dikesali dan tidak boleh dimaafkan.

Katanya, kronologi salah laku kerajaan Umno BN andai dibukukan pun belum tentu entah berapa ribu muka surat dapat ditulis.

Menurutnya, fitnah demi fitnah, rasuah demi rasuah, pembaziran demi pembaziran yang terus tidak berkesudahan selama 53 tahun pemerintahan Umno BN.

“Maka, dengan khabar menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin hampir, saya yakin, semua pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan gentar dan bersedia menghadapinya,” ujarnya.

Mangsa banjir di Pahang kini 95 orang

BERNAMA

KUANTAN — Seramai 95 mangsa banjir kini berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Darat di sini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah itu bertambah berbanding 64 orang yang ditempatkan di pusat itu selepas kediaman mereka dinaiki air semalam.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain daerah-daerah lain di negeri ini masih belum terjejas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya setakat 10 pagi tadi, jalan di Km 18 Jalan Gebeng-Kuantan turut ditenggelami air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

Gobala beri kata-dua kepada Anwar

Regina Lee

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan meneruskan kritikannya terhadap ketua umum PKR Anwar Ibrahim, dan kali ini mencabar beliau supaya membuka semula sebuah kuil Hindu di Selangor.

NONEWakil rakyat yang lantang bersuara itu memberi kata-dua kepada Anwar
supaya membuka semula kuil Sivan di Bukit Gasing, Petaling Jaya, selepas mendakwa Anwarlah orang yang secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup.

Gobalakrishnan (kiri), yang lebih dikenali sebagai Gobala berkata, sekiranya kuil itu tidak dibuka semula dalam masa seminggu, beliau akan menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara untuk "mendedahkan salahlaku Anwar terhadap penganut Hindu".

"Jika kuil itu tidak dibuka semula dalam masa seminggu, perkara pertama apa yang akan kita lakukan ialah untuk berarak ke kuil tersebut, dan kemudiannya kami memulakan jelajah tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Turut hadir ialah ketua penerangan Pemuda MIC, S Subramaniam dan bekas anggota jawatankuasa kerja pusat MIC, KP Samy, yang terbabit dalam Gerakan Anti-Samy (GAS), yang telah dibubarkan.

Ditanya sama ada beliau telah menemui menteri besar atau kerajaan Selangor berhubung permintaannya itu, Gobalakrishnan hanya berkata mereka sudah tahu perkara itu.

"Tetapi setiap kali itu juga mereka memberi alasan tidak memuaskan dan tidak munasabah, dengan mengatakan bahawa pihak kuil tidak menyerahkan pelan yang sempurna," katanya.

Beliau turut mengaitkan Anwar bersama dengan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar dan ahli parlimen Subang, R Sivarasa berhubung penutupan kuil tersebut.

PENA pertahan novel sasterawan negara

Jimadie Shah Othman

Cadangan penarikan novel Sasterawan Negara Abdullah Hussain Interlok sebagai buku teks bagi komponen sastera (Komsas) di sekolah menengah ditentang keras oleh kumpulan sasterawan dan penulis. Setiausaha agung Persatuan Penulis Nasional (PENA) Syed Mohd Zakir Syed Othman berkata, gesaan yang melambangkan "kejahilan" itu timbul akibat tidak memahami konteks cerita itu ditulis. NONE

"Mereka ini (penentang) mungkin tidak membaca, tidak memahami dan memilih secara berat sebelah. Dan mungkin membantahnya demi kepentingan politik masing-masing," katanya yang lebih dikenali dengan nama pena SM Zakir.

Semalam, Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam (kiri) mahukan Kementerian Pelajaran menarik balik buku itu kerana didakwa mempunyai unsur kasta dalam masyarakat India yang sensitif.

Isu sekitar novel itu bermula apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah pada 15 Disember lalu berkata, setelah diputuskan dalam perbincangan dengan pihak berkaitan, termasuk Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Interlok akan ditarik balik Bagaimanapun, sehari selepas itu,Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi pula berkata, keputusan itu akan dikaji semula dengan mengenalpasti tuduhan yang dilemparkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Terbaru, Persekutuan Pertubuhan India Malaysia mengugut mengadakan demonstrasi besar sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan buku itu sebagai bacaan wajib sebelum 30 Januari - tarikh berlangsungnya pilihan raya Tenang. Kita pun boleh demo Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, SM Zakir menjelaskan, gambaran mengenai sistem kasta dalam masyarakat India yang dalam novel itu hanyalah dibuat sebagai latar belakang watak dan sebagai fakta semata-mata.

Malah, menurut cerpenis itu, Interlok sebenarnya bertemakan perpaduan antara masyarkat berbilang bangsa menghadapi zaman sebelum kemerdekaaan yang berdepan pelbagai rintangan, termasuk pendudukan Jepun, keganasan komunis dan darurat. NONEMenurut Syed Mohd Zakir, novel itu bercerita daripada tiga sudut pandang watak utama - Melayu, Cina dan India - tentang situasi hubungan kaum ketika itu yang menghadapi pelbagai rintangan.

Namun, menurutnya, selepas lahirnya generasi kedua, keadaan mula berubah ke arah yang positif. Dibahagikan kepada empat bab, bahagian pertama bercerita daripada sudut pandang Seman dan keluarganya di kampung, bab kedua tentang Chin Huat sekeluarga yang baru datang dari China dan ketiga tentang kehidupan Maniam di estet, sebelum dirangkum semuanya dalam bab terakhir.

Sementara itu, ditanya tentang demonstrasi NGO India itu, Syed Mohd Zakir berkata pihaknya tidak kisah dengan rancangan itu kerana pihaknya dan NGO Melayu lain juga mampu mengambil tindakan yang sama.

"Kami menentang sekeras-kerasnya penarikan novel tersebut (sebagai teks wajib). Kalau mereka hendak protes, kita pun boleh protes juga.

"Jangan emosi sangat. Kalau dilihat daripada kaca mata perkauman, memanglah (nampak) perkauman. Mereka yang sebenarnya rasis. Kalau mereka hendak demo, kita pun boleh demo," katanya tegas.

Respons berterusan Beliau juga menjelaskan, sebagai respons berterusan terhadap desakan demi desakan terhadap Interlok, PENA akan menganjurkan beberapa program membincangkan kandungan adikarya Abdullah itu.

Katanya, bermula 8 Januari, PENA akan menganjurkan "Dialog Novel Interlok" di pejabatnya di ibu negara yang melibatkan novelis terkenal Fatimah Busu dan angkatan sasterawan sezaman dengan Abdullah, Elias Zaidi.

"Mereka boleh menceritakan konteks sebenar novel itu," tambah Syed Mohd Zakir yang juga pemenang pelbagai anugerah sastera.

Interlok dimasukkan sebagai teks Komsas untuk pembelajaran bahasa Melayu bermula tahun ini. Malah, dilaporkan novel itu pernah digunakan sebagai teks kajian sastera di universiti sekitar tahun 90-an. Abdullah merupakan sasterawan negara kesembilan, sekaligus yang terakhir (setakat ini) menerima anugerah paling tinggi dalam dunia sastera tanahair.

Debat Pemuda PAS-Umno Larut Sabtu ini

MALAYSIA KINI

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucap tahniah kepada Pemuda PAS dan Pemuda Umno Larut di atas usaha menganjurkan satu pentas debat di Dewan Serbaguna MDS, Taman Permai 2 , Selama pada jam 8 malam Sabtu ini.

Debat tersebut adalah antara ketua Pemuda PAS dan ketua Pemuda Umno Larut.

"DPPN Pk mengalu-alukan usaha debat ini yang sudah tentu akan mematangkan lagi generasi muda masakini," kata ketuanya, Zawawi Hassan.

anuar ariffin larutnazri haji din"Pemuda PAS Larut akan menampilkan Mohd Nazri Din (kanan), manakala Pemuda Umno pula akan menampilkan Mohamad Anuar Ariffin (kiri).

"DPPN Pk memberikan sokongan sepenuhnya kepada kedua-dua pihak agar dapat melangsungkan majlis debat tersebut dengan jayanya," tambahnya.

Malah, katanya, DPPN Pk berharap, majlis seumpama itu diteruskan agar pemikiran generasi muda dapat menerima kaedah debat sebagai satu pentas bagi mematangkan pemikiran generasi muda sedia ada.

"Walaupun difahamkan ada tentangan mahupun halangan daripada pihak-pihak tertentu, DPPN Pk berharap pentas debat itu nanti akan menjadi satu contoh yang berguna kepada masyarakat umum.

"DPPN Pk berharap majlis tersebut tidak dihalang malah disokong bagi menyalurkan maklumat dan menyediakan medan percampahan fikiran anak muda yang berwawasan.

"DPPN Pk sekali lagi mengharapkan rakyat dapat menerima majlis perdebatan ini sebagai satu program yang sihat dan berharap ianya dapat diteruskan oleh mana-mana pihak lain selepas daripada ini," katanya.

Berikutan, katanya, DPPN Pk mempelawa pergerakan Pemuda Umno Perak agar turut sama hadir bagi sama-sama menyokong usaha tersebut.

MB Perlis tolak dakwaan Shahidan

BERNAMA

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menafikan wujud campur tangan pihak tertentu untuk membolehkan beliau kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.

Pelantikannya adalah kehendak pucuk pimpinan tertinggi Umno dan tiada kaitan dengan sebarang campur tangan pihak tertentu, kata beliau.

Baru-baru ini bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mendakwa wujudnya campur tangan pihak tertentu sehingga Md Isa dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.

Md Isa yang juga Ketua Umno bahagian Kangar menegaskan demikian ketika ditemui pada majlis sumbangan peralatan sekolah untuk para pelajar mangsa banjir, di Kangar semalam.

Beliau berkata, keazamannya ialah untuk memastikan pencapaian terbaik Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang termasuk mengembalikan dua kerusi dewan undangan negeri yang jatuh ke tangan pembangkang iaitu Sanglang dan Simpang Empat.

"Saya juga yakin pada pilihan raya umum akan datang, BN akan memenangi 15 kerusi dewan undangan negeri dan tiga kerusi Parlimen berikutan gerak kerja pilihan raya telah pun dilaksanakan," katanya.

Gobala 'berniat jahat' tuduh Anwar tutup kuil Sivan

Regina Lee

Pemimpin masyarakat India PKR hari ini tampil menyatakan sokongan mereka terhadap ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima kecaman berhubung penutupan satu kuil Hindu di Petaling Jaya.

Antara penjelasan yang dikemukakan, keputusan untuk menutup kuil tersebut dibuat oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Anwar tidak terlibat dalam tindakan berkenaan.

NONEPenjelasan itu dikemukakan salah seorang naib presiden baru parti itu N Surendran dalam satu sidang media bersama dua lagi pemimpin masyarakat India PKR -- exco kerajaan negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrishnan kelmarin bahawa Anwar bertanggungjawab menutup kuil Sivan berkenaan dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."

Surendran berkata dakwaan itu "tidak munasabah" memandangkan Anwar merupakan seorang pemimpin nasional dan tidak terlibat dalam keputusan kerajaan tempatan.

Tambahnya, dakwaan yang disuarakan Gobalakrishnan yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti merupakan satu tuduhan "berniat jahat."

Kuil Sivan yang terletak di puncak Bukit Gasing di Petaling Jaya itu menjadi tumpuan utama Gobalakrishnan dalam menyuarakan rungutannya kepada pemimpin tertinggi parti itu, malah menyebabkan beliau melabelkan Anwar sebagai "anti-Hindu" dengan menutup kuil berkenan.

NONEManikavasagam turut menyatakan kekesalannya atas tindakan Gobalakrishnan menghamburkan tuduhan seperti itu.

“Jika Anwar benar-benar telah menutup kuil berkenaan, saya akan mula buat bising. Anda tahulah saya seorang pembuat bising.

"Tapi orang yang buat dakwaan ini juga perlu tahu cerita sepenuhnya mengenai kuil berkenaan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Xavier yang merupakan exco bertanggungjawab dalam hal ehwal bukan Islam di Selangor dalam pada itu itu pula menjelaskan, kuil itu bukan ditutup sepenuhnya.

“Ya, ia ditutup kepada orang ramai hanya sebab kerja-kerja pembinaan fizikal masih berjalan," kata Xavier yang juga bekas naib presiden parti.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian ke atas kuil berkenaan bermula sejak tahun 2006 lagi.

Kerja-kerja berkenaan dijalankan memandangkan anggota pemegang amanah kuil berkenaan mahu memperbesarkan kuil kecil berkenaan menjadi kuil Sivan terbesar di negara ini sehingga boleh memuatkan 100,000 orang penganut Hindu, kata Xavier lagi.

Ahli pemegang amanah kuil berkenaan termasuklah isteri kepada bekas presiden MIC Datin Seri Idrani Samy Vellu.

K'jaan: Tak logik harga makanan naik 10%

BERNAMA

Pengusaha restoran tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 10 peratus meskipun berlaku kenaikan harga gula dan bahan api berkuatkuasa 4 Disember lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Daud Tahir berkata simulasi harga yang dibuat baru-baru ini juga menunjukkan perubahan harga makanan dan minuman adalah minimum iaitu kenaikan antara 0.1 sen dan tiga sen sahaja.

"Kita sudah buat simulasi dengan kerjasama konsultan (untuk melihat) berapa kenaikan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula dan bahan api baru-baru ini dan tak munasabah jika mereka nak naikkan harga makanan dan minuman," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Daud berkata simulasi harga itu melibatkan 64 jenis makanan dan minuman antaranya teh tarik iaitu perubahan harga sebanyak 0.8 peratus kepada RM1.21 berbanding RM1.20 ketika ini manakala harga teh hanya meningkat 1 sen kepada RM1.01 sen.

Simulasi itu juga menunjukkan harga bagi pelbagai jenis roti termasuk roti canai kosong, roti jala dan roti telur, pula mengalami kenaikan antara 0.2 dan 0.3 sen sahaja.

Rundingan dengan pengusaha restoran

Ditanya sama ada pengusaha restoran bersetuju dengan harga simulasi itu, Daud berkata kementerian akan memaklumkan mengenainya dalam satu perjumpaan pada awal Januari ini.

"Kita akan memaklumkan mengenai kita punya pengiraan dan alasan kepada mereka kenapa simulasi itu dibuat dan tidak logik untuk menaikkan 10 peratus harga makanan dan minuman," katanya.

Daud berkata Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) baru-baru ini juga menafikan berlaku kenaikan harga itu seperti dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.

Beliau berkata bekalan minyak masak adalah stabil di seluruh negara kecuali terdapat kekurangan di sesetengah tempat serta kekurangan jenama-jenama tertentu di pasaran.

"Keadaan ini adalah tidak serius. Spekulasi mengenai kenaikan harga adalah tidak benar dan pengguna dan peniaga diminta tidak membeli dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan harian," katanya.

Daud berkata spekulasi kenaikan harga minyak itu timbul akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran global yang mencecah sehingga RM3,800 setiap tan metrik sehingga menyebabkan berlaku pembelian panik oleh pengguna dan peniaga kecil di beberapa kawasan.


MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN S'gor

Hazlan Zakaria

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

NONEKhalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

NONEKhalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.

Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.

Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.

Beban MyKad anak-anak keturunan Hindu-Islam

Aidila Razak

Nama pada kad pengenalan (MyKad) ialah Ravichandran a/l Muniandy*. Selama 17 tahun hidupnya, remaja ini menjalani kehidupan sebagai seorang Hindu, tetapi MyKad miliknya menyatakan dia seorang Islam.

NONETapi sekurang-kurangnya dia memiliki MyKad - yang diperolehinya tiga
tahun selepas dia membuat permohonan, dan kerana ayahnya, Muniandy, buat 'bising' di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya.

"Kami membuat permohonan itu ketika dia berusia 13 tahun, tetapi ketika itupun pegawai pendaftaran cuba menolaknya, dengan mengatakan bahawa nama ibunya adalah Melayu, jadi nama anak saya perlu ditukar kepada nama Melayu juga. Saya enggan berbuat demikian, maka mereka menyuruh saya pergi ke Putrajaya, "kata Muniandy.

Permohonan kedua dibuat atas nama anak itu, Ravichandran a/lMuniandy seperti dalam surat beranaknya, tetapi tidak berhasil, dan remaja itu terpaksa menduduki peperiksaan PMR dengan mengguna slip permohonan tersebut.

"Kami pergi ke cawangan (JPN) beberapa kali dan diberitahu bahawa kad tersebut tidak sampai-sampai, jadi saya pergi ke Putrajaya, dan mereka minta kami mengemukakan satu lagi permohonan, sekali lagi atas nama Melayu," katanya.

Selepas berlaku pertengkaran dengan pegawai JPN - di kaunter dan di di jabatan undang-undang - Muniandy berjaya meyakinkan mereka untuk mengekalkan nama anak lelakinya seperti yang tercatat dalam surat beranak.

Bagaimanapun, katanya, pegawai berkenaan memberitahunya yang mereka tidak dapat menjamin bahawa status agama anaknya pada kad tersebut akan dicatat sebagai bukan Islam.

Saraswathy - adik perempuan Ravichandran yang berusia 15 tahun - masih menunggu MyKadnya. Jika dia bernasib baik seperti abangnya, dia akan memperolehi Mykad sebelum menduduki peperiksaan SPM, tetapi kesnya mungkin lebih rumit.

Dilahirkan sewaktu gelora melanda kehidupan orang tuanya, sijil beranaknya didakwa oleh pihak pegawai telah hilang dan dokumen gantiannya menyatakan agama Sarawasthy dan juga ibubapanya adalah Islam.

Namanya pada surat beranak itu ialah 'Sarawaswathy binti Kamal Shah' - nama yang dipaksa oleh pegawai agama terhadap bapannya.

Ibunya Laila, seorang Islam, sedang hamil ketika pegawai jabatan agama membuat serbuan ke rumah mereka selepas tengah malam, ekoran menerima maklumat mengenainya.

"Mereka memecah masuk melalui pintu depan dan membuang 'Pottu' dari dahi isteri saya. Kami begitu takut -. Mereka mengepung rumah kami," kata Muniandy sambil air mata bergenang di kelopak matanya.

* Semua nama ditukar untuk lindungi privasi.

PAS tak akan biarkan Umno BN rampas Kedah

Muhayat Jasmin

ALOR SETAR: Biarpun adanya perubahan pada pucuk kepimpinan Umno negeri di Kedah, ia tidak akan memberi apa-apa impak terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh PAS selama ini.

Mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah yang baru, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berikrar untuk merampas semula pemerintahan negeri dalam pilihan raya umum yang akan datang, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalu-alukan hasrat murni pemimpin Umno tersebut.

"Hasrat dan cita-cita beliau itu adalah sesuatu yang baik. Namun begitu, sekiranya pimpinan baru yang dilantik menerajui kepimpinan tidak dapat membuat reformasi yang lebih efektif dari kepimpinan terdahulu, maka adalah lebih baik teraju sebelum ini dikekalkan.

"Walau apa pun aspirasi mereka, PAS tidak akan sekali-kali memberi peluang kepada Umno untuk meneruskan hasrat mereka untuk mencapainya dengan jalan yang mudah. Siapa saja yang menjadi pesaing kepada parti lawan, kita akan terus berjuang tanpa menyerah kalah kepada mereka," tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Bashah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata menggantikan Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Rombakan yang dibuat itu juga sebagai salah satu alternatif Umno bagi menguatkan barisan kepimpinan negeri yang terdiri dari pemimpin tempatan menjelang pilihan raya umum yang dijangka akan bermula tidak lama lagi.

Selangor buat solat hajat, mohon selesai kemelut

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Ekoran beberapa kes yang melanda pentadbiran negeri Selangor, kerajaan negeri itu akan mengadakan solat hajat malam ini.

Majlis solat hajat berkenaan akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Dimaklumkan, program tersebut akan bermula jam 6.30 petang sebelum solat maghrib.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Arfa'eza A. Aziz, program malam ini adalah bertujuan memohon kesejahteraan, kebenaran dan keadillan kepada kerajaan dan rakyat negeri itu.

"Solat hajat untuk kesejahteraan, kebenaran dan keadilan Selangor malam ini di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Sehubungan itu, semua rakyat negeri Selangor dijemput menghadiri majlis tersebut yang turut akan diisi dengan ucapan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin pakatan rakyat yang lain.

Majlis itu dipercayaai ada kaitan dengan isu terbaru melanda kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (Suk) yang baru iaitu Datuk Khusrin Munawi oleh pusat berkuat kuasa 1 Januari ini.

Perlantikan Khusrin itu bagaimanapun dipertikai kerajaan negeri kerana mendakwa tidak dimaklumkan kepada pihak Menteri Besar.

Isu tersebut terus menjadi polemik pada masa ini apatah lagi turut melibatkan pihak istana negeri Selangor.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan semalam tidak menolak kemungkinan ianya didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik pihak tertentu.

Kerajaan negeri juga menurut beliau memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.

Mereka turut menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini.

Tiger show: Jabatan agama diminta bertindak

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.

Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.

"Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot," katanya.

Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.

Individu tersebut kemudiannya telah menyerahkan 4 keping gambar kepada beliau bagi membuktikan keadaan majlis tersebut yang ternyata amat mengaibkan.

"Saya hitamkan gambar tersebut kerana tidak sanggup untuk menyiarkan gambar asal yang dikirimkan kepada saya kerana ia terlalu lucah dan memalukan.

"Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas," katanya.

Kedah umum cuti Ahad ini

Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 nanti sebagai hari cuti umum bagi negeri itu ekoran kejayaan skuad bolasepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi.

Azizan membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan kakitangan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, dekat sini, pagi tadi.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pemain dan pegawai-pegawai pasukan yang bertungkus lumus menjulang nama negara.

Perlawanan akhir kedua malam tadi yang disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen di seluruh negara menyaksikan Malaysia berjaya mengekang kemaraan Indonesia untuk menang dengan aggregat 4-2.

Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang piala tersebut selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Harakah boleh diakses di MyHarakah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kumpulan IT Harakah telah berjaya membangunkan perkhidmatan online berkonsepkan one stop center dengan membolehkan semua perkhidmatannya diakses melalui satu gerbang yang dinamakan MyHarakah.

Menuurt Pengurus Kumpulan IT Harakah, Mohd Suhaimi Embong, melalui portal Myharakah yang baru ini, semua perkhidmatan kumpulan Harakah seperti e-paper Harakah, Harakahdaily, Tabung Kemiskinan Harakah (TKH), Iklan Harakah, e-Mel Harakah, Facebook, Twitter dan aduan kepada Harakah dapat dicapai.

Memberitahu Harakah, Suhaimi berkata, beberapa perkhidmatan lain seperti SMS dan sebagainya sedang dalam proses untuk disepadukan dengan portal ini.

Gerbang Myharakah ini mula beroperasi bermula pada 1 Muharam 1432H (7 Disember 2010) yang lepas.

Untuk melayari portal ini, pengguna perlu melayari alamat http://myharakah.net atau http://harakah.net.my/

Rogol amah: Najib, Pak Lah diminta jawab

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.

Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

Dengan klu yang dilemparkan, beberapa nama menteri sebelum ini kini tertumpu hanya kepada satu nama sahaja.

Biarpun dokumen tersebut menghitamkan nama menteri yang didakwa terlibat, namun dengan pelbagai usaha mereka kini mendakwa sudah mendapat jawapan berhubung misteri siapa disebalik status jawatan menteri itu.

"Mantan PM Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kenapa terus zzzzz? Bangun la hari dah senja. Ini kes berat libatkan menteri, maruah negara bangsa dan agama.

"...tak kan nanti sampai orang kata kenapa simpan perogol dalam jamaah menteri Malaysia," ulas bloger Misaimerah dalam blognya.

Keghairahan dan kesungguhan mencari siapa menteri yang dimaksudkan itu terus mendapat perhatian mereka apatah lagi dalam keadaan negara dalam mood perang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang Januari ini.

Semua kelompok bloger ini yakin isu tersebut mampu menjadi senjata ampuh khususnya kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan PRK Tenang, malah juga untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung Mac atau April tahun hadapan.

"Dari segi politik, memang dokumen ini amat berguna sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Tenang.

"Sesiapa saja yang dituduh mesti dibawa ke muka pengadilan...apatah lagi yang didakwa ini adalah seorang pemimpin yang mendapat mandat dari rakyat," tulis bloger Anak Sungai Derhaka.

Biarpun kredibiliti WikiLeaks itu dipertikai, namun tindakan Umno BN yang mengajak rakyat mempercayai pendedahan berhubung isu liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memakan diri apabila rakyat juga 'terpaksa' percaya bahawa benar seorang menteri BN telah merogol amahnya.

Jika sekalipun WikiLeaks tidak boleh dipercayai, namun pendedahan sokongan oleh pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita, Migrant Care dan bloger Tukar Tiub, sudah cukup untuk rakyat mempercayaai bahawa ianya memang wujud.

Namun yang lebih wajar dipercayai adalah pendedahan sepucuk surat aduan daripada adik mangsa yang menceritakan secara jelas apa yang berlaku yang juga didedahkan dalam laporan Harakahdaily sebelum ini.

Sehingga kini juga, belum ada mana-mana pihak khususnya dari pimpinan Umno BN yang berani mengulas isu tersebut.

Penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sangat ditunggu-tunggu semua pihak.

"Tunggu dan tunggu, kita tunggu apa yang akan berlaku.

"Siapa akan kena saman?," tulis bloger Tukar Tiub merujuk laporan Harakahdaily yang turut disiar di blognya.

LAPORAN BERKAITAN:
Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

Siasat menteri ‘perogol’, desak MP Pakatan

alex_surat_migrancareOleh Patrick Lee

PETALING JAYA: Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat mendesak agar siasatan dijalankan terhadap dakwaan bahawa seorang menteri telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.

Kes rogol ini dikhabarkan telah disembunyikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.

Menurut penulis blog terkenal Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, dakwaan ini dibuat melalui laman web pendedah WikiLeaks.

“Memandangkan seorang menteri terlibat, kerajaan perlu berterus terang dalam perkara ini. Mereka perlu menjelaskan perkara ini,” kata MP Klang-DAP Charles Santiago.

Tambahnya, meskipun kejadian tersebut berlaku semasa pemerintahan Abdullah, perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab.

“Pentadbiran Najib perlu bertanggungjawab. Adakah Najib tahu kisah di sebalik kes ini? Ini adalah persoalan yang perlu ditanya,” katanya.

MP Shah Alam – PAS Khalid Samad memberitahu FMT bahawa dia hairan perkara sebegini berlaku semasa pentadbiran Abdullah.

Jika ia benar, ia sangat tragis. Abdullah dilihat sebagai insan yang mempunyai moral tinggi,” kata beliau.

Khalid menambah bahawa dia tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang yang dipandang mulia seperti Abdullah boleh membenarkan kes sebegini disembunyikan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa menteri yang didakwa perogol telah dibenarkan untuk meneruskan khidmatnya.

“Saya tidak fikir Malaysia kekurangan pemimpin yang baik dan berkebolehan (supaya mereka boleh) tutup kes ini untuk membolehkannya (perogol) kekal sebagai menteri,” kata beliau.

“Ini satu dakwaan serius. Kerajaan tidak sepatutnya hanya mengetepikannya tetapi perlu mendalami perkara ini.”

Berhati-hati dengan Wikileaks

Para MP juga sangat berwaspada terhadap pendedahan sebegini. MP Balik Pulau-PKR Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata penyiasatan rapi perlu dibuat atas dakwaan dibuat. Sehingga penyiasatan dibuat, sesiapa pun boleh mengatakan apa sahaja mengenai menteri tersebut,” kata beliau.

Yusmadi menambah bahawa penyiasatan memberikan peluang kepada mangsa rogol tampil ke hadapan dengan bukti.

Santiago pula menyatakan dakwaan dalam laporan tersebut juga perlu diperhalusi. “Pendedahan ialah pendedahan. Anda tidak tahu samada ia benar atau tidak,” tambah beliau.

“Anda perlu berhati-hati dengan WikiLeaks. Ia (laporan WikiLeaks) memberi kesan buruk,” kata beliau sambil menambah laporan tersebut mungkin hanya perbincangan di antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan kerajaan Malaysia.”

Mantan presiden Transparency International – Malaysia Ramon Navaratnam bersetuju dengan Santiago.

“Kesahihan laporan ini dipersoal kecuali jika kita mempunyai dokumen untuk merujuk dan mengesahkan bahawa laporan tersebut bukan tiruan,” kata beliau.

“Jika ia disahkan benarkan dan bukti sangat tepat, maka mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab. Ini perlu demi integriti ketelusan dan ciri pemerintahan kerajaan yang baik,” tambah Navaratnam.

Sementara itu, harakahdaily melaporkan, kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali.

Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah.

Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers’ Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.