Rabu, 30 September 2020

MKN nafi Selangor laksana PKP, Isnin depan

 Nizam Zain

MGF17092020_PM-RASMI-SKIM-BAJA18-681x454
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menafikan dakwaan kononnya seluruh kawasan di Selangor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, Isnin depan.

Menurut Pasukan Respon Pantas KKM, perkara itu tidak pernah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan peningkatan kes baharu Covid-19 di negeri ini.

“MKN menafikan kesahihan mesej yang tular yang mendakwa pada Jumaat ini YAB Perdana Menteri akan mengisytiharkan PKP atau ‘lockdown’ di Selangor bermula 5 Oktober 2020.

“MKN menegaskan berita tersebut adalah palsu dan meminta orang ramai agar tidak berkongsi atau menular berita palsu,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Berita palsu itu ditularkan di laman media sosial susulan kes baharu dan positif di Selangor dilaporkan meningkat secara mendadak kepada dua angka berbanding satu angka sebelum ini.

Peningkatan kes baharu itu diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mana kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (R0) bagi Selangor menunjukkan peningkatan iaitu 1.95.

Peningkatan nilai R0 itu disebabkan oleh kenaikan mendadak jumlah kes harian positif Covid-19 iaitu antara 10 hingga 15 kes berbanding sebelum ini iaitu dua hingga tiga kes. – MalaysiaGazette

Tanpa kerajaan PH, Mahathir The Journey sedia hadapi segala kemungkinan

Penerbit Mahathir The Journey sudah bersedia dengan segala kemungkinan menjelang tarikh tayangan filem biopik mengenai Dr Mahathir Mohamad itu tidak lama lagi, termasuk berdepan kekangan tertentu dalam negara.

Taha Wahid - yang juga ketua bahagian pengurusan produksi filem itu - berkata, sasaran utama mereka ialah membawa filem berkenaan ke pasaran antarabangsa seperti China, Jepun, Timur Tengah dan Eropah.

Katanya nama Mahathir begitu besar dan dianggap sebagai legenda hidup.

Menurut Taha bekas perdana menteri itu dikenali di seluruh dunia, justeru tayangan yang disasarkan bukan hanya di Malaysia.

“Namun, kami juga memang dah fikirkan beberapa risiko sebelum memulakan penggambaran filem berkenaan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mahathir The Journey antaranya dijayakan pelakon Azhar Amir yang memegang watak sebagai Mahathir manakala isteri tokoh itu, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dibawakan penyanyi dan pelakon, Fauziah Latiff.

Ia disiapkan ketika Mahathir masih menjadi perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanapun PH dijatuhkan melalui langkah sesetengah ahli parlimen berpaling tadah dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional akhir Feb lalu.

Tunggu ancaman Covid-19 reda

Ketika ini Mahathir merupakan sebahagian daripada pemimpin parti pembangkang.

Penggambaran filem itu selesai Feb lalu dan sepatutnya menjengah layar perak pada Julai. Namun kemunculan ancaman Covid-19 memaksa penerbit menundanya sehingga ke tahun depan.

Naskhah berkisahkan perjalanan hidup bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu digarap bermula dari 2003 hingga malam detik pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Untuk rekod, seorang lagi penerbit filem berkenaan ialah Allahyarham Yusof Kelana yang meninggal dunia 15 Ogos lalu akibat kanser kulit. 

Menurut Taha, setakat ini, Reliance Media Group sudah mendapat persetujuan pengedar filem di China untuk menayangan filem berkenaan.

“Kami sudah memeterai perjanjian dengan China, bagaimanapun sambungan kepada urus janji itu akan dibincangkan lagi bergantung kepada situasi berkaitan Covid-19.

“Mereka masih menutup pawagam dan ada baiknya kami menangguhkan dulu tayangan Mahathir The Journey manakala urusan dengan Timur Tengah, Jepun dan Korea akan diadakan sebaik Covid-19 reda,” katanya.

Pada masa sama, mengulas kebimbangan lain, Taha berkata, seboleh-bolehnya mereka ingin mendapatkan tarikh tayangan serentak dalam dan di luar negara bagi mengelak ancaman cetak rompak ke atas karya arahan Prof Dr Hatta Azad Khan itu.

Katanya, lanun cetak rompak digital paling dibimbangi kerana urusan jual beli filem berkenaan turut dilakukan di luar negara.

“Jika nak buat tayangan dalam negeri perlu serentak kerana kami bimbang akan terlepas ke YouTube atau platform digital lain.

“Tak guna jalinkan kerjasama dengan pengedar luar negara jika hal seperti itu terjadi,” katanya.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong dilaporkan berada dalam keadaan koma


Khabarnya Ahli Parlimen Batu Sapi yang juga bekas Menteri Undang-undang Kerajaan PH, Liew Vui Keong dilaporkan berada dalam keadaan koma.

Beliau dilaporkan dimasukkan ke ICU Hospital Gleneagles Kota Kinabalu selepas mendapat jangkitan radang paru-paru.

Doakan agar cepat sembuh seperti sediakala.

#Sumber : FB   

MR :   Semoga sempat sembuh

PEMBERITAHUAN:

 BERITA POLITIK TELAH DIPINDAH KE DALAM KEMBAR BLOG ' AR RISALAH '

Surat Khas untuk Dr Radzi Jidin


Assalamualaikum yang berbahagia Dr Radzi Jidin. Saya seorang waris murid dari utara dan anak-anak saya berseklah di Kedah.

Tuan Dr, bermula daripada kes pertama Kluster Sivagangga sehinggalah ke kluster terkini iaitu Kluster Sungai, kes positif covid telah banyak dikesan di kalangan murid sekolah.

Kami para waris di sini bukan sahaja bimbang anak-anak akan terkena jangkitan, tetapi setiap kali ada kes walaupun melibatkan seorang murid atau waris murid, beribu murid lain akan dipaksa menjalani saringan swab.

Saya yakin tuan tahu bahawa prosedur ini boleh menjadi mimpi ngeri buat anak-anak terutamanya murid pra dan rendah.

Unit Pendidikan Kesihatan Kota Setar pernah mendedahkan bahawa 10,621 sample telah diambil bagi saringan selama dua hari, dan ini belum termasuk sekolah-sekolah yang pernah disaring sebelum itu, contohnya di Sungai Petani, Kulim dan lain-lain. 


 Ada murid yang sudah takut dan trauma hendak ke sekolah akibat daripada saringan tersebut.

Saban hari saya sebagai waris murid menunggu respons daripada pihak KPM khususnya tuan sebagai menteri kanan pendidikan.

Jangan katakan hendak mengeluarkan sebarang kenyataan atau rasa simpati, hendak menulis mengenai Kedah di laman media sosial tuan dan KPM pun tidak.

Yang saya nampak hanyalah perkongsian mengenai Sabah, Sabah dan Sabah. Melawat sekolah-sekolah di Sabah, bermain bola sepak di Sabah, semuanya di Sabah.

Gigih sungguh team KPM berkampung di sana.

Sekolah-sekolah di Kedah ini tuan jeling pun tak mahu, sedangkan kes di sekolah-sekolah di sekitar Kedah lebih tinggi berbanding Sabah pada waktu itu terutamanya di Kota Setar.

Dan kes di Kedah ini sudah lama bermula dan berkemungkinan akan terus berlaku. Kami di sini tidak cemburu, cuma tertanya-tanya, pihak tuan tidak pandai memberi prioritikah?

Rakyat yang memerhati tindak-tanduk tuan sudah boleh mengagak dari awal mengapa tuan dan team begitu gigih peduli Sabah.

Ya, kerana PRN Sabah.

5 minggu cukup lama

Sambil menyelam sambil minum air, dan pada 29 September, semua spekulasi itu terjawab apabila tuan telah memuat naik status di Twitter mengakui bahawa tuan telah menjelajah bumi Sabah selama lima minggu demi “pilihan raya negeri Sabah 2020”.

Lima minggu adalah tempoh yang sangat lama.

Jika sekolah-sekolah di Kedah diberi perhatian sepanjang tempoh lima minggu itu, tidaklah 10,000 lebih murid terpaksa ‘diswab’!

Saya sangat kecewa.

Tuan Dr, bersyukurlah kerana masih ada peluang kedua. Peluang untuk tuan menebus kesilapan lalu.

Di saat semakin banyak negeri mula terjejas akibat kes positif yang dibawa pulang dari kawasan berisiko tinggi, adalah baiknya tuan mula memberi fokus kepada tugas hakiki tuan pula iaitu menyantuni pendidikan, sekolah-sekolah, guru-guru dan murid-murid.

Mohon faham bahawa prioriti tuan adalah kami semua, bukan parti politik tuan!

Tutuplah sekolah-sekolah lebih awal supaya keadaan lebih terkawal. Belajarlah daripada apa yang berlaku di Kedah.

Jangan menggunakan pendekatan wait and see dan hanya menutup sekolah apabila berlaku kes.

Murid-murid di Kedah sudah melaluinya dan pengalaman itu cukup perit. Pendekatan prevention is better than cure adalah jauh lebih relevan pada waktu ini.

Kami faham bahawa pendidikan itu penting, tetapi nilai keselamatan adalah jauh lebih penting.

Bukan kami meminta sekolah ditutup bertahun-tahun, memadai beberapa minggu, sebulan, atau sehingga kes di seluruh negara reda sedikit.

Mungkin akan ada pihak yang bertegas bahawa penutupan sekolah berada di bawah kuasa MKN atau KKM.

Jika ini berlaku, maka adalah menjadi tanggungjawab tuan untuk fight for us demi keselamatan bersama.

Saya pasti, guru-guru juga mungkin berada dalam keadaan tertekan.

Tak kasihankah?

Selain mengajar, mereka terpaksa memikul tanggungjawab besar dalam memantau setiap pergerakan murid bagi menjaga SOP.

Di Kedah, melalui maklumat yang saya dapat, pernah ada kes murid-murid mendapat jangkitan selepas menggunakan pengangkutan yang sama.

Seperkara lagi, tidakkah proses saringan besar-besaran akan menelan belanja yang besar?

Perbelanjaan untuk saringan swab, PPE dan sanitasi - tidakkah membazir?

Dan tidak ada belas kasihankah kepada frontliners? Mudahan perkara ini dapat diberi perhatian segera.

Sekian daripada saya.

Oh ya, memandangkan tuan ke Sabah atas tujuan utama berpolitik, segala kos pengangkutan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kementeriankah, atau ditaja oleh parti?

Kami rakyat bawahan hanya mampu berdoa semoga tuan dan pihak KPM jujur menggalas amanah, tidak menggunakan peruntukan kementerian untuk tujuan yang tak sepatutnya.

Semoga tuan dan team dirahmati Allah SWT. Semoga keprihatinan dan sifat profesionalisme tuan terus SuBuR.

MR :   Apa pandangan perlu perhatian

Bung Moktar fokus tambah baik jalan, bekalan air Sabah


KOTA KINABALU -
Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini dalam usaha menambah baik jalan raya dan memberi bekalan air bersih kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I mahu menyusun semula program dan juga bajet untuk Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) memandangkan kemudahan infrastruktur dan bekalan air menjadi masalah sejak dulu lagi bagi rakyat Sabah.

"Misi utama saya dalam kementerian ini untuk memastikan jalan raya di Sabah dapat diperbaiki dan menyalurkan bekalan air bersih kepada rakyat.

"Selama kempen pilihan raya bertahun-tahun lalu, saya mendapat maklumat dan salah satu aku janji atau manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah memberi bekalan air bersih kepada rakyat Sabah," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mendengar taklimat berkaitan kementerian di bangunan Kementerian Infrastruktur Jabatan Kerja Raya, Sembulan di sini hari ini.

Kata Bung Moktar lagi, pihaknya berharap masalah bekalan air bersih di daerah terlibat dapat diselesaikan dan seterusnya dinikmati oleh rakyat Sabah.

"Rakyat berhak untuk menerima sepatutnya, tugas saya dan semua agensi di sini adalah memastikan rakyat mendapat hak mereka iaitu air bersih dan jalan raya yang baik," katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkembangan pembinaan Pan Borneo, beliau berkata, ia termasuk dalam keutamaannya dalam menerajui kementerian itu.

"Itu termasuk (Pan Borneo). Kita ketinggalan, Pan Borneo di Sarawak sudah mencapai 50 peratus, Sabah baru 18 hingga 20 peratus. Jadi nampak tidak masuk akal sedangkan kita bergerak bersama-sama, tetapi kita ketinggalan.

"Kenapa Sarawak boleh, Sabah tidak boleh. Jadi saya akan perincikan perkara ini secara spesifik untuk memastikan Pan Borneo pun perlu bergerak pantas untuk memastikan rakyat menikmati jalan raya yang lebih baik seperti negeri lain," katanya.

Terdahulu, Bung Moktar memulakan tugas rasminya di kementerian sebagai Menteri Kerja Raya selepas dilantik menjawat jawatan itu oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor semalam.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Helena Masry dan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil. #Sumber : SH   

MR :  Agaknya jawatan ni boleh ubah sikit personaliti Bung 

Imigresen serbu kebun durian, tahan 110 pendatang asing


Jabatan Imigresen menahan 110 pendatang asing tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Durian selepas menggempur tiga kilang dan 11 kebun durian di sekitar kawasan Raub.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata menerusi empat siri operasi yang dilaksanakan bermula 13 Ogos sehingga hari ini, warga Indonesia mencatatkan bilangan tahanan paling tinggi seramai 94 orang diikuti Myanmar lapan orang dan masing-masing empat warga Bangladesh dan Pakistan.

"Kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan dan telah tinggal lebih masa dengan menggunakan pas lawatan sosial yang diberikan kepada pelancong masuk ke Malaysia.

"Warga Indonesia yang paling ramai ditangkap di sini kerana mereka mempunyai kemahiran tentang berkebun dan kami percaya masih ramai lagi pendatang asing tanpa izin berjaya melarikan diri susulan operasi ini diadakan dan operasi ini tidak akan terhenti di sini," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Ops Durian yang telah dilaksanakan oleh lebih 25 anggota jabatan itu di Sungai Ruan di Raub hari ini.

Menurutnya, antara cabaran yang dilalui ketika operasi itu ialah kawasan kebun begitu luas, dianggarkan lebih 8,800 hektar selain pemilik kebun telah melatih anjing untuk menjaga kawasan mereka.

Kesemua mereka yang ditahan, katanya, akan dibawa ke depoh Kemayan, Teriang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan lain, Khairul Dzaimee berkata pihaknya masih memburu beberapa individu yang terlibat dalam sindiket pemalsuan cap imigresen didalangi warga Indonesia sejak dua tahun lepas yang dikenali sebagai ‘Sindiket Anton’.

"Kita masih memburu mereka ini, saki baki ahli kumpulan ini masih ada dan kita akan terus mengesan mereka," katanya.

Pada 15 Sept, Bernama melaporkan sindiket berkenaan tumpas susulan dua premis berkaitan kegiatan itu di Sungai Way, Petaling Jaya diserbu dan dalang utama sindiket itu dikenali sebagai 'Anton' berusia 38 tahun dan isterinya, 32, juga warga Indonesia ditahan pada 14 Sept.

Sindiket itu membuat cap palsu imigresen kepada mana-mana individu yang telah tinggal lebih masa sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pemilik pasport akan menghantar pasport berserta bayaran antara RM150 hingga RM250 bagi setiap cap. #Sumber :  - Bernama  

MR :  Ops Petai lepas ni 

Polis tahan 7 lagi individu kes tembak Banting

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata mereka akan 
direman selama 7 hari bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan mengetahui 
motif sebenar kejadian. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Polis menahan 7 lagi individu untuk membantu siasatan kes tembak yang menyebabkan seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadinya serta 3 pelajar cedera di Banting Jumaat lalu.

Ia menjadikan jumlah yang ditahan sehingga kini seramai 19 orang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, mereka akan direman selama 7 hari bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan mengetahui motif sebenar kejadian.

“Hasil siasatan akan kita beritahu selepas segalanya selesai,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Pada 25 September lalu, 3 pelajar cedera selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki 2 lelaki yang cedera akibat terkena tembakan di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari, 2 lelaki itu dipercayai ditembak oleh 2 individu menaiki sebuah motosikal.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Huzir berkata pihaknya mengesan 2 individu yang juga saksi kes tembak di Seri Kembangan pada 21 September lalu.

Katanya, dalam kes itu polis menahan 10 orang suspek yang mana 9 daripadanya lelaki manakala seorang lagi perempuan warga asing.

“Semua suspek direman untuk membantu siasatan yang dipercayai bersabit sindiket pinjaman wang tanpa lesen (along),” katanya.

Katanya, kedua-dua individu yang dicari itu adalah Loo Lai Ming (Dato Michael) dan Choong Aik Boon (Manco@Roy).

“Polis mengalu-alukan kerjasama semua lapisan masyarakat memberi maklumat bagi memburu 2 suspek yang masih bebas,” katanya.

Pada sidang media sama Huzir turut memaklumkan, kadar jenayah mencatatkan penurunan mendadak dalam tempoh 11 tahun bermula 2009 hingga 2019 membabitkan pelbagai kategori.

Katanya, kadar penurunan itu hasil pendekatan diambil termasuk adanya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Tabika elit lebarkan lagi jurang pendidikan di Malaysia

Norlaile Abd Rahman
MGF19022020_PERASMIAN-BANGUNAN-BAHARU-IYC_11-681x454
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Kewujudan tabika elit seperti yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan melebarkan lagi jurang pendidikan di negara ini.

Pengasas Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, daripada membazir wang untuk melabur jutaan ringgit bagi projek perintis tabika elit, lebih baik dana tersebut disalurkan untuk menaik taraf kualiti Tabika Kemas sedia ada.

Ini bagi membolehkan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang setaraf di samping menambah baik sistem pendidikan negara.

“Soalnya, mengapa KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) tidak melaksanakan sistem “Tabika Elit” ini di dalam seluruh operasi Tabika KEMAS? Mengapa perlu wujud kasta pendidikan baru?

“Mengapa kelebihan pendidikan ini hanya layak dinikmati oleh keluarga yang berpendapatan besar?

“Adakah Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga mencadangkan bahawa, “Jika keluarga kanak-kanak itu dari kumpulan yang susah, maka biarlah mereka belajar dengan kualiti pendidikan yang sederhana sahaja?”

“Pendidikan sepatutnya menjadi hak setiap kanak-kanak. Lebih-lebih lagi jika pendidikan itu disediakan oleh pihak kerajaan, maka amalan diskriminasi pendidikan dan melayan kumpulan tertentu lebih baik dari yang lain mesti ditolak jauh-jauh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Kemas akan mewujudkan tabika elit dengan kurikulum lebih baik berbanding tabika Kemas biasa sejajar dengan kemajuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Tabika tersebut dicadangkan hanya untuk murid yang ibu bapa mereka mempunyai kemampuan kewangan kerana yurannya lebih tinggi berbanding tabika Kemas biasa iaitu di antara RM5 hingga RM25 sebulan.

Tiada paksaan, katanya, untuk ibu bapa menghantar anak-anak ke tabika elit kerana 10,900 tabika Kemas biasa masih beroperasi.

Kertas kerja katanya telah disiapkan dan akan diperincikan sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dinilai. – MalaysiaGazette

SPRM tahan pengarah urusan kemuka dokumen palsu tender RM22 juta

Bernama
SPRM
SPRM

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang didakwa mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender bernilai RM22 juta di sebuah kementerian pada Julai 2018.

Sumber SPRM Kedah memberitahu, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Kajang, Selangor pada pukul 12 tengah hari, semalam.

“Suspek telah mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu dengan mengarah dan memaksa dua orang kakitangannya membuat penyata bank dan cop palsu.

“Ia bertujuan untuk syarikat itu memasuki tender sebuah kementerian untuk kerja-kerja pembersihan di sebuah jabatan di Kedah yang bernilai lebih RM22 juta,” katanya di sini hari ini.

Syarikat itu juga dikatakan telah dianugerahkan projek tersebut oleh kementerian berkenaan pada tahun yang sama.

Dalam pada itu, perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini telah dikeluarkan ke atas suspek itu oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Jamaluddin Alias bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.— BERNAMA

Bung Moktar mohon maaf kepada Ahmad Zahid kerana gagal jadi Ketua Menteri

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memohon maaf kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana gagal Ketua Menteri Sabah.
 
Timbalan Ketua Menteri I itu berkata, jawatan itu merupakan sasaran UMNO Sabah tetapi pihaknya menyedari adalah sukar untuk menuntutnya dengan dengan hanya memenangi 14 kerusi sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu lalu.
 
“Saya juga memohon maaf kepada Dato’ Seri Presiden kerana hasrat dan cita-cita beliau dan rakan-rakan yang berkehendakkan saya atau wakil daripada Umno Sabah Menjadi Ketua Menteri
tidak kesampaian,” katanya yang juga Ketua UMNO Sabah dalam kenyataan hari ini.
 
Menurut Bung Moktar, beliau berharap pihak-pihak tertentu yang masih bersandiwara menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal dan urusan Sabah supaya menghentikan tindakan tersebut dan berlaku adil agar tidak merugikan parti dengan agenda peribadi.
 
Tambah beliau,ahli parti perlu menjernihkan keadaan dan bukan mengeruhkan lagi keadaan dengan keputusan PRN baru-baru ini.
 
“Duka dan pedihnya, UMNO Sabah yang merasainya, ‘kita undur selangkah ke belakang bukan bererti kalah, tetapi kita bersedia untuk melangkah jauh lagi ke hadapan’,” ujarnya.
 
Sementara itu, beliau akan melakukan post mortem untuk mencari punca kekalahan BN di beberapa kerusi yang ditandinginya.
 
Tambah beliau, pihaknya juga akan membuat penambahbaikan demi memastikan BN dapat merampas semula kerusi-kerusi tersebut pada PRN akan datang. – MalaysiaGazette

Nilai Rt Covid-19 di Selangor lepasi paras bahaya

PETALING JAYA: Nilai kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Selangor meningkat kepada 1.95 melepasi paras bahaya iaitu 1.6 susulan peningkatan kes beberapa hari kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu harian dicatatkan antara 10 hingga 15 kes berbanding 2 hingga 3 kes sebelumnya.

“Ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar sekiranya langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Hisham berkata, biarpun mempunyai kes aktif melebihi 1,000 kes, nilai Rt di Sabah kembali stabil dengan kadar 1.26.

“Namun, ia masih merisaukan kerana melibatkan bilangan kes baharu harian yang tinggi. Nilai Rt mungkin meningkat jika tidak mengambil langkah intervensi kesihatan awam yang optimum,” katanya.

Beliau berkata, di Kedah pula nilai Rt yang direkodkan adalah 0.65.

“Sejajar dengan penurunan kes di Kedah yang mencatat hanya 2 kes dalam tempoh 4 hari lepas, nilai Rt terkininya menurun dari >1 ke 0.65.

“Ini menggambarkan pematuhan kepada SOP yang berkesan,” katanya.

Mengulas mengenai Rt semasa bagi Malaysia, Hisham berkata ia mencatatkan nilai Rt pada 1.25.

“Adalah penting bahawa masyarakat perlu mematuhi SOP serta langkah intervensi yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

KL dapat datuk bandar baharu esok

Nor Hisham Ahmad Dahlan dilantik sebagai datuk bandar Kuala Lumpur 2 tahun lalu.

PETALING JAYA: Kuala Lumpur dijangka mendapat datuk bandar yang baharu esok.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Wilayah Persekutuan berkata pihaknya akan mengadakan majlis perpisahan datuk bandar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok.

Datuk bandar yang baharu akan menggantikan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, yang mengambil alih jawatan itu pada 2 Okt 2018, daripada Amin Nordin Abd Aziz.

Sebelum ini dilaporkan kontrak Nor Hisham akan berakhir pada 2 Oktober.

Difahamkan, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa turut akan mengumumkan presiden baharu Perbadanan Putrajaya esok.

Kluster baharu Covid-19 di Kedah

Kes indeks kluster Tembok itu adalah kes kematian ke-135 yang dilaporkan hari ini.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengenalpasti kluster baharu Covid-19 di Kedah membabitkan seorang lelaki warga Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster Tembok itu adalah kes kematian ke-135 yang dilaporkan hari ini.

“Saringan Covid-19 kes indeks didapati positif pada 28 September. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 2 lagi kes positif Covid-19 membabitkan warganegara bagi kluster ini dikenalpasti.

“Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga tengah hari ini, sejumlah 169 individu disaring dengan 3 dikesan positif manakala 166 individu menunggu keputusan.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan.”

PM gesa mahkamah syariah guna teknologi baharu

Mohd Zaini Samsu Hadi
MGF290920_PERSIDANGAN-KEHAKIMAN-DAN-PERUNDANGAN-SYARIAH-4-681x454
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara Tahun 2020 di Movenpick Hotel dan Convention Centre, Sepang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK,

SEPANG – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar pentadbiran mahkamah syariah memberikan keutamaan terhadap penggunaan teknologi baharu dalam situasi penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Beliau berkata, pengalaman daripada episod pandemik Covid-19 menunjukkan bahawa penggunaan teknologi merupakan satu kewajipan.

“Tanpa teknologi, pentadbiran sistem kehakiman Islam boleh terencat dan seterusnya menghalang pelaksanaan keadilan yang merupakan suatu tuntutan agama.

“Ini adalah sebahagian daripada norma baharu dalam pentadbiran kehakiman Islam yang mesti diberikan tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 di Hotel Movenpick, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Muhyiddin berkata, dalam memelihara nyawa, seperti mengelakkan daripada penularan pandemik Covid-19, keputusan dan tindakan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) adalah adalah pengaplikasian prinsip maqasid syariah.

Ujarnya, sebagai pemerintah, menjadi tanggungjawab kerajaan yang prihatin untuk mengelakkan penularan wabak berbahaya ini yang boleh membawa kematian kepada rakyat.

Tambahnya, dalam keadaan kebanyakan negara di dunia terpaksa melaksanakan “lockdown” atau dikenali sebagai PKP, banyak urusan yang berkaitan dengan pentadbiran negara dan pengurusan ekonomi tidak dapat dilakukan dalam keadaan biasa seperti sebelum ini.

Katanya, tindakan itu telah berjaya mengekang penularan wabak Covid-19, namun, pada masa yang sama, ia juga memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat dan pentadbiran negara.

“Pentadbiran mahkamah syariah adalah antara yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Ini termasuk penutupan mahkamah yang memerlukan sistem kehakiman berfungsi dalam keadaan norma baharu seperti pelaksanaan urusan mahkamah menerusi sistem dalam talian,” katanya. – MalaysiaGazette

Hajiji nafi BN tidak puas hati pembahagian jawatan Kabinet negeri

Shawaliah Hadir
MGF29092020_KM-SABAH-HAJIJI04-681x454
Gelagat Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor bersama timbalan satunya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada sidang media khas pertama sebagai Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Likas. foto HAZROL ZAINAL,

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor menafikan kepimpinan baru yang diterajuinya berhadapan dengan masalah pimpinan Barisan Nasional (BN) berhubung barisan Kabinet negeri.

Beliau berkata, BN negeri itu menerima baik pembahagian jawatan Kabinet Sabah.

“Mana ada spekulasi tidak puas hati. UMNO ada sini (dalam sidang media),” katanya pada sidang media pertama sebagai Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri hari ini.

Terdahulu, beliau memberitahu terdapat perubahan dalam dua portfolio kanan Kabinet Sabah yang membabitkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Menurut beliau, portfolio Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah akan digalas oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II akan dipertanggungjawabkan kepada Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, ujar beliau.

Pertukaran portfolio berkenaan berlaku selepas lebih tiga jam istiadat angkat sumpah selesai.

Hajiji bagaimananpun tidak menjawab ketika ditanya  adakah  Tan Sri Musa Aman akan dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri (TYT). – MalaysiaGazette

Kluster Bangau-Bangau merisaukan, virus sudah tersebar dalam komuniti – KKM

Kumara Sabapatty
MGF21052020_SARINGAN-FLAT-SRI-SELANGOR40-681x452
Ujian saringan untuk Kluster Bangau-Bangau telah diperhebatkan oleh Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) di  Semporna, Sabah kerana khuatir lebih ramai mungkin dikesan jangkitan Covid-19.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Ujian saringan untuk Kluster Bangau-Bangau telah diperhebatkan oleh Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) di  Semporna, Sabah kerana khuatir lebih ramai mungkin dikesan jangkitan Covid-19.

Ini kerana KKM bimbang virus kluster itu sudah merebak secara meluas dalam kalangan komuniti di perkampungan dan daerah Semporna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penelitian pihaknya terhadap kluster itu mendapati trend kenaikan kadar positif kawasan itu sangat membimbangkan kerana menunjukkan trend kebarangkalian kadar jangkitan 65.5 peratus.

“Setakat ini 421 individu telah disaring dan 276 daripadanya disahkan positif Covid-19 Kluster Bangau-Bangau. Kluster Bangau-Bangau membimbangkan kami sebab virus sudah berada dalam komuniti dan menjejaskan ramai invididu.

“Jadi aktiviti saringan dilaksanakan di kawasan itu dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau sehingga 12 Oktober ini,’ katanya dalam sidang media Covid-19 hari ini.

Menurut Noor Hisham, dalam seminggu lagi, petugas kesihatan akan meningkatkan saringan ke setiap kampung, individu dalam komuniti kampung membabitkan kluster Bangau-Bangau.

Ujar beliau, mengikut penanda aras Pertubuhan Kesihatan Sedunia sekiranya kadarnya 60 peratus ke atas maka ia bermaksud ramai invidu positif dan perlu disaring.

“Sehubungan itu, kita akan mempergiatkan ujian saringan itu terhadap merekadan kes positif yang dikesan akan dikuarantin segera untuk rawatan lanjut,” katanya.- MalaysiaGazette

30 rumah rosak teruk .

Norzamira Che Noh
 
ZURAIDA (kanan) melihat keadaan struktur bangunan yang mengalami keretakan ketika mengadakan lawatan di flat Taman Sri Berembang.
ZURAIDA (kanan) melihat keadaan struktur bangunan yang 
mengalami keretakan ketika mengadakan lawatan di flat Taman 
Sri Berembang.

Pelabuhan Klang: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta kerjasama kerajaan Selangor bagi menyelesaikan masalah bangunan flat Taman Seri Berembang yang kini dalam keadaan kritikal.

Sebuah blok di flat yang berusia 22 tahun itu kini mengalami keretakan serius dan tidak selamat untuk didiami.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, KPKT bersedia membina penempatan baharu untuk penduduk yang terjejas, bagaimanapun, kementerian itu perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.

"Pembinaan semula perlu dilakukan kerana flat berkenaan mengalami kerosakan struktur apabila jika kita membuat baik pulih, ia akan menghasilkan kesan 'domino' yang akan turut menjejaskan keseluruhan blok di taman itu.

"Kita boleh membina semula penempatan baharu dengan anggaran kos (pembinaan semula) RM50 juta bagaimanapun kita meminta Selangor menyediakan sebidang tanah.

"Dalam pada itu, 30 rumah dikesan mengalami keretakan dan kerosakan yang teruk oleh itu kita mahu 30 keluarga ini dipindahkan ke mana-mana rumah Selangorku berdekatan," katanya selepas mengadakan lawatan ke flat berkenaan semalam.

Beliau berkata, kementerian itu tidak mempunyai rumah di kawasan berdekatan dan kerjasama kerajaan negeri diperlukan bagi memastikan 30 keluarga itu tinggal di kediaman yang lebih selamat.

Katanya, satu mesyuarat penyelarasan juga perlu dibuat antara KPKT dan kerajaan negeri untuk berbincang mengenai penempatan semula penduduk itu.

"Sekiranya projek ini berjaya dilakukan, ia akan menjadi model KPKT dalam pembangunan semula rumah kos rendah yang berusia lebih 30 tahun khusus di Selangor," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penduduk Taman Seri Berembang, Mohd Yusof Dolah berkata, pihaknya bersyukur kerana masalah yang sekian lama dihadapi penduduk mendapat perhatian menteri KPKT.

"Terdapat 478 unit rumah di lima blok flat ini dan sekiranya pembinaan semula dilakukan, kami berharap ia tidak terlalu jauh memandangkan rata-rata penduduk bekerja di sekitar Pelabuhan Klang malah ramai anak kami juga bersekolah di sini.

"Insya-Allah kami akan memberikan kerjasama kepada pihak yang terbabit sama ada untuk penempatan atau pembinaan semula flat," katanya.

Sebelum ini, isu flat uzur itu disiarkan di saluran berita sebuah stesen televisyen dan mendapat perhatian beberapa pihak.

LIHAT VIDEO DI SINI

3,058 permohonan PKS Penjana dilulus

Bisnes Metro
 
 Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Kuala Lumpur:Sebanyak 3,058 permohonan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan nilai pinjaman RM742.8 juta diluluskan di bawah Pembiayaan PKS Penjana sehingga 18 September lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, di bawah pembiayaan ini, dana RM2 bilion diperuntukkan kerajaan dengan memberi keutamaan kepada PKS yang belum pernah mendapat pinjaman dari bank sebelum ini.

Malah, RM73.6 juta disalurkan kepada 11,059 PKS Mikro di bawah Skim Pemulihan Perniagaan Tekun.

"PKS selaku komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara diberi keutamaan dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka," katanya dalam Laporan Laksana ke-23 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) menerusi laman Facebook beliau di sini, semalam.

Pengeluar dan Pengusaha makanan produk Terengganu Afifi Ab Rahim menyusun produk di kilangnya di Sungai Buloh.
Pengeluar dan Pengusaha makanan produk Terengganu Afifi 
Ab Rahim menyusun produk di kilangnya di Sungai Buloh.

Menurutnya, beliau menjelaskan skim disediakan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) ini mampu meningkatkan akses kepada pembiayaan dalam memulihkan beban aliran tunai jangka pendek PKS.

"Kerajaan juga menyalurkan RM55.31 juta melalui Pembiayaan Mikro Kredit Penjana di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) yang memanfaatkan 1,480 PKS dan PKS Mikro.

"Bagi memastikan kelangsungan usahawan Bumiputera, RM16.22 juta disalurkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan memanfaatkan 41 perniagaan Bumiputera," katanya.

Tengku Zafrul berkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan pinjaman modal kerja untuk membantu usahawan terjejas, termasuk sektor pendidikan swasta dengan had maksimum jumlah pinjaman RM1 juta dengan kadar faedah 3.5 peratus setahun.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai permohonan e-Penjana yang ditutup pada 24 September lalu, menurutnya 11.15 juta rakyat menerima RM50 dalam e-dompet dengan jumlah nilai RM557.46 juta.

Tengku Zafrul mengingatkan penerima e-Penjana bahawa kredit di dalam e-dompet ini perlu digunakan sebelum 30 September supaya nilai kredit tidak luput daripada akaun mereka.

Enam nelayan asing ditahan

Noor Hidayah Tanzizi

BOT nelayan tempatan kelas B1 bersama kru warga Myanmar ditahan. FOTO Ihsan CPS Kampung Acheh.

Bagan Datuk: Dua bot pukat tunda tempatan kelas B1 bersama enam kru warga Myanmar ditahan Jabatan Perikanan Perak dalam operasi di dua lokasi berasingan di perairan Pulau Lalang, di sini, semalam.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut merampas lebih 200 kilogram pelbagai jenis ikan dengan keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai RM1 juta.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata, dua bot berkenaan ditahan kerana menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Menurutnya, selain itu, mereka turut dikesan menggunakan saiz mata pukat kurang 38 milimeter (mm).

"Bot pertama ditahan di kedudukan 0.7 batu nautika Pulau Lalang, Bagan Datuk pada 8.40 pagi dan menggunakan tiga kru warga Myanmar.

"Bot kedua bersama tiga nelayan warga Myanmar pula ditahan 20 minit kemudian di 1.1 batu nautika lokasi sama, selain menggunakan kod zon tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kedua-dua bot bersama enam warga asing berusia antara 40 hingga 50 tahun itu dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan untuk tindakan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985," katanya.

Air naik ketika nyenyak tidur

Ramli Ibrahim
 
KEADAAN banjir kilat yang melanda Rancangan Tanah Kesedar Paloh 1 dan Felda Chiku.

Gua Musang: Hujan lebat lebih enam jam sejak malam tadi menyebabkan banjir kilat di Rancangan Tanah Kesedar Paloh 1 dan Felda Chiku, dekat sini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada parit dan longkang tersumbat.

Seorang peneroka Kesedar Paloh 1, Ismail Husin, 62, berkata, hujan lebat bermula 10 malam menyebabkan rumahnya dinaiki air.

Katanya, sekurang-kurangnya 10 rumah dan kedai di kawasan itu dimasuki air sebelum surut semula tiga jam kemudian.

Dia mengakui kejadian banjir kilat kerap berlaku apabila hujan berikutan parit tidak diselenggara dan mudah tersumbat.

"Kami sudah buntu memikirkan keadaan itu kerana banyak barang terutama perabot sudah beberapa kali kerosakan akibat banjir kilat.

"Malah, kenderaan yang terletak rumah juga hampir tenggelam kerana air parit naik dengan cepat," katanya di sini, hari ini.

Sementara, peneroka Felda Chiku, Siti Hasmah Latiff, 42, berkata, dia terkejut apabila mendapati rumahnya dipenuhi air ketika bangun pada 6 pagi.

"Walaupun airnya tidak terlalu dalam tetapi ia menyebabkan perabot rosak.

"Beberapa rumah jiran juga turut dinaiki air," katanya.

Selasa, 29 September 2020

UMNO, PPBM bersatulah, jangan sebab dendam ‘nasi jadi bubur’

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

 

Turunkan ego, fikir masa depan yang lebih penting dari masa kini

INSAFLAH wahai umat Islam, hentikan segera pertikaian sesama sendiri, demi masa depan anak bangsa dan tanah air tercinta ini

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, semakin jelas menunjukkan bagaimana kedudukan sebenar penyatuan umat Islam. Bertambah kuat, atau sebaliknya bertambah lemah. Jawapannya, jelas semakin lemah dan mungkin menuju kehancuran jika tidak dibendung.

Saya tidak pernah risaukan ultra kiasu kerana mereka memang bersatu, walaupun nampak ada sedikit ‘berpecah’. Tetapi mereka tetap satu. Soalnya kita, umat Islam, terutama parti-parti Melayu UMNO dan PPBM.

Saya tidak pernah risaukan PAS (juga BERJASA), kerana mereka sudah ‘sedar’ akan hala tuju. Tetapi belum lagi untuk UMNO dan PPBM.

Sehingga sudah mencapai kemenangan pun dalam PRN Sabah, penentuan siapakah yang sepatutnya menjadi Ketua Menteri, antara calon PN (Hajiji) dan BN (Bung Moktar), masih berbelah bahagi, sehinggakan sukar untuk Tuan Yang Terutama (Gabenor) untuk membuat keputusan.

Dibimbangi, akhirnya nanti, disebabkan oleh pertikaian yang tidak berkesudahan, ultra kiasu yang berkuasa walaupun tidak mendapat majoriti.

Insaflah…

Saya tidak boleh bayangkan, jika diumumkan Pilihan Raya Umum (PRU15) tidak lama lagi. Melihat kepada pertembungan antara PN dan BN di Sabah, tidak mustahil pertembungan ini akan berlaku hebat di Semenanjung, terutama antara UMNO dan PPBM. PAS turut juga akan menuntut tetapi mungkin tidak sehebat UMNO dan PPBM.

UMNO selaku parti yang paling senior dan paling banyak mendapat kerusi, sudah tentu mahukan lebih banyak kerusi.

PPBM (Bersatu) meskipun masih baharu, tidak punya kekuatan akar umbi, tetapi lebih banyak bersandar kepada Perdana Menteri (PPBM), pasti tidak mahu mengalah kepada UMNO.

Saya menaruh harapan yang tinggi, untuk PAS dan BERJASA boleh menjadi moderator masalah yang dihadapi antara UMNO (BN) dan PPBM (PN). Jika ‘perbalahan’ antara kedua parti ini, yang asalnya satu (UMNO), tidak dapat diselesaikan, tidak mustahil, ultra kiasu akan kembali berkuasa.

Jika itu terjadi lagi, selepas ini kita hanya akan mengigit jari. PRU14, jatuh, bangun kembali. PRU15, jika jatuh lagi, memang tidak akan bangun-bangun lagi, kerana ultra kiasu sudah menjadi terlalu kuat.

Jika UMNO dan PPBM, boleh bersatu, tidak mustahil Selangor akan jatuh, begitu juga Pulau Pinang.

Pokoknya, parti-parti Melayu (Islam) mesti bersatu. Jika PAS yang begitu lama berseteru dengan UMNO pun boleh bersatu atas kepentingan agama, bangsa dan negara. Kenapa UMNO dan PPBM, yang asalnya PPBM daripada UMNO, tidak boleh bersatu. Semua ini kerana EGO tinggi dan dendam tidak terbalas. EGO, EGO, EGO.

Lupakanlah, fikirkanlah soal masa depan anak bangsa. Bersatulah. Kelakar sangat melihat, dalam meraikan kemenangan PRN Sabah dua hari lepas, PN berada di tempat lain, manakala UMNO (BN) berada di tempat yang lain.

Kelakar sangat melihat, dua-dua calon Ketua Menteri mengadap TYT daripada parti ‘muafakat’ yang sama. Musuh-musuh melihat sahaja dan sedang mengatur strategi

Justeru, segeralah mencari ubatnya. Penyelesaiannya.

Apakah asas dan terma kepada penyatuan ini?

Pertama, letakkan kepentingan agama (Allah) mengatasi segala-galanya. Tidak ada yang lebih mulia dalam kehidupan, melainkan dengan meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan apabila berlaku pertikaian. Peringatan Allah SWT ini jangan dilupakan sama sekali.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.(Al Imran:103)
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”(An-Nisa’ : 59).

Kedua, buang segera ego jauh-jauh. PPBM jangan terlalu ego hanya kerana PM adalah daripada partinya. Percayalah, akar umbi PPBM tidak kuat, bergantung kepada UMNO (PAS) untuk menggerakannya pada PRU15 akan datang

Ketiga, UMNO selaku parti yang paling senior, hendaklah bertindak secara hikmah dan matang. Saya tidak boleh bayangkan jika UMNO sanggup bekerjasama dengan ultra kiasu bagi menjatuhkan pimpinan PPBM. Jika itu berlaku, ia adalah satu malapetaka.

UMNO mesti mengakui dan menerima kewujudan PPBM kerana ia memang tidak dapat disangkal lagi. Ingat! Tertubuhkan PPBM adalah disebabkan oleh kelemahan dalam UMNO itu sehingga menyebabkan perpecahan berlaku. Terimalah hakikat ini.

Saya tidak nafikan UMNO perlu diberikan kerusi yang paling banyak berbanding rakan-rakan parti dalam PN. Perkara ini perlu dilakukan dengan strategi yang paling bijaksana.

Keempat, siapakah musuh kita yang sebenar? Perkara ini perlu jelas. UMNO dan PPBM, adalah sesama saudara, seagama. Air dicincang tidak akan putus. Isunya hari ini, siapa memerlukan siapa? Jawapannya, tidak siapa memerlukan siapa, tetapi sebenar adalah apa?

Apa yang benar, apa yang salah, yang telah dilakukan selama ini. Buatlah muhasabah dengan segera sebelum terlambat.

Kelima, PAS dan BERJASA mesti segera, bertindak untuk menjadi moderator kepada kedua parti yang sama yang sedang berseteru ini.

Jika tidak boleh juga bersatu, maka rakyat Malaysia mungkin tidak ada pilihan lain, melainkan memilih PAS dan BERJASA untuk menyelamatkan negara ini.

Keenam, ingatlah, hidup ini tidak kekal lama, kuasa dan semua yang ada hanya sementara. Tidak ada siapapun yang boleh menongkat langit. Perkiraan akhir kita, mahu ke syurga atau neraka. Syurga sudah terbentang luas, kenapa neraka yang dicari.

Coretan ini mungkin nampak sinis dan kelakar, tetapi semua itu tidak mustahil. Gerakan menyatukan ummah ini mesti dilakukan segera sebelum nasi menjadi bubur.

Tidak ada gunanya lagi menyesal jika sudah menjadi bubur walaupun menangis air mata darah sekalipun.

Sekali lagi, PRN Sabah, tahniah kepada yang menang, harap tidak ada lagi katak-katak yang akan melompat. Buanglah sifat haiwan ini, masukkan sifat manusiawi. In shaa Allah, kejayaan pasti akan bersama.

Selepas dilantik Timbalan KM Sabah, Jeffrey Kitingan letak jawatan

 SUARA MERDEKA

SELEPAS dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah hari ini,  Jeffrey Gapari Kitingan telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di dalam Kerajaan Persekutuan.

Kitingan, 72 dilaporkan media, telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengenai hasrat pengunduran dirinya, hari ini.

Kitingan adalah presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan anggota Parlimen tunggal parti itu yang mewakili parlimen Keningau.

Dia telah dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah, di Kota Kinabalu pagi ini.-SM

PEMBERITAHUAN:

  BERITA POLITIK TELAH DIPINDAH KE DALAM KEMBAR BLOG ' AR RISALAH '

Penyakit Chikungunya landa Kulim

 SUARA MERDEKA


Seramai 28 individu disahkan dijangkiti chikungunya membabitkan dua lokaliti di Kulim, Kedah.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Mohd Fikri Ujang berkata lokaliti pertama wabak itu dikesan di Flat Jati pada 2 Sept lepas dan setakat ini menjangkiti 23 individu, manakala satu lagi dikesan di Taman Sawi pada Ahad lalu dengan lima individu telah dijangkiti.

“Kesemua individu ini menunjukkan pelbagai gejala antaranya demam, sakit sendi dan ruam. Wabak di flat berkenaan dijangka akan tamat esok, manakala wabak di lokaliti Taman Sawi dijangka berakhir pada 12 Oktober depan.

Bagaimanapun kita akan terus pantau keadaan di kedua-dua lokaliti ini bagi memastikan tiada kes baharu, langkah-langkah kawalan juga telah dilakukan di kedua-dua lokaliti berkenaan dan ketika ini keadaan adalah terkawal,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mohd Fikri menasihatkan orang ramai terutama yang tinggal di kawasan wabak segera  mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala seperti demam, pening kepala dan sakit sendi.

“Orang ramai juga disaran menjalankan pemeriksaan kendiri di kediaman masing-masing serta menghapuskan  tempat pembiakan nyamuk aedes, selain menggunakan semburan aerosol di dalam rumah pada waktu puncak nyamuk Aedes aktif iaitu dari 6 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam,” katanya.-SM

Masidi diberi portfolio kewangan, Bung beralih ke kerja raya .

 SUARA MERDEKA

Tiga jam selepas mengangkat sumpah Datuk Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah, terdapat perubahan portfolio dalam Kabinet Negeri Sabah.

Datuk Seri Bung Moktar Radin, Timbala Ketua Menteri II, yang pada awalnya diberi kedudukan sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Menteri Perumahan, kini telah dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Masidi Manjun akan memegang dua jawatan dalam kabinet negeri – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II.

“Masidi akan membantu saya dalam bidang keuangan, terutama dalam menghidupkan kembali ekonomi negara dan menghadapi pandemi Covid-19.

“Selain itu, lima menteri lagi, serta pembantu menteri, akan dilantik segera,” katanya kepada wartawan dalam sidang media di Pejabat Ketua Menteri hari ini.

Hajiji berkata, perubahan portfolio berlaku kerana dia mahu Masidi membantunya dalam masalah ekonomi memandangkan wabak Covid-19.

Spekulasi kononya teradapa asa tidak puas hati di kalangan pemimpin UMNO Sabah, kerana Bung tidak diberi jawatan Menteri Kerja Raya.

Namun, Hajiji menafikan spekulasi itu.

“Itu tidak betul. Umno ada di sini, ”katanya di sebelah Bung, yang bersemangat tinggi.

Kerajaan negeri kini dipimpin oleh Gabungan Rakyat Sabah dengan sokongan 41 ADUN.-SM

Hadi dinasihatkan dua kali masuk wad ketika peralihan kuasa

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendedahkan dia hampir dimasukkan ke wad kerana terlalu bekerja keras untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar pada penghujung Februari lalu.

Abdul Hadi yang terlibat secara langsung dalam proses tersebut menyifatkan pertukaran kerajaan ketika itu sebagai pengalaman paling meninggalkan kesan sepanjang 56 tahun penglibatannya dalam politik.

“Saya dan dan rakan-rakan pimpinan politik negara berhempas pulas dalam isu ini sehingga saya tidur tak cukup, sehingga dua kali dinasihatkan untuk masuk hospital.

“Namun kami bekerja dengan penuh semangat hingga berlaku ‘perubahan’ yang sangat menarik (dalam negara), aman, sampai tidak ada satu titik darah pun yang tumpah kerananya,” ujar Abdul Hadi dalam wawancara khas Malaysia Gazette.

Pada 24 Feb lalu, landskap politik negara berubah apabila Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri susulan tindakan sekumpulan pemimpin politik berkumpul di sebuah hotel, yang pada mulanya dikatakan sebagai usaha menghalang jawatan perdana menteri diserahkan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kemudian mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka bagi memilih calon perdana menteri.

Krisis itu berakhir apabila Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac dan kerajaan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional ditubuhkan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, dalam kemelut politik tersebut, tanggungjawab yang dipikul mereka antaranya memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan orang Islam itu sendiri tidak terjejas.

“Akhirnya kita berjaya mewujudkan titik pertemuan bagi mengembalikan kuasa politik orang Melayu, Islam yang adil untuk semua.

“Kita juga berjaya mengajak kaum bukan Islam yang tidak esktrim, yang bencikan huru-hara dan pergaduhan untuk bersama kita sehingga tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Pemilihan vaksin Covid-19 dimuktamadkan awal tahun depan

Kerajaan berkemungkinan memuktamadkan pemilihan vaksin COVID-19 menjelang awal tahun 2021, demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata data daripada beberapa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang berada pada fasa ketiga, dijangka dianalisa pada hujung tahun ini.

Menurut beliau, MOSTI juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara berkenaan implikasi undang-undang dan model perolehan bagi vaksin COVID-19.

"Kita juga sedang berbincang terus dengan syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa lain bagi pembekalan terus tanpa melalui pelan peruntukan vaksin COVID-19 Vaccine Global Access (Covax).

"Saya juga telah meminta supaya satu perjanjian dengan negara China dimuktamadkan secepat mungkin berikutan draf penjanjian hampir siap," katanya selepas melancarkan pengecas tanpa wayar nanotech (METT) yang pertama di Malaysia hari ini.

Tambahnya, rundingan dengan pihak (Covax) bagi penyertaan Malaysia di dalam kemudahan tersebut bagi mendapatkan vaksin COVID-19 yang diperlukan, masih berlangsung.

"Ada beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dengan pihak Covax. Kemudahan ini adalah kemudahan pembelian awal, jadi model perolehan ini agak luar biasa. Kita bayar untuk benda yg masih belum lagi wujud," jelasnya.

Antara syarikat yang telah memulakan ujian klinikal terakhir vaksin COVID-19 termasuk Moderna, Pfizer and BioNTech, AstraZeneca, University of Oxford dan Johnson & Johnson.- Bernama

Hajiji mampu pimpin Sabah - Musa Aman

MALAYSIAKINI


Ketua Menteri Sabah baharu Datuk Hajiji Mohd Noor berkemampuan memimpin Sabah dan membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan kepada rakyat dan pembangunan negeri pada masa hadapan, kata bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Hajiji, Musa berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu bukan sahaja seorang individu penyayang, tetapi juga pemimpin yang tegas dan mampu membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Saya sudah lama mengenali Hajiji, telah berkhidmat sebagai menteri Kabinet (negeri) selama bertahun-tahun di bawah pentadbiran saya sebagai Ketua Menteri.

“Beliau selalu memberikan komitmen penuh dan profesionalisme terhadap pekerjaannya pada masa itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji, 65, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang Dipertua Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu pagi tadi.

Pelantikannya dibuat selepas gabungan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkumi PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi majoriti mudah dengan 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri Sabtu lepas.- Bernama

Jangan galakkan 'perilaku katak' di Sabah, kata Adun DAP .

 MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Seorang Adun DAP Selangor menyuarakan bantahan terhadap mereka yang berharap agar Presiden Warisan, Shafie Apdal merancang adegan lompat parti bagi membentuk kerajaan negeri di Sabah.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran berkata 'perilaku katak' tidak sepatutnya digalakkan.

"Saya tidak setuju dengan beberapa rakan saya yang berharap Shafie dapat memujuk beberapa orang Adun atau PBS untuk menyeberang ke Warisan.

"Saya tidak suka melihat Umno berkuasa di mana sahaja, termasuk Sabah, (tetapi) tidak betul untuk mendorong 'perilaku katak'.

"Kita tidak boleh menjadi parti yang cakap lain buat lain," katanya dalam catatan Facebook malam tadi.

Warisan plus gagal mempertahankan kerajaan negeri Sabah pada pilihan raya negeri Sabtu lalu, dengan hanya memenangi 32 kerusi berbanding 38 yang dimenangi oleh Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

GRS, yang terdiri daripada Perikatan Nasional, BN, dan PBS, juga mendapat sokongan tiga Adun bebas yang menang dalam pilihan raya itu.

Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor dijadual mengangkat sumpah sebagai ketua menteri hari ini.

Shafie dan Warisan Plus, bagaimanapun, belum mengakui kekalahan secara rasmi.

Pada pilihan raya umum 2018, BN dan Warisan masing-masing memenangi 29 kerusi, manakala  Parti Solidariti Tanah Airku (Star) menang dua kerusi.

Pemimpin BN Sabah, Musa Aman kemudian membuat perjanjian dengan Star bagi mendapatkan majoriti.

Bagaimanapun tidak lama selepas mengangkat sumpah, beberapa Adun BN bertindak melompat parti untuk memberikan majoriti kepada Shafie.

Pejabat MP ditutup akibat kluster Klang

MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memaklumkan bahawa pejabatnya akan ditutup mulai hari ini susulan seorang kakitanggannya mungkin mempunyai kontak rapat dengan kluster Covid-19.

"Pusat khidmat saya akan ditutup bermula 29 September sehingga diberirahu kelak.

"Seorang kakitangan kami mungkin dijangkiti daripada kluster baru di Klang.

"Semua kakitangan akan menjalani ujian Covid-19 pagi esok. Kami akan maklumkan perkembangan itu,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan satu kluster baru Covid-19 dikesan di Klang.

Kluster Jalan Apas, yang setakat semalam mempunyai lapan kes, dibawa oleh pasangan (kes 10,782 dan kes 10,783) yang melawat Sabah.

Mereka melawat Tawau dan Semporna bermula 13 hingga 16 September dan mula menunjukkan tanda-tanda demam, batuk dan selsema pada 18 September. Ekoran itu, mereka mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada 19 September.

Pasangan itu kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24 September dan disahkan positif pada 26 September. Susulan itu, mereka dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

Berikutan penemuan itu, usaha mengesan kontak rapat dijalankan pada 27 September yang mendapati seramai enam lagi individu disahkan positif Covid-19.

Enam individu itu adalah termasuk dua pelajar sekolah menengah yang adalah adik-beradik seorang daripada individu kes indeks.

Kedua-dua pelajar berkenaan adalah dari SMK Pandamaran Jaya di Pelabuhan Klang.

Menurut Jabatan pendidikan Selangor, bilik darjah mereka telah disembur cecair pembasmi kuman dan sesi persekolahan berjalan seperti biasa.

Hampir separuh kes Covid-19 ada kaitan perjalanan ke Sabah

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kira-kira separuh kes Covid-19 yang dicatatkan di luar Sabah mempunyai kaitan dengan penularan wabak dari negeri itu, berdasarkan kiraan Malaysiakini melalui maklumat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Ia berikutan lonjakan kes Covid-19 di Sabah dan peningkatan perjalanan ke negeri tersebut susulan pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.

Berdasarkan kiraan, terdapat 142 kes Covid-19 di Malaysia dari Sabah sejak 20 Sept lalu.

Berdasarkan sidang media harian dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, 94 daripada jumlah kes tersebut merupakan penularan tempatan, di mana 49 daripadanya mempunyai kaitan dengan perjalanan ke Sabah.

Ini termasuk kluster Setapak di Kuala Lumpur (tiga kes) dan kluster Jalan Apas (lapan kes) di Klang, di mana pelancong yang pulang dari Sabah didapati telah menyebarkan jangkitan tersebut kepada ahli keluarga dan rakan serumah yang tidak mempunyai rekod perjalanan ke Sabah.

Antara kes yang mendapat perhatian ialah ahli majlis tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii dan Timbalan Ketua Pemuda Umno Shahril Hamdan, yang dikesan positif ketika kembali daripada berkempen di Sabah.

KKM memberikan amaran mengenai kes Covid-19 yang berlaku dalam kalangan mereka yang melakukan perjalanan ke Sabah pada 25 Sept.

Menurut Noor Hisham, 10 kes dilaporkan antara 20 Sept dan 25 Sept. 

Pada keesokan harinya, dilaporkan bahawa 11 lagi kes telah dikenalpasti.

Noor Hisham ketika itu berkata, bagi mereka yang menunjukkan gejala Covid-19 selepas berkunjung ke kawasan zon merah (Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna) perlu menjalani saringan Covid-19.

Mereka yang tidak bergejala pula digalakkan menjalani saringan tersebut dan menjalani kuarantin kendiri.

Pada 26 Sept, yang juga merupakan hari mengundi bagi PRN Sabah, Noor Hisham juga ada menyebut mengenai kes-kes baru yang dikesan melalui saringan terhadap individu yang pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Berkuatkuasa dari 27 Sept hingga 10 Okt, pelawat yang baru tiba dari Sabah diwajibkan menjalani ujian saringan dan tempoh kuarantin sehingga keputusan ujian saringan tersebut diketahui.

Kerajaan semalam mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentabdiran di empat daerah di Sabah (Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna) yang berkuat kuasa tengah malam tadi.

Lonjakan kes Covid-19 di Sabah berlaku sejak awal bulan ini, selepas kluster Benteng LD dikesan pada 1 Sept.

Sehingga semalam, kluster Benteng LD mencatatkan 873 kes. 

Daripada jumlah tersebut, 675 merupakan banduan dan tahanan lokap, 25 merupakan anggota polis dan pegawai penjara dan 31 adalah anggota keluarga kakitangan dan tahanan.

Bagaimanapun, kategori kedua terbesar bagi kluster Benteng LD merupakan kontak dengan kes berkenaan di mana 142 kes dikesan positif Covid-19 setakat ini.

Untuk rekod, sejak kluster Benteng LD dilaporkan, terdapat sembilan lagi kluster yang dikenalpasti di negeri itu, menjadikan ia sebanyak 1,189 kes.

Terdapat 1,352 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah sejak 1 Sept. 

Ini bermakna 163 kes tidak berada dalam mana-mana kluster tersebut.

Walaupun sebilangan kes itu merupakan kes import, banyak kes dikesan ketika pesakit datang untuk melakkukan pemeriksaan saringan.

Jika dibuat perbandingan, hanya 342 kes dilaporkan di seluruh Malaysia sejak 1 Sept termasuk kes import.