Jumaat, 31 Mac 2017

Perangkaan Bank Negara lenyapkan impian Najib

MALAYSIAKINI
 

Perangkaan prestasi ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah menafikan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia berada di landasan betul ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Melihat keadaan semasa, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pertumbuhan tahunan Keluaran Negara Kasar (KNK) sebanyak 12 peratus (13.5 peratus lebih tepat) diperlukan, secara konsisten sehingga 2020, untuk mencapai KNK sebanyak AS$15,000 ( RM64,500) pada tahun 2020.

"Itu misi mustahil, memandangkan KNK per kapita pada tahun 2016 adalah AS$9,096 atau RM37,738," kata Dzulkefly dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini secara tidak sengaja mengambarkan bahawa sasaran Najib untuk Malaysia menjadi negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020 menjadi hampir tidak lagi dapat dipertahankan atau tidak boleh dicapai.

Pemimpin AMANAH itu berkata pelan Najib adalah untuk mengangkat KNK Malaysia kepada AS$523 bilion menjelang tahun 2020, dan untuk meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 kepada sekurang-kurangnya AS$15,000 bagi memenuhi syarat Bank Dunia untuk diiktiraf sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Untuk mencapai matlamat ini, beliau berkata, Malaysia memerlukan pertumbuhan KNK sebanyak enam peratus setahun. Ini adalah sesuatu yang menurut laporan Bank Negara tidak berlaku, kata Dzulkefly.

Beliau berkata laporan BNM 2016 itu mencatatkan pendapatan per kapita sebanyak AS$9,238 (RM36,078) pada 2015, adalah berdasarkan kadar pertukaran ASS$1 kepada RM4.01.

Bagi tahun 2016, ia mencatatkan pendapatan per kapita sebanyak AS$ 9,096 (RM 37,738) berdasarkan kadar pertukaran AS$1 kepada RM4.45.

Bagi 2017, sehingga Mac, pendapatan per kapita meningkat kepada RM39,656 tetapi disebabkan kadar pertukaran berada pada kadar RM4.45, ia menjadi AS$ 8,906 atau AS$9,889, jika kadar pertukaran adalah pada RM4.01.

Berdasarkan ini, Dzulkefly berhujah bahawa selama tiga tahun berturut-turut, Najib gagal mencapai pertumbuhan ekonomi yang disasarkan dan sebaliknya trend itu sentiasa menurun.

Debat Mahathir-Nazri sah, polis tetapkan syarat

MALAYSIAKINI



Debat di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sah akan berlangsung pada 7 April ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub .

“Alhamdulillah, surat dari OCPD Shah Alam ( ACP Shafien Mamat) baru saja diterima. Confirm dialog Tun Dr Mahathir vs DS Nazri Aziz 7.4.17 on,” katanya menerusi Twitter.

Penganjur sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Hussamuddin turut dimuat naik surat polis bertarikh 31 Mac di akaun media sosialnya.

Menurut surat itu, polis mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam.

Antaranya, penganjur diminta peserta himpunan tidak bertindak atau mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai atau mengganggu ketenteraman awam.

Karangkraf juga diberitahu untuk memastikan acara itu tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian memetik Hussamuddin sebagai berkata, majlis berkenaan hanya akan dihadiri penonton yang menerima kad jemputan sahaja. Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kedua-dua belah pihak.

“Hanya 300 penonton sahaja akan hadir di mana 100 jemputan daripada pihak Tun Mahathir, 100 daripada pihak Mohamed Nazri dan 100 lagi daripada kami sebagai penganjur.

“Penonton yang dijemput akan dimaklumkan mengenai beberapa peraturan yang harus dipatuhi.

"Parkir juga disediakan di dalam premis kami untuk kemudahan jemputan yang hadir,” katanya.

Hussamuddin berkata, biarpun jumlah penonton terhad, namun sesi itu boleh disaksikan secara langsung menerusi Sinar TV serta rangkaian Sinar Harian yang lain seperti portal dan juga laman sosial di Twitter dan Facebook.

Beliau berkata, Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali akan bertindak sebagai moderator.


Kita jumpa di mahkamah, kata Teresa pada Jamal Yunos

 
Ahli Parlimen Seputeh berkata tuduhan pemimpin Umno itu terhadapnya hanya 'jenaka mengarut'.


teresa-kok,jamal

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini berkata “tuduhan palsu” ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu terhadapnya dan seorang lagi rakan Adun hanya “taktik kotor” untuk memfitnah mereka menjelang pilihan raya umum.

“Tidak ada apa yang saya takut terhadap tuduhan Jamal, kerana pejabat saya memang mematuhi semua prosedur selaras dengan peraturan ditetapkan.

“Jadi, Jamal Yunos, kita jumpa di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu pagi tadi, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang ke pejabat Kok meminta dokumen asal bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE), di bawah dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Serbuan itu susulan beberapa laporan polis dibuat Jamal terhadap Kok dan rakan sekerjanya yang lain.

Laporan pertama difailkan pada 14 Mac, di mana Jamal mendakwa wakil rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor mengambil dana yang sepatutnya bagi kegunaan kebajikan daripada Yawas.

Jamal mengenal pasti Kok, Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan wakil PKR yang tidak dinamakan sebagai dalang perbuatan itu.

Tidak lama kemudian, Jamal membuat laporan polis lagi terhadap Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, mendakwa beliau terbabit dalam salah guna dana.

Bercakap hari ini, Kok menolak tuduhan Jamal, dan menganggap itu jenaka.

“Menurut laporan berita, Jamal tuduh saya keluarkan duit RM2 juta daripada akaun bank SMUE. Lawak mengarut. Dia ingat pegawai kerajaan Selangor bodoh sangat untuk biarkan saya buat begitu,” katanya.

Kok berkata peguamnya sudah mengeluarkan surat tuntutan kepada Jamal 2 minggu lalu, tetapi masih belum menerima jawapan.

Cubaan sogok Sultan Johor, negeri lain bagaimana, soal Amanah

 
Salahuddin Ayub berkata persoalan itu timbul kerana ramai bergelar Tan Sri dan Datuk kini dihadapkan atas pelbagai kesalahan jenayah


Salahuddin-Ayub_sprms_600


PETALING JAYA: Amanah hari ini menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sama ada terdapat cubaan untuk merasuah pihak istana di negeri selain Johor dalam soal pengurniaan gelaran kebesaran.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata demikian selepas seorang bergelar Tan Sri direman hari ini bagi menyiasat kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mendakwa pernah ditawarkan RM2 juta untuk mengurniakan darjah kebesaran Johor kepada orang tertentu.

“Tidak adakah aduan yang sama terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba merasuah raja-raja Melayu yang lain termasuk tuan-tuan yang terutama untuk mendapatkan gelaran darjah kebesaran?” soalnya.

Mahkamah hari ini membenarkan permohonan SPRM menahan reman seorang ahli perniagaan bergelar “Tan Sri” bagi membantu siasatan kes cubaan merasuah Sultan Johor berhubung penganugerahan darjah kebesaran.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim mendedahkan pernah didatangi seorang “ejen” dengan tawaran RM2 juta untuk darjah kebesaran, namun ditolak kerana pihak istana negeri Johor mempunyai peraturan ketat mengenai penganugerahan darjah kebesaran.

“Nak bagi saya RM2 juta untuk satu Tan Sri. Saya kata pada ejen… saya tak nak bagi namakan nanti dia malu… saya kata pergi berambus. Itu bukan periuk nasi saya jual darjah,” katanya dalam wawancara diterbitkan Berita Harian pada Mac 22.

Malam semalam, seorang lelaki berpangkat Tan Sri menyerah diri kepada SPRM.

Mengulas lanjut kepada FMT, Salahuddin berkata kes itu menimbulkan soalan sama ada amalan rasuah pernah berlaku di masa lampau dalam penganugerahan darjah kebesaran.

Beliau merujuk siri pendakwaan individu berpangkat Datuk dan Tan Sri atas pelbagai jenayah sejak kebelakangan ini.

“Jadi saya ingin tahu sama ada pendedahan baru-baru ini mengenai seseorang yang cuba merasuah Sultan Johor boleh memberi pencerahan mengenai bagaimana mereka ini menerima gelaran,” katanya.

Korea Utara akan lupus mayat Jong Nam, hapuskan bukti pembunuhan

Korea Utara akan lupus mayat Jong Nam, hapuskan bukti pembunuhan

 
 
Pyongyang akan isytihar lelaki itu meninggal dunia kerana sebab semula jadi dan menyalahkan musuhnya kerana kontroversi itu, kata penganalisis.


kim-jong-nam-0


SEOUL: Niat Korea Utara untuk mendapatkan mayat abang sebapa pemimpin Kim Jong Un yang mati dibunuh adalah untuk memusnahkan bukti yang boleh membabitkan rejim negara berkenaan dengan pembunuhan kejam itu, kata penganalisis.

Kim Jong Nam dibunuh dengan ejen saraf VX pada 13 Februari di klia2, dalam satu operasi klinikal kejam yang menyingkirkan potensinya menuntut takhta Kim – mangsa ialah anak sulung Kim Jong Il, yang kononnya memalukan Pyongyang.

Pembunuhan itu mencetuskan ketegangan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, hingga membawa kepada pengusiran duta masing-masing dan melarang warga kedua-dua negara meninggalkan Korea Utara dan Malaysia.

Tetapi dalam rundingan yang diumumkan kedua-dua negara, mereka berkata sekatan perjalanan akan dihentikan dan Kuala Lumpur akan menghantar mayat itu ke Korea Utara.

Penganalisis berkata Pyongyang akan melupuskan mayat itu serta-merta dan cuba menguburkan isu itu.

“Mereka akan bakar mayat itu,” kata Kim Kwang Jin, seorang warga Korea Utara yang lari meninggalkan negara itu dan kini bertugas sebagai penyelidik di Institut Strategi Keselamatan Negara di Seoul.

Pyongyang akan mengisytiharkan mangsa meninggal dunia kerana sebab semula jadi dan menyalahkan kontroversi itu kepada musuhnya, kata penganalisis.

“Korea Utara akan kata rakyatnya bernama Kim Chol meninggal dunia kerana serangan jantung dan mendakwa musuh Korea Utara dan AS mengecohkan drama itu,” katanya.

Pyongyang enggan mengesahkan identiti mangsa, yang membawa pasport Korea Utara dengan Kim Chol ketika dia dibunuh.

Malaysia bagaimanapun secara rasmi mengesahkan identiti mangsa menggunakan bukti DNA, dan berkata ia menunggu waris untuk menuntut mayat.

Kenyataan bersama merujuk kepada Korea Utara memberikan dokumentasi daripada keluarga yang mungkin Jong Un sendiri atau ahli keluarga lain, bukannya isteri atau anak kepada si mati.

Pada masa sama, memusnahkan bukti juga mengelak ia menjadi tumpuan kepada musuh rejim, kata Kwang Jin yang bekerja di syarikat insurans negara di Korea Utara sebelum lari ke Korea Selatan.

“Memang mereka mahukan mayat itu kerana ia akan terus menarik perhatian jika ia berada di tempat lain,” katanya.

Semua orang tahu

Korea Selatan menyalahkan Pyongyang atas pembunuhan gaya Perang Dingin itu, memetik pegawai rasmi sebagai berkata ia perintah tetap daripada pemimpin Korea Utara untuk menyingkirkan abangnya itu yang hidup dalam buangan.

Beberapa penganalisis berkata Korea Utara akan sangat berahsia mengenai pengendalian mayat Jong Nam bagi menyembunyikan kebenaran insiden itu, malah ia juga merahsiakannya daripada rakyat sendiri.

“Kewujudan Kim Jong Nam dan pembunuhannya seperti kotak Pandora yang tidak boleh diketahui oleh rakyatnya sendiri,” kata Kim Yong Hyun, profesor pengajian Korea Utara di Universiti Dongguk.

“Semuanya akan dibuat dalam rahsia dengan prosedur minimum,” katanya.

Bagaimanapun, penganalisis berkata mendapatkan mayat itu tidak akan menenggelamkan kesan pembunuhan itu terhadap Pyongyang.

“Kes ini ditutup untuk masa ini dan pertukaran mayat itu kejayaan kecil bagi Korea Utara,” kata Chang Yong Seok, penyelidik kanan di Institut Pengajian Aman dan Penyatuan Universiti Seoul.

Beliau berkata Pyongyang tetap mengalami “kerosakan yang tidak boleh dibaiki” daripada pembunuhan Jong Nam, mengukuhkan lagi imejnya yang tidak berperikemanusiaan dan terus bertelagah dengan beberapa rakan diplomatiknya.

Korea Selatan berulang kali merujuk pembunuhan itu sebagai contoh jelas kepimpinan Korea Utara yang kejam dan bertindak melulu.

“Sama ada Korea Utara mengakuinya atau tidak, semua orang tahu siapa yang buat,” kata Yong Seok.

RUU355 kekal mainan politik Umno walaupun dibentang di Parlimen

 MALAYSIA DATELINE

Rafizi RamliRafizi Ramli

Rang Undang-undang 355 (RUU 355) kekal menjadi mainan politik Umno walaupun dibenar bentang di Dewan Rakyat melalui RUU persendirian ahli parlimen Marang kerana kuasa sebenar untuk memperkasakan mahkamah syariah sebenarnya terletak di tangan perdana menteri.

Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, pegumuman Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak akan membentangkan cadangan pindaan kepada Akta 355 untuk menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah adalah 'pukulan maut' kepada sebarang usaha untuk menghidupkan usul itu.

"Saya telah menulis dengan panjang lebar tahun lepas menerangkan Peraturan Dewan 49 yang secara jelas menyebut bahawa sebarang rang undang-undang persendirian, jika pun dibenarkan dibaca, dibahas dan menang undian di Dewan Rakyat, tidak akan pergi ke peringkat yang lebih jauh kecualilah kerajaan bersetuju untuk menerima cadangan RUU itu dan diambil alih untuk dibentangkan semula di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Oleh itu, jelas beliau, kuasa sebenar untuk memperkasakan Mahkamah Syariah terletak di tangan perdana menteri kerana keputusan bersabit kebenaran pembentangan dan kelulusan RUU persendirian itu terletak di tangan Najib.

Menurut Rafizi, keputusan untuk menukar aturan mesyuarat supaya semua akta kerajaan yang disenaraikan lebih awal digugurkan bagi memberi laluan kepada usul RUU 355 diputuskan perdana menteri kerana menurut kebiasaan, urusan kerajaan perlu disudahkan terlebih dahulu sebelum RUU persendirian boleh dibaca.

"Keputusan untuk melangkah giliran untuk mendahulukan pembacaan RUU persendirian YB Marang mengatasi semua urusan kerajaan yang telah disenaraikan lebih awal (seperti yang pernah berlaku sebelum ini) juga keputusan Dato' Seri Najib sebagai ketua kerajaan," ujarnya.

Malah tambah beliau, jika  RUU persendirian ahli parlimen Marang itu dibaca, dibahas dan diundi, keputusan untuk mengarahkan ahli parlimen BN menyokong RUU persendirian itu dibuat perdana menteri.

Jika perdana menteri bersetuju mengarahkan ahli parlimen BN menyokong RUU persendirian itu, Rafizi yakin proses pembentangan semula bagi bacaan kedua juga akan diputuskan Najib.
Rafizi berpendapat, perdana menteri tidak akan membenarkan cadangan pindaan tersebut dibentangkan bagi bacaan kedua kerana beliau gagal menepati janji untuk mengambil alih pembentangkan RUU 355 itu.
Naib Presiden PKR itu yakin RUU355 kekal menjadi permainan politik Umno untuk memastikan berlaku pertembungan tiga penjuru dalam PRU14.

"Dato’ Seri Najib nampaknya yakin beliau bakal mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri yang paling tidak popular tetapi kekal berkuasa melalui adu domba politik yang melaga-lagakan rakyat dengan bermain isu agama dan kaum.

"Beliau lupa rakyat sedang menonton sandiwara ini dan jangan perkecilkan kecerdikan rakyat membaca yang tersirat di sebalik permainan politik ini.

"Sama ada RUU355 dibenarkan dibentang atau tidak, saya telah buat pendirian kerana telah cukup maklumat dengan menilai keikhlasan Datuk Seri Najib dalam hal ini," tegas beliau.

Sehubungan itu Rafizi menggesa RUU 355 dibentangkan secepat mungkin supaya ahli parlimen dapat kembali memberikan tumpuan kepada isu-isu rakyat yang lebih tinggi keutamaannya berbanding permainan politik Umno.

SOSMA: MP digesa tolak usul lanjutkan kuasa 28 hari siasatan polis

 MALAYSIA DATELINE

Faiz Fadzil Faiz Fadzil Ahli Parlimen digesa untuk mengundi menolak usul berkaitan dengan siasatan polis selama 28 hari bagi tempoh 5 tahun lagi yang bakal tamat pada 31 Julai ini yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.

Ia berkaitan bagi melanjutkan kuatkuasa Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Desakan Pemuda Amanah Nasional ini dibuat kerana tindakan kerajaan pada 28 Mac lalu yang menahan semula penuntut sarjana Usuluddin di Universiti Malaya Siti Noor Aishah Atam di bawah Sosma.

Timbalan Pemuda Amanah Faiz Fadzil berkata, kerajaan perlu menghapuskan Sosma kerana akta ini secara jelas telah disalahgunakan untuk menzalimi rakyat Malaysia yang tidakpun terlibat dengan keganasan.

"Rakyat Malaysia menolak kezaliman yang menjadikan rakyat sendiri mangsa tindakan arbitrari dan autokratik pihak pemerintah.

"Sosma dikategorikan akta drakonian kerana mengandungi peruntukan yang bertentangan dengan prinsip dan kaedah keadilan sejagat serta hak dan kebebasan asasi yang dijamin perlembagaan.

"Antaranya penahanan oleh pihak polis untuk tempoh 28 hari tanpa perintah reman, penangguhan konsultansi peguam, ditahan tanpa ikat jamin sepanjang tempoh bicara dan lain-lain lagi.

"Ketidakadilan Sosma ini memuncak dengan peruntukan seksyen 30 yang memberikan kuasa kepada Pendakwa Raya untuk memohon secara lisan agar seorang yang telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan Sosma ditahan sementara menunggu bicara rayuan selesai," ujarnya.

Faiz yang juga seorang peguam berkata, tindakan yang dikenakan ke atas Siti Noor Aishah di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) bertentangan dengan prinsip 'double jeopardy'.

"Beliau sebelum ini ditahan dan didakwa dibawah Sosma dan setelah perbicaraan, beliau dibebaskan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Namun, sejurus pembebasan beliau pada 29 September 2016, beliau ditahan pula di bawah Poca yang bertentangan dengan prinsip 'double jeopardy'. Siti Noor Aishah kini ditahan sekali lagi di bawah Sosma.
"Peruntukan ini adalah zalim dan bertentangan dengan prinsip dan kaedah keadilan dan hak asasi.

"Yang menjadi mangsa kezaliman ini adalah Siti Noor Aishah sendiri di mana walaupun telah dibebaskan daripada sebarang kesalahan Sosma, tetapi beliau telah ditahan semula.

"Seharusnya doktrin bahawa 'seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah' terpakai di tahap tertinggi memandangkan walau pelbagai keterangan dikemukakan pihak pendakwaan, masih tiada kesalahan yang beliau lakukan," terangnya.

Kata beliau tangkapan dilakukan terhadap Siti Noor Aishah yang telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi seolah-olah menghukum beliau yang telah didapati tidak bersalah.

"Ia satu tindakan yang tidak demokratik dan tidak beperlembagaan.

"Justeru, Pemuda Amanah mendesak Pendakwa Raya yakni Peguam Negara segera membebaskan Siti Noor Aishah yang secara logik dan kehakiman tidak melakukan apa-apa kesalahan yang mengancam keselamatan negara di mana buku-buku yang dimiliki beliau yang menjadi asas pertuduhan di bawah Sosma tidak pula diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri," ujarnya.

Siti Noor Aishah, 29, pertama kali ditahan pada Mac tahun lalu, di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Sosma, kerana memiliki 12 buah buku yang didakwa berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Pada bulan berikutnya, dia didakwa di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan tidak mengaku bersalah memiliki buku-buku berkenaan, selepas kes itu dibicarakan.

BN gagal sedia pelan untuk generasi muda

Berita Daily Staff

Saranan sewa rumah untuk satu jangka masa sebelum membeli hartanah hanya untuk sembunyikan kelemahan pentadbiran dan selesaikan lonjakan harga rumah

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didakwa gagal menyediakan pelan bagi membantu generasi muda untuk menampung kos sara hidup.

Kata Ahli Parlimen Kapar G Manivannan rakyat tidak mampu memiliki rumah yang ditawarkan pada hari ini berpunca daripada kegagalan mengawal lonjakan nilai hartanah.

“Jika seseorang tidak mampu membeli sesebuah rumah, ianya kerana bergantung kepada nilai harga rumah yang begitu tinggi dan ketidakmampuan untuk membelinya.

“Inilah antara faktor – faktor menjurus kepada kegagalan kerajaan Umno BN untuk menyediakan satu pelan atau model bagi membantu golongan muda @ mahasiswa untuk melalui kehidupan yang sewajarnya tanpa tekanan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani agar generasi muda menyewa rumah sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah bagi mengelakkan hutang dalam jangka masa yang panjang.

Beliau turut memberi contoh negara luar iaitu United Kingdom (UK) yang menggunakan pendekatan menyewa untuk satu tempoh masa yang panjang sehingga mempunyai wang simpanan untuk memiliki aset sendiri tanpa perlu bergantung dengan pinjaman semata-mata.

Mengulas lanjut, Manivannan menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan II itu sebagai bukti bahawa pemimpin parti itu hanya bertindak mengikut kepentingan dan kelemahan sendiri.

“Perbandingan dengan negara UK sepertimana dikatakan oleh Johari Abdul Ghani menunjukkan sikap terpilih, di mana kerajaan Umno BN menjawab mengikut keselesaan dan kepentingan mereka sahaja.

“Semakin banyak alasan diberikan, semakin banyak yang akan terbongkar. Saya tersenyum, mengingati peribahasa Melayu ‘bagai kelip-kelip terbang malam” ujarnya.

RUU 355: Amanah dakwa Najib hilang pengaruh BN

Oleh Farhain Mazlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah mendakwa penarikan diri kerajaan daripada membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, adalah kegagalan Datuk Seri Najib Razak menyatukan parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam rancangannya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.
 
Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, ia adalah 'petanda' bahawa Pengerusi BN itu sudah hilang keyakinan dan pengaruh di dalam gabungan kerajaan itu.
 
"Saya menganggap barisan parti-parti anggota BN semua telah menolak cadangan Datuk Seri Najib dan ini akan menyebabkan dia terpaksa menarik balik cadangan dan rancangan yang asal untuk kerajaan untuk membawa usul berkenaan. 
 
"Ini mungkin satu pentanda yang Datuk Seri Najib telah hilang keyakinan dan pengaruh di dalam BN itu sendiri dan itulah sebabnya strategi yang telah ditetapkan beliau tidak berjaya,"katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Ahli Parlimen Shah Alam itu malah berkata, PAS dan Umno-BN menggunakan rang undang-undang tersebut sebagai permainan untuk mendapatkan kepentingan politik masing-masing.
 
"Bagi dia (PAS) melihat ini sebagai satu kejayaan kerana PAS dan BN sudah jangka yang RUU 355 tidak akan diluluskan tapi akhirnya paling mereka dapat keuntungan politik dengan mainan yang sebegini," tambah beliau.
 
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak pada Rabu mengumumkan keputusan konsensus BN, untuk tidak mengambilalih RUU bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah daripada PAS.
 
Justeru, PAS sendiri akan membentangnya di Parlimen dan perlu mengikut giliran yang akan ditentukan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
PAS menyifatkan keputusan kerajaan itu tidak memberi kesan terhadap usaha PAS yang mahu mencadangkan pindaan RUU 355.
 
Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata parti itu tidak pernah 'lepas tangan' meskipun kerajaan sebelum ini mengumumkan mahu mengambil alih membentangkan pindaan tersebut. 


Najib jemput Rajini buat sekuel kedua filem Kabali

Berita Daily Staff


Najib menjadi peminat Rajinikanth ketika beliau berada di Melaka untuk menyiapkan penggambaran filem Kabali

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Najib Razak hari ini menjemput pelakon popular India, Rajinikanth buat sekuel kedua filem Kabali di Malaysia, lapor Bernama.

Najib berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kediaman Rajinikanth di Chennai, bersempena lawatan rasminya ke India.

Kabali ialah sebuah filem mob gangster bahasa Tamil dari India. Lebih 80 peratus Penggambaran filem ini dilakukan di Malaysia. Selain turut membuat penggambaran di Bangkok dan Hong Kong.

Najib menjadi peminat Rajinikanth ketika beliau berada di Melaka untuk menyiapkan penggambaran filem tersebut.

Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 22 Julai 2016 dan 29 Julai 2016 dalam versi bahasa Melayu.

Kabali telah menjadi filem kedua terbesar di India dalam kutipan. Kabali ialah filem kelima di yang telah mengutip RM326 juta.

Terdahulu, Najib turut memuat naik gambar beliau berswafoto dengan ikon filem Tamil itu.

“Baru mengadakan pertemuan sangat mesra dan ramah dengan superstar Tamil En Rajnikanth di rumahnya,” kata Najib, dalam kapsyen mengiringi gambar tersebut.

“Siapa yang tak kenal @superstarrajini? Gembira dapat bertemu superstar itu secara peribadi hari ini,” kata Najib melalui Twitternya sekali lagi petang ini.

Pegawai SPRM serbu pejabat Teresa Kok

ANTARAPOS.COM
Post Pic

KUALA LUMPUR: Pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Jalan Kuchai Lama, diserbu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi.
Pembantu kepada ahli parlimen DAP itu, Alice Lan berkata, dua pegawai SPRM pergi ke pejabat dengan membawa waran geledah, lapor Malaysiakini.
Menurut Lan, pegawai SPRM berkenaan meminta  dokumen asal berkaitan dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE), satu program di bawah pentadbiran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). 
Kok dilaporkan tidak ada di pejabatnya sewaktu serbuan itu dilakukan.
"Mereka kata ini berdasarkan laporan oleh (Datuk Seri) Jamal (Md Yunos). Jadi, untuk berlaku adil, mereka perlu menyiasat kami," kata Lan dipetik portal berkenaan.
Sementara itu Kok yang dihubungi portal itu memberitahu ia bukan satu serbuan. 
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar pada 16 Mac lalu memfailkan laporan kepada SPRM berkaitan penyelewengan dana Yawas yang mengaitkan Kok. 
Kok kemudian menafikan dakwaan terlibat dalam penyalahgunaan dana Yawas, malah berkata sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh beliau. 
 

Exco PAS kekal di Selangor sehingga keputusan muktamar

ANTARAPOS.COM
Post Pic
SHAH ALAM: Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri yang diterajui PKR selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ketiga-tiga mereka termasuk dirinya juga akan menunggu keputusan muktamar PAS bulan depan, sebelum memutuskan langkah seterusnya.
“Saya ikut arahan presiden parti sebab kita hanya ada satu presiden sahaja… buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain Iskandar, 2 lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Hubungan PAS-PKR tegang susulan ada cadangan daripada beberapa PAS kawasan yang menuntut pucuk pimpinan memutuskan kerjasama dengan PKR selepas parti itu bertegas untuk menjalin kerjasama dengan Amanah dan DAP.
Media sebelum ini melaporkan isu kerjasama politik antara kedua-dua parti terbabit akan dibawa ke muktamar PAS pusat yang dijadualkan 27 April hingga 1 Mei ini.
Mengulas perkembangan lain, Iskandar berkata keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat tidak menjejaskan semangat parti itu untuk meneruskan pembentangan RUU tersebut.
“Kita akan tetap teruskan… ini inisiatif kami, kita yakin ia tetap akan dibentangkan oleh presiden parti (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” kata naib presiden PAS itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu lepas mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.
RUU 355 itu diusul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan dibuat sekali lagi pada 24 Nov tahun lepas oleh Hadi.

Parti Bebas Rasuah ganti NewGen Party, bakal sertai PH

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Bebas Rasuah (PBR) diumumkan sebagai nama baru menggantikan Parti Generasi Baru (NewGen Party).
 
"Kami mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan bahawa kami telah membuat keputusan untuk menukar nama parti ini kepada Parti Bebas Rasuah (PBR)," kata Pengasas PBR, S.Gobi Krishnan.
 
Gobi Krishnan juga berkata, perubahan tersebut telahpun dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS), hari ini. 
 
PBR dalam pada itu turut mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa barunya, di mana bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dilantik sebagai presiden PBR yang baharu.
 
Sementara itu bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan yang juga bekas ahli PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan diumum sebagai timbalan presiden PBR yang baharu.
 
Jawatan Naib Presiden PBR disandang oleh Syed Nazarudin Syed Aziz dan Rajaretinam Armuggan. 
 
Gobi, yang juga bekas Setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR mengekalkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung PBR.
 
NewGen Party telah didaftarkan pada September 2013 dan merupakan parti berbilang kaum yang menyasarkan golongan muda.
 
Dalam pada itu, Khairuddin yang dipetik mStar berkata, PBR akan mengemukakan permohonan untuk menjadi parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).
 
Ujar beliau, Ezam sendiri akan menulis surat rasmi kepada PH mengenai hasrat mereka.
 
 

Berapa Kos Bawa Balik Rakyat Kita Dari Korea Utara?

Suara Kebenaran




Memang sudah jadi tanggungjawab kerajaan untuk membebaskan rakyat kita yang tersekat di Korea Utara akibat gangguan diplomatik yang disebabkan oleh kematian Kim Jong Nam di sini bulan lepas.  Jika Pakatan Harapan menjadi kerajaan pun, kita akan melakukan tindakan yang sama.

Justeru tidak timbul siapa hero, siapa hebat dan sebagainya.  Rundingan sebegini bukan susah dan pimpinan Pakatan Harapan boleh melakukannya pada bila-bila masa jika ia berlaku.

Malah lebih baik lagi pimpinan Pakatan Harapan mampu menyelesaikan kes ini tanpa melibatkan wang rakyat yang banyak.  ini berikutan persoalan berapa kos yang terpaksa dibayar rakyat untuk membawa 9 orang ini pulang?  Dari laporan media, kerajaan menggunakan jet jenis Bombadier Global Express untuk membawa pulang kesemua rakyat kita yang terkandas di negara itu.


Jet ini mempunyai kos operasi sebanyak USD 8,500 (RM 37,625) untuk setiap jam penerbangan dan melihat kepada jarak antara Kuala Lumpur ke Pyongyang sejauh (4,673km) dan kemudian ke Fuzhou, China pula untuk mengisi minyak sebelum balik ke Malaysia melibatkan jarak 3,166km, tidak kurang RM 10 juta hangus.

Kenapa tidak mengarahkan 9 orang ini ke Beijing sebelum pulang ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan awam seperti biasa, bukankah lebih murah?

Siapa nak jawab ni, Anifah Aman ke?

NAJIB, HADI SUDAH WAJAR DIBERSARAKAN

shahbudindotcom


Kemelut Akta 355 boleh dikata sudah pun berakhir sekarang  ini. Hampir tiada harapan lagi untuk melihatnya dapat dibentangkan, apatah lagi untuk diluluskan. Kalau ada pun harapannya, ia hanyalah tinggal senipis kulit bawang saja lagi.

Apa pun janji yang dilafazkan, antaranya dengan mengatakan Speaker Parlimen tentu ada kebijaksanaan untuk memberi ruang kepada Hadi Awang untuk membentangkannya, ia tidak lebih sekadar janji palsu semata-mata.

Najib Razak, UMNO dan BN sebenarnya sedang menjadikan Speaker Parlimen sebagai perisai untuk menyelamatkan diri mereka.

Begitu juga dengan kata-kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki yang mengatakan, keengganan kerajaan membentangkan usul Akta 355 tidak bermakna kerajaan  tidak mahu menyokongnya, turut merupakan janji palsu belaka.

Malah, ini merupakan janji palsu paling dahsyat daripada seorang yang berkuasa berkaitan kepentingan agama. Ia ibarat seorang teruna yang sudah termengandungkan seorang wanita secara luar nikah, kemudin berjanji untuk kahwin, tetapi dengan syarat jika seluruh keluarganya memberi keizinan terlebih dahulu.

Menurut kata Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, apa yang berlaku dalam isu Akta 355 ini ialah kerana kedua-dua pihak, UMNO dan Pas, bersifat gelojoh serta tidak mengikut road map atau hala tuju yang sepatutnya berkaitan usul tersebut.

Kedua-dua pihak, kata beliau, sepatutnya mengikut road map jawatankuasa teknikal yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan Kelantan suatu ketika dahulu.

"Road map itu adalah bagi membolehkan enakmen jenayah di negeri Kelantan dapat dilaksanakan iaitu dengan meminda Akta 355 dan jawatankuasa juga bersetuju pindaan itu mesti dibawa oleh kerajaan kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

"Jadi, akibat daripada tindakan tidak mengikut road map yang telah ditetapkan iaitu menjadikannya sebagai usul persendirian, maka ia telah menyebabkan keadaan menjadi celaru," kata Mahfuz.

Terbukti di sini bahawa kecelaruan dan kekeliruan berkaitan Akta 355 adalah kerana keinginan Najib dan Hadi menjadikannya sebagai isu politik untuk kepentingan UMNO, Pas serta untuk mengaburi rakyat melalui hubungan mesra mereka.

Di pihak Hadi dan Pas, mereka bukan saja berceramah, berkempen, mengajak rakyat bermunajat, bersolat hajat dan berhimpun di Padang Merbok serta meminta seluruh umat Islam bersama mereka, sedangkan sejak awal mereka tahu bahawa road map yang sepatutnya langsung tidak diikuti.

Akhirnya, semua orang jadi keliru dan celaru.

Begitu dengan Najib dan UMNO. Beliau juga tahu dan pasti sedar bahawa road map yang sepatutnya tidak dilalui dan sebelum sesuatu mahu dilaksanakan, persetujuan parti-parti komponen BN wajar dirundingi terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi jika daripada awal ada parti-parti komponen yang menyuarakan bantahan.

Tetapi, mengapa Najib dengan berdegar-degar dalam Perhimpunan Agung UMNO berani mengatakan kerajaan akan mengambil alih usul Akta 355 itu?

Mengapa Najib memberi sokongan penuh kepada Perhimpunan Ungu di Padang Merbok, bukan saja dengan menghantar Jamil Khir Baharom menghadirinya, malah turut berkirim salam kepada para peserta?

Mengapa juga Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri turut memberi jaminan yang sama iaitu kerajaan akan mengambil alih usul berkenaan dengan hujah kononnya sebagai langkah komited kerajaan meletakkan perundangan Islam di tempat yang sewajarnya?

Mengapa begitu berani untuk menjerit, bertempik dan bersorak terlebih dulu sedangkan mesyuarat BN belum pun diadakan?

Akhirnya, apabila konsensus gagal dicapai dan kerajaan tidak jadi mengambil alih usul tersebut yang dilihat semata-mata kerana tunduk dengan ugutan MCA, MIC dan Gerakan, rakyat juga jadi keliru dan celaru?

Natijahnya, Najib dan Hadi, sama-sama memikul tanggungjawab telah mengelirukan umat Islam negara ini.

Hadi, bermula dengan Amanat Haji Hadi yang menyebabkan umat Islam berpecah, wujudnya dua iman, pasangan bercerai, suka melabel orang lain sebagai kafir, taghut, assabiyah, barua dan munafik sehinggalah kepada isu Akta 355, sudah terlalu banyak menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan dalam masyarakat.

Najib, dengan pelbagai skandal dan imej buruknya di dalam negara dan di mata dunia, turut sama menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan atas banyak tindakannya dan yang terbaru ialah u-turnnya berkaitan Akta 355.

Kedua-dua mereka ini adalah lambang kekeliruan dan kecelaruan kepada Malaysia dan sudah sewajarnya diletakkan di kerusi persaraan. Selagi mereka ini ada, negara tidak akan bertambah baik, jauh sekali bertukar menjadi aman dan tenteram.


Tidak perlu tunggu lepas PRU baru pulihkan ekonomi

SALMIYAH HARUN


KERAJAAN Umno BN digesa mengambil langkah inisiatif dengan segera bagi memulihkan kembali ekonomi rakyat yang semakin tidak menentu pada hari ini.
 
DSMBadriPengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman mengingatkan kerajaan bahawa mereka tidak perlu tunggu selepas Pilihan Raya ke-14 untuk mengambil langkah memulihkan ekonomi.
 
"Jangan tunggu sesudah PRU, rakyat Malaysia cukup terkenal dengan sikap sabar, kalau selepas pilihan raya sikap sabar boleh bertukar menjadi sebaliknya. Rakyat negara ini setiap hari bertambah dan tidak pernah kurang," katanya kepada Harakahdaily.
 
Bahkan katanya, dengan pelbagai kenaikan bahan keperluan harian seperti gula dan petrol mengundang lagi bebanan khususnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan merebak kepada mereka berpendapatan sederhana.
 
Keadaan ini juga katanya, membuatkan rakyat semakin tidak percaya dengan kerajaan yang memerintah ketika ini.
"Setiap saat, hari, minggu, bulan dan setiap tahun ada sahaja berita dan cerita dari kerajaan, berita yang boleh memberi kegembiraan kepada rakyat hanya sementara untuk dinikmati berbanding berita yang mendukacitakan yang sentiasa menghantui rakyat," ujarnya.

Beliau memberi contoh pentadbiran Almarhum Tunku Abdul Rahman yang banyak menghadiahkan perkara-perkara baik kepada bangsa negara ini dan mengharapkan pengganti-pengganti selepasnya akan sentiasa memastikan legasi pentadbiran Tunku tidak disia-siakan.

"Akan tetapi, seperti kata pepatah sekali air bah sekali pasir berubah. Setelah era Dr Mahathir senario politik tanah air telah menjadi lebih dahsyat, tidak tahu di mana kesilapannya. Pengganti yang di kategorikan sebagai individu yang layak menjadi atau penyambung perjuangan kemerdekaan bertukar menjadi satu kerajaan yang sangat menakutkan rakyat memiliki kuasa melebihi dari Raja-raja Melayu," tegasnya.

Justeru beliau menyeru kepada pimpinan kerajaan agar kembalikan Malaysia kepada rakyat bangsa Malaysia yang boleh memberi kesejahteraan kepada bangsa mereka sendiri. – HARAKAHDAILY

 

PAS kini berhadapan fitnah PAN

SALMAH MAT HUSAIN Foto TADAHAN WAHYU

 
PAS kini bukan hanya berhadapan dengan Umno dan BN, sebaliknya serangan ‘fitnah’ pemimpin Parti Amanah Negara (PAN).
 
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata banyak program yang dibuat kerajaan negeri, namun dinafikan oleh parti itu.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Pemukiman Bersama Menteri Besar Kelantan dan pimpinan kerajaan negeri dengan rakyat ke Jajahan Machang.
 
Majlis sesi dialog itu diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang di sini semalam.
 
Katanya, fitnah yang ditaburkan itu semata-mata untuk menarik perhatian rakyat supaya menyokong mereka.
 
“Antara yang disebarkan sebagai isu, banjir lumpur di Bukit Besi. Lebih malang lagi mendakwa kerajaan negeri tidak pedulikan nasib mereka,” ujarnya.
 
Katanya, walaupun kerajaan negeri sentiasa berhadapan dengan perkara itu, namun  mampu  menghadapi sebaiknya.
 
Sempena majlis itu turut diadakan sesi dialog bagi memberi peluang pada rakyat mengajukan persoalan kepada kerajaan negeri.
 
Terdahulu jamuan rakyat turut diadakan di Padang Kemahkotaan Bandar Machang.
 
Turut berucap pada majlis itu Adun Temangan yang juga anggota exco kerajaan negeri, Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
 
Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dari PKINK, PMBK, pejabat-pejabat tanah dan lain-lain.
 
Lawatan itu sempena Program Pemukiman Menteri Besar Kelantan dan pimpinan kerajaan negeri bersama rakyat di Jajahan Machang.
 
Selepas mendengar taklimat dari Ketua Jajahan  Machang, Mohd Zainuddin Mohamed, menteri besar menanam pokok machang di perkarangan pejabat itu. Ia sebagai simbolik mengambil nama Jajahan Machang.
Program berkenaan bermula seawal jam 8.00 pagi  hingga 6.45 petang. – HARAKAHDAILY

 mb pemukiman 1

Adakah kerjasama PAS - PKR berakhir di Alor Setar?


DETIK DAILY



TWEET ‘lebai’ Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Dato’ Seri Azmin Ali yang dipercayai dituju kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menambah satu lagi lagi episod yang gerhanakan hubungan partinya dengan PAS.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Azmin itu bukanlah suatu yang mengejutkan sangat malah bukan kali pertama beliau bersikap kontroversi melalui Twitter seperti itu.

Mungkin masih ramai yang ingat beliau pernah dikecam ahli partinya sendiri selepas Pilihan raya Umum ke-13 apabila mengkritik himpunan black out 505 yang tempiasnya turut terkena batang hidung Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.

“Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal”. Begitulah antara kenyataan yang dikeluarkan dalam Twitter miliknya.

Menteri Besar Selangor itu juga sebelum ini pernah menyindir melalui Twitternya dengan berkata “Nak Jadi Pengemis Jawatan Exco Ke” yang dipercayai ditujukan kepada seorang Adun di dalam parlimen Gombak.

Justeru, perkara lebih besar perlu dilihat khususnya oleh ahli PAS dalam isu ini ialah hala tuju hubungan dengan KeADILan yang sudah terjalin lebih 17 tahun lalu. Tanpa sindiran Azmin itupun sememangnya hubungan PAS dan KeADILan ketika ini sedang melalui fasa yang amat kritikal.

Desakan ahli-ahli PAS akar umbi supaya kerjasama antara kedua pihak diputuskan semakin ketara disuarakan melalui Mesyuarat Agung PAS Kawasan yang sedang berlangsung di seluruh negara ketika ini, sama ada melalui usul secara jelas mahu kerjasama dibatalkan atau melalui usul mendesak PAS meletakkan calon di kerusi-kerusi Dun atau parlimen yang sebelum ini ditandingi oleh KeADILan – yang juga membawa kepada maksud tidak berminat lagi bekerjasama dengan parti itu.

Malah beberapa kawasan juga sudah memperlihatkan lebih awal lagi tiada kerjasama berlaku antara kedua pihak atau tidak mengadakan program bersama. PAS kawasan Kuantan misalnya telah lama menurunkan bendera-bendera KeADILan yang sebelum ini berkibar bersebelahan dengan bendera bulan di markas-markas PAS ekoran kelantangan pimpinan parti KeADILan di situ mengkritik PAS secara terbuka.

Tindak-tanduk beberapa pimpinan utama KeADILan pula langsung tidak memperlihatkan seperti mahu hubungan dengan PAS diteruskan. Walaupun sering mengulangi pentingnya kerjasama antara parti-parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang tetapi tanpa menjaga adab, tanpa sikap menghormati prinsip rakan dan bertindak pula menikam dari belakang sudah tentu tidak akan membantu menjadikan kerjasama semakin baik.

Di pihak PAS sudah tentu Muktamar ke 63 yang akan berlangsung di Alor Setar kedah penghujung April ini akan menjadi medan membincangkan hala tuju hubungan dengan KeADILan yang seperti telur dihujung tanduk itu.

Tindakan PAS yang cermat dengan menyerahkan kepada muktamar terlebih dahulu untuk melakukan muhasabah akan untung rugi atau baik buruknya kerjasama itu diteruskan atau sebaliknya merupakan tindakan yang tepat.

Sekurang-kurangnya PAS dapat mendengar pandangan akar umbinya secara menyeluruh dari Timur, Barat, Utara dan Selatan juga Sabah dan Serawak sebelum merumuskan keputusan terbaik.

Justeru, ahli-ahli PAS khususnya bakal perwakilan perlu menggunakan masa yang berbaki ini untuk mengkaji dan mempertimbangkan sedalam-dalamnya keputusan yang bakal diambil nanti.

Sementara itu, di pihak KeADILan, mereka masih boleh membantu membetulkan keadaan sekiranya masih ada keinginan untuk kekal bersama PAS kerana mereka tahu apa syarat dan peraturannya, ia bukannya sukar asalkan tahu menghormati dan bersetiakawan.

Muktamar di Alor Setar nanti bukanlah tarikh akhir untuk keADILan, tetapi sekiranya sebelum tempoh tersebut mereka terus menunjukkan ‘kebencian’ kepada ‘lebai-lebai’ PAS, tidak mustahil hubungan ini akan berakhir di sana.-Editorial harakah

Hutan Lipur Kuala Woh mendamaikan

DETIK DAILY

 

HUTAN Lipur Kuala Woh yang terletak di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu.Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya. Terletak di jalan lama dari Tapah- Cameron Highlands, hutan lipur ini sebenarnya di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.


Keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram air terjun. Dalam masa yang sama dapat menikmati kolam air panas di situ. Sememangnya ia pengalaman yang sangat bermakna.

Menariknya juga di kawasan hutan lipur ini, kemudahan yang disediakan sangat membantu pengunjung yang datang. Kemudahan asas seperti pondok rehat, tandas, bilik persalinan, tapak perkhemahan, dewan terbuka dan chalet memudahkan orang ramai yang datang bersama ahli keluarga atau berkumpulan.

Apa yang membuatkan penulis kagum mengenai lokasi ini ketika mula-mula sampai adalah suasananya yang tenang dengan bunyi kicauan burung membuatkan hati tidak sabar untuk menjelajah ke kawasan tersebut.

Malah kawasan sekitarnya sangat bersih dan terjaga berbanding lokasi lain yang pernah dikunjungi sebelum ini. Tiada sampah di buang di merata-rata tempat dan pengunjung yang datang juga masing-masing faham mengenai aspek penjagaan kebersihan.

Papan tanda mengenai aspek kebersihan yang diletakkan di kawasan pondok rehat menjadikan orang ramai lebih berhati-hati bagi mengelakkan penyakit kencing tikus.

Jambatan gantung

Di kawasan jeram air terjun, pengunjung dapat melihat kehijauan pokok-pokok di sekelilingnya. Pokok yang ada dianggarkan lebih puluhan tahun dan berfungsi sebagai teduhan untuk mengelakkan cuaca panas terutama kepada orang ramai.

Walaupun tempatnya terbuka, penulis percaya pengunjung yang datang tidak terasa kehangatan cuaca panas biarpun pada waktu tengah hari.

Apa yang menarik perhatian penulis ketika berada di sana adalah jambatan gantung yang menghubungkan antara lokasi perkelahan ke galeri perhutanan.

Sambil melalui jambatan tersebut pengunjung boleh merakam  gambar kenangan di atas jambatan berlatarbelakangkan suasana di sekelilingnya.

Selain itu, buat pengetahuan ramai, jeram di sini bercampur dengan air panas semula jadi. Bagi yang ingin merasai kehangatan airnya boleh berendam di kawasan kolam air panas.

Kita boleh merasai kepanasan pasir di dasarnya.

Bagi yang mahu merasai kesejukan air, boleh memilih untuk berendam di kawasan bersebelahan kolam air panas sama ada di kira atau kanan sepanjang jeram.

Jadi kepada pengunjung yang mahu menghabiskan masa cuti hujung minggu atau cuti persekolahan boleh memilih lokasi ini sebagai salah satu destinasi percutian

Kenapa Kit Siang “Bunuh” Tan Seng Giaw






“Pada tahun 2008, Guan Eng bukannya Chow Kon Yeow telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pelan Kit Siang untuk mewujudkan dinasti politik Lim dengan anaknya sebagai pengganti. Pada bulan Oktober 2012, Anthony Loke datang dengan informasi yang Tan Seng Giaw adalah lebih popular daripada Guan Eng, yang mungkin akan kalah dalam pemilihan parti Disember 2012. Itu adalah apabila Anthony Loke, Vincent Wu dan Chong Chieng Jen telah diberitahu untuk datang dengan pelan tentang bagaimana pada pemilihan parti itu untuk memastikan bahawa Seng Giaw dikalahkan dengan Kit Siang dan Guan Eng menang skor tertinggi.”


DAP: KISAH DISEBALIK TABIR

Lim Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad kedua-duanya berkongsi satu persamaan – kedua-duanya mahu mewujudkan dinasti politik dengan anak-anak mereka sebagai pengganti (itulah sebabnya kedua-dua boleh bekerja bersama walaupun mereka membenci antara satu sama lain dan tidak mempercayai antara satu sama lain). Dan itulah sebabnya Kit Siang menjadikan anaknya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang (manakala Mahathir mengacau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menjadikan anaknya, Mukhriz, Menteri Besar Kedah).

Ketua Menteri / Menteri Besar adalah jawatan yang sangat berpengaruh dan membantu mendorong anda ke atas. Dan ia kelihatan seperti kedua-dua anak Mahathir dan Kit Siang yang ‘terkenal’ itu mudah dalam perjalanan mereka. Dan pada pemilihan parti 2012 Guan Eng sepatutnya mengukuhkan kedudukannya dalam parti beliau (manakala pada tahun berikutnya, pada tahun 2013, Mukhriz sepatutnya melakukan perkara yang sama). Walau bagaimanapun, terdapat satu halangan kepada masa depan Guan Eng dalam politik dan parti. Dan halangan tersebut itu adalah dari individu bernama Tan Seng Giaw.

Seng Giaw terpaksa ‘dibunuh’ jika Guan Eng ingin mengambil alih kepimpinan DAP
Walaupun Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Seng Giaw lebih popular daripada beliau. Seng Giaw sangat disukai oleh veteran parti dan dianggap baik walaupun oleh penyokong bukan pembangkang dan pemimpin. Lebih penting lagi, panglima perang DAP seperti Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau menganggap Seng Giaw lebih baik daripada Guan Eng yang sebenarnya sangat sombong dan sentiasa kurang ajar.

Kit Siang melantik Guan Eng dan bukannya Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang supaya Dinasti Lim boleh terus berkembang
Ahli DAP berbangsa india juga melihat Seng Giaw sebagai lebih berprinsip dan tidak bersikap perkauman dan diskriminasi terhadap bukan Cina seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Melayu juga suka kepadanya kerana dia boleh bercakap Bahasa Melayu hampir sempurna, tidak seperti pemimpin-pemimpin DAP lain yang bertutur dalam Bahasa Melayu pasar hinggakan kanak-kanak sekolah rendah melihatnya sebagai kelakar. Tambahan pula, akar umbi PAS dan pemimpin parti menyukai Seng Giaw – dan jika beliau dan bukannya Kit Siang adalah pemimpin DAP maka perpecahan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2013 tidak akan berlaku.

Bagaimanapun, pada bulan Ogos 2012, Kit Siang meminta Anthony Loke Siew Fook untuk menjalankan kaji selidik beliau di kalangan akar umbi DAP untuk melihat bagaimana popular Seng Giaw dibandingkan dengan pemimpin lain. Pada bulan Oktober, Anthony Loke datang dengan informasi dan laporan tersebut begitu membimbangkan. Seng Giaw akan mendapat undi tertinggi. Kit Siang akan menang sekitar kedudukan ketujuh manakala Guan Eng tidak akan berada walaupun di antara 20 teratas. Dan jika Guan Eng berada dalam senarai 20 teratas ia adalah sekitar 18 atau ke-19. Lebih buruk lagi, ahli-ahli India tidak akan mengundi untuk Guan Eng, yang mereka melihat sebagai perkauman yang mendiskriminasi kaum India.
Ini menyebabkan Kit Siang hampir kena serangan jantung. Jika dia tidak boleh mendapatkan kedudukan teratas dengan Guan Eng sebagai orang nombor dua maka ianya akan menjadi pengakhiran bagi dinasti politik Lim dan aspirasi beliau untuk Guan Eng bagi mengambil alih kepimpinan DAP. Ini bermakna bahawa pemilihan parti itu perlu ‘diaturkan’ untuk mengelakkan keruntuhan dinasti Lim dan mengakhiri harapan Guan Eng mengambil alih DAP selepas Kit Siang meletakkan jawatan atau meninggal dunia.


Anthony Loke lakukan kaji selidik dan datang dengan laporan yang membimbangkan
Kit Siang meminta Anthony Loke, Vincent Wu Him Ven dan Chong Chieng Jen untuk datang dengan pelan tentang bagaimana mereka boleh ‘mengawal’ pemilihan parti pada Disember 2012 dan memastikan bahawa keputusan keluar seperti kehendak mereka. Seng Giaw mesti ditendang keluar manakala Kit Siang mesti menang slot teratas dengan Guan Eng sebagai nombor dua. Terdapat enam orang yang disasarkan untuk ‘pembunuhan’: Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau. Dan keenam mereka ini mesti dibawa keluar satu demi satu bermula dengan Seng Giaw pada Disember 2012 diikuti oleh yang lain pada ketika yang sewajarnya.

Pertama sekali, mereka lewat menghantar notis untuk mesyuarat tersebut; hanya lima hari dan bukannya yang diperlukan 14 hari. Seterusnya mereka menghantar notis kepada hanya separuh perwakilan dan menangguhkan notis kepada kira-kira 1,300 perwakilan, kebanyakannya ahli-ahli berbangsa India.
Kemudian mereka membenarkan 547 perwakilan haram mengundi, terutamanya ahli-ahli berbangsa Cina. 547 ini diminta untuk mengundi hanya enam orang manakala Anthony Loke dan Vincent Wu ‘memangkah’ baki 14 nama.

Hasilnya adalah Kit Siang mendapat nombor satu, nombor Guan Eng dua, dan Seng Giaw telah ‘dibunuh’.

Tidak semua berwajah ceria dalam barisan baru kepimpinan DAP pusat, keputusan
 yang ‘diatur’ dalam pemilihan parti
Ini bukan kali pertama Kit Siang menipu dalam pemilihan parti untuk menghilangkan ancaman terhadap kepimpinan beliau. Ramai yang masih ingat ‘pembunuhan’ yang paling terkenal sekali, Lee Lam Thye, yang sepatutnya akan menjadi pemimpin DAP dan bukannya Kit Siang sekiranya dia tidak ‘dibunuh’ pada akhir 1980-an.  Sejak itu banyak lagi telah ‘dibunuh’, dan dua yang terbaru adalah Seng Giaw dan Dr Boo.

Dengan Kit Siang mengawal 20 ahli CEC, dia memutuskan siapa yang menjadi pengerusi parti, setiausaha agung parti, Ketua Pembangkang di Parlimen, dan sebagainya. Beliau juga memutuskan siapa yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Pendek kata, Kit Siang mengawal DAP dan memutuskan apa yang berlaku dalam parti. Dan sesiapa yang menentang beliau dan pertikai apa yang dia kata berakhir seperti apa yang akan kamu alami di Korea Utara. Dan Kit Siang akan menggunakan pilihan raya umum akan datang untuk membersihkan parti itu sebelum membolehkan pemilihan parti akan datang diadakan, yang akan diadakan selepas pilihan raya umum. Jadi Kit Siang masih belum ‘selesai’ dengan Seng Giaw dan panglima perang yang lainnya.

Pakai Tok Lebai, Perangai Hodoh Pun Tak Elok Juga, Sindir Azmin

LIHAT VIDEO DI SINI

 “Pakai (macam) Tok Lebai tetapi perangai hodoh pun tak elok juga!,” demikian cercaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke atas pimpinan PAS.


Azmin berkata demikian sebagai melanjutkan sindirannya dalam Twitter sebelum ini berbunyi, “Ada tok lebai nak tawan Selangor. “Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,”

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata sepatutnya ‘Tok Lebai’ tidak mengeluarkan kenyataan untuk ‘tawan Selangor’ yang telah diperintahnya.

“Namun, kita tahu ada masalah (berkenaan hubungan PKR dan PAS), tetapi saya kira boleh kita runding.
“Tetapi, janganlah kita (nak) tawan sesama kita. ‘Saya nak tawan Selangor’..eh..tersinggunglah saya.

“Tak payah lah pakai (macam) Tok Lebai. Lebai tak lebai ni pun dalam hati. Kalau pakai (macam) Tok Lebai perangai hodoh tak boleh juga,” katanya dalam satu majlis anjuran PKR baru-baru ini.

Pada 21 Mac lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata Selangor adalah antara lima negeri yang menjadi sasaran PAS pada PRU14.

Beliau berkata walaupun matlamat besar parti untuk menawan seluruh negara, PAS perlu meletakkan sasaran yang realistik berdasarkan kemampuan parti termasuk jentera yang ada.

“Kita melihat lima negeri termasuk Selangor sebagai sasaran. Yang ada sekarang adalah hasil daripada PRU13 yang mana kita bersetuju PKR memimpin.

“Sekarang sudah berbeza dan tidak sama dengan PRU13, kita buat sasaran kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebut hasrat PAS memimpin Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor, manakala yang lain terserah kepada UMNO.
Nik Abduh menafikan sasaran yang dibuat hasil pakatan dengan UMNO, sebaliknya dilakukan berdasarkan kemampuan PAS sendiri.

“Ini sasaran kita bersama yang dibuat PAS Pusat, (dipersetujui) di semua peringkat. Kita mahu lebih banyak kerusi.

“Yang Tok Guru (Abdul Hadi) sebut negeri UMNO dah perintah, makna kekal, bukan bermakna ada satu pakatan, sekiranya Pakatan Harapan nak, dia kena usaha sendiri,” katanya.

Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, Nik Abduh berkata, sering kali pihak berkenaan menyatakan mahu menawan Kelantan dengan meletakkan calon di kawasan PAS bertanding.

“Sebelah sana (PAN) sering cakap nak kalahkan PAS di Kelantan, akan bertanding di semua kawasan PAS tanding. Bila sebelah sini (PAS) cakap nak tawan dan tambah empat atau lima negeri lagi dan bakinya BN kekal perintah, sebelah sana mula meroyan kata PAS kerjasama dengan UMNO,” katanya

PAS Kedah Turut Kaji Hubungan Dengan PKR






ALOR STAR: Selepas Pulau Pinang, Terengganu, kini PAS kawasan Kedah pula dilapor meluluskan usul mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dan ini akan dibawa pada muktamar PAS di negeri itu hujung bulan depan.


Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama PAS kawasan yang berbuat demikian lapor Utusan MALAYSIA.

“Setakat ini 11 daripada 15 PAS kawasan di negeri ini sudah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan sementara empat lagi akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat.

“Ada beberapa PAS kawasan yang membahaskan usul mengenai tahaluf siyasi bersama PKR dan perkara itu diluluskan untuk dibawa kepada jawatankuasa penapis usul di peringkat PAS Pusat,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Menurut laporan itu, PAS kawasan Baling juga meluluskan usul tersebut secara sebulat suara.

Semalam empat kawasan PAS di Terengganu yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.
Sementara itu di Pulau Pinang, 12 daripada 13 kawasan PAS turut meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan parti itu.

Hubungan antara PAS dan PKR menjadi tegang berikutan PKR mengambil keputusan menjalinkan kerjasama dengan Parti Amanah Negara, DAP dan Parti Bersatu Pribumi MALAYSIA yang membentuk Pakatan Harapan.

Kemelut berkenaan semakin meruncing apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa parti berkenaan akan menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datangAP

45 Klinik 1Malaysia vs 1,000 klinik Skim Peduli Sihat

OLEH NAZLI IBRAHIM

peduli-sihat


SHAH ALAM: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan dinasihatkan supaya tidak terlalu jauh melencong dan segera ‘kembali’ ke Selangor ketika berbahas.

Nasihat itu diberikan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim apabila Halimaton mengambil masa panjang bercakap mengenai Klinik 1Malaysia.

“Klinik 1 Malaysia ada 45 klinik kalau nak dibahagikan untuk 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pun masih tak cukup lagi tetapi kita sekarang di Selangor yang ada 1,000 klinik terlibat dengan Skim Peduli Sihat (SPS) Kerajaan Negeri.

“Inilah yang dikatakan hanya nampak semut di seberang tetapi gajah di depan mata tak nampak. Cukuplah, ‘pulanglah semula ke Selangor,” kata Chang Khim.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Halimaton yang sedang membahaskan usul menyembah ucapan terima kasih dan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Jelasnya, ADN wajar memberikan fokus ucapan masing-masing kepada titah ucapan DYMM Sultan Selangor ketika berbahas.

Saranan itu disambut baik Halimaton sambil menyatakan beliau terpaksa menjelaskan isu Klinik 1 Malaysia ekoran terdapat dakwaan Klinik 1 Malaysia sebagai ‘klinik panadol’.=EZY=

Menteri Pendidikan perlu tumpu baiki mutu pendidikan bukan cari salah guru

OLEH DR SITI MARIAH MAHMUD

 guru

Saya meneliti kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menasihat guru-guru yang cenderung menyokong parti pembangkang supaya berhenti daripada perkhidmatan tersebut.

Itu secara tersurat tetapi secara tersirat pula, saya melihat kenyataan beliau sebagai satu bentuk ancaman dan ugutan awal supaya para guru tidak terlibat dengan program parti pembangkang atau bersedia menerima padah.

Dengan perkembangan teknologi maklumat dan minat politik rakyat semakin bercambah baik, agak aneh apabila pemimpin negara seperti Datuk Seri Mahdzir memilih untuk bersikap kolot dan jumud dengan menafikan hak para guru untuk menyokong parti politik bukan kerajaan.

Barangkali, kerana sikap kuno pemimpin seperti inilah yang menyebabkan negara masih gagal mencapai taraf negara maju pada 2020 sehingga terpaksa menganjak sehingga 2050.

Saya menyarankan agar Datuk Seri Mahdzir Khalid berhenti mencampuri urusan para guru di luar waktu sekolah, sebaliknya beliau patut memberikan keutamaan dengan menumpukan perhatian kepada usaha membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Hal ini kerana, bukan satu rahsia lagi apabila para guru turut dibebankan dengan tugasan berbentuk pentadbiran dan perkeranian sehingga mengganggu fokus mereka untuk mengajar.

Waktu kerja mereka bukan lagi setakat waktu persekolahan, ada kalanya terpaksa dibawa pulang untuk diselesaikan sehingga larut malam.

Selain itu, ada juga dilaporkan yang para guru turut diwajibkan menghadiri kursus yang tiada kaitan dengan profesion perguruan.

Dengan pelbagai bebanan tugasan yang tidak berkaitan ini, sudah tentu para guru ini berhak untuk membuat pilihan dengan menyertai parti lain yang diharapkan boleh menjamin kualiti pendidikan negara pada tahap terbaik.

Dalam pada itu, saya juga menggesa Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya menyiasat sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar, Sabah dan Sarawak yang sehingga sekarang tidak menikmati infrastruktur pendidikan yang lebih sempurna. Inilah antara keutamaan yang perlu beliau laksanakan sebagai Menteri Pendidikan.

Walau bagaimanapun, menyedari suasana Kerajaan yang semakin bersifat autokratik dan tidak terbuka untuk menerima kritikan dari penjawat awam, saya turut menasihatkan para guru dan penjawat awam lain supaya mengambil langkah berwaspada.

Pastikan anda menggunakan kuasa undi anda untuk mengubah Kerajaan sekarang kepada sebuah Kerajaan baharu yang lebih peduli dengan nasib semua golongan masyarakat.

# Dr Siti Mariah Mahmud adalah Ahli Parlimen  Kota Raja

Najib tak malu, canang Wasatiyah tapi bertentangan keperibadiannya

Oleh Syukri Razab

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) tertarik dengan berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 27 Mac 2017, bertajuk ‘Najib Cadang Wasatiyah Diajar Di Sekolah, Universiti’. Menghuraikan mengenai Dasar Wastiyah Negara (DWN), Perdana Menteri mengutarakan cadangan untuk memasukkan konsep Wasatiyah dalam Kurikulum peringkat Sekolah dan Universiti bagi memastikan masyarakat malaysia dapat menekuni prinsip kesederhanaan dalam kehidupan sekaligus menolak elemen ekstrimisme.

Secara asasnya, AMK menyambut baik seruan untuk memupuk hidup mesyarakat berlunaskan prinsip kesederhanaan sebagai tunjang keharmonian dan kemakmuran negara. Sikap ekstrimisme perlu dijauhkan kerana bertentangan dengan nilai-nilai kesejahteraan yang terkandung dalam semua agama.

Najib Rosmah

Konsep wasatiyah ini merupakan salah satu intipati penting daripada ajaran Islam. Mungkin Perdana Menteri terlupa bahawa Islam juga menekankan agar umatnya mengamalkan ajaran agama Islam secara keseluruhan, dan tidak mengambil ajarannya mengikut kepentingan tertentu sahaja. Ini dijelaskan melalui firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 208 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya”.

Selain Wasatiyah, Islam juga menekankan konsep-konsep lain seperti Qudwah Hasanah, iaitu contoh teladan yang baik dan juga Amanah itu kejujuran dalam setiap tingkah laku. Persoalannya, sesuaikah Najib untuk bercakap atas kapasiti pemimpin berwasatiyah?

Tidakkah Najib malu untuk mempromosikan Wasatiyah kepada mahasiswa apabila bajet untuk pendidikan tinggi dalam Belanjawan 2016 telah dipotong sebanyak 2.4 bilion. Dalam masa yang sama mahasiswa sedang berhadapan kemelut untuk menampung kos hidup akibat polisi baru PTPTN yang tidak lagi memberi pembiayaan penuh kepada isi rumah yang berpendapatan 4,000 ke atas.

Tidakkah Najib malu untuk mempromosi Wasatiyah kepada para pelajar sekolah dalam masa yang sama ibu bapa pelajar terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang akibat perlaksanaan GST, serta penghapusan subsidi petrol dan bahan asas lain seperti minyak masak.

Tidakkah Najib sedar bahawa Kerajaan sedang bersikap ekstrim dengan membebankan rakyat dengan segala macam bebanan ekonomi?.

Dalam keadaan rakyat semakin tersudut akibat tekanan ekonomi, Kerajaan masih berbelanja besar untuk projek-projek mega yang menelan belanja hampir 322 bilion. Najib pula pada penghujung tahun 2017 bercuti di Australia bersama keluarga beliau dengan menggunakan pesawat rasmi Kerajaan dan percutian ini tanpa segan silu dikongsikan oleh anak beliau di laman sosial. Terbaru Kerajaan mengeluarkan peruntukan sebanyak 15 juta untuk menganjurkan Forum Transformasi Global 2017 yang hanya berlangsung selama 2 hari.

Najib patut lebih malu apabila kebanyakan rakyat sedang membicarakan tentang derma 2.6 bilion yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau yang sehingga hari ini sumber dan tujuan dana tersebut masih gagal dijelaskan secara pasti.

Sangat ironi apabila Perdana Menteri sendiri merupakan penasihat kepada Institiut Wasatiyah Malaysia yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri yang semestinya menerima peruntukkan dengan jumlah tertentu daripada Kerajaan.

AMK khuatir, konsep Wasatiyah ala-Najib ini hanya akan menjadi alat untuk memaksa rakyat menelan segala macam polisi-polisi berat sebelah Kerajaan disamping mengekalkan jangka hayat Barisan Nasional

* Syukri merupakan Setiausaha Pengelola AMK

Kehadiran Anwar di mahkamah dibatal saat akhir, peguam akan kemuka bantahan


.

Oleh Aliff Fikri
PUTRAJAYA: Peguam saudara Anwar Ibrahim bakal mengemukakan bantahan terhadap tindakan mahkamah membatalkan rayuan pendengaran kes Ketua Umum KEADILAN itu melawan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di saat akhir.

rayuan-2

Peguam Latheefa Koya berkata, pembatalan itu tidak adil sama sekali kerana menghalang Anwar memberi hujah.

“Sepatutnya hari ini Anwar hadir untuk pendengaran rayuan dalam kesnya terhadap SPR berhubung hak beliau untuk mengundi walaupun dipenjara.

“Tapi mahkamah mengambil keputusan pada 24 Mac bahawa kehadiran Anwar dibatalkan dan pihak mereka hanya memberitahu kami tentang pembatalan itu semalam, 27 Mac.

“Jadi peguam utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram, menyatakan beliau akan mencabar pembatalan itu kerana Anwar berhak untuk hadir dan tindakan mahkamah itu juga bertentangan perlembagaan,” katanya kepada media di Mahkamah Rayuan, di sini.

rayuan-1

Sri Ram menegaskan, beliau akan memfailkan permohonan bantahan itu dalam tempoh 10 hari kerana keperluan untuk membuat temu janji dengan pihak penjara.

Kata beliau, tindakan mahkamah sangat tidak munasabah dan secara tidak langsung menghalang Anwar memberikan keterangan.

Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula Anwar terhadap SPR dan dua yang lain berhubung penafian haknya untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menyatakan, penolakan itu dibuat berikutan SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan Anwar yang kini dipenjara dari menjalankan hak beliau sebagai pengundi.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 6 Mei 2015, Anwar menamakan SPR dan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (ketika itu) serta kerajaan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Anwar memaklumkan, sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadap dirinya, beliau sudah mendaftar sebagai pengundi.

Khamis, 30 Mac 2017

Umno Sanggup Jilat Ludahnya ...




 
Oleh Zainudin Maidin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan selepas  Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembntangan  Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Pindaan di bidang jenayah) atau RUU355.

Ini menyerlahkan kewarasan  UMNO mengutamakan rakan-rakan  sejati komponen Barisan Nasional yang tidak senang dengan pindaan itu dan menindakan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Zahid Hamidi yang sanggup "kehilangan segelintir kawan kita tapi akan dapat kawan baharu yang kumpulannya lebih besar bersama kita."

Walaupun Zahid tidak memandai-mandai sendiri tetapi posting  saya pada  19 Mac 2017,meanggapnya agak beremosi dalam  kenyataannya itu  yang   tidak dibeli dengan mudah oleh Pas sebaliknya menimbulkan kecurigaannya,UMNO mahu mencuri pengaruhnya.

Presiden  Pas Datuk Haji Hadi  mahu melihat dulu draf  pindaan yang hendak dibentangkan  oleh kerajaan.

Bagaimanapun dengan  pembatalan hasrat kerajaan untuk mengambil alih pembentangan itu  tidak sahaja demoralised  kerajaan  tetapi juga Pas disamping mendedahkan prasangka mendalam yang terus terpendam antara kedua parti itu.

Ia menunjukan ketidakikhlasan  UMNO untuk berkerjasama  dengan sebuah parti yang tidak diyakini malah digeruni oleh semua walaupun UMNO menanam tebu dibibir.Kesan buruknya kepada  Pas,ia  terlihat bersendirian kembali dalam mengemukakan pindaan itu.Kerajaan BN memisahkan diri sekalipun mungkin akan disokong oleh wakil-wakil UMNO.

Untuk mengawal kecederaan politik yang terlalu teruk kepada UMNO dan Pas maka itulah Utusan Malaysia yang menjadi hysteria dengan pengumuman kerjaan sendiri akan mengambil tanggungjawab pembentangan, tiba-tiba menyembunyikan berita pembatalannya hanya sebagai  berita sampingan dimuka dalam sehingga sukar untuk ditemui.

Ini juga menyerlahkan  kerjasama  Pas dan UMNO tidak boleh berlaku atas sentimen Melayu dan Islam. UMNO yang dari asal percaya kepada masyarakat berbilang kaum dan agama  tidak sehati dan  dan sejiwa dengan Pas yang  pendekatan dan dasarnnya bersifat retorik,keras,perkauman  dan melampau.

Kerjasama yang nampak berlaku sekarang lebih terdorong oleh kepentingan politik Najib dan Hadi dan bukannya perpaduan Melayu dan Islam.

Maka  itu percubaan untuk mengkhianati sesama sendiri terus berlaku disebalik tabir.Pendedahan klip video Presiden Pas Haji Hadi mahu "UMNO serahkan lima negeri kepada Pas dan mereka boleh ambil yang lain", walaupun dinapikan tetapi cukup mencederaparahkan hubungan UMNO PAS diakar umbi terutama di kalangan UMNO.

Maka itu tidaklah heran jika kerajaan BN  yang bagitu ghairah dan bersemangat tinggi  dalam komitmennya untuk menyokong  RUU355,tiba-tiba memprojekan  Pas kepada rakyat dalam keadaan sendirian dan sekali lagi dalam keadaan tidak pasti samaada ianya akan dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.-http://zamkata.blogspot.my/


Strategi dia lagi teruk, sampai kalah 13 PRU'


Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR - "'Strategi' dalam politik yang dimiliki Ketua Parlimen DAP,  Lim Kit Siang adalah strategi teruk yang menyebabkan kekalahan beliau menentang BN, jadi mengapa saya perlu belajar daripada dia?" demikian bidas Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Abdul Rahman Dahlan.

Menurut beliau, strategi yang digunapakai Kit Siang telah menyebabkan kekalahan DAP menentang BN berulang kali sehingga 13 kali.

"Saya tidak memerlukan kuliah (tentang ilmu) strategi dari Kit Siang. Jika benar beliau mempunyai strategik cukup baik, beliau tidak akan kalah 13 kali dalam PRU.

"Kita tidak perlukan seorang saintis roket untuk tahu bahawa Kit Siang telah gagal 13 kali untuk mengalahkan BN. Kalau pemimpin lain sudah pasti akan letak jawatan pada kekalahan pertama," katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang sebelum ini dalam sidang media di Parlimen menawarkan tuisyen percuma kepada Abdul Rahman untuk mengajarnya maksud sebenar strategik.

Menurutnya lagi, Kit Siang sepatutnya sedar yang pemimpin DAP itu bukan sebahagian daripada penyelesaian, sebaliknya sebahagian daripada masalah.

"Kalau saya jadi beliau, saya akan letak jawatan pada kekalahan pertama lagi," ujarnya lagi.

Rasuah Sultan: Tan Sri serah diri kepada SPRM

rasuah
Gambar hiasan 
 
PUTRAJAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas namanya dikaitkan cuba memberikan rasuah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Dia dikatakan cuba memberi rasuah berhubung penganugerahan pingat bergelar tan sri.

Individu itu bersama dua peguamnya tiba di pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 6 petang tadi.

Terdahulu, media melaporkan beliau diberi tempoh sehingga 12 tengah malam ini untuk menyerah diri kepada SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, sekiranya individu terbabit gagal berbuat demikian, pihaknya akan menahan serta mendedahkan maklumat dirinya kepada media.

"Dia tahu kami sedang mencarinya, namun masih melarikan diri. Individu ini berketurunan Cina dan berkepala botak.

"Nama dia sudah disekat di lapangan terbang sekali gus tidak boleh ke luar negara dan dia juga masih berada di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada yang mahu jatuhkan imej saya']

Ahad lalu, Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada SPRM berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda mengenai penganugerahan pingat.

Baginda mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu SPRM mengadap segera supaya perkara berkenaan dapat disiasat.