Selasa, 31 Januari 2017

ELOK BENAR SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUH MENYIASAT KERUGIAN AS$10 BILION FOREX, TAPI....

shahbudindotcom 


Kecoh benar laskar maya 6.6 peratus dalam sehari dua ini menjaja cerita mengenai kerugian dalam urusniaga forex sebagaimana yang ditimbulkan kembali oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.
 
Tanpa menilai bahawa Abdul Murad sendiri sebenarnya tiada kredibiliti kerana pernah didenda RM500 ribu atau penjara enam bulan atas kesalahan gagal mengisytiharkan pemilikan saham dan 51 hartanah, laskar maya atau cybertrooper 6.6 peratus, senada dengan Abdul Murad yang mengatakan penyiasatan tidak pernah dijalankan terhadap kerugian AS$10 bilion itu, turut sama mendesak perlunya siasatan dijalankan dengan segera.

Dalam banyak-banyak desakan itu terpacul pula cadangan agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhakan untuk menyiasatnya.

Kata mereka, hanya dengan penubuhan suruhanjaya diraja dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut. 

Kerugian sebanyak AS$10 bilion itu, tambah mereka, mesti diketahui punca dan siapa yang bersalah kerana dengan wang sebanyak itu berapa banyak rumah, sekolah, masjid, tajaan pelajaran dan sebagainya mampu mendapat manfaat daripadanya.

Walaupun difahami bahawa sasaran sebenarnya yang mahu ditembak oleh laskar maya 6.6 peratus dalam isu kerugian forex itu ialah Tun Mahathir Mohamad, namun ia sebenarnya belum tentu akan mengena. 

Ini kerana ketika itu Menteri Kewangan ialah Anwar Ibrahim, manakala orang yang bertanggungjawab menjalankan urusniaga forex itu difahamkan ialah Nor Mohamed Yakcob, yang kemudian dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua di era Tun Abdullah Badawi. Sekarang pula Nor Mohamed Yakcob ialah Timbalan Pengerusi Khazanah, badan pelaburan utama kerajaan, manakala Pengerusi Khazanah adalah Najib sendiri.

Tun Mahathir cuba dipersalahkan hanya kerana ketika itu beliau adalah Perdana Menteri. Jika Tun Mahathir sekarang ini tidak berbalah dengan Najib, pasti kes kerugian itu tidak diungkit dan Abdul Murad pula tidak akan dipedulikan sama-sekali untuk ditemubual oleh mana-mana media.

Jadi, tidaklah sukar untuk memahami mengapa isu kerugian urusiaga forex yang berlaku pada tahun 1994 tiba-tiba boleh muncul kembali.

Namun demikian, elok benar jika suruhanjaya diraja dapat ditubuhkan kerana Tun Mahathir, Anwar dan Nor Mohamed Yakcob masih lagi hidup dan boleh memberi keterangannya.

Semua orang tentu ingin tahu kebenaran yang sebenar-benarnya dalam kerugian forex itu.

Tetapi, untuk berlaku adil kepada seluruh rakyat, sementara kerugian forex mahu disiasat melalui sebuah suruhanjaya diraja, Najib juga mesti berani berbuat perkara yang sama untuk menyiasat kerugian 1MDB serta pengaliran wangnya yang menjadi bulan di seluruh dunia.

Hanya dengan berbuat demikian barulah ada keadilan dan Najib terlihat benar-benar inginkan kebenaran yang menyeluruh dalam semua perkara.

Apalah gunanya sembang kencang dan cakap berdegar-degar tentang kuman di seberang laut, namun buat-buat tak nampak tentang gajah di depan mata.

Beranikah cybertrooper 6.6 peratus menyokongnya?  


Indonesia bantah AS, Najib masih diam?

ARIF ATAN
 
 
Tujuh negara dihuni majoriti penganut Islam disenarai hitam oleh TrumpTujuh negara dihuni majoriti penganut Islam disenarai hitam oleh Trump

Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengharamkan kemasukan rakyat dari tujuh negara majoriti Muslim dan pelarian ke negara itu telah mengundang bantahan Indonesia.

Negara yang memiliki penduduk Islam terbesar di dunia itu menyifatkan keputusan Presiden AS ke-45 itu sebagai “pemeriksaan ekstrem”.

Walaupun tidak termasuk daripada senarai terbabit, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, negaranya kesal dengan arahan Trump pada 27 Januari lalu iaitu seminggu selepas beliau mengambil alih jawatan Presiden.

Trump pada Jumaat lalu, menggantung program kemasukan pelarian ke AS selama empat bulan serta menyekat kemasukan pelawat dari Syria dan enam negara majoriti Islam lain buat sementara iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Menurut Trump, perintah yang berkuatkuasa serta-merta itu bagi memastikan pengganas tidak berada di negaranya sekaligus melindungi rakyat AS daripada serangan pengganas.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad al Hussein melalui laman sosial Twitternya menganggap langkah Trump tersebut sebagai 'haram' serta membawa kemudaratan dan kesakitan kepada mereka terbabit.

Beliau dilapor berkata, sekatan 90 hari yang dikeluarkan Trump tidak menggunakan sumber yang betul dalam langkah memerangi jenayah keganasan bahkan diskriminasi atas kewarganegaraan semata-mata adalah dilarang sama sekali di bawah undang-undang hak asasi manusia.

Ekoran kemarahan larangan perjalanannya ke atas tujuh negara Islam itu juga hampir sejuta rakyat Britain menandatangani petisyen mendesak kerajaan supaya membatalkan kunjungan rasmi Trump ke negara itu termasuk mengadakan pertemuan dengan Ratu Elizabeth pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline setakat pagi ini mendapati kerajaan Malaysia sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahupun Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan bantahan rasmi berhubung arahan Trump itu.

Dalam perkembangan berkaitan, DAP melalui kempen #NoMuslimBan akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan AS di Jalan Tun Razak di ibu negara pada Jumaat (3 Februari) ini selepas solat Jumaat.

Mahasiswa penakut atau diajar takut?

 AHMAD FARHAN ROSLI


Dunia kampus tidak pernah sepi daripada sebarang berita enak mahupun loya untuk diceritakan.

Baru-baru ini kita digemparkan apabila sesi minggu suai kenal di beberapa universiti awam telah dijadikan medan sogokan pihak universiti dengan ancaman, amaran dan indoktrinisasi terhadap para mahasiswa baru.

Ini melengkapkan lagi beberapa penghukuman universiti awam ke atas aktivis mahasiswa yang kononnya mencemarkan nama universiti. Jelaslah, kokongan hak bersuara kepada mahasiswa yang semakin meluas di negara ini.

Cerita ini bukan baharu. Seakan skrip drama yang diulang tayang oleh pihak pentadbir universiti. Sangsi melihatkan suasana ini seakan wujudnya tangan ghaib yang terlibat melakar skrip lakonan di sebalik adegan ini. Sketsa ini berterusan namun hanya segelintir mahasiswa yang peduli. Sebahagian besar umpama tidak kisah bahkan mungkin tidak tahu akan perihal ini.

Mahasiswa dan Budaya Takut

Ini mengingatkan kami kepada istilah “budaya takut” (culture of fear), yang semakin hangat dibangkitkan oleh para pemikir kini. Budaya takut diartikan sebagai “ The belief of humanity confronted by desstructive forces that threateten our everyday existance” (Frank Furedi, Culture of Fear).

Menurut Furedi, golongan yang positif serta yakin dengan nilai kemanusiaan akan mendukung hak bersuara sebaliknya golongan yang takut akan kemanusiaan akan menekan menggunakan pendekatan budaya takut.

Tafsiran ini ditegaskan lagi oleh hujah Dato Dr Siddiq Fadzil sebagai “the concept that people may incite fear in the general public to archive political goals through emotional bias”.

Dalam konteks universiti, budaya takut boleh diungkapkan sebagai projek orang politik untuk mendapatkan dokongan dengan cara menakutkan-nakutkan mahasiswa bertujuan untuk mengecilkan kemampuan dan keunggulan sebenar mahasiswa sebagai generasi terdidik yang punyai keupayaan dalam mencorak perubahan negara.

Tidak menghairankan para penagih undi menekan mahasiswa. Orang politik melihat mahasiswa sebagai kelompok yang harus dikawal menatijahkan kepada keperluan untuk memperhebat usaha membenih budaya takut. Orang politik tidak kira kerajaan mahupun pembangkang berhujah pengawalan terhadap mahasiswa perlu agar mereka tidak melawan kerajaan.

Soalnya, mengapa kerajaan harus takut mahasiswa menentang mereka sekiranya apa yang dibuat itu betul? Harus ditanya mengapa kami berkonfranstasi dengan kerajaan bukan terus dihukum sebegini rupa.

Mahasiswa bukan penjenayah untuk dihukum tetapi seorang pewaris tanah bangsa yang harus diperbetul tatkala salah dan dididik sebagai antara “rakan kepemimpinan dalam pembangunan negara” (Saifuddin Abdullah,2009).

Jiwa peduli mahasiswa, golongan yang kononnya dibekalkan kapasiti intelektual tinggi, dilatih untuk berfikiran kritis dan berani menyuarakan pandangan serta sepatutnya prihatin tentang permasalahan semasa dalam soal krisis akautabiliti, ketirisan pengurusan dan salah guna kuasa seakan ghaib, hilang dan lenyap dibenamkan doktrinisasi sindrom “culture of fear”.

Ketakutan yang menghantui mahasiswa ini boleh diungkapkan sebagai penindasan intelek yang kian membarah. Pembangunan iklim keilmuan di menara gading hanya akan mekar apabila mahasiswa diberi ruang secukupnya untuk berwacana, bersuara, berfikir, serta berkarya.

Penghakupayaan mahasiswa (student empowerment) akan dijelmakan apabila membuka ruang lingkup diskusi yang subur tanpa sekatan yang mencengkam di universiti di samping pembebasan dan pembersihan universiti daripada unsur kepartian yang berkepentingan.

Menjadi mahasiswa bukan bermakna tertumpu dalam aspek kecemerlangan akademik semata namun harus diluaskan dalam kerangka pemahaman yang lebih mendalam dan lebar dalam pembangunan potensi insani yang dimiliki.

Mahasiswa bukan robot yang diprogramkan untuk menghafal nota-nota dan dimuntahkan semasa peperiksaan sahaja dan universiti bukan sekadar kilang memproses tenaga kerja seterusnya keluar bergraduasi bagi memenuhi keperluan industri.

Tetapi, mahasiswa sebenar ialah manusia yang punyai keunggulan dan kemuliaan insan (karamah insaniah) bertunjang keutuhan idelisme, keteguhan intelektulisme, hebat aktivismenya serta kukuh spiritulismenya.

Mahasiswa harus berani membebaskan diri dan jiwa mereka daripada belenggu budaya takut. Ikhtiar ini haruslah digerakkan dalam kerangka konsultatif bukannya bersifat konfrontatif.

Tidak dinafikan, segelintir kelompok mahasiswa punyai kesedaran dan keberanian bagi menegakkan hak yang diragut itu. Meminjam istilah Ali Syariati “Englightment Soul”, golongan ini harus memainkan peranan sebagai watak pencerah, memberi pencerahan serta penjelasan kepada apa yang berlaku di sekitar mereka.

Golongan ini harus mampu membentuk kekuatan dengan penuh keberanian menyedarkan mahasiswa untuk tidak sekadar terkongkong dalam wabak “3K” (Kuliah,Kafe,Katil), namun mereka punyai potensi dalam berpartisipasi menjayakan agenda bakti, khidmat dan advokasi.

Kami yakin dan percaya kerangka baru ini akan dapat digerakkan dengan perubahan cara fikir (Islah At-Tafkir) sebagai teras utama dalam merubah budaya seperti diungkap oleh Ibnu Ashur dalam karya beliau, Usul al-Nizam al-Ijtima’i fi Islam. Cara fikir mahasiswa hanya akan berubah dengan pembacaan yang mapan, sebagai asas utama pembinaan minda rasional dan matang dalam menilai sesuatu perkara.

Fenomena culture of fear ini harus ditangani secara pragmatik-realistik. Walau banyak pendedahan berkenaan kebobrokan dibuat, perubahan tidak akan berlaku tanpa keberanian.

Mahasiswa harus berani mencabar, sebagaimana diungkap oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz “Belajar Sambil Mencabar” serta membina paradigma pembebasan (at-taharrur) dari belenggu penindasan dan ketakutan. Ayuh mahasiswa!!!

* Ahmad Farhan Bin Rosli ialah Exco Penerangan & Penyelidikan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Pas salahkan DAP, PKR pecahkan pembangkang

 arif atan
 
Khairuddin Aman RazaliKhairuddin Aman Razali


Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menganggap DAP dan PKR memecah-belahkan Pakatan Rakyat iaitu gabungan pembangkang sebelum ini ketika pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2014 sebagai Menteri Besar Selangor.

Serangan terbaharu pemimpin Pas terhadap Pakatan Harapan itu ekoran dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mematuhi prinsip konsensus tidak bersetuju dengan pendirian DAP dan PKR.

"DAP dan PKRlah yang jelas bersalah memecah-belahkan PR (Pakatan Rakyat). Mereka menjadikan Presiden Pas sebagai alasan menutup kesalahan mereka.

"Sekarang, cerita lama tersebut diulang kembali dengan harapan orang ramai tidak cukup cerdik memahami permainan politik kotor mereka," kecam Khairuddin dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, DAP dan PKR tidak wajar meneruskan agenda menjatuhkan Khalid Ibrahim memandangkan tidak mencapai konsensus serta tidak hanya mencalonkan seorang pengganti sahaja.

"Tapi malangnya mereka (DAP dan PKR) melanggar prinsip konsensus tersebut. Mereka teruskan walaupun konsensus tidak dicapai. Sikap tidak mematuhi perjanjian inilah sebenarnya yang membawa kepada perpecahan PR. Selamanya mereka akan melanggar perjanjian," tegasnya.

Terus menyelar Kit Siang sebagai "menimbulkan lagi fitnah" terhadap Abdul Hadi, beliau menganggap Ahli Parlimen Gelang Patah itu keliru antara prinsip majoriti dan prinsip konsensus apabila menyatakan tidak bersetuju dengan majoriti bererti tidak konsesus.

"Bila Presiden Pas menentang usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid di Selangor melalui tuduhan tanpa bukti, bukan bermakna beliau menentang prinsip PR. (Menariknya, akhirnya mahkamah membuktikan tuduhan tersebut semuanya palsu dan fitnah).

"Bila Pas tidak bersetuju dengan satu nama sahaja sebagai calon MB (Menteri Besar) oleh PKR dan DAP, itu juga bukan menentang konsensus. Itu adalah hak ahli dalam prinsip konsensus. Tidak ada paksaan untuk mengikuti keputusan majoriti.

"Akhirnya DAP dan PKR terpaksa memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana mengingkari arahan Baginda untuk menghantar sekurang-kurangnya dua nama, bukan hanya satu nama.

"Kedua-dua kes tersebut akhirnya membuktikan sikap Tuan Guru Presiden PAS adalah tepat. Akhirnya terbukti DAP dan PKR gopoh dan cuai dalam mengambil tindakan mereka sehingga terpaksa mengakui kesilapan dan memohon maaf," jelas Khairuddin lagi.

Harga minyak RON naik 20 sen berkuatkuasa Februari

Harga baharu RON95 dan RON97 naik 20 sen kepada RM2.30 dan RM2.60 manakala harga diesel naik 10 sen kepada RM2.15.


 petrol-1

PETALING JAYA: Harga minyak ditetapkan naik berkuatkuasa Februari mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Khairul Annuar Abdul Aziz mengesahkan kenaikan ketika dihubungi FMT.

Harga baharu RON95 dan RON97 naik 20 sen masing-masing kepada RM2.30 dan RM2.60. Sementara itu, harga diesel naik 10 sen kepada RM2.15.

Sebelum ini, pesanan WhatsApp tersebar mengatakan RON95 akan naik 15 sen, daripada RM2.10 kepada RM2.25 seliter manakala RON97 akan naik 5 sen kepada RM2.45, sementara diesel dijangka naik 20 sen kepada RM2.25 seliter.

Pada 1 Januari, kos petrol RON95 naik 20 sen kepada RM2.10 seliter, manakala RON97 naik 15 sen kepada RM2.40 seliter. Diesel naik 20 sen kepada RM2.05 seliter.

Kenaikan harga minyak esok dikatakan akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta nilai ringgit yang rendah.

Annuar harus beri penjelasan pada Jawatankuasa Audit, kata Ismail Sabri

MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Ismail Sabri YaacobDatuk Seri Ismail Sabri Yaacob


Tan Sri Annuar Musa tidak dipanggil memberi penjelasan kerana ahli mesyuarat berpendapat beliau seharusnya memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Mara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Beliau dalam satu kenyataan menjelaskan, Mesyuarat Khas Majlis Mara yang diadakan hari ini bertujuan untuk melantik Jawarankuasa Audit

Dalaman bagi menyiasat isu yang berkaitan dengan tajaan UNIKL dan Pelaburan Mara Berhad serta beberapa isu lain yg diviralkan dalam media sosial.

"Siasatan tersebut bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada Mara.
 
"Saya dimaklumkan mesyuarat diwakili oleh semua ahli termasuk wakil MOF & EPU.

"Pengerusi Mara, Tan Sri Anuar Musa tidak dijemput hadir kerana mesyuarat ahli mesyuarat berpendapat adalah wajar beliau memberi penjelasan kepasa Jawatankuasa Audit nanti.

"Tindakan penggantungan sementara dibuat berdasarkan beliau sedang disiasat oleh JK Audit dan sebagai Pengerusi, bimbang akan mempengaruhi siasatan," ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Malah menurut Ismail Sabri lagi, penggantungan Annuar adalah sementara menunggu siasatan Jawatankuasa Audit Dalaman selesai.

"Saya dimaklumkan oleh Penasihat Undang-undang Mara bahawa Majlis Mara berkuasa penuh dalam keputusan menggantung jawatan sementara menunggu siasatan juruaudit dalaman diselesaikan.

"Ini kerana ia tidak melibatkan pelantikan dan pemberhentian yang memerlukan kuasa Menteri dengan persetujuan Perdana Menteri.

"Ianya merupakan prosedur biasa di dalam satu-satu siasatan, untuk yang disiasat digantung tugas sementara.

"Saya menghormati keputusan Majlis Mesyuarat Mara yang ingin menyelesaikan isu yg membabitkan Mara dan anak syarikat mereka secara tuntas.

"Cuma saya minta supaya siasatan dalaman ini dapat diselesaikan dengan segera," ujarnya.

Hari ini Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta-merta.

Jawatan Annuar sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) turut digantung.

Dengan itu, semua tugas Annuar di agensi berkenaan kini dipangku Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob.

Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat Mara, di Kuala Lumpur.

Annuar dalam laman facebooknya menyatakan beliau sudahpun dimaklumkan tentang penggantungan jawatannya itu menerusi panggilan telefon daripada Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad dan Ahli Majlis Mara Datuk Dr Yusof Yaacob, memaklumkan bahawa mereka telah mengadakan mesyuarat khas atas restu Menteri KKLW (Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob).

Annuar dipetik berkata, beliau dijadualkan akan mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis itu pada 14 Febuari depan dan beliau bercadang untuk berbincang isu-isu berkaitan.

"Tetapi nampaknya YB Menteri telah memberi 'consent' untuk mesyuarat khas diadakan lebih awal dan tanpa kehadiran saya.

"Sebagai penjawat jawatan yang dilantik oleh menteri saya menerima apa saja secara berlapang dada dan penuh tanggungjawab terutama dalam rangka menjalankan tugas yang di amanahkan kepada saya.

"Prinsip integriti dan amanah insyaAllah sentiasa saya utamakan," ujarnya yang berkata, akan membuat kenyataan selanjutnya minggu hadapan sekembalinya ke Kuala Lumpur pada Khamis ini.

Kementerian: Akaun Facebook nafi harga bahan api naik palsu


KPDNKK menafikan memberi maklumat mengenai harga baru petrol di Facebook.


kpdnkk-1


PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan mengeluarkan kenyataan harga minyak tidak akan naik bermula 1 Februari.

Satu posting terbaharu di Facebook sebelum ini mendakwa berita kenaikan bahan api itu palsu kerana harga petrol sebaliknya akan turun.

Posting berkenaan ditulis dalam bentuk pantun singkat, dimuat naik di akaun Facebook yang dikenali sebagai “KPDNKK”.

Ia menyatakan harga turun kepada RM2.85 seliter bagi RON95, RM2.05 seliter bagi RON97 dan RM1.99 seliter bagi diesel.

Awal hari ini, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz memberitahu FMT, bahan api dan diesel kemungkinan besar akan naik bagi 2 bulan berturut-turut.

“Berdasarkan pengiraan kami, ia dijangka akan meningkat. Tetapi tiada yang rasmi lagi,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai mesej WhatsaApp, yang meramalkan harga petrol RON95 naik 15 sen seliter kepada RM2.25, RON97 naik 5 sen kepada iaitu RM2.45 dan diesel naik 20 sen kepada RM2.25.

Pada 1 Jan, kos petrol RON95 naik 20 sen kepada RM2.10 seliter, manakala RON97 meningkat sebanyak 15 sen kepada RM2.40 seliter. Diesel juga menyaksikan peningkatan 20 sen kepada RM2.05 seliter.

Hadi tak hadir pertemuan PAS-PPBM Khamis ini

 
Bagaimanapun, timbalan presiden PAS memaklumkan pertemuan itu mendapat restu Hadi.


tuan-ibrahim-hadi-pas-bersatu


PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai pertemuan parti Islam itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Khamis ini untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Perkara itu dimaklumkan, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS lain akan mewakili parti itu.

Katanya, Hadi tidak menyertai perbincangan tersebut kerana tidak terlibat dalam jawatankuasa perbincangan, bagaimanapun beliau merestuinya.

“Yang akan menyertai perjumpaan PAS dan PPBM ialah saya sendiri, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad serta 2 lagi jawatankuasa PAS yang lain,” katanya ketika dihubungi FMT.

Hadi sebelum ini bertegas menolak kerjasama dengan DAP pada PRU akan datang, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan PPBM.

Semalam PPBM dalam kenyataan berkata parti itu tetap bertemu PAS walaupun akar umbi parti marah susulan penghinaan PAS terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

PAS turut mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang

Ku Nan serah kepada Presiden putuskan kedudukan Annuar dalam Umno

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan kepada presiden parti untuk memutuskan kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan Umno yang digantung tugas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
 
Tengku Adnan menjelaskan jawatan Annuar itu adalah lantikan Presiden, Datuk Seri Najib Razak. 
 
"Jawatan beliau dalam Umno dilantik presiden dan penggantungan Tan Sri Annuar adalah dalam agensi kerajaan. 
 
"Tidak berbangkit jawatannya dalam Umno, tetapi ia terpulang kepada pandangan presiden," katanya dipetik sebuah agensi portal berita. 
 
MARA hari ini menggantung tugas Ahli Parlimen Ketereh sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta. 
 
Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi itu di sini. 
 
Ia membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW). 
 
Tengku Adnan berkata penggantungan itu juga sebagai prosedur siasatan dan belum terbukti Annuar melakukan kesalahan. 
 
"Sebagai Ketua Penerangan Umno, beliau bekerja dengan kuat dan melaksanakan tugas dengan baik, tidak ada masalah," katanya.
 
 

SPRM buka kertas siasatan terhadap Annuar

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA).
 
Menerusi satu kenyataan, badan anti-rasuah itu bagaimanapun memaklumkan siasatan hanya tertumpu kepada rasuah dan salah guna kuasa Annuar yang dikaitkan dengan isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan (TRW).  
 
"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pembabitan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan. 
 
"Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA," katanya.
 
Badan itu juga meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes terbabit dan memberikan ruang kepada mereka bagi menjalankan siasatan.
 
Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta hari ini.
 
Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata keputusan itu bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dikaitkan terhadap Annuar, berkaitan tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan. 
 
Katanya mesyuarat tergempar yang dihadiri semua Ahli Majlis MARA hari ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan berkenaan, selaras hasrat agensi dalam memastikan kepentingan dan amanah rakyat sentiasa dipelihara. 


Penjaja Melayu, bukan Melayu terima layanan berbeza, dakwa PAS Pulau Pinang

 
Ketua PAS negeri berkata sementara peniaga bukan Melayu di kawasan bandar dibenarkan, penjaja Melayu di luar bandar diambil tindakan.


fauzi-penang-1


BUTTERWORTH: PAS mempertahankan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertikaikan dasar Pulau Pinang mengenai Islam dan Melayu, dan berkata kerajaan pimpinan DAP itu juga mengamalkan 2 undang-undang berbeza ke atas peniaga Melayu dan bukan Melayu.

“Didapati wujud tindakan yang berbeza terhadap penjaja yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada kalangan Melayu dan bukan Melayu,” kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof di Markaz Tarbiah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam.

“Terdapat sebilangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai mereka berbanding penjaja bukan Melayu yang tidak dikenakan tindakan perobohan,” tambahnya.

Beliau memberi contoh penjaja Melayu di kawasan luar bandar seperti Teluk Bahang dan Sungai Tiram yang dirobohkan gerai mereka, tetapi penjaja bukan Melayu di kawasan bandar seperti di sekitar bangunan pentadbiran kerajaan Komtar tidak diambil tindakan sama.

“Bahkan, difahamkan terdapat di kalangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah merupakan warga orang kelainan upaya (OKU) yang juga penerima pinjaman Tekun,” katanya merujuk skim bantuan perniagaan Bumiputera tajaan kerajaan pusat.

Hadi pada Jumaat dilaporkan berkata DAP menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang. Ia disangkal Exco Hal Ehwal Islam negeri, Abdul Malik Kassim.

PAS dan DAP memutuskan kerjasama mereka selepas berselisih faham mengenai langkah PAS meneruskan usaha melaksanakan undang-undang jenayah syariah. Ia membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat, yang digantikan dengan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah, parti diterajui beberapa bekas pimpinan tertinggi PAS.

Susulan itu, kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua ahli majlis PAS dalam pihak berkuasa tempatan meletak jawatan.

Pada Jun 2015, 2 ahli majlis mewakili PAS dipecat daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), manakala 2 lain meletakkan jawatan.

Fauzi berkata wakil PAS dalam MBPP pernah membantah tindakan “dwi standard” pihak berkuasa negeri.

“Namun, bantahan tersebut disanggah oleh wakil DAP di dalam MBPP ketika itu dengan alasan bahawa penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah kumpulan yang cenderung kepada Umno dan tidak perlu dipertimbangkan rayuan mereka.

“Bahkan wakil PAS tersebut pula dituduh sebagai rasis dan pro-Umno semata-semata kerana mempertahankan penjaja Melayu berkenaan,” katanya

Zon bebas cukai kedua di Bukit Kayu Hitam

MALAYSIAKINI


Kedah akan mewujudkan zon bebas cukai kedua di negeri itu selepas Pulau Langkawi di atas tapak seluas 6,000 ekar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan swasta di Bukit Kayu Hitam.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-17 di Putrajaya baru-baru ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam mesyuarat tersebut Perdana Menteri telah arahkan supaya NCIA bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah melaksanakan perkara ini," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gerakan Kedah, hari ini.

Ahmad Bashah berkata kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti hotel, perumahan, pusat beli-belah dan sekolah yang diunjur mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari negara jiran.

"Penduduk yang ada di kawasan itu akan menikmati barangan bebas cukai dan kita harap perkara ini akan kita bangunkan segera kerana kita nak selain daripada Pulau Langkawi ada satu lagi kawasan bebas cukai yang berada di tanah besar," katanya.- Bernama


JKR nafi 'Ceiba Chodatii' libatkan kerajaan negeri

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok 'Ceiba Chodatii' yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.

Pengarah JKR Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud sebaliknya berkata, pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu ditanggung kontraktor utama projek itu dan ia juga tidak termasuk dalam skop projek.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu hari ini.

Isu pokok 'benang sutera' berkenaan tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa penanaman tiga batang pokok berkenaan sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus merupakan satu pembaziran kerana difahamkan pokok berkenaan berharga RM180,000 sebatang.

Sementara itu Pergerakan Pemuda Umno Terengganu dalam kenyataan berasingan menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan.

Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya Menteri Besar terlibat dalam isu tersebut.

"Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial.

"Pemuda UMNO Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial. Saya mengharapkan agar kerajaan negeri akan dapat segera memulakan proses undang-undang bagi membawa si pelaku ke muka pengadilan," katanya. -Bernama


Isnin, 30 Januari 2017

Pengungkitan skandal BMF tidak berbekas kepada Dr Mahathir

MS0

Isu skandal BMF tak berbekas buat Dr Mahathir.
Sekonyong-konyang skandal BMF yang merupakan skandal kewangan terhitam ditangung negara diungkit semula. Skandal itu berlaku dalam tahun  1979 hingga1983 dan ia asing kepada generasi muda hari ini. Pengungkitan semula skandal berkenaan dilihat bermotif politik bukan untuk kepentingan negara jauh sekali bertujuan menambah nilai ringgit. Ia diungkit semata-mata untuk menyerang Dr Mahathir Mohamad yang ketika ini menyerang Najib bertubi-tubi.

Apa yang dibangkitkan mengenai skandal itu, kononnya ada dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengatakan Dr Mahathir bertanggungjawab dengan skandal melibatkan wang ratusan juta itu dan menyebabkan seorang pegawai kewangan bernama Jalil Ibrahim mati dibunuh.

Dr Mahathir sudah memberi jawaban dan ulasan berkaitan perkara itu, dimana menurutnya pengungkitan semula skandal itu adalah tindakan politik kerana dia tidak henti-henti menyerang Najib.

Apa perlunya skandal berkenaan ditimbul balik? Dalam isu ini saya tidak nampak, Najib mendapat laba kalau benar seperti kata Dr Mahathir itu. Dr Mahathir sesekali tidak akan berhenti dan surunder daripada menyerang Najib. Beliau sudah nekad dan menandatangani dengan dakwat merah. Sign mati.

Apakah penimbulan semula skandal berkenaan kerana hendak mengimbangi isu atau skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib? Ada penyokong Najib atau cybertrooper menulis membanding skdnal 1MDB tidak sehebat skandal BMF kerana skandal 1MDB tidak membunuh manusia. Perbanding itu dangkal dan tidak memberi nilai tambah kepada skandal ditanggung Najib itu. Bahkan cara itu ia mengesahkan Najib terlibat dengan skandal 1MDB.

Sepatutnya apa yang jadi sejarah tidak diguna untuk menenggelam apa yang sedang berlaku hari ini. Pengungkitan semula skandal BMF dan cuba mengaitkan dengan bekas PM itu, memburukkannya memberi peluru dan modal baharu buat Dr Mahathir. Ia silap besar. Inilah kelemahan di kalangan penasihat Najib kerana peluru yang dibalingkan Dr Mahathir dibalingkan semula menyebabkan Dr Mahathir boleh menggunakan peluru yang sama. Sepatunya mereka mati atau nyahhapuskan peluru-peluru itu.

Isu atau skandal BMF walaupun ia membabitkan kewangan negara, maruah negara dan kehilangan nyawa, ia sudah dikira tamat. Khalas. Mengungkitkannya tidak dapat melindungi apa yang sedang berlaku, sebaliknya tambah memalukan negara. Baik generasi muda tidak tahu sejarah hitam negara, ia menjadi tahu. Iya walaupun kebusukan itu tidak boleh diselindung sebab sejarah mencatatnya, tetapi mencium busuk dua kali dalam satu masa adalah suatu kebodohan dan kebebalan.

Jika pun skandal yang sudah berlalu 33 tahun itu masih relevan untuk kepentingan politik Najib, apa pula nanti orang tidak membangkitkan semula tragedi pembunuhan Altantuya Sharribbuu? Walaupun dari segi tektikal dan proses undang-undang Najib terhindar dari terlibat dengan pembunuhan itu namun beberapa keadaan yang berlaku terhadap si pembunuh wanita itu boleh dipusingkan untuk mengaitkan dengan Najib.

Bagi saya tidak ada untungnya skandal BMF dibangkitkan semula kalau tujuannya untuk menahan Dr Mahathir daripada menyerang Najib. Dr Mahathir tidak pernah berasa takut dengan apa yang dibuatnya. Psikologi tentang Dr Mahathir ini patut dipelajari. Dr Mahathir akan kering tanpa air, tetapi tidak akan lemas dalamn dalam air yang banyak.

Untuk maklumat kepada yang tidak memahami skandal BMF ini suatu masa ia telah disuakan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, kononnya bekas Menteri Kewangan itu terlibat. Ia ditimbulkan pada masa Tengku Razaleigh berlawan dengan Dr Mahathir untuk merebut jawatan presiden Umno. Mungkin ia diheret ke diri Tengku Razaleigh atas arahan Dr Mahathir juga.

Ia berlanjutan dimainkan sehingga dalam Piraum pada tahun 1990. Sebuah akhbar luar negara; Times News Paper di London telah melaporkan dengan menuduh Tengku Razaleigh terlibat. Laporan itu yang digunakan oleh geng Dr Mahathir untuk memburukkan Tengku Razaleigh dan sehinggakan orang ramai mempercayainya. Tektik yang sama nampaknya diulang untuk mengenakan Dr Mahathir. Haha..

Apa jadi kesudahannya, Tengku Razaleigh menyaman akhbar berkenaan, beliau menang dan akhbar berkenaan memohon maaf dan diperintah membayar ganti rugi kepadanya. Apakah hal yang sama akan berlaku kepada Dr Mahathir mengenai skandal BMF ini? Tetapi Dr Mahathir seorang yang tidak suka melepaskan fitnah dan tuduhan ke atas dirinya menerusi mahkamah.

Dalam perhatian saya, skandal maut itu tidak akan merubah pendirian Dr Mahathir. Langkah mengungkitkan skandal itu tidak menjadi kudis gatal kepada Dr Mahathir. Kenapa, sebabanya, Najib juga ada skandalnya tersendiri yang boleh diguna Dr Mahathir pada bila-bila masa sahaja. Saya yakin dalam kepala dan pengetahuan Dr Mahathir banyak isu personal mengenai Najib dan beliau hanya tertarik untuk memperkatakan skandal 1MDB sahaja setakat ini.

Jangan paksa Dr Mahathir membuka peti besi rahsia yang ada kepadanya, bahaya.

Jadi sebelum Dr Mahathir jadi marah dan hilang akal kerana mengaitkan dia dengan cerita lama yang sudah dilipat sejarah itu, elok hentikan untuk menyelamatkan Najib dari terkait dengan skandal atau perkara lebih parah lagi dititikkan. Simpanlah sedikit segala rahsia dan sejarah hitam itu untuk genarasi akan datang dan bahan kajian sejarah.

Dalam pada itu, saya percaya selepas ini tragedi Memali yang meragut 14 nyawa yang berlaku pada tahun 1985, di Kedah itu juga akan dibangkitakan. Akan ada nanti laporan fail-fail lama polis yang sebelum ini berstatus RAHSIA akan dibuka dan dilembelkan.  Tidak mustahil dokumen yang disiapkan oleh CIA atau KGB juga akan akan teburai hanya kerana nafsu sekarah politik.

Tidak mustahil tragedi Memali itu akan diungkitkan dalam usaha untuk membangkitkan kemarahan rakyat khasnya dari kalangan ahli parti agama agar "murih"  (marah) dengan Dr Mahathir dan sayang kepada Najib. Semua itu bukan dalam gagasan membina intergriti bangsa tetapi memusnahkan maruah bangsa.

LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB

shahbudindotcom


Selepas isu BMF dilihat tidak bermanfaat dan seolah-olah menikam diri sendiri, pasukan media dan laskar maya Najib Razak cuba pula menimbulkan kembali isu kerugian AS$10 bilion dalam urusniaga forex oleh Bank Negara ketika era Tun Mahathir Mohamad dahulu.

Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang sudah lama tenggelam dan dilupakan, akhirnya dibawa kembali untuk ditemubual oleh media arus perdana untuk bercakap mengenai kerugian tersebut.

Beliau malah meminta suatu penyiasatan mengenai kerugian itu dibuka semula dan sedia membantu jika dipanggil memberi keterangan.

Jika kita masih ingat, Abdul Murad inilah juga yang sebelum ini pernah mendakwa Anwar Ibrahim mengawal dana berjumlah RM3 bilion untuk diagih-agihkan kepada rakan-rakan rapatnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Bagaimanapun, tiada apa-apa yang dapat dibuktikan mengenai dakwan tersebut, sebaliknya pada tahun 2000, Abdul Murad yang dihukum denda RM500 ribu atau penjara enam bulan setelah mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengisytiharkan saham dan 51 hartanah bernilai RM24 juta.

Tujuan menimbulkan kembali isu-isu lama ini tidak lain ialah untuk menyerang dan melemahkan Tun Mahathir  kerana semuanya berlaku ketika era kepimpinannya?
Apakah bermanfaat bagi pasukan media Najib menimbulkan kembali isu-isu lama itu dan selepas ini berapa banyak lagi kes lama akan terus diungkit?

Memang benar isu BMF dan kerugian urusniaga forex berlaku ketika era kepimpinan Tun Mahathir, tetapi harus diingat bahawa ketika itu beliau tidak menjadi Menteri Kewangan. Bahkan dalam semua yang berlaku itu tiada dakwaan kemasukan beribu-ribu juta wang ke dalam akaun peribadinya.

Ia lebih merupakan urusniaga yang rugi, bukan berlakunya sebarang kejadian curi. Malah dalam kes BMF, beberapa tindakan telah pun diambil, termasuk kertas putih dan hukuman penjara terhadap mereka yang terlibat, manakala dalam urusniaga forex pula, ia segera dihentikan selepas kerugian besar disedari.

Sudah tentu ia berbeza dengan 1MDB. Bukan saja Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi juga menjadi Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat dalam waktu yang sama. Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pula, tandatangan Najib diwajibkan bagi sebarang urusniaga pelaburan dan komitmen kewangan sebagaimana yang tertulis dalam Artikel 117 M & A syarikat pelaburan tersebut.

Tiada sesiapa dihukum berkaitan 1MDB di dalam negara, meskipun di di luar negara banyak tindakan sudah cukup memalukan kita, bahkan Laporan Audit tidak boleh dibaca oleh sesiapa kerana diletakkan di bawah OSA.

Di dalam akaun peribadi Najib pula diakui ada wang RM2,600 juta yang sehingga ini jika kita imbas kembali, semua jawapannya berbeza-beza dan tidak pernah sama.

Oleh itu, jika pasukan media Najib merasakan dengan menimbulkan isu-isu lama itu mampu melemahkan Tun Mahathir dan memesongkan kepercayaan rakyat untuk menyokongnya, ia adalah suatu kesilapan besar. 

Semakin banyak isu-isu lama dibangkitkan, ia hanya menyebabkan ingatan orangramai terhadap skandal 1MDB semakin kuat melekat di fikiran mereka.

Kenyataan Najib yang cuba berlagak suci dengan memandang serius berhubung kerugian urusniaga forex itu, sambil mahu meminta laporan daripada Bank Negara mengenainya, di merata-rata tempat hanya menjadi bahan ketawa ramai saja.

Rata-rata menempelak kembali, jika Najib ingin memandang serius terhadap apa yang berlaku dalam negara, skandal 1MDB jauh lebih mustahak dan perlu diselesaikan dengan segera.

Lagi pun, ketika berlakunya isu kerugian urusniaga forex itu dan Najib berada dalam kabinet, tetapi apa yang dilakukannya?

Pernahkah beliau bersuara, memberi pandangan dan menegur apa-apa?

Secara umumnya, Najib mesti sedar kelemahan dan kerosakan yang diakibatkan oleh dirinya sudah terlalu parah dan mustahil untuk dipulihkan kembali. 

Jika pun beliau mampu menutupnya ketika berkuasa sekarang, ia akan lebih membusuk bila kuasa tiada lagi dalam genggamannya nanti. 

Kiranya BN dapat ditewaskan, kerajaan baru pasti akan menyelongkar skandal 1MDB itu secara habis-habisan, manakala pengganti Najib daripada UMNO pula tidak mustahil akan menjadikannya sebagai senjata untuk menunjukkan ketelusan dan bertujuan mengembalikan sokongan. Akhirnya, Najib tetap menjadi mangsa atau dimangsakan.

Hakikatnya, tidak mungkin untuk Najib melepaskan dirinya 100 peratus daripada kebusukan 1MDB. Keluarga, anak-anak dan cucunya pasti akan menerima bahana di masa akan datang, kecuali beliau segera mengarahkan pasukan media dan laskar maya 6.6 peratusnya berhenti mengungkit cerita-cerita lama dan memberi tumpuan untuk menyelesaikan sepenuhnya isu 1MDB yang jauh lebih merbahaya kepada warisan dan nama baik keluarganya.


Bila DAP Ada Kuasa, Ditinggalkan Semua Pemimpin Melayu – Bekas Naib Pengerusi DAP

AIDCNews

Mengambil contoh diri sendiri, bekas Naib Pengerusi DAP Zulkifli Mohd Noor mendakwa DAP akan meninggalkan semua pemimpin Melayu sekiranya parti itu memperolehi kuasa.


“DAP sudah menipu pemimpin Melayu seperti saya dan Tunku Aziz dan lain-lain lagi, diperalat dan dipergunakan.

“Kita ingat ketika itu belum menjadi kerajaan mungkin perjuangannya berlandaskan demokrasi sosial. Apabila mereka jadi kerajaan mereka bukan lagi begitu, maka dipinggirkan kesemuanya pemimpin Melayu dalam parti,” katanya kepada Antarapos.

Zulkifli berkata demikian sebagai mengulas ketegasan PAS yang menutup pintu kepada DAP dan tidak akan bekerjasama dengan DAP pada pilihan raya umum kelak.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada PAS kerana tidak mahu terperangkap sekali lagi dengan tipu daya DAP, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyambut salam perdamaian yang dihulurkan oleh penasihat parti itu, Lim Kit Siang.

lee
 

LIHAT VIDEO DI SINI 

  

Terima sumbangan banjir Amanah, guru besar dikenakan tindakan

ARIF ATAN
 
 
Hazmi HassanHazmi Hassan


Pemuda Amanah Kelantan mendedahkan kerajaan negeri telah mengambil tindakan keterlaluan terhadap seorang guru besar gara-gara menerima sumbangan Misi Bantuan Pasca Banjir inisiatif parti itu.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, tindakan kerajaan diterajui Pas menurunkan pangkat guru besar itu sama seperti sikap kerajaan Umno selama ini terhadap golongan guru yang dianggap memihak kepada parti lawan.

"Hanya kerana menerima sumbangan banjir daripada Pemuda Amanah, seorang mudir (Guru Besar) ditukarkan kepada guru biasa. Dulu kata Umno zalim.

"Nah, sekarang kerajaan Pas Kelantan pula menzalimi seorang mudir hanya sebab menerima kedatangan Pemuda Amanah untuk menyerahkan sumbangan banjir kepada pelajar," ujarnya seperti dipetik di akaun status Facebook beliau.

Mengulas lanjut, beliau turut membidas gejala politik kepartian melampau itu sekaligus menyeru supaya pengundi 'mengajar' Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Politik apakah ini? Parti ini perlu diajar pada PRU 14," tegas Hazmi lagi.

Malaysia Dateline difahamkan Amanah menyampaikan sumbangan bantuan kepada pelajar di sebuah sekolah menengah agama di Rantau Panjang di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 15 Januari lalu selepas kawasan itu terputus hubungan ketika banjir.

Hazmi Hassan kiri sekali bersama Naib Presiden Amanah Hasanuddin Yunus tengah ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang baru baru iniHazmi Hassan kiri sekali bersama Naib Presiden Amanah Hasanuddin Yunus tengah ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang baru baru ini
 

Ini punca ramai wanita hisap dadah ice, syabu

drug-dadah 

Jumlah penagih dadah dikalangan golongan wanita semakin meningkat berpunca daripada pengambilan dadah jenis syabu dan ice yang digunakan bertujuan untuk menguruskan badan.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Anak Kujat berdasarkan statistik yang dikeluarkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tahun 2011 mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 1013 penagih dadah wanita berbanding tahun ini iaitu sebanyak 741 penagih dadah.

“Kebanyakan penagih terjebak dalam dadah adalah kerana pengaruh rakan, perasaan ingin tahu dan mencari keseronokan di kelab malam.

“Ramai wanita yang terjebak terjebak dengan syabu dan ais sebab nak kuruskan badan,” katanya beliau semasa menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad di Dewan Rakyat, Rabu.

Ice atau syabu ini secara dasarnya boleh mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak dan lebih berbahaya sebagai perangsang kepada sistem saraf.

Ia juga merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan juga boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan.

Mengulas lanjut, Masir turut menjelaskan yang kerajaan telah merancang beberapa langkah pada peringkat awal supaya tidak terjebak dengan kes dadah.

Antaranya, kerajaan sudah melancarkan program ‘Sayang Hidup Elak Derita’ di peringkat menengah, program tingkatkan kesadaran diri, didik belia Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan gaya hidup sihat serta membantu orang lain dan banyak lagi.

Mengapa desak siasat Tun M, membisu terhadap Najib?

 
 
Raja Bahrin ShahRaja Bahrin Shah

ULASAN Saya membaca dengan kaget cadangan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam agar dibuka kembali kes BMF yang dikaitkan dengan Tun Mahathir. Memberi cadangan itu adalah hak beliau dan saya tidak mahu berhujah mengenainya.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya berbahas mengenai keutamaan yang lebih penting dan kritikal hari ini untuk disiasat iaitu berkenaan kes yang menjadi perhatian media antarabangsa, tidak lain skandal 1MDB.

Cadangan tersebut ibarat seperti meminta agar siasatan tentang tenggelamnya Kapal Titanic dibuat namun tidak pula mendesak untuk menyiasat kes baru, sebuah kapal besar bernama Malaysia yang sedang hampir tenggelam hari ini yang mana kesannya ternyata jelas lebih besar kerana melibatkan kredibiliti dan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Nilai mata wang kita terus menjunam jatuh dan pelabur lari meninggalkan negara kita. Adakah dengan membuka kembali siasatan terhadap skandal kes BMF akan menyelesaikan masalah hari ini? Menurut pandangan saya, hanya dengan membuka kertas siasatan terhadap skandal 1MDB akan membantu memulihkan kembali nama Malaysia.

Sebagai Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang mewakili kelompok belia dan pemimpin masa depan, Nurul Islam seharusnya menyentuh isu-isu semasa yang mampu memberi kesan kepada generasi akan datang. Adakah beliau maklum mengenai kes 1MDB dan penyingkiran Peguam Negara semasa siasatan dijalankan? Dan kes pembunuhan pegawainya, Kevin Morais. Adakah Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan juga maklum mengenai penyiasatan dan pendakwaan kes berkait 1MDB di Switzerland, Amerika, Singapura, Hong Kong, Australia dan Abu Dhabi?

Adakah Nurul Islam tidak mengambil peduli tentang penglibatan 1MDB dalam kes pengubahan wang haram di pusat pengubahan wang haram terbesar dunia di Pulau Cayman serta pelaburannya di dalam dua kelab malam melalui individu dari Abu Dhabi di Las Vegas yang menjadi sumber penajaan jemaah haji menggunakan hasil wang pelaburan ini?

Semua ini adalah isu semasa yang harus diambil perhatian kerana ia masih boleh diperbetul dan ditangani. Mengapa gesaan untuk meneruskan siasatan terhadap kes BMF dituntut sedemikian rupa namun bersikap seolah tutup mata terhadap penyelewengan-penyelewengan 1MDB oleh Najib Razak?

Mengapa begitu beria serangan dibuat terhadap Tun Mahathir, pemimpin yang sudah tidak lagi mempunyai kuasa namun menutup mata terhadap skandal besar Perdana Menteri hari ini? Nurul Islam harus menghidupkan keizzahan namanya bukan sebaliknya menghinakan nama yang diguna melalui sikap sedemikian. Seorang Ketua pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyerang seorang bekas Perdana mentri berusia 91 tahun yang tidak lagi berkuasa sementara Perdana Menteri Najib Razak yang menerajui 1MDB yang disiasat sembilan buah negara tidak disentuh.

Kenapa tidak juga menyiasat Tun Abdullah Badawi yang sudah bersara tentang Syarikat ahli keluarga dan Kontrak rakan rapatnya? Sebenarnya Islam menyuruh pejuang Islam dan para Ulama bercakap benar di hadapan pemerintah yang zalim walaupun ia pahit untuk didengar. Mengapa Saudara Nurul Islam memilih untuk membisu isu 1MDB Najib yang menggegarkan dunia antarabangsa? Saya bersimpati dengan masa depan ahli pemuda pemuda Pas yang telah banyak berkorban.

Pemimpin mereka memilih jalan yang mudah menyerang seorang yang berusia 91 tahun yang tidak lagi berkuasa tentang isu 30 tahun dahulu sementara menutup mata terhadap pemerintah yang berlaku zalim hari ini. Sama jugalah seperti apa yang berlaku apabila Usul Rohingya dibawa ke Parlimen oleh Pembangkang dari Amanah, PKR dan DAP, untuk dibahas dan Pas tidak menyokongnya kerana hendak mengelak mengkritik Umno yang sehingga masa itu masih tidak bertindak. Seminggu selepas itu Pas dan Umno berhimpun di Stadium Titiwangsa untuk 'bahas' isu Rohingya ,tetapi tidak di Parlimen secara rasmi.

Itulah sebenarnya keakraban pakatan Pas dan Umno yang begitu intim. Sementara mereka bersandiwara di hadapan pengikut Pas yang berkorban serta taat terus keliru dan di pergunakan. Mengapa hanya desak siasat Tun Mahathir dan tidak juga Najib Razak yang berkuasa hari ini?

* Raja Bahrin Shah ialah Ketua Biro Antarabangsa Amanah 


Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi

BERNAMA
 
 
Banjir di Pekan, Pahang belum surut Banjir di Pekan, Pahang belum surut

Lima hari lepas mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Temai, Pekan, Pahang selepas rumah dilanda banjir, hari ini mereka dipindahkan lagi apabila "rumah sementara" itu pula dinaiki air.

Sebanyak 112 mangsa di pusat pemindahan itu terpaksa dibawa keluar oleh pihak berkuasa menaiki bot bermula 9 pagi tadi selepas limpahan air Sungai Pahang menyebabkan pusat pemindahan sementara berkenaan dinaiki air setinggi tiga meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata mangsa yang merangkumi 27 keluarga itu dipindahkan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai setelah jawatankuasa bencana mendapati paras air semakin meningkat.

"Sekolah ini memang dinaiki air semasa mangsa banjir dipindahkan lima hari lepas, namun ini sahaja bangunan paling tinggi di Kampung Temai menyebabkan mangsa banjir ditempatkan di tingkat satu bangunan sekolah itu.

"Bagaimanapun hari ini paras air semakin meningkat selain arus semakin kuat disebabkan air turun dari hulu Sungai Pahang yang dikhuatiri boleh membahayakan penghuni menyebabkan mereka perlu dipindahkan," katanya kepada Bernama selepas operasi menyelamat berkenaan dilakukan hari ini.

Wan Samsul Effendi berkata proses memindahkan mangsa banjir itu mengambil masa kira-kira dua jam dengan kerjasama bomba, polis, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu seorang mangsa, Mariani Musa, 50, berkata kejadian pusat pemindahan banjir ditenggelami air bukan perkara baharu bagi penduduk kampung berkenaan.

"Di kawasan lain pusat pemindahan terletak di kawasan tinggi dan tidak banjir, namun bagi kami, walaupun SK Kampung Temir ini sendiri banjir, inilah antara pusat pemindahan kami saban tahun setiap kali bencana itu melanda," katanya.

Dia yang berpindah di situ sejak lima hari lalu bersama suami Ahmad Amid, 60 dan lapan lagi anggota keluarga, berkata walaupun 'terkepung' air, perkara itu tidak menimbulkan masalah bagi mereka.

"Walaupun tidak boleh ke mana-mana, ia bukan masalah sebab pusat pemindahan ini agak selesa, barang keperluan juga mencukupi," katanya.

Bagi Hasliza Amanah, 43, pula kejadian sama pernah berlaku pada 2014 semasa kawasan itu dilanda banjir besar.

"Tiga tahun lepas keadaan sama pernah berlaku dan ketika itu saya berada di pusat pemindahan banjir selama sebulan iaitu dua minggu di SK Kampung Temir dan dua minggu lagi di IKBN Paloh Hinai.

"Namun saya berharap tahun ini banjir akan lebih cepat surut dan keadaan akan pulih seperti sedia kala, "katanya.

Senarai calon PRU14 sudah siap, kata MCA N9

MALAYSIAKINI


MCA Negeri Sembilan telah menyiapkan senarai calonnya untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), kata Pengerusinya Datuk Dr Lim Chin Fui.

Beliau berkata senarai itu merangkumi muka baharu dan lama serta calon wanita.

"MCA negeri dijangka bertanding di dua kawasan parlimen dan 10 kawasan dewan undangan negeri," katanya kepada pemberita pada majlis Tahun Baharu Cina anjurannya, hari ini.

Lim juga yakin perpaduan yang utuh dalam MCA Negeri Sembilan akan menjadi kekuatan mereka untuk menghadapi PRU-14.

"Saya juga dapat lihat semangat kaum Cina sudah balik kepada MCA," katanya.

Sementara itu, kira-kira 2,500 tetamu menghadiri rumah terbuka anjurannya yang bermula 10 pagi hingga 2 petang.

Antara yang hadir ialah Ketua Umno Bahagian Teluk Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Datuk Tun Hairudin Abu Bakar.- Bernama


Bung: Tak sesuai Najib kecam Trump


Tidak wajar bagi perdana menteri mengecam Donald Trump kerana presiden AS itu hanya melaksanakan apa yang dijanjikannya semasa berkempen untuk memenangi pilihan raya, kata seorang anggota Majlis Tertinggi Umno.

Menurut Datuk Bung Moktar Radin, ramai pemimpin sudah mengecam Trump kerana menguatkuasakan larangan perjalanan terharap umat Islam dari bberapa negara dunia.

"Bagaimanapun, saya rasa tidak sesuai perdana menteri (turut) membuat kecaman tersebut kerana apa yang dibuat Trump adalah memenuhi janji pilihan rayanya," kata Bung Moktar kepada Malaysiakini.

Trump melalui arahan eksekutif ditandatanganinya pada Jumaat lalu mengarahkan pihak berkuasa AS menyekat kemasukan pelarian untuk sekurang-kurangnya 120 hari.

Larangan lebih ketat dilaksanakan ke atas warga Iran, Iraq, Sudan, Libya, Somalia, Syria dan Yaman untuk tempoh tiga bulan akan datang.

Bagi Trump, AS sepatutnya melaksanakan saringan lebih ketat untuk kemasukan berkenaan "sejak lama dulu".

Datuk Seri Najib Razak sebelum ini pernah tampil mengecam kezaliman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya oleh pihak berkuasa Myanmar.

Beberapa pihak di negara ini menggesa kerajaan mengeluarkan kenyataan atas larangan dilaksanakan AS itu.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga menggesa Putrajaya menggerakan usaha memanggil sidang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan larangan berkenaan.

Menurut Bung Moktar, setiap pemimpin sesebuah negara mempunyai pendirian sendiri untuk isu keselamatan.

"Pada saya setiap pemimpin sebuah negara mempunyi pendirian berhubung keselamatan negara mereka.

"Justeru, tidak timbul soal double standard (bagi kerajaan Malaysia," katanya yang juga anggota parlimen Kinabatangan
 
 

Tak elok tuduh PAS, kata Idris pada Khalid

  
Naib presiden PAS menegur Khalid Samad, kerana menyalahkan parti itu atas sebaran gambar kononnya ahli parlimen Shah Alam "menyembah ayam".

Menurut Idris Ahmad, tuduhan berkenaan juga tidak wajar dikaitan dengan PAS.

“Siapa kata PAS yang buat tu? Ini tuduhan yang tak elok,” kata Idris yang juga naib presiden PAS itu kepada Malaysiakini.

Semalam Khalid membidas pihak yang mendakwa beliau dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli - yang turut berada dalam video itu - melakukan ritual menyembah ayam melalui klip video sambutan tahun baru Cina oleh anggota parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Dalam kenyataannya, Khalid berkata, tidak ada sebarang upacara keagamaan terlibat dalam penggambaran klip video itu.

Ungkapan Gong Xi Fa Chai yang disebut pula bukanlah penyembahan, sebaliknya ucapan yang menjurus kepada mendapatkan lebih banyak kekayaan.

"Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan na (itu) ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

Video tersebut adalah berkaitan kisah ayam (na ji) itu yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

"Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

"YBKS (YB Khalid Samad) telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap selamat tahun baru Cina.

"Foto terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan selamat tahun baru Cina pada na ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara)," kata beliau dalam kenyataan.

Dalam catatan tersebut turut menyertakan paparan video satira Tahun Baru Cina 2017 oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menunjukkan Khalid dan Rafizi beraksi 'gong xi' kepada ayam dalam sangkar.

Khalid yang juga pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata PAS sudah bertukar menjadi parti fitnah dan memaki hamun.

Bagaimanapun Idris enggan mengulas lebih lanjut mengenai kecaman ditujukan kepada Khalid itu kerana beliau belum melihat sendiri video berkenaan

PAS bukan lagi sebahagian PH, kata Amanah [TONTON VIDEO]

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS sudah tidak menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH), jadi terpulang kepada parti itu untuk bertanding seberapa banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata partinya tidak mahu ambil pusing mengenai perkara tersebut, apatah lagi PAS kini enggan memberikan kerjasama dengan pembangkang dalam soal pembahagian kerusi dan kerjasama hadapi PRU. 
 
"Oleh kerana dia (PAS) tidak ada dalam Pakatan Harapan, kita nak ajak bincang (isu pembahagian kerusi) pun dia tolak dan tutup pintu perundingan.
 
"Jadi saya rasa oleh kerana dia di luar daripada Pakatan Harapan, jadi untuk dia (PAS) bertanding berapa kerusi pun itu hak dia, kita tidak ada apa-apa masalah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
 
Awal hari ini, Presiden PAS berkata partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada PRU14 akan datang.
 
Ujar Hadi PAS perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.
 
Malah parti itu mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah, katanya.
 
Hadi sebelum ini berkata parti itu telah menutup pintu rundingan dengan DAP untuk kerjasama menghadapi PRU14 namun masih membuka pintu perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Ia ekoran tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang berkata partinya boleh bekerjasama sekali lagi dengan PAS jika Hadi bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.
 
PAS dan PPBM dijadualkan akan membuat keputusan ekoran kerjasama antara kedua-dua parti itu pada 2 Februari depan selepas perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
"Dia (PAS) nak berunding dengan BERSATU (PPBM) atau parti-parti lain, kita alu-alukan tapi oleh kerana dia tidak bersama dengan PH itu kita tidak mengambil kira sebarang kerusi yang dia nak bertanding," jelas Salahuddin mengenai kerjasama PAS-PPBM.
 
 

PAS mahu menang 40 kerusi Parlimen, kata Hadi

MALAYSIAKINI


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Pada masa yang sama, kata Abdul Hadi, parti itu perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.

Sambil mengakui walaupun sukar mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri, tetapi PAS mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah, katanya.

"Kejayaan strategi itu akan menyebabkan Umno tidak lagi sombong seperti dahulu dan membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara.

"Kita kena faham ini semua. Jangan kita mara ke hadapan dengan tidak tengok sedikit ke belakang, di mana kekurangan dan kelemahan, tidak membuat muhasabah.

Kita maju ke hadapan dalam keadaan kita tak tengok lopak-lopak dan liku yang bahaya," ujarnya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, memetik laporan Harakah Daily.

Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata, PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Jelas Abdul Hadi, agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR hampir berjaya menjatuhkan Umno dan BN dengan mencapai peratus tinggi undi popular iaitu 89 kerusi pembangkang dan 132 kerusi kerajaan.

Namun begitu, wujud keadaan tidak seimbang pada kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan PAS melakukan muraja'ah semula terhadap tahaluf siyasi, katanya.

"Sedarkah saudara-saudari bagaimana kedudukan kerusi itu? Tak sedar 89 kerusi pembangkang itu PAS 21 kerusi, PKR 30 kerusi, DAP 38 kerusi. Kekuatan jentera PAS 25 peratus, parti lain bahagi-bahagi, (tapi) kerusi PAS begitu kedudukannya.

"Orang kita menang sorak, ekor berlumur taik. Sedar ke tidak? Ini kena faham. Dari 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan buat undi tidak percaya nak ubah kerajaan," tambah beliau yang juga ahli Parlimen Marang.

Menurut beliau, dengan mengambil 30 lagi kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan, sekali gus terbentuk kerajaan baharu yang berkedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.


Sila saman presiden PAS, kata Nasrudin kepada Kit Siang

MALAYSIAKINI



Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, jutaan umat Islam termasuk di kalangan masyarakat bukan Islam yang menghormati agama itu akan bangkit membela presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika DAP menyamannya.

"InsyaAllah, jika DAP saman presiden PAS maka ratusan ribu malah jutaan umat Islam termasuk bukan Islam yang menghormati Islam akan bangkit menjadi 'peguam bela' pemimpin gerakan Islam itu.

"Saya mempunyai bukti kenyataan dan sikap kepimpinan DAP yang mempersendakan hukum agama Islam dan sekaligus mempamerkan semangat anti-Islam mereka kepada umum," kata Nasrudin dalam kenyataan hari ini.


Semalam, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi kerana mendakwa beliau sebagai anti-Islam.

"Peguam saya (telah) diarahkan untuk mempertimbangkan sama ada kiasan Hadi bahawa saya anti-Islam adalah fitnah dan sebab bagi prosiding undang-undang," kata Lim.

Mengakui Hadi mempunyai hak menolak kerjasama dengan DAP, Lim berkata pemimpin PAS itu bagaimanapun tidak sepatutnya
memutarbelitkan fakta bagi mewajarkan pendiriannya.

Hadi, terdahulu, dilapor menolak sebarang kemungkinan bekerjasama dengan DAP.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, beliau menamakan rancangan dan strategi DAP sebagai 'strategi serba tak menjadi' yang diadakan untuk hancurkan PAS.

"Mereka mahu pecah-belahkan PAS dan mereka mahu PAS menjadi parti yang lemah dan tidak lagi menjadi saingan mereka di pentas politik tanahair.

"Kelmarin dulu dia putuskan hubungan dengan presiden PAS, kelmarin dia hulurkan salam perdamaian kepada Presiden PAS dan hari ini bertekad untuk saman Presiden PAS.

"Esok entah apa pula pelan dan strategi pemimpin DAP itu," tanya beliau.

Justeru, kata beliau, jika DAP mahu sekali lagi melemahkan presiden PAS dan parti yang dipimpin oleh beliau dengan strategi saman, maka sekali lagi strategi mereka pasti tidak akan menjadi.

"Sebaliknya mereka akan terus "kempunan" untuk melampiaskan cita-cita busuk mereka.

"Malah mereka akan menyaksikan saf kepimpinan dan ahli PAS kian utuh menggalas cita-cita perjuangan Islam bersama presidennya. Keutuhan saf perjuangan PAS diikat dengan prinsip Islam yang diperjuangkan," tambah beliau.


Khalid Samad nafi 'sembah' ayam putih

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dari Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menafikan dirinya 'menyembah' ayam seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.
Gong Xi Fa Chai bermaksud 'tahniah yang menjurus kepada mendapatkan lebih banyak kekayaan'.

"Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

"Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

"YBKS (Yang Berhormat Khalid Samad) telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

"Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara)," kata beliau dalam kenyataan.

Khalid berkata demikian ketika menjawab tuduhan di media sosial yang mendakwa beliau dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli - yang turut berada dalam video itu - telah menyembah ayam.

"Dalam usaha untuk dapatkan undi Cina DAP, ada yang sanggup sembah ayam putih," kata seorang pengguna Facebook bernama 'Pak Lang Farih' dalam laman Friends of PAS.

Catatan tersebut turut menyertakan paparan video satira Tahun Baru Cina 2017 oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menunjukkan Khalid dan Rafizi beraksi 'gong xi' kepada ayam dalam sangkar.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, PAS sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun.

"Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY (Tahun Baru Cina) yang dibuat DAP.

"Seronokkah buat dan sebar fitnah," tanya beliau.