shahbudindotcom
Sekonyong-konyongnya
Najib Razak meninggalkan mesyuarat MT UMNO semalam kerana tidak mahu
dirinya terlibat dalam membuat keputusan berhubung penggantungan jawatan
Muhyiddin Yassin.
Sekonyong-konyongnya juga Zahid Hamidi turut keluar daripada bilik mesyuarat itu kerana sebab yang sama.
Lalu
diserahkan pengendalian mesyuarat kepada Hishammuddin Hussein yang
akhirnya menjadikan "orang Johor jadi kepala menggantung pemimpin Johor
juga".
Tetapi
yang mendapat manfaat secara langsung daripada penggantungan Muhyiddin
sebagai timbalan presiden UMNO ialah Najib dan Zahid, manakala balanya
terpaksa dipikul oleh Hishammuddin.
Yang
paling terkesan, Hishammuddin akan berdepan dengan kebencian orang UMNO
Johor sendiri selepas ini dan jika politik negeri itu terus bergolak,
apatah lagi jika jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya akan
datang, beliaulah yang paling diungkit kesalahannya.
Walaupun
Najib cuba menunjukkan beliau tidak terlibat mahu dalam keputusan
menggantung Muhyiddin itu, ia sebenarnya tidak bermakna apa-apa kerana
Zahid juga "diajaknya" meninggalkan mesyuarat itu.
Dengan
Hishammuddin, sepupu Najib yang mempengerusikan mesyuarat, keputusan
yang berpaksikan "taat setia" dan "tidak derhaka" tentunya sudah boleh
dijangka.
Kenapa tidak dibiarkan Zahid terus berada dalam bilik mesyuarat dan mempengerusikan perbincangan?
Apakah
Najib bimbang jika Zahid yang mempengerusikan mesyuarat, mungkin beliau
dan Muhyiddin sama-sama akan digantung atas nama untuk menyelamatkan
masa depan UMNO?
Adakah bibit-bibit curiga sudah mula bercambah dalam hati Najib?
Logikkah
alasan bahawa oleh kerana kedua-dua mereka ada kepentingan di sebalik
penggantungan Muhyiddin itu, maka Zahid perlu meninggalkan mesyuarat
bersama-sama dengan Najib?
Sejak bila pemimpin UMNO takut kepentingan mereka diketahui umum?
Inilah
wayang berbagai motif yang cuba dipentaskan Najib. Di sebalik kononnya
tidak mahu terlibat dalam menggantung Muhyiddin dan memberikan kenaikan
darjat kepada Zahid, Najib tidak berselindung mula menyimpan rasa curiga
terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu yang kini sudah menjadi orang
nombor duanya.
Meskipun
Zahid adalah bekas pegawainya, Najib barangkali tidak lupa bahawa
timbalannya itu turut pernah meninggalkan Anwar Ibrahim yang lebih
diidolakannya sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan