KUCHING: Beberapa kawasan rendah di sekitar bandar raya dilanda banjir
kilat pagi ini berikutan hujan lebat berterusan sejak tengah malam
tadi.
Antara kawasan terjejas jalan di Padang Merdeka, Taman Malihah, Jalan
Tun Openg dan Batu Lintang. Beberapa kenderaan turut tersadai di kawasan
terjejas banjir.
Ketua Zon Kuching, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tiong
Ling Hii, berkata semua balai bomba sudah diarah bersiap sedia
menghadapi sebarang kemungkinan.
"Setakat ini kami belum menerima panggilan kecemasan namun rondaan sudah dijalankan," katanya.
Hujan yang berterusan itu dikhuatiri menyebabkan paras air sungai kembali meningkat.
Ini kerana banjir di Kuching baru pulih pada Rabu lalu dengan mangsa banjir dibenar pulang ke rumah masing-masing.
Hanya dua pusat pemindahan di Bahagian Serian iaitu Dewan Masyarakat
Gedong dan Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh yang masih menempatkan 195
keluarga yang membabitkan 631 mangsa banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan