Sabtu, 31 Disember 2011

Pakatan sasarkan 10 kerusi di Sarawak

M Azwani Abd Rani

(Sebahagian penyokong PAS, PKR dan DAP yang memenuhi majlis makan malam anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Sarawak di Miri)


MIRI: Pakatan Rakyat Sarawak mensasarkan 10 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang dan dua darinya dari daerah Miri sahaja.

Sasaran ini diluahkan dalam majlis penerangan PAS Pusat yang datang ke Sarawak minggu ini.

Melihat perkembangan dan sokongan yang semakin meningkat naik di kawasan parlimen Miri dan Sibuti, adalah tidak mustahil kedua dua Parlimen ini jatuh ketangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Parlimen yang dijadualkan tidak lama lagi.

Bersempena program penerangan PAS Pusat bersama Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak selama 2 hari bermula Rabu 28 Disember lalu, lebih 12 pimpinan PAS Pusat turun menjelajah setiap Parlimen yang menjadi sasaran bagi PAS Sarawak.

Di Bahagian Miri, yang terletaknya dua Parlimen, Miri dan Sibuti, Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah mengetuai misi di sini.

Sebaik tiba di Miri pada petang Rabu lepas, satu majlis makan malam Pakatan Rakyat anjuran bersama Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Miri dan Sibuti dan Sekretariat Pakatan Rakyat Miri di Eastwood Valley, Jalan Miri-Bintulu diadakan.

Kehadiran mencecah 400 orang dengan hampir 40 buah meja terjual.

Pimpinan yang hadir termasuk, Naib Presiden DAP merangkap Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan Cikgu Badrul Shahrin atau lebih dikenali Chegu Bard.

Pimpinan tempatan termasuk YDP PAS Miri, Tuan Haji Jofri dan Alan Ling dan Fong dari DAP serta pimpinan PKR turut serta.

Dalam majlis itu menyaksikan pimpinan di semua peringkat telah menyatakan bahawasanya misi Pilihanraya ke 13 adalah pertentangan antara haq dan batil selain ketiga-tiga parti bersetuju untuk terus dalam muafakat politik bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional.

Kegagalan Taib Mahmud untuk menunaikan janji untuk berundur bakal membangkitkan lagi sentimen anti Barisan Nasional, seterusnya melakar perubahan bersejarah dagi Pakatan Rakyat.

Dengan sasaran sekurang kurangnya 10 kerusi Parlimen dari sejumlah 31 Parlimen Sarawak, Pakatan Rakyat berkira kira Parlimen Miri dan Sibuti yang kini dipegang oleh Barisan Nasional bakal jatuh ketangan PR sekiranya sistem pilihanaraya tidak dicemari penipuan.

Ia bakal berjaya dengan syarat gerakerja sepakat dan kuat antara ketiga tiga parti komponen PR di Miri dan Sibuti ini, kata mereka.

Pada malam tersebut Dana PRU 13 telah dilancarkan dan Datuk Seri Nizar juga melancarkan Buku Negara Berkebajikan tawaran PAS yang mendapat sambutan menggalakkan dari para hadirin.

(Nizar melancarkan buku Negara Berkebajikan yang diterbitkan PAS)

Program sebelah pagi dan petang Khamis yang diatur pula melibatkan pertemuan dengan pengundi dan program kebajikan di sekitar Pasar Tamu di Miri, Permyjaya dan Sibuti turut membuktikan pernerimaan PAS sebagai satu daripada elemen terpenting Pakatan Rakyat di Sarawak.

Walaupun program cuba dihalang pihak berkuasa dengan mengugut pengundi sekitar, namun semuanya berjalan lancar.

Pada malam sebelum keberangkatan pulang, kedua-dua pimpinan telah memberikan taujihat kepada semua petugas PAS Kawasan Miri dan Sibuti dalam memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Pakatan cat flat RM360 ribu, PM janji RM1.2 juta

Khaulah Azwar

(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak)


GOMBAK: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.

Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.

Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.

Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

"Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya.

"Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

“Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.

Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.

Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya.

Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman".

"Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.

"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan.

"Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar.

Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Bantah 'Kempen Bebas Anwar 901' tidak berasas

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno Barisan Nasional dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis bagi membantah 'Kempen Bebas Anwar 901' dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily menjelaskan penangkapan yang berlaku di Kelantan semalam ekoran mengedarkan risalah berkaitan dengan kempen tersebut juga menunjukkan kerajaan serta pihak polis tidak pernah berlaku adil serta bertindak di luar prinsip demokrasi.

"Saya melihat tidak ada satu kesalahan langsung di dalam kempen tersebut, yang mana bagi saya ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh rakyat bagi menuntut perbicaraan yang adil kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika Anwar telah diberikan keadilan yang sewajarnya di mahkamah maka kempen tersebut sudah tentu tidak akan berlaku, tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya dan atas tidak mendapat ketidak adilan itulah rakyat bangkit melakukan kempen," jelasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesabaran rakyat dalam campur tangan kerajaan dalam soal perundangan terutamanya kes Anwar sebenarnya sudah berada pada tahap yang tidak boleh dibendung lagi.

Malah beliau memberitahu, jika sesuatu perkara yang dituntut terutama prinsip perbicaraan yang adil di mahkamah tidak diatasi dengan sewajarnya, maka tindakan itulah cara terbaik yang dilakukan oleh mereka dengan hasrat kerajaan akan membuka mata bahawa kerajaan perlu akur dengan tuntutan rakyat.

"Rakyat sudah mula muak dengan permainan yang dilakukan oleh kerajaan terutama dalam isu fitnah Anwar, cara terbaik adalah melakukan kempen agar kerajaan membuka mata dan dengar hasrat mereka.

"Kerajaan harus memberi ruang kepada rakyat untuk menyatakan hasrat mereka bukannya menghalang kebebasan bersuara mereka, malah menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kempen tersebut juga satu yang tidak sewajarnya.

"Pihak Polis boleh memantau tetapi tidak menggunakan kekerasan dan kita juga tidak mahu perkara yang sebaliknya berlaku jika polis bertindak diluar batasan kemanusiaan," jelasnya lagi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan kempen tersebut sebagai menghina keputusan mahkamah, beliau mempersoalkan di mana tindakan tersebut dilihat menghina mahkamah.

"Kuasa keputusan adalah hak mahkamah, apa yang dilakukan adalah sebagai kempen bebas Anwar bukan memcaci keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

"Kempen desakan perlu dilakukan dan ia sebagai isyarat bahawa kita mahukan pengadilan mahkamah kali ini berlaku dengan adil tanpa campur tangan pihak tertentu," katanya lagi.

Tambahnya lagi, secara simboliknya kempen itu bertujuan agar mahkamah yang akan memutuskan keputusan pada 9 Januari nanti dilakukan atas keadilan yang telus bukan dorongan mahupun desakan oleh pihak tertentu.

Sebelum itu sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’.

Laporan dibuat oleh Umno dan beberapa parti komponen Barisan Nasional dan juga Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat.

Kempen Bebaskan Anwar 901: 77 laporan polis luah bantahan

MALAYSIA CHRONICLE



KUALA LUMPUR – Sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’.

Daripada jumlah itu, sebanyak 49 laporan polis dibuat di Selangor apabila Pergerakan Pemuda UMNO bahagian mengetuai beberapa pertubuhan politik dan bukan kerajaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Turut membuat laporan di Selangor adalah beberapa pertubuhan di daerah Kuala Langat yang mengemukakan 11 laporan polis.

Sebanyak 28 lagi laporan polis dibuat masing-masing sembilan di Pahang, enam di Sabah dan Terengganu, Kuala Lumpur (4), Perak (2) serta satu di Pulau Pinang.

Selain Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, antara pertubuhan-pertubuhan lain yang membuat laporan di Shah Alam adalah Putera MIC Shah Alam, Putera MIC Selangor, Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor dan individu perseorangan yang membuat laporan di IPD daerah pada pukul 4 petang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari berkata, tindakan pihak yang menganjurkan kempen berkenaan adalah tidak wajar kerana ia jelas tidak menghormati proses undang-undang di negara ini.

Katanya, selain mencetuskan huru-hara dan menggugat keselamatan orang ramai, kempen itu turut memberikan banyak kesan buruk terhadap kestabilan negara dari segi imej sehinggalah kepada aktiviti pembangunan negara dari segi sosial dan ekonomi.

“Kita menentang ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ yang dikatakan akan diadakan menjelang keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.

“Kempen ini dilihat satu usaha yang tidak sihat kepada keamanan negara. Kempen ini juga dilihat seperti menghasut serta mencetuskan kebencian rakyat terhadap institusi perundangan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Putera MIC Selangor, A. Arvind; Timbalan Setiausaha Putera MIC Shah Alam, A. Prevrnavan dan Naib Ketua Pemuda PPP Selangor, Azli Rahman.

Di Kuala Langat, antara pertubuhan yang membuat laporan adalah Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat. -Utusan

Ayuh Aspirasi bergabung, jangan jadi orang suruhan

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR-Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) diajak berjuang untuk menghapuskan Akta niversiti dan Kolej Universiti (Auku).

Demikian gesaan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor yang melihat Aspirasi akhir-akhir ini semakin lantang bersuara dengan mempamerkan diri sebagai kumpulan penyokong Umno.

Baginya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin terdesak yang mana kekuatan kepada jentera Pemuda Umno sudah terhakis dengan adegan-adegan kurang matang ahli Umno.

Beliau berkata, politik ludah dan politik lucah hanya semata-mata peluru mereka, ketajaman para pemuda dalam Umno sudah tumpul, mereka tidak lagi menjadi harapan Umno.

Maka, katanya Aspirasi penjuru terakhir untuk menarik golongan anak muda.

"Saya kira Aspirasi seolah-olah 'lembu ditarik hidungnya', sangat jelik apabila mereka menganjurkan demonstrasi untuk membantah demonstrasi.

“Jika benar kalian perjuangkan keamanan dan keadilan, ayuh bersama-sama kita berjuang mansuhkan Auku, hapuskan akta-akta 'rimba', jangan jadi orang suruhan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mencabar pengerusi Aspirasi untuk mengemukakan hujah bernas berteraskan ilmu, apakah kesalahan Adam Adli kerana mereka mengecam pula himpunan membebaskan mahasiswa UPSI itu.

Justeru, katanya jangan memberi hujah 'atas angin' kerana tiada dalam mana-mana peraturan mengatakan bahawa menurunkan bendera (gambar PM) dengan sengaja adalah bersalah.

“Jika mahu bercakap soal adab dan akhlak, saya minta anda semua turun ke medan lapangan mahasiswa dan anak muda. Di sana masih ramai dahagakan adab dan akhlak daripada anda.

“Paling penting, lihat ahli anda dahulu, apakah mereka sudah cukup beradab dan berakhlak dalam agama.

“Mahasiswa bawahan sangat perlukan tunjuk ajar untuk mendayung sampan di laut, bukan doktrin Umno anda!" katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru Aspirasi supaya berubah.

"Ayuh Aspirasi, sudah tiba anda berubah. Jika benarlah perjuangan anda adalah menuntut keadilan dan keamanan, bukan kerana Umno.

“Saya menyeru kalian semua untuk bersama-sama Gamis, PKPIM, Kami, Dema, LMP dan sebagainya dalam satu solidariti yang kukuh, bebas daripada mana-mana anasir parti. Turun bersama menyokong kebebasan Adam Adli, bukan mengampu pihak atasan," ujarnya.

Tegasnya lagi, sudah sampai masanya untuk anak muda berada dalam satu kumpulan yang kukuh, memahami tuntutan mereka terhadap negara dan menjadi golongan third force dalam menyemak dan imbang pentadbiran negara Malaysia, bukan menjadi kuda tunggangan pihak-pihak tertentu.-Harakahdaily

Nurul Izzah calon PM?


MALAYSIA CHRONICLE


MELAKA – Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.

“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.

“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas menghadiri majlis perjumpaan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Yayasan Melaka hari ini.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.

“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.

Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti.Utusan

Pemuda sanjung kepercayaan Pakatan kepada PAS

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan penghargaan kepada DAP yang sudi menyokong Adun PAS sekiranya Pakatan Rakyat menang di Melaka pada Pilihanraya Umum ke-13.

“Bagi DPPM, ini merupakan suatu penghargaan dan semangat setiakawan yang tinggi ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

DPPM, ujarnya menganggap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, Lim Jak Wong merupakan tanda keikhlasan dan kejujuran DAP dan Pakatan Rakyat dan memimpin perubahan di negara ini.

Ini, katanya bukan pula bermaksud DAP mengenepikan Parti Keadilan Rakyat sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia adalah manifestasi kebersamaan ketiga-tiga parti ini dalam mendepani kebangkitan rakyat.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat berjaya membuktikan mereka tidak tamakkan kuasa dan jawatan malah sanggup berkompromi bagi memastikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Melaka menjadi realiti.

“Kenyataan DAP juga menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat berjiwa besar dan sanggup berlapang dada antara satu sama lain,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi PAS pula, jelasnya sudah tentulah kenyataan itu tidak menjadikan PAS sebagai angkuh dan sombong sehingga tidak mahu menerima kehadiran rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat.

Tegasnya, PAS sentiasa menganggap PKR dan DAP sebagai rakan komponen yang bakal menggantikan kerajaan Umno BN dalam PRU ke 13.

Beliau menambah, DPPM melihat siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan datang bukan menjadi persoalan utama, yang lebih diutamakan adalah berjuang bagi memenangkan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Melaka.

Menurutnya, isu siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan dibincangkan jika Pakatan Rakyat memperolehi mandat dalam PRU ke 13.

Katanya, DPPM percaya, PAS Melaka akan berusaha merealisasikan harapan rakyat dan Pakatan Rakyat Melaka dengan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Melaka mampu dijelmakan dalam Pru ke 13 nanti.

“Seterusnya pemimpin PAS Melaka mampu melahirkan kepemimpinan yang hebat dan mampu menggalas amanah kemenangan ini kelak.

“Apa yang penting, Pakatan Rakyat menjunjung tinggi demokrasi serta berusaha menegakkan sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun di negara ini dengan penuh keadilan, telus, berwibawa dan bersih,” ujarnya. Harakahdaily

Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno

MALAYSIA CHRONICLE


TUMPAT- Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.

Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.

Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam.

Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.

“Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan.

Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir.

“Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu ‘diredakan’.

“Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada,” katanya.-Harakahdaily

Pemuda PAS menyokong penubuhan Gerakan Selamatkan FELDA

Khairul Faizi Ahmad Kamil


Dewan Pemuda PAS menyokong penubuhan Gerakan Selamatkan FELDA (GSF) yang telah yang ketuai oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) bersama 11 lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Masalah yang berkait dengan FELDA bukanlah satu permasalah yang baru didengari. Terbaru adalah apabila Pengerusi FELDA, Mohd. Isa Abdul Samad di dalam satu kenyataannya bertarikh 19 Oktober 2011 menyatakan niatnya untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).

Tindakan ini nyata mendapat bantahan daripada sebahagian anak-anak FELDA yang prihatin. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden ANAK Mazlan Aliman pada16 Disember 2011 yang menasihatkan agar penyenaraian FGVH ini jangan disokong secara membuta tuli tetapi perlu didasari dengan pengetahuan dan bukan sentimen.

Seruan daripada ANAK disahut oleh beberapa NGO yang lain antaranya Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kumpulan Media Independent (Kami), Badan Bertindak Peneroka FELDA (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa).

Semua NGO-NGO ini bersepakat dan akhirnya menubuhkan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini. Pemuda PAS diberitahu matlamat utama GSF ini adalah untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga dimaklumkan usaha untuk menyenaraikan FGVH ke BSKL ini bakal menjejaskan aset 112,635 peneroka. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut menyokong penubuhan GSF ini dan akan bersama GSF memperjuangkan hak peneroka. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga membantah penyenaraian FGVH ke BSKL sekiranya ianya akan memberikan kerugian kepada peneroka.

DPPM berpendapat penyenaraian dalam suasana ketidaktentuan pasaran pada suku pertama 2012 adalah amat berisiko dan penyerahan aset peneroka ini tidak akan menguntungkan peneroka buat jangka masa panjang. Keadaan turun-naik pasaran saham yang tidak menentu memungkinkan penyenaraian ini tidak memberi pulangan laba seperti yang diharapkan. DPPM percaya FELDA mampu diperkukuh melalui pengurusan yang lebih efisien tanpa perlu campur tangan politik demi kebajikan peneroka FELDA.

DPPM bersedia menggerakkan ahlinya di seluruh negara untuk membantu perjuangan GSF ini demi menghormati amanat asal penubuhan FELDA oleh Tun Razak yang nampaknya telah dikhianati oleh anak beliau sendiri, Najib Razak.

*Kenyataan media oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar kanan) selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Surat terbuka kepada Pengarah JAS Pahang

Fuziah Salleh


Tuan Pengarah,

Kenyataan Tuan Pengarah yang dilaporkan oleh akhbar Sinar sewaktu taklimat tertutup anjuran JASA pada hari khamis 29 Disember berkenaan isu kilang Lynas, menggunakan fakta untuk menyelewengkan pandangan awam dan wajar diperbetulkan.

Selaku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang pihak tuan harus bersifat lebih bertanggungjawab kepada rakyat. Apabila pihak tuan membuat kenyataan bahawa "kilang Lynas ialah kilang kimia dan bukan kilang radioaktif" ianya merupakan kenyataan "separuh benar" yang berselindung di sebalik fakta.

Mengapakah pihak tuan selaku Pengarah JAS tidak boleh berterus terang dengan status sebenar kilang Lynas, iaitu:

1. Bahawa kilang ini ialah kilang kimia yang akan mengeluarkan sisa buangan bersifat radioaktif diparas 6bq|g. Menteri MOSTI di dalam Dewan Rakyat pada 14 Nov juga telah mengakui bahawa WLP (water leach purification) solid residue - sisa berbentuk pepejal ialah sisa yang diklasifikasikan sebagai radioaktif.

2. Bahawa Kilang Lynas juga merupakan logi pemrosesan "rare earth" yang terbesar di dunia di luar negara China apabila ianya beroperasi sepenuhnya kelak dan akan mengeluarkan sebanyak 30% keperluan "rare earth" di dunia. Kilang Lynas menggunakan bahan galian yang dibawa dari Australia dan kemudian diproses di Gebeng di mana sisa radioaktifnya akan dibuang di Malaysia.

3. Sisa pepejal bersifat radioaktif (WLP solid residue) yang akan dikeluarkan nanti ialah sebanyak lebih dari 60,000 metric ton setahun dan setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian yang ditemui oleh Lynas berkenaan dengan pengurusan jangka panjang sisa buangan radioaktif tersebut. Malah cadangan dari Lynas telah ditolak sekurang-kurangnya tiga kali oleh pihak AELB.

4. Bahawa Preliminary EIA untuk kilang Lynas diluluskan secara ekspres dalam masa tiga minggu oleh JAS Pahang. (Diterima 21 Jan 2008 dan mendapat kelulusan 15 Feb 2008)

5. Bahawa Detailed EIA tidak pernah dipinta ke atas Lynas oleh pihak JAS Pahang.

6. Bahawa pada 20 Jun 2011, pihak JAS telah pun meletakkan aktiviti seperti kilang Lynas ini di antara yang memerlukan DEIA. (Aktiviti memproses bahan radioaktif dan mengeluarkan sisa buangan radioaktif) - fakta ini menunjukkan bahawa aktiviti kilang ini termasuk di dalam aktiviti yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci berkenaan kesan pemrosesan di kilang ini terhadap alam sekitar dan kesihatan awam.

Kesemuanya ini wajib diterangkan kepada orang ramai. Mengapa JASA perlu adakan taklimat tertutup? JASA juga telah tidak membenarkan sebahagian dari meraka yang hadir dan wartawan untuk masuk ke Dewan Auditorium RTM. Mengapa perlu JASA mengatakan bahawa isu ini isu sensitif dan juga mengatakan bahawa ada pihak yang cuba manipulasi fakta.

Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup? Bukankah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan sebagai alat politik oleh pihak pemerintah yang mahu memutar-belitkan fakta sebenar?

Demi Rakyat, saya tuntut Pengarah JAS Pahang menjelaskan kebenaran kepada rakyat berlandaskan fakta sebenar.

*Surat terbuka oleh Fuziah Salleh (gambar kiri) selaku ahli parlimen Kuantan, kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Dr.Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim.

Hak Pekerja di Malaysia: Di mana dan ke mana?

Ahmad Fuad Rahmat


Kekayaan mana-mana negara sekalipun datang daripada hasil kerja kuat golongan pekerja. Rumusannya mudah: Golongan pemodal biasa menuntut pujian dan pengiktirafan kerana mengeluarkan wang yang diperlukan untuk pelaburan. Tetapi hakikatnya ialah apa-apa projek yang dijana tidak mungkin berlaku tanpa sumbangan dan kesanggupan pekerja.

Golongan pekerja lagi ramai (dan oleh itu sebenarnya lebih berkuasa) daripada golongan pemodal. Pemodal lebih memerlukan pekerja daripada pekerja memerlukan pemodal.

Tetapi hakikatnya juga di Malaysia hak pekerja makin lama makin dikecilkan. Perubahan yang dicadang kepada Employment Act 1955 baru-baru ini akan mengizinkan pemodal untuk lari daripada tanggungjawab memelihara kebajikan pekerja mereka.

Jika perubahan itu diterima, pemodal boleh "menyewa" pekerja dari "third party contractor". Hal ini membebaskan pemodal daripada tanggungjawab mentaati amanah mereka untuk menjaga kebajikan dan hak-hak perkerja-pekerja yang menjanakan kekayaan syarikat korporat peribadi itu.

Tambahan pula, pekerja yang diambil dalam syarat kontrak tersebut dilarang dari menyertai kesatuan pekerja.

Semangat anti-demokrasi perubahan itu memang ketara: suara, hak dan kebajikan pekerja (yang ramai) akan hilang sekaligus, sementara tuntutan pemodal (yang jumlahnya sedikit) disanjung.

Hak Pekerja Hak Asasi Manusia

Pekerjaan bukan setakat cari makan atau terima gaji. Realitinya, jumlah masa dan usaha yang disalurkan untuk bekerja membentuk watak, keperibadian dan kesihatan kita, dan menentukan apa-apa masa (biasanya sedikit) yang tinggal untuk kita bersama keluarga, masyarakat dan apa-apa aktiviti-aktiviti sebenarnya yang kita suka.

Hak pekerja, ialah hak asasi, bukan sahaja kerana kerja itu mata pencarian kita, tetapi kerana kerja kita merangkumi masa yang banyak dan menyentuh, secara mendalam, aspek-aspek lain yang menentukan nilai dan sifat kewujudan kita.

Hak Pekerja Dalam Islam

Perspektif yang ada di dalam Qur’an: Perkataan amal digunakan dalam al-Qur’an untuk merujuk kepada ibadah (35:7), sikap (99:7-8) dan pekerjaan (18:79, 36:35). Perkataan itu juga dikaitkan dengan secara langsung dengan tema-tema aqidah dan iman dalam Islam.

Islam mengakui bahawa kerja yang dilakukan hari-hari tidak boleh diasingkan daripada hal hal kehidupan dan ibadat. Kerja merangkumi watak kita secara keseluruhan.

Justeru itu amal salih melingkari aktiviti hidup secara total.

Logiknya jelas dan tetap: semua kekayaan yang ada di dunia ini datang daripada Allah. Kerja kuat pekerja adalah satu cara kekayaan ini diusahakan untuk digunakan dengan cara yang adil. Pemodal dan syarikat-syarikat besar yang menganggap kekayaan itu hasil usaha peribadi sendiri ialah satu tanggapan yang salah.

Cabaran-cabaran Sekarang dan Masa Depan

Dalam renungan ini, kita tidak boleh lupa akan fakta-fakta lain yang penting dalam isu hak pekerja di Malaysia buat masa ini:

• Setakat ini, tidak ada undang undang persekutuuan yang menjamin hak gaji minima untuk pekerja. Gaji boleh ditetapkan ikut suka hati oleh kelas pemodal.

• Harga barang makin meningkat, tetapi gaji tetap sama.

• Habuan-habuan yang diberikan seperti subsidi dan harga lebih murah Kedai Rakyat adalah penyelesaian jangka singkat. Fakta jelas, yang dielakkan daripada apa-apa perbahasan serius di media massa, ialah hak-hak pekerja makin lama makin dihakis demi untuk mengistimewakan hak pemodal.

• Isu-isu yang tidak dibuktikan dengan jelas (seperti murtad) dan isu-isu lama (seperti hudud) yang tak akan habis dipolitikkan dan di api-apikan. Isu-isu tersebut mengalihkan perhatian kita daripada hak rakyat yang bekerja kuat hari demi hari.

• Imperialisme baru: Semakin kurang hak pekerja, semakin besar hak diberikan kepada foreign direct investment daripada syarikat-syarikat besar negara luar. Syarikat-syarikat tersebut tidak mengundi, dan memang tidak menghiraukan hal ehwal Rakyat Malaysia pun, tetapi keinginan mereka masih tetap diperlihara.

• Pengurangan hak asasi yang berlaku secara total, seperti "Peaceful Assembly Act 2011" yang telah diluluskan di parlimen baru-baru ini, walaupun tidak membicarakan hal pekerja secara khususnya, akan memberi kesan dan memengaruhi isu-isu hak pekerja. Hak pekerja bergantung kepada kebebasan bersuara dan berhimpun yang termaktub di dalam perlembagaan.

• Bilangan pekerja-pekerja asing yang ramai di Malaysia melemahkan kuasa merunding pekerja-pekerja tempatan.

Ekonomi hubungan sosial


Semua sistem ekonomi sebenarnya bergantung atas hubungan antara manusia. Wang, hanya me-"mediate" kan (atau mengantarakan atau menghijabkan) hubungan saling memerlu itu, yakni sebagai satu "jambatan" antara individu dan masyarakatnya.

Pandangan ekonomi liberal melihat ini sebagai satu lumrah hidup manusia, di mana kekayaan atau kemajuan masyarakat bermula dari rangsangan "self-interest", atau kepentingan diri sendiri: Perlihara keperluan individu dulu dalam hal ekonomi, dan kemajuan masyarakat akan turut.

Falsafah ekonomi alternatif melihat pembelahan individu-masyarakat ini sebagai satu kesalahan. Bukan masyarakat yang di utamakan, tetapi satu hubungan dialektika: "the parts are not reducible to the whole, and the whole is not reducible to the parts": identity bahagian (individu) tidak boleh di kecilkan dan dianggap sama sebagai identiti total (masyarakat). Identiti total pula tidak boleh diabaikan sekaligus dengan tanggapan bahawa apa yang sebenarnya ada hanyalah bahagian. Masyarakat bukan statik tetapi selalu dan saling berubah dan bergerak.

Kesimpulannya ialah jika kita lihat masyarakat sebagai satu keadaan yang organic, kita lihat unsur alienation (keasingan) antara manusia yang dipaksa dan dianut oleh masyarakat yang mengutamakan wang dan nilai kebendaan. Dalam perspektif itu, tidak hairanlah nilai pekerja dipandang rendah sekali.

*Ahmad Fuad Rahmat ialah Felo Penyelidik, Islamic Renaissance Front (IRF).

Peniaga TTDI mahu SPRM siasat DBKL

Tiga kali hantar surat kepada Datuk Bandar tapi tiada jawaban.



KUALA LUMPUR: Peniaga Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sama ada wujud penyelewengan dalam perancangan untuk merobohkan kawasan itu.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah berkata keraguan itu timbul apabila
DBKL yang sepatutnya berperanan membantu peniaga kini seperti menjadi satu ‘badan’ perniagaan jual beli tanah.

“DBKL sepatutnya membantu peniaga bukan jadi peniaga yang mahu jual tanah pasar ini dengan nilai RM60 juta,” katanya kepada FMT.

Mohd Ridzuan berkata satu aduan kepada SPRM akan dibuat minggu depan disertai petisyen yang ditandatangani ribuan penduduk dan pengunjung Pasar Besar TTDI dari sekitar Kuala Lumpur.

Difahamkan, pasar yang sudah 25 tahun beroperasi dan menempatkan kira-kira 200 peniaga itu bakal dirobohkan dan digantikan dengan satu projek pembinaan kondominium mewah oleh Naza TTDI.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Pasar Besar TTDI Jenny Loo berkata pihaknya amat terkilan dengan tindakan DBKL yang enggan mengadakan sebarang dialog atau mengeluarkan notis kepada peniaga sebelum mengumumkannya di media.

Kecewa dan keliru

Loo berkata pihaknya sudah tiga kali menghantar surat kepada Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bagi mendapatkan penjelasan sejak awal Disember namun masih tiada jawapan diterima.

“Kami bukan anti-pembangunan tetapi DBKL sepatutnya bertindak seperti anak jantan dengan memaklumkan kepada peniaga terlebih dahulu sebelum mengumumkannya di akhbar.

“Cara ini tidak betul seolah-olah kami tidak diberikan sebarang pilihan…kami kecewa dan keliru,” katanya.

Katanya, DBKL sepatutnya megekalkan pasar itu selepas bertindak merobohkan Pasar Besar Gombak, selain mempersoalkan projek ‘gajah putih’ Pasar Besar Datuk Keramat yang dibina sejak tahun 1999 namun masih tidak berfungsi sepenuhnya.

“Sewa tapak Pasar Datuk Keramat RM300 sebulan tapi DBKL sudah bagi bagi diskaun sampai 50 peratus tetapi masih tiada lagi peniaga yang enggan berniaga disitu, ini yang patut dipersoalkan,” katanya.

Sebelum itu, beberapa peniaga dan persatuan penduduk mengadakan protes aman membantah perobohan pasar tersebut sambil mengumpul tandatangan daripada peniaga dan pengunjung untuk petisyen kepada DBKL dan SPRM.

Tee Keat: Saya contoh negatif bagi Najib

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berusaha untuk meyakinkan partinya supaya mengambil pendekatan yang sederhana, tetapi bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berpendapat, pada realitinya, Umno lebih beranjak ke kanan.

Bercakap kepada Malaysiakini minggu lalu, beliau berkata, Umno menjadi demikian kerana tekanan dari dalam dan luar, yang memaksanya untuk memperkukuhkan asas sokongan komunitinya.

mca nominations 2005 150805 ong tee kiatWalaupun Ong bersetuju bahawa Najib mungkin mempunyai niat untuk membawa pembaharuan dalam partinya serta BN, tetapi Umno, bagaimanapun, mungkin tidak sentiasa berpegang kepada pelan pembaharuannya, terutama apabila menjadi tumpuan pemantauan kumpulan pendesak seperti PERKASA.

Beliau diminta mengulas mengenai perbezaan antara tiga perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

"Mahathir adalah seorang pemimpin yang sangat kuat dan dominan. Tetapi sekurang-kurangnya, beliau sentiasa dapat memberikan jawapan kepada anda walaupun apabila menghadapi isu yang meletup dan kontroversi. Tetapi, sudah tentu, beliau juga adalah seorang pemimpin yang kontroversi.

"Abdullah adalah seorang yang baik. Dia mungkin tidak boleh memberi jawapan yang jelas tetapi beliau boleh memahami batasan dan rasa tidak puas hati anda.

"Bagi perdana menteri sekarang, saya dapat melihat beliau mahu melakukan sesuatu dan membawa pembaharuan. Tetapi dalam perjalanan menuju pembaharuan, anda terpaksa berdepan dengan tekanan dari dalam dan luar parti.

"Dalam situasi tersebut, anda mungkin tidak sentiasa berpegang kepada cara anda sendiri," kata Ong, yang pernah berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri di bawah tiga perdana menteri.

Beliau berkata di bawah sistem perwakilan semasa, perdana menteri dan presiden BN pun tidak boleh bertahan jika kehilangan sokongan parti.

"Anda bukan sahaja ketua eksekutif kerajaan , tetapi juga seorang ketua parti. Anda terpaksa berdepan dengan tekanan dalam parti anda sendiri, dan jika anda tidak boleh mengekalkan sokongan parti anda, maka anda boleh kehilangan kedudukan anda dalam kerajaan."

Ong, yang mendesak dijalankan penyiasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sewaktu menjadi menteri pengangkutan, menyifatkan dirinya sebagai contoh negatif bagi Najib.

NONEOng terlbabit dalam pergelutan kuasa yang berlanjutan dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan), yang ketika itu merupakan timbalannya, dan ia sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran Chua ekoran pendedahan video seksnya yang telah disebarkan secara meluas.

Bagaimanapun, pada tahun 2009, penyokong Dr Chua berjaya mengembalikan semula kedudukannya sebagai timbalan, dan Ong jatuh pada tahun berikutnya, selepas anggota jawatankuasa pusat parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai, yang membawa kepada mesyuarat agung luar biasa.

Ong sejak itu memilih untuk memberi tumpuan kepada kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

Satu setengah tahun selepas kehilangan jawatan presiden, Ong tidak mahu mengulas mengenai masa depan MCA dan BN.

Bagaimanapun beliau berpendapat MCA tidak akan meraih sokongan yang banyak jika ia terus menerus bergantung kepada isu negara Islam.

Katanya, rakyat lebih mementingkan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan bukan isu negara islam.

Menurutnya, kebanyakan persoalan hari ini telahpun dibangkitkan dalam tahun 1990-an, dan oleh itu, beliau tidak fikir ia boleh memberi sebarang impak, walaupun parti-parti orang Cina dalam kerajaan, terus menerus memainkan isu tersebut.

"Mungkin ada yang berfikir bahawa apa yang anda katakan itu adalah satu ilusi, kita tidak tahu sama ada ini akan dilaksanakan atau tidak. Tetapi rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah masalah yang kita boleh rasai."

Protes Akta Perhimpunan Aman 'naik' LRT

Nigel Aw


Dengan demonstrasi bakal diharamkan tidak lama lagi, kira-kira 60 orang menyertai satu protes terhadap Akta Perhimpunan Aman semasa menaiki LRT dari KL Sentral ke stesen KLCC.

killthebill lrt new year wish yellow protest 311211 15Mereka yang berbaju kuning itu berhimpun di KL Sentral sebelum menaiki LRT dan menarik perhatian penumpang yang lain.

Sambil membawa belon kuning yang antaranya bertulis: "I wish for a safe Malaysia", "kill the bill" dan "democracy".

Pada 22 Disember lalu, Dewan Negara meluluskan Akta Perhimpunan Aman yang mengharamkan demonstrasi jalanan.

Halangan terakhir ialah perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia tetap menjadi undang-undang secara automatik dalam tempoh sebulan walaupun tanpa mendapat perkenan diraja.

Protes hari ini merupakan kelima oleh killthebill.org sejak rang undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen pada bulan November.

Sebelum itu, penganjur protes tersebut, Wong Chin Huat secara berseloroh berkata dia kecewa kerana Ketua Polis Daerah Brickfield, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid tidak berada di situ untuk menahannya.

killthebill lrt new year wish yellow protest 311211 04Pada 14 Disember lalu, polis telah menahan kira-kira 15 pelajar apabila mereka berhimpun di KL Sentral, menuntut kebebasan akademik.

Apabila tiba di KLCC, kumpulan itu bergerak menuju ke pusat membeli-belah sambil mengucap selamat Tahun Baru kepada orang ramai serta mengagihkan gula-gula.

Mereka kemudian makan di sebuah restoran tetapi ada yang kemudiannya diminta menunggu di luar, dan kemudiannya diminta beredar dari situ kerana "menghalang" pergerakan orang ramai.

Wong mendakwa, pemilik restoran agak baik tetapi dua orang lain daripada pengurusan KLCC memberinya arahan.

HIMPUN janji dedah banyak lagi kes murtad


Darwish Zainal


Gabungan HIMPUN akan mendedahkan lebih banyak lagi bukti murtad di satu perhimpunan yang dijadualkan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari Sabtu depan di Stadium Tertutup Paroi di Seremban.

Aminuddin Yahaya Himpun PC in SerembanBercakap dalam satu sidang akhbar di Seremban hari ini, setiausaha agung HIMPUN, Aminuddin Yahaya berkata ada pihak yang menganggap dakwaan mereka itu tidak berasas.

Sebenarnya, kata beliau, pihaknya mempunyai bukti dan fakta untuk menyokong dakwaan mereka mengenai kejadian murtad yang dilaporkan.

Apabila Malaysiakini meminta beliau mendedahkan beberapa bukti untuk menyokong dakwaannya itu, Aminuddin (kanan) berkata, beliau akan berbuat demikian di perhimpunan Sabtu depan.

Ditanya sama ada HIMPUN akan membuat laporan kepada pihak berkuasa agama atau polis berhubung dakwaan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bahawa ada pertubuhan Kristian menghantar mubaligh berpakaian jubah ke masjid-masjid dan mengerjakan solat Zuhur dengan orang Islam untuk mendekati jemaah, Aminuddin berkata, Dr Hasan telahpun menubuhkan Unit Selamatkan Akidah dan sedang mengumpul bukti.

Katanya, terdapat juga NGO Islam yang telahpun menjalankan program pemulihan iman dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu.

Manakala pihaknya pula, jelas Aminuddin, memberi tumpuan kepada usaha mengadakan perhimpunan.

Menurutnya lagi, untuk tindakan terperinci, pihaknya menyerahkannya kepada NGO-NGO berkenaan.

Ditanya mengapa sebelum ini HIMPUN memberi tumpuan di Selangor, yang memberi gambaran bahawa murtad itu berlaku hanya berlaku di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, Aminuddin berkata, pihaknya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Sebaliknya, kata beliaiu, HIMPUN menganjurkan perhimpunan di negeri-negeri di mana kes-kes murtad dilaporkan.

Di Negeri Sembilan, katanya, terdapat 183 permohonan untuk keluar Islam dilaporkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan 38 daripadanya telah diluluskan.

Katanya, terdapat satu kes yang dilaporkan di Terengganu baru-baru ini, yang merupakan sebuah negeri yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Oleh itu, katanya, adalah tidak benar tuduhan bahawa pihaknya hanya mensasarkan Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Hasan ali pcAminuddin berkata, pihaknya memulakan menganjurkan perhimpunan di Selangor, kemudian di Perak dan sekarang di Negeri Sembilan.

"Kami akan pergi ke negeri-negeri lain juga dalam tempoh dua bulan akan datang," kata Aminuddin.

Bagi perhimpunan minggu depan, antara mereka yang akan berucap ialah Dr Hasan; pengerusi HIMPUN, Azmi Abdul Hamid; timbalan pengerusi HIMPUN, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan bekas Mufti Negeri Sembilan, Murtadza Ahmad.

Aminuddin turut menegaskan bahawa kumpulannya tidak menentang Kristian, tetapi hanya mempertahankan Islam.

Shamsubahrin didakwa tipu NFC RM1.76 juta

FREE MALAYSIA TODAY

Hakim Ahmad Zamzani membenarkannya diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.



KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan jumlah RM1.755 juta.

Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain petang ini.

Ahmad Zamzani membenarkan Shamsubahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Shamsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini, pada 6 petang 20 Nov lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, di sini pada 25 Nov hingga 6 Dis lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.- Bernama

Warna ceria warna suram 2011

Dalam 2011 ini juga terkandung pelbagai isu yang menjadi bahan paparan utama di dada media samada konvensional mahupun alternatif.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, 2011 yang bakal ditinggalkan esok turut memperlihatkan pelbagai sisi terang dan juga di sebalik sisi gelap dengan pelbagai variasi, pelbagai warna ceria dan suram sepanjang tahun.

Dalam 2011 ini juga terkandung pelbagai isu yang menjadi bahan paparan utama di dada media samada konvensional mahupun alternatif.

Antara beberapa isu utama yang sering diperkatakan sepanjang tahun ini baik di media-media massa mahupun di kedai kopi semestinya ramalan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, pelbagai tarikh yang diramalkan oleh para penganalisis politik mahupun pemainnya sendiri sebelum ini didapati telah berlalu begitu sahaja.

PRU-13 yang sebelum ini diramalkan akan diadakan pada bulan Julai, Oktober dan November, terkini bulan Mac 2012 pula semakin menjadi sebutan tarikh sebenar pilihan raya itu bakal diadakan.

Himpunan Bersih 2.0

Masih berkaitan pilihan raya, perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat tempat di muka hadapan media-media tempatan ketika 2011 berada di pertengahan.

Liputan besar-besaran terhadap perhimpunan tersebut termasuk yang bersifat negatif dari kalangan media kawalan kerajaan telah memberi publisiti terhadap demonstrasi raksasa yang membawa lapan tuntutan pilihan raya di negara ini.

Pada Ogos lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya telah ditubuhkan dan jawatankuasa tersebut telah bersetuju penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang sepertimana yang dituntut dalam demonstrasi Bersih 2.0.

Ketika sesetengah masyarakat menyokong demonstrasi ini, bagi masyarakat pro-Barisan Nasional (BN) pula menganggap tindakan mengadakan demonstrasi di negara ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dalam memelihara ketenteraman negara.

Bagaimanapun, apa yang menariknya, bagi menyuarakan protes mereka terhadap tindakan Bersih 2.0 ini, mereka turut mengadakan demonstrasi di seluruh negara sebelum Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Dianggarkan hampir 200 ‘anak demonstran’ dari sekecil lima tahun pembawa sepanduk telah diadakan yang rata-ratanya dianjurkan oleh parti-parti politik dan NGO pro BN.

Selain itu, fakta menarik lain sehingga 3 Julai lalu, sebanyak 2,842 laporan polis dibuat oleh pihak pro-BN terhadap Bersih 2.0.

Jumlah tersebut terus meningkat dan dipercayai jumlah keseluruhan laporan polis terhadap penganjuran Himpunan Bersih 2.0 tidak kurang 3,000 laporan kesemuanya.

Akhirnya, meskipun berhadapan dengan pelbagai kekangan pihak berkuasa, perhimpunan tersebut tetap diteruskan pada tarikh yang tetapkan dan berjaya menghimpunkan kira-kira lima puluh ribu para demonstran.

Sekurang-kurangnya tidak kurang 1,500 penyokong Bersih 2.0 ditahan sepanjang protes berlangsung termasuk di hari perhimpunan itu diadakan.

Dalam isu Bersih 2.0 ini, Dato’ Ambiga Sreenevasan yang paling menjadi sebutan apabila beliau mengetuai perhimpunan yang bersejarah itu.

Trend politik 2011

Beberapa ‘trend’ baru dalam arena politik negara turut meraih perhatian pelbagai lapisan masyarakat umum di sepanjang 2011.

Paling hangat diperdebatkan tentunya trend menyebarkan isu-isu berkaitan seks bagi mencemarkan imej musuh politik pihak tertentu.

Selain diri ahli politik itu sendiri, tidak terkecuali ialah individu terdekat dengan mana-mana ahli politik yang dimusuhi turut menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.


Lebih malang lagi, kerakusan politik sesetengah pihak telah menyebabkan beberapa stesyen televisyen tempatan hilang kewarasan apabila turut menyiarkan laman web songsang sekaligus ‘membantu’ mana-mana pihak berminat termasuk kanak-kanak membuat carian di internet.

Bagaimanapun, sesetengah darinya mudah dibuktikan sebagai fitnah apabila skrip dan ‘prop’ tidak terancang rapi atau ‘asalkan boleh’ termasuklah tindakan sesuka hati memplagiat gambar mana-mana individu dari internet.

Keadaan ini sekaligus menjadikan individu terbabit sebagai mangsa tidak berdosa akibat kerakusan jentera politik menumbangkan musuh politik mereka.

Antara nama lain yang terlibat samada yang dijadikan mangsa mahupun pemangsa ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama anak lelaki beliau dan Trio Datuk T.

Kecenderungan beberapa laman web yang giat mempromosikan aksi porno dan fitnah hanya membuatkan laman web tersebut tidak mempunyai nilai berita di kaca mata masyarakat kecuali segelintir orang yang memiliki kecenderungan yang sama.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya, sepanjang tahun ini, selain laporan polis ke atas Bersih 2.0 tindakan membuat laporan polis juga boleh dikatakan menjadi satu trend terutama dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan politik pihak tertentu.

Selain penyebaran isu skandal seks dan membuat laporan polis terhadap individu tertentu, mengirim peluru dan menyimbah cat merah di kediaman sebagai amaran terhadap pihak yang dibenci turut menjadi trend yang semakin ‘digemari’ samada oleh lawan mangsa mahupun oleh penyokong lawan.

Pada 2011 menubuhkan NGO samada didaftarkan secara sah mahupun sebaliknya bagi menyokong sesuatu agenda pihak yang disokong turut menjadi satu trend masa kini dan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Bagaimanapun sesetengah pertubuhan tersebut hanya bersifat sementara bagi dijadikan platform untuk menentang sesuatu pihak.

Mahkamah sepanjang 2011

Setelah dua tahun, kes liwat 2 yang dihadapi oleh Anwar akhirnya menutup tirainya pada 15 Disember lalu dan keputusannya akan diketahui pada 9 Januari ini.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) dilaporkan sedang berusaha menggerakan orang ramai untuk memberi sokongan terhadap Anwar di hadapan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan itu nanti.

Selain itu, perbicaraan kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo juga menarik perhatian umum sepanjang 2011 ini.

Pada 24 Disember lalu, beliau telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman setahun penjara dan lot tanah serta banglow miliknya turut dilucut-hak oleh mahkamah.

Sementara itu, kes skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik masih lagi dibicarakan di mahkamah.

Selain dua kes berprofil tinggi itu, isu lain yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa ialah isu National Feedlot Corporation (NFC) yang membabitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil serta keluarganya.

Sharizat yang juga ketua wanita Umno pada awalnya kelihatan menunjuk kegarangan dengan menyinsing lengan dan menyelak kain dalam persidangan wanita Umno baru-baru ini tampak semakin layu kebelakangan ini.

Meskipun sesetengah penganalisis berpendapat ‘servis’ kini berada di tangan BN sebelum parlimen dibubarkan, sesetengah penganalisis lain pula berpendapat perkembangan mutakhir seperti keputusan perbicaraan Khir Toyo dan isu NFC yang timbul baru-baru ini sebagai ‘bola tanggung’ yang tidak disia-siakan oleh pembangkang.

ISA dimansuh, AUKU dipinda


Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipandang sinis oleh pembangkang apabila dua akta lain akan diperkenalkan yang dianggap sebagai penjenamaan semula ISA.

Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang akan dipinda turut mendapat kecaman sesetengah golongan mahasiswa apabila mahukan

Akta yang dianggap menyekat kebebasan mereka untuk berpersatuan dan bersuara melalui organisasi politik tersebut dimansuhkan, bukannya dipinda.

Selain Ambiga dan Shahrizat, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga dianggap sebagai wanita paling mencuri tumpuan sepanjang 2011 ekoran beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya.

Antaranya ialah isu sebentuk cincin berlian bernilai RM25 juta dan koleksi beg tangan berjenama Birkin milik beliau yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Selain tingkah laku Rosmah yang menggambarkan kecenderungan beliau terhadap kemewahan dan pembaziran, beliau juga dikatakan amat menggilai publisiti.

Tidak kurang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang menjadi tumpuan lensa kamera apabila terlibat dengan beberapa siri pendedahan dalam isu NFC.

Sukan

Di sebalik percakaran dunia politik negara, di gelanggang sukan negara pula, skrip yang hampir serupa ketika di penghujung 2010 lalu apabila skuad bolasepak Harimau Muda Malaysia sekali lagi menghadiahkan sesuatu untuk dikongsikan bersama.

Dalam final acara bolasepak Sukan SEA di Jakarta yang mendebarkan baru-baru ini, anak-anak muda negara sekali lagi berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu setelah menumpaskan tuan rumah melalui penentuan sepakan penalti.

Meskipun penjaga gol kebangasaan, Khairul Fahmi Che Mat dianggap wira dalam temasya tersebut, sebaliknya dengan rendah diri beliau menganggap kesemua rakan-rakan dalam skuad tersebut adalah wira.

Selain itu, Datuk Nicol Ann David juga menyerlah apabila masih mempertahankan kedudukan ranking nombor satu dunia sehingga hari ini dengan menggondol beberapa kejuaraan yang bermakna untuk negara termasuk merangkul gelaran Juara Terbuka Dunia buat kali keenam berturut-turut.

Di gelanggang badminton pula, meskipun sedikit malap berbanding tahun sebelumnya, Datuk Lee Chong Wei masih mampu bertahan di kedudukan pemain nombor satu dunia.

Selain itu kemunculan Zulfadli Zulkiffli dengan kejutan bergaya setelah menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia, dianggap nafas baru dalam menyediakan skuad pelapis pemain badminton negara.

FAM pula untuk kesekian kalinya merombak semula peraturan Liga M dengan membenarkan penggunaan dua pemain import untuk setiap pasukan dalam liga bolasepak negara tahun hadapan.

Penyerang berbakat kebangsaan, Shafee Sale pula telah dilamar oleh kelab bolasepak Pelita Jaya dari Indonesia. Selain itu, beliau turut menjalani latihan bersama Cardiff City, kelab Liga Perdana Inggeris.

Meskipun menunjukkan prestasi baik ketika menjalani latihan bersama kelab Inggeris itu, beliau tidak dapat bermain di sana kerana peraturan yang mensyaratkan hanya pemain dari negara ranking 70 ke atas sahaja dibenarkan bermain dalam liga terbabit sedangkan Malaysia di kedudukan 148.

Industri perfileman negara meriah

Dalam industri hiburan tempatan pula menyaksikan kebangkitan industri perfileman negara yang semakin pesat apabila filem tempatan berjaya memperolehi jumlah kutipan yang tinggi.

Jika di era 80an filem Azura arahan M. Borhan dan beberapa filem box noffice arahan Aziz M. Osman seperti Fenomena, XX Ray dan

beberapa yang lain boleh berbangga dengan kutipan box office mereka, kutipan filem-filem tempatan kini mampu mencecah berbelas juta ringgit.

Antara filem tempatan yang berjaya menduduki tangga teratas kutipan tertinggi diungguli KL Gangster dengan kutipan RM11.74 juta, Ombak Rindu (RM11.2 juta) dan masih ditayangkan serta Hantu Bonceng (RM8.53 juta).

Tidak ketinggalan ialah di tempat ke empat, filem Kongsi dengan RM8.09 juta dan Khurafat dengan kutipan RM8.08 juta di tempat ke lima.

Selain kutipan yang tinggi, beberapa pengarah turut dilihat berusaha meningkatkan mutu karya masing-masing dengan mengadaptasi teknik perfileman dari negara maju sepertimana yang dilakukan oleh pengarah muda berkaliber Shamsul Yusuf dan Yusri Abd Halim.

Selain Shamsul dan Yusri pengarah lain yang menjadi sebutan dalam industri perfileman tempatan sepanjang 2011 ialah Osman Ali (Ombak Rindu), Ahmad Idham (Hantu Bonceng), Farid Kamil (Kongsi), Kabir Bhatia (Nur Kasih The Movie) dan Ismail Bob Hashim (Bini -biniku Gangster dan Alamak Toyol).

Filem epik Merong Mahawangsa arahan Yusri juga dianggap sebagai percubaan memecahkan dominasi filem-filem yang rata-ratanya bergenre seram, aksi dan komedi apabila menduduki tangga ke enam kutipan tertinggi 2011 dengan kutipan RM6.5 juta.

Selain garapan arahan yang baik, antara pelakon yang dianggap sebagai pelaris dalam industri perfileman tempatan ialah Shaheizy Sam, Adi Putra, Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak.

Kontroversi memalukan dalam Anugerah AIM baru-baru ini turut mewarnai industri hiburan tanah air apabila penyanyi manis bertudung,

Yuna terpaksa menyerahkan trofi Lagu Terbaik yang dimenanginya kepada Anuar Zain gara-gara kesilapan pengiraan markah oleh juri.

Bagaimanapun sikap Yuna yang menjadi mangsa kecuaian pihak juri wajar dipuji apabila tidak melatah dengan menunjukkan kematangan dan sikap profesional beliau ketika berhadapan situasi tersebut.

Penutup 2011

Meskipun terdapat beberapa isu yang tidak menyentuh kehidupan sesetengah golongan masyarakat secara peribadi, namun sedikit sebanyak senario-senario yang berlaku mampu mempengaruhi kehidupan masyarakat kita hari ini.

Lebih-lebih lagi dalam isu-isu politik yang banyak menyentuh kehidupan kita hari ini dan masa depan generasi akan datang.

Masyarakat negara ini haruslah bersedia mengambil peluang yang terhidang pada 2012 yang bakal hadir sehari sahaja lagi untuk sama- sama melakukan sesuatu demi tanah air yang tercinta.

Semuga dengan kehadiran 2012 dan pilihan yang bakal dibuat oleh rakyat negara ini nanti akan memberikan kehidupan yang lebih baik dan bermakna kepada kita semua.
Selamat tahun baru!

* Penulis adalah seorang wartawan/penulis bebas. Selain di FMT, artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com

Musa: Jelaskan kejayaan BN kepada rakyat

FREE MALAYSIA TODAY

Mampu meyakinkan rakyat untuk menolak pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.



KOTA KINABALU: Semua jentera pilihan raya BN perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kejayaan BN selama ini dalam mentadbir negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi BN Sabah berkata kejayaan dalam memberi pemahaman mengenai usaha kerajaan mampu meyakinkan rakyat untuk menolak pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita menjelaskan kepada semua pengundi mengenai program dan dasar BN kerana inilah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.

“Kita lihat sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri, banyak usaha dan pembangunan dilaksanakan untuk rakyat seperti penghapusan yuran sekolah, pemberian RM100 kepada pelajar sekolah dan pemberian RM500 kepada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan,” katanya pada majlis silaturrahim dan makan malam wanita penjalin perpaduan anjuran Wanita Umno Sabah di sini malam tadi.

Musa berkata BN bukan gabungan parti yang suka berbohong dan menabur janji kosong kepada rakyat seperti yang sering dilakukan oleh pembangkang sehingga rakyat yang menderita.

Bela rakyat


Katanya, rakyat harus jelas dengan usaha dan keikhlasan BN membela nasib mereka supaya mereka tidak mudah terperdaya dengan khabar angin dan janji pembangkang yang telah hilang hala tuju.

Beliau berkata selain menjelaskan kepada rakyat mengenai kejayaan BN, jentera pilihan raya BN juga perlu bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan semua calon BN pada PRU-13 akan datang.

Terdahulu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata anggota BN harus memberi sokongan kepada perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang dengan membantu dan menyokong semua calon BN.

“PRU-13 bukan sebarang pilihan raya. PRU-13 adalah sebuah “peperangan” dan kita mestilah memberi sokongan kepada Najib sebagai ketua komander dalam peperangan ini,” katanya.-Bernama

Dua beradik lemas sering nyanyi lagu 'Pergi Tak Kembali'

MALAYSIA KINI

Kanak-kanak dua beradik dan seorang lagi sepupu mereka, yang ditemui mati lemas hari ini, didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali' nyanyian Kumpulan Rabadi sejak dua hari lalu.

Mayat Muhammad Amir Fadlilah Ruzai, 11, dan sepupunya, Mohd Saiful Haikal Dahari, 7, ditemui terapung kira-kira 10 km dari tempat kejadian pukul 3 pagi tadi oleh orang awam.

Manakala mayat Muhammad Adham Hamiz Ruzai, 8, ditemui kira-kira 500 meter jarak dari tempat sama jam 9 pagi oleh pasukan penyelamat, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik hari ini.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Merikan, Kuala Kenderong, di Gerik dua hari lalu.

Mereka dilaporkan menaiki sebuah bot di tepi Sungai Perak kira kira 50 meter dari rumah mereka pada jam 10 pagi Khamis.

Salah seorang daripada keluarga mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga jam 2.30 petang hari yang sama.

Adibah Mohd Nor, 42, ibu kepada dua adik beradik itu, ketika ditemui berkata, ketiga-tiga mereka memang rapat dan sebelum kejadian mereka didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali" nyanyian Kumpulan Rabani sejak dua hari lalu.

Semasa kejadian, Adibah pergi ke pekan Gerik membeli buku tulis dan peralatan sekolah mangsa.

Sebaik tiba di rumah diberitahu tentang kehilangan bersama bot yang mereka naiki.

"Saya dan suami Ruzai Kasim, 43 pasrah dengan kejadian ini," katanya dalam nada yang penuh hiba ketika ditemui di rumah mereka.

Katanya, kedua-dua anak mereka itu, Muhammad Amir murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaaan (SK) Seri Adika Raja, Gerik dan Muhammad Adham Hamiz, murid Tahun Dua, SK Mahkota Sarik Gerik tidak pandai berenang.

Kedua-dua mereka anak kelima dan keenam daripada lapan adik beradik. Bernama

Bicara kes saman RM30j terhadap LGE 2 April depan

MALAYSIAKINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 2 hingga 6 April depan untuk perbicaraan kes saman malu RM30 juta yang difailkan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang didakwa mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin dan peguam Latheefa Koya yang mewakili defendan.

Zainal Abidin, 51, memfailkan saman itu pada 24 Oktober lepas. Selain Lim yang juga setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Lim telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lepas.

Zainal Abidin berkata kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

Beliau berkata pada 18 Ogos lepas, Lim telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.

Zainal Abidin berkata antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.

Beliau berkata akibat kenyataan itu, ia telah merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.

Zainal Abidin menuntut gantirugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu- Bernama

ASPIRASI desak Saifuddin letak jawatan jika...

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) akan mengadakan petisyen untuk mendesak Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan ekoran satu insiden bendera perdana menteri diturunkan oleh seorang mahasiswa.

Kumpulan pro-BN itu bertegas supaya Saifuddin meletak jawatan sekiranya kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia, yang menganjurkan demonstrasi ketika insiden tersebut berlaku, tidak memohon maaf atas tindakan tersebut.

Presiden ASPIRASI Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya memberi tempoh sehingga 5 Januari kepada Saifuddin untuk memberi maklumbalas ke atas tuntutan memorandum mereka bertarikh 21 Disember.

Selepas tarikh itu, ASPIRASI akan mula mengutip tandatangan untuk petisyen berkenaan, katanya.

NONE"Hari ini adalah hari kesepuluh (selepas memorandum dihantar). Kita harap ada perkembangan. Kalau beliau tidak mahu bertanggungjawab, Solidariti Mahasiswa Malaysia tidak mahu meminta maaf, kita rasa, Datuk Saifuddin harus meletakkan jawatan.

"Jika beliau ingkar, selepas notis 15 hari dari surat rasmi, (maka) kami akan bertemu dengan semua pihak berkepentingan, pentadbir universiti, pensyarah, mahasiswa dan semua pihak yang ada kepentingan dengan pengajian tinggi, kami akan kutip tandatangan mendesak beliau berundur.

"Kami tidak lupa notis yang diberikan kepada Datuk Saifuddin," tegas Mohd Shahar dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Notis berkenaan diserahkan kepada Saifuddin selepas persatuan pelajar itu berhimpun pada 21 Disember di hadapan kementerian pengajian tinggi untuk mendesak timbalan menteri tersebut meletak jawatan.

Pada tarikh yang sama, mereka juga menyerahkan memorandum menyokong kepimpinan Najib yang juga presiden Umno.

Demonstrasi berkenaan itu merupakan tindak balas kepada satu lagi perhimpunan yang diadakan kumpulan pro-Mahasiswa di Kuala Lumpur, seminggu sebelumnya.

Perhimpunan kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia itu mencetus kontroversi apabila sebahagian daripada mereka bertindak menurunkan satu kain bercetak wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno.

Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertanggungjawab menurunkan bendera itu, Adam Adli Abdul Halim sebelum ini dilaporkan tidak akan meminta maaf atas tindakan itu.

Beliau juga menganggap perbuatan tersebut sebagai simbol kemenangan kepada golongan pelajar.

Saifuddin yan juga ahli parlimen Temerloh turut menafikan pembabitan beliau berhubung insiden tersebut.

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor


MALAYSIA KINI

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

NONEKepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

NONEKetua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

NONEBeliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Aduan dakwaan hakim plagiat penghakiman ditolak


MALAYSIA KINI

Siasatan yang dijalankan oleh Ketua Hakim Negara mendapati dakwaan peguam Karpal Singh bahawa seorang hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada 2000 tidak mempunyai merit.

Berikutan itu, aduan tersebut ditolak, kata pegawai khas 1 kepada Ketua Hakim Negara, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau berkata Karpal telah dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu melalui surat dari pejabat Ketua Hakim Negara.

Menurut Che Wan Zaidi, Ketua Hakim Negara telah menerima satu surat aduan bertarikh 29 September 2011 dari Karpal yang mendakwa seorang Hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada tahun 2000.

"Satu siasatan telah dijalankan oleh YAA Ketua Hakim Negara.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan dan setelah berbincang dengan Presiden Mahkamah Rayuan menurut Seksyen 13 (1) Kod Etika Hakim 2009, YAA Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa dakwaan plagiarisma oleh Hakim Mahkamah Rayuan seperti yang dibangkitkan oleh YB Encik Karpal Singh adalah tidak mempunyai merit dan aduan tersebut ditolak.

"YB Encik Karpal Singh telah juga dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini melalui surat daripada Pejabat Ketua Hakim Negara.," tambahnya.

Sebelum ini, Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor menggesa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hakim Abdul Malik Ishak supaya meletakkan jawatannya berikutan dakwaan plagiarisme.

Pada 4 Oktober lalu, Karpal mengemukakan usul mengikut Perintah-Perintah Tetap 27 yang dibaca bersama dengan 36 (8) dan Perkara 127 perlembagaan persekutuan, yang mahu dibentangkannya di Dewan Rakyat.

Menurut Karpal yang juga pengerusi DAP, beliau sendiri telah menulis kepada hakim kanan itu pada 22 Ogos lalu dan memberi beliau masa selama tujuh hari untuk menjawab dakwaan berkenaan.

Karpal kemudiannya menulis sepucuk lagi surat pada 29 September lalu dan memberitahu hakim itu bahawa sekiranya tiada jawapan diberikan beliau akan mengandaikan ia sebagai pengakuan salah laku.

Datuk "NFC" Didakwa, ,Sharizat Dan Suami Selamat.

Blog Liang Lahat


Pantas dan cekap je polis dan SPRM buat kerja untuk menahan,menyoal siasat dan mendakwa deorang ahli perniagaan bergelar Datuk atau pun kini dikenali sebagai Datuk NFC"..

Lelaki berusia 45 yang sebelum ini didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Suami Sharizat namun cepat-cepat dinafikan oleh Suami Sharizat bahawa lelaki 45 tahun tu tak ada kena mengena dengan beliau.

Lelaki itu cuba merasuah pegawai polis sebanyak RM1.7juta,yang ketika itu sedang menjalankan siasatan berhubung skandal Fidlot melibatkan pinjaman mudah kerajaan kepada keluarga Sharizat sebanyak RM250 juta

Namun keluarga Sharizat menyalahgunakan dana rakyat tersebut bagi membeli harta yang tiada kaitan langsung dengan bidang ternakan lembu,kerbau mahupun itik...

"Datuk NFC" tersebut dijangka akan didakwa di mahkamah pada hari ini...

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember.

Cepat dan pantas.. itulah yang aku dapat gambarkan hasil usaha polis dan SPRM ni..

Mereka cekap dalam tugas mereka untuk menjadikan seseorang itu sebagai "kambing hitam"..untuk menutup sesuatu yang lebih besar.. mereka cekap dalam hal tersebut..

Supaya orang kampung boleh ditipu dengan mengatakan kerajaan "tegas" dalam menjalankan siasatan..

Namun untuk menyiasat si pelaku utama penyelewengan dalam skandal fidlot yang masih lagi bebas kesana kemari..polis dan SPRM seolah-olah tiada kuasa.... ibarat lembu fidlot yang dicucuk hidung..

Adakah polis tidak mampu untuk melakukan siasatan..? tidak mampu untuk menyiasat pembelian kondo mewah di Singapura..?"kelembapan" pihak berkuasa menjalankan siasatan telah menyebabkan NGO Jingga 13 bertindak menerjah kondo mewah milik keluarga Kak Jat ni..

Jingga 13,walau di dalam kesukaran dan kepayahan dari segi kewangan dan tenaga tetap juga berusaha pergi ke Singapore bagi mendedahkan kondo mewah berharga RM9.9 juta di Ochard Scotts..

Walaupun mendapat pelbagai halangan untuk masuk ke kawasan kediaman elit tersebut,Jingga 13 berupaya juga membuat liputan video di sekitar Kondo mewah tersebut..saksikan..

Bila melibatkan pemimpin UMNO jer Polis akan jadi lemah lutut... jadi macam orang kena sihir..jadi bodoh.

Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin

SELATAN ONLINE

Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar “Kerajaan Langit“ atau “Sky Kingdom“ yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.

Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.

Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.


Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.

Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.


Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.

Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.

Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.

Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri.

Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.

Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.

Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.

Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.

Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.

Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.

Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.


Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.

Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.

Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.


Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.

Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.

Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.

Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.



Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.

Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.

Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.Hj. Lokman