Geraldine Tong
LIHAT VIDEO DI SINI
DAP hari ini mengesahkan bahawa parti itu belum menerima sebarang
jemputan rasmi bagi menghadiri perjumpaan tertutup 27 Mac anjuran bekas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bagi menumbangkan
Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata demikian pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
“Saya belum dimaklumkan mengenai sebarang jemputan rasmi kepada DAP,” katanya.
Menurutnya,
jika parti itu mendapat jemputan, mereka akan membincangkan perkara
berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Beliau juga menjelaskan bahawa DAP tidak terlibat sama sekali dengan penganjuran perjumpaan itu.
Selasa
lalu, Zaid berkata perhimpunan yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan
merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah acara "tertutup" dan
atas "jemputan sahaja" kepada kira-kira 1,000 orang.
Sebaliknya, beliau berkata acara 27 Mac itu adalah hanya perjumpaan tertutup.
"Saya lihat ramai pembaca masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac Ia satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.
"Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam.
"Saya bukannya seperti BERSIH," tulis Zaid dalam tweet.
Rafizi terima jemputan
Sementara
itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata beliau telah menerima
dan menerima jemputan Zaid bagi menghadiri perjumpaan berkenaan.
Namun, Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau akan hadir atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai wakil PKR.
"Saya
berbincang dengan Zaid semalam. Dia beritahu saya format perjumpaan itu
dan saya berkata, saya akan hadir," katanya kepada pemberita pada
sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
"Saya tidak pernah akan
lepaskan peluang untuk hentam Najib atau Rosmah," katanya secara
berseloroh sambil menambah jemputan telah dihantar kepada kebanyakan
pengkritik pasangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan