Isnin, 29 Februari 2016

Fenomena gerhana matahari separa 9 Mac ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 Mac ini.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berkata, ia adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 sebelum berpeluang menyaksikannya sekali lagi.

Katanya, fenomena itu akan bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada jam 9.31 pagi dan dapat disaksikan di semua ibu negeri di seluruh negara.

"ANGKASA dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program gerhana matahari separa bermula jam 7.30 pagi hingga jam 10 pagi di Planetarium Negara.

"Selain itu, Observatori Negara Langkawi (ONL) akan turut mengadakan program pencerapan gerhana itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Menghulu, Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. Agensi itu berkata, kaca mata gerhana juga akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal secara percuma.

"Objektif penganjuran program ini untuk memberi pendedahan dan menanam minat mengenai astronomi dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui pengetahuan asas sains bersempena dengan fenomena gerhana matahari separa.

"Hadiah menarik seperti ORION Funscope 76mm Alt-azimuth Reflector dan VS 8x42WP Monocular sumbangan Starfield Instruments Supply akan diberikan kepada pengunjung yang bertuah," katanya.

ANGKASA berkata, fenomena itu juga boleh ditonton secara langsung pada Rabu depan di laman web iaitu www.angkasa.gov.my.



Tiada ulasan: