Pemimpin UMNO berlumba-lumba mempertahankan Najib Razak tetapi berdiam diri dalam isu melibatkan kepentingan rakyat.
PETALING JAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar UMNO hari ini menguatkan lagi ramalan parti itu akan ‘berkubur’ selepas Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14).
Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, bukan setakat rakyat biasa malah pemimpin parti Melayu terbesar itu menyedari bahawa mereka akan kalah teruk dalam PRU14.
“PRU akan datang UMNO akan kalah teruk, bukan saya sahaja yang kata, malah pemimpin UMNO sendiri menyedari bahawa mereka tidak akan menang pada pilihanraya akan datang,” katanya kepada FMT.
Tambah bekas EXCO Pergerakan Wanita UMNO lagi, keputusan Dr Mahathir keluar parti adalah tepat kerana perjuangan UMNO sudah terpesong jauh ketika ini.
“Contoh rakyat menghadapi kesempitan hidup tetapi, kita tak nampak pemimpin UMNO tampil menyelesaikan masalah rakyat tetapi kalau perkara melibatkan Najib mereka akan membuat keputusan segera. Saya amat kecewa dengan kepimpinan UMNO sekarang,” katanya.
Hamidah dipecat UMNO pada November lalu kerana mengkritik kepimpinan parti dan kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan