Jumaat, 30 Jun 2017

Kenapa cemburu dengan Kelantan

USTAZ IDRIS AHMAD

 
 
KELANTAN diperintah oleh PAS, bukan oleh Umno. PAS masih pembangkang di negara ini. Pelik, tiba-tiba Pakatan Harapan (PH)  hendak rampas Kelantan. Kenapa tidak sibuk untuk tawan Johor, Melaka dan negeri yang sewaktu dengannya. Saya harap pemimpin PH masih normal. Lim Kit Siang pula telah isytihar, bakal Menteri Besar Kelantan ialah Datuk Husam Musa. Siapa Lim Kit Siang di dalam PH sehingga boleh isytihar siapa Menteri Besar Kelantan jika PH menang.
 
Sahlah memang DAP merupakan Abang Long di dalam PH. Ketika penyokong Tun Dr Mahathir dan DS Anwar hendak tabal siapa yang akan mengetuai PH, Lim Kit Siang tidak perlu sibuk berebut  Untuk menempatkan diri sebagai ketua tetapi cukup dengan kuasa untuk mencatur siapa yang dia hendak di dalam PH. Begitulah suasana politik negara, walau pun dap tidak menjadi Perdana Menteri tetapi hala tuju kepimpinan akan disusun oleh DAP apabila PH menang nanti.
 
Adakah apabila PH menang di Kelantan mereka akan kekalkan Enakmen Jenayah Syariah Il 1993 (pindaan 2015). Adakah semua syiar Islam dan program yang berciri Islam akan dikekalkan.  Ini pun rakyat Kelantan hendak tahu juga.  Apakah nasib Kelantan sama seperti Terengganu selepas Umno menang pada tahun 2004 sehingga Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 disimpan begitu sahaja? Adakah DAP redha dengan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan? Adakah peraturan menutup aurat, peraturan gunting rambut lain jantina akan dikekalkan?
 
Sedangkan enakmen inilah yang menjadi pertikaian hebat ketika PAS bersama Pakatan Rakyat. Pemimpin dap menentang kuat, walau pun almarhum Tuan Guru Nik Aziz keras mempertahan. Semua maklum bahawa DAP tidak iktiraf perjuangan bangsa dan agama di negara ini. Inikah wajah Kelantan yang akan wujud? Adakah ini wajah Islam rahmatan lil alamin yang direstui oleh DAP.
 
Insya Allah rakyat Kelantan tidak rela pembangunan Islam yang dibina selama ini akan musnah. Rakyat Kelantan sudah tahu apa agenda Umno dan PH jika mereka berkuasa. Alhamdulillah pemimpin PAS yang mentadbir Kelantan tidak lagi dituduh salah laku oleh SPRM. Pemimpin yang cakap serupa dengan bikin. HARAKAHDAILY
 
* USTAZ IDRIS AHMAD,Naib Presiden PAS
 
 

Kit Siang tak layak namakan calon MB Kelantan - Pemuda PAS

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Lim Kit Siang bukan individu yang layak menamakan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya yang akan datang.
 
Hal itu ditegaskan Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadli Shaari selepas Penasihat DAP itu menyokong Husam menjawat jawatan berkenaan.
 
Fadli kemudiannya merujuk peristiwa penolakan terhadap lantikan Husam untuk jawatan exco ketika 2008, sekaligus membantutkan hasrat bekas naib presiden PAS itu dilantik sebagai menteri besar.
 
"Tahniah kepada Husam kerana telah diisytiharkan sebagai MB seterusnya oleh Kit Siang. 
 
"Namun sayangnya yang akan mengesahkan pelantikan ini adalah Sultan Kelantan, bukan Kit Siang. 
 
"Untuk rekod pada 2008, Husam telah ditolak sebagai exco. Saya tak fikir Kit Siang tidak dapat makluman tentang penolakan nama Husam sebagai exco," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Terdahulu, Kit Siang menamakan Husam sebagai calon yang sesuai diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan jika gabungan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
 
Berucap di majlis sambutan Aidilfitri anjuran DAP di Kota Bharu semalam, Kit Siang menyifatkan ADUN Salor itu mampu menjadi teladan baik kepada rakyat negeri itu dan seluruh negara.
 
Husam merupakan bekas naib presiden PAS dan dipecat pada Mei 2016 kerana melanggar disiplin dan tatatertib parti.
 
Beliau sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan PAS di bawah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Malah penyertaannya ke dalam Amanah juga dikritik kerana sering menggunakan nama bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menghalalkan niatnya menyertai parti serpihan PAS itu. 


Amanah 'syok sendiri', selar Mahfodz

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menempelak parti serpihannya, Amanah yang menuduh pendekatannya sudah tidak sesuai dengan Islam.
 
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menjawab kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, menegaskan, sebaliknya parti tersebut yang sebenarnya menyimpang dari Islam kerana bertindak keluar dari PAS.
 
Lebih lanjut, Mahfodz menggelarkan Amanah lebih kepada 'syok sendiri'.
 
"Yang menyimpang dari Islam itu dia (Amanah) kerana keluar dari PAS.
 
"PAS masih konsisten dengan dasar PAS, kita masih pegang. Yang keluar itulah yang menyimpang dari PAS," tegasnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Mohamad Sabu, atau Mat Sabu pada semalam mendakwa pendekatan PAS pada masa kini sudah tidak sesuai dengan Islam.
 
Katanya perjuangan PAS sudah tersasar jauh, malah rakyat juga semakin jauh daripada parti berkenaan.
 
Melihat kegagalan itu, Amanah mendakwa ia bersedia mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang memandangkan PAS sudah tidak diperlukan lagi di negara ini.
 
"Mereka kata hendak ambil alih kerajaan Kelantan. Itu tunggu pilihan raya. Sabarlah sikit. Yang pastinya rakyat kena sokong. Lagipun dia belum tahu rakyat sokong ke tidak. Dia cuma rasa sahaja, syok sendiri," ujarnya lagi.
 
 

Gerabak kereta api kargo tergelincir

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Sebuah gerabak kereta api kargo yang membawa muatan tergelincir dari landasan berdekatan Jalan Pekeliling, dekat Pasir Gudang, tengah hari tadi.
 
Keadaan itu menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
 
Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata, dalam kejadian 12 tengah hari tadi, kereta api kargo yang membawa 31 kontena itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Johor ke Pasir Gudang.
 
“Hanya satu sahaja gerabak tergelincir disebabkan rodanya terkeluar dari landasan. Bagaimanapun, tren itu sudah kembali bergerak pada 2.10 petang tadi,” katanya.
 
Namun, kerja pembaikan di landasan masih dijalankan.
 
Beliau berkata, jalan yang terjejas sudah dibuka semula kepada lalu lintas dan KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
 
 

Belalai air cetus suasana panik di Labuan

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
LABUAN: Fenomena belalai air yang terbentuk di perairan Labuan hari ini menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk di pulau bebas cukai ini.
 
Kejadian itu berlaku tidak sampai 10 minit, namun ia cukup untuk menimbulkan rasa takut di kalangan beberapa penduduk pulau berkenaan.
 
Belalai air itu terbentuk di permukaan air beberapa ratus meter dari pantai pada 11.45 pagi dan hilang tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan.
 
Namun begitu, Pejabat Meteorologi Labuan dihujani dengan panggilan telefon daripada penduduk yang dilanda ketakutan.
 
 
Pengarahnya, Donis Gunting ketika dihubungi, berkata, belalai air itu berlaku disebabkan ketidakstabilan dalam atmosfera.
 
"Insiden pagi ini merupakan belalai air kecil," katanya.
 
Terdapat dua jenis belalai air iaitu belalai air kecil dan puting beliung. 
 
Belalai air puting beliung didorong oleh pembentukan di atas air. 
 
Ia terjadi akibat hujan lebat serta ribut yang membentuk pusaran air. Belalai air kecil bukan terbentuk daripada ribut. 
 
Tiupan anginnya sangat lemah dan lazimnya bergerak tidak terlalu jauh.
 
 

Mufti WP cadang semua penerbangan dimulakan dengan doa

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kesemua syarikat penerbangan tempatan disarankan memulakan penerbangan mereka dengan doa, demikian menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
 
Ujarnya berdoa merupakan satu amalan yang baik, sebagaimana yang dituntut kepada umat Islam supaya berdoa sebelum memulakan sebarang perjalanan supaya sentiasa dalam keadaan yang selamat dan lancar.
 
"Justeru, kami sejujurnya mencadangkan kepada syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia seperti Malaysia Airlines Berhad (MAS), AirAsia, Malindo dan Firefly untuk memulakan perjalanan musafir dengan doa yang dianjurkan.
 
"Ini akan membawa keberkatan dalam perjalanan dan InsyaAllah keselamatan serta keamanan kerana difahami bahawa sememangnya musafir itu sebahagian daripada azab dan masyaqqah (penderitaan atau kepayahan) yang perlu ditempuh oleh orang yang berkelana," katanya dalam kenyataan.
 
Penerbangan awal pagi dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu terpaksa berpatah balik selepas pesawat Airbus A330 membawa 359 penumpang itu mengalami masalah teknikal pada satu daripada dua enjinnya sejurus setelah berlepas. 
 
Penumpang menceritakan pengalaman mereka yang merasai gegaran kuat di dalam kabin pesawat itu. Kru penerbangan dipuji kerana berjaya menangani situasi itu dengan baik.
 
Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 10 pagi dan semua penumpang dipindahkan ke penerbangan berikutnya pada 11:40 malam hari yang sama.
 
Bagaimanapun ia mencetuskan kontroversi apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempertikaikan tindakan juruterbang AirAsia itu yang meminta penumpang supaya berdoa ketika pesawat itu berpatah balik ke Perth.
 
 

DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14

Oleh Syed Muaz Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
 
Ketuanya N Balasubramaniam berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya wakil DHPP akan mengekalkan kerusi yang ditandingi seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2008.
 
"Setakat ini memang senarai nama calon di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dihantar tetapi berapa banyak kita akan bertanding belum lagi diputuskan.
 
"Belum tahu lagi jumlah yang kawasan, tidak lama lagi akan diberitahu berapa kawasan DHPP akan bertanding," katanya kepada Antarapos.
 
PAS sebelum ini meletakkan calon daripada kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertnding di Sarawak dan Johor pada PRU13.
 
Dua calon DHPP berkenaan adalah bekas Ketua DHPP Hu Pang Chaw yang bertanding di Parlimen Ayer Hitam manakala R Kumutha yang mengggunakan simbol PKR pada pilihan raya umum 2008 dikekalkan di DUN Tiram pada PRU13.
 
Balasubramaniam menambah PAS Pusat akan menentukan perkara itu namun berharap lebih banyak calon DHPP diangkat menjadi calon tidak kira sama ada kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
"Dulu satu Parlimen dan dua DUN tapi pada kali ini kita harap lebih daripada sebelumnya.
 
"Sebab kita nak mengagak pun tak baik juga, jadi tunggu sahaja maklumat daripada Jabatan Pilihan Raya PAS," katanya.
 
Ditanya sekiranya wakil DHPP memenangi kerusi ditandingi, beliau berkata wakil sayap itu mampu membuktikan bahawa perjuangan PAS adalah relevan untuk semua kaum dan bukan hanya kepada Islam.
 
"Sebab wakil DHPP yang bertanding kebanyakannya di kawasan bukan Islam, saya rasa sekarang rakyat dah mengenali DHPP sebagai sayap dalam PAS.
 
"Ini tidak akan menjadi masalah dari segi undian sebab pengundi itu kalau nak pilih yang terbaik," katanya.
 
Beliau juga tidak mengganggap isu berlainan kaum akan menjejaskan sokongan pengundi kepada mereka.
 
Pencalonan calon bukan Islam bagi mewakili PAS telah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama parti itu yang menetapkan syarat antara lain bahawa calon berkenaan mestilah seseorang yang berpegang kepada prinsip dan perjuangan parti.
 
Hu dan Kumutha merupakan orang bukan Islam yang pertama menjadi calon bertanding di bawah tiket parti Islam tersebut.
 
 

Tarif, rebat elektrik kekal

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Tiada semakan semula tarif elektrik kepada pengguna di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh enam bulan bermula Julai hingga Disember tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
 
Menurut Maximus, kerajaan turut memutuskan untuk mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen bagi setiap kilowatt-sejam (kWj) di Semenanjung serta sebanyak 1.20 sen/kWj di Sabah dan Labuan.
 
Menurutnya, pengekalan semakan semula tarif elektrik dan jumlah rebat itu diputuskan Jemaah Menteri pada Mesyuarat Kabinet Rabu lalu.
 
"Pada mesyuarat itu, Jemaah Menteri bersetuju membelanjakan sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada pengguna di Semenanjung manakala RM468 juta subsidi khas bagi Sabah serta Labuan.
 
"Peruntukan RM1.303 bilion ini menggunakan Dana Hasil Rundingan Semula Perjanjian Pembelian Tenaga dengan Penjana Kuasa Bebas Generasi Pertama (Dana Penjimatan PPA)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Tambah Maximus, menerusi keputusan itu, Jemaah Menteri bersetuju memberi rebat keseluruhan kos pembekalan elektrik sebanyak 2.54 sen/kWj di Semenanjung merangkumi surcaj bahan api sebanyak 1.02 sen/kWj dan rebat tarif sebanyak 1.52 sen/kWj ditampung menggunakan Dana Penjimatan PPA.
 
Manakala katanya, di Sabah dan Labuan, Jemaah Menteri bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj dalam tempoh sama.
 
"Bagi kadar tarif asas di Semenanjung dikekalkan 38.53 sen/kWj manakala Sabah dan Labuan pada 34.52 sen/kWj.
 
"Secara keseluruhannya, pelarasan tarif elektrik di bawah dasar kos bahan api dan penjanaan tidak seimbang (ICPT) membolehkan pengguna elektrik menikmati rebat sebanyak RM5.403 bilion di Semenanjung manakala RM196.26 juta bagi Sabah dan Labuan untuk tempoh Mac 2015 hingga Disember tahun ini," katanya.
 
 

Amanah Kelantan tak ghairah namakan calon Menteri Besar

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ramai pihak di Kelantan tidak gemar membicarakan isu calon menteri besar kerana mengambil pengajaran kekalahan Barisan Nasional (BN) negeri itu yang mencanang nama sebelum Pilihan Raya Umum 2008, demikian penegasan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.
 
Mengambil contoh tindakan BN Kelantan pada 2008 lalu yang menamakan bekas Ahli Parlimen Bachok Datuk Awang Adek Hussin selaku calon menteri besar, parti itu bagaimanapun menanggung malu apabila kalah terhadap PAS.
 
“Sepanduk dan gambar di seluruh negeri meguar-uarkan beliau sebagai calon. Beliau dan BN kalah dan ia tak jadi kenyataan. Akhirnya ia hanya jadi momokan dalam kalangan parti di sini.
 
“Itu kali terakhir usaha oleh parti politik menamakan menteri besar sebelum pilihan raya. Ia mengajar banyak pihak agar tidak terlalu ghairah memperkatakan hal itu,” kata Wan Rahim memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) hari ini.
 
Reaksi itu menyusul selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
Ujarnya Penasihat Amanah Kelantan itu mampu menjadi teladan yang baik terhadap rakyat di negeri itu dan seluruh negara, sebagaimana yang pernah dilakukan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu.
 
Wan Rahim dalam pada itu menyifatkan cadangan Kit Siang itu sebagai pandangan peribadi semata-mata.
 
“DAP rakan kongsi kecil di sini, tidak akan terlalu mempengaruhi. Lagipun perbincangan Pakatan Harapan belum sampai ke peringkat itu.
 
“Namun kita tidak halang sesiapa untuk beri pandangan. Mungkin Kit Siang teruja dengan suasana politik di Kelantan, justeru memberikan cadangan itu,” kata Wan Rahim.
 
 

Nyahtarif insurans kenderaan tak bantu rakyat: CAP

SM Mohamed Idris
 


ADAKAH pengguna terpaksa membayar lebih untuk insurans kenderaan mereka berbanding apa yang mereka bayar sekarang apabila nyahtarif insurans kenderaan bermula pada 1 Julai? Ini adalah apa yang Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) faham kerana Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam jawapannya kepada soalan:

“Apakah % peningkatan yang boleh saya jangka (penekanan CAP) bagi premium kenderaan saya”: “Ia akan berbeza antara satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain. Pengguna perlu meneliti insurans kenderaan yang memenuhi keperluan mereka.”

Laporan yang memetik Persatuan Aktuari Malaysia (ASM) juga bersetuju bahawa “apabila nyahtarif tarif dan perniagaan kenderaan, kadar premium dijangka meningkat bagi perniagaan kenderaan yang akan menghasilkan penambahbaikan nisbah kerugian kenderaan daripada mengalami kerugian semasa atau kedudukan pulang balik modal.”

Nyahtarif akan secara tidak sengaja menghukum pemandu yang baik oleh beberapa faktor, terutama sekali berdasarkan jantina, usia, perbatuan kereta dan pekerjaan pemandu.

Sebagai ganti nyahtarif, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memperkenalkan Skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) yang akan memberikan manfaat kepada pengguna tanpa membebankan mereka dari segi kewangan malah menangani masalah mereka dengan skim insurans kenderaan semasa.

Pada hakikatnya, BNM telah mengenal pasti senarai masalah yang dihadapi oleh pengguna seawal 2007 dan ia termasuklah:
  • Akses yang tidak mencukupi terhadap perlindungan insurans pihak ketiga, terutama sekali bagi kenderaan perdagangan dan lama.
  • Proses penyelesaian tuntutan yang panjang.
  • Premium yang tidak disemak semula sejak 1978.
  • Syarikat insurans enggan untuk menawarkan perlindungan insurans pihak ketiga memandangkan premium tidak mencukupi.
  • Risiko mangsa kemalangan tidak menerima sebarang pampasan atau tidak mencukupi.
Sistem berasaskan kesalahan semasa adalah berdasarkan kepada prinsip Corrective Justice yang bermakna bahawa anda perlu membayar jika anda bersalah. Di bawah sistem ini, tidak semua mangsa yang cedera dalam Kemalangan Kenderaan (MVA) menerima pampasan. Tambahan pula, penuntut perlu menunggu lama dan terpaksa mengeluarkan banyak wang sebelum mendapat hak mereka dan menerima pampasan, di samping terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah lain.

Pada 2010, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) kepada BNM. Pada hakikatnya, pengenalan skim NFL berkaitan dengan kematian dan kecederaan tubuh akibat MVA ini dicadangkan oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Harun Hashim.

Kebaikannya ialah kos NFL ini hanya sebahagian kecil daripada kebanyakan polisi insurans kenderaan; Tan Sri Dato’ Harun Hashim sendiri mencadangkan kadar rata purata RM50 pada 1995 dan CAP bersetuju dengan kadar itu.

Pada hakikatnya, pada Ogos 2007, Pejabat Peguam Negara mengeluarkan Kertas Isu Awal mencadangkan skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) diperkenalkan.

Selanjutnya CAP menyerahkan satu memorandum bahawa NFL mestilah berpandukan prinsip-prinsip yang berikut:
  • Pampasan yang cepat, cekap dan mencukupi bagi mangsa MVA tanpa perlu litigasi atau pertikaian penyelesaian berhubung isu kesalahan;
  • Pemulihan dan penjagaan sepanjang hayat bagi mangsa dengan kecederaan serius dan sokongan untuk keluarga mangsa yang meninggal;
  • Strategi pencegahan kemalangan yang berkesan; dan
  • Kos pengurusan yang rendah supaya lebih banyak dana diperolehi untuk mangsa kemalangan jalan raya.
NFL bukanlah sesuatu yang baharu dan CAP mencadangkan Malaysia mencontohi model yang diamalkan di Victoria, Australia, dan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Kemalangan Pengangkutan (TAC). NFL juga telah dilaksanakan oleh Amerika Sysrikat, Kanada dan Australia.

Kita juga berjaya melaksanakan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak 1971 yang merupakan skim NFL. Ini menunjukkan kita mempunyai kepakaran untuk mereka bentuk dan melaksanakan skim seperti itu.

Di Malaysia, CAP menyarankan skim ini dibiayai oleh premium insurans pihak ketiga. CAP beralasan bahawa bayaran pengurusan dan guaman syarikat insurans dijangka akan berkurang memandangkan tiada lagi keperluan untuk membuktikan kesalahan, dan tiada lagi sebarang komisen kepada ejen sementara premium yang sedia ada sudah mencukupi.

Lebih-lebih lagi, pembiayaan juga boleh diperolehi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana ia juga menangani tuntutan pekerja yang cedera dalam waktu kerja, termasuklah perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja mereka.

Apa yang diberi perhatian ialah pencegahan kemalangan untuk menjadikan skim itu berdaya maju dalam jangka panjang. Seperti dalam kes di Victoria, terdapat pengurangan lebih daripada 38,000 tuntutan dalam tempoh lebih 10 tahun, dengan penjimatan lebih daripada AUD$1 bilion. Bilangan kematian jatuh kepada 377 pada 2006 daripada 776 pada 1987.

Kerajaan Australia mengambil langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan jalan, keselamatan kenderaan dan kempen keselamatan jalan raya yang lebih berkesan.

Pada hakikatnya, BNM berminat untuk melaksanakan NFL sehinggalah pada 2010 apabila BNM mengumumkan Rangkakerja Perlindungan Kenderaan Asas (BMCF) yang merupakan petanda buruk kepada NFL. Kemudian pada lewat April 2017, BNM mengumumkan ia sedang meliberalisasikan industri insurans kenderaan supaya syarikat insurans individu dan pengendali takaful boleh menentukan harga produk insurans kenderaan.

Apabila nyahtarif (detariffication) insurans kenderaan bermula pada 1 Julai, ia akan menjejaskan semua rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), terdapat 27.61 juta kenderaan berdaftar di negara ini pada 2016. Kesan nyahtarif ke atas setiap orang yang memiliki lesen kenderaan tidak dapat dibayangkan.

Terdapat konsensus umum antara CAP, BNM dan Pejabat Peguam Negara bahawa NFL adalah baik dalam bentuk membantu mangsa kemalangan. Dengan nyahtarif, tiada penambahbaikan ketara terhadap masalah yang dikenal pasti oleh BNM pada 2007.

Adakah masalah pengguna yang dikenal pasti oleh BNM pada 2007 ditangani dengan menyeluruh atau BNM hanya melindungi kepentingan industri insurans apabila insurans kenderaan dinyahtarif? CAP sekali lagi menegaskan bahawa NFL perlu segera diguna pakai dan dilaksanakan demi kepentingan pengguna. Amat mengejutkan bahawa BNM berterusan menyokong syarikat insurans bukannya orang ramai.

* SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)


Fahami taktik jenayah siber, elak jadi mangsa


ISMA WEB
 


KOTA KINABALU – “Seorang ibu menyerahkan simpanannya yang berjumlah enam angka kepada lelaki yang dikenali hanya melalui Internet. Puas anak-anaknya menasihatkan jangan berikan wang itu tetapi tidak diendahkan.

Perkara ini dikongsi seorang pegawai kanan polis kepada orang ramai yang hadir di forum bertajuk ‘Challenges Facing The Future Cyberspace’ yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah sempena Borneo Cyber Security Challenge 2017 pada April lepas.

Orang ramai yang hadir terperanjat dan sukar untuk mempercayai seseorang itu boleh dengan mudah tertipu seperti yang diceritakan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), ACP Ahmad Nordin Ismail di majlis berkenaan.

Hakikatnya, meskipun forum demi forum dianjurkan untuk mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai pelbagai risiko siber serta jumlah penipuan yang didedahkan oleh pihak polis dan media, saban hari masih ramai yang menjadi mangsa kepada orang yang hanya dikenali melalui Internet.

JENAYAH LAMA DIPERMUDAHKAN TEKNOLOGI

Ahmad Nordin menegaskan bahawa kejadian jenayah melibatkan internet sebenarnya adalah jenayah yang wujud sekian lama cuma kali ini dilakukan dengan pendekatan baru. Secara prinsip, apa yang salah di dunia sebenar juga satu kesalahan di dunia maya.

Jika diperhatikan dengan teliti, jenis jenayah yang dilakukan melalui dunia maya sebenarnya sama dengan apa yang berlaku di dunia nyata iaitu seperti menipu, mencuri, malah rogol dan bunuh. Penjenayah hanya melakukan sedikit perubahan mungkin dalam cara bekerja sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini untuk mencari mangsa.

Kerja mereka menjadi lebih mudah kerana tidak perlu lagi memperkenalkan diri sebenar kerana boleh menyamar di sebalik identiti rekaan di dunia maya. Justeru, penipuan dalam talian yang melibatkan cinta, e-dagang dan kewangan, pornografi, berita palsu dan pelanggaran hak cipta tersebar luas.

Laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Bigo Live serta aplikasi sembang maya seperti Whatsapp, WeChat dan Telegram menyediakan akses tanpa had kepada mereka yang berpotensi menjadi mangsa. Selalunya wanita mudah menjadi mangsa kepada pelbagai penipuan, kasanova dan pemangsa seksual.

PENIPUAN MERUGIKAN MANGSA

Walaupun setelah forum berkenaan dianjurkan pada April lepas, tidak ada tanda jumlah jenayah siber berkurangan. Nyata sekali ramai rakyat Malaysia masih bersikap tidak ambil tahu dan tidak peduli.

Jumlah kes dan kerugian terus meningkat saban tahun. Pada 2014, terdapat 1,026 kes penipuan ‘African Love Scam’ dilaporkan yang melibatkan kerugian berjumlah RM52.87 juta manakala pada 2016 bilangan itu meningkat kepada 2,489 kes dengan kerugian sebanyak RM98.9 juta. Dalam kesemua kes, mangsa tidak pernah bertemu secara langsung dengan kenalan yang mereka anggap ‘kekasih’ namun mudah menyerahkan wang mereka.

Penjenayah siber terlebih dahulu mengkaji pelbagai aspek yang berkaitan. Mereka juga mengenal pasti semua kelemahan sama ada dalam sistem mahupun bakal mangsa, sebelum mereka mengorak langkah.

“Sindiket itu menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi antarabangsa mereka kerana mereka mendapati Malaysia sebagai lokasi yang kondusif untuk aktiviti mereka terutamanya berdasarkan fakta bahawa Malaysia mempunyai sistem telekomunikasi yang baik dan sambungan Internet yang memudahkan operasi sindiket,” jelas Ahmad Nordin.

Salah satu sindiket penipuan antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi adalah ialah ‘Macau Scam’ yang mula dikesan pada 2012 yang beroperasi di Sabah. Mangsa penipuan ini dikatakan kerugian sebanyak 10 bilion Renmibi (RM6 bilion).

Sindiket penipuan itu muncul semula pada Mei dan polis menumpaskan operasi mereka di Shah Alam, Selangor. Seramai 20 warga China dan lima warga Taiwan ditahan kerana menipu mangsa.

Menggunakan Voice over Internet Protocol (VoIP), anggota sindiket itu menyamar sebagai pegawai polis atau pegawai Bank Negara yang mendakwa mangsa terlibat dalam transaksi haram dan perlu membayar sejumlah wang bagi mengelakkan sebarang tindakan.

RAKYAT MALAYSIA MANGSA MUDAH

Rakyat Malaysia mudah menjadi mangsa penjenayah siber terutamanya memandangkan hakikat bahawa negara ini mempunyai bilangan pengguna internet yang tinggi.

Menurut Ketua Jabatan Pelaksanaan Jangkauan MCMC, K Juslly Elis, jumlah pengguna internet di Malaysia sudah menjangkau 24.1 juta, iaitu kira-kira dua per tiga penduduk negara yang seramai 31.7 juta orang.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Internet amat ‘rapat’di hati mereka, dan Juslly berkata, sebanyak 97 peratus pengguna media sosial di Malaysia memiliki akaun Facebook dengan 18 juta pengguna aktif media sosial setiap hari.

Secara purata pengguna, masing-masing memiliki empat akaun media sosial.

Menyentuh aspek penggunaan pula, 90.7 peratus daripada mereka menggunakan telefon pintar dengan penggunaan Internet terutamanya untuk tujuan komunikasi teks (92.7 peratus), carian maklumat(90.1 peratus) dan media sosial(80 peratus).

SIKAP PENGGUNA UNDANG RISIKO

“Bagaimanapun, sekiranya berlaku jenayah siber, ianya kerana kesalahan pengguna Internet itu. Sikap mereka sebenarnya yang mengundang risiko kerana sewenang-wenangnya berkongsi maklumat sensitif seperti lokasi, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi lain menjadikan mereka sasaran mudah penjenayah siber.

Oleh itu, kemahiran kawal selia kendiri oleh netizens adalah penting di mana mereka perlu memahami dan mematuhi undang-undang serta etika yang berkaitan dengan penggunaan teknologi Internet.

Ahmad Nordin memberi jaminan bahawa polis akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi dalam siasatan jenayah siber dan memberi kesedaran awam mengenai bahaya jenayah siber.

Negara ini bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran alam siber, termasuk cubaan merekrut pengganas menggunakan Internet.

“Jangan sekali-kali melayan mesej atau sms daripada pihak yang tidak dikenali. Mereka mendahului kita setiap kali seseorang klik untuk membaca pesanan mereka. Berhati-hati sebelum mendedahkan nombor telefon kepada sesiapa juga kerana separuh daripada maklumat peribadi anda terdapat di dalamnya. Ingat, serigala sentiasa ada di sekeliling kita,” kata Ahmad Nordin.  Bernama


UniMAP temui kaedah tanam Harumanis luar musim


ISMA WEB


PADANG BESAR – Satu kajian yang membawa dimensi baharu dalam pertanian menerusi teknologi rumah hijau dikenal pasti mampu mengeluarkan Harumanis sepanjang tahun tanpa mengira musim.

Pengarah Institut Agroteknologi Lestari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Mahmad Nor Jaafar berkata kajian tersebut menggunakan kaedah intensifikasi pertanian pintar iklim, yang mana ia boleh mengawal produktiviti Harumanis mengikut permintaan.

“UniMAP telah mengetengahkan gabungan teknologi rumah hijau untuk merangsang proses pertumbuhan mangga itu dapat berlaku secara tidak bermusim.

“Penyelidikan yang dijalankan juga telah membuktikan bahawa Harumanis boleh hidup subur di dalam rumah hijau dan pengeluarannya boleh dijadualkan seperti yang dikehendaki,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, walaupun teknologi ini memerlukan pelaburan yang tinggi, namun ia dilihat lebih berkesan untuk sektor berkenaan kerana mampu mengeluarkan hasil yang lebih tinggi.

“Ia dijangka akan mengubah industri mangga di Perlis dari juta ke bilion Ringgit Malaysia, dan seterusnya meningkatkan kelestarian pertanian di negeri ini ke tahap yang lebih baik.

“Kualiti buah-buahnya juga dilihat adalah lebih baik daripada teknologi sedia ada dari segi keseragaman rupa, tekstur dan tahap kemanisannya selain selamat daripada serangan serangga perosak,” kata Mahmad Nor.

Beliau berkata, komponen penting dalam proses penanaman Harumanis ialah iklim dan ekologi semulajadi yang sesuai untuk menyokong penghasilan buah berkualiti tinggi.

Menerusi kaedah penanaman di dalam rumah hijau itu, faktor untuk pokok mengeluarkan bunga menerusi cuaca panas dan kering sewaktu siang secara berterusan selama tiga bulan serta keadaan berangin sejuk pada sebelah malam mampu dikawal, katanya.

Selain itu katanya, tempoh matang untuk sesuai dipetik bagi mangga itu akan lebih seragam kerana suhu dan kelembapannya lebih terkawal menerusi penggunaan kaedah tersebut.

Mahmad Nor berkata, buah untuk pasaran dalam dan luar negara perlulah dipungut dengan amat berhati-hati.

Penentuan ‘Masa terbaik untuk petik dan masa terbaik untuk makan’ bergantung kepada kesan iklim di musim berbuah, bukanlah perkara yang mudah ditentukan.

“Dalam musim biasa yang mana peredaran cuaca tidak terganggu, panduan menuai Harumanis yang matang adalah antara tujuh hingga lapan minggu selepas dibungkus ketika buah sebesar saiz telur ayam. 

“Namun ketika cuaca tidak menentu dan lebih banyak hujan, tempoh untuk buah matang lebih panjang sekitar sembilan atau 10 minggu sebelum sesuai dipetik agar tidak menjejas keaslian tekstur dan rasa buahnya,” jelasnya.

Ditanya sama ada teknologi ini sesuai diaplikasi di kawasan selain di Perlis, beliau berkata, ia memerlukan kajian lebih terperinci kerana kaedah rumah hijau ini masih memerlukan sokongan iklim dan ekologi semulajadi yang sesuai. – Bernama


Umno Mahu 2 Kerusi Parlimen MCA

Caspian

Umno mahu 2 kerusi parlimen MCA


UMNO difahamkan ingin ‘merampas’ lagi dua kerusi parlimen milik MCA pada PRU14.
Kedua-dua kerusi parlimen yang dimaksudkan ialah Lumut dan Padang Serai.

Pada PRU13, Umno berjaya meletakkan calonnya di Parlimen Wangsa Maju dan Kuantan, yang sebelum ini ditandingi oleh MCA. Bagaimanapun, Umno kalah di tangan PKR di kedua-dua kawasan tersebut.

Menurut laporan Oriental Daily, dengan tambahan dua kerusi parlimen ini, bermakna MCA akan menyerahkan empat kerusi parlimen dalam dua kali PRU kepada Umno yang menjadi kerusi tradisi parti itu sebelum ini.

“Sebagai ganti, MCA kemungkinan hanya akan mendapat kembali kerusi Parlimen Gelang Patah,” tulis akhbar ini.

Pada PRU lalu, DAP menang di Gelang Patah melalui calonnya, Lim Kit Siang apabila menewaskan calon Umno, iaitu bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.

Menurut sumber, Menteri Besar Perak yang juga Adun Pangkor, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebelum ini dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Lumut pada PRU14.

Bagaimanapun, akibat pergolakan politik semasa, tenaga Zambry lebih diperlukan oleh Umno dalam mempertahankan tampuk pemerintahan di Perak.

“Umno cukup berminat dengan kerusi Parlimen Lumut. Di bawah persempadanan baharu, peratusan undi Melayu telah meningkat kepada 71 peratus.

“Akibat persempadanan kawasan baharu, pengundi Cina yang menjadi majoriti di Dun Sitiawan dalam Parlimen Lumut telah dipindahkan ke Parlimen Bruas, menyebabkan peratusan undi Melayu di Parlimen Lumut meningkat 71 peratus.

“Sebaliknya, peratusan pengundi Cina di kawasan parlimen itu telah menurun sehingga 17 peratus.
Atas faktor inilah yang mendorong Umno berhasrat merampas kerusi milik MCA ini,” lapor akhbar ini lagi.

60 peratus penduduk Kuala Lumpur tertekan

Daripada 1,009 isi rumah miskin bandar, kira-kira 59.7 peratus ataupun 600 isi rumah daripadanya didapati terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kesemua isi rumah berkenaan melibatkan lima kawasan perumahan awam dan rakyat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Memetik laporan Sin Chew Daily, kajian dihasilkan pada April lalu turut mendapati kira-kira 52.6 peratus lagi warga kota terbeban dengan hutang yang semakin banyak.

Laporan itu disiarkan dalam majalah Ringgit, edisi April 2017 yang diterbitkan secara bersama oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Bank Negara Malaysia.

“Majoriti responden bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan untuk persaraan, manakala tiga bentuk pinjaman utama ialah sewa beli kenderaan, perumahan dan pinjaman peribadi,” menurut laporan tersebut.

Peniaga perlu beri kerjasama kepada kastam

Peniaga perlu memberi kerjasama kepada Jabatan Kastam sekiranya mereka dipaksa memasang peranti dongle di dalam premis masing-masing.

Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Paddy Abd Halim berkata, pemasangan peranti dongle itu adalah projek perintis bagi mengesan mana-mana peniaga yang cuba elak membayar GST.

Sebanyak 7,000 premis daripada enam sektor perniagaan utama terlibat dalam penguatkuasaan itu yang akan bermula 1 Julai depan.

Paddy berkata demikian kepada China Press, mengulas pandangan ramai peniaga yang mengharapkan pihak berkuasa memberikan penjelasan lanjut mengenai pemasangan peranti dongle.

“Projek ini hanya akan dikuatkuasakan di sekitar kawasan Lembah Klang dan ia dipasang secara percuma.

“Jabatan Kastam sedia memberikan penjelasan lanjut kepada peniaga-peniaga yang masih keliru lagi,” katanya.

Dongle itu dikatakan akan dipasang pada setiap mesin daftar tunai, yang membolehkan setiap transaksi direkodkan dan dihantar ke mesin server di ibu pejabat Jabatan Kastam.

Husam Calon MB Pakatan Harapan?

Caspian

Husam Musa


Pakatan Harapan dijangka menamakan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya tampuk kerusi di negeri ini bertukar tangan dalam PRU14 nanti.

Perkara itu disuarakan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Parti Amanah di Dewan Perniagaan Cina di sini hari ini.

Kit Siang berkata, beliau mahu melihat pada Aidilfitri akan datang, tampuk kerusi kepimpinan kerajaan Kelantan akan berubah dengan kepimpinan diterajui oleh Husam.

“Kita kena ubah Kelantan dan mengikut kata Presiden Amanah (Mohamad Sabu), kita ada harapan, oleh itu pada Aidilfitri tahun depan kita mahu ada menteri besar yang baharu.

“Kita tunggu perubahan besar ini dan kita mahu tahun depan rumah terbuka yang berbeza dan saya datang ke Kota Bharu untuk meraikan kejayaan dibawah kerajaan Pakatan Harapan Kelantan dibawah Datuk Husam,” katanya disambut oleh ribuan penyokong pakatan.

Husam sebelum ini menjawat Exco Kanan semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dicanang mengantikan kepimpinan Allahyarham.

Dalam pada itu Mohamad berkata, parti Amanah yakin membuat kejutan dengan menawan Kelantan dalam PRU nanti setelah melihat keadaan sokongan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan satu kajian yang dibuat menunjukkan peningkatan ketara sokongan yang diterima rakyat Kelantan khususnya penduduk Kota Bharu terhadap parti ini.

“Kajian dan culaan awal Januari lalu menyatakan kalau pilihan raya diadakan ketika itu, Amanah tidak memperoleh sebarang kerusi, kemudian empat bulan iaitu April dan awal Mei, kajian menunjukkan Amanah boleh capai beberapa kerusi di Kota Bharu.

“Kalau kajian ada lagi lima bulan akan datang, kita yakin Pakatan Harapan akan dapat sokongan dan mampu memerintah Kelantan,” katanya.

Mohamad berkata, antara daerah yang menunjukkan peningkatan ketara keahlian adalah di Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Sehubungan dengan itu, parti itu akan terus akan diperkuat di masa hadapan selain meneruskan program termasuk memberi penerangan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pendedahan terhadap isu 1MDB akan diteruskan dan kita bergerak di seluruh negara bermula di Pulau Pinang, usaha untuk menyelamatkan negara akan diteruskan dan minta rakyat dan semua pihak menukar pemerintahan negara pada PRU akan datang,” katanya

Tidak Salah Menggelar Tun M Sebagai Wali – Ustaz Fauzan Amanah

 Suara Kebenaran




Isu yang timbul kebelakangan ini mengenai penyokong Tun Mahathir yang menganggap bekas Perdana Menteri itu sebagai wali, tidak seharusnya menjadi perkara yang besar.

Lihat balek kepada semua jasa Tun Mahathir kepada negara ini dan agama Islam, maka tidak sukar untuk kita memahami kenapa ada penyokongnya yang memanggilnya sebagai wali.

Ini bukan soal ketaksuban tapi kelayakan.  Tun Mahathir ada jasa dan jasa beliau bukan sedikit, tidak salah kalau dianggap sebagai wali sekalipun.

Menurut seorang ulama parti Amanah yang dikenali sebagai Fauzan, seperti mana ulama, isu kewalian ini juga tidak terhad kepada bidang agama semata-mata.  Golongan ulama katanya tidak semesti merujuk kepada bijak pandai agama sahaja tapi siapa juga yang mahir dalam bidang-bidang tertentu yang lain, juga layak dipanggil ulama.

Samalah dalam hal kewalian ini dan Tun Mahathir telah terbukti sebagai pentadbir yang baik, menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apakah ini tidak cukup untuk menjadikan beliau seorang wali?

Pakai otak lain kali

SPRM Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Guan Eng

Rafa Azmir

SPRM


GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengeluarkan waran bagi penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan dan Kesihatan Desa Dr Afif Bahardin menulis pada kira-kira 5.50 petang Rabu bahawa Lim akan dibawa ke pejabat SPRM tidak lama lagi.

“Waran penangkapan telah dikeluarkan kepada Ketua Menteri oleh pegawai SPRM, dia akan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM pada bila-bila masa tidak lama lagi,” kata Dr Afif.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam tweet berkata “Guan Eng ditangkap oleh SPRM atas dua tuduhan rasuah dan akan dikeluarkan di mahkamah esok pagi.”

Terdahulu, The Star Online melaporkan bahawa pegawai SPRM berada di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar manakala Lim mempengerusikan mesyuarat anggota exco kerajaan negeri.

Pada pukul 4.55 petang, lima hingga lapan pegawai tiba di pejabat Lim di Tingkat 28. Mereka memasuki bilik mesyuarat dan menunggu di dalamnya.

Mesyuarat exco negeri mingguan masih berlangsung pada masa akhbar dan ada kemungkinan pegawai-pegawai menunggu untuk menangkap Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP.

Dalam satu kenyataan pada 25 Mei, SPRM berkata ia telah menyiapkan siasatan ke atas pembelian bungalow di Pinhorn Road dan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

SPRM juga mengatakan tindakan undang-undang yang wajar akan diambil jika A-G berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh badan anti-rasuah dalam kertas siasatannya.

Telah dilaporkan bahawa Lim telah disiasat oleh SPRM kerana dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian banglo pada 28 Julai tahun lepas.


Nur Sajat Dikecam Teruk Kerana Status ‘Datang Period’

Aleya Amri

nur sajat
Cover image via oh Media Dunia

Nur Sajat kini lebih popular sebagai usahawan produk kosmetik yang sering mencetuskan kontroversi dan berpengaruh di Malaysia. Bila sebut sahaja namanya, dari budak kecil sehinggalah warga emas pun ramai yang mengenalinya.

Bukan sahaja disebabkan kontroversi dirinya yang dikatakan khunsa, jutawan kosmetik ini juga memang terkenal dengan lantang bersuara dan mulut cakaplepas di media sosial.

Baru-baru ini Nur sajat telah mengeluarkan satu posting di Facebook yang dikatakan tidak sesuai dan kurang sopan untuk diberitahu secara umum.

Dalam postingnya, Nur Sajat menulis status bahawa die period atau datang bulan dan pada masa yang sama dia mengeluh kerana tidak mempunyai tuala wanita pada ketika itu. salah seorang netizen menegur atas tindakannya itu agak memalukan kaum wanita;

“Jika anda ini perempuan atau lelaki sekalipun untuk katakan period di laman sosial, rasanya malu sajalah. Kami kaum hawa ini tak ada pula nak upload period ke ape. Sebab kami tahu benda itu tak perlu nak diberitahu di laman sosial. maaf. terima kasih.”


Laporan: M'sia henti keluarkan permit kerja warga Korea Utara


Putrajaya telah menghentikan pengeluaran permit kerja kepada buruh dari Korea Utara.
Ia menurut sumber kerajaan Malaysia, memetik berita yang disiarkan The Japan Times semalam.

Keputusan ini dibuat kira-kira empat bulan selepas pembunuhan Kim Jong-nam, saudara lelaki kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara pernah menjadi baik, namun mengalami keretakan selepas polis Malaysia membabitkan beberapa warga Korea Utara dalam kematian Jong-nam.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) sebelum ini meminta banyak negara untuk memotong sumber pendanaan kepada Korea Utara bagi melemahkan program pembangunan peluru berpandu nuklear dan balistiknya.

Sekatan ekonomi unilateral yang dikenakan oleh Malaysia ke atas Korea Utara sejajar dengan permintaan itu.

Jangan jadi penyibuk, PKR beritahu Gerakan




PKR tidak terkesan dengan usaha Gerakan Pulau Pinang untuk "menyelamatkan" mereka daripada apa yang didakwa sebagai "dibuli" oleh DAP.

Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Law Choo Kiang berkata, Gerakan bertindak seperti "penyibuk" tatkala mereka seharusnya memikirkan mengenai parti sendiri.

"Gerakan seharusnya berani bersuara mengenai skandal 1MDB.

"Mereka juga (tidak) mempersoalkan Umno atas kerjasama yang dilihat dengan PAS. Mereka harus melihat perkara ini terlebih dahulu daripada menjadi penyibuk dalam urusan PKR," kata Law kepada Malaysiakini.

1MDB yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang disiasat di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Eropah kerana didakwa melakukan kegiatan pengubahan wang haram.

Sementara itu, PAS sejak berpisah dengan DAP dilihat bekerjasama rapat dengan Umno untuk mempromosikan agenda Islam, walaupun kedua-duanya secara terbuka menafikan kerjasama politik.

Law yang juga yang dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memberitahu Gerakan supaya keluar dari BN sebelum layak untuk mengajar orang lain.

Beliau menuduh Gerakan sekadar 'bermain politik untuk menimbulkan perbalahan antara PKR dan pemimpin Cina dalam DAP' terutama di Pulau Pinang

PAS tolak jelajah pembangkang

ANTARAPOS.COM

Post Pic


KUALA LUMPUR:  PAS menolak menyertai siri jelajah dan perhimpunan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dirancang oleh Pakatan Harapan diketuai DAP bermula Julai ini.

Perkara itu ditegaskan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berikutan beberapa siri serangan dan tohmahan yang dilemparkan oleh parti-parti dalam gabungan pakatan itu terhadap PAS sebelum ini.

“Sebelum ini hentam kita, sekarang ajak sertai perhimpunan pula.

‘‘Terima kasihlah sebab jemput tetapi PAS ada cara tersendiri untuk membawa perkara itu (isu 1MDB), kita ada blok ketiga bersama Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan),’’ sindir beliau.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan semalam menjelaskan, jelajah memberi penerangan me­ngenai apa yang didakwa sebagai skandal 1MDB akan diadakan di seluruh negara dengan kemuncaknya penganjuran perhimpunan pada September nanti.

Berikutan itu, kepemimpinan gabungan parti diketuai DAP itu telah meminta kesemua parti pembangkang termasuk PAS untuk mengetepikan segala perbezaan dan bekerjasama membabitkan isu 1MDB menerusi Perhimpunan Hapuskan Kleptokrasi yang bermula dengan siri jelajah bulan depan.

Dalam pada itu, Ketua Pene­rangan PAS,  Nasrudin Hassan di dalam satu kenyataan pula mene­gaskan bahawa parti itu mempunyai polisi dan pendekatan tersendiri dalam merealisasikan strategi serta perjuangannya.

‘‘Tidak terikat dengan mana-mana pihak, demikian juga tidak terkesima dengan gerak tari (penganjuran siri jelajah dan perhimpunan) pihak yang mempunyai agenda mereka sendiri,’’ jelas beliau.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula berkata, beliau sendiri tidak jelas dengan matlamat dan hala tuju perhimpunan anjuran Pakatan Harapan diketuai DAP itu.

‘‘Apa pun kita akan menunggu arahan daripada PAS Pusat dan perkara itu mungkin akan dibincangkan dulu, tetapi PAS mempunyai mekanisme sendiri dalam soal ini,’’ katanya.


Punca AirAsia X berpatah balik diketahui dalam masa sebulan - Liow

ANTARAPOS.COM

Post Pic


KLANG: Keputusan siasatan terhadap insiden pesawat AirAsia X penerbangan D7237 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth ekoran masalah teknikal akan diketahui dalam masa sebulan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah kementeriannya untuk menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar masalah yang dihadapi Penerbangan D7237 pada Ahad lepas.

"Butiran terperinci siasatan akan mendedahkan lebih banyak maklumat daripada rakaman kokpit tentang apa yang sebenarnya berlaku semasa penerbangan itu," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Klang di sini Khamis malam.

Penerbangan awal pagi dari Perth ke Kuala Lumpur berpatah balik selepas pesawat Airbus A330 membawa 359 penumpang itu mengalami masalah teknikal pada satu daripada dua enjinnya sejurus setelah berlepas. Penumpang menceritakan pengalaman mereka yang merasai gegaran kuat di dalam kabin pesawat itu. Kru penerbangan dipuji kerana berjaya menangani situasi itu dengan baik.

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 10 pagi dan semua penumpang dipindahkan ke penerbangan berikutnya pada 11:40 malam hari yang sama.

Dalam perkembangan lain, Liow menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa sebuah kontena dengan muatan peralatan radar telah hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Beliau berkata Lembaga Pelabuhan Johor mengesahkan bahawa kontena itu tidak pernah hilang, sebaliknya telah pun tiba di destinasinya, Belanda.

"Semua pemindahan ke kapal tetap berada dalam penyeliaan rapi kami. Saya telah pun mengarahkan Lembaga Pelabuhan Johor supaya mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini," katanya.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kontena itu yang mengandungi peralatan radar berteknologi tinggi dari Australia itu hilang selepas ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Sementara itu, Liow berkata beliau turut mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang supaya menyiasat laporan akhbar bahawa beratus-ratus kontena berisi bahan buangan plastik dan tayar skrap ditinggalkan begitu sahaja di Pelabuhan Klang.

Katanya perkara itu akan diberi perhatian serius oleh kerana terdapat kes apabila terdapat penerima konsain yang tidak tampil untuk menuntut kontena itu, sekaligus memenuhi ruang di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat.


PAS janji pertahankan kemenangan di Kelantan, teruskan legasi Nik Aziz

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan memastikan Kelantan kekal dibawah pentadbiran parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan dalam tempoh setahun.
 
Justeru Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti akan memastikan seluruh jentera bekerja lebih keras demi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum itu.
 
"Yang ini saya tak boleh nak komen sebab perkara yang belum berlaku.
 
"Cuma kita harapkan kita pertahankan kemenangan di Kelantan," katanya kepada Antarapos.
 
Tambah beliau kemenangan PAS memberi jaminan pelaksanaan dasar berteraskan Islam di Kelantan akan terus dipraktikkan.
 
"Bagaimana bentuknya pentadbiran kalau bukan daripada PAS tiada jaminan.
 
"Sebab kalau Umno ini nak buat mereka boleh buat di negeri-negeri lain yang dikuasai yang tak pernah parti lain menang," katanya.
 
Jelas Tuan Ibrahim, beliau secara peribadi bimbang sekiranya polisi 'Membangun Bersama Islam' akan ditukar sekiranya kemenangan tidak berpihak kepada PAS.
 
"Kalau nak ubah Umno dah boleh buat sekarang, tak perlu nak tunggu menang di Kelantan," katanya.
 
Mengulas lanjut beliau berkata setelah 27 tahun PAS kini berada pada kedudukan mantap untuk terus mentadbir Kelantan.
 
"Cuma sebenarnya yang penting pada pentadbiran bukan nama tapi kandungannya.
 
"Kalau polisinya membangun bersama Islam maka polisi-polisi yang bercanggah dengan syarak tak boleh adalah dilakukan," katanya.
 
Sehubungan itu tegas bekas Pesuruhjaya PAS Pahang ini lagi, parti perlu kekal kuat dan menjadi elemen penting dalam pembentukan kerajaan di peringkat negeri sekaligus berjuang mempertahan kemenangan di Kelantan.
 
"Contohnya kita menang di Kelantan, jadi apa yang Tuhan (Allah) tak bagi buat benda yang haram kita cuba tutuplah termasuk pusat perjudian, tempat maksiat dan sebagainya.
 
"Jadi kita membangun kerana nilai-nilai yang selaras dengan Islam," katanya.
 
 

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik keluar dan masuk ke ibu negara di kesemua lebuh raya utama di Semenanjung dilapor bergerak lancar setakat 9 pagi ini. 
 
Menurut Bernama, jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan tiada kawasan yang dilapor bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan bagi laluan di utara Semenanjung Malaysia. 
 
Keadaan sama dilapor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 bagi laluan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, menurut catatan Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. 
 
 

Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memperkatakan tentang betapa pentingnya untuk melakukan yang terbaik dalam memberi rawatan kepada pesakit dengan diiringi kekuatan doa yang penuh barakah.
 
Beliau berkata menjadi rutin buat dirinya untuk memulakan pembedahan dengan membaca “Bismillahir-Rahmanir-Rahim’, kalimah bahasa Arab yang membawa maksud “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.
 
Menulis di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata: “Pengajaran penting di sini adalah memulakan pembedahan itu dengan bacaan doa dan perjelaskan kepada pesakit serta anggota keluarga tentang ciri-ciri pembedahan tersebut.
 
“Kita harus meyakinkan mereka yang kita akan melakukan yang terbaik dan meminta mereka agar turut sama berdoa, tanpa mengira apa bangsa atau agama mereka.”
 
Beliau mengimbas kembali kes amat mencabar yang dikendalinya apabila beliau terpaksa mematahkan tulang sternum pesakit bagi membuang kanser tiroid folikular berulang yang mengakibatkan pesakit tersebut kehilangan darah lebih 15 liter.
 
Noor Hisham berkata pakar bius bertugas ketika itu berputus asa dan beliau juga hampir menyerah kalah.
 
“Namun dengan izin Allah, pesakit itu dibenarkan pulang ke rumah selepas seminggu kemudian,” katanya.
 
“Selama bertahun-tahun bertugas sebagai pakar bedah, saya belajar satu perkara penting – kita boleh cuba untuk lakukan yang terbaik untuk menjalankan pembedahan tersebut, lebih-lebih lagi jika ia sangat sukar,” katanya.
 
Catatan Facebook beliau itu dibuat berikutan terdapat kritikan terhadap juruterbang pesawat AirAsia X penerbangan D7237 yang dilaporkan meminta penumpang supaya berdoa ketika pesawat tersebut mengalami gegaran semasa dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lepas.
 
Walaupun keadaan itu dikaitkan dengan isu teknikal enjin, pesawat tersebut berjaya patah balik dan mendarat dengan selamat di Perth.
 
Banyak pihak yang memuji tindakan juruterbang dan kru pesawat itu kerana begitu profesional dalam menangani situasi tersebut serta memastikan keselamatan semua yang berada di dalam pesawat berkenaan.
 
 

Pembangkang gesa Najib bentang kertas putih skandal 1MDB

KEADILAN DAILY

NAJIB-1MDB


KUALA LUMPUR: Blok pembangkang hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memanggil sidang khas Dewan Rakyat dan membentangkan kertas putih berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan saman baharu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).

Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan media selepas sidang media bersama di pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pagi ini.

“Jika kerajaan tidak mahu rakyat terbawa-bawa oleh dakwaan DoJ, maka kerajaan harus menjawab segala dakwaan tersebut dengan membentangkan laporan siasatan daripada institusi-institusi negara melalui kertas putih di Parlimen.

“Nama baik negara dimalukan apabila sekurang-kurangnya sembilan negara menjalankan siasatan terhadap skandal ini. Namun kertas siasatan ditutup oleh semua agensi berwajib di Malaysia.

“Justeru, kami akan mendesak Perdana Menteri mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sesegera yang mungkin dan membentangkan kertas putih berkenaan 1MDB,” kenyataan tersebut dipetik.

Desakan untuk Putrajaya mengeluarkan kertas putih – satu laporan autoritatif daripada kerajaan yang menjelaskan dengan lengkap sesuatu isu yang rumit bagi memudahkan kefahaman orang ramai – dibuat atas nama enam orang wakil parti-parti pembangkang.

Mereka adalah Dr Wan Azizah sendiri daripada KEADILAN, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok daripada DAP, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Amanah, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking daripada Parti Warisan Sabah, dan Pengarah Strategi Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Rais Hussin.

Kenyataan sama juga menyebut bahawa pembangkang berikrar untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Tindakan 1MDB (1MDB Action Committee) yang akan merangka strategi dan respons pembangkang terhadap isu 1MDB.

“Menurut dokumen mahkamah, jumlah dana 1MDB yang didakwa diselewengkan telah mencecah hampir USD4.47 bilion (RM19.15 bilion).

“Maka Perdana Menteri, kerajaan persekutuan dan agensi-agensi berwajib tidak boleh lagi berdiam diri mengenai isu ini.

“Tumpuan harus diberikan untuk membersihkan nama negara dan menyelesaikan kemelut yang melanda diakibatkan oleh skandal penyelewengan 1MDB,” kenyataan itu dpetik.

Himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi September ini


dr_wan_azizah

KEADILAN DAILY   

KUALA LUMPUR: Gabungan parti pembangkang akan menganjurkan satu himpunan dalam bulan September depan sebagai kemuncak kepada jelajah seluruh negara untuk menerangkan skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perkara tersebut pada sidang media di pejabatnya di Parlimen, semalam.

“Kita nak pergi kepada rakyat. Kadang-kadang rakyat tidak berasakan isu 1MDB ini ada kaitan dengan mereka,” katanya yang bertindak sebagai pengerusi penaja Jawatankuasa Bertindak 1MDB gabungan parti-parti pembangkang.

Memetik Malaysiakini, Dr Wan Azizah berkata himpunan itu sekaligus akan menyelaras isu 1MDB yang akan diterangkan kepada rakyat dalam jelajah yang bermula 6 Julai ini Dewan JKKK Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Jelajah ini akan dijalankan ke seluruh negara dan berakhir dengan sebuah perhimpunan rakyat pada bulan September,” kenyataannya dipetik.

Skandal 1MDB kembali mencuri perhatian ramai apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman yang mendakwa hampir USD4.7 bilion (RM19.15 bilion) dana diselewengkan daripada 1MDB.

Selain Amerika Syarikat, lapan lagi negara lain turut menyiasat 1MDB sewaktu pihak berkuasa di Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang dikaitkan dengan skandal itu.

Khamis, 29 Jun 2017

‘Najib perlu failkan kertas kausa jika dakwaan DOJ palsu’

MALAYSIAKINI


Peguam Haniff Khatri Abdulla hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor supaya memohon untuk mencelah dalam saman sivil yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.

Dalam satu kenyataan hari ini, Haniff berkata undang-undang jelas membenarkan cabaran ke atas dakwaan DOJ itu jika ia adalah tidak benar, dan sebarang penafian tanpa mencabarnya di mahkamah hanyalah sekadar cakap kosong.

“Pihak yang terjejas akibat daripada mana-mana kenyataan dalam kertas kausa (dokumen mahkamah) DOJ itu, wajib mengambil langkah yang wujud untuk bersihkan namanya melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada, terlebih dahulu, sebelum menggesa bahawa tuntutan itu kononnya tidak mempunyai asas,

“Kepada pihak propaganda kerajaan Najib, saya sarankan lagi agar nasihatilah Najib dan Rosmah untuk mengambil langkah-langkah yang wajib dan perlu di sisi undang-undang, sebelum anda keluarkan lagi mana-mana kenyataan lanjut yang salah dan curang, untuk menyelewengkan fakta dan mengelirukan rakyat Malaysia yang prihatin berkaitan hakikat sebenar tindakan sitaan DOJ itu,” katanya.

Beliau berkata, rakyat berhak memaksa kerajaan Najib supaya mengembalikan maruah negara daripada terus dijadikan bahan ketawa oleh negara luar.

Menurutnya, Najib perlu mengambil segala langkah yang dibenarkan di sisi undang-undang di mahkamah, supaya rakyat boleh mempercayai kenyataan-kenyataan kerajaan yang setakat ini berbentuk omong-omong kosong sahaja.

Haniff mengulas kenyataan anggota panel penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz semalam, yang berkata, tidak ada bukti bahawa ‘isteri Malaysian Official 1' (MO1) menerima atau menyimpan set barangan kemas seperti yang didakwa itu.

Tun Faisal mahupun DOJ, masing-masing tidak menamakan Najib dan Rosmah.

Sebaliknya, masing-masing merujuk kepada "Malaysian Official 1" dan "Isteri Malaysian Official 1" walaupun ramai, termasuk Haniff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan Najib sebagai MO1.

Najib dan Rosmah, sebelum ini berulang-kali menafikan salah laku.
Dalam kenyataannya semalam, Tun Faisal berkata tuduhan isteri MO1 menerima set barangan kemas itu hanyalah sekadar "cerita" dalam aduan yang dibuat kepada DOJ.

Malah, katanya, DOJ juga tidak menyenaraikan set barangan kemas itu sebagai aset yang mahu dirampasnya yang membuktikan jabatan itu sendiri tidak pasti mengenai kebenaran cerita pengadu berkenaan barangan kemas itu dan dakwaan terhadap isteri MO1.

Walau bagaimanapun, Haniff berkata adalah perkara biasa bagi mana-mana tindakan mahkamah - sama ada sivil atau jenayah - untuk pihak membuat tuntutan memfailkan kertas kausa, yang akan membutirkan asas tuntutan serta fakta berkaitan yang akan dibuktikan kelak.

“Walhal, dalam kes jenayah substantif sekalipun, apabila seseorang itu dituduh di Mahkamah sekalipun, kertas pertuduhan (yang pada kebiasaannya tidak melebihi dua (2) mukasurat untuk setiap pertuduhan), cuma akan mengandungi nama tertuduh, fakta asas yang didakwa sebagai jenayah yang dilakukan, berserta peruntukan Akta yang menjadikan perbuatan itu sebagai Jenayah (contoh : Seksyen 302 Kanun Kesekaan ataupun Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya).

“Apabila pihak yang disaman dalam kes sivi mahupun kes quasi jenayah memilih untuk tidak bersetuju dengan tuntutan itu, dan setelah pihak yang disaman diberi peluang failkan kertas kausa oleh yang disaman, mahkamah akan menetapkan tarikh bicara, sama ada melalui panggilan saksi ataupun melalui Afidavit (Surat Sumpah)(dan tertakluk kepada tatacara pebicaraan mahkamah di negara terbabit), maka cuma di tahap perbicaraan inilah baru semua pihak diwajibkan untuk tampilkan bukti,” katanya.

“Justeru, hakikat sebenar asas undang-undang yang kedua adalah: Bukti mana-mana tuntutan, di mana-mana mahkamah, di mana-mana negara bertamaddun, tidak langsung difailkan bersama kertas kausa pada masa tuntutan mula-mula difailkan, sama-sekali, dan tidak akan didedahkan di dalam keempat-empat penjuru dokumen tuntutan asal itu, melainkan rentetan fakta yang membutirkan dengan terperinci akan tuntutan itu sahaja,” katanya.

Mahathir senaraikan cara Najib memenangi PRU14?

 
ULASAN l Apa yang akan Najib lakukan atau mungkin lakukan untuk menang Pilihanraya ke-14 (PRU14) boleh memuat senaskhah buku.

Saya hanya senaraikan beberapa tindakan yang telah dia lakukan sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 dan apa yang dilakukan semasa pilihanraya kecil dan juga lain-lain yang dilakukan untuk menyekat bangkangan terhadapnya.

Negara masih ingat demonstrasi BERSIH 5. Dia menyatakan yang dia tidak akan sekat. Tetapi kita semua tahu apa yang dia bermati-mati lakukan untuk menghalang demonstrasi itu daripada diteruskan sama sekali atau untuk mengurangkan skalanya.

Kesemua tempat yang dicadangkan oleh BERSIH tidak diluluskan pihak polis.
Beberapa jalan juga di klasifikasikan sebagai tidak sesuai.

Demonstrasi tidak boleh ada apa-apa unsur keganasan. Tidak boleh ada apa-apa sampah dibuang oleh para peserta demonstrasi. Baju kuning menjadi pakaian jenayah.

Demo paling tertib

BERSIH telah patuhi hampir kesemua sekatan ini. Tidak seperti demonstrasi jalanan di negara-negara lain, pesertanya tidak memenuhi jalan-jalan tetapi hanya di kaki lima.

Mereka mematuhi semua arahan polis. Malahan ada pasukan untuk mengutip sampah. Peserta juga elak daripada membuang sampah di jalan.

Tidak ada keganasan, walaupun apabila bertembung dengan penyokong Kerajaan berbaju merah.

Dunia tidak pernah menyaksi demonstrasi yang begitu tertib dan aman. Tidak ada gas pemedih mata, tiada pembakaran tayar, tiada kenderaan yang diterbalikkan.

Walaupun penganjur telah memberikan ketetapan untuk patuhi kesemua syarat-syarat, beberapa hari sebelum demonstrasi, Maria Chin Abdullah, pemimpin utama bersama sembilan lagi pemimpin yang lain ditangkap.

Maria dihumban ke dalam bilik yang sejuk dan gelap. Ini merupakan satu penyeksaan. Demonstrasi tetap berjalan tanpa ramai daripada pemimpin mereka.

Beberapa hari selepas demonstrasi berakhir barulah Maria dan yang lain-lain dibebaskan. Ia juga kerana ramai yang melakukan protes secara senyap di Dataran Merdeka setiap malam.

Inilah salah satu cara Najib untuk menakutkan pembangkang.

Dari episod ini kita dapat jangkakan yang Najib akan bertindak untuk menghancurkan pembangkang dan menakutkan rakyat semasa Pilihanraya Umum ke-14.

Terdapat beberapa tanda-tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-kacirkan parti.

Memang tindakan akan sebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan rasa takut untuk undi pembangkang.

Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan.

Duit mengalir tanpa batas

Undi untuk pembangkang akan merosot. Dan semasa ketiadaan pemimpin, Najib boleh rasuah rakyat dan pekerja parti sesungguh hatinya.

Mereka akan lakukan semua perkara yang melanggar undang-undang menurut kehendaknya. Duit akan mengalir tanpa batas.

Pekerja pilihan raya dan juga pegawai mungkin akan menyalah arahkan pengundi, dan undian akan dimanipulasi. Ramai yang tidak akan boleh buang undi sama sekali.

Undi pos akan di “hijack” dan dipindahkan bagi menaikkan jumlah undi di kawasan calon-calon penting BN.

Secara dasar Malaysia bukan lagi sebuah demokrasi. Kita kini di klasifikasikan sebagai sebuah kleptokrasi, sebuah negara yang dipimpin pencuri. Tahap penipuan dalam pilihan raya akan menjadikan ia tidak bererti sama sekali. Ini memalukan.

Ketua Polis Negara mungkin tidak bersetuju tetapi Malaysia telah pun menjadi negara polis atau “Police State”. Tidak ada peraturan undang-undang.

Sama ada arahan itu bertentangan undang-undang negara atau tidak, polis telah menunjukkan yang mereka bersedia menjalankannya.

Mereka akan tahan pemimpin pembangkang walaupun sedar yang mereka ini tidak pun melakukan apa-apa kesalahan.

Mereka akan menganggu-gugat orang, memanggil untuk disoal-siasat dan diancam. Kesemua ini telah dilakukan dan ia dilakukan dengan persetujuan KPN.

Isytiharkan darurat

Semua ini akan berlaku lagi semasa pilihan raya diadakan. Tetapi Najib juga boleh untuk tidak adakan pilihan raya.

Ia di bawah bidang kuasa dia untuk berbuat sedemikian. Undang-undang tidak akan menghalangnya.

Hanya dengan mengisytiharkan darurat, walaupun hakikatnya tidak pun timbul situasi sebegitu dia boleh gantung perlembagaan.

Dan dia akan dapat sokongan tidak belah-bahagi pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Mereka ini semua tahu yang pemimpin mereka ini menyalahguna kuasa.

Mereka sedar akan siasatan dan tuduhan terhadap Najib oleh beberapa badan siasatan negara asing.

Mereka tahu tentang laporan jenayah oleh Department of Justice Amerika Syarikat, penahanan individu dan penutupan bank-bank di Singapura yang terpalit dengan skandal 1MDB.

Mereka tahu tentang kegiatan rasuah berleluasa melibatkan duit curi yang dilakukan Najib bermula sebaik sahaja ianya menjawat jawatan. Dia telah menghancurkan Umno dan negara.

Bangkitlah rakyat!

Said Keruak, Annuar Musa, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Mustapa Mohamad, pemimpin-pemimpin MCA dan MIC dan kesemua Menteri Kabinet sedikit pun tidak ambil kisah.

Mereka tidak kisah apa yang akan jadi kepada negara ini, kepada rakyat dan kepada reputasi Kerajaan yang baik yang telah dibina pemimpin-pemimpin terdahulu.

Apa yang mereka kisah hanyalah kedudukan mereka, kemudahan yang mereka dapat serta kemungkinan besar dedak yang diperolehi.

Biarlah negara ini hancur. Biarkan ianya dipanggil kleptokrasi. Biarkan ianya tersenarai sebagai diantara 10 negara paling korup di dunia. Mereka tidak kisah. Tidak mungkin mereka tidak tahu. Tetapi mereka tidak kisah.

Rakyat boleh menderita. Itu bukan masalah Bapak-bapak Menteri. Dipimpin pencuri tidak mengapa.
Asalkan mereka sendiri dapat meraih untung untuk diri mereka sendiri tidak mengapa, apa yang nak dikisahkan tentang perkara lain.

Saya sedar yang pemimpin-pemimpin pembangkang sedang dijerut. Tetapi saya merayu kepada semua rakyat Malaysia; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut Bajau dan lain-lain tolaklah Najib di Pilihan Raya Umum ke-14 walaupun pemimpin pembangkang dimasuk di dalam penjara.

Rakyat Malaysia!

Ini adalah negara negara kita. Kita dilahirkan di sini. Kita dibesarkan di sini. Kita telah merasai kehidupan yang baik di sini, mendapat pendapatan yang halal dari pekerjaan yang dilakukan dan perkhidmatan yang diberikan.

Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan dan diranapkan sama sekali oleh Najib dan ketamakan kleptokrat-kelptokratnya.


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan bekas perdana menteri keempat.

Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik


Gopi Krishnan Gopal, seorang pengendali sebuah gerai makanan di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang, hari ini tampil pada satu sidang akhbar dan mendakwa dia diminta memeluk Islam jika mahu meneruskan perniagaan.

Bekas jurutera berusia 45 tahun itu mendakwa ketua pentadbiran PSP, yang kini sudah bersara, mengarahkan beliau bersama isterinya, Khor Hong Geik, untuk menerima Islam.

Gopi Krishnan juga mendakwa telah menerima panggilan daripada pelbagai pihak, termasuk seorang pegawai kerajaan dari Putrajaya, yang memberitahunya supaya "tidak membesar-besarkan isu” itu kerana terdapat usaha untuk membenarkannya terus berniaga.

"Saya beritahu pegawai itu untuk membangkitkan isu itu dengan Jabatan Perdana Menteri dan meminta PM supaya semua politeknik di negara ini mempunyai pengendali kantin yang mampu menyediakan makanan untuk pelajar bukan Islam, terutama bagi golongan vegetarian.

"Kita bukan meminta sebuah kuil dibina di politeknik, tetapi hanya sebuah gerai untuk menyediakan makanan kepada pelajar bukan Islam, yang sesetengah mereka adalah vegetarian kerana sebab-sebab agama," katanya.

Menurutnya, beliau membekalkan makanan kepada kira-kira 1,200 pelajar bukan Islam di PSP.

Gopi Krishnan berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Peguamnya pula berkata cadangan mengheret politeknik terbabit ke mahkamah sedang dipertimbangkan.

Hadir sama mengiringinya pada sidang akhbar hari ini adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy dan peguam Paramjit Singh dan Shamsher Thind Singh.

Malaysiakini dalam proses menghubungi politeknik berkenaan dan Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan atas tuduhan terbaru itu.

Sebelum ini, Kamalanthan berkata isu seorang kontraktor makanan India di sebuah institusi pendidikan yang ditamatkan perkhidmatannya tidak berkaitan perkauman.

Politeknik itu juga menafikan tuduhan perkauman, sambil menambah bahawa laporan polis telah dibuat pada 26 Jun lalu berhubung kandungan mesej Whatsapp dan laman media sosial mengenai perkara itu yang menjadi tular.