Selasa, 31 Disember 2013

Cadangan penjimatan Putrajaya terlalu sedikit dan terlalu lewat

KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER


Manifesto pilihan raya Barisan Nasional kini dibuang ke dalam tong sampah bersama-sama slogannya 'Janji Ditepati'. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013. 



Manifesto pilihan raya Barisan Nasional kini dibuang ke dalam tong sampah bersama-sama slogannya 'Janji Ditepati'. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013.Setelah berminggu-minggu menerima aduan dari rakyat tentang kenaikan kos sara hidup demi menanggung kehidupan mewah kerajaan, akhirnya Putrajaya memutuskan untuk mengurangkan elaun menteri dan pegawai kerajaan, selain mengetepikan pengubahsuaian pejabat kerajaan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah membendung pembelanjaan kerajaan, bermula esok. Antara langkah tersebut termasuk mengurangkan elaun hiburan kerajaan, penerbangan, penyediaan makanan serta pengurangan bajet elektrik Putrajaya.
Setakat itu sahaja.

Tindakan Putrajaya akhir-akhir ini menunjukkan mereka hanya ingin mengejutkan rakyat yang semakin marah seperti yang dapat dilihat di lelaman Facebook dan Twitter PM, serta rencana di portal berita online.

Ketika kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997 dahulu, kerajaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah penjimatan dan merancang keseimbangan subsidi barangan dengan perbelanjaan kerajaan.

Mesejnya sangat jelas: menteri dan pekerja kerajaan haruslah menunjukkan teladan dalam mengurangkan perbelanjaan dan menjadi contoh kepada semua rakyat untuk berkongsi beban.

Tiada seruan supaya rakyat harus bekerja lebih dan kurangkan kos sementara pemimpin kerajaan berarak dalam konvoi dan terbang ke luar negara di samping terus menganjurkan acara yang mewah.

Tiada andaian bahawasanya kekurangan aduan di saluran rasmi bermakna rakyat menyokong serta bersetuju dengan kenaikan harga barang yang sengaja dilambatkan sehingga selepas pilihan raya.

Seperkara lagi, manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang telah berjanji mengurangkan tol lebuhraya antara bandar, turut sama hilang dan dibuang ke dalam tong sampah dengan slogan "Janji Ditepati".

Tindakan kerajaan Najib memotong perbelanjaan keraian hanyalah keputusan saat akhir, sedangkan rakyat Malaysia telah disuruh untuk menerima kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi, di waktu sama menteri dilindungi daripada segala macam kesusahan.

Amat mengejutkan apabila kerajaan langsung tidak memikirkan langkah pertama yang harus diambil bagi mengurangkan kos iaitu dengan menunjukkan teladan kepada rakyat, tetapi yang sebaliknya berlaku. Malah Dr Mahathir sendiri telah memberi kritikan yang sama.

Putrajaya harus membuat perincian penjimatan untuk menunjukkan berapa banyak boleh dikurangkan, barulah mengajak rakyat untuk berkongsi beban dan sama-sama melalui ribut ekonomi yang tidak sedikit pun disebutkan ketika pilihan raya dulu.

Walau bagaimanapun, rakyat tidak seharusnya terkejut dengan tindakan kerajaan yang bodoh itu.
Kerajaan tampak sudah lama tidak berkomunikasi dengan rakyat apabila mereka berfikir bahawa mengurangkan masa minum teh dan karipap lebih utama dari berbelanja tinggi untuk tiket penerbangan.

Himpunan 31 Disember simbol rakyat ditindas



Oleh WAN AMIR WAN AZIZ


Pemimpin bersifat ultra kiasu kini semakin jelas takut kepada anak suara anak muda kerana mereka yakin anak muda mahu satu perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi negara yang lebih telus dan efisien.

Oleh sebab itu, media massa pro kerajaan memainkan watak utama memutar-belit isu himpunan perhimpunan rakyat selepas tindakan kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13.

Himpunan aman membantah peningkatan kos sara hidup 31 Disember ini sudah jelas dengan matlamatnya menuntut supaya tidak berlaku kenaikan harga barang.

Tidak ada sama sekali istilah mahu mengulingkan kerajaan. Golongan muda masih menghormati keputusan PRU13.

Saban tahun kerajaan menyatakan jumlah pelaburan yang masuk ke negara ini tetapi rakyat tidak merasai makna di sebalik pelaburan masuk yang didakwa melimpah-ruah itu.

Ini menyebabkan rakyat tidak yakin dengan pentadbiran ekonomi negara. Lebih menyedihkan apabila kerajaan tidak pernah memberi jawapan dan harapan kepada rakyat.

Rakyat sudah sedia maklum apabila harga barangan asas dan harian mulai naik, barangan dan perkhidmatan lain juga tetap naik atau pun harga sama tetapi kuantiti berbeza.

Hal ini cukup membebankan rakyat terutama golangan berpendapatan rendah dan kelas pertengahan.

Ini cukup jelas pendapatan isi rumah tidak seimbang dengan kenaikan harga barang walaupun kenaikan itu satu persatu tetapi dalam tempoh yang singkat ia menjadi kenaikan yang drastik dan radikal kepada rakyat.

Himpunan menuntut kerajaan menurunkan harga barangan ini sebenarnya simbol rakyat terbeban dan tertindas kerana kenaikan harga barang dan sifat boros dan tiris pemimpin.

Jom anak muda, kita bantah kenaikan harga barang.

(*)  Penulis ialah bekas Pengerusi Transformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (TMUUM).

Pemikiran pelik pemimpin Umno



Oleh Abd Shukur Harun


Pelik juga memikirkan kata-kata Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan Datuk Zaiton Mat yang mencadangkan agar pihak yang tidak suka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya meninggalkan negara ini.

Kata-katanya ini menimbulkan kemarahan dan kritikan pelbagai pihak, termasuklah di kalangan sesetengah tokoh Umno sendiri yang tidak bersetuju dengan kata-kata tersdebut, yang sedar akan situasi yang ada sekarang.

Bayangkan, bagaimanakah rakyat Malaysia yang sah sebagai warganegara tiba-tiba mahu disuruh meninggalkan negara ini, hanya kerana rakyat prihatin ini tidak bersetuju dengan dasar dan langkah kerajaan terutamanya mengenai kenaikan harga barang, menyebabkan mereka mahu berhimpun membantah kenaikan tersebut.

Ini bukan pertam kali kata-kata karut marut dikeluarkan oleh orang Umno/BN, malah ada yang lebih dahsyat dari itu. Umpamanya ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang berkata, “Jika Umno tiada, bagaimanakah nasib orang Melayu, di mana mereka hendak mengadu.”

Ucapannya ini menyebabkan ramai orang bertanya, bagaimana dengan kuasa Rububiyah Allah yang menentukan nasib manusia, qada’ dan qadar, rezeki, umur, ajal dan maut hamba-Nya. Adakah nasib Melayu ditentukan oleh Umno, bukan kuasa Allah s.w.t.?

Maka itu kenyataan pemimpin Wanita Umno Kuantan ini yang menyuruh penentang Umno/BN supaya meninggalkan negara ini adalah analoji yang dangkal dan kuno. Inilah akibat mudahnya bercakap tanpa memikirkan lojik akal rasional.

Oleh itu, jika analogi dangkal ini hendak dipakai, maka kita bertanya bagaimana dengan mereka yang menentang Pakatan Rakyat yang mendiami negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Adakah mereka disuruh berpindah ke negeri lain yang diperintah oleh Umno?

Oleh itu apalah yang boleh kita harapkan dari kebanyakan orang Umno/BN yang berfikiran serupa ini, walaupun tidak semua.

Pendapat dangkal dan pelik serupa ini menimbulkan kritikan pelbagai pihak, baik pemimpin Pakatan Rakyat, penganalisis dan ahli politik, NGO dan rakyat prihatin yang lain, malah dari kalangan beberapa tokoh Umno sendiri.

Pendapat tokoh Wanita Umno ini malah menjadi bahan tertawaan ramai orang, bukan saja kerana ia tidak memahami rialiti masyarakat yang ada, tetapi juga kedangkalannya berpolitik.

Di sini nyatalah pemikiran kebanyakan orang Umno/BN benar-benar ketinggalan zaman pada ketika dunia moden dengan pelbagai kemajuan teknologi dan dunia intelek begitu pesat. Malangnya kebanyakan orang Umno berfikiran seperti 50 tahun dulu. Iaitu zaman belum begitu ramai orang celek huruf, zaman orang luar bandar menonton filem menerusi tayangan wayang pacak hitam putih di tepi jalan oleh Jabatan Penerangan.

Zaman itu telah berlalu lima puluh tahun lalu atau lebih, zaman selepas Perang Jepun, zaman ramai orang Melayu yang percaya pada khurafat. Malangnya pemikiran zaman itu tidak banyak berubah dikebanyakan orang Umno.

Sebab itu jika kita mendengar beberapa perwakilan yang berucap di Perhimpunan Agung Umno di PWTC beberapa bulan lalu, kita mendapati ucapan mereka itu benar-benar ketinggalan zaman dengan cetusan faham perkauman yang sempit.

Ia menggambarkan Umno seperti berada di alam fantasi, zaman nenek kebayan – wanita tua bongkok, bertongkat, terketar-ketar - bercakap dengan Tun Mamat, wakil Sultan Melaka untuk meminang puteri Gunung Ledang.

Sedangkan alam realiti, ialah suasana di luar PWTC itu sendiri, dengan simpang siur lalu lintas, pusat membeli belah yang riuh rendah, orang ramai hilir mudik siang dan malam dengan keperluan masing-masing, syarikat dan bank-bank yang bergelut dengan urusan perniagaan dan kewangan dan pelbagai lagi.

Oleh itu, tentunya seruan tokoh Wanita Umno Kuantan itu adalah ‘lanjutan alam fantasi’ yang dibawa dari PWRC itu.

Di sinilah, menurut saya, sudah sampai masanya dan memang sangat perlu pelbagai pihak, terutamanya golongan intelektual dan agamawan serta kalangan tokoh NGO yang sangat prihatin terhadap nasib rakyat supaya mengadakan dialog, malah pendidikan kepada orang Umno supaya berfikir sesuai dengan keadaan masa kini.

Islam yang kita pegang secara kukuh, dengan konsep mulia wasatiyyahnya – seimbang, pertengahan, menegakkan keadilan dan kesaksamaan dan sebagainya - boleh menjadi asas wahana yang penting untuk memberikan kesedaran kepada orang Umno. Bahawa Islam itu ialah agama yang berasaskan pemikiran, hujjah, bukan paksaan, bukan diasaskan kepada emosi dan pemikiran yang sempit.

Lebih dari itu, Islam menentang pemikiran dan sikap perkauman, justru hadis Nabi s.a.w. yang sangat kuat, mengungkapkan: “Bukan dari umatku mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman).”

Para agamawan yang berceramah baik di masjid, surau mahupun di kaca TV dan sebagainya, justeru boleh menghuraikan secara jelas akan maksud hadis ini, bukan saja kepada orang Umno, bahkan kepada siapa saja yang keliru dengan keluasan tawawuur Islam ini.

Sudah sampailah masanya segenap anggota masyarakat prihatin, khususnyan  para agamawan, pemimpin NGO yang tidak menjadi pengampu, para pemimpin golongan muda, siswa-siswi yang prihatin dan rakyat yang merasa bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan sejelas-jelasnya - dalam bahasa yang mudah difahami - mengenai tekanan hidup yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat sekarang ini.

Masalahnya terutama berpunca dari kenaikan harga barang yang benar-benar menghimpit kehidupan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.

Kita percaya, ada di kalangan penyokong biasa Umno sendiri yang merasakan kehidupan mereka sendiri tertekan dengan kenaikan harga barang ini.

Maknanya tiadak ada golongan yang terlepas dari hempetan kehidupan ini diakibatkan kenaikan tersebut, kecuali para pemimpin dan orang-orang besar, para tokoh korporat ternama, suku sakat kroni dan saudara mara yang hidup kaya raya, malah super kaya, bercuti dan shooping di luar negara dan membeli barangan berjenama.

Golongan elit yang hidup berwah-mewah ini tidak tersentuhpun dengan phenomena kenaikan harga barang ini. Tetapi yang amat tertekan ialah rakyat biasa, buruh dan nelayan dan rakyat berpendapatan rendah seluruhnya.

Inilah yang dibela dan diperjuankan oleh para NGO yang prihatin dan pendukung Pakatan Rakyat. Malangnya mereka inilah yang dicabar supaya ‘berambus’ keluar Malaysia jika tidak setuju dengan BN. Inilah wajah politik yang memulakan tahun 2014.http://bm.harakahdaily.net

Rakyat Jangan Takut TURUN Malam Ini!


Himpunan 31 Disember simbol rakyat ditindas

KELAB GREENBOC
 

Pemimpin bersifat ultra kiasu kini semakin jelas takut kepada anak suara anak muda kerana mereka yakin anak muda mahu satu perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi negara yang lebih telus dan efisien.

Oleh sebab itu, media massa pro kerajaan memainkan watak utama memutar-belit isu himpunan perhimpunan rakyat selepas tindakan kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13. ?

Himpunan aman membantah peningkatan kos sara hidup 31 Disember ini sudah jelas dengan matlamatnya menuntut supaya tidak berlaku kenaikan harga barang.

Tidak ada sama sekali istilah mahu mengulingkan kerajaan. Golongan muda masih menghormati keputusan PRU13.

Saban tahun kerajaan menyatakan jumlah pelaburan yang masuk ke negara ini tetapi rakyat tidak merasai makna di sebalik pelaburan masuk yang didakwa melimpah-ruah itu.

Ini menyebabkan rakyat tidak yakin dengan pentadbiran ekonomi negara. Lebih menyedihkan apabila kerajaan tidak pernah memberi jawapan dan harapan kepada rakyat.

Rakyat sudah sedia maklum apabila harga barangan asas dan harian mulai naik, barangan dan perkhidmatan lain juga tetap naik atau pun harga sama tetapi kuantiti berbeza.

Hal ini cukup membebankan rakyat terutama golangan berpendapatan rendah dan kelas pertengahan.

Ini cukup jelas pendapatan isi rumah tidak seimbang dengan kenaikan harga barang walaupun kenaikan itu satu persatu tetapi dalam tempoh yang singkat ia menjadi kenaikan yang drastik dan radikal kepada rakyat.

Himpunan menuntut kerajaan menurunkan harga barangan ini sebenarnya simbol rakyat terbeban dan tertindas kerana kenaikan harga barang dan sifat boros dan tiris pemimpin.

Jom anak muda, kita bantah kenaikan harga barang.

Penulis ialah bekas Pengerusi Transformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (TMUUM).-HD

Demonstrasi kenaikan kos sara hidup tidak wajar dihalang


Demonstrasi oleh kumpulan pro-demokrasi yang dibarisi oleh anak-anak muda yang membantah kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember ini tidak wajar dihalang, sebaliknya dibantu agar amalan demokrasi terus subur dengan menghormati hak-hak rakyat untuk bersuara, kata Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong.

Teo merujuk kepada rancangan kumpulan anak-anak muda yang ingin turun berdemonstrasi di Dataran Merdeka pada malam esok, berkata, ia merupakan satu langkah matang yang bukan sahaja selaras dengan budaya demokrasi malah ia juga adalah hak asasi yang dijamin oleh undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.

“Kami Pemuda DAP bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengambil prinsip dengan menyokong langkah ini selari dengan semangat perlembagaan, undang-undang dan demokrasi yang matang.

“Malah prinsip kami ini juga seharusnya turut diikuti oleh Pemuda Barisan Nasional khususnya Pemuda MCA dengan barisan kepimpinan baru yang mendakwa ingin melaksanakan pembaruan, tetapi berdiam diri dalam membela dan mempertegaskan hak-hak asas demokrasi oleh kumpulan anak-anak muda yang pro-demokrasi.

“Kita juga ingin menjemput sama Pemuda MCA dan UMNO yang memegang prinsip demokrasi untuk turun sama berdemo pada 31 Disember ini untuk membantah polisi ‘naik-naik’ kerajaan Barisan Nasional. Jika tidak, laungan pembaharuan atau transformasi oleh pemuda-pemuda BN hanya menjadi retorik semata-mata.

“Harus juga diingat bahawa kumpulan anak-anak muda ini adalah mereka yang prihatin terhadap apa yang sedang dan yang akan membelengu rakyat dengan peningkatan luar biasa kos sara hidup rakyat terbanyak.

“Mereka ini adalah kumpulan pro-demokrasi yang harus dihormati, diberi ruang sesuai dengan prinsip-prinsip keadilan serta harus diberi kerjasama oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

“Kumpulan pro-demokrasi ini bukanlah kumpulan penjenayah atau mereka yang berniat buruk untuk menggulingkan kerajaan apatah lagi untuk melakukan keganasan, sebaliknya kumpulan pro-demokrasi yang pelbagai kaum dan latarbelakang ini wujud dan berjuang demi memastikan nasib rakyat yang tertindas, terus dibela dan dibantu.

“Menyamakan kumpulan pro-demokrasi ini dengan tindakan jenayah dengan memberi gambaran yang salah merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana secara lojiknya, kumpulan penjenayah tidak akan sekali-kali berdemo di Dataran Merdeka untuk mendapat perhatian apatah lagi untuk menuntut haknya,” kata Teo.

Teo yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah menyeru kepada pihak-pihak berkuasa agar dapat menjalankan kewajipan mereka dengan profesional malah perlu memberi kerjasama dan membantu demi memastikan demonstrasi berjalan dengan aman dan selamat buat semua.

Teo menambah bahawa inilah bentuk kerjasama yang seharusnya wujud dalam prinsip-prinsip demokrasi yang telah matang serta inilah impian Malaysia kita.
-FMT

ULASAN GB

Sperti yang GB pernah katakan sebelum ini, Polis Tak Boleh Sembarangan Larang & Tangkap Peserta Himpunan. Petikan:

Negara kita ada undang-undang. Polis tidak boleh sembarangan melarang dan menangkap peserta perhimpunan kerana semasa perhimpunan BERSIH 2.0 mahkamah pernah memutuskan polis bersalah menahan dan menangkap beberapa aktivis.

Malah kerana tindakan polis menangkap sesuka hati, pihak kerajaan Malaysia telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar gantirugi kepada aktivis berkenaan.

Precedent mahkamah sudah ada. Iaitu jika pihak polis menangkap anda malam ini, pihak polis boleh didakwa di mahkamah dan anda berkemUngkinan memperolehi RM50,000 berdasarkan penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes Salahuddin Ayub & Mahfuz Omar vs PDRM & Kerajaan Malaysia.

Bersih 2.0 - Mahkamah Putuskan Kerajaan Bersalah Tangkap Naib Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Ganti rugi itu adalah berhubung dengan kes saman yang difailkan oleh mereka selaku plantif terhadap tangkapan yang tidak sah ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di KL Sentral.

Sebelum itu Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa rayuan kerajaan Malaysia terhadap keputusan saman kedua-dua plantif adalah dibenarkan berhubung ganti rugi sahaja.

Kedua-dua plaintif telah berjaya dalam tindakan saman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diputuskan ganti rugi sebanyak RM70,000 tiap seorang atas tangkapan salah dan tidak sah tersebut.

Kedua-dua plantif diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil Noor, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan Rasul.

Manakala Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron.


klik untuk besarkan imej

PENTING


JUHAM menyediakan 3 talian Hotline berikut bagi memudahkan urusan kepada sesiapa yang ditahan atau ditangkap sebelum, semasa atau selepas himpunan TURUN pada 31.12.2013.

016 6341133
016 6345544
016 6346633

Untuk panduan kepada sesiapa yang ditahan atau ditangkap atau yang mengetahui orang sekeliling yang ditangkap, adalah dinasihatkan supaya menghantar SMS sahaja kepada kami bagi mengelakkan kesesakkan talian telefon dengan menyertakan butiran berikut.
1. Nama penuh
2. Nombor kad pengenalan
3. Nombor telefon
4. Lokasi tangkapan
5. Lokasi di bawa.

Talian Hotline JUHAM akan diaktifkan bermula pada 31.12.2013 jam 12.00 tengahari.
Sekian untuk makluman.

Yang Benar.
Noorazmir Zakaria
Pengarah JUHAM
Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Emel Ancaman Bom: Rafizi Lapor Polis Terhadap Blogger UMNO


KELAB GREENBOC
 
 
Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, hari ini membuat satu laporan polis terhadap pengendali blog Umno yang menyebarkan e-mel palsu hingga mampu mengugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Laporan polis itu dibuat antaranya terhadap pengendali blog The Unspinners dan The Flying Kick di Balai Polis Tropicana di sini, sejurus Rafizi mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi.

Laporan itu juga dibuat bagi menguji keikhlasan dan keadilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan negara seperti mana tindakan pantas dan tegas yang diambil polis terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan komen orang ramai yang tidak disenangi kerajaan di laman sosial Facebook.

Sebelum itu, ketika mengulas isu sama Rafizi dalam sidang medianya berkata, beliau juga akan membawa kes berkenaan pada setiap persidangan Dewan Rakyat begi memberi tekanan kepada pihak berkuasa sehingga pengendali blog Umno terbabit disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya syak ini satu perencanaan terancang untuk membina persepsi kononnya ada plot menggulingkan kerajaan menjelang 31 Disember ini.

“Rencana di blog yang memaparkan e-mel palsu yang direka itu menuduh kononnya saya terbabit dalam plot untuk menanam bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur dengan bertujuan mencetuskan suasana huru-hara.

“Penyebaran berita palsu itu boleh menjejaskan ketenteraman awam dan mewujudkan panik di kalangan orang ramai dan ia adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Ia jelas melanggar undang-undang dan merbahaya,” katanya.

Rafizi berkata, soalan yang bakal dikemukan di Dewan Rakyat nanti akan terus ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara selagi pengendali blog pro-Umno, The Unspinners dan The Flying Kick tidak diheret ke muka pengadilan.

Katanya, sebelum ini PDRM dilihat begitu tegas terhadap perkara kecil seperti komen anak muda yang tidak berpengaruh di Facebook, sebaliknya sehingga kini tidak memanggil pengendali blog Umno yang secara terang melanggar undang-undang negara dengan menyebarkan berita palsu dengan tujuan mewujudkan suasana huru-hara.

“Jika PDRM hanya menyiasat saya dan bukan dalang di belakang e-mel palsu dan blogger yang menyebarkan berita palsu itu, jelas menunjukkan PDRM hanya menjadi alat kepada Umno bagi tujuan politik Umno,” katanya.

Rafizi mendakwa, propaganda menggulingkan kerajaan itu adalah satu taktik untuk mengalihkan perhatian daripada pelbagai kegagalan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam isu kenaikan kos sara hidup rakyat. -selangorku


ULASAN GB

Kita doakan kejayaan Rafizi dan semuga blogger UMNO yang memfitnah itu akan dihukum..

Hukum kebenaran dan keadialan akan tetap berjalan sekalipun jika polis enggan bertindak ke atas blogger berkenaan.

Pejabat Mahkamah Syariah Kelantan dipecah masuk

Bernama

 

Pejabat di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Jalan Pasir Mas-Salor di Kota Bharu dipecah masuk dipercayai untuk mencari maklumat sulit, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Idris Abd Rafar.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang pembantu tadbir yang  berkhidmat di bangunan berkenaan kira-kira 7.30 pagi semalam ketika mahu memulakan tugas.

"Ketika pengadu masuk kerja di Mahkamah Syariah tersebut mendapati pejabat di aras dua, lima dan enam telah dipecah masuk dengan beberapa bilik dan almari fail di aras berkenaan turut diselongkar.
  
"Selain itu, kamar Ketua Hakim dan Bilik Pegawai Penyelidik di aras enam turut diselongkar," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu, hari ini.

Idris berkata siasatan awal mendapati, suspek dipercayai masuk melalui tingkap di aras dua dengan menggunakan tangga yang  ditinggalkan kontraktor di tempat kejadian.

"Terdapat kesan umpilan di beberapa pintu di aras dua, lima dan enam dan suspek dipercayai menyelongkar almari yang  mengandungi fail, bagaimanapun tidak mengambil barang berharga.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak membantu kerana hanya menampakkan kelibat sahaja berikutan pencahayaan yang  kurang. Siasatan juga tidak dapat menimbulkan cap jari yang sempurna di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata pada hari kejadian pengawal keselamatan ada membuat rondaan setiap dua jam sekali bermula pukul 12 malam dengan rondaan terakhir adalah pada pukul 5 pagi.- Bernama

Wahai pemimpin, dengarlah suara kami!



Oleh Muhammad Firdaus Abu Bakar


Gerakan Turun merupakan NGO yang diketuai oleh sahabat saya, Azan Safar, yang mempunyai objektif yang tersendiri.

Terdapat 3 objektif Gerakan Turun. Pertama, sebagai jentera penerangan kesedaran kepada rakyat untuk turut sama bangkit sebagai tindak balas kepada kegagalan kerajaan dalam menguruskan kebajikan rakyat.

Kedua, sebagai kumpulan pendesak yang membawa suara anak muda Malaysia terhadap tindakan kerajaan hari ini. Ketiga, sebagai pusat pengumpulan anak muda yang tertindas dan tertekan untuk memperjuangkan nasib kehidupan mereka.

Ketiga-tiga objektif ini akan membuka mata pihak kerajaan bahawa isu kos sara hidup yang semakin tinggi adalah isu yang sangat besar di mata rakyat khususnya mahasiswa. Mahasiswa sebagai golongan intelektual tidak akan membuat tindakan semborono malah hanya memikirkan kepentingan rakyat dan memperjuangkan isu ini demi rakyat, dan kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sebagai pemimpin negara, hendaklah mereka bersifat terbuka dalam menerima segala pandangan dan suara rakyat walaupun berbeza parti politik. Isu kenaikan kos sara hidup ini melibatkan semua orang tidak kira parti politik.

Gerakan Turun ditubuhkan dengan niat supaya kerajaan mengambil tindakan yang progresif untuk menyelesaikan masalah ini, dan bukanlah dengan memfitnah bahawa himpunan Turun pada 31 Disember 2013 adalah himpunan gulingkan kerajaan. Ini adalah tuduhan tidak berasas.

Contohilah sikap Khulafa' ar-Rasyidin kita Saidina Umar al-Khattab yang bersikap terbuka dengan pandangan rakyatnya. Umar pernah memberi satu pandangan berkenaan dengan mahar supaya dikurangkan nilainya supaya tidak membebankan pihak lelaki. Bangkit seorang wanita menegur beliau atas isu tersebut dan Umar mengatakan bahawa wanita itu benar. Jelas sekali di sini bahawa sikap yang ditunjukkan oleh Umar bersifat positif, terbuka dalam menerima kritikan daripada rakyat. Seharusnya kerajaan perlu bersikap seperti Saidina Umar.

Kerajaan adalah berperanan menjaga kebajikan rakyat daripada ditimpa kesusahan. Itu merupakan tanggungjawab sebuah kerajaan. Mereka perlu menjaga semua rakyatnya walaupun tidak sehaluan dengannya.

Adalah tidak benar sama sekali kerajaan perlu menjaga rakyat yang memilihnya sahaja semasa pilihanraya. Ini suatu pemikiran yang dangkal yang harus kita tolak. Apabila ini berlaku, rakyat melihat kerajaan tidak memainkan peranan menjaga hal kebajikan rakyat.

Melihat akan semakin banyak harga barang keperluan naik membuatkan rakyat terbeban dalam menguruskan kehidupan mereka. Walaupun ade sebahagian menteri memberi memberi respon isu kenaikan harga barang, tetapi respon yang diberikan sangat tidak logik malah menunjukkan ketidakcerdikan menteri dalam menangani isu ini. Melihat kepada isu ini juga, maka rakyat khususnya mahasiswa ingin menegur kerajaan atas tindakan yang tidak tepat menaikkan kos sara hidup ini sehingga membebankan rakyat.

Kerajaan perlu sedar bahawa salah satu peranan mereka ialah menguruskan kewangan negara dengan baik. Allah berfirman dalam surah al-Furqan, ayat 67, yang bermaksud: "Dan mereka yang apabila berbelanja mereka tidak boros dan tidak kedekut dan adalah perbelanjaannya pertengahan antara keduanya."

Hal ini bermaksud kerajaan perlu membelanjakan duit negara dengan berhemah. Melihat kepada isu yang berlaku sekarang ini, tindakan sewajarnya dilakukan adalah membuat penilaian kembali apa yang telah dibelanjakan sehingga boleh menyebabkan kewangan negara menghadapi masalah.

Laporan Audit Negara telah memainkan peranan ini untuk menegur kerajaan mengenai perbelanjaan sepanjang tahun 2012 yang ternyata merugikan negara. Sebagai contoh, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM1.6 juta untuk menaja kumpulan K-Pop. Menariknya sebelum ini kementerian melaporkan konsert tersebut ditaja oleh syarikat swasta.

Ertinya pemborosan berlaku disulami dengan penipuan untuk menutup pemborosan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan telah membelanjakan duit negara ke arah aktiviti yang tidak bermanfaat.

Oleh itu, kerajaan perlu memainkan peranan mengatasi kekurangan dalam mengurus perbelanjaan negara dan menyelesaikan masalah pengurusan kewangan negara, bukan mensasarkan kepada rakyat dengan cara menaikkan kos sara hidup. Tindakan itu tidak wajar sama sekali.

Teguran yang dibawa Turun adalah jelas, supaya kerajaan membelanjakan harta negara dengan baik dan tidak berlaku ketirisan, supaya masalah kewangan negara dapat di atasi dan rakyat tidak mendapat kesan dengan dinaikkan kos sara hidup.

Oleh yang demikian, kerajaan perlu mendengar suara rakyat terhadap isu ini.

Benarkan himpunan Turun ini dan jangan kenakan sebarang tindakan kepada rakyat dan mahasiswa yang turun ke himpunan tersebut, kerana objektif mereka adalah untuk mendesak kerajaan mengambil inisiatif menyelesaikan isu ini.

Isu kos sara hidup ini cukup-cukup membebankan rakyat. Adakah kerajaan tidak mahu mendengar rintihan suara akar umbi mengenai isu ini, malah mengenakan tindakan kepada peserta Turun ini?

Ini bukan Himpunan Gulingkan Kerajaan! Ini adalah rintihan suara rakyat atas bebanan yang mereka hadapi sekarang ini. Wahai pemimpin, dengarlah suara kami! –

* Penulis merupakan pelajar jurusan Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa.

Batal sambutan tahun baharu


Batal sambutan tahun baharu 
 Zulkifli (tengah) menyempurnakan acara perasmian bangunan baru Kospek.


KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan serta merta sambutan ambang tahun baharu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Rekreasi Balok malam ini memandangkan ia tidak sesuai diteruskan pada masa sekarang.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, program menyambut kedatangan tahun baharu 2014 dibatalkan kerana sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), MPK perlu peka terhadap pandangan rakyat atau orang ramai.

Menurutnya, pembatalan secara mengejut yang diambil itu tidak menimbulkan rasa marah atau perasaan tidak puas hati daripada orang ramai walaupun sebelum ini acara berkenaan sudah diuar-uarkan.

“Mungkin masalah banjir atau situasi selepas bencana ini hanya salah satu faktor dan kita juga masih berwaspada tentang gelombang kedua,” katanya kepada Sinar Harian sempena majlis perasmian Wisma baru Koperasi Majlis Perbandaran Kuantan Berhad (Kospek) di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.

Sementara itu, di Kelantan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan, malam ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah merancang untuk menyambutnya sebagaimana yang mungkin pernah dilakukan beberapa pihak sebelum ini.

Mohd Amar berkata, Kelatan hanya mengadakan sambutan tahun Hijrah dan meraikan kedatangan bulan Islam sahaja.

“Tak ada sambutan tahun baharu di Kelantan. Kita tak pernah sambut tahun baharu, kecuali tahun baharu Hijrah ,"katanya.

Hari terakhir tebus rebat Touch n Go


touch n go


SHAH ALAM – Pengguna Touch n Go diingatkan untuk menebus rebat sebanyak 20 peratus bagi penggunaan lebuh raya esok (31 Disember), iaitu hari terakhir tahun 2013.

Sinar Harian difahamkan, mulai 1 Januari 2014, pemberian rebat tersebut akan dimansuhkan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, syarikat pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n Go Sdn Bhd tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada tawaran rebat sebanyak 20 peratus bagi pengguna lebuh raya diterus atau dimansuhkan.

Menurut sumber, semua keputusan hanya akan diputuskan kerajaan dan Touch n Go  tidak menerima sebarang arahan berhubung perkara itu.

Katanya, jika kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan rebat tersebut, ia boleh dilakukan terus tanpa notis.

“Memandangkan ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat, jadi itu hak mereka untuk terus atau sebaliknya.

“Pengurusan Touch n Go tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini,” katanya.

Rebat Touch n Go termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009.

Turun jamin himpunan aman


Gerakan Turun Kos Sara Hidup  
Gerakan Turun Kos Sara Hidup
SHAH ALAM - Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) memberi jaminan perhimpunan yang akan diadakan malam esok ( 31 Disember ) bakal berlangsung aman.

Pengerusinya, Muhamad Azan Safar berkata, himpunan yang berkonsepkan duduk dan bantah ini bertujuan untuk rakyat memberi mesej jelas berhubung isu protes kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Himpunan ini juga bebas dari sebarang provokasi dan ancaman yang menggugat kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

“Peserta himpunan juga diseru untuk membawa bendera Malaysia tanda patriotik dan cinta kita kepada negara selain memakai pakaian tema yang berwarna hitam,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Katanya lagi, peserta dilarang membawa poster atau sepanduk yang mengandungi unsur provokasi dan ancaman.

Menurut beliau lagi, mana-mana ahli  politik yang ingin turut serta diminta tidak membawa ideologi politik dalam perhimpunan itu.

“Himpunan ini adalah himpunan rakyat, yang akan diraikan dan disambut juga oleh rakyat.

“Mana-mana kumpulan termasuk ahli politik sewajarnya turun sebagai rakyat tanpa bendera yang melambangkan parti masing-masing,” katanya.

Menurut Azan, waktu berkumpul adalah pada jam 9 malam dan peserta dijangka bersurai secara aman setelah meraikan tahun baharu 2014.

Pas sokong ubah cara sambut tahun baharu


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib  
Harun Taib

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas menyokong sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan untuk mengubah cara sambutan tahun baharu yang lebih kepada program keagamaan.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, bagus jika mahu mengadakan solat hajat, doa selamat dan sebagainya tapi jangan hanya sekadar berdoa kerana perlu seiring dengan amalan seharian.

“Tiada gunanya jika hanya tahu berdoa, tapi sebaliknya tetap lakukan keburukan kepada negara dengan menaikkan kos taraf hidup rakyat dan sebagainya,” katanya, semalam.

Menurutnya, sekalipun jika kerajaan bersetuju dengan cadangan itu, ia patut dilaksanakan semua negeri supaya dapat diselaraskan.

“Jika setuju boleh bincang dengan menteri besar atau ketua menteri supaya dapat selaraskan sambutannya yang berbentuk keagamaan.

“Seeloknya kalau boleh dibuat perkara sama untuk apa-apa sambutan supaya dapat mendidik rakyat dekat dengan agama Islam,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata beliau jika seseorang faham dengan sambutan tahun baharu mengikut Islam, pastinya kemeriahan yang disambut adalah berlandaskan ajaran agama.

“Kalau kita lihat daripada sudut agama, jika kita masih boleh sambut tahun baharu bermakna ALLAH bagi kita panjang umur dan pastinya cara bersyukur adalah dengan membebaskan diri daripada perkara yang tidak elok.

“Itu yang boleh kita katakan sebagai menyambut tahun baharu, perlu mengikut syariat ALLAH bukan mengikut syariat penjajah,” katanya.

300 Pegawai Penguatkuasa DBKL Dikerah Bertugas Di Dataran Merdeka

MSTAR ONLINE

 
KUALA LUMPUR: Seramai 300 pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah bertugas di sekitar Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014 malam Selasa di samping menghadapi kemungkinan perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosial Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz ketika dihubungi Bernama berkata, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, pihaknya telah bersiap sedia untuk mengawal situasi di kawasan berkenaan.

"Sambutan ambang Tahun Baharu akan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan,namun kita akan bekerjasama dengan pihak polis bagi menjamin tahap keselamatan orang awam di kawasan itu," katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan mengetatkan kawalan di bangunan DBKL yangterletak berhampiran Dataran Merdeka supaya tidak berlaku sebarang pencerobohan.

Beliau meminta orang awam supaya tidak terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang.

Tinjauan Bernama mendapati anggota penguatkuasa DBKL berada di dataran ituseawal 8 pagi. - BERNAMA

Tiada Sekatan Jalan Raya, Orang Ramai Boleh Sambut Ambang Tahun Baru - Polis




PETALING JAYA: Polis tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sempena sambutan ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka malam Selasa, walaupun dikatakan terdapat pihak yang mahu mengadakan bantahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, walaupun anggota polis akan bersiap sedia di Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitarnya, polis akan menjadikan acara pada malam ini seperti mana-mana himpunan ambang Tahun Baru yang lain dan memberi orang ramai menyambutnya dengan mudah.

"Kita tidak akan menjalankan apa-apa sekatan jalan raya.

"Bagaimanapun, anggota polis yang bertugas akan memantau mereka yang mengadakan sambutan dan juga penunjuk perasaan.

"Kami mahu memastikan keselamatan semua," katanya pada Isnin.

Zainuddin sekali lagi mengulangi bahawa protes yang dirancang adalah haram kerana penganjur gagal untuk mendapatkan kebenaran daripada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kami akan menahan sesiapa yang mempunyai tingkah laku tidak terkawal.

"Ia sudah menjadi suatu kesalahan untuk berhimpun tanpa memaklumkan kepada polis 10 hari sebelum acara itu seperti yang dinyatakan di bawah Akta Perhimpunan Aman," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyambut ambang Tahun baru perlu menjauhkan diri daripada mereka yang mengambil bahagian dalam bantahan itu.

Beliau menambah, begitu juga dengan penunjuk perasaan supaya tidak menggangu sambutan ambang Tahun Baru.

"Pengunjung yang akan pergi sana untuk bergembira dan menyambut Tahun Baru.

"Adalah tidak adil jika penunjuk perasaan merosakkan sambutan dengan perhimpunan haram mereka," katanya.

Bagi memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar, Zainuddin berkata, Jalan Raja telah ditutup dari tengah malam Isnin manakala jalan susur dari Jalan Kinabalu ke Jalan Raja akan ditutup dari pukul 6 petang Selasa.

Katanya, polis akan menyiasat rundingan bahawa terdapat rancangan untuk membawa bahan letupan dalam perhimpunan haram.

"Kami juga memantau laman media sosial dengan teliti," kata Zainuddin.

Isnin, 30 Disember 2013

Wanita PKR Johor bawa isi hati rakyat



Wanita PKR Johor bawa isi hati rakyat 
Natrah (tiga, kiri) mengiringi Haniza (dua, kanan) beramah mesra dengan Wanita PKR negeri yang hadir ke Majlis Pemilihan Jawatankuasa Pilihanraya Wanita PKR Negeri Johor, semalam.


JOHOR BAHRU – Wanita PKR Johor akan menghantar jenteranya untuk bersama-sama menyertai himpunan di Dataran Merdeka, 31 Disember ini.

Ketuanya, Natrah Ismail berkata, Wanita PKR menolak dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan himpunan berkenaan diadakan untuk mengguling kerajaan sedia ada.

Sebaliknya menurutnya, himpunan itu dibuat untuk bersama-sama memprotes pelbagai kenaikan harga barang yang tidak disangka-sangka hanya beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita akan bersama-sama membawa isi hati rakyat kerana pelbagai kenaikan barangan yang berlaku secara mendadak menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, tapi mereka tidak berani untuk tampil ke depan.

“Kalau ramai yang membantah, contohnya berpuluh ribu, tak mungkin kerajaan masih tidak peka dengan kehendak rakyat,” katanya selepas Majlis Pemilihan Jawatankuasa Pilihanraya Wanita Negeri Johor, semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Pilihanraya Wanita PKR merangkap Adun Taman Medan Selangor, Haniza Talha.

Natrah berkata, kerajaan sepatutnya peka dengan mendalami isi hati rakyat yang masih ramai hidup dalam kesempitan dan kesusahan, bukannya dibebani kenaikan secara mendadak sedemikian.

“Bagi golongan berada di atas, mungkin tiada masalah, tapi cuba kita selami rakyat yang bekerja makan gaji, petani dan pekebun, macam mana nak hidup dengan situasi semakin menghimpit sekarang.

“Pada saya, kita bukan nak guling kerajaan, tapi kita nak bantah perkara yang menghimpit kehidupan rakyat biasa sebelum berlabuh tirai 2013,” katanya.

Emel palsu: PKR mahu polis siasat 4 blog


Rafizi Ramli  
Rafizi Ramli


SHAH ALAM - PKR hari ini menggesa polis menyiasat empat blog atas dakwaan menyebarkan emel palsu bertujuan mencetuskan huru-hara.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, aduan polis telah dibuat ke atas blog yang didakwa pro Umno, yang menggunakan alamat theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot. com serta badutrakyat.blogspot.com.

Penyebaran emel palsu itu kata Rafizi, menyebabkan beliau disiasat polis semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, emel palsu mengenai rancangan untuk memasang bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kononnya dialamatkan kepadanya itu direka oleh blogger berkenaan.

"PDRM tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihan emel rekaan itu terus memanggil saya untuk memberi keterangan dan disiasat," ujarnya pada sidang media, hari ini.

Beliau juga kecewa apabila Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih belum menyatakan sama ada beliau merupakan saksi ataupun orang yang disyaki dalam siasatan ke atas sebaran emel palsu tersebut.

"Sehingga sekarang, pegawai penyiasat yang mengambil kenyataan saya tidak boleh mengesahkan sama ada saya hanya seorang saksi atau suspek," katanya.

Nur Jazlan: PM perlu penasihat baharu


Datuk Nur Jazlan Mohamed  
Datuk Nur Jazlan Mohamed


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.

Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),  kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

“PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.

“…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.

“…kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan daripada rakyat,” katanya dalam penulisan terbarunya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.

 “Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa.

“Oleh itu, bagi saya kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN sendiri,” katanya.

Kecil belanja kerajaan, perkasa institusi wakaf


Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim  
Muhammad Ali Hashim.


SHAH ALAM – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mencadangkan institusi wakaf diketengahkan sebagai salah satu langkah menangani kos sara hidup yang semakin membimbangkan mutakhir ini.

Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, golongan miskin terus tertekan kerana tidak ada program untuk membantu mereka.

“Sebab itu dalam DPIM kami menggalakkan agar institusi wakaf diketengahkan. Termasuk wakaf korporat. Sebab pada zaman perkembangan Islam dahulu, sebahagian besar perbelanjaan ditanggung oleh badan-badan wakaf yang disumbangkan oleh orang-orang kaya.

“Hari ini dalam keadaan sekarang, kita lihat orang kaya bertambah kaya, tidak ada program untuk membantu orang miskin dan orang miskin akan terus tertekan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, cadangan itu sudah lama dikemukakan kepada kerajaan melalui memorandum yang dihantar.

“Sejak awal lagi DPIM sudah mengemukakan kepada kerajaan supaya konsep wakaf korporat, konsep institusi wakaf ini dikaji, diteliti serta diaplikasikan Supaya dapat mengurangkan jurang perbezaan kaya dan miskin.

“Kita sudah lama pun menghantar memorandum kepada kerajaan supaya mengkaji dan memperkenalkan konsep wakaf. Kaedah wakaf paling sesuai kerana kita menggunakan harta orang kaya untuk mendapat ganjaran pahala di akhirat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menekankan bukan sahaja orang kaya, kerajaan dan orang ramai juga boleh menyumbang untuk disalurkan kepada yang memerlukan.

“Tak boleh nak buat esok. Sebab itu saya kata kerajaan kena kaji supaya wakaf ini boleh menjadi jambatan untuk menyalurkan kekayaan daripada sektor korporat.. sebab yang susahnya hari ini adalah orang miskin.

“Sangat penting untuk kita mengkaji seluruh sistem pengurusan ekonomi negara kita dan yang paling molek ialah mencontohi semula kaedah pengurusan ekonomi mengikut kaedah Islam, di mana masyarakat yang kaya dapat menyumbang untuk membantu masyarakat miskin,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau melahirkan kebimbangan mengenai kenaikan kos sara hidup yang tidak diselaraskan dengan tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan.

“Cabaran ini akan lebih menyusahkan oleh sebab semua negara di dunia menghadapi cabaran ekonomi. Yang membimbangkan ialah apabila kenaikan kos ini tidak diikuti dengan tindakan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan untuk menentukan perbelanjaan kerajaan itu berhemah.

“Kerajaan sebenarnya sudah lama ada rancangan transformasi ekonomi yang antara lain perlu menumpu perhatian bagaimana nak mengecilkan perbelanjaan. Ini satu langkah jangka panjang. Tak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Perlu ada perancangan.

“DPIM menyeru supaya perancangan tersebut mengambil kira aspek ini iaitu bagaimana nak mengecilkan perbelanjaan kerajaan. Dalam Islam pun kerajaan tak perlu belanja besar,” katanya.

Cuepacs mahu penjawat awam diberi kuota khas haji

SINAR HARIAN

Presiden Cuepacs Azih Muda  
Azih Muda


KOTA KINABALU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam diberi kuota khas, terutama pesara, untuk menunaikan ibadah haji mulai tahun depan.

Presidennya, Azih Muda berkata, kuota khas itu bagi mengelak penjawat awam menunggu dalam tempoh yang lama selain menggalakkan lebih ramai penjawat awam menunaikan ibadat suci itu.

"Cuepacs mahu penjawat awam juga perlu diberi kouta bagi menunaikan haji, terutama mereka yang hampir bersara tetapi tidak berpeluang untuk menunaikan haji, boleh mengambil kuota ini daripada Tabung Haji," katanya dalam sidang media selepas bertemu pemimpin kongres itu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Cuepacs Sabah Jamian Dom.

Azih berkata cadangan itu antara perkara yang diberi penekanan oleh Cuepacs bagi tempoh tiga tahun selain semakan elaun, pencen dan peningkatan tangga gaji untuk membantu kebajikan penjawat awam. 

Beliau berkata, selain kouta khas haji, kerajaan juga harus membenarkan penjawat awam yang berusia 55 tahun mengeluarkan 20 peratus ganjaran wang pencen mereka bagi tujuan tertentu, termasuk umrah dan haji serta perubatan dan bayaran pendidikan anak-anak.

"Cuepacs juga mencadangkan formula ganjaran persaraan penjawat awam disemak semula kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan sebelum ini iaitu 7.5 peratus," katanya.

Selain itu, Cuepacs mencadangkan agar Gantian Cuti Rehat (GCR) penjawat awam yang tidak dapat menghabiskan cuti atas sebab perkhidmatan ditambah daripada 150 hari kepada 180 hari, dan jika masih ada cuti tahun terakhir semasa persaraan, ia perlu dibayar dengan wang tunai dalam sekali bayaran sahaja.

Beliau berkata, Cuepacs juga akan memastikan tangga gaji untuk semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula selain semakan semula 231 jenis elaun yang belum dikaji sejak 10 tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Azih meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi penjelasan berhubung isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya yang menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, Cuepacs menerima aduan berkaitan arahan meminta kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian seragam pada 2011, tahun lepas dan tahun ini.

Azih berkata, menerusi pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini, kakitangan jabatan itu dibenar membuat tuntutan tempahan pakaian seragam sehingga RM690 setahun untuk tiga pasang pakaian.

"Bagaimanapun, pada September lalu, jabatan berkenaan mengeluarkan arahan meminta kakitangan membayar baki elaun berdasarkan kadar jahitan ditetapkan Pejabat Kesihatan di seluruh negeri, dan jika gagal, mereka dikenakan tindakan tatatertib," katanya. - Bernama

Kalau benar nak larang Kristian dari guna kalimah Allah, pinda Perlembagaan

MSO


Apabila pengarang mingguan Katolik, The Herald, Father Lawrence Andrew mengatakan gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah, ramai pihak yang marah dan geram dengan kenyataan itu. Penegasan itu menunjukkan akhbar berkenaan tidak prihatin mengenai sentimen orang Islam Selangor mengenai hal itu.

Luahan kegeraman ini termasuklah oleh Umno Selangor yang menyuarakan menerusi Setiausahanya, Johan Abdul Aziz yang menganggap kenyataan Andrew itu biadab kerana tidak menghromati titah Sultan Selangor.

Sebelum ini Sultan Selangor dengan kuasa yang ada kepadanya terhadap seluruh jajahan takluk Selangor memberi amaran atau melarang agar kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang Kristian di negeri itu.

Larangan Sultan itu dilihat sebagai tidak mempedulikan kepada perlembagaan negara serta hubungan Selangor dalam persekutuan Malaysia dan merasakan Sultan berkuasa sepenuh-penuhnya ke atas hal ehwal agama. Atas realiti itu kalau pun Andrew tidak menghormati kata-kata sultan.

Kenyetaan Andrew itu kata Johan ia juga bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada orang Islam) 1988, yang diluluskan oleh kerajaan BN semasa memerintah Selangor.

Dakwa Johan enakmen itu terpakai kepada semua orang bukan Islam dan harus berhati-hati. 
Sebagai menunjukkan kepedulian tinggi Umno kepada perkembangan agama Islam, Johan memberi kata dua kepada Jais (jabatan Agama Islam Selangor) agar bertindak sekiranya pihak Kristian tidak mempedulikan nasihat Sultan itu.

Kata Johan Umno jika tidak Umno akan mengenakan tindakan lanjut kepada Kristian. Apakah bentuk tindakan itu? Kalau setakat melaungkan amaran, rasanya tidak payahlah buat buang air liur sahaja. Sebelum ini sudah berguni amaran demi amaran dikeluarkan tetapi habuk pun tidak ada. Pihak tertentu tidak menghiraukan kerana mereka lihat amaran sebegitu hanya permainan politik semata.

Sebagai orang Islam yang menerima pakai enakmen itu menjadi hak Johan atau sesiapa jua untuk mempertahankan enakemen BN itu dan menyelar tindakan Andrew. Tetapi Johan juga disamping asyik memberi peringatan dan nasihat, beliau juga perlu faham akan hak dan kebenaran mengikut Perlembagaan yang dibenarkan sehingga membolehkan Andrew berani membuat kenyatan itu. Andrew bukan berkata-kata atas emosi tetapi tentulah atas fahaman akademik dan undang-undang.

Begitu juga dengan sultan Selangor itu seharus memahami akan peruntukan dalam Perlembagaan yang dijadikan alasan atau benteng mempertahankan tindakannya oleh Andrew dalam mempertahankan kepentingan agamanya.

Kata Andrew, Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri. Berdasarkan peruntukan itu maka beliau membuat ketegasan itu tanpa merasa takut kepada amaran Sultan. Mungkin beliau mengambil faham, pengurusan itu tanpa mengira di mana-mana sahaja ia boleh dilakukan di seluruh tanah Persekutuan?

Jelas beliau, Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain. Kenyataan Andrew itu benar-benar berani dan yakin dengan pendangan prinsip undang-undang.

Saya melihat isu ini akan berterusan dan menjadi polemik oleh kedua pihak (gereja dan orang Islam Selangor), khasnya dan amnya di antara Kristian dengan orang Islam seluruhnya. Ia tidak akan selesai dan tuntas selagi berlaku ketidak-selarian (selaras) dari bidang kuasa di antara Persekutuan dengan negeri-negeri.

Ketiga pihak, umat Islam Selangor, Sultan dan Umno ada alasan tersendiri dalam hal ini. Dan begitu juga dengan Andrew. Di sini apa yang dapat dilihat berlaku pertindihan kuasa atau peraturan dari sudut perlembagaan. Walaupun Sultan mempunyai kuasa mutlak mengenai agama Islam di Selangor tetapi baginda tidak boleh menafikan kebebasan beragama yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Selangor adalah salah sebuah negeri yang terikat dengan semangat Federalisme.

Dalam hal ini sesiapa tidak boleh bersikap buta terhadap undang-undang dan peraturan. Jalan penyelesaian ialah dengan menyelaraskan perkara ini, baru ia tidak akan jadi 'bertindih bertindan'. Misalnya Umno yang menjadi tunggak kepada kekuasaan negara ini boleh mengemukakan pindaan perlembagaan untuk menjelaskan dan memperluaskan bidang kuas berhubung agama Islam termasuk menghalang penggunaan kalimah Allah yang jadi kontroversi itu.

Hasrat ini boleh dibantu oleh Majlis Raja-Raja agar ia menjadi kenyataan. Majlis Raja-Raja boleh memberi cadangan kepada perdana menteri untuk melakukan pindaan demi menjaga, mengawal kesucian agama Islam yang dianggap telah tercemar dengan penggunaan kalimah Allah itu. Tidak ada guna tindakan hanya sekadar memberi kenyataan, amaran itu dan ini tetapi kuasa atau 'tali' utamanya tidak terbuang dalam perlembagaan.

Apakah ada cadangan berhubung perkara ini dalam perhimpunan agung Umno lalu? Apakah dengan kemasukan para ulamak 'mujtahid' di dalam Umno menerusi lantikan ahli MT, tidak boleh memikirkan hal ini? Kehadiran mereka dalam Umno harus mewujudkan sesuatu yang signifiken baru ia membawa erti dan bermanfaat. Kalau perlantikan mereka hanya menjadi reket untuk smash kenyataan pembangkang tidak guna setengah sen pun.

Tidak ada guna kedua pihak, khususnya pihak orang Islam di Selangor membuat larangan dan memberi amaran kepada gereja Kristian sedangkan mereka ada 'tali' atau pun senjata menjadikan mereka berhak untuk mengembangkan agama mereka. Putuskan dulu tali harapan itu baru dapat menyelesaikan masalah yang menjadi bertele-tele kini.

Sekiranya ada mana-mana pihak gereja dikenakan tindakan, atau larangan penggunaan itu dalam premis mereka sudah pasti ia akan berakhir di mahkamah. Pihak Kristian akan membawa ke mahkamah untuk mendapat penentuan dan keadilan. Mahkamah pula dalam membuat keputusan mestilah berlandaskan kepada undang-undang dan Perlembagaan negara. Sistem 'dual mahkamah' Syariah dan Sivil tidak banyak memberi keuntungan kepada Islam.

Dalam zaman sistem raja berpelembagaan yang diamalkan kini, mana-mana Raja tidak ada kuasa mutlak dan kekebalan lagi kerana tindakan mereka boleh dibawah ke mahkamah. Pindaan Perlembagaan membabitkan imuniti Raja-raja dibuat Mahathir telah memecat kuasa raja. Kalau tidak percaya umat Islam Selangor atau Umno Selangor dengan berpandukan kepada titah Sultan itu boleh membuat percubaan dengan membawa perkara ini ke mahkamah tentang apa-apa larangan penggunaan kalimah Allah itu. Cubalah. 

Hari ini apa juga masalah perlu diselesaikan dengan fakta bukannya dengan laung suara tinggi.

Enakmen diluluskan semasa Barisan nasional (BN) memerintah Selangor itu turut melarang bukan Islam di negeri ini menggunakan 35 perkataan Arab termasuk ALLAH, Nabi, Injil dan Insya-ALLAH.

“Enakmen ini terpakai kepada semua, mereka perlu faham dan berhati-hati buat kenyataan. Mereka bukan dia tidak tahu dan ini melampau,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Andrew berhubung gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Andrew berkata, Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.
Menurutnya, Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.

14 November lalu, Sultan Sharafuddin bertitah penggunaan kalimah ALLAH dalam bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta.

Johan berkata, Umno Selangor mendesak Jais bertindak tegas dalam perkara ini kerana kenyataan itu didakwa mencabar enakmen tersebut.

Menurutnya, pihaknya mendesak paderi tersebut menarik semula kenyataan itu serta memohon maaf secara terbuka dalam masa seminggu.

Katanya, sekiranya paderi tersebut gagal mematuhi desakan itu, Umno Selangor tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut.

“Kita desak paderi tarik balik kenyataan ini dan minta maaf terbuka dalam tempoh seminggu ini.

“Tindakan yang kita ambil bergantung pada paderi sendiri dan sekiranya senyap maka kita akan gerakkan 22 Umno bahagian di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

“Kita tinggal di negeri ini berbilang kaum dan agama, jangan cetuskan sebarang perkara yang menggugat sensitiviti.

“Sultan Selangor j uga merupakan Ketua Agama Negeri Selangor, maka semua pihak perlu menghormati perkara itu,” katanya.

SPRM: Kuasa siasat harta tidak sepadan pendapatan

Post Pic



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan pandangan meminta SPRM menyiasat kes pemilikan harta kekayaan yang berlebihan dan yang tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh oleh seseorang individu.

SPRM pernah mengetengahkan keperluan untuk mengadakan peruntukan itu.

Malah, perkara yang sama telah disyorkan oleh badan panel yang memantau perjalanan SPRM iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS.

SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan laporan terbaru JKMR yang dikeluarkan awal bulan ini, antara lain menyebut, Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 perlu dipinda bagi membolehkan seseorang individu mengisytiharkan kewangan atau harta benda tanpa ada siasatan awal dibuat terlebih dahulu.

Selain itu, tambah kenyataan itu, JKMR juga menyebut bahawa "JKMR dan juga masyarakat melihat isu ini sebagai satu kekangan kepada kerajaan dan SPRM untuk membanteras rasuah dengan berkesan kerana didapati terdapat sesetengah anggota pentadbiran ataupun penjawat awam mempunyai harta kekayaan yang berlebihan dan tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh".

Menurut kenyataan itu lagi, pada hakikatnya, walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara itu dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan.

Guru besar, anak maut kereta tenggelam dalam parit

ANTARAPOS.COM
Post Pic



KUCHING: Seorang guru besar dan anaknya maut selepas kereta mereka terhumban ke dalam parit sedalam dua meter berdekatan Jambatan Mata Parang di Jalan Samarahan-Asajaya, Kota Samarahan.

Hamidah Johar, 49, dan anaknya Mainol Yakin, 11, disahkan meninggal selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna tersebut.

Seorang lagi anak perempuan mangsa yang berumur 19 tahun berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Lee Chong Chern yang mengesahkan kejadian itu berkata kemalangan berlaku ketika hujan.

Menurutnya, tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan balik dari sekolah tempat Hamidah bertugas, menuju kediaman mereka di Kampung Tanjung Parang, Samarahan.

Takkanlah Kerajaan Najib Serapuh Biskut Kering?

shahbudindotcom.



Serentak dengan sambutan malam tahun baru beberapa hari lagi, beberapa NGO pro pembangkang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Dataran Merdeka untuk menzahirkan luahan perasaan terhadap kerajaan yang menaikkan beberapa harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa bulan lalu.

Sejak pilihanraya umum Mei lalu, kerajaan didapati telah menaikkan empat hingga lima barang dan perkhidmatan, manakala menjelang 1 Januari 2014 nanti, beberapa kenaikan lagi turut menyusul yang sekaligus menjadikan kehidupan rakyat terus-terusan disusahkan oleh kerajaan.

Siri kenaikan yang paling banyak dalam sejarah negara ini jelas tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan sepatutnya mengurangkan kos, bukannya menaikkan harga.

Lebih dari itu, ada yang menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barang naik dan tahun sengsara bagi rakyat yang pada hakikatnya semakin hari semakin dikemudiankan oleh kerajaan.

Lantaran itu, perhimpunan aman di malam ambang merdeka ini tentulah dapat difahami maksud dan tujuannya. Ia hanyalah sekadar medan untuk rakyat meluahkan perasaan dan agar kerajaan lebih mendengar rintihan mereka.

Bagaimanapun, sementara sesetentah pemimpin dan ahli UMNO memahami dengan rasional tujuan perhimpunan itu, terdapat pula pihak lain yang cuba memesongkan pemikiran massa dengan mengatakan perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan. Beratus-ratus laporan polis sudah dibuat untuk meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan itu.

Walaupun sudah dijelaskan berkali-kali oleh pihak penganjur bahawa perhimpunan itu tiada kena-mengena dengan agenda menggulingkan kerajaan, namun ia seperti tidak diendahkan dan laporan polis terus juga dibuat. Termasuk yang tidak mahu faham dan turut mengaitkannya dengan tujuan menggulingkan kerajaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang turut mengetuai sekumpulan orang membuat laporan polis semalam.

Rupa-rupanya bukan kalangan pemimpin muda daripada Pemuda UMNO saja yang tidak faham, pemimpin sudah beruban seperti Ali Rustam pun turut sama tidak faham.

Hakikatnya, ketidakfahaman mereka itu lebih menggambarkan kebimbangan terhadap kejayaan perhimpunan tersebut. Mereka tahu rakyat sedang marah ketika ini dan ia mungkin mendorong ramai daripadanya untuk turut sama turun ke Dataran Merdeka.

Jika ramai yang turun ke Dataran Merdeka, tentulah ia dilihat sebagai manifestasi bahawa rakyat semakin jauh dengan kerajaan. Tetapi ia cuma sekadar itu. Sambil merayakan sambutan tahun baru, mereka ingin juga melakukan sesuatu yang bermakna, selain daripada berhibur. Selebihnya mungkin hadir hanya untuk berhibur semata-mata.

Tidak mungkin kerajaan terguling atau tumbang hanya kerana sekumpulan anak-anak muda mengadakan protes kenaikan harga barang. Sistem, budaya dan kedudukan masyarakat kita jelas tidak menerima kerajaan ditumbangkan melalui rusuhan atau tunjuk perasaan. Berdemo dan mengadakan tunjuk perasaan hanyalah sekadar meluahkan perasaan, lagi pula ia dibenarkan dalam Perlembagaan dan sesuai dengan janji Najib mengenai perhimpunan aman sendiri.

Tidak mungkin kerajaan tumbang atau terguling hanya ketana perhimpunan seperti jni, kecualilah kerajaan Najib ini sudah begitu rapuh seperti biskut kering yang mudah dipatah atau lembut bila direndam dalam air. Tetapi adakah begitu keadaannya?

Sejarah telah membuktikan bahawa kita ada rekod dan sistem tersendiri kalau mahu menukar kerajaan atau menukar Perdana Menteri.

Jadi, janganlah kalut terlebih-lebih dengan perhimpunan ini.

Begitu dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis KL, Amar Singh Ishar Singh yang menyatakan perhimpunan itu bertujan menimbulkan kekecohan, malah menyatakan penganjur akan mendirikan beberapa khemah di sekitar Dataran Merdeka serta membawa pelbagai senjata termasuk bom ke perhimpunan itu.

Kenyataan ini lebih bertujuan menakutkan rakyat dan tidak membantu memperbaiki imej kerajaan. Polis seharusnya lebih fokus kepada kawalan keselamatan dan mencegah sesuatu yang buruk. Jika ada bukti kukuh dan sahih, tangkaplah mereka yang terbabit itu walaupun secara realitinya ternampak mustahil penganjur secara terbuka mendirikan khemah dan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan ke tempat awam.

Jika benar polis mempunyai maklumat seperti itu, mereka yang terbabit seharusnya ditahan sebelum pun mereka sampai ke Dataran Merdeka lagi. Maklumat seperti ini tidak seharusnya diucapkan secara santai melalui media, kecualilah tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan dan menghalang kehadiran rakyat.

Walaupun sudah beratus laporan polis dan nyanyian mengguling kerajaan semakin kuat kedengaran, pihak polis tidak seharusnya mudah melatah dengan perkara ini. Biarkanlah anak-anak muda ini meluahkan perasaan mereka, tetapi mesti diingatkan supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang buruk yang boleh menjejaskan keselamatan.

Daripada menghebahkan pelbagai perkara yang tidak pasti, pihak polis sebaiknya memanggil penganjur terlibat dan meminta jaminan tiada kekecohan, huru-hara atau keganasan daripada mereka atau mereka akan dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu yang buruk.

Kerajaan seharusnya lebih bijaksana menangani isu, manakala sikap kalut dan reaksi berlebih-lebih hanya memperlihatkan kepimpinan Najib sedang rapuh dan umpama biskut kering saja kedudukannya.

Negara Mampu Hasil 3.4 Juta Tan Metrik Padi Pada 2020 - Tajudin

 MSTAR ONLINE
 
 
PUTRAJAYA: Negara mampu mengeluarkan 3.4 juta tan metrik padi setahun menjelang 2020 dengan purata pengeluaran 10 tan sehektar, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya keyakinan itu berasaskan pengeluaran sekarang yang mencecah 1.7 juta tan setahun dengan purata 5.4 tan sehektar.

Walaupun tanah sawah terhad, pengeluaran boleh dioptimumkan menerusi teknologi moden dan penggunaan benih berkualiti tinggi serta kaedah pengairan yang baik, kata dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air, di sini, Isnin.

Beliau berkata setakat ini permintaan beras negara ialah sekitar 2.6 juta tan dengan sebahagiannya ditampung menerusi import.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian kementerian, Syed Abdul Hamid Syed Shuib berkata Kumpulan Pengguna Air (KPA) diwujudkan bagi membantu pihak pembekal air mengagihkan air secara baik, sekali gus membolehkan semua petani bertanam padi dua musim setahun atau lebih.

"Harapan kementerian adalah supaya setiap petani ataupun pemilik sawah bersatu dalam satu KPA, mini estet, syarikat tujuan khas (SPV) dan sebagainya dalam mengusahakan penanaman padi secara besar-besaran," katanya dalam sidang media yang sama.

Konvensyen kali ini disertai 150 anggota jawatankuasa KPA dan 50 pegawai dari jabatan dan agensi kementerian berkenaan yang terlibat dengan penanaman padi. - BERNAMA

Beberapa Kawasan Di Miri & Mukah Terputus Hubungan Akibat Tanah Runtuh - Jabu

MSTAR ONLINE


Gambar yang dirakamkan pembaca The Star menunjukkan rumah panjang di Ulu Baram ditenggelami banjir.
 
 
KUCHING: Beberapa kawasan di Miri dan Mukah kini terputus hubungan jalan raya akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat yang berterusan sejak hampir seminggu.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Alfred Jabu berkata kejadian tanah runtuh itu turut menjejaskan perhubungan darat antara daerah kecil Bakong dan bandar raya Miri.

Kerja-kerja memulihkan jalan raya yang terjejas sedang dilaksana, kata Jabu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana negeri, di sini, Isnin.

Katanya keadaan hujan lebat yang berterusan itu juga menyebabkan air sungai Batang Baram di Miri dan Batang Kemena di Bintulu melimpahi tebing dan membanjiri kawasan rendah.

"Jawatankuasa ini melalui jabatan dan agensi yang terlibat telah menghantar bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir ini," katanya.

Sementara itu, kenyataan media jawatankuasa berkenaan yang diedar kepada media kemudian menyatakan 261 mangsa banjir membabitkan 60 keluarga di Miri dan Bintulu telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Daripada jumlah itu, 222 orang di Bintulu, manakala 34 orang di Niah dan lima di Marudi, masing-masing daerah kecil di Miri. - BERNAMA

Rafizi: Emel palsu dibawa ke Dewan Rakyat

Ainudin Othman

rafizi_PC_PKRHQ


PETALING JAYA: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan membawa isu penyebaran berita palsu yang mengaitkannya dengan plot menanam bom setiap kali persidangan Dewan Rakyat.

Rafizi hari ini membuat laporan polis terhadap empat blog pro-Umno yang bertanggungjawab menyebar berita dan email palsu untuk mewujudkan suasana huru-hara.

Laporan dibuat terhadap blog The Unspinners, The Flying Kick, bidaman.blogspot.com dan badutrakyat.blogspot.com di balai polis Tropicana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Saya akan pastikan kes ini dibawa ke Dewan Rakyat setiap kali ada persidangan sehinggalah keempat-empat blogger Umno ini disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

“Jika PDRM hanya menyiasat saya dan bukan dalang di belakang email palsu dan blogger yang menyebarkan berita dan email palsu tersebut, jelas mereka (polis) hanya menjadi alat kepada Umno bagi tujuan politik,” tegasnya.

Laporan polis dibuat Rafizi terhadap blogger pro-Umno di balai polis Tropicana
Laporan polis dibuat Rafizi terhadap blogger pro-Umno di balai polis Tropicana

Tambahnya, propaganda mengenai plot menggulingkan kerajaan ini hanyalah satu taktik untuk mengalihkan perhatian dari pelbagai kegagalan BN setakat ini.

“Saya syak ini satu perencanaan terancang untuk membina persepsi kononnya ada plot menggulingkan kerajaan menjelang 31 Disember.

“Rencana di blog-blog itu yang memaparkan email palsu yang direka itu menuduh kononnya saya terlibat di dalam plot menanam bom tersebut,” kata Rafizi.

“Ia taktik lama untuk menutup kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang, pembelian kondominium mahal RM110 juta oleh anak Datin Seri Rosmah Mansor, pelaksanaan GST dan kenaikan tol,”katanya.

Akta GST tak halang kenaikan harga barang

Ainudin Othman

rafizi


KUALA LUMPUR : Tidak ada peruntukan dalam rang undang-undang GST ( RUU cukai barangan dan perkhidmatan) untuk mengekang kenaikan harga barang, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Dalam RUU GST 2009 yang dibekalkan kepada ahli parlimen, tidak ada satu pun Bahagian atau Fasal menyatakan peniaga wajib menurunkan harga sekiranya peniaga telah menuntut cukai input dari pembelian dan kos perniagaannya,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan kerajaan cuba menurunkan harga barang dengan pengenalan GST.

“Pandangan beliau itu cetek tidak mengambil kira suasana praktikal apabila GST dilaksanakan.
Mungkin kerana beliau tidak pernah pun berkhidmat di dalam sektor perniagaan,” kata Rafizi.

Menurutnya kerajaan minoriti BN hanya melakukan propaganda dengan menyatakan pengenalan cukai GST akan menyebabkan harga barang turun.

no_gst

Sedangkan, kos yang ditanggung peniaga juga akan meningkat dan mengurangkan keuntungannya.

“Walaupun peniaga boleh menuntut kembali cukai GST yang dibayar ke atas pembelian dan kos perniagaannya disebabkan kenaikan harga barang secara keseluruhan, cukai GST yang dituntut itu tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos perniagaannya.

“Dalam keadaan BN hanya berharap supaya peniaga menurunkan harga tanpa ada peruntukan undang-undang untuk mengekang kenaikan harga, sudah tentu peniaga tiada pilihan lain kecuali menaikkan harga untuk memastikan perniagaan mereka tidak lingkup,” tegasnya.

Fitnah himpunan Turun guna skrip sama

Nik Nazmi

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR : Kerajaan minoriti Umno-BN menggunakan ‘skrip sama’ untuk memfitnah himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember ini, kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kata Nik, sebelum ini media pro-BN seperti New Straits Times pernah memfitnah Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada September 2012 kononnya berkomplot dengan anasir asing untuk menggugat kestabilan negara.

“Umno-BN menerusi institusi-institusi kerajaan dan media menabur fitnah dengan dakwaan bahawa akan berlaku keganasan untuk menggulingkan kerajaan dalam himpunan ini.

“Skrip baru kononnya ada e-mel di antara Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli mengenai bom di tapak perhimpunan.

TURUN

“Skrip ini skrip sama yang digunakan sebelum ini untuk perhimpunan Bersih dan sebagainya. Namun tuduhan seperti kononnya ada molotov cocktail dan parang habis begitu sahaja selepas (himpunan) Bersih,” kata Nik dalam kenyataan.

Katanya, kerajaan mengalihkan perhatian daripada tuntutan Turun yang mendesak kerajaan memerangi rasuah, menyusun semula subsidi korporat, menangguhkan pelaksanaan cukai GST, mendedahkan perjanjian konsesi tol dan menghapuskan monopoli gula.

“NST pula terpaksa meminta maaf atas dakwaan akhbar tersebut bahawa beberapa NGO digunakan untuk menggulingkan kerajaan. Cukuplah memperbodohkan rakyat.

“Kita sewajarnya mengucapkan tahniah kepada golongan anak-anak muda ini kerana mempunyai kepedulian sosial dan keberanian menyatakan pendirian,” kata Nik.

Justeru, beliau sendiri akan turut bersama hadir ke himpunan Turun dan menyeru anak-anak muda yang cintakan keadilan dan keamanan untuk bersama-sama pada 31 Disember ini.

“Kita buktikan kita tidak akan tunduk kepada provokasi atau terpengaruh dengan propaganda murahan dan akan berhimpun secara aman untuk menyatakan pendirian kita,” katanya.

Bekas Ketua Polis Negara yakin himpunan esok aman

THE MALAYSIAN INSIDER


Tan Sri Norian Mai hari ini menyuarakan keyakinan bahawa himpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang dijadualkan di Dataran Merdeka esok akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang keganasan.

Bekas Ketua Polis Negara itu itu berkata, beliau percaya dengan kemampuan anggota pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga sikap rasional rakyat Malaysia yang tidak akan mencetuskan keganasan.

"Saya berkeyakinan dengan kemampuan polis untuk kendali situasi begini kalau wujud.

"Kedua, saya yakin dengan masyarakat Malaysia yang rasional.

"Atas dua premis ini, saya yakin perkara ini tak akan berlaku," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Badan bukan kerajaan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran bersempena sambutan ambang Tahun Baru membantah kenaikan kos sara hidup.

Pengerusi Turun, Muhammad Azan Safar telah ditahan polis ekoran penganjuran himpunan berkenaan pada 23 Disember lalu atas dakwaan ingin menggulingkan kerajaan.

Kenaikan kos sara hidup telah menjadi tajuk hangat sejak beberapa bulan ekoran penstrukturan semula subsidi, yang mana menyaksikan kenaikan harga minyak, pemansuhan subsidi, kenaikan harga barang dan juga kenaikan tarif elektrik.

Sebutlah Selalu "GULING KERAJAAN", Maka Benar-benar Kerajaan UMNO BN Akan Terguling!


Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal

KELAB GREENBOC
 

KUALA LUMPUR: Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.

“Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat tidak harus dipandang serong.

“Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos, dan kerajaan mendakwa bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan, maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Azmi berkata, jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin.

Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang ditanggung rakyat bawahan.

“Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi.

“Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat, apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” jelas beliau.

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome) di kalangan pemimpin negara.


“Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini.

“Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya,” tegas beliau.

Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera.

“Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman,” katanya. -HD

ULASAN GB

"Himpunan Guling Kerajaan" - itulah ungkapan dan istilah yang digunakan oleh pihak berkuasa, terutama pihak polis bersama-sama dengan UMNO, para pencacainya dan NGO-NGO mesra-UMNO serta media massa arus perdana terhadap perhimpunan TURUN yang akan diadakan malam esok.

GB merasa lega kerana pihak TURUN, parti-parti komponen Pakatan Rakyat, NGO-NGO mesra-PR tidak terlibat dengan himpinan yang dimaksudkan untuk guling kerajaan tersebut. Yang ada ialah himpunan untuk mendesak kerajaanj menurunkan harga barang akibat kenaikan kos sara hidup jika kenaikan harga barang tidak dibendung.

Persoalan kini: kenapa dan mengapa pihak-pihak berkenaaan mengembar-gemburkan "guling kerajaan"? Takut dengan sebarang perhimpunan rakayt seperti BERSIH dan Black505 dahulu yang mendapat sambutan puluhan malah ratusan ribu rakyat? Kecut kerana merasakan kerajaan UMNO BN bakal tumbang kerananya?

Terbukti, tanpa provokasi mana-mana pihak - kesemua perhimpunan yang dibuat dan disertai Pakatan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Dan kini perkataan "guling kerajaan" digunakan dan promosikan secara meluas untuk mengugut dan menghalang rakyat menyertai perhimpunan TUUN malam esok.

Menurut Ilmu Psikologi, sesuatu perkara yang tidak wujud tetapi apabila acapkali disebut dan diulang-ulang ia bakal menjadi kenyataan. Itu dinamakan Hukum Suggesti (cadangan). Apabila perkataan "guling kerajaan" diulang-ulang, ia akan diterima oleh alam separa-sedar sebagai "perkara yang benar" dan alam separa sedar akan bertindak mengikut seperti yang disebutkan. Maka akan berlakulah "realiti" iaitu kerajaan akan terguling!

Di dalam Islam, kita diajar bahawa: "Setiap perkataan itu adalah doa" (Kullu kalam addu'a). Justeru itu apabila pihak polis, UMNO, NGO mesra-UMNO dan media massa arus perdana berkata bahawa himpunan yang hendak diadakan adalah himpunan untuk menggulingkan kerajaan BERARTI mereka sendiri yang mendoakan agar "kerajaan terguling", maka jangan salahkan orang lain jika ia bernar-benar berlaku nanti. Kamu yang mendoakan begitu!