Selasa, 31 Januari 2012

Apa sebenarnya Asia Wall Street Journal?

Oleh Hishamuddin Rais

The Asia Wall Street Journal (AWSJ) menjadi buat mulut pada minggu ini. Jarang sekali akhbar luar negara dibincang begini hebat terutama oleh orang-orang yang tidak membaca akhbar ini. Dari Pemuda PAS hingga ke menteri luar Malaysia semua ada memiliki pandangan tentang AWSJ. Pandangan ini berkaitan dengan kenyataan temubual Anwar Ibrahim yang baru dilaporkan dalam akhbar itu.

Saya juga memiliki pandangan tentang AWSJ. Saya juga memiliki pandangan tentang Israel. Saya juga memiliki pandangan tentang peranan zionis Israel di Timur Tengah dan di seluruh dunia.

NONESaya juga memiliki pandangan tentang perjuangan adil rakyat Palestin. Saya juga memiliki pandangan tentang homoseksual. Pandangan-pandangan saya ini mungkin tidak selari dengan pandangan Anwar Ibrahim, atau dengan pandangan pandangan Dewan Pemuda PAS. Mustahil pandangan saya akan sama dengan pandangan menteri luar Malaysia.

Tetapi di sini bukan pandangan tentang zionis Israel atau tentang hubungan homoseksual yang ingin saya lakar. Saya ingin menggarap tentang apa dia akhbar ASWJ. Untuk saya jika warga Malaysia memahami apa dia ASWJ maka dengan serta merta kita akan sedar betapa bangangnya heboh-heboh kita minggu ini. Saya juga berharap apa yang saya lakar ini akan membawa pencerahan fikrah untuk membantu kita memahami realpolitik - memahami peranan media dan modal.

ASWJ ini bukan secara tiba-tiba wujud di Asia untuk menjadi bacaan wajib kepada politikus dan kaum pemodal di Asia Tenggara. Sebelum meluasnya pengaruh ASWJ ini telah wujud satu majalah yang dipanggil Far Eastern Economic Review (FEER). Majalah mingguan terbitan Hong Kong yang dimulakan dari tahun 1946.

barack obama us 44th american presidentMajalah FEER ini cukup berpengaruh di kalangan kaum pemodal dan politikus di Asia Tenggara. FEER adalah suara dan lambang keagungan empayar British. FEER mewakili kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Majalah ini menjadi suara dan nadi kaum pemodal British yang ketika itu masih banyak menguasai gedung-gedung perniagaan di China dan Asia Tenggara.

Pada tahap gemilangnya FEER pernah mencecah lebih dari 90,000 naskhah jualan untuk satu minggu. Dan jangan terperanjat, warga yang paling banyak membeli dan membaca FFER ialah warga Malaysia. Ini pada ketika pengaruh kaum pemodal British di Tanah Melayu kemudian Malaysia masih mencengkam kukuh.

FEER kemudian telah dibeli oleh syarikat Dows Jones & Company pemilik ASWJ. Nampak atau tidak apa ertinya pembelian ini? Tauke AWSJ membeli FEER bukan hendak memastikan majalah ini laris dan terus berkembang. Niat pembelian ialah untuk memautkan majalah ini. Apabila FEER tutup kedai pada tahun 2009 maka berkembanglah akhbar AWSJ yang seratus peratus mewakili kepentingan ekonomi kaum pemodal multinasional dari Wall Street Amerika. Kematian FEER adalah tanda bahawa pengaruh kaum pemodal British telah malap dan pengaruh kaum pemodal Amerika melonjak naik di Asia dan Asia Tenggara.

Hubungan Wall Street-Rumah Putih

AWSJ - namanya sahaja telah menunjukkan bahawa akhbar ini tanpa segan silu mengatakan kepada dunia bahawa ianya mewakili kepentingan Wall Street. Untuk Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda yang tidak tahu - Wall Street ialah nama satu jalan di New York. Di jalan ini ialah rumah Bursa Saham Amerika, NASDAQ , New York Mercantile Exchange. Jalan ini adalah tempat di mana lanun dan penyangak-penyangak kapitalis bertelur, mengeram dan menetaskan kerenah, masalah dan bala bencana kepada muka bumi ini.

bernard madoff wall street 150 years imprisonment 300609 02Wall Street tempat berjual beli. Wall Street juga menjadi reban utama kaum Zionis Antarabangsa. Di Wall Street kaum Zionis berkumpul bersama kaum kapitalis antarabangsa untuk membuat duit dan mencari laba. Penyangak dan lanun besar di Wall Street ini akan menjual apa sahaja yang boleh dijual. Mereka akan membeli apa saja boleh dibeli dengan murah dan dijual dengan mahal.

Tepung, sawit, minyak, candu, bom, kapal terbang, China doll, hutang, kokain, ganja, arak - malah apa sahaja yang mendatangkan keuntungan akan diniagakan di Wall Street. Warga di Wall Street ini tuhannya bernama dolar. Kiblat mereka ialah Federal Reserve. Nabi mereka ialah pada ketika ini ialah Ben Benarke, seorang Zionis. Sebelumnya Allen Greensopan, juga seorang Zionis.

Kalau di zaman Nabi. Wall Street ini ialah jalan ke rumah Abu Jahal. Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka Wall Street ialah jalan ke rumah Kitul dan Mendeliar. Kalau di Malaysia Wall Street ini ialah jalan ke rumah Mahathir.

Di Wall Street ini akan dirancang siapa naik dan siapa turun. Bukan hanya siapa naik dan siapa turun di Rumah Putih sahaja yang dirancang di Wall Street malah kuasa politik dunia pun akan diniagakan di Wall Street. Di sini akan dirancang siapa mendapat kuasa di negara Dunia Ketiga atau siapa yang wajib dijatuhkan dan negara mana wajib diserang.

azlanUntuk pembaca budiman biar saya nyatakan di sini, pintu Rumah Putih dan pintu Wall Street saling berhubung. Masuk pintu hadapan Rumah Putih akan membuka pintu belakang Wall Stret. Kadangkala masuk pintu hadapan Wall Stareet akan membuka pintu belakang Rumah Putih. Ini realpolitik dalam dunia hari ini. Ini kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa bala tentera empayar Amerika dan kuasa Wall Street.

Akhbar ASWJ journal ini ada edisi Eropah, ada edisi khusus untuk dunia termasuk Amerika Latin. Tuan empunya AWSJ ini ialah Dow Jones & Company - syarikat penerbitan gergasi yang berpangkalan di Amerika. Kaum pemodal dan kaum kapitalis selain dari melanggan dan mengupah ‘tukang lobi' mereka juga memiliki akhbar dan media yang bertujuan untuk mengolah pandangan dan pendapat untuk memastikan kepentingan modal mereka didahulukan. Media kapitalis ini mengolah pandangan untuk memastikan kaum pemodal akan mendapat keuntungan maksimum.

Juga wawancara Najib

Peranan AWSJ ini tidak jauh bezanya dari peranan Utusan Malaysia. AWSJ melakar pandangan untuk kaum pemodal antarabangsa. Utusan Melayu melakar pandangan untuk kepentingan United Malay National Organisation. Yang berbeza hanyalah Utusan ditulis oleh penulis lekeh hinggakan tak ada sesiapa membeli dan membaca Utusan. AWSJ dengan dana yang lumayan mengupah penulis yang licik lagi berpengalaman hinggakan agenda jahat kaum pemodal dan kaum Zionis antarabangsa ini tidak dapat dilihat.

NONERamai yang lupa atau sengaja tidak mahu ingat bahawa sebelum Anwar ditemubual, AWSJ juga telah menemubual Najib Razak.

AWSJ memberi nasihat agar Najib meneruskan ‘dasar terbuka - dasar liberal' sehingga ‘terkangkang' luas agar kaum kapitalis antarabangsa dapat mengaut keuntungan maksimum. Menurut AWSJ Najib hanya berkemungkinan menang pilihan raya jika Najib berani melupuskan kepentingan dasar pro-Bumiputera. Dasar pro-Bumiputera ini menyusahkan kaum pemodal antarabangsa untuk meniaga di Malaysia, menurut pandangan AWSJ.

Dari bacaan saya, ini bukan nasihat. Ini tekanan. Tetapi temubual ini tidak menjadi buah mulut kerana dalam negara kita ini para pemikir Melayu yang pro-Bumiputera ‘kecut telur' tak berani bersuara takut tersalah cakap. Jika silap cakap mungkin tidak lagi akan dijemput untuk menjadi ahli panel di rancangan forum RTM atau tidak dipilih untuk menjadi juri di pertandingan Juara Lagu.

NONETemu bual Anwar Ibrahim di AWSJ ini juga adalah satu tekanan untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa didahulukan. Perhatikan betul betul buah butir yang dilapor. Anwar berkata ‘lebih banyak lagi penswastaan akan dilakukan'. Ini untuk menyedapkan hati kaum pemodal antarabangsa kerana Anwar sedar dan tahu siapa di belakang AWSJ ini.

Mengenai Israel dan Zionis, saya harap telah jelas dari apa yang telah saya lakar. Kepentingan kaum kapitalis antarabangsa dan kaum Zionis adalah pada ketika ini ikat mengikat. Hari ini enam buah syarikat Yahudi Zionis menguasai 96 peratus saluran semua bentuk media di dunia. Sayugia cukup untuk saya menuliskan bahawa New York Times, Wall Stret Journal dan Washington Post adalah milik Yahudi yang pro-Israel.

Melalui temubual dengan pemimpin politik Malaysia AWSJ ingin melihat apakah Najib Razak akan memberi keuntungan dan laba yang lebih berbanding dengan Anwar Ibrahim. Ini agenda asasi AWSJ. Akhbar ini tidak akan mempedulikan tentang kezaliman ISA atau AUKU atau Akta Cetak atau jumlah bayi mati dibuang.

AWSJ sedar pada ketika ini politik di Malaysia sedang cair. Penyelidik dan pemerhati politik di AWSJ melihat tahun ini adalah tahun pilihan raya. AWSJ ingin memastikan jika Najib Razak atau Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kepentingan kaum kapitalis akan terjaga rapi. Inilah makna temubual dari Asia Wall Street Journal.

Anwar Dituduh Ejen Israel, Umno Pula Macamana?

Editor Buletin


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir supaya tidak memutar belitkan fakta sebelum membaca sebenar kenyataan yang diucapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya, beliau perlu melihat dan membaca kenyataan tersebut secara jujur sebelum sesuatu ‘hukuman’ dijatuhkan terutama kepada musuh politik beliau sendiri.

DPPM mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melihat dulu ke cermin dahulu sebelum menuding jari menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel. Jika ejen Israel dengan mudah dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, bagaimana pula dengan UMNO dan Barisan Nasional? Adakah Tun Dr Mahathir lupa segala hubungan dan keintiman beliau semasa menjadi perdana Menteri dan selepas peninggalan beliau?

Sejarah membuktikan secara fakta bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri
Dr Mahathir pernah mengupah Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Abramoff pula dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel. Apakah Tun Dr Mahahtir mahu menafikan hakikat itu?

Tun Dr Mahathir juga jangan melupakan bagaimana legasi peninggalannya, partinya mengupah APCO Worldwide, sebuah syarikat perunding imej berpangkalan di Amerika Syarikat
sebanyak RM20 juta untuk memulih imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Rakyat kemudiannya didedahkan bahawa dibelakang APCO adalah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel. Apakah suatu kebetulan APCO menasihatkan kerajaan untuk menjulang gagasan 1Malaysia yang bersamaan pula dengan gagasan 1Israel di Negara Israel. APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

Apakah pendirian Tun Dr Mahathir pula terhadap pelantikan sebuah syarikat Asiasoft (M) Sdn. Bhd dalam sistem komunikasi PDRM. Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Yang amat mencurigakan adalah penyelidik syarikat yang bertanggungjawab membina sistem itu yang dikenalpasti sebagai Izhak David Naskar, seorang bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel. Malah penyelidik tersebut masih lagi mempunyai kewarganegaraan Israel.

Paling membimbangkan ialah Izhak adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter juga merupakan rakyat Israel dan masih lagi menjadi tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Sebaiknya Tun Dr Mahathir turut lantang mengkritik dasar partinya sebagaimana beliau lantang menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak ada gunanya beliau menghentam pihak pembangkang yang kononnya ‘ejen Israel’ sedangkan partinya sendiri terpalit penuh dengan ‘akrab’ hubungan mereka dengan Israel. Sikap hipokrasi seperti ini amat dibenci oleh rakyat yang melihat sikap Tun Dr Mahathir bermotifkan politik sempit semata-mata.

Dalam keadaan demikian, DPPM tetap bertegas sejak dahulu tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel biarkan siapa yang mendokongnya. Isu Palestin adalah isu umat Islam dan menjadi tanggungjawab setiap umat Islam memperjuangkan negara Palestin yang merdeka, serta menafikan hak dan kewujudkan Israel. DPPM sependapat dengan semua umat Islam bahawa Israel adalah sebuah negara haram yang wajib diperangi atas kezaliman yang mereka lakukan.

Mahathir Si Gitar Bertali Satu

mso


Tidak ada pemberhentian Mahathir Mohamad mengkritik dan memburukkan Anwar Ibrahim mungkin begitu juga orang akan tidak menghentikan meluahkan rasa 'murih' dan meluat dengan bekas PM ke lima itu. Bagaimana dendam kebenciannya kepada Anwar maka begitu juga dendam dan kebencian penyokong Anwar kepadanya.

Anihnya Anwar sendiri telah memaafi segala kesalahan dan dosa Mahathir kepadanya. "Saya telah memaafi semua dosa-dosa dia terhadap saya," begitulah jelas Anwar lebih dari dua kali. Kali terakhir ialah semasa berceramah di Machang awal bulan Januari.

Mahathir tidak akan berhenti bercakap dan berkokok walaupun suara dan nadanya sudah sumbang. Kalau umpama gitar, talinya sudah lima yang putus. Gitar itu sudah tidak dapat mengeluarkan bunyi dan apa-apa irama lagi. Hanya dengan satu tali saja gitar tua itu tidak dapat mengeluarkan apa-apa bunyi yang mengasyikkan.

Setakat grenggg... gerennggg sahaja. Kalau Ustaz Azhar Idrus dengar pun dia akan tahu gitar tua itu sudah tidak memberi manfaat lagi dalam industri muzik tanah air. Ia akan memedihkan anak telinga saja.

Sebagai gitar tua elok kalau Mahathir duduk dalam almari atau gubuk buruk. Duduk diam-diam menjadi warisan sejarah. Orang tidak akan kata apa-apa kepadanya. Buruk atau baik orang tidak akan tahu. Orang tetap beranggapan dia adalah sebuah gitar yang pernah melahirkan irama dan nada yang menarik dan mengkagumkan. Kalau dia tidak berbunyi dalam keadaan hari ini orang tetap menganggap ia sebagai sebuah gitar berjasa. Ada baiknya kalau dia mengambil rasmi Abdullah Badawi, diam sesudah kenyang.

Tetapi kalau dengan satu tali pun dia masih hendak membesar diri, hendak mendabik dada dia sebagai gitar yang sempurna, dapat melahirkan pelbagai bunyi dan irama, malang sangat... Mahathir sudah tidak mengenal diri dan meletakkan dirinya di martabat yang hina. Apakah dia juga terhibur dengan cara Inchek Ibrahim bermain politik mengatakan orang siang malam tidak kira siapa?

Adakalanya saya konfius dalam menilik diri Mahathir ini terhadap sikapnya kepada Anwar, apakah dia menjadi murid kepada Inchek Ibrahim atau sebaliknya. Sebab mereka berdua ini dua kali lima sahaja dalam soal ini.

Ini saya timbulkan apabila melihat kepada kritikan dan cemuhan beliau kepada Anwar berhubung kenyataan Anwar menyokong Israel yang didakwa diputar belitkan itu. Komen Mahathir itu nampak sangat akan kebenciannya dan tidak berasas. Kata Mahathir dia tidak hairan kalau Anwar baik dengan Israel kerana dia sudah kenal dan tahu kegiatan Anwar sebelum ini lagi.

Tidak cukup itu ditambah dengan memburukan Anwar sebagai sudah acap kali memburukkan negara ini.

Saya setuju kalau Mahathir tahu kalau Anwar benar-benar baik dengan Israel. Sebab Anwar berkhidmat di bawah kerajaannya. Bukankah Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri timbalan kepada Mahathir. Anihnya kenapa sesudah 12 tahun baru Mahathir mengambil tindakan memecat Anwar? Adalah seorang bapak yang tidak bijak kalau membiarkan anaknya terus nakal sedangkan dia boleh mengawal kenakalan itu sehingga tidak memudaratkan negara? Mengkritik Anwar dan mencerita keburukan Anwar samalah Mahathir meludah ke langit yang akan jatuh bok...... ke atas batang hidungnya.

Mungkin ada orang membahas apa yang saya katakan ini. Itu, Mahathir pecat Anwar adalah untuk menyelamatkan negara? Ok saya nak tanya apakah dengan tindakan Mahathir itu negara hari ini selamat? Amankah negara kita dan apa jadi dengan stabalitas politik negara ini? Bukankah situasi hari ini yang meletakkan kekuatan UBN yang menjadi raja selama ini disebabkan Mahathir? Sesudah Anwar disingkirkan dari Umno?

Bukankah "badigonya" seorang ketua untuk membiarkan masa sebegitu lama kepada pembantunya bermesra dengan haiwan bernama Israel? Kenapa? Apakah tujuannya Mahathir mahu anak buahnya itu ditelan haiwan berkenaan? Kalaulah itu jelas Mahathir berniat jahat kepada Anwar sejak lama dulu lagi. Mahathir bukan seorang yang tulus ikhlas kepada bangsa dan negaranya. Hipokrit al munafik.

Tuduhan sememangnya sedap dan mudah. Buka mulut polet lidah maka akan berbunyilah berbagai ayat dan perkataan tuduhan. Guna bahasa indah, perumpamaan indah dan segala macam kosmetik ia mengindahkan lagi tuduhan dan celaan. Menjadi raliklah telinga si jahil dan pentaksub bodoh. Kata Mahathir Anwar suka kalau Barat puji dia sebab nak nampaknya dia moden dan ikut trend. Kata Mahathir Anwar juga rapat dengan puak kongres Amerika.

Cerita Anwar rapat dengan Amerika ini sudah lama. Orang pun sudah tahu dan hubungan inilah menyebabkan Mahathir bencikan Anwar. Hakikatnya Mahathir cemburu kepada pencapaian anak didiknya sendiri. Kalaulah Anwar menjadi kesukaan dan kesayangan Amerika rasanya sudah lama Pantagon Serang Kementah.

Sekali lagi saya menerima apa yang Mahathir katakan itu. Tetapi ikhlaskah Mahathir? Ternyata tidak. Dia menuduh Anwar menyokong Israel dan baik dengan Amerika. Tetapi macam mana dengan dirinya sendiri. Mahathir mengatakan Melayu mudah lupa. Ternyata mamak seperti dia juga ikut sama mudah lupa. Lantaran mata kelabu menyebabkan Mahathir boleh nampak kuman di seberang laut dan tidak nampak gajah di depan mata.

Mahathir perlu mengingati kembali apa yang dilakukan semasa dia jadi perdana menteri dulu. Sepucuk surat yang bertarikh 16 Ogos 1999 kini sudah terdedah di dalam internet menjelaskan apa yang Mahathir lakukan. Menerusi surat itu Mahathir mengalu-alukan kemenangan Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan meminta pertolongan Israel untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" untuk pilihan raya umum Malaysia.

Dalam surat itu juga Mahathir meminta diadakan pertemuan beliau dengan Ehud Barak menerusi Menteri Luar Syed Hamid Albar.

Apakah erti semua itu? Apakah makna surat itu? Apakah surat itu palsu? Apakah surat itu tidak boleh mengaitkan bahawa Mahathir ada hubungan dengan Israel? Orang yang boleh berfikir dan mengalami penceraman zaman tentu akan dapat menilai tindakan siapa lebih besar dan lebih jauh untuk berkawan dengan Israel. Apakah Mahathir atau Anwar?

Anwar setakat mengulas keperluan memberi penghormatan kepada Israel berasaskan kepada resolusi dan persetujuan umum atau dalam ruang lingkup menghormati hak manusia. Ia tidak mencecah soal akidah dan sokongan sampai boleh menjadikan Anwar menentang al-Quran? Anwar pun tahu bahawa bangsa Yahudi dan Israel tidak boleh dijadikan kawan?

Dalam hubungan saya melihat kenyataan dan pandangan Anwar terhadap Israel itu samalah konteksnya dengan sokongan Azizan Razak terhadap AUKU. Itu saja. Ia menyokong bukan bererti menerima hakikat kekejaman Israel dan begitu juga menyokong AUKU bukan menerima hakikat kekejaman akta itu kepada mahasiswa. Dalam politik perlu memiliki mata semacam mata lalat baru boleh melihat sekeliling.

Sayangnya Mahathir ada mata itu tetapi sebahagiannya sudah kabur disebabkan usia. Ingatlah Mahathir gitarnya hanya ada satu tali sahaja lagi yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam muzik orkestra kerana ia boleh memincangkan irama dan lagu.

BUTA PERUT!!! Ada juga pensyarah kangkong kata Alor Setar tak berubah di bawah PR

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Apabila membincangkan aspek kejayaan atau kegagalan sesebuah kerajaan negeri perkara penting yang perlu dibuat ialah mengenalpasti skop pertanggungjawapan.

Ada urusan yang menjadi bidangkuasa negeri semata-mata, misalnya urusan tanah, pentadbiran agama Islam dan protoKol istana.

Ada urusan yang menjadi bidangkuasa kerajaan Persekutuan semata-mata, misalnya pengurusan kesihatan, pendidikan melibatkan sekolah dan IPTA dan keselamatan. Ada juga urusan yang menjadi tanggungjawab bersama, misalnya bidang pertanian dan kebajikan.


Akibat kejahilan sebahagian rakyat dalam mengenalpasti peranan dua kerajaan ini (Pusat dan negeri) maka BN telah mengeksploitasi sepenuhnya keadaan itu dengan mendakwa bahawa segala yang buruk berlaku di dalam negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah berpunca dari kelemahan kerajaan negeri. Manakala semua kejayaan adalah dibuat oleh Pusat.

Media BN menyerang kerajaan negeri berhubung isu ekonomi dan pengangkutan awam, walhal perkara tersebut di bawah bidangkuasa Pusat.

Mereka juga membangkitkan isu jalan MADA dan jalan luarbandar yang gagal diturap walhal perkara tersebut tidak menjadi tangungjawab kepada kerajaan negeri.

Mereka membangkitkan isu pelancongan, pelaburan dan kebajikan sedangkan perkara tersebut adalah isu bersama yang mesti ditangani oleh Pusat dan Negeri.

Baru-baru ini RTM menganjurkan forum Bicara Rakyat. Seorang pensyarah kangkong dari sebuah IPTA menghentam kerajaan negeri kononnya sepanjang empat tahun mentadbir negeri tiada perubahan yang dilihatnya di Bandaraya Alor Setar.

Mujur antara yang menjadi panel forum tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah Dr. Ismail Salleh. Beliau menjawab dengan ilmiah dan berhemah. Jika penulis yang menjadi panelis maka ayat pertama yang dilontarkan ialah, “Awak pensyarah buta!”

Begitu banyak perubahan yang berlaku di Bandaraya Alor Setar sepanjang empat tahun, jika perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan fizikal (yang menjadi kayu ukur pembangunan BN yang sekular); maka dalam tempoh yang singkat begitu banyak kawasan perumahan yang muncul di Langgar, Tandop, Alor Mengkudu, Kuala Kedah, Kuala Sungai dan Mergong sekaligus mengubah lanskap bandaraya Alor Setar.

Perumahan dibangunkan oleh pihak swasta dan GLC melalui perancangan teliti serta kelulusan oleh kerajaan negeri. Apabila wujudnya perumahan, sekaligus mewujudkan premis-premis perniagaan yang akan menjana ekonomi negeri.

Pusat Bandaraya Alor Setar kini berubah wajah. Bangunan serbanika yang usang di Stesyen Bas Baru dirobohkan dan dibangunkan UKIR Mall yang tersergam gagah.

Ia projek Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Di belakangnya dibina medan selera yang baru dan cantik. Di sisi UKIR Mall yang dahulunya menjadi bangunan usang tinggalan sebuah syarikat bas, kini dibangunkan sebagai gerai-gerai makanan ala ‘one stop center’. Berpuluh peniaga Melayu boleh mencari rezeki.


Kalau di zaman BN Bandaraya Alor Setar hanya menjadi bandar mati, atau sekadar tempat anak muda melepak dan merempit kini bandaraya lebih ceria dengan wujudnya bazaar larut malam di perkarangan stadium dan bazaar sinar malam di perkarangan Pekan Rabu. Hampir semua yang terbabit dengan perniagaan adalah golongan Bumiputera.


Di sepanjang jalan utama pusat bandar, Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membina tembok penghadang. Di samping mencantikkan pemandangan ia mengurangkan ancaman keselamatan terhadap pejalan kaki. Bulatan Jalan Kota dibangunkan semula.


Anak Kedah di perantauan pulang ke Kedah dan berkunjung ke Alor Setar tercari-cari di mana letaknya ‘junjungan mahkota’ di bulatan Teluk Wanjah.

Rupanya ia sudah hilang apabila sebuah jalan atas yang lebih besar dibina di situ. Kalau ada orang yang mendakwa wajah Alor Setar tidak berubah, maka individu itu sangat ketinggalan zaman.


Di zaman BN terdapat sebuah bangunan usang gergasi bersebelahan Menara Alor Setar. Pihak menara agak sukar melakukan promosi terhadap menara kerana pemandangan pertama yang pengunjung saksikan ialah sebuah bangunan lusuh yang terbengkalai.

Bangunan itu terbengkalai selama 33 tahun tanpa dapat dilakukan apa-apa oleh lima orang Menteri Besar BN.


Alhamdulillah, selepas tiga tahun Pakatan Rakyat mentadbir bangunan usang itu berjaya dirobohkan untuk dibangunkan sebuah super mega mall.

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta akan membangunkan kawasan tersebut dengan nama Aman Central. Pembinaan projel Aman Mall yang bernilai 500 juta itu sedang berjalan dan dijangka siap dalam masa 30 bulan.

Di penjuru super mega mall itu akan dibina sebuah surau besar yang boleh menampung 400 jemaah dalam satu masa. Ia mungkin kali pertama di negara ini sebuah pusat membelibelah raksasa mempunyai sebuah surau yang gah terserlah, ada kubah dan menara serta boleh melaungkan azan sepanjang lima waktu melalui pembesar suara tanpa halangan. Ia tidak berlaku atau tidak mampu dibuat di zaman BN.

Itulah yang membuatkan UMNO Kedah meracau siang malam, lalu mengaitkan pembinaan projek raksasa Aman Central kononnya melalui perobohan sebuah bangunan bernama Salihiah.

Ia didirikan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Madrasah yang didakwa sebuah surau itu sebenarnya adalah sebuah bangunan yang sebelum ini adalah pejabat sebuah syarikat insuran.

Terdapat sebuah surau di ruang atas bangunan itu tetapi tidak dimakmurkan sepanjang waktu.


Apabila Majlis fatwa memutuskan bahawa tanah wakaf dan bangunan itu boleh ditukar tempat melalui kaedah istibdal, maka pembangkang mengambil kesempatan mengeksploit sebagai isu itu sebagai isu politik, kononnya kerajaan negeri memaksa 10 ahli Majlis Fatwa membuat fatwa mengikut kehendak pemaju. Sungguh dungu tuduhan itu.


Apa yang hendak diceritakan di sini ialah kejayaan kerajaan PR mengubah wajah bandaraya Alor Setar dari aspek pembangunan fizikalnya, jika itulah yang ditagih oleh pihak pembangkang yang sering memomokkan kononnya kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa.


Penulis hanya mencatatkan secebis dari begitu banyak perubahan di bandaraya Alor Setar, belum lagi di tempat lain. Ruangan amat terhadap untuk menyenaraikan perubahan lanskap fizikal seluruh negeri Kedah.

Sekurang-kurangnya ia dapat mencelikkan tohmahan seorang pensyarah kangkong pro BN.


Jika projek kerohanian pula yang ditohmah sebagai tidak dilakukan sepanjang PR memerintah Kedah, maka ia lebih sedap untuk disenaraikan.

Kuliah agama di seri Mentaloon, Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Sahsiah, Kem Belia Sejahtera, Mahligai Sejahtera, bantuan terhadap sekolah agama rakyat, guru Al-Quran sukarela, guru pra sekolah adalah antara yang berlaku di zaman PR oleh kerajaan negeri tetapi tidak dilakukan oleh kerajaan negeri dahulu.

Tapi biasalah pembangkang, jarang menumpu aspek kerohanian di Kedah untuk menyerang kerajaan negeri kerana mereka pun ‘kemere’ dalam bidang tersebut.



HABIS DUIT RAKYAT!!! Peralatan Stadium Sultan Mizan RM50Juta dicuri

PASPB


Tragedi bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh berlaku pada 2 Jun 2009 kira-kira pukul 9.30 pagi, ianya telah mengakibatkan hampir 60 % struktur bumbung bahagian hadapan kiri dan kanan stadium berkenaan sepanjang 400 meter runtuh mengakibatkan struktur besi serta serpihan bumbung jatuh ke bahagian tempat duduk dan kerugian awal yang dianggarkan sejumlah RM25 juta.

Stadium berharga RM292 juta itu baru siap kira-kira setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada 3 Julai 2009 dalam mStar , menyatakan bahawa kerajaan Terengganu akan melantik perunding dari Britain untuk mengetahui punca runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak.

Malah beliau juga berkata perunding itu yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dijangka menyerahkan hasil siasatan dalam tempoh tiga bulan.

Manakala Utusan Malaysia pada 6 Jun 2009 melaporkan , bahawa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh yang ditubuhkan akan menyiapkan laporan awal siasatan selewat-lewatnya sebulan.

Buletinonline.com pada 15 Julai 2009 pula melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh. Pengarah (Bahagian Perisikan) SRPM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata setakat ini, lebih 90 peratus siasatan kes berkenaan, yang melibatkan elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan telah dijalankan.

Sudah hampir 3 tahun.. dimanakah laporan siasatan oleh SPRM ?

19 Disember 2011, Sinar Harian melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu mengambil keputusan membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bermula awal tahun depan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan berlaku.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerja membaik pulih yang akan dilakukan itu melibatkan padang bola terlebih dahulu kerana ia rosak akibat tidak digunakan sejak kejadian struktur bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu.

Malangnya.. sebelum proses baik pulih yang dijangka menelan belanja puluhan juta RM bermula..

Berita Harian pula melaporkan Pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak lesap dipercayai dicuri.








Siapa yang harus kita persalahkan??

Tapi biar siapapun yang bersalah yang pasti wang dari pembayar cukai akan digunakan untuk menggantikan atau membaiki apa yang telah rosak dan hilang itu..

Yang pasti juga ialah para kroni akan bergembira!!

Sumber gambar dan lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

ASD

Dr Abdul Aziz Bari : Gelaran Profesor Digugurkan. Aziz Bari Akan Masuk Politik Lepas Ini?

Staff Berita Semasa

prof aziz bari Dr Abdul Aziz Bari : Gelaran Profesor Digugurkan. Aziz Bari Akan Masuk Politik Lepas Ini?


Ekoran tindakan Dr Aziz Bari berhenti berkhidmat dengan UIAM, akhirnya gelaran profesor yang diterimanya telah digugurkan. Universiti yang berikan gelaran prof kepada Dr Abdul Aziz Bari, dan bila-bila masa boleh diarik semula. Sama situasi apabila sultan tarik gelaran datuk.

KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Dr Abdul Aziz Bari selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu. Namun katanya, Dr Abdul Aziz Bari masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

”Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik. ”Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Dr Aziz Bari dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz Bari sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan. (Sumber : Utusan Malaysia)

dr aziz bari Dr Abdul Aziz Bari : Gelaran Profesor Digugurkan. Aziz Bari Akan Masuk Politik Lepas Ini?

Ini semua adalah prosedur biasa. Apabila seseorang itu berhenti/dipecat/pencen secara automatiknya gelaran profesor itu akan digugurkan. autmatik title tu akan hilang bersama. Berlainan jikalau Profesor Emeritus seperti Shahnon Ahmad atau Khoo Kay Kim (KKK), boleh pakai seumur hidup dan laku di seluruh dunia.

Bezanya di sini Dr Aziz Bari pernah diiktiraf dan telah mencapai taraf sebagai profesor tetapi gelaran prof dibuang disebabkan Abdul Aziz Bari dah berhenti daripada universiti, itu sahaja

Sebabnya kita pakai sistem British yang mana gelaran Prof adalah melambangkan pangkat seseorang. Sistem British memang mementingkan pangkat dan darjat. Cuma di UK sistem mereka lebih ketat di mana gelaran hanya diberikan apabila terdapat kekosongan pada jawatan atau kerusi tertentu.

Cuma persoalannya sekarang ini, adakah Dr Aziz Bari akan masuk ke arena politik? Dan apakah platform yang akan dipilihnya? Adakah UMNO? PAS? PKR ataupun DAP?

Tetapi, kami lihat sekarang ini beliau banyak menyertai ceramah-ceramah pembangkang. Adakah pilihanraya umum ke 13 akan memperlihatkan kelibat Dr Aziz Bari bertanding merebut kerusi dun ataupun parlimen?

Warga asing meraba dalam koc khusus untuk wanita

Oleh: Editor@WD


Ramai wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter rimas apabila ada warga asing yang bukan hanya menggunakan koc yang dikhaskan untuk mereka, tetapi juga mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Pemantauan Metroplus selama dua minggu terhadap perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendapati lebih separuh pengguna perkhidmatan itu rakyat asing manakala warga tempatan ramai menggunakannya pada waktu puncak iaitu ketika orang ramai pergi dan pulang daripada bekerja.

Perkara itu diakui Pegawai Operasi Utara Wilayah Tengah KTMB, Mohammad Fudzi Othman, yang berkata hampir 30 peratus pengguna tetap komuter ialah warga asing.

“Kami tiada masalah untuk memberikan perkhidmatan ini kepada sesiapa saja termasuk warga asing, namun kerap kali aduan diterima mengenai perilaku tidak sopan warga siang.

“Seperti sekarang kemudahan koc wanita disalah guna lelaki yang kebanyakannya warga asing dan alasan mereka, tidak sedar atau terlepas pandang notis arahan yang ditampal,” katanya.

Pengangkutan awam terutama bas dan komuter menjadi pilihan utama warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Afrika disebabkan ia murah dan mudah untuk sampai ke destinasi.

Pengguna, Nurul Izzah Wahidul Azam, 23, berkata dominasi warga asing dalam penggunaan pengangkutan awam mungkin memberi keuntungan kepada penyedia pengangkutan, tetapi masalah yang ditimbulkan mereka perlu diberi perhatian.

“Bagi wanita, berhimpit dengan mereka ketika menggunakan komuter kadangkala merimaskan dan boleh membuat saya hilang sabar apabila ada di antara mereka yang suka melakukan perkara tidak senonoh seperti mencabul dan meraba,” katanya.

Mohd Rabiq Abdullah, 24, pula berkata ramai warga asing yang memilih menggunakan perkhidmatan awam kerana tambang murah.

“Saya terkilan kemudahan yang sepatutnya disediakan untuk kami menjadi pilihan warga asing, malah mereka lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan ini sehingga kami berasa terpinggir.

“Saya berharap akan ada kelainan caj tambang terhadap warga tempatan dan warga asing supaya kemudahan ini dapat terus digunakan orang yang sepatutnya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, berkata perlunya pengasingan kemudahan pengangkutan bagi warga tempatan dan warga asing dalam usaha menggalakkan kemudahan itu terus digunakan rakyat Malaysia.

“Tidak dinafikan ramai warga asing menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kerana mereka mengambil kesempatan terhadap wanita setiap kali keadaan di dalam koc atau bas sesak dengan cubaan mencabul dan meraba.

“Selain pengasingan koc untuk wanita, koc bagi warga tempatan juga ada baiknya diasingkan bagi memberi keselesaan terhadap mereka yang dibimbangi boleh menimbulkan masalah dengan sikap biadab segelintir warga asing,” katanya ketika dihubungi.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Azhar Ahmad, ketika dihubungi berkata masalah pengangkutan awam yang banyak digunakan warga asing di luar bidang kuasa pihaknya untuk menghalang.

“Kami sedar masalah ini banyak mengganggu pengguna warga tempatan yang tidak selesa kehadiran mereka, namun ini kemudahan paling cepat dan senang untuk mereka naiki kerana masing-masing tidak memiliki kenderaan.

“Perkara ini akan dibawa ke dalam kajian yang kami lakukan dengan satu cara akan mengusulkan kepada pengusaha pengangkutan awam untuk mengenakan tambang berlainan di antara warga asing dan tempatan dengan pengwujudan pas bulanan yang turut boleh mengesan data status seseorang.

“Selain itu, kajian mengenai kadar tambang yang digunakan sekarang juga dijalankan berikutan peredaran zaman kini dengan semua kadar barangan dan kemudahan semakin meningkat,” katanya.

Sumber: HMetro.com.my

PRU-13: Ghani gundah, Umno bakal tumbang di Johor

Oleh Ana Abdullah



Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya Datuk Seri Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih. Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.

Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan. Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tak mendapat habuan politik. Memang kasihan sungguh MB ini.

Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak kelihatan letih kerana turun pandang bagi memastikan rakyat yakin dengan BN. Atau dengan kata lain dihati rakyat hanya Barisan Nasional bukan Pakatan yang buat janji kosong itu.

Dalam perhimpunan Agung Umno tahun 2010 Datuk Seri Shafie Afdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari johor kubu kuat Umno itu.

Naib Presiden Umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan Umno dalam PRU 13 nanti.

Perkara ini telah dinyatakan MB Ghani Othman yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar-bandar di Johor, akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuk lah NUSAJAYA.

Menteri Besar Johor telah membuat anggaran, 15 kawasan Parlimen di negeri Johor kedudukannya boleh dikatakan tak selamat.

Ada orang Umno sendiri yang kata padan muka Ghani Othman, menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corp. yang mengalami kerugian besar.

Johor Corp yang di bina oleh Tan Sri Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai aset hampir bernilai RM14 billion.

Sejak Tan Sri Ali Hashim berhenti dari J.Corp, Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan J.Corp dengan membawa masuk beberapa orang luar, budak-budak yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan J,Corp dan anak-anak syarikatnya.

Terutama sekali ia membelakangkan pengurusan J.Corp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun. Siapa yang tidak marah. Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman, Jamal, Ahmad Mohamad.

Yang sedihnya dato, penasihat sebenar di belakang Ghani ia lah Mr Lim “superman”, sekarang tugas mereka ini ialah untuk ‘merompak’ asset J.Corp yang amat berharga saperti KFC dan QSR. Tanah-tanah komersil dan akhirnya estate-estate yang di miliki oleh Kulim.

Sesetengah berkata, jika umur panjang tulis dalam buku dairy masing masing apa yang berlaku itu dalam masa lima tahun semua harta-harta ini habis.

J.Corp yang mempunyai hutang hampir RM3 billion, nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini, tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang J.corp menjadi RM 5.5 billion melalui anak syarikatnya.

Sebab itu Tan Sri Ali marah sekali, malangnya komennya tidak di siarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah di block. -TKO

WarkahDaily -- ‘due date’ Umno-BN dah tiba dah. Kini tiba giliran Umno-BN jadi pembangkang pulak. Dah 50 tahun lebih peluang telah diberikan kepada Umno-BN, bukan sekejap tapi apa sangat jasa Umno-BN terhadap Melayu Johor?

Nampaknya, kejayaan terbesar Umno-BN terhadap Melayu johor sekadar berkembangnya ‘zapin & kompang’. Kemajuan lain-lain sekadar mampu dilihat oleh Melayu, kaum lain yang dapat, lebih dahsyat, rakyat negara jiran banyak dapat manfaat.

Aktif JK Disiplin: Bukti Umno bermasalah, Najib bimbang kena ‘tikam’ belakang

Oleh: Editor@WD


Pengumuman Datuk Seri Najib Razak, Umno membuat pertimbangan akan mengaktifkan Jawatankuasa Disiplin parti sebagai persiapan awal sebelum pemilihan parti dan Pilihanraya Umum (PRU) menjadi bukti Umno sedang dilanda masalah ‘kepercayaan’ di kalangan ahli. Dengan kata lain, Najib bimbang akan ada pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengannya dalam Umno akan ‘tikam’ belakang.

Umno dilihat dilanda sindrom hilang kepercayaan semasa sendiri apabila menjelang PRU, lebih-lebih lagi, saban pilihanraya diadakan, akan laporan ‘cas keting’ sesama sendiri, gara-gara tidak dicalonkan dalam pemilihan parti dan pilihanraya. Inilah dasar perjuangan dalam Umno yang mengharapkan imbuhan dan pangkat jika mahukan turun padang melihat rakyat. Jika tiada, usah mimpi rakyat nak bertemu muka dengan mereka.

Keadaan ini menyebabkan Najib merasa gusar dan menyebabkan berkira-kira mahu mengambil tindakan drastik, mengaktifkan JK Disiplin bagi menghalang sabotaj besar-besaran terhadap pemilihan parti yang bakal diadakan.

Najib bimbang, Umno akan berpecah teruk sebelum diadakan PRU-13 yang semakin hampir.

Tidak mustahil juga, idea mengaktifkan kembali jawatankuasa berkenaan disebabkan ada suara-suara menyatakan Najib sedang ditentang secara diam-diam dalam Umno, gara-gara ‘campur-tangan’ isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dala pentadbiran dan urusan parti. Mungkin Najib bimbang nasibnya sama dengan bekas presiden sebelumnya, Tun Abdullah Badawi.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Presiden Umno itu telah menjelaskan langkah mengaktifkan JK Disiplin itu bagi mengukuhkan disiplin parti dan seterusnya menghalang sebarang usaha untuk sabotaj pemilihan parti sebelum pilihan raya diadakan.

“Kami tidak mahu sesuatu berlaku selepas pemilihan, kesannya telah pun berlaku. Jadi lebih baik kita proaktif.

“Ini adalah yang pertama kali, dalam erti kata lain kami mengaktifkannya (jawatankuasa) lebih awal,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno baru-baru ini.

Najib bagaimanapun menafikan Umno menjangkakan sabotaj besar-besaran di antara ahli akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang menambah ia hanya langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata ia bukan perkara luar biasa menghadapi masalah disiplin dalam mana-mana pilihan raya terutamanya dari ahli-ahli yang tidak dipilih menjadi calon.

“Dalam parti yang besar, terdapat ramai yang membantah...Mungkin mereka tidak dipilih dan pengikutnya, yang akhirnya memilih menyokong pembangkang.

“Oleh itu, pada saat ini kita perlu kukuhkan disiplin (dalam parti),” kata Najib.--WARKAHDAILY

Siapa Zambry Kadir? (5)

Oleh: MSK

Aku boleh nampak macam mana orang boleh marah kat Zambry..orang marah kat sultan…orang marah kat kerajaan. Masa Teluk Rubiah hendak dijual, masa tu tak ramai orang yang marah sebab ramai orang tak tau.Dan bila dah tau…tak boleh nak buat apa-apa lagi dah sebab semuanya sudah tergadai. Kita boleh demoa, kita boleh buat kempen..tapi benda dah berlaku. Teluk Rubiah sudah tergadai.

Bila projek bijih besi Vale International mula beroperasi nanti, Teluk Batik juga akan hancur. Bila Teluk Batik dah kotor dan orang tak mau pergi mandi lagi kat sana, maka kerajaan pun ada alasan untuk menukar statusnya kepada industry. Dan bila ia bertukar kepada industry, perairan disekitar Pangkor dan Lumut akan menjadi kotor. Dan masa itupun, orang tetap tidak akan peduli.

Aku nak ucap terima kasih kepada ramai orang Manjung marah kepada Zambry dan ramai yang menelefon Otai Manjung bertanya apa yang depa boleh bantu. Memang itu yang diperlukan oleh aktivis alam sekitar macam Otai Manjung dan Peter Van Der . Tapi Otai dan Peter memerlukan lebih dari itu. Mereka memerlukan lebih ramai aktivis yang prihatin tentang alam sekitar daerah Manjung.

Apa yang perlu dibuat?

Ramai yang kata kita tumbangkan Zambry dalam PRU yang akan datang. Bukan aku nak lemahkan semangat hangpa, tapi semangat untuk menumbangkan Zambry saja tak cukup. Kalau pilihanraya itu adil, dah lama Zambry ditumbangkan..tapi pasal pilihanraya itu tak adil, maka Zambry masih selamat walaupun orang Pangkor sendiri tak suka kat dia.

Tahun 2008 kita dah tumbangkan BN dalam PRU secara demokratik, tapi depa rampas balik secara tidak demokratik. Hangpa masih percaya kepada pilihanraya?

Kita kata sultan tak boleh pecat Menteri Besar, tapi Sultan pecat juga. Kita kata depa tak boleh singkir Speaker, tapi depa heret macam pencuri heret kambing. Hangpa masih percaya Bn akan berubah menjadi baik dan gentleman kali ini?

Jangan harap.

Ok..kita boleh kata PR tumbang pasai 3 ekor katak. Tapia pa yang PR buat selepas kerajaan negeri tumbang? Apakah sudah bersedia untuk menumbangkan BN dalam PRU akan datang ini dengan melakukan gerak kerja?

Mengikut statistic terbaru di Pangkor..jumlah pengundi di Pangkor ialah 26,439 orang. Dari jumlah tersebut, 10,302 (39%) orang adalah pengundi biasa manakala 16,137 (61%) orang lagi adalah pengundi pos. Pengundi-pengundi pos terdiri dari anggota TLDM.

Dalam tahun 2008, jumlah pengundi ialah 22574 orang. Dari jumlah ini, 9480 (42%) adalah pengundi biasa manakala 13094 (58%) adalah pengundi pos.

Dalam jangkamasa diantara 2008 hingga Jun 2011, seramai 5525 pengundi baru didaftarkan. Dari jumlah ini, 4569 (83%) adalah dari TLDM yang merupakan pengundi pos.

61% pengundi di Pangkor adalah pengundi pos. Pengundi pos pada kebiasaannya adalah talian hayat BN yang terakhir. Ia digunakan untuk menyelamatkan calon BN dari kalah.

Ini yang cuba dilakukan oleh Zambry di Pangkor. Zambry mahu menggunakan TLDM sebagai penyelamatnya. Kalau semua orang Pangkor tak mau kat dia, dia masih boleh jadi ADUN dengan bantuan TLDM.

Sekarang, imej TLDM tercemar dengan pelbagai masalah dan skandal. TLDM bukan saja digunakan untuk menjadi undi penyelamat, malah digunakan untuk membuat duit.

Berbillion ringgit diperuntukkan kepada TLDM tetapi apa yang diperolehi hanyalah kelengkapan tentera yang second-hand..yang out-dated. Keselamatan anggota TLDM di perjudikan untuk keselesaan orang politik. Tapi anggota TLDM juga tak boleh naka buat apa, sebab pelbagai penipuan dibuat semasa pengundian secara pos dibuat di TLDM. Cuma yang dah bersara yang berani bercakap tentang penipuan disana manakala yang masih bertugas terpaksa patuh dengan perintah Umno/BN walaupun depa tak suka.

Tentera tak boleh berpolitik. Nak mengundi sendiri pun tak boleh. Kertas undi dipangkah oleh orang lain. Secara lahir, anggota tentera dipublisitikan sebagai wira negara, tetapi hakikatnya, mereka dipergunakan untuk Umno/BN kekal berkuasa.

Dalam pilihanraya 2008, jumlah anggota TLDM yang mengundi hampir 100%. Satu jumlah yang cukup tinggi bagi pengundian secara pos. Tanyalah kat anggota TLDM..adakah mereka yang mengundi? Benar ada diantara mereka yang mengundi, tapi ada juga rungutan bagaimana penipuan berleluasa di sana. Kebanyakan undi pos dipangkah oleh orang lain.

(pengundi TLDM: 227 pengundi biasa, 12867 pengundi pos)

Sekarang nak buat apa? Nak kuburkan Umno/BN melalui pilihanraya? Realistik la sikit.

Semua orang ingat Pangkor adalah kawasan yang paling selamat bagi Umno/BN. Itu dulu…sekarang tidak lagi.

Bekas Panglima TLDM sekarang dah melawan Umno/BN. Sorang lagi pegawai tertinggi sudah meletak jawatan. TLDM bergelora dalam tenang. Peluang untuk menumbangkan Zambry di Pangkor semakin meningkat.

TLDM sudah biasa melawan ombak dan juga sudah biasa melawan arus. Dalam PRU 1999, Calon Keadilan mendapat 3328 (48%) undi pos TLDM manakala UBN mendapat 3548 (52%).

Kali ini, undi pos TLDM akan bergegar.

Itu sebabnya mengapa Zambry terpaksa membawa Najib ke Lumut pada 28hb Januari ini. Zambry memerlukan Najib untuk meyakinkan anggota TLDM untuk mengundi UBN.

Kita nak buat apa?

Masalah sekarang bukan kerana orang Pangkor sukakan Zambry. Orang Pangkor tak suka pun kat dia tapi siapa yang nak gantikan Zambry di Pangkor?

Orang dah tak suka kat UBN, tapi masih tak yakin dengan Pakatan. Kalau ikut tradisi atau kuota, Dun Pangkor akan ditandingi oleh PKR..dan ini masalah utama kerana orang tak yakin dengan PKR Pangkor. PKR Pangkor seolah-olah tak bergerak. Mengapa tidak ada orang PKR Pangkor yang menjuarai isu alam sekitar di Pangkor? Mengapa PKR Pangkor seolah-olah buat tak tau tentang apa yang berlaku di Pangkor?

Huh…banyak lagi kerja yang perlu dibuat.

Rocky Bru Mohon Maaf Pada Kalimullah dan NSTP

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Blogger Datuk Ahirudin Attan, hari ini memohon maaf kepada empat bekas kakitangan kanan News Straits Times Press (NSTP) berhubung penulisan yang disiarkan dalam blognya yang dianggap sebagai fitnah.

Keempat bekas kakitangan kanan NSTP terbabit, timblan pengerusi Datuk Kalimullah Hassan, ketua pegawai eksekutif Datuk Syed Faisal Albar, ketua editor kumpulan Datuk Hishamuddin Aun dan editor kumpulan Brendan Pereira, pada Januari 2007 lalu telah memfailkan saman terhadap Ahiruddin kerana membuat fitnah dan kenyataan palsu.

Saman terbabit adalah berkaitan artikel yang disiar, atau dibenarkan untuk disiar oleh Ahirudin dalam blognya Rocky's Bru.

Dalam saman tersebut, keempat mereka mendakwa artikel yag ditujukan kepada mereka berbaur fitnah.

Kenyataan mohon maaf tersebut telah dibacakan di hadapan Datuk Asmabi Mohamad, di kamarnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Defendan mengakui, menyedari serta memahami dengan perasaan penuh malu, menyedarkan dan simpati terhadap kesusahan yang ditimbulkan kepada plaintif hasil daripada penyiaran kenyataan-kenyataan seperti yang dikemukan dalam penyataan dan beliauu hadir di mahkamah hari inni untuk melahirkan kekesalan yang teramat sangatt...untuk menarik balik sema dakwaan yang diadukan dalam penyataan tuntutan," tulis kenyataan mohon maaf Ahirudin yang diedarkan kepada wartawan, di sini.

Beliau juga bersetuju tidak akan menyiarkan dakwaan yang sama berkaitan plaintif dalam blognya atau mana-mana layar web pada masa akan datang.

Ahirudin juga, di bawah peraturan perjanjian, akan menyiarkan kenyataan maaf dalam blognya.

"Beliau (Ahirudin) hadir di mahkamah hari ini untuk secara ikhlas melahirkan kekesalannya berikutan kesannya terhadap palintif," katan peguam yang mewakili NSTP, Rishwant Singh.

Dalam satu kenyataan, Kalimullah berkata beliau dan rakan-rakannya berasa gembira perkara tersebut dapat diselesaikan.

“The Defendant recognises, acknowledges and empathises with the considerable distress, embarrassment, and inconvenience caused to the Plaintiffs resulting from the publications of the statements as pleaded in the statement of claim and he is present in Court today to express his sincere and utmost regret... to withdraw all allegations and imputations which are complained of in the statement of claim and to apologise for the same,” read Ahirudin’s statement of apology made available to reporters here.

Ahirudin also agreed not to publish any similar allegations concerning the plaintiffs on his blog or any other website online in the future.

"Fitnah berkenaan yang berterusan dalam satu jangkamasa yang panjang dan ketidakadilan telah menjurus kami memfailkan saman terhadap Ahirudin untuk membersihkan nama dan maruah kami. Berasal dari kumpulan media yang sama, kami tidak mengambil ringan keputusan kami untuk merujuk ke mahkamah demi keadilan," katanya lagi.

Ahirudin diwakili oleh peguam Datuk Jahabardeen Mohamed Yunoos.

Kepala Babi Diletak Depan Masjid Di Rawang

Post Pic


ANTARA POS.COM


RAWANG: kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

Kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei, susulan kejadian itu, pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, pasukan polis telah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira beberapa jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Hadi : Saya akan bertanding pada PRU jika diperlukan

Post Pic


ANTARA POS.COM


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tetap akan bertanding pada pilihanraya umum akan datang, sekiranya khidmatnya masih diperlukan.

Hadi berkata beliau sebelum ini melahirkan kesanggupannya untuk tidak bertanding pada PRU ke-13 keranamenjadi tanggungjawab pemimpin veteran PAS untuk memberi ruang kepada pelapis baru.

"Memang dalam perjuangan ini kena bagi kepada pelapis-pelapis, kita dalam PAS memang begitu. Kita tak boleh berlumba nak jadi ketua, kita kena berlumba untuk berkhidmat,” kata Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu itu.

"Tapi terpulang kepada ahli-ahli parti jemaah kita. Kalau tak ada orang, kita wajib ke hadapan, begitu kaedahnya," Hadi dipetik sebagai berkata oleh Harakah Daily.

MInggu lalu, beliau membayangkan tidak mahu bertanding pada pilihanraya umum untuk memberi laluan kepada pemimpin lain. Jika bertanding pun, Hadi berkata beliau lebih suka untuk bertanding hanya kerusi Parlimen atau DUN dan bukan kedua-duanya sekali.

Susulan kenyataan itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menggesa Hadi untuk tetap bertanding pada PRU ke 13.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mahu Hadi untuk terus bertanding.

Hadi dan Nik Aziz adalah tokoh paling veteran dalam Pas ketika ini.

NIk Aziz yang memimpin Kerajaan Pas Kelantan untuk lebih dua dekad dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Chempaka pada PRU akan datang.

52 Peratus Percaya Kerajaan BN

Post Pic


ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Lebih separuh orang awam di negara ini mempercayai kerajaan dengan satu per empat memuji pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menguruskan kewangan dan ketelusan serta keterbukaan.

Perangkaan statistik bancian tersebut diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan oleh Edelmenan, salah sebuah firma perhubungan awam terkemuka di dunia

Bancian Trust Barometer 2012 yang disiarkan hari ini, bagaimanapun mendapati, walaupun 52 peratus daripada 1,000 responden mempercayai kerajaan, hanya 35 peratus membuat kesimpulan pegawai-pegawai kerajaan dan pentadbir boleh dipercayai.

Ketua eksekutif Edelman Asia-Pacific, David Brain, dalam pelancaran hasil bancian tersebut berkata walaupun statistik tersebut 'tampak tidak memberangsangkan...Malaysia tetap berkedudukan di tangga ke-9 daripada 25 negara bagi kategori keyakinan terhadap kerajaan'.

Mengikut bancian online tersebut kadar pukul rata kepercayaan global terhadap kerajaan adalah 38 peratus.

Bancian tersebut yang dijalankan dari 10 Oktober hingga 30 November tahun lalu, juga mendapati orang awam yang peka informasi di Malaysia tidak begitu mempercayai kerajaan.

Dalam kumpulan segmen terbabit, hanya 49 peratus mempercayai kerajaan dan 32 peratus lagi berkata pegawai-pegawai kerajaan mempunyai kredibiliti.

Kajian tersebut juga mendapati walaupun 70 peratus daripada mereka yang dibanci menyatakan mengendalikan kewangan dan bersikap telus dan terbuka adalah penting dalam membina kepercayaan pada kerajaan. hanya satu per empat yang bersetuju prestasi kerajaan dalam bidang berkenaan adalah baik.

Daripada 25 negara yang dijalankan bancian, 65 peratus percaya kepimpinan pengurusan kewangan adalah penting untuk membina kepercayaan terhadap kerajaan manaka dua daripada tiga pula berkata ketelusan adalah penting.

Hanya 19 peratus pula berasakan kerajaan menjalakan tugas dengan baik manakala hanya 16 peratus melihat pentadbiran tersebut telus.

Kajian tersebut juga mendapati 58 peratus rakyat Malaysia mempercayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 47 peratus mempunyai keyakinan terhadap sektor perniagaan manakala 46 peratus mempunyai keyakinan terhadap media..

Jika Najib takut menentang rasuah, NKRA dan GTPnya hanya jadi mimpi ngeri

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak patut melupakan sahaja Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk memerangi rasuah jika beliau tidak berani melaksanakan tindakan tegas terhadap salah guna kuasa yang sedang berlaku.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri sepatutnya berani mengarahkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menterinya untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Katanya, NKRA yang sepatutnya memerangi rasuah yang dijuarai Najib nampaknya bermasalah ekoran daripada keengganan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bukti ketidaktelusan pentadbiran Najib jelas apabila Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri VK Liew yang bukan sahaja menolak pengisytiharan harta tetapi mempersoalkan pula ahli-ahli Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

“Tidakkah pemimpin-pemimpin BN berasa malu kerana kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah berjaya melakukan demikian selepas 4 tahun walhal BN telah gagal selepas 55 tahun?

“Pengisytiharan harta ahli-ahli Exco Pulau Pinang merangkumi juga aset dan liabiliti mereka pada 8 Mac 2008 dan setakat 31.12.2011. Tambahan pula, pengisytiharan harta kita dibuat secara terbuka, dimuat naik ke dalam Internet dan telah disahkan oleh sebuah firma audit dan akauntan bebas, KPMG,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Najib juga tidak perlu takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal RM250 juta “lembu dan kondo” serta menyiasat kes wang haram berjumlah RM1,077 bilion (termasuk wang rasuah) yang telah dialirkan keluar daripada negara dari tahun 2000-2009.

Menurutnya, kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), walau pun diberi bajet tahunan sebanyak lebih RM200 juta sejak 2011, hanya mampu menangani penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai-pegawai sahaja.

Beliau menambah, selain daripada dakwaan rasuah, dua kes kematian telah terjadi dalam kawasan SPRM, iaitu Teoh Beng Hock pada Julai 2009 dan pegawai kanan Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed pada April 2011.

Parlimen telah memperuntukkan bajet RM202.2 juta untuk SPRM pada tahun 2011 dan hasilnya adalah kedudukan CPI terendah untuk negara kita iaitu tangga ke-60 dan juga kadar CPI terendah iaitu 4.3.

Pada tahun 1996, Parlimen telah memperuntukkan bajet RM29.4 juta untuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pada tahun itu Malaysia menduduki tangga ke-26 dan mencapai CPI tertinggi dalam 17 tahun iaitu 5.32.

Menurut Guan Eng, rakyat Malaysia berhak untuk membandingkan bajet yang diberi kepada BPR pada tahun 1996 dan SPRM pada tahun 2011, dengan CPI Malaysia pada kedua-dua tahun ini.

“Walau pun SPRM diberi bajet hampir 7 kali ganda apa yang diberi pada tahun 1996, kenapakah CPI Malaysia pada tahun 2011 mendapat kedudukan yang paling rendah iaitu tangga ke-60 dan kadar CPI 4.3 apabila pada tahun 1996 kita berada di kedudukan ke-26 dengan kadar 5.32?

“Nampaknya lagi besar bajet, lagi ramai staf dan lagi banyak sumber yang diberi kepada SPRM, lagi teruk keadaan rasuah di Malaysia. Ke manakah perginya lebihan sebanyak RM172.8 juta dalam bajet anti-rasuah pada tahun 2011 berbanding 1996?” soal beliau.

Yang lebih teruknya adalah keengganan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan RCI mengenai skandal “lembu dan kondo” yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet dengan alasan lemah bahawa SPRM sedang menyiasat perkara ini, tambah Guan Eng.

Menurutnya, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diperlukan untuk menyiasat skandal “lembu dan kondo” ini kerana pihak umum sudah hilang kepercayaan dalam SPRM, seperti yang ditunjukkan oleh penurunan dalam kadar dan kedudukan Transparency International dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

“Jika Perdana Menteri tidak memberi SPRM kuasa pendakwaan bebas dan kebertanggungjawaban kepada Parlimen, menubuhkan RCI untuk skandal-skandal dan mewajibkan pengisyiharan harta secara terbuka, CPI Malaysia yang dikendalikan Transparency International akan terus merosot. – Roketkini.com



Utusan dan Chua Soi Lek, siapa menipu?

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang tidak pasti sama ada mahu ketawa atau menangis dengan tuduhan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, bahawa DAP merupakan parti politik paling rasis di dunia.

Pemimpin politik veteran itu berkata, ketawa mungkin kerana fitnah Utusan itu mencerminkan kemiskinan idea dan kebankrapan prinsip kewartawanan para editor Utusan manakala menangis kerana tiadanya kesetiaan dan patriotisma para editor Utusan ke arah Malaysia yang bersatu, harmoni dan majmuk.

“Kenyataan tersebut begitu dangkal sekali sehingga saya meletakkan item tersebut dalam blog saya sebagai verbatim (seperti yang adanya) untuk menunjukkan bertapa rendahnya martabat Utusan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, pembohongan Utusan itu timbul hanya beberapa hari selepas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi tukang lawak bodoh dengan mendakwa undi untuk DAP ibarat undi untuk PAS, dan kejayaan DAP dalam pilihan raya membuka jalan kepada PAS untuk hari-hari gemilang PAS.

“Jika Utusan benar kerana mengatakan DAP parti paling rasis di dunia, maka Chua adalah salah. Tapi jika Chua pula yang benar, ini bermakna Utusan pula yang salah. Oleh itu, siapa yang menipu? Jawapannya: Kedua-duanya!” kata beliau.

Menurutnya, Utusan dilihat menghidupkan reputasinya sebagai akhbar yang paling tidak berprinsip, tidak bertanggungjawab, ekstremis dan suara rasis terulung Malaysia.

“Bahkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib pun tak mampu mengawalnya. Adakah MCA dan menteri-menteri mereka membawa isu Utusan ke mesyuarat Kabinet atas sebab-sebab yang disebut? Sudah tentu tidak. Ini kerana UMNO ialah abang besar dan Utusan itu suara si abang besar,” ujarnya.

Menurut Kit Siang, seperti mana yang dijelaskan oleh Hata Wahari, bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan yang juga wartawan kanan yang dipecat oleh Utusan kerana menuntut kebebasan media, 50% jualan Utusan ditaja oleh kerajaan UMNO-BN.

Difahmkan 36 kementerian melanggan Utusan dan kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM50 juta setahun untuk pengiklanan – satu-satu sumber pendapatan Utusan kerana kebanyakan organisasi tidak mahu mengiklan di sana.

“Saya telah menjangkakan bahawa Utusan akan menyerang saya terhadap mesej Tahun Baru Cina saya pada 21 Januari, dan ia amat menghairankan bahawa Utusan Malaysia telah mengambil masa lebih seminggu untuk berani menyerang saya.

“Ini adalah kerana sememangnya tiada apa-apa yang salah dalam perutusan Tahun Baru Cina saya yang menyeru masyarakat Cina di Malaysia untuk bersatu dan bangkit sebagai satu naga bersama rakyat Malaysia yang lain, untuk membuat perubahan kuasa di Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang bagi memulakan satu sejarah yang meraikan kehebatan semua rakyat Malaysia.

“Mari kita tanya Chua Soi Lek sama ada beliau bersetuju dengan Utusan Malaysia bahawa DAP merupakan parti paling rasis di dunia? Jika beliau tidak setuju, adakah beliau akan berani mengutarakannya kepada Utusan Malaysia?” soal beliau. – Roketkini.com

Tubuh Suruhanjaya Di Raja jika gagal siasat NFC – Zuraida

Oleh: Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin menggesa agar Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menyiasat penyelewengan itu.

“Sekiranya tidak dapat menyiasat secara bebas, kami akan panggil RCI, ini kerana melibatkan dana awam.

“Persoalannya, sehingga kini tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa terhadap Datuk Salleh,” ujarnya.

Datuk Muhammad Salleh adalah Pengerusi NFC yang juga merupakan suami Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa hari ini, tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan RM250 juta oleh NFC.

“Hari ini kami berdua membuat laporan kepada SPRM berdasarkan laporan polis Shamsubahrin mengatakan Datuk Salleh menekannya melalui SMS dan panggilan untuk merasuah polis bagi menutup kes NFC.

“Ini bukan tuduhan liar daripada Shamsubahrin kepada Datuk Salleh kerana ada bukti berdasarkan laporan itu,” kata Sivarasa semasa sidang media di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

Katanya, sebagai badan yang bertanggungjawab, SPRM diminta menyiasat segera kerana bukti SMS itu jelas menunjukkan unsur rasuah.

“Datuk Salleh mesti disiasat kerana ada unsur rasuah, tetapi orang yang tidak menjalankan rasuah itu pula yang ditangkapnya.

“Kita bukan sahaja ada bukti SMS Datuk Salleh, tetapi ada beberapa bukti SMS daripada beberapa pegawai NFC menyuruh kes tersebut ditutup,” katanya.

Sementara itu, Zuraida mengingatkan kembali tragedi hitam melibatkan kematian saksi ketika proses siasatan dijalankan oleh SPRM.

“Kita mesti berhati-hati, takut nanti kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbini berulang. Kita akan menjaga saksi sebaik mungkin.

“Apa pun kita cabar SPRM siasat Datuk Salleh dan dituduh dimahkamah,” katanya yang juga Ketua Wanita KEADILAN.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan bukti skandal NFC berhubung dakwaan cubaan merasuah pihak berkuasa oleh Pengerusinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail berdasarkan laporan polis Datuk Shamsubahrin Ismail pada 27 Januari lalu di Pondok Polis Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Shamsubahrin dalam laporan itu memberitahu beliau menerima sistem khidmat pesanan ringkas (sms) dari Salleh, yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, supaya merasuh anggota polis.

Shamsubahrin sebelum itu dilantik oleh NFC sebagai Perunding dan penasihat Korporat pada 24 dan 28 November tahun lalu untuk membersihkan masalah dalam NFC dengan bayaran RM1.755 juta sebagai yuran perkhidmatan yang dibayar melalui syarikatnya, Shamsubahrin Ismail Resourses Sdn Bhd.

Umno-BN akan pro Israel jika menguntungkan mereka – Yusmadi

Oleh: Nabiha Hamid

KUALA LUMPUR : Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusuf berkata kerajaan Malaysia sebenarnya tiada dasar jelas apabila berdepan isu kritikal seperti pertikaian Israel-Palestin.

“Dasar luar kerajaan adalah opportunist (mengambil kesempatan)” katanya merujuk kepada tindakan Umno BN menggunakan khidmat APCO, agensi perhubungan awam Yahudi yang bertentangan dengan prinsip dasar luar negara.

Menurutnya, kerajaan Umno BN tidak konsisten apabila cuba melabel Anwar sebagai pro-Israel tetapi pada masa sama tidak teragak-agak mengupah APCO untuk kontrak gubahan imej negara.

“Pelantikan APCO langsung tidak menjaga sensitiviti dasar luar kerajaan yang mengharamkan sebarang hubungan diplomatik antara Israel,” kata Yusmadi lagi.

APCO adalah firma Yahudi yang diupah Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk menaikkan imejnya sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009 dengan menggunakan wang pembayar cukai sebanyak RM77 juta setahun.

Pendedahan mengenai penglibatan Apco dalam kerajaan mengheret Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama setengah tahun, tahun lalu.

“Jadi apa dia dasar yang sebenar Kerajaan mengenai Israel ini? Ia masih tidak jelas sehingga kini,” kata Yusmadi.

Menurut Yusmadi, Pakatan Rakyat mahupun keadilan mempunyai dasar yang jelas mengenai ini iaitu menekankan prinsip keadilan, kemanusia dan keselamatan.

“Anwar telah beri pandangan tegas, bagaimana isu Israel dan Palestin adalah mengenai isu keselamatan individu dua belah pihak tanpa memberi sebarang dokongan kepada dasar luar Israel yang menindas. Itu yang diperjuangkan Anwar sehingga sekarang,” katanya.

Dedahkan maklumat penuh projek Lebuh Raya Banting-Taiping

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mendedahkan segala maklumat kepada rakyat mengenai skandal projek lebuh raya Banting-Taiping.

Ini kerana katanya, berlakunya peningkatan sehingga 134 peratus terhadap projek itu berbanding kos asal.

“Pentadbiran Najib perlu memberitahu rakyat samada projek mega itu mengikut dasar dan prinsip Program Transformasi Kerajaan (GTP) atau ia sesuatu yang tidak telus,” katanya dalam kenyataan pada 31 Januari lalu.

Menurutnya, projek yang diberi kepada kumpulan Europlus Bhd (Europlus) itu juga bertentangan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan Najib.

“Sedangkan melalui GTP, kerajaan berjanji “mengurang ketirisan dana yang diperuntuk bagi pembangunan negara dan perbelanjaan operasi serta memastikan ketelusan dalam penganugerahan kontrak,” tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, langkah terbaik bagi menjawab kekeliruan rakyat mengenainya ialah dengan mendedahkan maklumat penuh mengenai projek itu.

“Pendedahan maklumat ini penting bagi memastikan skandal penyelewengan wang rakyat seperti yang berlaku sebelum ini tidak berlaku lagi,” ujarnya yang juga anggota Sekretariat Pakatan Rakyat.

Europlus sebelum ini mengumumkan menerima surat kelulusan membina lebuhraya itu daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri (JPM), melibatkan pinjaman mudah RM2.24 bilion, subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan Geran RM980 juta untuk pengambilan tanah.

Semakin besar bajet untuk SPRM, semakin teruk keadaan rasuah?

Lim Guan Eng


Perdana Menteri Najib Razak patut tinggalkan sahaja Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memerangi rasuah dalam GTP jika beliau tidak berani mewajibkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menterinya untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai kes skandal RM250 juta "lembu dan kondo" ataupun kes wang haram berjumlah RM1,077 bilion (termasuk wang rasuah) yang telah dialirkan keluar daripada negara dari tahun 2000-2009.

Pada bulan April 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan enam NKRA dalam GTP, dan salah satu daripadanya merupakan NKRA memerangi rasuah. Selepas hampir tiga tahun, Perdana Menteri masih tidak ada kejayaan. Malah, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia telah menurun kepada 4.3 daripada 10 dan tangga ke-60 daripada 183 negara dalam tempoh pentadbiran beliau.

Kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun diberi bajet tahunan sebanyak lebih RM200 juta sejak 2011 hanya diatasi oleh penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai-pegawainya. Selain daripada dakwaan rasuah, dua kes kematian telah terjadi dalam kawasan SPRM - Teoh Beng Hock pada Julai 2009 dan pegawai kanan Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed pada 6 April 2011.

Parlimen telah memperuntukkan bajet RM202.2 juta untuk SPRM pada tahun 2011 dan hasilnya adalah kedudukan CPI terendah untuk negara kita iaitu tangga ke-60 dan juga kadar CPI terendah iaitu 4.3. Pada tahun 1996, Parlimen telah memperuntukkan bajet RM29.4 juta untuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pada tahun itu Malaysia menduduki tangga ke-26 dan mencapai CPI tertinggi dalam 17 tahun iaitu 5.32.

Rakyat Malaysia berhak untuk membandingkan bajet yang diberi kepada BPR pada tahun 1996 dan SPRM pada tahun 2011, dengan CPI Malaysia pada kedua-dua tahun ini. Walaupun SPRM diberi bajet hampir tujuh kali ganda apa yang diberi pada tahun 1996, kenapakah CPI Malaysia pada tahun 2011 mendapat kedudukan yang paling rendah iaitu tangga ke-60 dan kadar CPI 4.3 apabila pada tahun 1996 kita berada di kedudukan ke-26 dengan kadar 5.32?

Nampaknya lagi besar bajet, lagi ramai staf dan lagi banyak sumber yang diberi kepada SPRM, lagi teruk keadaan rasuah di Malaysia. Ke manakah perginya lebihan sebanyak RM172.8 juta dalam bajet anti-rasuah pada tahun 2011 berbanding 1996?

1996 - 29.5 juta
1997 - 32.4 juta
1998 - 32.2 juta
1999 - 38.2 juta
2000 - 41.8 juta
2002 - 63.8 juta
2003 - 67.7 juta
2004 - 70.4 juta
2005 - 76.4 juta
2006 - 99.1 juta
2007 - 148.1 juta
2008 - 146.7 juta
2009 - 162.1 juta
2010 - 156.8 juta
2011 - 202.2 juta
2012 - 211.2 juta

Yang lebih teruknya adalah keengganan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan RCI mengenai skandal "lembu dan kondo" yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet dengan alasan lemah bahawa SPRM sedang menyiasat perkara ini. Sebenarnya, RCI diperlukan untuk menyiasat skandal "lembu dan kondo" ini kerana pihak umum sudah hilang kepercayaan dalam SPRM, seperti yang ditunjukkan oleh penurunan dalam kadar dan kedudukan TI.

NKRA memerangi rasuah yang dijuarai Perdana Menteri juga nampaknya bermasalah ekoran daripada keengganan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Pada 29 Januari 2012, Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri VK Liew telah mewajarkan keengganan beliau dengan mempersoalkan kenapa Ahli-ahli MMK (Exco) Pulau Pinang mengambil masa empat tahun untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Tidakkah pemimpin-pemimpin BN berasa malu kerana Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah berjaya melakukan demikian selepas 4 tahun walhal BN telah gagal selepas 55 tahun? Pengisytiharan harta ahli-ahli MMK Pulau Pinang merangkumi juga aset dan liabiliti mereka pada 8 Mac 2008 dan setakat 31 Disember 2011. Tambahan pula, pengisytiharan harta kita dibuat secara terbuka, dimuat naik ke dalam Internet dan telah disahkan oleh sebuah firma audit dan akauntan bebas, KPMG.

Jika Perdana Menteri tidak memberi SPRM kuasa pendakwaan bebas dan kebertanggungjawaban kepada Parlimen, menubuhkan RCI untuk skandal-skandal dan mewajibkan pengisyiharan harta secara terbuka, CPI Malaysia yang dikendalikan Transparency International akan terus merosot.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Korupsi di Malaysia canggih, kata Anwar

Ketidak kelihatan korupsi itu kerana Malaysia bekas jajahan Inggeris.


JAKARTA: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa korupsi di Malaysia lebih canggih tetapi tidak kelihatan.

Beliau membandingkan dengan Indonesia yang menurutnya berlaku secara terang-terangan.

“(Di Malaysia) tahap korupsi itu tinggi tapi tidak kelihatan, itu hebatnya kita,” kata pemimpin pembangkang itu Malaysia itu dalam pidato kebudayaan dengan tema ‘Kepemimpinan dalam Dinamika Perubahan Ekonomi Politik’ di Taman Ismail Marzuki (TIM), Cikini, Jakarta Pusat, semalam.

Menurut Anwar, ketidak kelihatan korupsi itu kerana Malaysia bekas jajahan Inggeris.

“Inggeris ini tahapnya hebat,” tambah Anwar seperti dilapur detiknews.com.

Di Indonesia, kata beliau korupsi dipengaruhi oleh penjajahnya Belanda.

Belanda dikenal sebagai negara yang keras sehingga korupsi Indonesia tidak lagi terlihat seperti di Malaysia.

‘Atas meja, bawah meja’

“(Di Indonesia) di atas meja di bawah meja jalan,” ujar Anwar yang menyebabkan hadirin tertawa.

Anwar mendakwa, cara korupsi di Indonesia itu tidak dapat diterapkan di Malaysia.

“Sebab, hal itu akan dianggap sesuatu yang curang, tidak beradab, serta dianggap pengkhianatan.

“Tapi kalau disimpan masuk ke akaun di London atau di Switzeland itu ada kecanggihan caranya,” kata beliau.

Anwar bagaimanapun, menegaskan korupsi sangat tidak bermoral.

Menurutnya, mengkritik pemerintah bukan lagi sesuatu yang cukup dalam membanteras korupsi, melainkan ketegasan pemimpinlah yang menentukan.

“Maka kita ambil keputusan, kita menentukan bahawa pemimpin itu harus lebih tegas,” tambah Anwar.