KUCHING: Seramai 1,030 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di Serian sehingga jam 7 pagi ini.
Angka itu tidak banyak berubah berbanding 1,043 mangsa yang direkodkan sehingga jam 10 malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Negeri, Siti Huzaimah Ibrahim, berkata empat pusat pemindahan masih
dibuka pagi ini.
"Hanya Serian masih mengalami banjir dengan empat pusat pemindahan beroperasi.
"Pusat pemindahan itu ialah Dewan Masyarakat Serian yang menempatkan
361 mangsa, 43 orang di Balai Raya Slabi Entungkuh, 257 mangsa di Dewan
Masyarakat Gedong dan 369 orang di Sekolah Kebangsaan Tanah Putih,"
katanya.
Sementara itu, hujan renyai-renyai diramal berlaku di beberapa kawasan di Kuching hari ini.
Bagaimanapun, difahamkan paras Sungai Sarawak dan beberapa sungai utama
lain seperti Sungai Sadong dan Sungai Samarahan berapa pada paras
normal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan