Ahad, 31 Mei 2020

Lapan hari tiada kes kematian, Malaysia optimis dapat putuskan rantaian Covid-19

MALAYSIA optimis dapat memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 dalam sedikit masa lagi susulan hasil keupayaan tinggi dalam mengesan penularan wabak tersebut serta tindakan program kesihatan yang mantap.

NOOR HISHAM
DR. NOOR HISHAM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata keupayaan pengesanan COVID-19 Malaysia kini berada pada kadar hampir 30,000 ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) sehari.

“Selain itu, Malaysia mempunyai 200,000 antigen rapid test kit dan hanya kurang 5,000 digunakan setakat ini,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata demikian ketika diminta  mengulas mengenai faktor yang menyumbang kepada tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh lapan hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu.

Setakat hari ini, kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal  pada 115 kes iaitu pada kadar 1.4 peratus berbanding keseluruhan 7,762 kes.

Beliau berkata pada masa ini, hampir 95 peratus ujian COVID-19 dijalankan adalah negatif.

Selain itu, katanya, penggunaan katil COVID-19 di hospital sudah kurang iaitu pada kadar 15 peratus.

“Sekarang hanya sembilan pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital dengan hanya dua memerlukan bantuan pernafasan.

“Ini berbanding pada satu masa angka itu pernah mencecah lebih 100 pesakit,” tambah beliau.

Menurutnya, berdasarkan trend terkini beliau optimis Malaysia dapat memutuskan rantaian penularan wabak itu dalam sedikit masa lagi.

“ Apa yang penting ialah pelaksanaan enam strategi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu pemantauan, keupayaan di hospital dan kawalan sempadan.

“Tiga lagi strategi ialah melindungi warga emas, pastikan rakyat Malaysia patuh prosedur operasi standard dan pemerkasaan komuniti, katanya.

Pada  sidang media berkenaan, Dr Noor Hisham, turut merakamkan penghargaan kepada warga kesihatan awam KKM yang melaksanakan tugas mereka dengan baik. – BERNAMA


‘Tong Sampah’ kini tercampak keluar dari BERSATU!

 Wartawan SuaraMerdeka / AININA SAADUDIN

TULISAN saya agak panjang kerana saya perlu menulis sejarah lima tahun.

Ramai fikir saya keluar BERSATU kerana kecewa disingkir sebagai Ketua Srikandi pertama, walhal penyingkiran berlaku pada 25 Disember 2016 sedangkan saya keluar BERSATU pada 16 September 2017.

Jika benar saya kecewa, saya tidak akan menunggu sehingga 10 bulan untuk membuat keputusan keluar parti.

Ada dua sebab utama kenapa saya keluar BERSATU:

1. Saya telah mendapat bukti bahawa Tun Dr. Mahathir telah memfitnah Datuk Seri Najib berkaitan 1MDB, SRC International, derma politik RM2.6 billion, kes pembunuhan Altantuya dan segala propaganda jahat melalui Sarawak Report, WSJ dan DOJ.

2. Saya curiga dengan pembahagian kerusi untuk ditandingi di PRU14 apabila DAP mendominasi kerusi-kerusi jamin menang dan PPBM perlu mengambil kerusi jamin kalah dari AMANAH dan PKR setelah DAP tidak mahu undurkan walau satu pun kerusinya untuk PPBM. (Natijahnya DAP menang 49 kerusi dan PPBM hanya menang 13 kerusi)

Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak gila jawatan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menjadi saksi bagaimana saya menolak jawatan Ketua Srikandi Malaysia dua kali sejak awal.

Saya tidak berjuang untuk jawatan dan saya tidak berminat untuk memegang jawatan politik, maka hingga hari ini juga saya kekal sebagai non partisan.

Sifat manusia tidak semua sama tetapi Tun Dr. Mahathir meletakkan saya sama seperti dirinya yang tidak pernah jemu untuk terus mahu menjadi Perdana Menteri.

“Saya kata mereka ini adalah ‘sampah’. Saya tidak minta maaf. Mereka lebih buruk dari musuh kita. Mereka mengkhianati perjuangan suci kita.” – ucapan Dr. Mahathir pada 30 Disember 2017 di Perhimpunan Agung PPBM pertama di Shah Alam.

bersatu

Ya Tun Dr. Mahathir tidak pernah meminta maaf dari saya malah saya difitnah pula menerima imbuhan RM5 juta, dua buah rumah, sebuah Velfire dan seorang pemandu yang dibayar gaji oleh UMNO untuk menentang beliau.

Saya dimaki, dicerca, dihina oleh rakyat kerana saya menuntut bela untuk Datuk Seri Najib atas dasar tanggungjawab selepas saya sedar semua fitnah ke atas beliau.

Betapa zalimnya saya diperlakukan hanya kerana saya tidak lagi menyokong Tun Dr. Mahathir.

Saya imbau kembali sejarah.

Ketika saya keluar PPBM pada 16 September 2017, Tun Dr. Mahathir kata “jika ada sampah, kita kena sapu ianya keluar”.

Saya jawab: “Ini kali pertama saya dengar sampah keluar dari tong sampah”.

Tiga tahun kemudian, hari ini 28 Mei 2020 “tong sampah pula kena campak keluar”.

Perlu saya ingatkan, saya tidak dipecat tetapi saya membuat keputusan keluar parti. Jika benar saya sampah takkanlah sampah boleh keluar sendiri dari tong sampah?

Saya bukan sampah tetapi tong sampah adalah orang yang menganggap semua yang tidak menyokongnya sebagai sampah sambil menganggap dirinya suci.

Maafkan saya jika terkasar bahasa tetapi saya tidak bercakap di luar konteks, saya masih mengikut naratif Tun Dr. Mahathir sendiri.

Saya tidak melabel sesuka hati, saya masih mengikut perlabelan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir sendiri.

Saya orang muda, saya melihat, mendengar dan mengkaji bahasa insan yang lebih tua dari saya.

Saya turut menyaksikan seorang demi seorang yang menganiaya saya tanpa pernah meminta maaf telah tumbang tanpa saya perlu membalas sendiri kerana Allah maha mengetahui dan Allah maha adil.

Allah tahu saya telah diperdaya untuk mempercayai Datuk Seri Najib mencuri dan saya dianiaya atas keikhlasan membantu perjuangan tersebut.

Bercakap tentang penganiayaan, apakah kali ini Tun Dr. Mahathir dianiaya atau beliau menganiaya dirinya sendiri?

Terdahulu, Tun Dr. Mahathir atas kapasiti sebagai Pengerusi BERSATU telah menandatangani perjanjian bersama pemimpin PH dan WARISAN pada 4 Mei 2020.

Tindakan tersebut bertentangan Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU yang menyatakan keahlian seseorang ahli parti akan tergugur jika ingkar peraturan parti, termasuk menyertai gabungan parti lain.

Namun tindakan tidak diambil ketika itu.

Pada 18 Mei 2020, Tun Mahathir dan 4 ahli parlimen BERSATU didapati enggan duduk di blok kerajaan dan memilih untuk bersama PH di blok pembangkang ketika sidang Parlimen berlangsung.

Ini bermakna Tun Dr. Mahathir telah mengkhianati parti sendiri dengan menyertai seteru partinya, PH.

Jangan lupa Tun Dr. Mahathir telah menumbangkan kerajaannya sendiri tiga bulan lalu dengan meletakkan jawatan walaupun puas dipujuk oleh YDP Agong.

Ianya kedengaran seperti kesalahan tidak masuk akal yang dilakukan bertubi-tubi oleh Tun Mahathir bukan?

Rumit untuk difahami tetapi saya percaya Tun Dr. Mahathir sendiri tidak memahami apa yang sedang beliau lakukan.

Saya percaya sejarah ini tidak akan dibakul sampahkan walaupun pelakunya telah mengibaratkan dirinya sendiri tong sampah.

Pintu taubat sentiasa terbuka dan jika Tun Dr. Mahathir sedar dugaan Allah ini adalah kerana Allah masih sayangkan dirinya untuk kembali ke landasan yang betul, maka saya doakan Allah merahmati beliau.


Pilihan berada di tangan Tun Dr. Mahathir dan saya atau sesiapa jua pun tidak layak menghakimi beliau kerana Allah lah Tuhan yang maha adil, bukan manusia.

Walau apa jua yang berlaku saya masih menghurmati Tun Dr. Mahathir sebagai Negarawan dan insan yang banyak berjasa kepada negara.

Bersama lah kita bermuhasabah diri dan saya mohon pemimpin hari ini jadikan sejarah sebagai pedoman hidup, bukan menghukum Tun Mahathir tanpa melihat diri sendiri di cermin.

Tun Dr. Mahathir masih pernah berjasa kepada negara dan kita semua.

Sebagai anak murid dan bekas anak emas Tun Dr. Mahathir, saya masih dan akan terus menyayangi beliau.

Saya kacang yang tidak melupakan kulit tetapi ingatlah bahawa jerat juga tidak melupakan pelanduk. – SM

Anwar sebagai bakal PM membosankan rakyat, Azizah calon terbaik

PARTI Keadilan Nasional sebagai parti utama dalam Pakatan Harapan perlu lebih berani untuk mula menampilkan tokoh-tokoh baharu sebagai alternatif calon Perdana Menteri.

Menurut Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah Haris Alimudin, agenda PKR bahawa hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri membosankan rakyat.

Menurut beliau, PKR mempunyai ramai tokoh yang berwibawa untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri termasuk Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Agenda hanya Anwar Ibrahim sebagai bakal PM membosankan rakyat. PKR sebagai parti utama harus lebih berani untuk mula menampilkan tokoh-tokoh baharu sebagai alternatif selepas DSAI.

“Hakikat bahawa aura reformasi sudah memudar harus diterima. PKR mempunyai ramai tokoh yang telah berjaya dibina. Calon terbaik buat masa ini adalah Datuk Seri Wan Azizah sendiri.

“Seorang wanita dan tidak mempunyai political baggage yang berat,” kata Haris dalam satu artikel yang ditulis dan diterbitkan di Gemilang Daily.

Dalam artikel bertajuk ‘Saranan untuk PH andai dapat kembali berkuasa’ itu, Haris juga berkata, masalah utama PKR adalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang tidak jujur sehingga mudah melompat.

Jelas beliau, PKR perlu membina kesetiaan kepada parti. Ahli-ahli yang sudah teruji kesetiaan kepada parti mesti diberikan keutamaan menjadi pemimpin dan calon pilihanraya agar tidak mudah dibeli dan berpindah parti.

Sementara itu mengenai Amanah, Haris berkata, parti itu masih belum dikenali dan agenda Amanah masih jauh dari difahami pengundi.

Amanah diharapkan menggantikan peranan Pas di dalam PH itu kata beliau, sehingga kini masih dilihat tidak mampu menyaingi pengaruh Pas khususnya di kawasan tradisional Melayu Islam.

“Kebanyakan pemimpin Amanah adalah bekas pimpinan Pas di semua peringkat dan hakikat bahawa Amanah terbina dari serpihan Pas harus diterima.

“Sentimen ini masih terbawa-bawa sehingga dilihat Amanah terlalu fokus menyerang Pas dan menenggelamkan agenda lainnya. Rakyat kebanyakan yang tidak pernah peduli romantisme ini melihat ia dengan bosan dan muak,” kata Haris.-SM

Senarai berita palsu

fazleensafina


KPM nafi keluar kenyataan buka sekolah, universiti

KUALA LUMPUR – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pihaknya mahupun KP Kesihatan pernah mengeluarkan kenyataan tentang jadual pembukaan persekolahan dan universiti. Sehubungan itu, KPM memaklumkan sebarang maklumat berkaitan jadual pembukaan persekolahan dan universiti akan dikeluarkan di medium rasmi KPM.

2. Crisis Management Center (CMC) Wilayah Persekutuan menafikan Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya mengeluarkan larangan kepada para pelawat daripada berada di premis PPA1M Selasih, Presint 17 mulai 30 Mei 2020. Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan WP Putrajaya menggesa orang ramai agar berhenti menyebarkan sebarang berita yang tidak ditentusah untuk mengelak sebarang kekeliruan. -Bernama

Syed Saddiq dakwa Hamzah kata Muhyiddin gila jawatan PM

Syed Saddiq (kanan) bersama Ketua Penerangan Pemuda PPBM, Ulya Aqamah (tengah)
 dan Bendahari Pemuda, Rafiq Hakim pada sidang media di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Hamzah Zainudin mengatakan Muhyiddin Yassin, semasa masih timbalan presiden Umno, “gila jawatan hendak jadi perdana menteri”.

Syed Saddiq mendakwa Hamzah, ketika itu menteri perdagangan dalam negeri, koperasi, dan kepenggunaan dalam pentadbiran Najib Razak, berkata demikian dalam pertemuan untuk menarik beliau keluar daripada PPBM.

Hamzah ketika ini setiausaha agung PPBM, dilantik Presiden Muhyiddin Yassin pada 26 Mac lalu.

“Saya ingat lagi sebelum pilihan raya umum, salah seorang menteri jumpa dengan saya, cuba untuk tarik saya dari PPBM, tidak lain tidak bukan adalah orang sama yang ketuai PPBM sekarang ini untuk membuang Dr Mahathir Mohamad.

“Dia memanggil saya ke pejabat dan bila berjumpa, dia berkata ‘Muhyiddin gila jawatan hendak jadi perdana menteri, sebab itu dia masih menyerang perdana menteri Najib Razak’.

“Malangnya orang yang sama ini diberi kuasa untuk menentukan hala tuju PPBM. Individu ini tidak lain tidak bukan adalah Hamzah Zainudin,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Umno memecat Muhyiddin pada 2016 susulan perselisihan beliau dengan Najib berkaitan isu 1MDB.

Syed Saddiq berkata banyak perkara boleh beliau kongsikan dengan media namun buat masa ini beliau hanya hendak ingatkan Muhyiddin “siapa rakan kamu ketika kamu dalam keadaan susah dan senang”.

“Bahkan siapa yang tinggalkan kamu dan tikam kamu dari belakang, sehingga kamu tidak berkuasa dan melabel kamu sebagai seseorang yang gilakan jawatan dan hanya ingin jatuhkan Najib kerana hendak jadi perdana menteri,” katanya.

FMT sedang mendapatkan reaksi Hamzah.

Hamzah baru-baru ini mengesahkan keahlian Syed Saddiq dan 4 individu lain dalam PPBM terhenti serta-merta.

Sementara itu, Syed Saddiq turut mengulas dakwaan bekas setiausaha politik Mahathir, Zahid Md Arip mengatakan Mahathir sedia maklum dengan keputusan pimpinan PPBM yang berhasrat keluar Pakatan Harapan.

Zahid dipetik sebagai berkata “keputusan besar” itu tidak boleh diputuskan Muhyiddin seorang.

“Kalau betul, kenapa Mahathir keluarkan surat pemecatan kepada Zahid sehari selepas majlis pimpinan, selepas dia tikam Mahathir dari belakang?

“Kenapa Mahathir hendak keluarkan surat pemecatan kalau betul Zahid hanya ikut kata-katanya?”

Waktu operasi mesin wang bank kembali biasa esok

PUTRAJAYA: Waktu operasi mesin juruwang automatik (ATM) akan kembali beroperasi seperti biasa mulai esok sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Waktu operasi ATM sejak 19 Apr dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh PKP bagi menghalang orang menggunakannya sebagai alasan untuk keluar lewat malam.

“Kalau dulu sebelum PKP, waktu operasi mengikut bank tertentu sampai 11 malam atau lebih, kali ini ia boleh beroperasi seperti biasa,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, penjarakkan sosial 1 meter dan tatacara operasi standard masih perlu dipatuhi semua pihak.


Berzumba ketika PKPB, 15 wanita dikompaun RM1,000

Seramai 15 wanita yang melakukan aktiviti zumba di sebuah premis di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sepasukan anggota polis yang menjalankan tugas rondaan PKPB dan cegah jenayah membuat pemeriksaan di premis berkenaan pada 6.30 petang Jumaat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita berumur antara 25 dan 50 tahun itu sedang menjalankan aktiviti zumba di dalam premis berkenaan dan gagal memberi penjelasan munasabah untuk berkumpul.

“Mereka telah melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)," katanya dalam kenyataan hari ini.- Bernama


Redzuan cuba pujuk Dr M kerjasama dengan Muhyiddin ketika ziarah raya

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof mengakui bahawa dia bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) pagi semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata pertemuan itu hanya merupakan ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Redzuan berkata, dalam kunjungannya itu, beliau berusaha memujuk Mahathir itu untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi membangunkan semula negara, berikutan wabak Covid-19.

"Ya memang betul saya berjumpa Tun (Mahathir). Saya jumpa di YKP lebih kurang jam 9 pagi. Saya boleh berjumpa selepas mendapat pelepasan daripada MKN (Majlis Keselamatan Negara), sebab saya negatif (Covid-19).

"Pertemuan itu perjumpaan biasa. Ziarah sempena Aidilfitri. Kita kawan baik, kawan lama. Tidak ada bincang soal politik.

"Saya nasihat dan mengajak Tun supaya sama-sama bantu Muhyiddin sebagai 'kawan-kawan' untuk membina semula negara sebab kita sedang dilanda Covid-19. Nampak Tun positif dengan nasihat itu.

"Pertemuan itu juga bukan seperti dilaporkan media yang saya akan tinggalkan PN (Perikatan Nasional). Itu tidak betul. Itu semua fitnah orang yang ada kepentingan, yang nak burukkan saya," katanya seperti dilapor BH Online.

Semalam, terdapat spekulasi mengatakan bahawa Redzuan, yang merupakan ahli Parlimen Alor Gajah dan Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh, akan menyatakan sokongan mereka terhadap Mahathir.

Namun, perkara tersebut tidak berlaku.

Sebelum ini, Bersatu telah membatalkan keahlian Mahathir, timbalan presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir; Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta anggota majlis tertinggi Bersatu, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.

Keputusan itu dibuat kerena mereka duduk di blok pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu.

Berdasarkan status quo buat masa ini, Muhyiddin memperoleh sokongan 113 ahli parlimen, iaitu majoriti dua kerusi daripada 222 anggota parlimen di Dewan Rakyat.

Pada Februari lalu, Mahathir mengambil keputusan meletak jawatan selaku perdana menteri ketujuh susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Pada 1 Mac, Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri Malaysia kelapan selepas mendapat sokongan majoriti anggota parlimen, dengan membentuk kerajaan PN bersama BN, PAS, dan GPS bagi membentuk kerajaan baru menggantikan PH.


455 ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Seramai 979 individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan sepanjang tahun lepas dalam operasi (op) mabuk di sekitar ibu kota, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Tanpa memperincikan maklumat pecahan statistik kes itu, beliau berkata ada antaranya dituduh di mahkamah dan ada sehingga kini masih dalam siasatan.

“Kebiasaannya trend pemandu mabuk di ibu negara berlaku selepas tengah malam,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan Op Mabuk oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Menurut Mazlan, dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, seramai 455 orang ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sementara itu, mengenai operasi yang bermula pada pukul 11 malam sehingga 1 pagi itu, Mazlan berkata lapan individu termasuk dua bukan warganegara ditahan di tiga lokasi iaitu di Solaris, Jalan Raja Chulan dan Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur kerana berada di bawah pengaruh alkohol.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai agar mematuhi undang-undang dan berharap operasi dijalankan ini dapat mengurangkan jumlah mereka yang membawa kenderaan di bawah pengaruh alkohol bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.- Bernama

Kanak-kanak perempuan maut kena lebih 60 sengatan tebuan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang kritikal akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa Nur Nazihah Mohd Sabri meninggal dunia pukul 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata kematian mangsa disebabkan kegagalan organ dalaman akibat toksin yang banyak berpunca daripada sengatan terbuan.

"Mangsa yang dimasukkan ke HSNZ pada 9.17 malam semalam dari Hospital Dungun mempunyai 65 kesan sengatan tebuan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa Rohayu Mat Lazim, 39, ketika dihubungi Bernama berkata jenazah anak ketiga daripada lima beradik itu dibawa pulang ke Kerteh dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kerteh 5, di Dungun pagi ini.

“Sedih sangat, tidak sangka hilang anak sekelip mata namun saya reda dengan ujian Allah ini. Seorang lagi anak masih dalam pemantauan doktor di HSNZ… semoga dia cepat sembuh seperti biasa,” katanya sebak.

Semalam, Bernama melaporkan dua beradik, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, terpaksa dikejarkan ke HSNZ, selepas terkena sengatan tebuan dalam kejadian kira-kira 3 petang di kawasan berbukit berhampiran rumah mereka di Felda Kerteh 4, Dungun.

Ibu mangsa berkata Nur Nazihah dan adiknya, Muhamad Azib, 6, sedang bermain-main dengan beberapa kawan serta seorang lagi kakak mereka yang berusia 11 tahun.

Kejadian disedari apabila anak lelakinya itu meluru masuk ke rumah dalam kesakitan dan memberitahu kakaknya teruk disengat tebuan.

Rohayu menghantar kedua-dua anaknya ke Klinik Ketengah Jaya sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan dan seterusnya ke HSNZ tidak lama selepas itu.- Bernama


Penjelasan Muhyiddin bukti tolak ansur Presiden Bersatu - Syed Ali

Penjelasan Muhyiddin bukti tolak ansur Presiden Bersatu - Syed Ali
Syed Ali menjelaskan, rakyat kini mahu Muhyiddin meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri kelapan sehingga PRU ke-15. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Penjelasan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima lagi pemimpin parti itu boleh diterima umum.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee sebaliknya menegaskan, Dr Mahathir memilih haluan berbeza dengan bersekongkol bersama Pakatan Harapan (PH) pada saat Pemangku Pengerusi Bersatu itu sudah banyak bertolak ansur dan memberi ruang kepadanya untuk memperkukuhkan parti.

"Saya tidak berniat untuk mencampuri urusan politik songsang Dr Mahathir, tetapi sebagai rakyat, saya tidak mahu melihat sifat dendam Dr Mahathir terhadap Muhyiddin akan merosakkan negara dan menyusahkan kehidupan semua.

"Apa sebenarnya yang Dr Mahathir mahu? Takkan dengan usia lanjut itu beliau masih lagi ketagih untuk jawatan Perdana Menteri? Apakah beliau mahu jawatan itu dijadikan harta pusaka agar diwarisi oleh keturunannya sahaja? Apakah lebih 30 juta rakyat ini tidak layak dan hanya beliau seorang sahaja yang selayaknya menjadi Perdana Menteri?

"Pada pemerhatian saya, Dr Mahathir selalu berhelah dengan mendakwa untuk 'mengembalikan mandat rakyat' dan Muhyiddin perlu dijatuhkan. Saya hendak tanya, rakyat mana?" soalnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Sabtu.


BACA: Tiada individu atasi perlembagaan parti - Muhyiddin

BACA: 
Kelima-lima mereka tidak dipecat, tetapi keahlian mereka terhenti - Hamzah Zainuddin

Sebelum ini, Muhyiddin menjelaskan beliau tidak mengambil tindakan terburu-buru dan mahu berlaku adil kepada semua pihak walaupun banyak desakan supaya tindakan diambil lebih awal.

Dalam pada itu, Syed Ali menjelaskan, rakyat kini mahu Muhyiddin meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri kelapan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

"Jika Dr Mahathir berhajat untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, beliau sewajarnya menyokong Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu dan Perdana Menteri selain boleh berkhidmat selaku seorang Negarawan yang dihormati.

"Maruah Dr Mahathir tidak akan 'jatuh' jika menyokong perpaduan rakyat dan berlapang dada dengan 'berketuakan' Muhyiddin selaku Perdana Menteri yang sah di segi undang-undang dan Perlembagaan negara. Percayalah, Dr Mahathir tidak akan melakukan 'kesilapan lagi' dengan memilih Muhyiddin.

"Rakyat juga sudah letih dengan adu domba politik yang sedang berlaku ini, di masa negara sedang dilanda COVID-19," ujarnya.

Terdahulu, keahlian lima Ahli Parlimen Bersatu iaitu Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik diumum dihentikan kerana dilihat melanggar perlembagaan parti.

Hasrat pegawai RELA derma darah tidak tercapai

Hasrat pegawai RELA derma darah tidak tercapai
St John Ambulance Malaysia menganjurkan program derma darah selama tiga hari di 23 lokasi di Kuala Lumpur dan sembilan negeri lain dari 29 hingga 31 Mei. - Gambar fail

GEORGE TOWN: Berikutan kekurangan bekalan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP), seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berhasrat menderma darah walaupun telah berbuat demikian pada bulan lepas.

Pemangku Presiden Rela Pulau Pinang Lim Poh Tek berkata beliau telah menderma darah pada 10 April di sebuah hospital swasta dan ingin melakukannya sekali lagi pada program anjuran St John Ambulans Malaysia di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini.

Namun, hasrat Lim tidak tercapai kerana menurut petugas program itu, beliau hanya boleh menderma darah tiga bulan selepas kali terakhir beliau berbuat demikian, selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Saya mahu menderma darah jika diberi peluang tetapi ketika ini saya hanya boleh memberi sokongan kepada rakan-rakan," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Turut bersama beliau untuk menderma darah adalah tujuh lagi anggota Rela.

St John Ambulance Malaysia menganjurkan program derma darah selama tiga hari di 23 lokasi di Kuala Lumpur dan sembilan negeri lain dari 29 hingga 31 Mei.

Menurut Lim, arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan penularan pandemik COVID-19 menyebabkan bilangan penderma darah di Pulau Pinang berkurangan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pegawai Maklumat Jabatan Transfusi Perubatan HPP Marshita Othman berkata kempen derma darah hari ini mendapat sambutan menggalakkan, melebihi sasaran 60 penderma.

"Kemungkinan kami mampu mengumpul 140 beg darah pada akhir program di Pulau Pinang hari ini," katanya.-- BERNAMA

Muhyiddin rancang tarik pemimpin UMNO sertai Bersatu?

Manzaidi Mohd Amin
muhdin-681x351
Rakaman audio Muhyiddin tular di media sosial dan dijadikan bahan propaganda penyokong PH.

KUALA LUMPUR – Satu rakaman suara perbincangan antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa pemimpinnya sedang merancang untuk menarik seramai mungkin pemimpin UMNO menyertai parti itu tular di media sosial sejak semalam.

Rakaman berdurasi 2.24 minit yang dijadikan bahan propaganda oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) itu mendedahkan bagaimana perancangan Muhyiddin hendak menjadikan Bersatu sebuah parti Melayu terbesar dengan mengajak pemimpin UMNO menyertainya.

Dalam perbualan itu, hanya suara Muhyiddin yang kedengaran jelas merangka perancangan, disambut sokongan dan hilai ketawa pemimpin lain yang hadir pada perjumpaan berkenaan.

“Saya katakan ada 30 lebih yang (pemimpin) UMNO sekarang ini, boleh tak kita jumpa dan cakap dengan mereka? Hei, kita nak membentuk kerajaan kan? mengapa tidak sertai Bersatu?

“Kalau Bersatu sudah (ada) 41 (orang), campur 10 daripada UMNO, sudah (ada) 40. Kita adalah parti yang terbesar. Saya sedihlah, Tun (Dr. Mahathir Mohamad) tak ikut perancangan besar ini, dan saya rasa ia boleh dilaksanakan.

“Kalau kita ambil seorang (demi) seorang, mungkin ada antara mereka (pemimpin UMNO) kalau kita tawarkan jawatan tertentu, apa beza (mereka) nak sertai Bersatu, (dan) apa beza nak kekal dalam UMNO?,” soal beliau yang dipetik sebagai berkata dalam rakaman audio itu.

Menurut Muhyiddin, jika usaha sedemikian dilakukan, beliau percaya sebahagian besar pemimpin UMNO akan menyertai Bersatu.

Katanya, ini terbukti apabila sudah ada beberapa pemimpin UMNO yang menyertai parti itu yang merujuk kepada kemasukan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan beberapa yang lain.

“Bayangkan kalau 30 masuk dengan kita? Dengan 40 yang ada, kita adalah satu-satunya parti Melayu paling besar yang memerintah. Yang ini perancangan besar. Maaflah, nak cakap sikit walaupun saya sakit, saya buat kerja. Tiap malam saya cakap dengan orang.

“Hari tu saya cakap dengan Hamzah, Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu). mengapa kita tidak berbincang? Awak pun boleh Rafiq (Mohd Rafiq Naizamohideen – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Melaka).

“Cakap (pujuk dengan) seorang dua, tiga, empat, lima (orang)… kalau tambah seorang dua, tiga… kalau dia (mereka) tau kerajaan baru nak terbentuk, (pemimpin) UMNO (akan) masuk,” katanya.

Beliau turut menyatakan, kenapa pemimpin berkenaan tidak menyertai Bersatu sekarang, dan kenapa perlu mahu menyertainya kemudian?

Katanya, kalau jika jentera Bersatu melakukan dari sekarang, bukan sahaja 10 atau 20 pemimpin UMNO akan menyertai parti itu, termasuk yang memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin berkata, pemimpin yang menyertai Bersatu akan diberikan jawatan Menteri dan sekurang-kurangnya pengerusi di syarikat kerajaan (GLC) supaya mereka tidak menyertai PH dan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Sudah tentulah, Tun beritahu saya No (tidak).. mungkin dia akan buat sesuatu. Saya tak fikir dia boleh buat sesuatu, dan semua orang ikut Najib punya tuntutan, dan ugut kita kalau kita tak bagi ini, kami akan keluar beramai-ramai.. mungkin boleh, tapi mungkin tak berjaya.

“Jadi, saya fikir jangan buat kesimpulan tersebut kerana jika ia terjadi, kelebihan adalah pada UMNO. Pada dasarnya, kalau kita buat begitu akan menguatkan Bersatu.

“Kalau Tun panggil dua tiga orang UMNO, kita cadangkan sertai sekarang. Kalau begitu kita jadi majoriti, lebih besar dari parti-parti lain yang ada sekarang. Bila masa lagi, inilah masanya,” katanya. – MalaysiaGazette


Sabtu, 30 Mei 2020

Eksport minyak sawit naik selepas India sambung pembelian

India bersetuju membeli 200,000 tan minyak sawit dari Malaysia minggu lalu.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis minyak sawit meramalkan prospek untuk eksport minyak sawit negara ke India terus meningkat susulan laporan pengimport di negara Asia Selatan itu minggu lalu menandatangani perjanjian untuk membeli 200,000 tan komoditi itu.

Sathia Varqa yang berpangkalan di Singapura memberitahu FMT, pengeluar Malaysia akan mendapat manfaat besar memandangkan harga minyak sawit mentah kini mencecah RM2,300 setan.

Beliau mengaitkan penyambungan permintaan dari India itu kepada penukaran kerajaan di Malaysia 3 bulan lalu.

Pembelian India terjejas selepas bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan New Delhi dalam beberapa isu, termasuk dasarnya ke atas Kashmir dan undang-undang kerakyatan penuh kontroversi.

Sathia berkata, harga minyak sawit mentah boleh mencecah RM2,400 setan, jika India dan China mengekalkan pembelian mereka.

“Ini dilihat mungkin berlaku ketika kedua-dua negara melonggarkan sekatan dan menyambung semula penyimpanan bekalan.

“Stok minyak makan India kini sangat rendah dan di tahap defisit selama 11 bulan berturut-turut dari tahun ke tahun.”

Awal minggu ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyuarakan keyakinan terhadap harga komoditi itu akan mencecah RM2,300 hingga RM2,400 setan dalam beberapa bulan akan datang hasil hubungan diplomatik lebih baik dengan India.

Sathia berkata, Malaysia mempunyai kelebihan berbanding Indonesia kerana eksport minyak sawit republik itu tertakluk kepada levi eksport yang meningkat sebanyak AS$5 kepada AS$55, manakala cukai eksport minyak sawit Malaysia akan dikurangkan daripada 4.5% sekarang kepada 0%.

Bagaimanapun, katanya, harga mungkin merosot pada suku terakhir tahun ini dengan pengeluaran memuncak dan stok bertambah.

Beliau berkata, rancangan kerajaan untuk menyambung semula program biodiesel B20 pada September ini, selepas membatalkannya akibat perintah kawalan pergerakan akan membantu permintaan untuk minyak sawit.

“Tetapi, sama ada ini boleh dilaksanakan ialah perkara lain disebabkan harga rendah minyak mentah dan harga tinggi minyak sawit, yang bermakna kos pengeluaran biodiesel adalah tinggi.”

Beliau menganggarkan dengan harga ketika ini, kerajaan akan perlu memberi subsidi kepada program biodiesel sebanyak AS$400 juta untuk menandingi harga diesel.

Jika masalahnya ialah mengekalkan permintaan, katanya, kerajaan perlu memilih perjanjian perdagangan dua hala, diskaun untuk pasaran membangun terpilih, mewujudkan mekanisme pembiayaan untuk menjadikan biodiesel lebih mampan dan mempromosikan penggunaan minyak sawit secara agresif.

PPBM pecat Dr M takkan jejas undi Melayu di Chini, kata penganalisis

Kamarul Zaman Yusoff berkata, pemecatan Dr Mahathir Mohamad daripada PPBM mungkin meningkatkan undi bagi Umno dalam PRK Chini.
PETALING JAYA: Dua penganalisis berpendapat pemecatan Dr Mahathir Mohamad daripada PPBM tidak banyak menjejaskan cara orang Melayu mengundi pada Pilihan Raya Kecil Chini pada Julai nanti.

Azmi Hassan daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, hanya “jumlah tidak signifikan” pengundi Melayu akan terasing, manakala Kamarul Zaman Yusoff daripada Universiti Utara Malaysia menyifatkan pengaruh bekas perdana menteri itu di Chini “sangat kecil”.

Azmi berkata, kebanyakan kemenangan PPBM dalam pilihan raya 2018 dicapai dengan bantuan yang banyak daripada penyokong DAP, PKR dan Amanah.

PPBM meninggalkan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.
Azmi Hassan
Dari segi populariti dalam kalangan pengundi Melayu, Azmi berkata, PPBM ketinggalan di belakang Umno dan PAS yang kini menjalin kerjasama politik.

“Pengundi bukan Melayu yang menyokong PPBM pada PRU14 tentunya masih menyokong PH, tanpa mengambil kira pemecatan Mahathir,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, cara lebih baik untuk mengukur impak pemecatan Mahathir ialah melihat jika ia akan menyebabkan pembelotan dalam PPBM.

Kamarul meragui Mahathir mempunyai pengaruh besar di seluruh Pahang.
Beliau mendapati Chini, sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), terletak di bawah kubu kuat Pekan, di mana bekas perdana menteri, Najib Razak ialah ahli Parlimennya.
Kamarul Zaman Yusoff
“Pemecatan Mahathir daripada PPBM mungkin meningkatkan undi bagi Umno.”

Kamarul mengkritik Mahathir kerana tidak konsisten dalam pelbagai isu dan beliau secara perlahan-lahan semakin dilupakan, mungkin popularitinya hanya kekal di Kedah.

PRK Chini akan diadakan pada 4 Julai ini susulan kematian penyandang, Abu Bakar Harun daripada Umno, yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,622 undi selepas menewaskan calon PAS dan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu.

Khamis lalu, PPBM menghentikan serta-merta keahlian Mahathir dan 4 ahli Parlimen lain kerana mereka duduk bersama blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Empat yang lain ialah anak Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah dan Maszlee Malik.

Hantar pulang PATI fasa 1 mula 6 Jun, kata Ismail

Ismail Sabri Yaakob.

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata fasa pertama penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) akan bermula 6 Jun.

Ini akan melibatkan 2,189 warga Indonesia di depot tahanan imigresen (DTI) di Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta 672 PATI di DTI di Sabah.

“Semua PATI Indonesia yang akan dihantar pulang akan menjalani ujian RTK Antigen, yang mana pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dijemput untuk turut berada semasa ujian dijalankan,” katanya pada sidang media hari ini.

Kumpulan pertama melibatkan 450 PATI akan dihantar pulang dengan 3 penerbangan ke Jakarta, Medan, dan Surabaya pada 6 Jun, diikuti penghantaran pulang 445 PATI ke Jakarta, Medan, dan Surabaya pada 10 Jun.

Proses penghantaran pulang juga akan menggunakan jalan laut, di mana 1,294 PATI berlepas ke Medan pada 22 Jun.

Ismail berkata fasa kedua akan melibatkan 2,623 PATI yang akan dihantar pulang dalam masa 2 bulan.

“Pihak KBRI juga dibenarkan untuk membuat lawatan konsular bagi menguruskan urusan dokumentasi PATI yang belum mempunyai dokumen perjalanan.

“Kerajaan Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Indonesia atas kerjasama yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata imigresen bersama Wisma Putra sedang berbincang dengan Kedutaan Nepal dan Bangladesh bagi menghantar pulang 246 PATI Nepal dan 2,476 PATI Bangladesh yang berada di DTI.

Kedutaan Kemboja juga menyatakan kesediaan untuk menerima pulang 67 warganegara mereka yang berada di DTI.

Ismail juga memaklumkan kerajaan menjalankan saringan Covid-19 ke atas 4,807 PATI serta pegawai dan kakitangan di 3 DTI iaitu DTI Bukit Jalil sebanyak 1,545, DTI Semenyih 1,785 dan DTI KLIA 1,477.

Katanya, daripada jumlah yang disaring 385 individu didapati positif Covid-19 termasuk seorang kakitangan DTI Semenyih.

“37 individu lagi masih menunggu keputusan.

“Semua mereka dihantar ke Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, MAEPS, Serdang untuk rawatan,” katanya.

Ismail berkata seramai 26 PATI discaj dan dalam proses penghantaran pulang ke negara asal.

Institut memandu dibenar operasi

Dalam perkembangan lain, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada institut memandu dan latihan serta proses pelesenan pemandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) beroperasi dari 8 pagi sehingga 4 petang bermula 1 Jun.

JPJ juga menetapkan tatacara operasi standard (SOP) selaras dengan ketetapan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Seperti pemeriksaan suhu, nyahjangkit di luar dan dalam kenderaan pada setiap masa sebelum dan selepas digunakan dan memastikan kapasiti dan aturan tempat duduk terkawal.

“Orang ramai diingatkan agar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dan juga mengamalkan norma baru seperti penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri,” katanya.


Suami, isteri terpisah boleh rentas negeri mulai 1 Jun

PUTRAJAYA: Kerajaan menarik balik larangan merentas negeri kepada suami atau isteri yang terpisah dengan pasangan dan anak kerana perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata pasangan terpisah itu boleh memulakan perjalanan merentas negeri bermula 1 Jun.

“Setelah nasihat pihak polis, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersetuju memberi kelonggaran dalam merentas negeri.

“Dulu rentas negeri pasangan berpisah atau berjauhan kita hentikan sebelum musim perayaan. Larangan itu ditarik balik,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata kelonggaran merentas negeri juga diberi untuk sebab kecemasan, seperti kematian dan perubatan, dan pekerjaan.

“Seperti ulang alik ke tempat kerja kita benarkan, (contoh) duduk di Seremban, kerja di Putrajaya.

“Namun, rentas negeri masih tidak dibenarkan atas sebab-sebab lain,” katanya.

1 kompaun ziarah Aidilfitri

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata polis turut mengeluarkan kompaun kepada 471 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.

Daripada 300 kompaun yang dikeluarkan di balai polis, 1 kompaun atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

“Sebanyak 171 kompaun dikeluarkan di lapangan dan daripada jumlah itu sebanyak 76 kompaun dikeluarkan di sekatan jalan raya,” katanya.

Kelab malam masih tidak dibenarkan

Ismail juga menegaskan kelab malam masih tidak boleh beroperasi dan dalam senarai larangan.

Mana-mana yang buka operasi kelab malam dianggap melanggar undang-undang dan peraturan.

“Jadi saya harap pihak polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera untuk pastikan kelab malam tersebut ditutup kerana melanggar akta dan undang-undang telah kita keluarkan,” katanya.


Serangan psywar PH kononnya 129 MP membuatkan sokongan PN makin kuat


PH membuat serang psywar kononnya mereka ada sokongan 129 MP. Mereka kata pula ada 2 menteri akan letak jawatan. Serangan ini nak gugat PN tapi ternyata serangan ini menyebabkan sokongan kepada PN mangkin kuat. Hari ini GPS kata kerja bodoh/giler kalau sokong PH atau Mahathir. Tadi 2 orang menteri tak ada pun sidang media.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Shahruddin Mohd malah tak tahu menahu perkara ini sedangkan dia dalam keadaan kuarantin 14 hari.

Petang tadi Rina Harun nafi.

Hebat permainan ORANG GILER NAK JADI PM

-----

Rina Harun nafi mahu letak jawatan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun menafikan spekulasi yang mengatakan dia akan meletakkan jawatan.

Rina antara menteri Bersatu yang dikaitkan dengan spekulasi akan meletakkan jawatan.

"Saya cuma nak nyatakan sehingga kini, saya merupakan ahli parti Bersatu, ketua Wanita Bersatu dan juga menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan juga presiden parti," katanya kepada media di Hotel Sofitel di Bukit Damansara, petang tadi.

Rina juga menekankan bahawa di tengah pandemik Covid-19, tumpuan harus diberikan kepada rakyat dan bukannya polemik politik.

Rina antara beberapa pemimpin yang dilihat tiba di hotel itu bersama Hamzah Zainudin, setiausaha agung Bersatu yang dilantik dari kem Muhyiddin.

Hamzah sebelum itu mengadakan sidang media di ibu pejabat Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga turut kelihatan.

Mereka mengadakan perbincangan di hotel selama kira-kira satu jam sebelum Hamzah berdedar.

Ketika ditanya mengenai topik yang dibincangkan, Rina menjawab bahawa mereka menyewa hotel bagi tujuan penyediaan makanan dan minuman.

Bersatu menyaksikan perpecahan dalaman selepas Muhyiddin membawa parti itu keluar dari Pakatan Harapan pada Feb lalu.

Muhyiddin kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, BN, dan PAS.

Pakar politik meramalkan bahawa gabungan PN boleh menghadapi masalah berkaitan dengan kerusi pilihan raya kerana Bersatu, Umno, dan PAS bertumpu di kawasan yang sama. Umno dilihat tidak akan memberi laluan kepada Bersatu.

Mahathir pula menjangkakan Bersatu akan dipinggirkan oleh Umno.

Setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya sebelum ini mengumumkan membatalkan keanggotaan Mahathir dan empat yang lain kerana duduk di bangku pembangkang di Parlimen pada 18 Mei lalu.

Namun, Mahathir dan beberapa ahli parlimen Bersatu yang lain menolak keputusan yang diumumkan Suhaimi dengan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan itu.

Susulan itu, Mahathir berkata bahawa beliau sebaliknya memutuskan untuk memecat Suhaimi dari jawatan sebagai setiausaha kerja Bersatu kerana membuat keputusan melebihi bidang kuasanya.

MR :  2 orang tua yang patut berundur untuk kesejahteraan rakyat

KOLUM | Masa untuk Umno tolong PAS di Chini pula

Malaysiakini


KOLUM | Bagi Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad , Pakatan Harapan (PH) perlu bertanding PRK DUN Chini atas dasar prinsip.

Bagaimanapun ramai kalangan penyokong PH sendiri yang berpendapat gabungan itu tidak perlu letak calon kali ini dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk wabak Covid-19.

Pucuk pimpinan PH bagaimanapun belum membuat keputusan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun mengumumkan tidak ada ceramah jika perintah kawalan pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa. Tentunya sukar untuk berkempen.

Hari penamaan calon ialah pada 20 Jun manakala pilhan raya kecil ditetapkan 4 Julai.

Kerusi DUN Chini kosong apabila wakilnya Abu Bakar Harun meninggal dunia 6 Mei lalu.

Chini memang kubu kuat BN. Pada pilihan raya umum ke-14, Allahyarham Abu Bakar mewakli Umno/BN mengenepikan cabaran PAS dan PH untuk mempertahankan kerusi Chini dengan majoriti 4,622 undi.

Berdasarkan reputasi, Umno cukup yakin mampu mengulangi kejayaannya. Lagi pun PAS kini sudah bersama mereka dalam Muafakat Nasional.

Sebelum ini PAS yang bertapak kuat di rancangan tanah Felda di kawasan Chini menjadi musuh utama Umno. Pun begitu masih tidak boleh menewaskan Umno.

Menyukarkan lagi buat PAS ialah Chini terletak dalam kawasan parlimen Pekan yang disandang bekas perdana menteri Najib Razak.

Lantas Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub mahu PH memberi kemenangan percuma kepada Umno/BN dengan tidak bertanding PRK ini.

Umno atau PAS?

Menurut Mustapha PH tidak mampu menandingi kekuatan gabungan Umno – PAS dan “supaya tidak malu besar elok jangan bertanding ”.

Organ informasi PAS, Harakah melalui beberapa penulisnya bagaimanapun mencabar PH khususnya PKR meletakkan calon di Chini sambil menyatakan “naga Tasik Chini sedang menunggu PH”.

Keyakinan itu boleh dilihat sebagai keyakinan PAS kerana Harakah adalah lidah rasmi parti.

Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Yusri Ibrahim berpendapat mengikut adat dan logik politik, peluang PH menyaingi Umno/ BN pada PRK Chini sangat tipis.

Dalam keadaan negara berhadapan isu kesihatan dan ekonomi yang meruncing, kata Yusri “barangkali lebih baik PH tidak menyertai pertembungan tersebut” dan menumpukan semua sumber kepada percaturan politik nasional yang sedang rancak digerakkan oleh pelbagai pihak sekarang.

Bagaimanapun jika pertandingan berlaku kerana PH mahu juga menyertai temasya demokratik itu persoalannya ialah siapa yang akan mewakili kerajaan Perikatan Nasional.

Umno atau PAS? Kedua-dua parti kini berada dalam kerajaan PN walaupun tidak berhasrat menyertai gabungan PN jika kolisi itu didaftar kelak.

Umno sudah beberpa kali menyatakan secara terbuka ia tidak mempunyai masalah meletak calonnya berdepan dengan calon PN termasuk calon Bersatu daripada kem Muhyiddin Yassin pada PRU ke-15 kelak jika keadaan memerlukan.

PAS dijangka menuruti pendirian itu walaupun sehingga kini belum membuat kenyataan terbuka .

Bagaimanapun, untuk PRK Chini, hal itu tidak mungkin berlaku kerana pada hemat saya PN khususnya pihak Bersatu yang menyebelahi Muhyiddin tidak akan meletakkan calon.

Lantas berbalik kepada persoalan Umno atau PAS ?

Bagi Yusri, untuk pengukuhan Muafakat Nasional dan tanda terima kasih Umno kepada PAS yang membantu memenangkan mereka dalam lima PRK terakhir elok juga dihadiahkan kerusi Chini kepada PAS.

Bukan pinjam selama-lamanya

Dalam lima PRK terakhir itu PAS memberi lalaun kepada Umno. Bukan itu sahaja. Menurut Yusri, PAS memberi komitmen untuk memenangkan Umno yang bertanding atas tiket BN.

Bahkan di Cameron Highlands dan Semenyih, PAS adalah faktor utama memberi kemenangan BN.

“Sebagai tanda terima kasih dan setiakawan serta komitmen untuk menguatkan lagi Muafakat Nasional, wajar sangat Umno memberi laluan kepada PAS di Chini,” kata Yusri .

Bagaimanapun Yusri menegaskan “bukan beri untuk selama-lamanya. Sekadar pinjam buat sementara sekurang kurangnya sehingga PRU15 nanti lepas itu ambillah semula”.

Maknanya jika saranan Yusri ini menjadi kenyataan dan calon PAS menang seperti yang dijangkakan, beliau akan memegang jawatan Adun Chini selama lebih kurang tiga tahun sebelum PRU ke-15 diadakan selewat-lewatnya pada 2023.

Diakui meminjamkan kerusi Chini bukan perkara mudah kerana ia adalah kerusi tradisional Umno. Begitu juga PAS yang boleh menganggap Chini kerusi tradisionalnya kerana secara tradisional bertanding di situ .

Saya faham jika Umno agak liat atau bimbang untuk meminjamkan kerusi Chini kepada PAS. Ini kerana kadangkala (atau kerap kali?) orang yang meminjam sukar untuk membayar balik. Atau dalam lain perkataan pihak yang meminjam sukar atau tidak mahu memulangkan apa yang dipinjam.

Ketika Muafakat Nasional dimeterai dulu pemimpin Umno menyifatkannya sebagai mendirikan rumah tangga atau sebuah pernikahan yang indah.

Dalam sesebuah rumah tangga yang aman dan bahagia, pasangan suami isteri mesti ada antara lain keikhlasan, kejujuran serta percaya mempercayai antara mereka .

Saya tidak mahu bercakap siapa suami, siapa isteri dalam konteks Muafakat Nasional. Tapi yang ingin ditegaskan ialah Chini akan memberi peluang keemasan kepada Umno dan PAS membuktikan keikhlasan dan kejujuran masing masing.

Mereka boleh menunjukkan sifat saling mempercayai. PAS percaya Umno ikhlas meminjamkan kerusi Chini kepda mereka manakala Umno pula percaya PAS juga ikhlas dan akan memulangkan kerusi itu bila tiba masanya kelak.

Tidak perlu tandatangani dokumen perjanjian. Yang perlu cuma berjabat tangan berdasarkan “gentleman’s agreement ”. Namun kata seorang teman “politik mana ada gentleman, bro”.

Saya hanya mampu berkata waullahualam.


*MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.

Muhyiddin ucap selamat maju jaya kepada Tun M kerana memilih PH

PENGERUSI Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana memilih untuk bersama Pakatan Harapan.

Menurut Muhyiddin, ada ahli Bersatu yang berdukacita dengan pilihan yang dibuat oleh Dr. Mahathir untuk tidak bersama-sama dalam wadah dan haluan perjuangan parti sepertimana yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi Parti.

“YB Tun bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun parti memutuskan sebaliknya. Jika itu pilihan YB Tun saya ucapkan selamat maju jaya.

“Kita berdoa kepada Allah untuk memberikan kita semua segala kekuatan dalam menghadapi zaman yang sukar ini dengan penuh tabah dan beristiqamah serta dibimbing kita dengan segala tawfik dan hidayahnnya,” kata Muhyiddin.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri itu yakin dan percaya Bersatu akan terus teguh. Apa yang paling penting menurut beliau adalah Bersatu tidak berjuang demi mana-mana individu tetapi untuk agama, bangsa dan negara.

Muhyiddin berkata, beliau mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa sahaja tindakan yang diambil terhadap ahli perlu berlandaskan perlembagaan parti.

Muhyiddin yang juga pemangku Pengerusi Bersatu berkata, tiada mana-mana individu mengatasi perlembagaan parti.

Beliau mengulas mengenai lima pemimpin Bersatu termasuk Dr. Mahathir yang terlucut keahliannya beberapa hari lalu.

Jelas Muhyiddin beliau tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak pikan mendesak supaya tindakan diambil terhadap mereka.

“Saya berharap ahli-ahli Bersatu dapat bersabar dan bertenang dalam menghadapi situasi terlucutnya keahlian lima bekas ahli Bersatu iaitu YB Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Datuk Seri Mukhriz Tun Mahatir, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah, YB Datuk Amiruddin Hamzah dan Dr. Maszlee Malik.

“Mereka tidak dipecat daripada parti. Sebaliknya perbuatan mereka melanggar perlembagaan parti telah menyebabkan keahlian mereka terhenti serta-merta,” jelas Muhyiddin.-SM


Malaysia bersedia bagi pemulihan ekonomi menjelang 2021

Malaysiakini

Sejajar dengan pembukaan ekonomi negara yang menyaksikan hampir 70 peratus tenaga kerja mula bekerja melibatkan beberapa sektor ekonomi, Malaysia berada pada kapasiti yang bersedia bagi pemulihan ekonomi menjelang 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Kita perlu bangun semula untuk mencatatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang positif, berbanding KDNK negatif yang dijangka dicatatkan pada tahun ini, iaitu selaras dengan pertumbuhan ekonomi dunia,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Bernama bagi dokumentari Malaysia Bersatu Lawan Covid-19 yang disiarkan menerusi Bernama TV.

Tengku Zafrul berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi global bakal mencatatkan “penguncupan” ataupun pertumbuhan negatif sebanyak tiga peratus berikutan penularan pandemik Covid-19, dan sepertimana negara-negara lain, ekonomi Malaysia turut terjejas.

Menurutnya, dalam usaha memerangi kejatuhan ekonomi akibat pandemik tersebut, kerajaan telah mengambil pendekatan 6R iaitu resolve, resilience, restart, recovery, revitalise dan reform.

Beliau berkata, 1R-Resolve ataupun ketegasan merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan pada 18 Mac, ketika graf COVID-19 negara mencatatkan jumlah kes baharu yang tinggi dan memerlukan langkah-langkah pencegahan untuk meratakan lengkung.

Manakala 2R –Resilience (ketahanan) merujuk kepada pakej rangsangan ekonomi ataupun Pakej Prihatin yang diumumkan kerajaan, memfokuskan kepada rakyat yang terjejas termasuklah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro.

“3R-Restart adalah langkah pembukaan semula ekonomi atau penjanaan semula ekonomi negara secara berperingkat dan 4R-Recovery adalah fasa pemulihan yang sedang dilalui negara.

“Kita sedang merangka pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang akan diumumkan pada awal bulan Jun ini,” katanya.

Bagi fasa kelima 5R-Revitalise, Tengku Zafrul berkata ia akan diumumkan pada bulan Oktober ataupun November tahun ini dengan fokusnya adalah kepada jangka masa sederhana dan yang terakhir sekali 6R-Reform merupakan pelan jangka masa panjang dan memfokuskan kepada Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang bakal di umumkan pada Januari 2021.

Menurutnya, bagi merancakkan ekonomi negara, kerajaan telah mengumumkan geran khas prihatin yang mana lebih 649,000 PKS mikro telah membuat permohonan mulai 1 Mei sehingga 15 Mei.

“Kita dalam proses untuk mempertimbangkan permohonan tersebut. Setiap permohonan yang berjaya akan menerima RM3,000 daripada kerajaan. Geran ini bertujuan membantu aliran tunai PKS mikro dan mereka tidak perlu membayar semula geran tersebut.

“Kita tidak boleh berasa puas hati selagi tidak ada vaksin, kita perlu mematuhi Standard Prosedur (SOP) yang di tetapkan kerajaan. Saya yakin bahawa new normal (normal baharu) ini boleh berfungsi dengan baik,” katanya.

Tengku Zafrul sebelum ini berkata bahawa normal baharu ini mungkin menjadi kelaziman yang berkekalan.- Bernama


'Bersatu tak terburu-buru bertindak pada Mahathir '

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, hari ini menegaskan tindakan parti itu ke atas Dr Mahathir Mohamad serta empat ahli parlimen mereka tidak dibuat secara terburu-buru.

Justeru, Muhyiddin meminta semua anggota Bersatu agar bersabar dan bertenang dengan perkembangan yang berlaku sekarang.

"Saya berharap ahli-ahli Bersatu dapat bersabar dan bertenang dalam menghadapi situasi terlucutnya keahlian lima orang bekas ahli Bersatu iaitu Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik.

"Mereka tidak dipecat daripada parti. Sebaliknya perbuatan mereka melanggar perlembagaan parti telah menyebabkan keahlian mereka terhenti dengan serta-merta.

"Saya sendiri tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Bersatu mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan keanggotaan Mahahthir serta empat pemimpin parti itu yang enggan menyertai kumpulan Muhyiddin bekerjasama dengan BN serta PAS.

Semasa parlimen bersidang selama kira-kira sejam baru-baru ini, mereka duduk di blok pembangkang.

Tiada individu di atas perlembagaan

Keadaan itu mendorong Bersatu menganggap keanggotaan Mahathir dan empat yang lain dalam Bersatu terbatal serta-merta. Bersatu juga menafikan mereka memecat kumpulan terbabit.

Surat pemberitahuan mengenai kedudukan mereka dalam parti dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Untuk rekod sebelum ini Mahathir merupakan pengerusi Bersatu dan jawatan tersebut berada di kedudukan tertinggi dalam hierarki Bersatu berbanding presiden.

Pengkritik kemudian mempersoalkan keabsahan tindakan Bersatu menganggap keanggotaan Mahathir, Syed Saddiq, Maszlee, Mukhriz dan Amiruddin terlucut berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan parti.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan - yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri - pula mengiktiraf Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi Bersatu.

Semalam, Mahathir membuat kejutan apabila memasuki pejabatnya di ibu ibu pejabat Bersatu dan menunggu untuk mana-mana pegawai kanan parti menyampaikan keputusan mereka itu.

Pada sidang media kemudiannya Mahathir menegaskan beliau masih kekal sebagai pengerusi dan mengumumkan jawatan setiausaha kerja tiada dalam perlembagaan parti.

Kata Mahathir, pemecatan beliau sebagai pengerusi parti dan empat lagi pemimpin parti semalam adalah satu perkara di luar kebiasaan dan menyifatkan ia tidak sah.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga perdana menteri turut menegaskan bahawa beliau mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa sahaja tindakan yang dibuat mestilah berlandaskan perlembagaan parti.

"Tiada mana-mana individu yang mengatasi perlembagaan parti" katanya.

Tambah anggota parlimen Pagoh itu lagi, Bersatu "dukacita" dengan pilihan yang dibuat oleh Mahathir untuk tidak berada bersama-sama dalam wadah dan haluan perjuangan parti seperti yang diputuskan oleh majlis pimpinan tertinggi mereka.

"Tun (Mahathir) bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun parti memutuskan sebaliknya. Jika itu pilihan Tun, saya ucapkan selamat maju jaya.

"Kita berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan kita semua segala kekuatan dalam menghadapi zaman yang sukar ini dengan penuh tabah dan beristiqamah serta dibimbing kita dengan segala tawfik dan hidayah-Nya.

"Marilah kita rapatkan saf bersama saya untuk terus perkukuhkankan kerajaan yg telah kita tubuhkan demi masa depan Malaysia yang lebih aman dan sejahtera," katanya.

Akan bersatukah Bersatu atau bakal berterabur?

ULASAN | Drama politik kembali lagi minggu ini. Daripada 'pemecatan' pemimpin Bersatu - termasuk pengerusinya yang mengasaskan parti berkenaan - sehingga angka 129 yang tular dan membawa semacam enigma kepada ramai.

Daya tarikannya tidak kurang meriah berbanding sinetron ditayang di kaca televisyen. Ia lengkap dengan unsur suspens dan komedi.

Dulu Bersatu kelilhatan kompak bersatu untuk menentang Najib Razak dan Umno. Kerana itu mereka bersama Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) dan membentuk pentadbiran baru.

Kini adakah Bersatu sudah berterabur kerana berebut kuasa? Persoalannya, siapakah yang akan mendapat kelebihan daripada pergolakan dalaman Bersatu?

Cetusan ini bukannya susah untuk ditafsirkan. Walaupun presiden Bersatu kini menyandang jawatan sebagai perdana menteri, beliau tentu sedar kerusi empuk tapi panas itu menjadi rebutan dalam Perikatan Nasional (PN).

Siapa dapat menafikan ia diidamkan oleh gagasan Muafakat Nasional dan - walaupun kini tidak lagi diuar-uarkan selepas ditegur Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong - Umno dan PAS jelas berminat untuk mewujudkan kerajaan berteraskan Melayu dan Islam.

Asalnya saya ingin melihat bagaimana pemilihan dalam Bersatu pada Jun ini menjadi titik tolak kepada perubahan dalam pendekatan parti berkenaan.

Kini dengan krisis semakin memuncak dan pengakhirannya masih kabur, persoalan yang wajar ditanyakan ialah: berhayat panjangkah kerajaan PN ini atau mereka sekadar menggapai dahan pokok yang reput?

'Panas' bermula dari selatan

Untuk kali ini, saya memaparkan bagaimana persaingan populariti dan tampuk kuasa Bersatu kembali terpapar pada muka depan akhbar nasional.

Perpecahan dan perseteruan di antara dua figura pemimpin tertinggi Bersatu - Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin - kelihatan sejak awal 2019 lagi. Sebelum tarikh pemilihan pertama Bersatu ditunda, bibit-bibit perselisihan wujud namun kekal tanda tanya ramai wartawan.

Pemilihan Bersatu menjadi platform untuk pemimpin parti menonjolkan dirinya untuk meraih sokongan, terutamanya dalam kalangan ketua-ketua bahagian. Kalau dilihat dari struktur Bersatu, ia tidak jauh bezanya dengan Umno.

Cuma dalam Bersatu kedudukan paling kanan ialah pengerusi, bukannya presiden parti. Ini bermaksud, dari segi hierarki pengerusi berada di kedudukan tertinggi, diikuiti presiden dan kemudian timbalan presiden.

Kembali kepada pergolakan di antara Mahathir dan Muhyiddin. Perselisihan mereka berpusat di Johor. Pada April 2019, Adun Kempas, Osman Sapian terpaksa berundur dari jawatannya sebagai menteri besar bagi digantikan dengan Adun Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal.

Mahathir bersama Osman Sapian

Konflik kemudian berterusan di negeri selatan itu dengan isu pengerusi Bersatu. Akhirnya, Ketua Bersatu Tebrau Mazlan Bujang dilantik menjawat jawatan tersebut. Ia ternyata berbeza daripada biasa kerana lazimnya jawatan tersebut disandang oleh menteri besar.

Kejadian itu menjadikan keretakan di antara Mahathir dan Muhyiddin semakin ketara. Pada masa sama Muhyiddin juga merupakan pengerusi PH Johor. Dengan kapasitinya itu beliau seakan-akan tiada suara.

Sebagai veteran dalam politik, tidak mungkin Muhyiddin berdiam diri. Tidak dinafikan, hubungan baik beliau dengan pihak istana turut memainkan peranan penting dalam hala tuju politiknya.

Keretakan hubungan Mahathir-Muhyiddin menjadi pemangkin kepada wujudnya dua blok utama dalam Bersatu. Pengumuman pemilihan parti meletakkan garis yang agak jelas pada akhir 2019.

Populariti PH nampak menurun 

Selepas PH memenangi PRU ke-14, sembilan pilihan raya kecil (PRK) diadakan membabitkan lima kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan empat Parlimen.

Bersatu kalah dalam ketiga-tiga PRK yang disertai mereka iaitu kerusi DUN DUN Rantau, DUN Semenyih dan kerusi parlimen Tanjung Piai. Ia tentu meruntuhkan moral ahli akar umbi Bersatu.

Daripada tiga kerusi tersebut, kerusi Tanjung Piai dan Semenyih dimenangi oleh Bersatu pada PRU ke-14 manakala di Timbalan Presiden Umno, mengekalkan kemenangannya di DUN Rantau sebelum ia kemudian dibatalkan mahkamah.

Dalam PRK lain, DAP mempertahankan DUN Balakong dan parlimen Sandakan namun kalah di Cameron Highlands. PKR pula mempertahankan DUN Seri Setia, DUN Sungai Kandis dan parlimen Port Dickson.

Pelbagai analisis dan data yang dicerap menunjukkan pola populariti PH menurun dan ia memberi gambaran suram kepada kelangsungan Bersatu pada PRU ke-15.

Pelbagai persoalan juga dilontarkan termasuklah kemampuan Bersatu menggantikan Umno sebagai pilihan pengundi Melayu dan konservatif. Sekiranya Mahathir tidak lagi memimpin Bersatu, adakah parti tersebut masih dapat menarik sokongan Melayu?

Calon BN di Tanjung Piai, Wee Jeck Seng (tengah)

Pada mulanya saya berasakan kerjasama Bersatu dengan parti komponen dalam PH - terutamanya DAP - agak baik dari segi penyelarasan dan sokongan. Namun, perbezaan pendapat dan perselisihan secara terbuka mengguris hati ramai penyokong akar umbi Bersatu hingga wujudlah persepsi yang tidak diperlukan oleh PH.

Ada juga pemimpin DAP dan PKR secara terbuka mengasak Mahathir secara terbuka dalam soal peralihan kuasa. Kejadian-kejadian tersebut ditayangkan secara terbuka. Justeru ramai juga yang termakan dengan dakyah bahawa semua masalah berpunca daripada DAP.

Perbalahan secara terbuka itu memberi gambaran yang sangat negatif secara keseluruhan untuk PH.

Beri kesan pada Mukhriz-Marzuki

Kelangsungan PH mula menjadi tanda tanya dan gerakan 'menyelamatkan' Bersatu dengan keluar daripada gabungan yang membantu mereka menjadi kerajaan pun mula digerakkan.

Pada masa sama Mahathir memenangi - tanpa bertanding - kerusi pengerusi Bersatu dan ia diumumkan secara rasmi oleh parti itu sendiri baru-baru ini.

Untuk jawatan presiden dan timbalan presiden pula, ia menyaksikan perseteruan menarik apabila Muhyiddin dicabar oleh timbalannya sendiri, Mukhriz Mahathir.

Untuk jawatan timbalan presiden pula, ia menyaksikan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu bersaing dengan setiausaha agung parti Marzuki Yahya.

Gandingan Muhyiddin-Ahmad Faizal kini dicabar oleh regu Mukhriz-Marzuki. Dari segi sokongan akar umbi, secara umum kelihatan gandingan Muhyiddin-Ahmad Faizal lebih berpotensi berbanding Mukhriz-Marzuki.

Ahmad Faizal Azumu

Keadaan itu kerana kedudukan Muhyiddin dan Ahmad Faizal dalam kerajaan. Sungguhpun begitu, sokongan akar umbi kepada Mahathir juga tidak boleh diketepikan begitu saja dan ia tentu memberi impak kepada gandingan Mukhriz-Marzuki.

Namun, selepas pengumuman 'terhentinya' keanggotaan Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah, perkembangan seterusnya juga akan memberi kesan.

Populariti dan persepsi terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri ketika wabak Covid-19 mengancam dilihat semakin positif dan mengukuhkan imejnya sebagai pemimpin.

Justeru, walaupun berlaku perseteruan dalam Bersatu, persepsi terhadap Muhyiddin masih kukuh.

Cuma, berapa lama keadaan itu akan bertahan? Dan adakah ia sebenarnya hanya menguntungkan Umno dan menjadikan parti itu lebih stabil dan kukuh berbanding Bersatu.

Dalam keadaan begitu, semakin kuatlah keyakinan ramai bahawa Umno adalah satu-satunya pilihan untuk Melayu.

Adakah ketua-ketua bahagian dan akar umbi Bersatu akan kekal taat setia kepada Mahathir atau Muhyiddin? Atau mereka lebih gembira untuk kembali ke pangkuan Umno?

Drama belum berakhir, kemuncaknya belum lagi tiba.


*NORMAN GOH ialah pembaca Malaysiakini.


Kes Zahid: Peguam selar pendakwa buang masa mahkamah

PEGUAM, Datuk Rosni Zahari menyelar pihak pendakwa kes membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai membuang masa mahkamah.

Beliau selaku peguam pemerhati dalam catatan Facebook berkata, kes-kes di mahkamah dibiarkan berlarutan yang tidak tahu bila akan berkesudahan.

“Sebanyak 47 pertuduhan ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO apa dah jadi?” soal beliau.

Kata Rosni, umum mengetahui bahawa kesemua pertuduhan ke atas Ahmad Zahid adalah bermotif politik dan berniat jahat.

“Sebanyak 12 pertuduhan di bawah seksyen 409 kanun keseksaan (Pecah amanah jenayah oleh penjawat awam).

“Sebanyak lapan pertuduhan di bawah seksyen 16(a)(B)akta SPRM – Kesalahan menerima suapan dan 27 pertuduhan di bawah seksyen 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram,” katanya.

“Setakat ke tarikh ini seramai 43 orang saksi telah di panggil dan saya selaku peguam pemerhati yang telah beramal selama lebih 30 tahun , saya tak nampak satu saksi pun dalam keterangan mereka yang dapat dan boleh mengaitkan dengan semua pertuduhan ke atas Ahmad Zahid.

“Betul betul membuang masa mahkamah, membuang masa saksi saksi dan menanggung kos yang tak wajar,” katanya. – SM


Saya elak konfrontasi dengan pemimpin asing- Najib

Syahril A. Kadir
MGF08052020_TEMUBUAL-DS-NAJIB-RAZAK_18-1-681x454
Temubual Malaysia Gazette bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan yang beliau tidak suka mengambil pendekatan berkonfrontasi dengan pemimpin- pemimpin negara asing.

Ternyata cara itu, kata Najib, banyak memudahkan beliau ketika berurusan dengan mereka terutama bila melibatkan kepentingan rakyat di negara ini.

Menurut Najib, sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri, seringkali beliau dan rakan sejawatnya di negara lain tidak bersependapat dalam beberapa isu namun ia tidak sampai ke peringkat berseteru.

“Saya tidak ambil sikap berkonfrontasi dengan mereka macam orang lain, saya ambil langkah dan pendekatan berbuat baik walaupun kita tidak bersetuju.

“Kalau kita tidak bersetuju, kita tidak semestinya harus menyakiti hati orang, mungkin dalam 10 perkara, kita tidak bersetuju dengan tiga perkara…tapi tujuh lagi kita bersetuju.

“Takkan kerana dua tiga perkara yang kita tidak bersetuju, kita nak berbalah dengan dia,” kata Najib.

MohammadNajibTunRazakJamesSoongAsia3jfXzz8mH2ol

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette di sini baru-baru ini.

Menurutnya, setiap kali bila ada satu-satu lawatan, perjumpaan dan rundingan antara pemimpin, beliau cuba membentuk persefahaman di sebalik perbezaan pandangan terhadap satu-satu isu.

Mungkin ini, kata Najib, membuatkan ramai pemimpin dunia senang berurusan dengannya sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Beliau memberi contoh bagaimana hubungan baiknya dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

“Bila berlakunya gerakan ‘Arab Spring’, pelajar-pelajar kita terkandas di Mesir, ibu bapa mereka bimbang dengan keadaan anak-anak mereka, selamat ke tak selamat.

20200211-najib-king-abdullah

“Saya dapat berhubung dengan Raja Abdullah masa itu, lalu Arab Saudi telah menghantar kapal terbang mereka untuk digunakan bagi membawa balik pelajar-pelajar kita dan mereka ini turun di Jeddah tanpa memerlukan visa untuk sementara waktu sebelum diterbangkan balik ke Malaysia

“Arab Saudi bagi pesawat Boeing 747 mereka itu tanpa mengenakan bayaran kepada Malaysia, cuba kalau saya tak ada hubungan baik dengan Raja Abdullah, tentu tak dapat, pelajar-pelajar kita tadi mungkin akan terkandas jauh lebih lama, itu satu contoh hubungan baik, hubungan peribadi saya dengan pemimpin dunia,” kata Najib.

Begitu juga, katanya, dalam kes pesawat MAS MH370 yang hilang sewaktu dalam penerbangan ke Beijing, China.

Kata Najib, beliau secara peribadi telah menelefon kepada ramai ketua-ketua kerajaan meminta agar mereka membantu Malaysia untuk mengesan pesawat yang hilang itu.

MGF08052020_TEMUBUAL-DS-NAJIB-RAZAK_11-1024x683
Temubual Malaysia Gazette bersama bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya
di Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL

“Dalam kes MH370 ini saya puas hati kerana berjaya mewujudkan ‘coalition’ di antara 28 buah negara, mereka membantu kita menyiasat kapal terbang ini untuk mengetahui di mana ia jatuh.

“Saya sendiri menelefon ketua-ketua kerajaan minta tolong dan sebagainya, ada negara yang memberikan pertolongan yang cukup luar biasa dalam hal MH370.

“Perdana Menteri Australia, Tony Abbot sebagai contoh, telah bersungguh-sungguh membantu kita, tidak ada negara yang menolak tetapi apakan daya kapal terbang itu telah sampai ke satu kawasan yang tiada pengawasan radar, walaupun kita dah belanja beratus juta tetapi akhirnya tetap tidak dapat jumpa,” katanya. – MalaysiaGazette