Sekatan yang dikenakan terhadap TMI itu dilakukan selepas mendapat aduan dari masyarakat.
SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyatakan sekatan yang dikenakan terhadap portal berita dan laman web lucah adalah berbeza.
Ini kerana katanya, sekatan terhadap portal berita seperti The Malaysian Insider (TMI) dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat.
Sementara itu, sekatan terhadap laman web lucah dan laman yang didapati berunsur ekstremis pula katanya, sememangnya telah disekat dari awal.
“Memang disekat semua (laman web lucah) tapi bila kita ‘block’ mereka buat yang lain. Sudah tentu kita akan meneliti semua dan pada dasarnya lucah atau perkara ekstremis itu sendirinya kita akan blok.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam mengesahkan bahawa ia telah menyekat akses kepada portal berita TMI.
Manakala, hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak memanggil ketua pengarang TMI berhubung siasatan mengenai makalah bertajuk “Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee”, yang memetik sumber daripada Panel Penilaian Operasi (PPO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang tidak dinamakan.
Makalah berkenaan didakwa telah mengelirukan orang awam.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan