Khamis, 25 Februari 2016

NGO Melayu bantah sidang Freemason di Pulau Pinang

Susan Loone

 
Kira-kira 30 orang yang mewakili beberapa NGO Melayu hari ini di Batu Ferringhi di Pulau Pinang bagi membantah persidangan antarabangsa kumpulan ‘masonic’ dari Scotland itu.

Mereka diketuai oleh Ketua Gerakan Merah Malaysia, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju; Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah dan Ketua Pemuda Perkasa Pulau Pinang, Ridzuan Azuddin.

Sambil melaungkan slogan anti-Yahudi dan mendesak untuk berjumpa Pengurus Besar Hotel Bayview Beach tempat sidang tiga hari itu diadakan.

Kira-kira jam 3:15 petang, pihak polis mula campur tangan dan berkata mereka akan membuat tangkapan jika kumpulan itu merempuh masuk ke dalam hotel.

Kumpulan NGO itu terus mendesak untuk berjumpa dengan pengurus besar hotel berkenaan dan beberapa ahlinya kemudian dibenarkan masuk pada jam 3.40 petang untuk bertemu dengan pihak pengurusan hotel.

Anggota FRU tiba pada jam 3.45 petang untuk menghalang ahli NGO lain daripada memasuki hotel itu.

Kumpulan itu sebelum ini mendakwa bahawa Freemason dikaitkan dengan Zionis dan menyebarkan propaganda "teori konspirasi jahat terhadap Islam dan umatnya".

Tiada ulasan: