MARANG: PAS bukan parti yang kemaruk kuasa sehingga mahu merampas
tampuk pemerintahan negara daripada Umno-Barisan Nasional (BN), kata
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ahli Parlimen Marang itu yang dipetik Utusan Malaysia juga berkata,
parti pimpinannya bersedia menjadi pendokong kepada Umno sekiranya parti
itu menjalankan pentadbiran berasaskan Islam.
"Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam.
Justeru, PAS mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu,
tidak kira PAS atau Umno dan PAS tak tamak kuasa.
"Kalau Umno kembali pada Islam laksanakan Islam mengikut hidayah Allah,
bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat kerana serta
benar-benar ikhlas kerana Allah.
"Kita akan dokong agar Islam ditegakkan. PAS tak berebut jawatan atau
kuasa. Apa yang PAS mahu hanya Islam ditegakkan," katanya dipetik akhbar
berkenaan.
Kenyataan Hadi kebelakangan ini dilihat lebih cenderung 'berpihak'
kepada Umno, sekaligus mengundang rasa kurang senang rakan politiknya,
PKR.
Terdahulu Hadi dilaporkan berkata enggan menyertai perhimpunan anti-Najib yang dijadualkan pada penghujung Mac depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan